Dunia Hanah ……
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya rasa macam sedang tenggelam dalam dunia Hanah. Saya luangkan sedikit masa ‘bermain’ dengan Hanah setelah saya sedari semacam saya sudah ‘abaikan’ beberapa effort yg patut saya berikan untuk Hanah. Bukan melebihkan Hanah berbanding anak-anak yang lain, saya cuma cuba qada semula saat yang terlepas dgn hanah, yg dulu saya pernah berikan juga untuk abang2 dan kakaknya.
” macamana nak periksa ni Hanah, bacaan hanah baru sampai Anakku 3 je ni?” saya macam mengeluh setelah melihat kad laporan bacaan Anakku yang dikirimkan oleh pihak tadika mencatatkan prestasi kemahiran membaca Raihanah yg agak ketinggalan berbanding murid lain. “ teacher selalu tak suruh baca pun kat skolah…Hanah nak baca tapi teacher tak suruh” Raihanah memberi alasan. Saya terdiam dan mula berasa perkembangan Raihanah dalam membaca ni agak perlahan.
Dia bakal melangkah ke tahun satu januari tahun hadapan tapi masih belum mampu menguasai kemahiran membaca selayaknya sedangkan persekolahan tadikanya tinggal beberapa minggu saja lagi.Yang buat saya rasa sangat kasihan padanya, Raihanah melangkah ke temuduga untuk kemasukan tahun satu beberapa minggu lepas dengan persediaan yang tidak cukup . “ hanah jawab tiga saja yang lain hanah tinggal” katanya pada saya selepas menduduki ujian kelayakan baru-baru ini. “pasaipa pulak camtu ?” tanya saya. ” cikgu kata kalau tak boleh jawab tak pa, tinggal dan buat yang lain pula ” jawab hanah jujur bunyinya “ banyak ke yg hanah tak jawab ?” tanya saya lagi ” banyak lerr….susah la ummi , hanah tak tau dia nak apa?” Raihanah menjawab sejujurnya. “ kan ummi dah kata, tak tahu jawab hanah teka je jangan tinggal kosong. ” saya mengingatkan apa yg saya dah pesan padanya . ” tapi Hanah tak tahan nak kencing masa tu, Hanah pegi tandas , bila balik kelas teacher dah abis baca soalan, hanah hantar je la kertas “ kata hanah selamba je bunyinya. ” pulak daaah ..” saya dah tak tahu nak kata apa, dalam hati berdoa jangan lah hanah terperosok kat kelas paling last nanti.
Kata kawan saya yang menyemak kertas ujian hanah pada hari tu ” ani hang tau dak anak hang tulis nama dia apa kat kertas ujian ?” tanya kawan saya sambil tersengih. “ awaaaatt?? dia tulis apa ??” saya bertanya dgn rasa terkejut dan sedikit suspen . ” RAHIMRAINAH” kata kawan saya it. Alamak :D, tak berjaya juga dia mengeja namanya dengan betol walaupun sehari sebelum tu saya berikan latihan intensif khusus utk dia mengeja namanya dengan sempurna berserta nama babanya 😀
Kesian hanah, saya rasa seperti telah mengabaikan perkembangan pembelajarannya di tadika maka dia kelihatan agak ketinggalan.
Saya akui faktor guru tadikanya yang kerap bertukar ganti sehinga 4 atau 5 kali tahun ini mungkin menjadi penyebab kepada masalah ini, sementelah Raihanah baru tahun ini mencuba di tadika barunya setelah saya pindahkan dia dari tadika lamanya awal januari lalu …. atau, mungkin juga saya lah puncanya kerana telah mengabaikan masa serta tugasan saya selaku ‘guru utama’ pada Hanah terutama ketika di rumah…
aahhh…. ummi tak perasan , kesibukan ummi menyebabkan ummi ‘terlepas pandang” perkembangan anak ummi ini.
Dua minggu saja saya mencuri sedikit masa membantu hanah utk mahir membaca dan menulis, serta sedikit kemahiran mengira…Alhamdulillah, progres yg hanah tunjukkan cukup baik. Dia dah memasuki buku bacaan Anakku 6 dan memasuki Iqra 4. Saya mensasarkan dapat membantu Hanah habiskan sehingga Anakku 8 dan iqra’ 5 sehingga akhir tahun ini insyaAllah. Berkeping-keping Flashcard saya tempek di pintu stor berdekatan biliknya dan di dinding peti ais….untuk mudah saya melatihnya.Saya juga tampalkan suku kata- suku kata di merata tempat di rumah saya yang boleh dilihat oleh hanah. Flash card dengan gambar dan perkataan sebagai rangsangan dan tawarkan ‘ sesi bercerita’ sebagai ganjaran jika dia berjaya membaca dengan baik beberapa perkataan yang saya tulis. Ceritanya yg saya tawarkan itu mestilah yang boleh buatkan dia seronok, contohnya cerita hanah comel dengan kucing gebu, cerita bilik tidur hanah bersih, cerita hanah budak rajin dan cantik dan macam-macam lagi cerita rekaan yang watak utamanya adalah Hanah….dia suka saya bercerita tentang dirinya.
Untuk tahap umor seperti hanah, saya cuma perlukan sesi belajar yg sangat pendek sekitar 3 hingga 5 minit saja utk satu sesi…..namun mesti kerap.Maknanya tidak boleh suasana yang formal sangat utk menarik minat budak kecik ni belajar…. dan saya kena banyak ‘bermain’ sambil mengajar. Lokasi belajar juga tidak menentu….kadang di meja makan kadang di tangga rumah, kadang pula ketika menyidai pakaian atau sambil membasuh pinggan.
Apa pun, sedikit usaha yg saya lakukan harap dapat membantu hanah. Sebagai ibu saya juga ingin lihat hanah mampu mengikuti pendidikan tadikanya dengan baik dan mampu memiliki kemahiran sebaris dengan teman-teman yang lain. Di tambah pula sekarang ini kebanyakan murid yg memulakan persekolahan tahun satu kebiasaannya mampu membaca dan mengeja. Itu pencapaian paling minima saya rasa, maka dengan itulah saya bantu hanah utk berada di tahap itu.
Sekarang suasana lebih rileks utk saya setelah anak2 yg lain juga baru menghabiskan final exam mereka…..murid2 saya baru selesai PMR, dan calon SPM dalam ‘persiapan terakhir’ sebelum masuk gelanggang. Semua kelas tambahan sudah tamat, kami dalam usaha menyemak kertas jawapan final exam. Dan tadi saya bawa anak2 pulang menziarahi nenek mereka di kampung jesteru Aidilfitri lepas adalah kali terakhir kami pulang……saya benar2 kesibukan sebelum ini….errrr sangat keletihan sebenarnya.
dalam keletihan dan bebanan tugas yg tak pernah berkurang, saya terasa seperti ingin bercuti ke mana -mana……anak2 dah mula bertanya ” ummi cuti ni kita tak gi hotel ke?”
“Ntah ler, ” kata saya. Sebetul ada kerinduan dan keghairahan lain yg singgah di hati saya.Saya ternampak kaabah, masjid nabawi dan raudhah tatkala memejam mata petang tadi….kebetulan tadinya menonton TV ada laporan dari tanah suci tentang jemaah yg sedang mengerjakan haji……Allahuakhbar.