nikmat yang hilang ?? :(

Antara nikmat Allah yang besar ialah kesihatan yang baik, nikmat ini cukup dirasai apabila kita jatuh sakit atau kesihatan terganggu.

Dah dua hari badan terasa sakit-sakit, menyucuk-nyucuk dan seram sejuk. Suhu badan lebih panas di waktu malam. Saya bercuti  hari ini, memberi hak kepada badan untuk berehat setelah semalam saya gagahi ke sekolah biarpun badan sakit-sakit dan saya berpuasa. Dikutkan bebanan kerja memang tak pernah habis, harap cuti sehari ini dapat memberi ruang kepada badan saya untuk pulih semula, insyaAllah.

Semalam ketika bertembung dengan kerani sekolah sewaktu saya lemah menapak di tangga saya telah disapa dengan gurau senda. ” eh kak mahani nampak pucat je, tak sihat ke?… hmmm raihanah nak dapat adik ke apa?? . Saya tergelak juga walaupun sebenarnya nak ketawa untuk meyambut gurauannya pun rasa macam tak terdaya.

Sejak semalam saya hilang selera makan. lauk pauk yang dibeli suami petang tadi seperti tidak menggoda selera saya. Masa ni lah teringat kat juadah-juadah berbuka yang saya sediakan masa ramadhan lalu.

Sekadar mencuci mata , menghibur rasa dan mengundang rasa teruja diri sendiri  yg hilang selera,  maka saya ‘tempek’  kat blog saya ni koleksi dapur kawe. Masa ramadhan ‘dapur kawe’  paling berasap, bulan-bulan lain banyak tapau lauk kantin jer :D  hari ni saya nak letak koleksi masakan ikan dulu😀

Siakap sweet sour….

siakap bakar …..

ikan merah masak kantan

kari kepala ikan

tenggiri masak tumis

ikan tongkol gulai nasi dagang terengganu

ikan kembung masak sambal

masak kicap gaya malas..

ikan nyok nyok masak kicap, yg ni koleksi sebelum ramadhan, tapi dah ada dlm fail saya masuk je la😀

gulai ikan kering talang dengan nenas

Suami saya menggemari masakan ikan, namun anak2 lebih sukakan ayam dan daging… saya pulak suka kerabu😀.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: