amal itu dengan ilmu

Last weekend kami sekeluarga ke KL menemani  suami saya menyelesaikan satu urusan. Sempat solat jumaat di Masjid Negara  dan makan tengahari di gerai berdekatan. Seingat saya ini pengalaman kali kedua saya solat jumaat di KL, kali pertama ketika saya bersama rombongan sekolah melawat  UIA.

Ketika berjalan keluar dari masjid saya menyapa serombongan makcik-makcik bertudung merah yang singgah untuk solat zohor. Dari perjumpaan  UMNO kata mereka.  Beberapa orang menghampiri saya utk bertanya  arah ruang solat untuk wanita. Lucunya, rata-rata terkejut bila mengetahui  saya dah solat jumaat tadi. “ eh pompuan boleh ke sembahyang  jumaat? Sembahyang jumaat tu kan untuk orang lelaki je. Kitaorang memang  tunggu dalam bas sampai org lelaki selesai sembahyang baru nk masuk sembahyang zohor” kata salah seorang dr mereka. “Wanita boleh je solat jumaat, Cuma tidak diwajibkan.  Lagipun saya dah singgah dan berehat  di masjid ni dari jam 12.30 lagi, tu yang sembahyang jumaat terus” saya memberikan jawapan. Ada yg masih ragu-ragu dan tunjuk muka ‘pelik’ dgn jawapan saya. Tak kisah la .. yg penting saya beramal dgn apa yg saya tahu.

Tidak ramai wanita tempatan solat jumaat, sekitar tiga empat orang aja. Selebihnya foreigners. Kami solat di ruang atas dlm hanya  4 saf yg pendek sahaja.  Seusai solat dua anak perempuan saya  tidak putus-putus mengajukan soalan berkaitan  jemaah wanita  yg  dilihat mereka bersolat tanpa stokin. Ini terasa pelik kerana mereka belajar bahawa kaki adalah aurat yg mesti ditutup ketika solat.  Saya pulak  tidaklah terkejut  dan dah biasa melihat wanita solat dgn ‘ kaki  nampak terjulur’ keluar dari jubah mereka. Pemandangan ini biasa ketika di Mekah.

“ mungkin itu cara depa  kak, dah depa belajar hukum solat camtu ” .. saya menjawab pertanyaan anak saya dalam keadaan sebenarnya  hati saya juga pelik dgn suasana ini. Pernah seorang ustaz menjelaskan kepada saya  “Aurat perempuan ni sama je kat mana-mana … perkara ni Allah sebut dgn jelas dlm al quran, pengecualian hanya  muka dan telapak  tangan. Syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Longgar dan tidak nipis.”

 “ kalau  nampak kaki,  solat tu sah ke tak ummi?” si kakak belum berhenti bertanya. “ sudah tentu bagi kita ini tidak sah” Saya jawab dgn harapan syirah lebih faham. “ kalau macam tu, maknanya, depa solat ni tak pernah sah la ummi, maknanya  selama ni tak dapat pahala la ” Insyirah masih belum berpuas hati.

Mmmm, mencabar juga bile berhadapan dgn anak2 yg banyak tanya ni. “ kak, kita beramal dgn apa yg kita belajar. Iaitu amal itu dengan ilmu. Dalam bab amalan solat , soal pahala bukan urusan kita, hanya Allah yg layak memberi  pahala pada sesiapa yg dikehendakiNya. Laksanakan ibadat sepadan dgn ilmu yg kita ada. Ummi pun tak berani nk hukum  solat org lain tu sah atau tidak, ibadat depa dapat pahala atau tidak, kerana mungkin di negara mereka sebegitu lah ilmu solat yg telah di terima maka mereka mengamalkannya. Allah lebih tahu dan berhak ke atas solat mereka.”

 Insyirah mengangguk juga akhirnya. Saya sedikit lega dapat memahamkannya tapi kemudian nya terkejut bila Raihanah pula membuka isu lain. “Tadi hanah nampak ada ada dua org solat kat belakang menghadap ke dinding. Depa tak menghadap ke depan macam orang lain” dari airmuka saya tahu dia bukan bergurau dgn saya. “ ye ke dik, silap tengok kot” saya inginkan kepastian. “ betol ummi, depa solat macam ni “ hanah menunjukkan arah menghadap  solat dua wanita yang dimaksudkannya.  “astaghfirullah” saya terkedu tanpa penjelasan. Teringat bahawa saya pernah mendengar ada golongan  muslim yg menolak bersolat itu mesti menghadap kpd kaabah, kerana berhujah ia seperti menyembah batu atau berhala. “samada mereka ini mungkin jahil atau sesat ” kata hati saya.

Satu ketika saya pernah berbual-bual dengan seorang makcik cleaner di sebuah plaza membeli belah ketika sedang berehat dan menikmati bekalan makan tengaharinya. Bila  azan berkumandang saya mengajaknya ke surau di tingkat dua utk solat zohor. “ mak cik tak sempat solat , masa ni surau selalu penuh. Pukul dua dah nak sambung kerja semula”. Saya rasa hairan dan bertanya “ nanti solat zohornya pukul berapa?” Makcik cleaner itu menjawab bahawa dia akan qada solat zohor selepas solat asar kat rumah. “ setakat ni makcik tak pernah lah tinggal solat zohor tu, letih macamana pun mesti qada lepas sembahyang asar”. Katanya penuh yakin. Saya rasa kesian dgn pemahamannya berkaitan qada solat ni dan cuba memberi penjelasan tentang bila serta bagaimana keadaan  yg diizinkan untuk qada. Mungkin dah terbiasa dgn amalannya selama ini, dia nampak tak selesa dan menutup penjelasan saya dengan kata2 “ susah la kerja macam mkcik ni, waktu rehat pendek. Nak makan lagi.”  Hmmm, hendak seribu daya, tapi kalau dah  tak hendak banyaklah alasannya pula. Bila ilmu tidak dicari dan diperolehi selayaknya, amalan jadi songsanglah sudahnya. Semoga makcik tu beroleh ilmu dan petunjuk satu hari nanti, dan dia boleh kembali benar dalam amalannya.

Saya terkenang pada satu kisah lucu ketika di Tanah suci. Pada satu dinihari sekitar jam 3.00 pagi Saya bersama suami melakukan ibadat tawaf. Tadi siangnya suami bercerita tentang rezekinya mencium hajarul aswad. “ waktu awal pagi jemaah tidak ramai , kalau nk mengucup  hajarul aswad boleh cuba waktu tu” saya rasa teruja. Selesai tujuh pusingan kami tak langsung keluar bahkan meneruskan mengelilingi kaabah dgn jemaah lain. Kami semakin mendekat sehingga sampai ke makam Ibrahim. Seterusnya saya dan suami berjaya memasuki Hijr ismail. Saya bersolat sunat dlm posisi duduk sementara suami membentengi saya. Kemudian kami meneruskan pusingan hingga saya sangat hampir dengan kaabah. Kaki sudah bisa meyentuh bebendul yg mengelilingi kaabah. Di penjuru rukun yamani  di depan saya penuh dgn jemaah wanita yg saya tidak pasti dari negara mana, jadi suami melepaskan tangan saya utk bersama kelompok mereka. Saya bersesak-sesak dlm kelompok tersebut dan melihat mereka berebut-rebut mencium dinding rukun yamani. Ketika muka saya telah sampai ke bulatan dinding rukun yamani,  saya juga turut menciumnya seperti mereka. Kemudiannya saya keluar dari himpitan tersebut kerana merasa sukar dan mustahil utk meneruskan usaha mendekati hajarul aswad…jemaah lelaki terlalu ramai di situ.

Bila bercerita kepada suami, saya diajukan soalan “ pasaipa pi cium rukun yamani, belajaq kat mana?” Suami memandang saya “ hah, tak boleh ke? abis tu depa pakat cium”  saya rasa terkejut. “ ummi, kat mekah ni kita buat amalan apa yg kita belajar dan tahu, jangan ikut-ikut orang” kemudian suami menerangkan di rukun yamani sunnahnya hanyalah menyentuh dgn tangan bukan mencium. Saya beristighfar atas kejahilan sendiri, ia kejadian yg menuntut saya lebih berhati-hati.

ilmu itu laksana pemimpin , dan amal adalah pengikutnya. Dengan ilmu ia menjadi  petunjuk dan pemberi arah amal yang akan dilakukan. Tentulah tidak sama kualiti ibadat org yg berilmu dan ibadat orang yang jahil.Islam sangat menitik beratkan ilmu dan memuliakan orang yg berilmu. Perlengkapkan diri dgn ilmu  dan berusaha menambahnya dari masa ke semasa.

Imam Abdul Wahab al-Sya’rani menambah: Satu ketika daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata: Tidak terdapat mana-mana orang berilmu melainkan dia beramal dengan ilmunya selama mana berakal walaupun daripada satu sudut ibadat sahaja. Ini kerana jika dia melaksanakan perintah-perintah syarak dan menjauhi larangan, nescaya dia beramal dengan ilmunya secara yakin jika Allah mengurniakan keikhlasan kepadanya. Sekiranya dia tidak beramal seperti yang telah dinyatakan, lalu dia menyedari dengan ilmunya bahawa dia melanggar perintah Allah lantas bertaubat dan menyesal, nescaya dia telah beramal dengan ilmunya juga. Kerana jika dia tidak berilmu nescaya dia tidak akan menyedari bahawa meninggalkan beramal dengan ilmu ialah maksiat. Oleh itu, ilmu memberi kemanfaatan dalam setiap keadaan. Semua nas yang menyatakan hukuman yang berat bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmu disandarkan kepada mereka yang tidak bertaubat.”

 

berkumpul kerana kecewa

“Orang-orang yang berkumpul karena cinta saja masih bisa menimbulkan kekecewaan, bagaimana dengan orang-orang yang kumpul karena kecewa ?” demikian pesan yang saya tulis di dinding fesbuk saya, beberapa waktu yang lalu. Apa yang ingin saya sampaikan dalam pesan tersebut ?

Pesan utama saya adalah tentang mengelola perasaan kecewa, maaf beribu maaf, beberapa postingan saya di blog ini telah menyampaikan pesan yang sama. Namun saya masih sering menjumpai keluhan kekecewaan, termasuk hari Ahad kemarin (11 September 2011), saat saya menghadiri acara Syawalan para aktivis dakwah di GOR Giri Wahana, Wonogiri, Jawa Tengah.

Saya mendapatkan sms cukup panjang dari seorang sahabat, yang tengah mengalami kekecewaan yang mendalam dengan komunitasnya, beberapa menit sebelum saya harus “naik panggung” untuk memberikan Tausiyah Syawal. Saya cukup tersentak dengan isi sms tersebut, karena sangat lama tidak bertemu dan tidak mendengar berita tentang sahabat yang satu ini. Tiba-tiba mengirim pesan sms yang isinya ungkapan kekecewaan.

Mengapa muncul kecewa ? Kita mulai dari yang paling sederhana. Dalam proses pernikahan, bersatunya seorang lelaki dan seorang perempuan dalam bahtera rumah tangga, diikat dengan kuat oleh rasa cinta. Mereka saling mencintai, maka mereka melangkah bersama membangun keluarga, dan merajut berbagai harapan dan cita-cita. Di tengah jalan, dua orang yang saling mencinta ini, bisa saling kecewa. Suami kecewa terhadap isteri, dan isteri kecewa kepada suami.

Orang tua dan anak-anak dalam sebuah keluarga, tentunya mereka saling mencinta. Mereka berada dalam sebuah biduk rumah tangga, saling mencintai dan menyayangi satu dengan yang lain. Namun, anggota keluarga yang saling mencintai ini dalam perjalanannya bisa saling kecewa. Orang tua kecewa dengan anak-anak, atau anak-anak kecewa kepada orang tua. Bahkan di antara anak-anak, bisa muncul kekecewaan sesama mereka. Bukankah mereka berkumpul dengan ikatan dan energi cinta ? Ternyata masih bisa memunculkan perasaan kecewa di antara orang-orang yang saling mencinta.

Dakwah dibangun dengan ikatan cinta. Gerbong dakwah melaju dengan berbagai proses dan dinamika, menuju harapan dan cita-cita yang telah dicanangkan. Dalam perjalanan inilah muncul friksi, muncul perbedaan pandangan, muncul gesekan satu dengan yang lain. Di antara orang-orang yang saling mencinta, akhirnya muncul perasaan kecewa. Muncul tuduhan, muncul praduga, muncul syak wasangka.

Nabi saw adalah manusia pilihan, tanpa cacat dan cela sebagai seorang teladan. Para sahabat adalah generasi pilihan, yang menjadi generasi terbaik sepanjang sejarah Islam. Namun para sahabat sempat memiliki simpanan kekecewaan sesaat setelah Perjanjian Hudaibiyah selesai dikonstruksi Nabi saw dan Suhail. Lihat ekspresi kekecewaan mereka. Tiga kali Nabi saw memerintahkan, tak seorangpun dari para sahabat yang melaksanakan. Hanya dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah ini saja peristiwa itu mengemuka, tak pernah ada kejadian yang serupa.

Kita juga ingat gumpalan kekecewaan sebagian sahabat dalam kisah pembagian harta seusai perang Hunain. Abu Sufyan bin Harb, tokoh penentang Islam sejak awal dakwah di Makah itu, telah mendapatkan bagian seratus ekor unta dan empat puluh uqiyah perak. Demikian pula Yazid dan Mu’awiyah, dua orang anak Abu Sofyan, mendapat bagian yang sama dengan bapaknya. Kepada tokoh-tokoh Quraisy yang lain beliau memberikan bagian seratus ekor unta. Adapula yang mendapatkan bagian lebih sedikit dari itu, hingga seluruh harta rampasan habis dibagikan.

Melihat pembagian itu, para sahabat Anshar memandang lain. Muncullah gejolak di kalangan sahabat Anshar, hingga seorang di antara mereka berkata, ”Mudah-mudahan Allah memberikan ampunan kepada RasulNya, karena beliau telah memberi kepada orang Quraisy dan tak memberi kepada kami, padahal pedang-pedang kami yang menitikkan darah-darah mereka.” Adapula di antara mereka yang berkata, “Rasulullah sekarang telah menemukan kembali kaum kerabatnya.”

Dalam kisah “pembangkangan” para sahabat usai Perjanjian Hudaibiyah dan kekecewaan usai Perang Hunain, semua berakhir dengan sangat indah dan cepat. Nabi saw sebagai qiyadah menyelesaikan suasana dengan sangat tepat, sehingga kekecewaan tidak membesar dan menjalar. Ini karena kepribadian Nabi sebagai manusia pilihan yang dikuatkan dengan wahyu, sehingga beliau tidak akan salah langkah. Tindakan beliau selalu tepat.

Jika Kanjeng Nabi yang tanpa cela saja masih mendapatkan lontaran kekecewaan, bagaimana dengan kita yang sama sekali bukan Nabi, bukan pula sahabat Nabi, bukan muridnya para sahabat, bukan pula murid para tabi’in…. Jika sahabat Nabi saya masih bisa menyimpan kekecewaan, bagaimana dengan kita yang tidak memiliki kualitas sebagai sahabat Nabi….

Kita hidup di zaman cyber, semua kejadian, semua peristiwa, semua kondisi dengan sangat cepat tersebar. Sangat cepat, tanpa batas, tanpa jeda waktu. Melalui emai, milis, twitter, fesbuk, blackberry messenger, sms, telpon dan lain sebagainya. Semua, apa saja terberitakan. Sayang, banyak yang tidak bisa membedakan mana data dan mana analisa. Semua berita yang muncul di internet dan dunia maya dianggap kebenaran.

Di tengah kita tidak ada Kanjeng Nabi. Tatkala berbagai berita berseliweran tentang qiyadah, tentang dakwah, tentang jama’ah, dan tentang “segala sesuatu” yang cenderung menjadi gosip, sikap kita hendaknya mencontoh perilaku Kanjeng Nabi dan para sahabat beliau. Tentu saja tidak akan bisa sama sepenuhnya, namun jangan sampai lepas dari contoh keteladanan mulia mereka.

Apa keteladanan mulia dari mereka ? Sangat banyak tentu saja. Pertama, landasan hubungan di antara Nabi dengan para sahabat adalah cinta kasih. Cinta dan kasih sayang timbal balik, telah terbentuk sangat kuat antara para sahabat dengan Nabi. Ini yang menyebabkan bahasa hati mereka selalu menyambung, selalu bertemu, selalu berada dalam kebersihan dan kebaikan.

Kedua, didahulukannya sikap husnuzhan kepada qiyadah. Kendati ada kekecewaan, mereka tetap memiliki sikap yang positif sehingga mudah mendengarkan penjelasan dari Nabi. Mereka mudah mendengar dan menerima penjelasan Kanjeng Nabi, tanpa membantah dan menggerutu di belakang. Ini karena sikap positif yang mereka miliki, selalu tsiqah dengan qiyadah.

Ketiga, para sahabat tidak membesar-besarkan dan mendramatisir permasalahan, sehingga masalah berada dalam ruang lingkup yang terbatas. Mereka tidak mengorganisir kekecewaan untuk dijadikan alasan memberontak atau tidak setia kepada qiyadah. Kisah kekecewaan para sahabat di Hudaibiyah sangat natural, tidak digerakkan, tidak diorganisir oleh seseorang. Kisah kekecewaan paska perang Hunain segera terlokalisir dengan disampaikannya hal tersebut kepada Nabi saw.

Keempat, mereka tidak mengungkit-ungkit lagi permasalahan tersebut setelah selesainya kejadian. Setelah permasalahan selesai, clear, terang benderang, mereka kembali berkumpul, berjama’ah, berkegiatan bersama, seperti tidak pernah ada kejadian sebelumnya. Mereka tidak lagi mengungkit-ungkit “si Fulan dan si Falun ini dulu pernah melontarkan kekecewaan kepada Nabi”. Persoalan selesai, maka mereka kembali bersama seperti semula. Tidak ada dendam, tidak ada permusuhan yang terwariskan. Tidak ada sakit hati yang tersimpan.

Jadi, kita hanya perlu duduk bersama. Mendengarkan bagian-bagian cerita, merangkai berbagai peristiwa, mencoba membuat sederhana hal-hal yang seakan-akan dibuat dan tampak sedemikian rumitnya. Jika memang ada yang terbukti melakukan kesalahan, tentu saja perlu diberikan teguran atau sanksi sesuai aturan organisasi dan sesuai tingkat kesalahan yang dilakukan. Namun jika yang terjadi hanyalah kesalahpahaman, maka tidak ada yang perlu diteruskan atau diperpanjang lagi. Semua sudah selesai, clear, dan saling memaafkan atas hal yang tidak pada tempatnya.

Jadi, tidak perlu membuat perkumpulan karena kekecewaan. Tidak perlu membuat organisasi karena sakit hati. Tidak perlu konsolidasi untuk menyatukan pihak-pihak yang merasa kecewa atau merasa terzalimi. Karena perkumpulan seperti apa yang akan terbentuk, dari jiwa-jiwa kecewa ? Organisasi seperti apa yang akan muncul, dari hati-hati yang menyimpan benci ? Toh kelak ketika terbentuk organisasi, pasti ada yang kecewa lagi.

Mari duduk saja bersama-sama. Membingkai hati, mengeja keinginan jiwa. Berbicara dengan bahasa ruhani, bukankah kita semua ini para kader yang saling mencinta ? Bukankah kita semua telah berikrar untuk selalu berada di jalanNya ? Termasuk ketika menyelesaikan permasalahan ? Bukankah kita semua sangat mencintai jalan dakwah ini ? Lalu mengapa harus mengambil langkah sendiri hanya karena tidak bisa memahami keputusan organisasi ?

Wallahu a’lam. Saya hanya sulit mengerti, mengapa ada organisasi yang didirikan karena kekecewaan dan sakit hati. Padahal, aktivitas yang dirintis dengan sepenuh cinta saja, masih bisa menumbuhkan rasa kecewa.

PENYERTAAN PAS DALAM PILIHANRAYA [ Tidak Beriman Kepada Demokrasi ]

Bagi menjawab persoalan dan pertanyakan kenapa PAS menyertai pilihanraya ?

Sebagai penjelasan ringkas dari banyak kenyataan dan penjelasan para ulama’ , saya kemukakan beberapa alasan kenapa PAS sebagai sebuah Gerakan Islam menyertai pilihanraya.
Ada pihak yang terlalu curiga terhadap PAS , apabila PAS menyertai plihanraya dengan alasan ianya tidak islamik dan tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah saw mahupun sahabat baginda saw.
Sahabat yang dihormati sekelian :
Pada tanggal 27 june 1955 bermula penyertaan PAS dalam pilihanraya ( Pilihanraya Persekutuan Pertama ) untuk merebut 52 kerusi dan PAS telah menang satu kerusi di Kawasan Parlimen Krian melalui calonnya Tuan Guru Hj. Ahmad Hj. Husin hinggalah tahun 1959.
Penyertaan ini di atas hasrat untuk menegakkan Islam di Malaysia dan PAS telah memilih cara Muwajjahah Silmiyyah untuk menghadapi pihak yang tidak melaksanakan Islam ( Barisan Nasional) di negara kita dengan menolak kaedah Revolusi dan perang.
Peringkat awal penyertaan PAS dalam pilihanraya tidak dipersoalkan hukum syarie atau tidak oleh mana2 badan atau pihak. Isu kesyariean kaedah pilihanraya ini hanya timbul setelah wujudnya jamaah – jamaah islam yang tidak puas hati terhadap PAS.
Pilihanraya adalah peluang terbuka dalam sistem Jahiliyyah untuk kita bermuwajjahah ( menentang ) pihak pemerintah yang enggan melaksanakan Syariah Allah swt. Melalui ruang ini juga , dilebarkan usaha dakwah dan gerak kerja mempertahan dan melindungi agama Allah swt.
Sebagaimana ruang dalam sistem jahiliyyah digunakan oleh Abu Talib untuk melindungi anak saudaranya Muhammad saw. Begitu juga dilakukan oleh Mata’am bin A’di untuk melindungi Rasulullah saw. ketika baginda pulang dari Taif. Ruang itu turut digunakan oleh Ibnu Ad Daghnah ketika memberi perlindungan kepada Syadina Abu bakar As-Sidiq rha. yang dihalau oleh kaumnya.
Namun pilihanraya sebagai satu ruang dalam sistem jahiliyyah ini tidaklah bererti satu -satunya kaedah dakwah dan perjuangan yang ada. Kita menerima pilihanraya selama mana ia selamat digunakan demi melebarkan dakwah dan menegakkan Islam , tetapi jika sekiranya ruang ini tidak lagi selamat digunakan , maka ruang – ruang atau kaedah – kaedah yang lain pula akan digunakan demi agama Allah swt.
Sebagaimana berlaku pada Ibnu Daghnah ketika mana ia tidak tahan dengan tekanan Musyrikin Quraisy yang meminta supaya Ad Daghnah menghentikan kerja dakwah Abu Bakar As – Siddiq yang berada di bawah lindungannya , lalu ibnu Ad Daghnah mengugut Abu Bakar rha. samaada menghentikan kerja – kerja dakwah untuk terus berada di bawah lindungannya atau dilucutkan perlindungan itu .
Syaidina Abu Bakar rha. menjawab : Aku pulangkan kembali kepada mu perlindungan yang diberikan kepada ku , Aku redho dengan perlindungan yang dikurnniakan oleh Allah swt. Demikianlah Abu Bakar rha. mengambil ruang yang ada dalam satu sistem Jahiliyyah ketika itu untuk bernaung dan melebarkan dakwah , namun ruang itu tidak bererti segala – galanya untuk dakwah malah apabila ia dirasakan tidak lagi selamat dan memberi pulangan sebaiknya kepada kerja – kerja dakwah , maka ruang ruang lain yang dibuka oleh Allah swt untuk menegakkan agamanya amatlah luas.
Melalui pilihanraya, PAS mampu menyuarakan Islam dan pandangan – pandangannya di Parlimen dan juga DUN yang perlu difahami bahawa disitulah undang – undang negara kita digubal.
PAS juga mampu menggubal undang – undang Negara ini untuk dilaksanakan Islam jika dua pertiga ahli parlimen menyokong PAS.
Berasaskan kenyataan ini , PAS berjuang dan bertanding dalam pilihanraya di peringkat Parlimen dan DUN sebagai usaha untuk menggubal undang – undang negara ini dari Jahiliyyah kepada Islam .

Dalam ertikata lain , meneruskan usaha Rubaei bin Amir rha. : Mengeluarkan sesiapa jua yang mahu dari perhambaan sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah tuhan yang mencipta hamba . Dari kezaliman agama ciptaan manusia kepada keadilan Islam wahyu yang diturunkan oleh Allah swt. dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat yang dijanjikan oleh Allah swt.

http://wabillahagro.blogspot.com/2011/12/penyertaan-pas-dalam-pilihanraya-tidak.html

Negara Berkebajikan … utk ummah yg sejahtera.

Allahuakhbar….alangkah pelik kehidupan manusia ini…semuanya nampak ‘bermasalah’ baginya. Jika ada kebaikan yg diura-urakan dan kebaikan itu bukan dari kumpulannya, langsung tidak ada kesudian utk turut mengusahakannya. Bahkan dicari dari sudut dan ruang mana boleh dicungkil kelemahan pihak yg ditentang dan tidak dipersetujui itu disebarkan sehingga mempengaruhi org ramai.

Isu negara berkebajikan yg disebut-sebut oleh TGHH bukan saja menjadi ejekan dan momokan UMNO yg memang benci dgn islam, tapi turut disangsi dan diserang oleh golongan yg mengaku sayangkan Islam dan saudaranya. Bagi ahli Pas, saya mendoakan mereka mampu bersabar dlm proses menyelami dan memahami maksud tuan presiden ini. Saya faham bukan semua mampu menerima dgn tenteram apatah lagi ada usaha2 dari kalangan gerakan dakwah sendiri yg mempertikaikan.

Adalah menjadi perkara biasa sikap yg diambil oleh pucuk pimpinan kadang2 menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puashati dari sesetengah kalangan ahli bawahan sendiri, kerana mereka tidak memahami sebahagian atau seluruh sikap atau dasar yg diambil itu seperti mana yg difahami oleh pihak yg bertanggungjawab di dalam pucuk pimpinan jemaah.

Dalam satu kisah masyur, di mana saidina Umar Al khattab pernah melahirkan tidak puashati beliau terhadap keputusan perjanjian Hudaibiyyah oleh nabi saw, padahal Umar adalah antara sahabat yg sering mendapat ilham, tapi dlm isu ini beliau tidak dapat menyelami hikmat tersirat di sebalik perjanjian itu sehingga Abi bakar menerangkan dan meminta beliau utk iltizam. Maka beliau berpuashati dan hilanglah keraguan di hati. Sekiranya beliau bertindak menyebarkan rasa tak puashati dan mempengaruhi umat islam lain melahirkan sokongan terhadap sikap tidak puashatinya, tentulah keadaan akan buruk sekali.

Saya memiliki beberapa buku tafsiran surah dari TGHH, antara yg saya miliki ialah tafsiran surah dari kitab at Tibyyan yg begitu detail sekali dan surah al Insan yg dikupas secara perinci. Atas pengalaman ini saya menyakini TGHH org memiliki ilmu dalam pentafsiran ayat dan tidaklah mungkin ada keinginan utk menyeleweng tafsiran ayat bagi kepentingan pribadi. Jika diberi pilihan kepada sayautk cenderung kpd kefahaman terhadap satu ayat quran dari seorg jurutera berbanding seorg ulama yg tua ilmunya, anda boleh teka yg manakah akan menjadi pilihan saya ini. “mmm kalau dah taksub”…itulah tuduhan yg saya terima selama ini…biarkan.

TGHH menulis di laman Fbnya,

Respon kepada mereka yang mempertikaikan Negara Berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS :
Itu adalah kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam. Insya’Allah, saya akan terbitkan satu buku yang akan menerangkan apa itu negara berkebajikan, berlandaskan perlembagaan PAS yang berpandukan Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias. – tok guru haji hadi.

Maka harap semua yg melihat komitmen Pas dlm menyediakan politik yg lebih adil kepada rakyat, dapat bersabar menanti penjelasan TGHH jika rasa sangsi dan masih tidak cukup dgn penjelasan setakat ini. Saya yakin siri penjelasan akan muncul selepas ini dari pimpinan Pas, dgn KP Pas juga menulis di Fbnya berjanji utk turut menyentuh isu ini dlm waktu terdekat ini

Pada saya yg sering dilabelkan sebagai ‘memenangkan akal’ berbanding ayat Allah, akal saya sudah tentu akan tetap berkata ‘bukankah Islam itu memperjuangkan kebajikan hidup manusia didunia dan akhirat ? Bukankah apa saja yg nabi lakukan sebaik mendirikan pemerintahan Islam dimadinah adalah bermotifkan menjaga kebajikan?…bagaimana nabi membersihan sungai, merancang penempatan penduduk adalah utk kebajikan?..maka apa yg ‘harunya’ mempromosikan istilah negera berkebajikan setelah bertahun2 membawa ‘negara islam’ ia tidak mampu disahut secara sempurna oleh rakyat seluruhnya. Saya tidak nampak Pas mengubah dasarnya, hanya memberi nama baru utk usaha dan cita2 yg sama. Dasar pas masih islam . Jika mampu membariskan apa nilai2 yg dicakupi oleh ‘kebajikan’, maka antara maqasid kepada peraturan dan undang2 dlm islam juga adalah untuk menjaga kebajikan umat manusia…. kebajikan itu islam, mana ada kebajikan selain Islam….mana ada Loteri kebajikan atau kelab kebajikan peminum arak dalam islam?

Untuk ayat yg TGHH contohkan memang ayat ini digunakan mengikut asbabun nuzulnya adalah kpd kaum saba’, tetapi di mana ada kaedah diguna pakai mufassir dlm mentafsirkan ayat Allah swt iaitu al Ibrah bi umumillafzi la bi khususissabab, yg bermaksud : pengajaran dari ayat itu bukan kerana khusus sebab turunnya ayat itu, tetapi pengajarannya adalah dilihat pd lafaz yg umum.

Baldatun Tayyibah mmberi maksud antaranya ialah negeri yg ada kebaikan dan kebajikan. Maka di mana salah kalau TGHH mnjadikn tema Negara Kebajikan dgn ayat ini. Antara tanda betapa Al-Quran itu adalah mukjizat Allah saw ialah fleksibiliti petunjuk ayatnya untuk difahami dan dihayati di sepanjang zaman walaupun kebanyakan ayat2 quran ini diturunkan ada asbabun nuzul atau sebab khususnya.

Entahlah, saya mungkin benar taksub….pentaksub kepada kebaikan seperti saya ini terkesan dgn ngomelan ustaz zawawi yusof ketika merasa gembira dgn kemenangan pasukan bolasepak Terengganu ke atas kelantan dgn kata beliau “ seronoknya hidup bila mengejar gol, ramai penyokong, banyak umpanan sebab itu berpeluang mencipta gol. Islam juga perlu ada yg mengumpan dan menyokong. Sama2lah membantu bukannya menambah buntu. Kalau tak boleh menjadi pemain jadilah penyokong, islam perlukan ramai penyokong dan pembantu.

SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAH

Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina ‘Umar al-Khattab. Ijtihad dalam politik lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik. Ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia. Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting. Jika kita memberikan nama yang ‘islamik’sekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia, maka ia tidak boleh dianggap islamik. Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. Sebab itu, jika menamakan negara dengan ‘daulah islamiyyah’ tetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.

Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa. Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis siyasah akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar syariat. Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Dalam riwayat Abu Daud:

“Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani.)

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapuhan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati. Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata:

“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu. Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policytidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa. Untuk itu kita dapati para sarjana fekah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan.

Kata al-Munawi (meninggal 1031H) :

“Rabiah (bin ‘Abd al-Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab ‘Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-‘Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan”.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.).

Hal yang sama disebut oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa.

Kefahaman yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks. Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik islam.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menilai pandangan HT tentang demokrasi.

MENILAI PANDANGAN HT TENTANG DEMOKRASI

Demokrasi bukan satu sistem yang terbaik. Tetapi buat masa ini, itu sahaja sistem yang ada.Ia sama seperti hukum masbuk bagi orang yang lewat solat jumaat. Seseorang yang sempat mendapat rukuk dalam rakaat kedua imam dalam solat jumaat, adalah orang yang mendapat solat jumaat, dan solat jumaatnya adalah sah. [fiqh manhaji] 

Hukum sah solat bagi orang yang lewat solat jumaat sekiranya dapat rukuk dalam rakaat Imam itu, bukanlah bermakna orang Islam mesti bertindak dengan selalu datang lambat agar sentiasa masbuk dalam solat jumaat. Tindakan itu bercanggah dengan firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

Maksudnya;
“apabila diseru kepada solat, maka hendaklah dia bersegera kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli”.

[Al-Jumuaah : 9]

Namun begitu, sekiranya adalah kes-kes tertentu, seperti terlewat kerana kesebukan kerja, terlalai, tertidur atau sebagainya, maka kelewatannya itu sehingga dia sempat mendapat tamaninah dalam rukuk pada rakaat kedua imam, menunjukkan ia dapat rakaat tersebut.

Maka begitujuga situasi gerakan Islam di Malaysia yang menggunakan demokrasi. Ia bukan bermakna demokrasi itu satu sistem yang terbaik [kalau dibandingkan dengan monarki, sudah pasti demokrasi lagi baik]. Tetapi, memandangkan ia adalah satu-satunya sistem yang diamalkan di Malaysia untuk mengubah perlembagaan kepada Islam, maka ia dibenarkan. Lebih-lebih lagi, keterlibatan itu melahirkan banyak kemaslahatan kepada umat Islam, juga pada perlaksanaan Islam itu sendiri.

Perlu disedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan perlembagaan sebagai dasar rujukan kerajaan. Pembentukan perlembagaan atau penggubalan terhadap perlembagaan itu tertakluk kepada satu sistem yang bernama demokrasi. Memandangkan pemerintahan pada hari ini tidak menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan, disamping kezaliman semakin berleluasa, tidak dapat tidak perlembagaan yang ada wajib digubal, malahan digantikan dengan yang lebih baik. Ia disifatkan sebagai melaksanakan tugasan amar makruf dan nahi mungkar.

mengenangkan perkara itu, cara untuk melakukan tindakan itu hendaklah sesuai dengan manhaj Nabawi yang telah dicerapi oleh para ulama mujtahid yang berkelayakkan.

Dalam perbahasan ini, dinyatakan manhaj Nabi SAW dalam melakukan tindakan tersebut adalah seperti berikut;

1- tindakan itu hendaklah bersifat waqie
2- tindakan itu hendaklah tidak melahirkan kemudharatan yang lebih besar.

Nabi Muhammad SAW bertindak, sememangnya tindakan itu bersifat waqie. Tindakan yang bersifat angan-angan, ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Ekoran tindakan bersifat waqie itu, wujud dalam sirah beberapa istilah, seperti hijrah, sulh al-Hudaibiyyah, perjanjian aqabah dan banyak lagi. Tanpa keperluan waqie ketika itu, Nabi SAW tidak perlu melakukan sulh al-hudaibiyyah sehinggakan terpaksa melakukan satu perjanjian yang dilihat secara umumnya seperti menguntungkan musuh, malahan mendapat tentangan dari sebilangan sahabat.

Begitujuga, Nabi SAW tidak meruntuhkan kaabah, lalu dibina balik pada tapaknya yang sebenar setelah berlaku fath Makkah sambil Nabi SAW berkata kepada Aisyah;

لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ

Maksudnya;
“kalaulah tidak umat kamu baru sahaja meninggalkan kekufuran, sudah pasti aku sudah lakukannya [runtuh dan bina balik pada tapaknya]”. [Muwatta’ : 710]

Semua menandakana bahawa tindakan Nabi SAW itu bersifat waqie ketika itu.Dibawah maksud manhaj nabawi juga adalah, bertindak yang tidak melahirkan mudharat yang lebih besar.

Kaedah fiqh ada menyebut, “kemudharatan hendaklah dihapuskan sekadar yang mampu”. Ia sudah pasti berasaskan kepada sabda Nabi SAW;

فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya;
“Apabila aku mencegah kamu berkenaan sesuatu, maka hindarilah ia. Apabila aku menyuruh kamu lakukan sesuatu urusan, lakukannya sekadar kemampuan kamu”. [Al-Bukhari : 6744]

Juga sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“barangsiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia tukar dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan benci dalam hati. Ia merupakan selemah-lemah iman”. [Muslim : 70]

Dalam mensyarahkan hadis ini, perkataan Qadhi Iyad telah dinukilkan oleh Im,am An-Nawawi dalam syarah Muslim. Beliau menyatakan;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“hadis ini adalah asal sifat mengubah [kemungkaran]. menjadi hak pihak yang mengubah [orang yang melihat kemungkaran] bahawa dia mengubah dengan semua bentuk yang termampu menghilangkannya [kemungkaran], sama ada dengan perkataan atau dengan perbuatan” [Syarh An-Nawawi : 1/131].

Jadi, keterlibatan dengan demokrasi di Malaysia dalam usaha menjatuhkan kemungkaran pemerintahan, disamping dalam usaha hendak mengubah perlembahaan yang merupakan dasar pemerintahan adalah satu perkara yang mesti. Tindakan tidak terlibat, akan mengakibatkan kemungkaran pemerintahan yang boleh dikurangkan akan terabai. Ia sudah pasti mengundang kemudharatan yang lebih besar; ia sudah pasti tidak dikehendaki oleh Allah SWT.

HARAM QATIE?

Ada sebilangan pihak menganggap demokrasi adalah sesuautu yang haram secara mutlak. Lebih sadis, apabila ia dinilai sebagai haram qatie.

Hendaknya diperhatikan bahawa penilaian sesuatu disebut sebagai haram qatie adalah bersandarkan kepada nas yang bersifat qatie as-subut dan qatie ad-dilalah, atau zannie as-subut dan qatie ad-dilalah.

contohnya solat. Ia termaktub secara qatie as-subut [mutawatir, sebab firman Allah], dan mencapai qatie ad-dilalah sehingga tidak berlaku perbedaan pendapat langsung atas kewajipan solat. Dalam nas itu, disebutkan secara terang kewajipan solat. Ekoran itu, orang yang menyalahi kewajipan solat dikira sebagai murtad; terkeluar dari Islam.

Adapun demokrasi, tidak ada satu nas yang qatie as-subut dan qatie ad-dilalah menyatakan pengharamannya. Jadi, tindakan pihak yang menyatakan bahawa demokrasi adalah haram secara qatie adalah tindakan yang salah. Malahan, tuduhan demokrasi sebagai haram qatie, sama seperti mereka melebelkan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sebagai terkeluar dari Islam.

Juga perlu diambil perhatian, larangan yang membawa kepada haram dalam nas ini mempunyai dua bentuk; larangan secara mutlak [An-Nahyu Az-Zati], dan larangan berbentuk sifat [An-Nahyu Al-Wasfi.

Larangan berbentuk sifat ini pula terbahagi kepada dua; sifat yang lazim [Al-wasf Al-lazim lahu] dan sifat yang berjiran [Al-wasf Al-Mujawir lahu] dengan larangan tersebut.

Contoh bagi larangan secara mutlak adalah larangan makan babi. Ini kerana, babi itu secara zatnya bersifat haram. Adapun contoh bagi larangan berbentuk sifat yang lazim, seperti larangan riba. Ini kerana, asal riba adalah jual beli kerana wujud muawadhad, iaitu pertukaran. Namun, memandangkan wujud sifat-sifat penambahan yang menindas, maka ia dikira haram. Contoh bagi larangan bersifat berjiran pula adalah seperti menunaikan solat dengan pakaian yang dicuri, atau berpuasa pada satu syawal.

Dari segi hukum, larangan secara mutlaq dan bersifat lazim ini, tidak timbul perbahasan yang panjang. Tetapi perbahasan fiqh berlaku pada larangan yang bersifat berjiran. Contohnya seperti seseorang yang melakukan puasa nazarnya pada satu syawal; apakah puasanya sah atau tidak.

Mengikut mazhab Hanafi, puasa nazar itu sah, tetapi perbuatannya itu haram. Ini kerana, larangan itu berlaku pada sifat [satu syawal], bukan pada zat puasa.

Maka begitulah juga demokrasi. Ia bukan larangan dari sudut zat, tetapi ia adalah larangan bersifat berjiran. Ekoran itu, demokrasi yang digunakan untuk menukar hukum Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran adalah haram. Ini kerana, firman Allah;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya;
“hari ini, telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku cukupkan nikmat-nikmatku dan aku redha Islam sebagai agama”.

[Al-Maidah : 3]

Tetapi, demokrasi yang digunakan dalam bentuk tanfiz, iaitu perlaksanaan sesuatu hukum Islam seperti mencari pendapat yang rajih dikalangan ulama untuk diadaptasikan dalam pemerintahan, menentukan pertukaran pemimpin dan sebagainya, maka ia dibenarkan.

HAKIKAT DEMOKRASI

Sesuatu hukum itu, tertakluk kepada hakikat benda. Ia tidak tertakluk kepada nama. kaedah ada menyebut;

الحكم علي شيء فرع عن تصوره

Maksudnya;
“hukum pada sesuatu itu, satu bahagiannya adalah terletak pada [mengetahui] gambaran [benda yang hendak dihukumkan]”

Jadi, untuk memastikan sesuatu status hukum, hendaklah dipastikan hakikatnya, bukan dinilai pada ungkapan lidah-lidah manusia yang sudah masyhur, atau istilah-istilah yang sudah menjadi uruf di kalangan masyarakat.

Juga, ia tidak boleh dinilai dari sudut namanya yang datang dari non Muslim, maka ia ditolak. Ini kerana, kaedah menyebut;

الحكم يدور علي المسوي لا علي الإسم

Maksudnya;
“hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama”

Demokrasi adalah satu istilah yang berasal dari Yunani. Ia bermaksud, suara rakyat. Demokrasi ini sering disebut sebagai sistem pemerintahan. Didalamnya terkandung beberapa perkara penting, seperti hak bersuara, hak golongan minoriti, rakyat menentukan keputusan dan banyak lagi.

perlu diperhatikan, status sesebuah negara itu tertakluk pada perlembagaan yang merupakan sumber rujukan sesebuah negara. Sekiranya perlembagaan itu menjadikan Islam sebagai dasar rujukan negara, sudah pasti negara itu digelar sebagai negara Islam. Maka begitujuga pada yang lainnya.

Adapun demokrasi, ia bukan sistem pemerintahan, tetapi sistem pemilihan dalam menentukan sesuatu sistem atau dasar pemerintahan. Dengan maksud, demokrasi mampu menjadikan perlembagaan yang menjadi dasar sesebuah pemerintahan itu bertukar; [jika di Malaysia] dari bentuk sekarang kepada islam menjadi rujukan.

Begitujuga, demokrasi merupakan merupakan sistem lantikan seseorang pemimpin dalam sesuatu pemerintahan. Dari itu, sebutan demokrasi sebagai sistem pemerintahan adalah sebutan ringkasan yang perlu dijelaskan lagi. Ia seperti Allah SWT menyebut;

وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ

Maksudnya;
“tanyalah qaryah [pekan]”

[Yusuf : 82]

dalam ayat ini, Allah SWT suruh tanya pekan, walhal pekan tidak boleh menjawab pertanyaan. Dari itu, para ulama menyatakan pada ayat “tanyalah pekan” itu mengandungi kalimah yang tidak termaktub, tetapi difahami secara uruf bahasa, bahawa maksudnya adalah, “tanyalah kepada ahli pekan tersebut” [kalimah ahli ditambah].

Nyata disini, bahawa demokrasi bukan sistem pemerintahan, sebaliknya adalah sistem pemilihan atau penetapan pada sesuautu dasar/sistem pemerintahan, atau seseorang pemimpin negara. Ia sama seperti orang menyatakan SPR merupakan satu sistem penyusunan dalam mengurus pilihanraya, tetapi ia bukan sistem pilihanraya. Ekoran dari itu, nyata bahawa perdebatan demokrasi ini, hendaklah dalam kerangka sistem pemilihan/penentuan terhadap sesuautu dasar pemerintahan, bukan sebagai sistem pemerintahan.

LARANGAN DAN DIBENARKAN

Pemerintahan islam adalah pemerintahan yang terlaksana hukum Islam. Dengan apa jua bentuk sekalipun, sesuatu pemerintahan itu sudah termasuk dibawah maksud pemerintahan Islam sekiranya terlaksana hukum Islam dalam pemerintahan tersebut.

Ekoran itu, kita akan dapati Muawiyyah telah memasukkan elemen monarki dalam pemerintahan islam. tindakan memasukkan elemen itu, tidak mencacatkan bagi maksud pemerintahan Islam. [lihat buku “islam, politik dan pemerintahan]

Jika monarki yang mempunyai kuasa individu pun dibenarkan, maka tidak ada sebab mahu dikatakan haram menggunakan demokrasi dalam pemerintahan Islam. Ini kerana, demokrasi tidak tertakluk kepada suara individu, tetapi tertakluk kepada suara rakyat [suara ramai].

DEMOKRASI TERLARANG

Dalam artikle lepas, dinyatakan bahawa demokrasi adalah pengharaman berbentuk sifat yang berjiran [Al-Wasf Al-Mujawir lahu]. Jadi, secara zatnya tidak haram, tetapi pengharaman itu berbentuk sifatnya sahaja. Justeru, pembuangan sifat akan mengembalikan kepada hukum zatnya.

Lantaran itu, apabila wujud beberapa sifat-sifat, maka demokrasi jadi haram. Antaranya adalah seperti berikut;

Pertama;

suara majoriti rakyat [demokrasi] tidak boleh digunakan untuk menentukan dalam perkara yang bersifat qatie dan perkara yang diketahui dalam agama secara pasti.

Contohnya ; solat, puasa, zakat dan banyak lagi.

Firman Allah;

إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ

Maksudnya;
“tiada hukum kecuali kepunyaan Allah”

[Al-An’am : 57]

Kedua:

Suara majoriti tidak boleh digunakan untuk menghapuskan kandungan kitab [Al-Quran].

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ

Maksudnya;
“Apakah patut kamu beriman sebahagian kitab, dan mengkufurinya [menghapuskan] pada setengah yang lain. Tiada pembalasan terhadap apa yang kamu lakukan itu, kecuali kehinaan hidup di dunia, dan akhirat nanti kamu akan ditolak ke dalam azab yang hebat”.

[Al-Baqarah : 85]

DEMOKRASI YANG DIBENARKAN

Dua sifat yang disebutkan diatas adalah faktor-faktor penyebab demokrasi diharamkan. Namun begitu, apabila dua sifat ini dibuang, maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu harus.

Dalam keadaan begitu, demokrasi amat diguna pakai dalam perkara-perkara berikut;

Pertama;

Suara majoriti digunakan untuk memilih pendapat yang paling rajih. Ia berlaku dalam perkara khilaf, seperti contoh memakai pendapat Hanafi dalam menetapkan kewajipan geran bagi mereka yang meneroka tanah berbanding syafie yang tidak mewajibkan geran.

Sabda Nabi SAW,

اثْنَانِ خَيْرٌ مِنْ وَاحِدٍ وَثَلَاثٌ خَيْرٌ مِنْ اثْنَيْنِ وَأَرْبَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ ثَلَاثَةٍ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَنْ يَجْمَعَ أُمَّتِي إِلَّا عَلَى هُدًى

Maksudnya;
“dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lagi baik dari tiga. Hendaklah kamu dengan jemaah [majoriti], kerana Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk”

[Musnad Ahmad : 20331]

Malahan, apabila berlaku pertembungan antara golongan yang kecil, nabi SAW menyuruh merujuk kepada suara ramai.

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil “As-Sawad Al-‘Azam””

[Ibnu Majah : 3940]

Dalam menafsirkan maksud “sawad a’zam”, Kitab As-Sindi menyatakan;

أَيْ بِالْجَمَاعَةِ الْكَثِيرَة فَإِنَّ اِتِّفَاقهمْ أَقْرَب إِلَى الْإِجْمَاع

Maksudnya;
“Jemaah yang ramai. Kerana, kesepakatan mereka lebih hampir kepada ijmak”

Imam As-Sayuti dalam menafsirkan “sawad ‘Azam”;

أَيْ جَمَاعَة النَّاس وَمُعْظَمهمْ الَّذِينَ يَجْتَمِعُونَ عَلَى سُلُوك الْمَنْهَج الْمُسْتَقِيم وَالْحَدِيث يَدُلّ عَلَى أَنَّهُ يَنْبَغِي الْعَمَل بِقَوْلِ الْجُمْهُور

Maksudnya;
“Ia adalah himpunan manusia dan kebanyakkan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul. Hadis itu menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan perkataan majoriti” [Hasyiah As-Sindi : 3940]

Al-Munawi pula berkata;

(فعليكم بالسواد الأعظم) من أهل الإسلام أي الزموا متابعة جماهير المسلمين فهو الحق الواجب والفرض الثابت الذي لا يجوز خلافه فمن خالف مات ميتة جاهلية

Maksudnya;
“[hendaklah kamu ikut sawad ‘azam dari ahli islam] iaitu, lazimi mengikut pendapat majoriti orang islam, kerana ia adalah kebenaran yang wajib dan fardu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya, lalu mati, maka ia mati jahiliyyah” [Faidul Qadir : 2/547]

Kedua;

ia digunakan dalam tanfiz terhadap hukum-hukum Islam. Seperti, menangguhkan dulu perlaksanaan hukum potong tangan, memandangkan ia boleh mendatangkan kemudharatan dalam perlaksanaan di tahun kelaparan atau seumpamanya. Seperti, kelaparan yang memungkinkan mereka mencuri. Apabila dipotong juga tangan, ia akan mempamerkan laksana hudud dikala wujud shubhat.

Ini disandarkan kepada hadis bahawa nabi SAW tidak terus membetulkan kaabah pada tapaknya yang tepat disebabkan rakyat makkah baru sahaja meninggalkan kekufuran.

Ketiga;

apabila pemerintahan sudah menetapkan perlembagaan islam, maka pemimpin negara boleh digugurkan sekiranya dia melakukan tindakan-tindakan berikut;

1- zalim
2- Fasiq, dan
3- lembab [tiada kebijakan ajaib].
4- Dan sebagainya..

lalu, ia terserah kepada suara rakyat dalam menentukan kejatuhan atau pengekalan pemimpin itu sebagai pemimpin atau tidak.

Firman Allah,

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
“jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu akan disambar oleh api neraka”.

[Hud : 113]

SYURA DAN DEMOKRASI

Ada sebilangan pihak mengatakan bahawa demokrasi tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah diamalkan oleh Nabi SAW. Malahan mereka mewajibkan kembali kepada syura. Dalam perkara ini, perlu dilihat dalam dua perkara, iaitu Syura dan amalan yang tidak dibuat oleh Nabi SAW.

Melihat kepada perlantikan empat orang khalifah Islam selepas kewafatan Nabi SAW, kita akan dapati bahawa cara pemilihan mereka tidak mempunyai satu cara. Tapi, dengan kepelbagaian cara itu, diiktiraf sebagai syura. [Al-Imamah Al-Uzma : 147 – 157]

Dengan ini difahami, bahawa yang dikatakan syura itu, sememangnya ia wujud nas kewajipannya. Iaitu firman Allah;

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya;
“lakukan syura dikalangan kamu. Apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah”.

[Al-Imran : 159]

namun, ayat ini bersifat umum, tanpa dinyatakan bentuk-bentuk syura secara khusus. Apa yang pasti, dalam kitab-kitab tafsir menyatakan, maksud syura yang merujuk kepada ayat ini adalah, “meminta dikeluarkan pandangan” [Tafsir Al-Jalalain : 59]

Apabila dilihat pada amalan sahabat selepas kewafatan Nabi SAW, kita dapati mereka tidak mempunyai satu bentuk yang khusus tentang syura. Malahan selepas datang zaman monarki dan dinasti, bentuk syura semakin bertukar sehingga ia diinstitusikan.Ini menandakan, bentuk syura itu tidak mempunyai satu bentuk yang khusus.

Malahan jika dirujuk dalam hadis pula, didapati bahawa Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil “As-Sawad Al-‘Azam””

[Ibnu Majah : 3940]

Dengan ini, dikukuhkan lagi dengan sabda Nabi SAW dalam hadis yang lain, “empat itu lebih baik dari tiga, tiga itu lebih baik dari dua….”

NABI TAK BUAT

Mengenangkan Bentuk syura itu sendiri tidak mempunyai satu bentuk yang khusus, maka tidak menjadi kesalahan jika menggunakan demokrasi untuk dijadikan sebagai neraca dalam menentu sesuatu keputusan. Ini kerana, tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW, maka ia adalah tertolak.

Malahan wujud satu hadis, dari Rifaah bin Rafi’ berkata, bahawa mereka solat jemaah bersama Nabi SAW. Apabila bangkit dari rukuk, kedengaran seorang sahabat menambah pada bacaan tasmi’ [sami’Allahulman hamidah], dengan membaca, “hamdan kasiran taiyiban mubarakan fih”.

Setelah solat, Nabi SAW bertanya, “siapakah yang membaca tadi”. Sahabat itu menjawab, “Saya Rasulullah SAW’

Rasulullah terus menyatakan bahawa baginda nampak beribu-ribu malaikat telah turun telah mengangkat kalimah tersebut untuk dibawa naik kepada Allah. [Muwatta’ : 442]

Juga satu hadis, bahawa seorang sahabat yang telah bertayammum di musim sejuk disebabkan dia telah berjunub. Perbuatannya itu diketahui oleh Nabi SAW, menyebabkan baginda bertanya.

Dia menjawab dengan membaca satu firman Allah;

وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Maksudnya;
“jangan kamu bunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah amat sayang kepada kamu”.

Mendengar jawapan Amru bin Al-As itu, Rasulullah ketawa tanpa berkata apa-apa pun. [Abi Daud : 283]

Dari dua hadis yang dikemukakan ini, kelihatan bahawa tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Nabi, maka ia terlarang. Malahan, ia dibenarkan dilakukan selama ia tidak bercanggah dengan nas yang saheh dan sareh.

begitujuga, tidak terkeluar dari kerangka manhaj nabawi, sekiranya melakukan sesuautu tindakan yang tidak digunakan oleh Nabi SAW secara zahir, tetapi mempunyai sandaran dari sudut “khafie an-nas”.

Jika dilihat pada hadis, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
“barangsiapa melakukan sesuautu amalan yang bukan dari urusan kami ini, maka amalan tersebut akan tertolak” [Ibnu majah : 14]

Dalam mensyarahkan hadis ini, as-sindi telah menyatakan maksud dengan “urusan kami ini” adalah selama tidak bercanggah nas yang zahir, dan tidak bercanggah dengan nas yang khafie. [Hasyiah As-Sindi : 1/14]

Dengan maksud, sekiranya ia tidak bercanggah dengan nas yang khafie [bukan zahir perbuatan], maka ia tidak boleh diharamkan, malahan ia diketagorikan sebagai masyruk [disyariatkan].

Jadi, demokrasi tidak boleh diharamkan secara mutlak dengan alasan Nabi SAW tidak lakukan. Sebaliknya, dalam keadaan sekarang, iaitu dalam usaha menjatuhkan regim, maka menggunakannya adalah dibenarkan.

sumber :http://g-82.blogspot.com/
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
saya tertarik dengan artikel ini maka saya mengambil kesempatan untuk kongsikan ia sebagai sebahagian dari koleksi di blog saya ini, ia bertepatan dengan kefahaman saya dan keharusan demokrasi yang saya pegang selama ini, walau saya juga antara perindu khilafah seperti sahabat2 saya dari HT, tapi saya tidak menemukan hujah yg kuat pengharaman total terhadap demokrasi bahkan dalam percubaan utk meneliti secara halus terhadap kebatilan falsafah demokrasi, saya dapati  untuk amalan berorganisasi , demokrasi masih memberi input utk mengurangkan tekanan terhadap perjuangan menegakkan islam di bumi Malaysia ini….wallahualam.

belanja…

Letih sungguh sehari dua ni kerana tak abis lagi aktiviti ‘berbelanja’. Barangan banyak yang naik harga. Kami berpeluh juga menguruskan persiapan persekolahan anak2 yang akan memulakan sesi persekolahan 2011 pada Ahad nanti.Tadinya saya membuat pendaftaran tadika anak bongsu saya….hampir mencecah RM300 juga walaupun baru peringkat tadika, mujur sebelah malamnya saya dah claim siap2 dgn cik abe…maklumlah, gaji adinda ciput jerr…

Untuk anak2 yang sudah memasuki persekolahan menengah dan rendah, proses pendaftaran saja sudah melebehi seribu ringgit, itu pun tak termasuk yuran bulanan, kerana selaku kakitangan kami mendapat ‘subsidi’ untuk yuran bulanan persekolahan anak2 bagi tiga orang anak sahaja…..kalau tidak, teruk juga setiap bulan terpaksa ‘terbang’ lima ratus lebih untk yuran saja….hmmm itu belum campur duit poket serta bayaran2 utk program/aktiviti yg mendatang di sekolah.

Awal disember lepas, luluh juga hati saya melihat ibubapa yang terkulat-kulat menanggung peritnya membayar wang pendaftaran anak2 mereka. Bagi yang memiliki dua atau tiga anak yang bersekolah di sini, bawa dua atau tiga ribu belum tentu cukup melangsaikan semua bayaran, apatah lagi yuran telah dinaikkan oleh pentadbiran sekolah ekoran tuntutan ekonomi semasa…saya melihat ibubapa memang merasa perit sekali.Biarpun mereka berpangkat dan mempunyai pendapatan yg kukuh, apabila tiba saja hujung tahun, bila terpaksa berbelanja untuk urusan persekolahan anak2, bahu akan terasa berat juga. Pun begitu, ramai kalangan waris yg memilih menyekolahkan anak2 di sini dan berdepan dgn bayaran yg lebih mahal demi mendapatkan tarbiyyah serta pendidikan anak2 yg lebih baik.

dasyat sungguh nilai duit hari ini….harga barang berkali ganda besarnya. Dalam kelas sejarah saya bercerita ttg duit pokok pisang pada zaman Jepun. Percetakan wang yg tanpa batasan, mengakibatkan inflasi sehingga wang kertas pokok pisang jatuh nilainya dengan teruk sekali. Harga sebiji kelapa ketika itu mencecah $35, walhal $35 adalah setara nilainya dengan tiga sen sahaja…..wakakaka

itulah yg berlaku sekarang, wang kertas ‘jatuh nilainya’ maka barangan pula jadi berganda nilainya. Kerana apa??….kerana mata wang Malaysia pun dalam kondisi yg sama dgn wang pokok pisang zaman Jepun dulu. Sekali pun ia tidaklah dicetak tanpa kawalan seperti wang pokok pisang, tapi yg tersedia hari ini berkemungkinan tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah penggunaan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan, dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Maknanya kemungkinan berlaku penambahan matawang sesebuah Negara, melalui pengeluaran wang kertas tanpa sandaran keatas apa – apa komoditi yg mempunyai nilai yg tinggi seperti emas.

Zaman kegemilangan islam dimana dinar dan dirham diguna pakai sebagai matawang, tidak pernah pun berlaku inflasi, dan sekarang pun, bagi siapa yg memiliki dinar/emas sebagai simpanan…..ia akan berasa ‘untung’ berbanding mereka yang menyimpan wang kertas.

Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

cerita sami

Minggu lepas, atas pertolongan seorang kawan saya menghubungi sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan mencuci kediaman. Tenaga kerjanya sudah tentulah wanita-wanita indon yg datang dari pelbagai lokasi dan juga latar belakang . Manakala majikan yang saya hubungi itu adalah seorang wanita cina  dan sangat ramah melayan saya dalam perbualan kami ditelefon. Setelah memberikan maklumat tentang lokasi rumah saya, akhirnya seorang tukang cuci yg dijanjikan telah dihantar ke rumah saya pada hari jumaat , jam 8.30 pagi.

Sebaik sahaja cleaner tu turun dari kenderaan majikannya….saya sedikit tersentak, berdebar dan mood saya seperti hilang melayang  bila terpandang  ‘maid’ yg akan membantu membersihkan rumah saya bagi tempoh 5 jam itu.  Apa taknya, dia datang dengan berseluar pendek paras peha sahaja, dengan t-shirt ketat lagi senteng….. aduh!

Saya bernasib baik kerana suami bekerja pada hari jumaat dan dua anak lelaki saya terlibat dengan aktiviti di sekolah. Namun begitu, saya hulurkan juga kepadanya sebatang penyapu, mop lantai , kain buruk dan beberapa keperluan mencuci yg lain. Dia memperkenalkan namanya sebagai Samie sahaja. Berpandukan sedikit penerangan dari saya , dia terus mulakan kerja membersihkan ruang tamu dan dapur,  sedang saya pula beredar utk selesaikan tugas mengemas di tingkat atas.

Anak saya si hanah berlari mendapatkan saya ” umi, kakak tu tak tutup orat la umi ” sementara  si syirah pula menyampuk ” dia pakai seksinya umiii “ Saya tahu kedua puteri saya sungguh terkejut, dan saya cuma mengisyaratkan dengan jari telunjuk dimulut saya meminta mereka jangan menguatkan percakapan mereka itu . ” kakak tu cina, tu la pakai seluar pendek” saya bersuara kemudiannya  cuba menyedapkan hati anak2 yg merasa pelik melihat wanita dewasa berseluar pendek di rumah saya.

Sami tekun melakukan kerjanya, langsung tidak melayan pelawaan saya supaya dia berhenti minum minuman sejuk yg sudah saya letakkan di atas meja. Dari lantai rumah sehingga ke bilik air dibersihkannya, dan tanpa di arah dia menyambung tugas diruang atas pula. Sehinggalah jam 12.30 tgh,  saya minta dia berhenti rehat dan makan nasi bungkus yg saya belikan untuknya.

Ketika di meja makan itulah saya mengambil peluang berbual-bual denganya. ” kamu islam ? ” tanya saya . ” ya Islam” jawab Samie pula . ” sudah punya suami ? “ tanya saya lagi. ” ya , udah ” jawab  Sami. ” suami saya masih di Lombok sama anak lelaki saya “ sambung sami lagi.” sudah lama kerja di sini ?”tanya saya lagi” baru sebulan kak, saya ngak tahu bagaimana mau habisi dua tahun lagi kontrak saya ini…baru kerja sebulan saya sudah rasa nggak tahan”. Maka bermulalah luahan cerita Sami yg berisi duka dan kesedihan hatinya itu kepada saya. .

Rupanya dia ditipu agensi dari Indonesia sendiri. Dia dijanjikan kerja kilang beserta  penginapan di asrama kilang seperti yang dialami beberapa temannya yg pernah datang bekerja di sini.  Suami mengizinkan kedatangannya ke rantau orang kerana kehidupan yg susah ditempatnya. ” cari hari ini makannya untuk hari ini ” Sami menjelaskan tentang hidupnya yang kais pagi makan pagi sewaktu di Lombok. Indonesia bukan semuanya miskin seperti Sami. Ekonomi kapitalisme  turut menjadikan golongan kaya di sana mewahnya macam raja dan bertokok tambah sentiasa sedang si miskin tidak dibela serta semakin sempit hidupnya.  Ketika mendapat tahu majikannya seorang cina dan kerjanya adalah mencuci rumah orang dan pejabat, dia melawan dan ingin pulang semula ke Lombok,  tapi akhirnya mengalah kerana sedar nasibnya akan lebih buruk jika melawan.” apa boleh saya lakukan kak, paspor saya sama majikan, bahkan saya nggak punya uang untuk pulang, mau mengadu sama siapa saya, sekarang saya lagi di tanah orang ” Matanya berkaca ketika berbicara ttg nasib dirinya.

Sami  tidak diizinkan sembahyang, dan dipaksa berseluar pendek sentiasa sekalipun dia berjilbab ketika pertama kali sampai ke sini. ” saya minta sama kakak cina itu supaya diijin bercelana panjang, tapi nggak pernah dikasi. saya malu pakainya begini” .Waduh,  Saya tetiba rasa terpukul dgn prasangka saya pada penampilan seksi Sami, sedang dia sebenarnya tidak rela begitu namun tidak berdaya membela dan melindungi maruah diri dari diaibkan majikan kafir yg tiada simpati . Setiap hari ketika turun bekerja , perutnya cuma dialas segelas milo tanpa gula bersama beberapa keping roti. Dia akui itu tidak cukup utk memberikan tenaga ketika bekerja atau sehingga dia makan tengahari dirumah sesiapa yg mendapatkan khidmat mencuci darinya.Waktu malam tidak diizinkan tidur awal, biarpun badan keletihan kerana seharian bekerja. Dan dia juga tidak diizinkan menghubungi keluarga untuk tempoh dua tahun kontraknya itu. 6 bulan tidak dibayar gaji sebagai pelunasan ‘hutang’ untuk pembiayaan kedatangannya ke sini. Katanya, dia rindu benar pada suami dan anaknya….dan membayangkan bakal kehilangan suami kerana tempoh dua tahun tanpa dapat berhubung memungkinkan suami mencari penggantinya.

gambar hiasan semata2

Makan malamnya adalah lebihan makanan majikannya dan dia tidak tahu makanan apa yg diberikan padanya. Kerana lapar dia makan apa saja yg dimakan oleh majikan cinanya…..

Saya sedih kerana sekadar mampu mendengar ceritanya.Ini mungkin sebahagian dari cerita malang pekerja asing yg datang mencari nafkah di sini tapi di lakukan wewenangnya oleh majikan yg zalim dan tiada simpati.  Isunya bukan terletak pada majikan kafir berbangsa cina atau muslim dari bangsa kita sendiri, tapi jika manusia itu tebal dengan sifat insani,  tidak akan ada yang tergamak menzalimi insan lain. Kalau binatang seperti anjing dan kucing boleh dibela lagi disayangi, mengapa pula sesama manusia ada yg terputus sifat manusiawi ? Hubungan majikan terhadap  pekerja wajarkah berlangsung begini sekalipun majikan adalah pihak  yang membayar gaji ??

Jika kita berada di bawah sistem pemerintahan yg teguh melaksanakan Islam dalam kehidupan masyarakatnya, tentu tiada yg berani sesuka hati menindas golongan yg dirasakan lemah seperti Sami ini….kerana Islam pasti membela sesiapa saja dari dizalimi tanpa mengira bangsa dan agama. Mungkin ada peruntukan peraturan bagi menjaga kepentingan golongan imigran yg bekerja di sini, tapi segala peraturan dan undang2 itu adalah cenderung utk mencari untung dan menyumbang pd pendapatan negara semata. Sepatutnya kerajaan ada satu sistem pantauan yg rapi dan tersusun ke atas  majikan yg menggaji pekerja asing agar majikan melaksanakan tuntutan kemanusiaan serta melangsaikan hak utk melaksanakan tuntutan agama para pekerjanya.

Saya hulurkan telekong sembahyang  dan minta Sami solat zohor setelah selesai makan. Itu kewajipan saya dan hak Sami juga…saya tidak berbudi apa-apa padanya. Sebelum mengakhiri perbualan, saya lontarkan pandangan saya dan nasihat untuknya,  mudah-mudahan ia ada gunanya. ” Kamu tidak perlu merantau sejauh ini   utk melaksanakan sesuatu yg bukan menjadi tanggungan kamu.Selagi suami berkemampuan, hak mencari nafkah kekal menjadi bebanannya. Isteri paling baik mendapat pembelaan ketika di sisi suaminya. Tiada lokasi lebih mulia utk isteri melainkan kesempatan di sisi suami. Sekalipun sempit kehidupan harian, tapi maruah diri isteri tentu ada yg turut menjaga dan membelanya. Bahagiakah jika mampu mengumpul wang tapi terpisah dari kehidupan berkeluarga ? keperluan bukan pada wang semata, tapi menjalani kehidupan yg bebas dari penderaan serta perhambaan manusia lain itu jauh lebih bermakna. Apa ertinya wang, jika urusan agama terpaksa ditinggalkan ? apa ertinya kebendaan jika jiwa isteri dan keibuanmu tidak dapat kau sempurnakan?  Berusahalah utk mencari rezeki anda di sana, di sisi suami dan anak anda…..disamping tidak putus berdoa pertolongan dan kemurahan rezeki dari Tuhan……

saya sekadar berkata dari apa yg dirasa, takdir saya dgn Sami tidak sama maka tidak pasti pandangan saya ttg kehidupan ini memenuhi kebutuhan takdir hidupnya. Tapi Sami meluahkan rasa menyesalnya kerana memilih utk tinggalkan keluarga kerana mencari rezeki di Malaysia….. dia menyesal tapi cuma adalah pilihan utk terima dan bersabar.

Semoga ada jalan keluar utk sami yg ingin pulang ke Indonesia…..

lagi luahan hati ttg sambutan maulid nabi

Tenggelam dalam kain baju yang bertimbunan. Tiga bakul besar pakaian telah saya longgokkan , saya asingkan kemudian tangan yg dah pun keletihan ini  terpaksa pula rancak ‘bersilat’ melipat pakaian. Inilah antara  tugas extra saya tetengah malam…. 😀  Tidak perlu berlagu kesedihan, situasi ini rasanya dialami dan dikongsi bersama dengan semua ibu bekerja yang tak ada bibik dirumahnya…huhuhu

..saya ambil kesempatan untuk menonton TV sambil melipat pakaian. Seringnya masa lain saya tak berkesempatan dan saya ini agak ketinggalan menonton program2 menarik di tv termasuk siaran berita perdana jam lapan malam.  Sedihnya, saya menanggung cemburu yang bersangatan bila teman-teman bercerita ttg satu rancangan perbincangan bersama Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman tiga hari berturutan, berkisar isu riba dan perbankan Islam. …beeeest sangat kata depa. Alangkah ruginya saya, suami memujuk utk cuba mencari rakamannya dari internet nanti.

Masa paling sesuai utk saya santai menonton ialah setelah anak-anak  semuanya lena di peraduan . Alaa…tak  de la santai sangat sebenarnya kerana terpaksa pula melipat kain baju yg sangat la banyaknya, sedang suami pula leka dgn netbook  membantu preparation utk presentation kelas sejarah saya dan menyiapkan soalan ujian prestasi utk anak2 murid saya … 😀 😀 :D…ngeh3x pecah rahsia saya…

Letih kelopak mata dan letih juga jiwa saya menonton promo sambutan maulidur rasul di siaran tv2 …“raikanlah sambutan maulidur rasul dengan menonton drama-drama dan telefilem yg mencetus rasa keinsafan ” Ini antara barisan kata-kata yg mengiringi sedutan-sedutan drama yang bakal disiarkan bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di negara kita. Maka drama pelbagai tema yg Islamik pasti menghiasi kaca tv anda dan barisan pelakon yg melakonkan watak  ‘gedik’ sebelum ini akan berwatak baik utk siaran drama2 sempena maulidur rasul nanti….betol-betol plastik…..tu tak campor lagi rancangan hiburan dan nyanyian maulidul Rasul yg bakal membariskan artis ternama penuh glamer dalam alunan zikir nasyid mereka. Masa ni Siti Nurhaliza yg imej berjambul tu pun akan pakai tutup semuanya….

Yang mengejutkan saya ketika menonton promo drama sempena maulidur rasul tersebut ialah bila menangkap satu dialog dari artis wanita ” Islam mempunyai penyelesaian untuk semua persoalan”….saya memang gelak besar sehingga ditegur suami kerana ketawa sendirian ditengah malam. Jika anda ada menontonnya, anda juga pasti merasa lucu seperti saya kerana artis yg menuturkan barisan kata  yang cukup bermakna itu kelihatan ada yang ‘tak selesai’  pada dirinya.

Tadi, dari corong speaker masjid berdekatan rumah saya, kedengaran lantang suara ustaz berceramah sakan dalam kuliah maghribnya.“Siapa kata berarak tu tak de dalam islam ? sapa yg kata berarak tu bukan amalan orang Islam ?? jemaah haji yang berjalan ramai-ramai ke Muzdalifah tak dikatakan berarak ke ? tawaf berkeliling kaabah semua jemaah haji muslimin muslimat tu bukan berarak ke ?abis tu yang demonstrasi angkat sepanduk beramai-ramai tu tak disebut berarak pula ? yang tu boleh pula ? kata ustaz dengan nada kerasnya. ‘Apa salah kita beramai-ramai berarak utk lahirkan rasa gembira di hari kelahiran baginda ?kalau berarak yang lain dibolehkan kenapa berarak utk meraikan maulidur rasul kita nak tentang ??” hmmmm….ni mungkin ustaz UMNO , kata hati kecil saya.

Adilkah perbandingan ustaz tersebut dgn mencontohkan tawaf di kaabah, berjalan ramai-ramai ke Muzdalifah serta demonstrasi mengecam pemerintah sebagai ukuran utk menggalakkan pula berarak menyambut maulid nabi?

Bukan perarakan yg menjadi kesalahan.bahkan ia harus sebenarnya. Tapi perbuatan percampuran lelaki perempuan , pembaziran, tabaruj yang berlebihan wanita Islam, dan bermacam lagi kesan kemudaratan dari perarakan, inilah yg cuba kita halang.Ada pun dari kefahaman saya, tiadalah termasuk dalam rukun haji berjalan beramai-ramai ke Muzdalifah, ia adalah pilihan. bahkan jika naik bas dan lain-lain kenderaan pun boleh saja. Begitu pula tawaf di kaabah. ia rukun haji yang khas lagi istimewa dari Allah diberikan pada muslimin yg mengerjakan haji. Ia dalam keizinan disana sahaja. Mana mungkin dari segi tujuan, implikasi bahkan kedudukannya nak disamakan dgn perarakan maulud nabi yang dilakukan di malaysia ini.

Saya rasa ustaz itu patut rasional dalam perbandingan maupun saranan yg ingin beliau berikan.Paling utama dalam hal menghadapi maulidul rasul ini ialah bagaimana nak menyuburkan rasa cinta pada rasulullah dalam maksudnya yg hakiki. Selain itu, kita ingin muslim kembali semula kepada kemurnian segala amalan yg ada dalam Islam, dan mengelakkan segala yg memudaratkan.Sekalipun ketika ingin sangat menunjukkan rasa cinta pada rasul yang mulia, tapi jika caranya tidak selaras dgn ajaran agama dan boleh pula mendorong kita kepda dosa, hendaklah kita tinggalkan ia.

kita ditipu sejarah barat

Kita tentu biasa didedahkan dengan sejarah awal manusia. Disuakan bahwa, zaman awal manusia dikenali dengan zaman Paleolitik. Ciri-ciri Penempatan pada Zaman ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad. Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun. Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme.

antara kawasan yang dikatakan sebagai penempatan Paleolitik

Kemudian datang pula zaman selepasnya yang dipanggil Zaman Mesolitik. juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animism

Sekarang bandingkan sejarah menurut Islam :

1. Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah ke bumi dan selepas itu baginda dikurniakan dua pasang anak kembar iaitu Habil dengan Lehuda dan Qabil dengan Iqlimia.

Habil adalah penternak manakala Qabil adalah peladang. (tafsir Qurtubi halaman 410 juz ke 7)

Jadi, yang manakah patut dipercayai antara dua fakta yang dikemukakan ini? Masyarakat awal yang tidak tahu tentang pertanian dan penternakan melainkan setelah berpuluh ribu tahun atau kecerdikan dan kemahiran dua orang putera Nabi Adam dalam kedua-dia bidang tersebut? Anda Muslim? Fikirkan…

Manakala dari segi kepercayaan (agama), fakta pertama menyatakan masyarakat terawal tidak mempunyai agama,sedangkan Islam menyatakan anak-anak Adam as adalah Islam. Begitu juga putera Nabi Adam as yang bernama Syits ( HibatuLLAH atau Anugerah Allah).Baginda lahir ketika Nabi Adam berumur 130 tahun. Baginda juga Islam. Anda Muslim? Fikirkan

2. Menurut laporan Ibnu Abbas jarak masa di antara Nabi Adam dan Nabi Nuh adalah 10 kurun (seribu tahun). Nabi Nuh adalah cucu Nabi Idris dan salasilahnya keatas sampai kejalur Syith anak Nabi Adam. Jarak antara Nuh dan Adam adalah 10 abad (1000 tahun). Menurut Ibnul Qoyyim rohimahullah bahwa ini merupakan pendapat yang benar. (Al-Muntaqoo min Ighootsatil Lahafaan hal. 440).

Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini , Kisah Nabi Nuh disebut pada 43 tempat di dalam Al Quran. Nabi Nuh adalah seorang yang cerdas dengan ilmu pengetahuan tinggi, terbukti dengan kapal yang dibikinnya begitu besar sehingga mampu menampung segala makhluk daratan, masing-masing jenisnya berpasangan. Kita tentu dapat memperkirakan betapa besarnya kapal itu yang rasanya melebihi kapal laut yang pernah dibikin manusia abad 20 masehi.

kawasan yang dipercayai tempat pendaratan kapal Nabi Nuh as

Fakta yang disuakan kepada kita ialah teknologi dan kemahiran hanya wujud pada zaman Neolitik sahaja yang jaraknya berpuluh ribu tahun dengan masyarakat terawal (Paleolitik).Anda Muslim? Fikirkan..

Begitu juga dari segi kepercayaan,mereka dianggap mengamalkan animism,sedang Nabi Nuh telah wujud. Anda Muslim? Fikirkan…

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

sebenarnya minggu lepas saya disuakan soalan oleh Mlm Wadi Anuar ttg manusia pra sejarah di zaman paleolitik. Maka saya pun berceritalah dgn konfidennya ttg fakta sejarah masyarakat paleolitik sepertimana yg saya perolehi dari pembacaan buku sejarah dan itulah yg saya kongsikan dgn murid saya di kelas. “ logikkah mlh fakta sejarah tersebut sedangkan ana baca dlm tafsir Ibn Kathir bahawa jarak zaman nabi Adam dgn kita pun tak sampai 200 000 tahun hingga 300 000 tahun yg lampau. Itu terlalu lama, sedangkah nabi Adam adalah manusia pertama yg Allah turun ke dunia.”

Saya terdiam dan berfikir sendirian …. memang agak kontra fakta sejarawan barat itu dgn apa yg dikaji oleh sarjana Islam. Saya kira ia menarik utk diselongkarkan dan berkongsi pengetahuan ini dgn pelajar2 saya nanti .Kadang-kadang seronok membawa sesuatu yg diajar dikelas ‘keluar dari buku teks’ yg dibekalkan. Isi buku teks lebih kpd tujuan menjawab peperiksaan, namun keseronokan sebenar dlm kita mendapat sesuatu pengetahuan ialah bila ianya BENAR dan selari pula dgn apa yg ada dalam ISLAM.

maka pencarian saya telah menemukan saya dgn tulisan di atas… syukron utk penulisnya yg telah membuka minda kita semua.

http://salmanku.blogspot.com/2008/07/kita-ditipu-sejarah-barat.html

« Older entries