Demonstrasi kutuk kekejaman Israel

snap dgn handfon...kualiti kurang la skit

demonstrasi secara aman...

bersemangat...kecil bukan penghalang menyokong bantahan...

akhowat dari Aqsasyarif Kedah

mujahidah kecil ini mencuit hati saya.....tabah di bahu abah berdemonstrasi, sekalipun panas mentari terik sekali...

lautan manusia

menuju ke kedutaan Amerika

Kesibukan menghalang saya segera memasukkan berita ttg demonstrasi yg saya sertai bertujuan mengutuk kekejaman Israel dan penyerahan memerandum ke kedutaan Amerika Syarikat pada jumaat lepas. banyak sangat jemputan kenduri kahwin selain dari kunjungan teman2 lama yg menziarahi saya di Sg Petani.Namun cerita demonstrasi belum basi di hati saya kerana selain demo, saya temui sahabat2 HIUTM yg sekian lama tak bersua muka .

Saya turun dari rumah selepas solat subuh dgn meninggalkan anak2 saya yg masih tidur. Along, Syirah dan Hanah saya kejutkan atas permintaan mereka yg nak cium saya sebelum berangkat dan saya tinggalkan mereka berempat tanpa ditemani sesiapa….. Suami yg masih di Pahang kerana urusan kerja sejak rabu lagi dijangka sampai ke rumah maghrib nanti. Saya rakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih utk suami tercinta kerana memahami semangat saya dan mengizinkan kepergiaan saya sekalipun terpaksa meninggalkan anak2nya tanpa ditemani sesiapa.

Sepanjang perjalanan saya hanya berdoa perlindungan Allah utk anak2 saya ,sedangkan  lamunan saya setiap kali saya pejamkan mata ialah ttg nasib kanak2 Gaza yg terhimpit kerana kezaliman dan cengkaman zionis laknatullah. Ada satu video ttg penderitaan anak2 Palestine di Gaza yg dikirimkan oleh murid saya di facebook sempat saya tonton pd sebelah malam….hanya airmata dan ‘sakitnya dada’ dapat saya hidangkan sebagai tanda simpati yg bersangatan terhadap nasib mereka. Dalam rasa ketidakberdayaan ini, saya tuturkan pada hati saya…mereka jauh lebih bertuah berbanding saya dan anak2 saya……mereka lahir dibumi jihad dan kehidupan mereka penuh dgn perjuangan…..hiburan dan kesenangan tidak menjadi ujian bagi mereka kerana disibukkan berperang melawan musuh2 Allah zionis laknatullah…..

Anak2 Palestine di Gaza keberanian mereka luarbiasa…..mereka ketara begitu berani apatah lagi mereka sebenarnya  berhadapan dgn bangsa pengecut seperti zionis. Mereka berhadapan dgn Israel dgn batu2 sahaja sedangkan Israel terpaksa menggunakan senjata moden utk menghadapi mereka. Tiada bangsa paling penakut dan paling bimbang berhadapan dgn kaum muslimin selain bangsa yahudi……mereka takutkan kanak2 palestine dan lebih takutkan bayang2 sendiri. Menyerang Mavi Marmara dgn lengkap berpakaian tentera dan bersenjata sekalipun tahu kapal tersebut tiada mempunyai apa2 senjata dan yg berada di atas kapal adalah org2 awam sahaja…diberitakan bila senjata berjaya dirampas dari tangan mereka dan dibuang ke laut…mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri….keh keh keh….

Inilah si hina lagi penakut Zionis laknatullah. Jiwa mereka adalah jiwa pengecut. Mereka berani kerana sokongan dan perlindungan yg dipakai oleh mereka. Bahkan negara haram Israel itu juga adalah negara pengecut, mereka berani hanya kerana dapat berlindung di sebalik pokok2 gharqad….pokok yg mereka percaya akan melindungi mereka… yang nabi saw juga sebut bahawa pokok gharqad ialah pokok yg akan menyembunyikan yahudi dan melindunginya dari serangan muslimin. Banyak negera2 luar yg menjadi pokok gharqad buat yahudi ini….pokok garqad paling besar ialah Amerika syarikat dan sekutunya…bahkan Malaysia juga adalah pokok garqad utk Israel dgn APCO nya….negara2 arab khususnya Mesir juga adalah pokok gharqad utk Israel….maka, selagi pokok2 gharqad ini ada utk  melindungi Israel, selagi itulah mereka yakin muslim takkan dapat hancurkan mereka……

namun wahai Israel….hancurlah kamu wahai musuh Allah…
Kamu tunggulah saatnya kami aibkan kamu dan kami hancurkan kamu kesemuanya….

Allah tuhan kami pasti benar dalam janjiNya dengan kami, Al Aqsa dijanjikan untuk kami  dan akan dikembalikan kpd kami. Kamu akan dihancurkan oleh mujahid2 yang bakal bersatu di bawah ar rayah…kami akan gempur tentera2 iblis zionis laknatullah…kami akan kembalikan baitul muqaddas dan al aqsa ke tangan kami….

Khaibar khaibar khaibar ya yahud
jaisyu Muhammad saufa ya’ud

khaibar khaibar wahai Yahudi

tentera muhammad akan kembali….

generasi2 kami sedang membenci dan bercita2 mencincang dan melanyak kamu….Netanyahu akan terkencing ketakutan, bahkan sesiapa pun yang menjadi pemimpin kamu nanti akan bertempik takutkan kematian, sedangkan mujahidin penggempur2 kamu pula, adalah orang-orang yang memburu kematian…rindu syahid bertemu Allah. Kewangian darah syuhada akan bersimbah di Masjidil Aqsa membasuh kebusukan telapak kaki kamu yg mencemari kesuciannya….

Dunia boleh bersatu menghantar misi kemanusiaan. Tapi islam dan muslimin akan bersatu menghantar misi ketenteraan…..tunggulah saat kemusnahan, tunggulah saat kedatangan tentera2 Allah untuk meruntuhkan benteng2 kukuh kamu itu sebagaimana pasukan tentera Rasulullah pernah runtuhkan benteng2 khaibar milikmu. Tiada yg mustahil jika Allah inginkan begitu…..

Palestine di hati (5)

Gelombang cemas, duka dan marah masih belum reda di hati. Sudah lebih dua hari ketenteraman dikacau dan diasak dgn berita serangan pengganas Israel terhadap misi kemanusiaan melalui pelayaran konvoi kapal freedom Flotilla yg cuba memasuki menghampiri Gaza. Saya mengikuti perkembangan pelayaran mereka semenjak hari berlepas lagi dari update yg dilakukan di lifeline4gaza.org  yg turut saya  linkkan ke blog saya ini. Sokongan sepenuhnya terhadap misi ini yg turut diserta oleh 10 wakil NGO Malaysia termasuk JIM, Aqsasyarif, Haluan Palestine, Yayasan amal dan semua yg terlibat dgn misi ini.

Dipenghujung malam ahad lepas, dan hampir memasuki awal pagi Isnin, saya masih di komputer membaca update di web tersebut…sehingga maklumat2 pendek yg dikirimkan kemudiannya semakin menampakkan konvoi mula diintip bahaya sekatan oleh Israel. Paginya di sekolah, saya kongsikan berita dgn rakan2 guru lain dan menggunakan kesempatan diperhimpunan rasmi sekolah untuk membuat pengumuman  ttg perkembangan misi berkenaan. saya pohon pelajar dan kakitangan sekolah berdoa utk perlindungan dan kejayaan misi bantuan kemanusiaan  ke gaza itu….dan itu juga yg dirayu oleh sahabat2 yg menyertai misi tersebut lewat pesanan yg ditinggalkan di twitter dan web lifeline4gaza.

Pagi isnin itu ketika saya berada di kelas, sekitar jam sepuluh lebih, mesej kedengaran bersilih ganti memasuki handfon dan semuanya berkisar ttg konvoi berkenaan telah mula diserang tentera Israel….ada yg mengatakan Mavi Marmara telah di bom dari helikopter dan 3 org telah menemui syahid. Mata saya mula bergenang basah dan sukar lagi menumpu perhatian pd kelas. Saya ingin segera membuka notebook saya bagi mendapatkan perkembangan yg sebenar. Maka selepas itu, bila internet dapat saya layari,cerita2 yg dibaca sungguh mencemaskan. Warga sekolah mengadakan solat hajat selepas solat zohor dan penerangan ttg isu Palestine bersambung hingga ke hari selasa oleh wakil Aqsasyarif. Dan Malam tadi saya sekeluarga bersama para waris telah mengadakan solat hajat di surau sekolah selepas solat isya’.

Saya tahu, kita mempunyai pelbagai perasaan dan pandangan yg berbeza  ttg ‘kegemparan’ ini. Tapi ia tetap merupakan satu hikmah yg besar utk direnungi bagi mereka yg benar2 hidup mata hatinya. Ini bukan kali pertama misi bantuan cuba dihantar ke Gaza. Malah saban tahun negara2 umat Islam cuba menembusi sekatan Zionis bagi menghantar bantuan makanan, ubatan dan pakaian kpd muslim Palestine tapi akhirnya terpaksa pulang dgn rasa hampa dan marah. Maka misi kali ini datang dgn konvoi yg lebih besar dan perancangan yg lebih rapi. 6 buah kapal terdiri dari 3 buah kapal kargo dan 3 buah kapal penumpang belayar bersama…sedang masih kedapatan beberapa kapal lain yg akan ikut serta. Matlamatnya cuma satu….ingin memasuki Gaza dan menembusi tembok kematian yg di bina olh Israel utk penduduk Gaza.

Saya memang membayangkan misi ini akan dihalang…memang akan dihalang. Bukan namanya Israel jika bantuan utk penduduk gaza dibenarkan masuk dgn mudah. Cuma utk misi ini, saya cuba memujuk hati dan letakkan harapan bahawa Israel akan sedikit menjaga ‘air muka’nya di mata dunia kerana ini adalah misi kemanusiaan yg disertai oleh masyarakat antarabangsa dari pelbagai agama. Tapi rupanya memang Israel dari spesies iblis dan haiwan. Mereka langsung tidak kenal apa itu kemanusiaan jesteru mereka cuma tahu gunakan nafsu binatang dan sikap iblis dlm menghadapi manusia lain selain bangsa Yahudi Israel ini. Mereka memang berpegang bahawa kemuliaan hanya milik Yahudi sedang bangsa lain adalah anjing.Maka biarpun konvoi itu membawa penumpang awam dari pelbagai negara, bangsa dan agama, tetapi Israel tidak kenal sesiapa. Yang menbantu Palestin…semuanya musuh mereka.

Misi ini adalah misi kemanusiaan, ia bukan misi muslim kepada muslim yg lain….jesteru ia disertai oleh muslim dan non muslim dari pelbagai negara. Misi ini belayar atas nama kemanusian bagi mereka yg sedar bahawa sebagai manusia, semua bangsa dan agama ada hak2 tertentu yg tidak boleh dilampaui oleh manusia yg lain. Misi ini belayar atas nama kemanusian yg bersimpati terhadap pencerobohan dan penganiayaan terhadap manusia yg lain dan golongan yg terainiaya itu perlu dibantu. Bagi non muslim yg merenung dgn hati mereka yg bening terhadap apa yg berlaku pada rakyat palestine, hati kecil mereka pasti ‘menolak’ pencabulan hak dan pembantaian terhadap rakyat Palesti ini dan merasakan Isu Palestine bukan isu org muslim semata, tapi isu Palestine adalah isu manusia dan kemanusiaan sejagat…maka dgn itu ada yg datang dgn pertalian  kemanusiaan ini tetap berani taruhkan nyawa sekalipun yg dibantu dan dibela itu tiada perkaitan bangsa dan agama dgn mereka.

Namun bagi kita muslim pula, misi ini adalah misi jihad…..membantu saudara Palestine adalah jihad, dan perjuangan dalam membantu muslim di palestin sekiranya dijemput kematian adalah syahid. Bagi kita pula, sekalipun tidak batang tubuh kita turut serta berjihad di sana, dan tidak pula mampu mengangkat senjata menghadapi Israel laknatullah. tentu masih ada saluran lain yg boleh kita tunjukkan kekuatan kita.

Saya berpandangan, misi ini membawa implikasi yg besar bagi hasrat jihad muslim di seluruh dunia. Sahabat2 kita yg menyertai misi ini tahu bahawa laluan bukan mudah utk ke gaza dan kematian mungkin menjadi taruhan bagi misi ini. Mereka juga sedar bantuan mungkin tidak sampai pada rakyat gaza, dan segalanya akan dirampaz oleh rejim haram Israel laknatullah…namun ikhtiar mengumpulkan sokongan antarabangsa dan kutukan dunia kepada israel adalah diharapkan akan memaksa si laknatullah itu membuka laluan ke Gaza. Tembok kematian harus dipecahkan dan kemarahan terhadap kebinatangan Israel harus turut disumpah oleh masyarakat seluruh dunia. Kita mahu Israel buka laluan ke Gaza atas tekanan antarabangsa….Itu ihktiar yg mampu diusahakan pengorbanan yg dicari dlm misi sahabat2 kita itu.

Saya yakin, dlm menghadapi kebencian dan marah yg amat dalam terhadap Israel, ada kalangan kita yg mengharapkan bala tentera Islam dapat dikirim ke sana. Kita bersatu muslimin diseluruh dunia mengumpulkan kekuatan ketenteraan utk menggempur Israel. Sebenarnya, kalaulah tatkala ini Allah inginkan kemenangan dgn jihad ketenteraan pada Israel….sekelip mata Allah boleh tunjukkan kerana dari segi geografinya Israel dikelilingi negara2 Arab umat Islam yg memiliki kekuatan dari segi bilangan tentera mungkin. tapi Allah ingin uji keimanan kita dan celikkan mata bahawa ramainya kita sekalipun mampu dikumpulkan seluruh negara Arab, kita adalah buih-buih di lautan….Rasulullah bertempur di Badar dgn 300 tentera baginda mengadapi bilangan musyrikin yg berganda……tapi kita hari ini, apa kekuatan yg kita ada  berbanding tentera baginda ?? ‘kekuatan ‘ itulah yg kita tidak ada jesteru Allah belum ‘sediakan’  dan takdirkan medan jihad dgn gerakan satu ummah di bawah khilafah utk menghapuskan Israel. Sekalipun sekarang ini kita mampu memunggah seluruh muslim di dunia menentang Israel,  belum tentu jaminan kemenangan di pihak kita kerana lemahnya dan menipisnya iman2 kita….
mungkin perjuangan muhammad Al Fateh dari ‘tenteranya yg terbaik’ boleh menjadi renungan buat kita. dan mungkin sejarah ‘bilangan tentera ahzab dan Badar’ menjadi pedoman…bukan jumlah yg menjadi taruhan kemenangan.

maka usaha bangunkan roh lebih utama dikala ini…..sentimen dan kesedaran utk kembali kepada iman perlu dilaksanakan habis-habisan supaya bila sampai ketika gerakan jihad menghala ke sana…..pemuda2 kita benar2 bersedia.

Saya pernah mendengar seorang wakil Palestin berucap di sekolah saya bahawa rakyat Palestin tidak harapkan bantuan tenaga dari kita . Mereka tidak harapkan kita berjuang di palestine kerana kedatangan ‘anggota yang ramai dari pelosok’ dunia telah memecahkan mereka dan memperjuangkan aliran pemikiran yg pelbagai. Mereka cuma inginkan senjata….senjata dan senjata utk mereka sendiri menentang Israel…kerana itu yg kurang pada mereka. Katanya lagi, Palestin sudah mewah dgn jumlah pemuda Palestin yg memburu syahid di sana. Mereka adalah warga yg dikandung, dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana jihad….mereka jadikan jihad sebagai makanan kehidupan. mereka tidak ketandusan pemuda yg ingin berjihad menentang israel…namun apa yg kurang dan membantut perjuangan mereka  ialah ‘senjata’….saudara2 tolong kirimkan senjata dan doa utk kami di sana…itu cukup bagi kami “.

Saya doakan “palestin’ sentiasa di hati kita. Isu Palestin harus di hangatkan sepanjang perjalanan masa. Ia isu perjuangan umat islam dgn musuhnya sampai bila2 sehingga datang ketentuan Allah utk kita berjaya hapuskan mereka….Allahuakhbar !

sekadar pandangan dari saya…

Palestine di hati(4)

Ibarat lebah menghurungi sarang. Begitulah ramainya sahabat handai dan sanak saudara kepada relawan NGO-NGO Malaysia yang berlepas ke Gaza malam 18 Mei melalui KLIA ke Istanbul, Turki.

Semacam ada debaran semasa setiap ahli diberikan peluang untuk berucap kepada 80 orang hadirin pengiring pada malam itu. Ada yang tekun mendengar, ada yang terkelu, ada yang tersenyum dan ada pula yang menitiskan airmata. Apa tidaknya.

Misi kali ini jelas buat pertama kalinya melibatkan kepimpinan kanan NGO-NGO Islam dari Malaysia memasuki kancah peperangan yang masih tiada tanda hentinya. Bak kata ketua misi Lifeline for Gaza (LL4G), Haji Noorazman Mohd Samsuddin, “perginya kami kali ini belum tentu kami akan kembali. Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan doa tuan-puan semua semoga Allah SWT melindungi kami semasa perjalanan misi ini”. Kenyataan beliau disambut isakan seorang isteri relawan yang sedang memegang tangan anak kecilnya yang belum mengerti mengapa ayahnya membawanya ke KLIA pada kegelapan malam dan samada ayahnya akan kembali untuk mencium pipiya lagi.

Begitulah kekentalan dan tekad jiwa-jiwa yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menyertai misi sulung menyusuri flotilla kapal kargo dan penumpang dalam hasrat meroboh tembok kematian binaan Israel, Mesir dan konco-konco mereka. Kental juga adalah semangat para-para isteri yang telah merelakan suami mereka pergi mencari keredhaan Allah SWT. Lapan orang relawan itulah yang Allah telah pilih untuk membawa amanat rakyat Malaysia yang telah berkorban wang ringgit mereka demi menyelamatkan Al-Quds dan membebaskan Palestin bumi para anbiya’ itu. Inilah saatnya wira-wira Malaysia berlepas pergi.

Suasana di KLIA seakan suram, tidak seceria seperti selalu bila ahli-ahli NGO Islam bertemu setempat. Anak-anak serta isteri para relawan seakan tidak mahu melepaskan genggaman tangan ayah dan suami mereka. Basah mata mereka, basah juga mata para sahabat dan sahibah yang mengirim rombongan ini. Isteri dan anak-anak dicium, dipeluk erat-erat.

Laporan propaganda pihak Zionis Israel beberapa hari yang lepas yang mengatakan mereka tidak akan membenarkan sama-sekali sebarang flotilla merentasi lautan malahan akan menggunakan kekerasan bermain di benak setiap yang hadir di KLIA malam itu.

“Kita tidak gentar, dan kita tidak akan berpatah balik. Seandainya kami syahid, maka itulah ketetapan daripada Allah SWT. Kami mengharapkan doa anda, kerana doa itu adalah senjata mustajab orang-orang mukmin. Jangan lupa bersolat hajat agar misi kita untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat dan bumi Gaza ini akan dikabulkan akhirnya oleh Allah SWT. Seandainya kami gugur, maka maafkanlah kesilapan kami, dan relakanlah pemergian kami menemui Allah SWT,” berkata Haji Noorazman yang juga Pengerusi Biro HALUAN Palestin yang telah diamanahkan oleh IHH (The Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarion Relief) untuk mengatur delegasi Malaysia sempena projek trans-samudera LL4G ini.

LL4G Malaysia dan HALUAN Malaysia mengucapkan selamat berjihad, selamat kembali dan semoga Allah SWT meredhai anda semasa melaksanakan misi ini. Wira-wira NGO Islam kita terdiri daripada :

1. Haji Noorazman Mohd Samsuddin, Biro HALUAN Palestin selaku Ketua Misi LL4G Malaysia
2. Haji Jamuliddin Bin Elias, Yayasan Amal
3. Selamat Ali, Jamaah Islah Malaysia
4. Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
5. Dr Arbaai Shawal, Biro HALUAN Palestin
6. Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Biro HALUAN Palestin
7. Ustaz Alhami Husain Suhaimi, Biro HALUAN Palestin
8. Mohd Nizam Awang, Biro HALUAN Palestin

HALUAN Malaysia selaku mission organiser membawa bersama dua orang doktor perubatan, seorang wartawan multimedia, dan seorang ustaz. Dr Syed Muhammad Haleem fasih berbahasa Turki selepas tamat pengajian perubatannya di sana lebih 20 tahun yang lalu. Encik Nizam dan Ustaz Alhami Husain pula akan menyusun agar bahan-bahan berita samada berbentuk teks ataupun video clips akan dapat dipancarkan daripada atas kapal dan dari bumi Gaza, insyaAllah, ke seluruh alam cyber.

HALUAN juga membuat perjanjian dengan Radio IKIM 91.5FM untuk menyiarkan siaran secara lintas-langsung mengenai pergerakan flotilla di sana pada setiap 9.00 malam waktu Malaysia. Bahan berita bercetak pula boleh diikuti melalui akhbar Sinar Harian.

Ikuti perkembangan selanjutnya misi LL4G ini di laman web

http://www.lifetime4gaza.org

Takbir…! Takbir…! Takbir….!

Palestine di hati (3)…

Antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita rakyat Malaysia ialah nikmat keamanan dari bencana peperangan dan nikmat kemewahan kebendaan. Ini perlulah kita syukuri dan dikongsi kenikmatan yang diperolehi ini dengan golongan lain yang kurang bernasib baik. Jika niat menolong itu diatur atas satu niat yang ikhlas murni kerana Allah, maka Allah pasti menolong kita kembali.

Rasulullah saw bersabda “ Allah akan menolong hambaNya selagi hamba tersebut menolong saudaranya ( riwayat muslim ). Dalam satu hadis yang lain pula Baginda saw menyebut “ sesiapa yang tidak mempedulikan nasib kaum muslimin, dia bukanlah dari kalangan mereka” (riwayat Baihaqi)

Kepedulian kita terhadap nasib sesama muslim menjadi tanda bahawa kita tergolong di kalangan muslim juga. Malah kedudukan hadis ini memberi gambaran bahawa muslimnya kita ini masih boleh dipertikaikan sekiranya mengambil sikap tidak mempedulikan apa-apa musibah yang menimpa saudara seislam walau di mana mereka berada. Maka zahirkanlah sikap kepedulian kita terhadap saudara muslim di Palestine. Selain doa, apa saja bentuk usaha bagi meringankan beban rakyat palestin dan usaha menentang kekejaman Israel hendaklah kita laksanakan . Biarpun kelihatan kecil, kita berdoa semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada satu jihad besar yang mampu kita realisasikan terhadap Israel laknatullah suatu hari nanti ..InsyaAllah.

dsc000442

Program Malam Amal Palestin telah diadakan pada 6 Febuari 2009 yang lalu bertempat di lapangan letak kereta sekolah kami. Ia adalah anjuran PIBG , PPAI dengan kerjasama JIM Sg. Petani. Sebenarnya program amal untuk Palestin telah kami jadikan sebagai program tahunan. Tahun ini adalah kali ketiga program seumpamanya diadakan bertujuan untuk menarik rasa keprihatinan warga sekolah terhadap nasib saudara di Palestin khususnya di Gaza. Pihak sekolah telah melancarkan Kempen Boikot Barangan Israel dan pelancaran Tabung Derma Palestin pada Januari lepas. Setakat ini hasil kutipan derma telah disalurkan ke Gaza menerusi pertubuhan kebajikan AMAN Palestin.

Saya bersyukur kerana para pelajar, waris serta kakitangan sekolah menunjukkan respon yang baik terhadap kempen kutipan derma ini. Saya diberitahu oleh Lajnah Kebajikan Sekolah bahawa tabung derma bergerak ke kelas-kelas, tabung yang diletakkan di kantin sekolah dan juga di pejabat telah mendapat sambutan sangat baik dengan derma yang datang mencurah-curah. Malah para pelajar juga digalakkan mewujudkan tabung Palestin di rumah masing-masing dalam usaha mendorong pelajar menginfak wang untuk membantu saudara kita di Palestin. Untuk Malam Amal tersebut, kami berjaya mengumpul sebanyak RM5800 menerusi sumbangan dari para pengunjung dan sehingga 10 Febuari lalu derma yang terus mencurah menjadikan angka telah meningkat kepada hampir RM10,000…Alhamdulillah.

Program Malam Amal Palestine dimulakan seawal jam 6.30 petang. Pada malamnya kami mengadakan solat maghrib dan isya’ berjemaah dan disusuli dengan solat hajat. Kemudian kami dipersembahkan dengan alunan nasyid intifadah Palestin dari pelajar sekolah menengah. Program diteruskan dengan tayangan multimedia Palestin oleh Dr Roslan, seorang pensyarah USM yang aktif menjalankan aktiviti penerangan isu Palestin kepada masyarakat di sini. Program juga turut diisi dengan ceramah oleh seorang pelajar UUM (rakyat Palestin) dengan diterjemah oleh Ustaz Amri Nason. Pertunjukan pantomen ‘Kenapa Kamu Diam’ telah menjadi persembahan penutup pada malam itu.

dsc00047

Terdapat juga gerai jualan makanan dan minuman yang turut memeriahkan aktiviti pada malam tersebut dan telah  mendapat sambutan paling menggalakkan. Selain gerai makanan , pengunjung juga boleh mengunjungi  gerai cenderamata Palestin yang menjual sticker, button, book mark, buku dan T-shirt. Hasil kutipan sewa tapak gerai telah disumbangkan untuk mengisi Tabung Derma Palestin. Saya berdoa usaha murni semua pihak yang terlibat menjayakan program ini mendapat ganjaran keberkatan dan pahala dari Allah swt. Semoga ia bukan bermula di sini dan berakhir di sini….selagi Al Aqsa dan tanah suci yang diberkati itu masih dicengkam Israel dan yahudi zionis, selagi itulah api jihad untuk Palestin menyala di hati kita semua bahkan akan terus bersemarak menunggu saatnya membakar Israel laknatullah itu….Allahuakbar !

Palestine Di Hati (2)……

GAZA DISERANG : APA BEZANYA SYAITAN PUTIH DAN SYAITAN HITAM ?

menyaksikan Israel Laknatullah sekali lagi menggunakan alasan keselamatan untuk menyerang saudara kita di Palestin. Setakat semalam, sudah hampir 300 orang terkorban dan ratusan lagi cedera. Hamas dipersalahkan kerana ia dikatakan kumpulan pengganas memulakan dahulu keganasan ini.

Seperti biasa juga, USA (United Satan of America) mempertahankan tindakan syaitan Israel dengan mengatakan Israel berhak mempertahankan keselamatan rakyat mereka jika Hamas menyerang mereka. Syaitan Putih Besar atau dikenali Mr Shoe yang tidak lama lagi nak bersara masih lagi berminat memandikan tangannya dengan darah umat Islam Palestin. Tidak cukup dengan darah umat Islam di Iraq dan Afghantan, syaitan putih ini masih dahagakan darah-darah lain yang segar agar bersaranya nanti, dia akan puas dengan meminum darah umat Islam sedunia.

Sejak peristiwa 11 September ciptaan syaitan putih ini, dia sering menggunakan alasan menentang keganasan untuk menghalalkan segala tindakan zalim dan pengecutnya itu. Umat Islam perlu sedar bahawa hasil kajian pihak yang memegang kuasa konservatif di Rumah Putih, mereka mendapati bahawa abad ke 21 merupakan abad yang akan berlaku pertembungan terakhir dua tamadun besar di akhir zaman ini. Mereka yang merupakan penjilat dan menganut fahaman Yahudi Zionism menegaskan setelah pertembungan Amerika – Nazi (World War II), Amerika – Soviet (Afghan War), dua kuasa besar ini bukan lagi ancaman kepada mereka. Namun kini, ancaman terbesar mereka adalah kuasa Islam yang dijanjikan Allah sebagai penguasa di akhir zaman. Mereka mengetahui akan hal ini dan berusaha untuk menghalangnya dari sekarang.

Mereka mulai nampak akan kebangkitan umat Islam yang bangkit setelah mimpi buruk umat Islam 1924 (kejatuhan Khilafah). Namun sebagai kuasa besar dan sentiasa mendapat perhatian dunia, mereka perlu menggunakan satu pencetus yang lebih besar daripada perang sebelum ini untuk menghalalkan dan menampakkan tindakan mereka merupakan pembelaan ke atas keamanan walaupun rupa sebenarnya adalah kezaliman. Seperti contoh, kita imbas kembali World War II di mana Amerika yang bermusuh dengan Jepun menunggu sehingga berlaku pencetus Pearl Habour Attack. Peristiwa besar ini menjadi pencetus dan seolah-olah menghalalkan Amerika untuk menggugurkan dua bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Begitu juga ketika Perang Teluk 1990 di mana Amerika melakukan pembohongan dengan mereka cerita akan ’kezaliman’ tentera Iraq kepada rakyat Kuwait untuk mendapatkan sokongan dunia bagi menyerang Iraq. Kemuncaknya adalah ’lakonan’ berkesan seorang gadis Amerika berketurunan Arab yang kononya mengaku menyaksikan peristiwa ’Bayi Inkubator’.

Abad ke 21 ini, mereka memerlukan sekali lagi ’pencetus’ untuk melanyak Islam. Maka perancangan 11 September dirancang untuk menjadi pencetus tersebut. Dikatakan bahawa Syaitan Putin ini ’dilantik’ oleh kuasa konservatif ini untuk melaksanakan misi ini. Kenapa ’dilantik’? Ini kerana Pilihanraya Presiden 2001 menyaksikan pilihanraya terburuk dalam sejarah Amerika dari sudut ketelusan pilihanraya. Bush menang dengan majoriti 0.5% sahaja mengalahkan calon Demokrat, Al Gore.

Setelah ’pencetus’ 11 September berlaku dengan jayanya, Syaitan ini mendapat lesen besar untuk menghapuskan Islam. Pencetus yang dicipta ini adalah lebih besar berbanding Pearl Habour 70 tahun lepas. Kesannya, satu persatu negara Islam tumbang dan Palestin pula semakin hampir dimiliki Israel.

Saya menceritakan semua ini bagi menimbulkan kesedaran kepada kawan-kawan bahawa jangan sesekali berharap untuk berdamai dengan mereka. Pendamaian sama sekali tidak terlintas dalam fikiran mereka, hanya sekadar manis dibibir. Mereka hanya impikan kejatuhan Islam dan mereka akan menguasai dunia. Ini adalah fakta dan menjadi plan utama mereka melalui gerakan underground Yahudi sedunia iaitu Freemason. Terlalu panjang untuk mengulas berkenaan Freemason ini. Namun dapat disimpulkan bahawa kini, Yahudi telah menguasai dunia dari segala aspek samada ekonomi, politik, sosial, kemasyarakatan, sukan, hiburan, kehakiman, perbankan, dan semua sistem kehidupan. Tangan Yahudi telah memasuki setiap rumah umat Islam dengan pelbagai cara. Semua ini talah dinyatakan Allah dalam surah Al Baqarah ayat 120 bermaksud ”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Firman Allah amat jelas. Jika kita bertanya kepada Yahudi, sampai bila mereka ingin menindas umat Islam, jawapannya adalah sehingga kita mengikuti kekufuran mereka!!

Saya juga ingin mengulas akan harapan menggunung umat Islam kepada Barack Hussien Obama yang bakal menggantikan Syaitan Putih. Jika kawan-kawan meminta komen dan pendapat saya tentang orang ini, saya lebih suka simpulkan bahawa apa yang berlaku adalah ’pertukaran kuasa daripada syaitan putih ke syaitan hitam!!’ Mengapa? Sebelum pilihanraya lagi, syaitan hitam ini telah berjanji akan mempertahankan Israel daripada ’pengganas’ Hamas. Dia telah menunjukkan taat setianya kepada Israel dengan melaksanakan dan melakukan semua adat istiadat keagamaan Yahudi di Baitul Muqaddis ketika melakukan lawatan ke sana sebelum pilihan raya. Perlu diketahui bahawa setiap Preseiden Amerika hendaklah mendapat restu daripada Yahudi untuk menang pilihanraya Presiden kerana Yahudi lah yang memegang kuasa politik dan ekonomi kuasa dunia itu. Setelah menang juga, dia mengulangi komitmennya itu dengan memberi pembelaan sepenuhnya kepada Israel. Ahkbar Berita Harian hari ini juga memetik komen Syaitan Hitam ini terhadap apa yang berlaku di Gaza kini dengan mengatakan dia sedang mengikuti rapat perkembangan di sana. Jadi apa yang boleh diharapkan lagi kepada Syaitan Hitam ini? TIADA HARAPAN!!

Kesimpulannya di sini, saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan Al Aqsa adalah bawah tanggungjawab kita. Jangan berharap pada musuh untuk jaminan keselamatan masjid suci kita. Jika kita berharap kepada Amerika, samalah seperti mengharapkan pencuri untuk menjaga rumah kita. Tiada yang bermanfaat. Syaitan Hitam akan meneruskan dasar Syaitan Putih dalam isu Palestin.

Kita sebagai rijal Islam, tanggungjawab adalah terletak di bahu kita. Tanggungjawab kita adalah untuk mencari ilmu dan menguasi semua bidang kehidupan. Kita juga mesti istiqamah dengan jemaah dan pengamalan Islam agar kita sentiasa sedar akan tanggungjawab ini. Walaupun kemenangan di Palestin masih jauh, usahanya kene bermula dari sekarang. Kemenangan pasti datang, cuma terpulang pada kita samada nak menyertai perjuangan yang sudah dijamin kemenangannya ini ataupun tidak. Untuk membantu rakyat Palestin ketika ini denagn kemampuan kita sebagai pelajar, kita boleh menganjurkan progream penerangan berkenaan isu ini di tempat kita. Sebarkan kepada masyarakat berkenaan perkara ini. Untuk diri kita sendiri, istiqamahlah dengan kehidupan sebagai umat Islam, sentiasa berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin, qunut Nazilah setiap kali solat fardhu, boikot barangan Israel, menderma kepada pertubuhan kebajikan rakyat Palestin. Letakkan perjuangan Palestin ini sebagai salah satu agenda hidup kita. Bersiap sedialah semua, panggilan jihad sudah bergema, terpulang pada kita untuk sertainya atau tidak. Saya berdoa moga Israel dihancurkan seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Soleh, kaum Nabi Hud, dan kaum Nabi Luth dan pejuang kita di Palestin diberi kekuatan untuk berjihad mempertahankan tanah suci Palestin. Allahuakhbar !

http://demiislam.blogspot.com/2008/12/gaza-diserang-apa-bezanya-syaitan-putih.htm

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gila….biadab……. dan rakus sekali…mereka makhluk manusia yg berjiwa syaitan…..mereka lebih keji dibandingkan dengan haiwan.

Entahlah….saya sudah tidak tahu melakarkan kata yang paling tepat sebagai mencela dan mengutuk Bangsa yang bangsat seperti Israel dan yahudi.

Sungguh celaka bangsa yang hina seperti Israel. Mereka menjadikan Gaza bermandikan darah. Sungguh rakus mereka membunuh jiwa-jiwa saudara kita di sana…Ya Allah…Ya Allah….Ya Allah…hancur leburkan mereka….hinakan mereka dengan kemusnahan yang total dan muliakan kami dgn kemenangan ke atas mereka. Ya Allah…kebencian dan kemarahan ini rasa tidak tertanggung lagi . Halakanlah muslimin ke sana untuk menghancurkan mereka…..kami tidak sabar rasanya utk meyaksikan keaiban mereka . Kami ingin melihat  saudara kami di selamatkan dan Baitul Maqdis dibebaskan dari cengkaman Zionis yang terlaknat itu….Ya allah…Ya Allah…

Apa sudah jadi dengan pemimpin-pemimpin  Islam seluruh dunia hari ini. Mereka masih di peringkat ‘ bercakap’ biarpun saban hari jumlah korban muslim di Gaza  semakin meningkat. Mana jihad kita hari ini ?? Tidak adakah mana-mana pemimpin muslimin yang berani mengangkat kepala mengerahkan pemuda Islam seluruh dunia menyerang Israel dan Yahudi di Palestine ? Jordan tidak peduli …Syria membisu dan menyepi diri…Arab Saudi ke mana pergi ?…Mesir masih sempat ‘makan angin’ lagi…Ya Allah, tidakkah kalian terasa ingin membela rakyat palestin dan menentang musuh Allah ini ??… kamu menyepi dan pengecut sekali kerana tarikan duniawi yang melingkari….kamu tidak ‘berani’ kerana perkaitan yang selesa yang kamu perolehi dari kafir Amerika dan juga yahudi .

Ya Allah tidak adakah lagi pemimpin seperti Khalifah di zaman Abbasiyyah ? Kisah kepahlawanannya yang sungguh berani ketika membela muslimah yang dicabuli. Tatkala seorang muslimah di  Kota Amuria di ganggu seorang pemimpin Rom. Dia telah menjerit meminta tolong sehingga jeritannya didengar oleh Khalifah Mu’tasim. Maka baginda telah keluar mengumpulkan bala tentera yang besar, dan memerintahkan tenteranyaitu  yang kepalanya di Amuria dan ekornya masih di Baghdad, menyerang bukan saja pencabul kehormatan tersebut bahkan seluruh kerajaan Rom dan berjaya mengalahkannya….

masyaAllah, itu baru cerita seorang muslimah yang diganggu, kalaulah sebuah negara umat Islam diperlakukan seperti Palestine, sudah tentu khalifah kita itu tidak akan sekadar menyuruh umat Islam  ‘berdemonstrasi’ dan memboikot barangan Israel seperti kebanyakan pemimpin islam hari ini.

Allah…Allah…Allah….kukuhkanlah saf kami untuk bersatu di bawah naunganMu. satukan kami untuk menghancurkan musuhMu. Perteguhkan ikatan kami dengan tali aqidah yang benar terhadapMu…..Ya Allah…

pedihnya….menyaksikan kezaliman ke atas saudara kami. Maka jadikan kami memiliki daya untuk menentang kezaliman mereka ini….

doa qunut nazilah :

اللهم ﺇنانجعلك في نحورأعدائنا – ونعوذبك من شرورهم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami – Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم – وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka – Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka

وسلط عليهم كلبا من كلابك – يا قهار يا جبار يا منتقم

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2
kamu kepada mereka – Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka

ياالله ياالله ياالله – اللهم يا منزل الكتاب
Ya allah – Ya allah – Ya allah – Wahai tuhan yang menurunkan kitab

ويا مجري السحاب – ويا هازم الاحزاب
Wahai tuhan yang mengarakkan awan – Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab

ﺇهزمهم – ﺇهزمهم – ﺇهزمهو – انصرنا عليهم
Kalahkan mereka – Kalahkan mereka – Kalahkan mereka – Dan menangkan kami ke atas mereka.



Palestin di hati (1)

Artikel ini diemailkan oleh bekas pelajar saya ( al-syarqawi) yg baru menamatkan pengajian kolejnya. Ianya untuk dikongsi dengan adik-adik SMAI dan pengunjung yg menziarahi blog saya ini. Semoga isu Palestine sentiasa dekat dihati kita . Ia juga menggamit rasa kebersamaan untuk menggunakan segala ruang yang ada, bagi membantu saudara kita di sana . Kita memang takkan berhenti selagi darah mereka mengalir dibumi bertuah itu, dan selagi Al-Aqsa belum dapat kita kembalikan maruahnya……takdirnya, jihad Palestine bukan untuk rakyat Palestine semata, tetapi ianya jihad kita juga…..Allahuakhbar !
________________________________________________________________________________________________

Tanggal 15 Mei 1948, adalah tarikh dimana umat Islam kehilangan satu harta yang cukup mulia. Tanah Palestin telah dirampas hak mutlaknya oleh Yahudi laknatullah. Tahukah kita betapa mulianya Palestin ? Sejauh mana kita tahu bahawa pentingnya Palestin pada umat Islam? Sedar atau tidak umat Islam seolah-olah bermain dengan bayang-bayang sendiri? Kita melihatnya tanpa berkata…Kita berkata tanpa menunaikanya. Masjid Al-Aqsa yang menjadi sasaran Yahudi adakah kita tahu kenapa? apakah keistimewaan Masjid tersebut?

Al-Aqsa adalah antara tiga tempat yang Nabi SAW janjikan kemulian yang tiada taranya. Kenapa Allah SWT perlu transitkan (Mikraj) Nabi SAW dari Masjid Al-Aqsa sebelum ke langit? Sedangkan Nabi boleh terus dari Masjidilharam.

Di dalam Surah Al-Isra ayat pertama dan kedua, sudah cukup memperlihatkan kepada umat Islam betapa agong dan mulianya Masjid Al-Aqsa. Tempat yang menjadi kisah para anbiya dan akhirnya Nabi Muhammad SAW juga dimuliakan disitu, dengan menjadi imam kepada para malaikat dan diangkat ke langit. Dalam ayat kedua surah tersebut, menceritakan bagaimana Bani Israel yang dahulunya satu bangsa yang kuat serta taat kepada Nabi Musa AS telah ingkar dan mendustakan utusan Allah. Lalu Allah mengubah identiti mereka sebagai kaum Yahudi. Begitulah kuasa Allah tukarkan mereka yang pada mulanya satu bangsa yang kuat kepada satu bangsa yang dicela. Penyelewengan yang diadakan didalam Kitab Taurat yang sekarang dikenali sebagai Talmut cukup mengguriskan bagi kita umat Islam yang membacanya.  Sebenarnya apa yang dilakukan mereka adalah sebahagian janji mereka didalam kitab suci mereka.

Yahudi pada asal mereka adalah Israel. Iaitu nama kedua bagi Nabi Yaakub AS. Bilamana mereka ingkar kepada utusan Allah dan risalah yang disampaikan oleh nabi, Allah membalikkan keadaan mereka dengan mengubah identiti mereka kepada Yahudi. Dengan hal yang demikian, nama Israel tidak patut meniti dibibir umat Islam, Ini kerana Israel adalah bangsa yang  mulia pada awalnya , namun hari ini tidak lagi. Mereka adalah Yahudi yang hina dan laknatullah selama-lamanya.

Secara ringkasnya, cuba kita melihat pada bendera Yahudi. Terdapat dua garisan biru diantara bintang ditengahnya. Garisan biru tersebut adalah sungai Nil dan sungai Furad. Yahudi mempercayai antara sungai Nil dan Furad adalah tanah mereka. Yang mana kita melihat sekarang ia meliputi Syria, Lubnan, Sebahagian Saudi, Khaibar(Bandar berhampiran Madinah) dan beberapa Negara lagi. Inilah yang diceritakan Nabi SAW didalam satu hadis mengenai hampirnya kiamat.

Pernah seorang presiden mereka masa dahulu berdiri disatu kawasan berdekatan Khaibar sambil menghadap kearah Saudi, kemudian dengan angkuhnya presiden tersebut berkata bahawa  “sesungguhnya suatu hari yang ditentukan aku melihat semua ini adalah milik kami (Yahudi)”.

Jadi, dalam menyingkap siapa sebenarnya Yahudi dan apakah rancangan mereka, kita umat Islam seakan-akan longlai dan terbengkalai walaupun Negara2 Islam didunia memiliki segala sumber bumi dan kekuatan ketenteraan. Kejadian menggali disekitar Al-Aqsa sebenar adalah helah Yahudi sendiri. Al-Aqsa seperti yang diketahui adalah disenaraikan oleh UNESCO sebagai satu kawasan tamadun sejarah. Bermakna kawasan tersebut dipelihara. Dalam masa yang sama Yahudi meletakkan Al-Aqsa sebagai pusat ibadat mereka kerana disitu terdapat satu dinding yang dijadikan tempat ritual agama mereka. Yahudi juga menggunakan helah dengan menggali disekitar Al-Aqsa supaya struktur tanah dan binaan Al-Aqsa menjadi tidak kukuh, disamping  mengharapkan akan berlaku satu gempa di sana yang akan berkesudahan runtuhnya Al-Aqsa. Seorang pemimpin Yahudi baru-baru ini berkata ‘kami hanya mengharapkan gempa berukuran 2.0 skala richter sahaja untuk meruntuhkan Al-Aqsa’. Demikianlah harapan besar mereka yang mungkin tidak diketahui oleh kita.

Ayuh umat Islam. Ayuh bangunlah dari mimpi dunia yang membuaikan lenamu. Rentetlah perjalanan sejarah Palestine di sana. Ingatlah kembali bagaimana mulanya Saidina Umar membuka Palestine, dan seterusnya Panglima Salahuddin Al-Ayubi menawan Palestin serta Al-Aqsa. Sedarkah bahawa warisan kita diceroboh dengan rakus disana…Yahudi laknatullah mendudukinya secara keji. kini sudah 60 tahun tanah itu dimiliki Yahudi.Tegakah kita sekadar menyaksi dengan jiwa dan jasad yang sepi. Saudara kita menjadi pelarian di negeri sendiri…dizalimi dan dibunuh sesuka hati, sedang kita hanya sekadar menonton di TV dengan sedikit cuma rasa simpati..…siapa yang akan membela mereka ini ??

(sambungan – akan datang)