AKAS 2011

masih kosong di awal pagi...menanti kehadiran tetamu

pentas yang Indah

tetamu mula memenuhi tempat duduk

Semalam berlangsung Hari AKAS (Anugerah Kecemerlangan Dan Sahsiah) murid2 di PPAI, bertempat di dewan utama yg belum pun di beri nama. Pertama kali hari AKAS di sambut di dewan tersebut yang siap sepenuhnya pada januari lalu.Dewan yang dikatakan boleh menampung kehadiran seribu orang itu sebenarnya adalah bangunan masjid sekolah kami. Ruang atas dijadikan dewan solat dan ruang bawah itulah yang dijadikan dewan utama. Sebelum program AKAS ini sebenarnya dewan itu sudah pun kerap kali digunakan untuk program IKRAM dan pada sabtu lepas berlangsung sambutan hari wanita yg dikelolakan oleh wanita IKRAM di dewan yang sama.

berkilau keemasan...cantik

Tahniah utk semua yg bertungkus lumus menjayakan program AKAS ini, termasuk 3 pelajar yang menjadi juru acara dengan 3 bahasa (Arab, Inggeris, Melayu) ternyata menarik perhatian tetamu. Persembahan silat Awang Daud dari pelajar2 banin juga begitu mempesona, nasyid dari Zuhal dan keseluruhan perjalanan program yang lancar dan tersusun saya sifatkan sebagai sambutan AKAS yg terbaik setakat ini…tahniah

8.30 pagi...tempat pun penuh

Tahniah juga utk anaknda Muaz atas anugerah cemerlang pencapaian 9A dalam peperiksaan akhir tahun lalu, dan Insyirah untuk pencapaian 14A . Umi dan baba merasa syukur dan berdoa anaknda berdua teruskan usaha. Bagi abg chik yg belum diizinkan rezeki…jangan putus asa, tahun ini boleh mencuba.Ingatlah anaknda semua…ilmu jika dipelajari untuk beramal, ia akan kekal di dada, tapi jika dicari utk dapatkan A semata, ia hanya cantik di clear folder. … jadilah manusia yg mulia dgn ilmu, berjaya dengan amal.

tahniah abg Long...

tahniah kakak... 😀 terus berusaha

Tahniah juga kepada semua penerima anugerah kecemerlangan UPSR, PMR dan SPM…kita komitted menuju pembentukkan  generasi rabbani, InsyaAllah.

Guru kencing berdiri, murid kencing ..????

Hancur. kalau macam ni punya perangai macam mana kes sosial anak sekolah kita dapat ditangani.

sambutan Hari Guru Negeri Sembilan diadakan dan salah satu acara dalam sambutan itu adalah konsert oleh Mawi. Apa yang berlaku selepas konsert tu ramai guru wanita naik pentas untuk mengambil gambar dan apa-apa lagi sehingga menjadi kecoh sehingga tak dapat dikawal.

Tetamu kehormat pada majlis itu adalah Menteri Besar negeri 9 sendiri.

Inilah yang menjadi persoalan sekarang, kalau macam ni perangai cikgu dan cikgi, maka macamana perangai murid sekolah nak diasuh menjadi lebih bermoral kalau cikgu dan cikgi macam ini, kata orang kalau guru kencing berdiri, sudah pasti murid lebih teruk lagi, mungkin mereka akan kencing sambil merempit pula.

Apa yang dikesalkan adalah penganjur yang buat majlis tersebut, macam tidak faham perangai audience bila didedahkan dengan majlis konsert saperti ini, kenapakah dibiarkan pendidik didedahkan dengan perangai saperti ini, jangan hairanlah nanti bila ada banyak lagi kes buang anak dan masalah sosial didalam sekolah kalau trend ini diteruskan , dan yang ironi lagi adalah pihak yang sepatutnyamenjadi pendidik melakukan kerja atau contoh tak senonoh ini.

Begitu juga pihak kerajaan yang menjadi penganjur kepada kerja yang tak elok dan bersalahan kepada naluri kita sebagai umat Islam ini.

Harapan agar mereka yang terlibat ini perlu diberi nasihat dan pengajaran agar perkara macam ini tak berulang.

Rakyat amat hairan bila majlis yang begini dianjurkan dan dibenarkan berlaku dimajlis anjuran kerajaan tetapi bila majlis ceramah atau program yang dianjurkan oleh pihak pembangkang , cikgu yang diketahui hadir pasti akan kena tindakan.

Inilah bentuk kerajaan yang ada pada hari ini, dan kita harap para ulamak muda yang baru masuk UMNO ini dapat nasihatkan MB atau KM atau siapa saja dinegeri-negeri mereka supaya teropong dulu apa program yang hendak diadakan.

Jangan nanti hanya dijadikan terompah kayu sahaja apabila nak tiba waktu pilihanraya.

sumber : kedahlani.

Allahuakhbar….inilah cabaran dunia pendidikan hari ini….kita bukan saja berhadapan dgn pelajar-pelajar yg semakin rosak tapi tenaga pengajar yg punah ranah juga. Mustahil guru2 yg seumpama ini ada ‘gerak hati’ nak menasihati murid2nya yg mabuk dlm minat mereka dgn artis2 jika cikgu-cikgu pun kemaruk sampai macam ni sekali. Sekiranya cikgu boleh terjerit-jerit kerana nak bergambar dgn artis , murid2nya pula pasti boleh ‘ sampai meragaih’ memanjat terus artis2 kerana nak bergambar nanti….alahai cikguuuu….lupakah bebanan diri yg berat ini ?apakah yg bakal terjadi nanti jika inilah ‘modal’ yg dimiliki oleh generasi pendidik hari ini.

jika guru kencing berdiri , habis terpercik najis kencingnya di sana sini….akan kotorlah dunia dan generasi yg lahir dari guru sebegini..

untung ada sekolah, kalau tidak…

Sudah lebih dua minggu saya fulltime di rumah. Kesempatan bercuti dari rutin tugasan sbg pendidik telah saya gunakan untuk menikmati masa paling berharga di rumah. Paling berharga mungkin kerana ‘masa’ itulah yang sering saya dambakan tatkala sesekali diganggu dgn rasa letih dan jemu dgn tugasan sekolah. Paling berharga mungkin kerana saya menikmati sepuas-puasnya masa saya sebagai isteri, ibu , dan melunasi hak saya ke atas rumahtangga….

sepertimana di sekolah, di rumah turut menuntut curahan tenaga saya yang banyak juga. Dalam hiruk-pikuk ‘perang’ saya dgn anak-anak, serta tercungap-cungap nafas lelah saya menjadi ‘bibik’ di rumah , tiadalah kiranya saya ini di katakan menikmati ‘cuti’ dalam ertikata yang sebenarnya. Cumanya mungkinlah peluang fulltime bertugas di rumah sekalipun untuk tempoh dua atau tiga minggu lebih saja, ia ternyata telah memberikan kesan keseronokkan dan kepuasan di hati isteri berkerjaya seperti saya. Ini kerana urusan rumahtangga menjadi lebih tersusun dan dapat diurus dengan lebih baik berbanding ketika musim sekolah. …

Namun yang ‘tak syoknya’ fulltime di rumah tidaklah lama. Episod ‘kembali bertugas’ sudah pun mengambil gilirannya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, dua minggu sebelum sesi persekolahan dibuka semula , kami pasti dikerah untuk menghadiri kursus ini dan itu, mesyuarat guru, gotong royong di sekolah, urusan pendaftaran pelajar dan sebagainya. …. adoiii, hancur cuti saya….hancur juga hati saya….

sedihnya dah nak masuk bekerja semula. Alangkah bestnya kalau cuti sekolah lebih lama atau kerajaan menetapkan setahun kita bersekolah kemudian setahun berikutnya cuti pula, kemudian begitulah seterusnya… 😀 😀 …
hmm ini adalah luahan ‘pekerja malas dan tidak bersemangat’ seperti saya, dan tidak semestinya menggambarkan luahan rasa kesemua guru di sekolah saya…. ngeh3x

kenapa kadang-kadang kita jadi guru yang tak bersemangat utk mengajar ??.. Itu kerana kita lupa pada Allah. Kita lupa tugas kita di sekolah adalah kerana dakwah dan jihad kita di jalan Allah. Maka bila tidak ada Allah dalam tujuan kita, kita jadi manusia yg cepat putus asa, kecewa dan mengharapkan ganjaran dunia, tidak nampak Allah dalam kerja kita maka semangat kita tidak mampu berdiri di atas asas yg sepatutnya ” kata Kak Min, pensyarah IPSAH dalam sesi kuliahnya petang tadi. “amat penting untuk kita dapat menyedari betapa bahayanya penurunan semangat dan kesungguhan kita terhadap tugas pendidikan di sekolah. Kita kemudiannya mesti segera mencari penawarnya agar tidak terus terperangkap dalam krisis semangat ini.” sambung kak min lagi. “Bahaya kerana ia akan menatijahkan anak didik yang terbantut perkembangan keilmuannya dan pendidik yang sambil lewa dlm tugasnya” kata Kak Min.

Saya merenung jauh kata-kata kak min dan terasa panasnya pipi saya terkena bisanya tamparan kata-kata kak min ini. “pendidik mempunyai kaitan dengan konsep murabbi, muallim dan muaddib.
Muallim akan mengaitkan didikan dengan hikmah yakni ilmu. Bukan semua data, maklumat serta fakta dikatakan ‘bernilai ilmu’. Konsep ilmu itu ialah sesuatu yang berhubung terus dengan Allah serta tidak bertentangan dgn sumber asal yakni Quran dan sunnah.Murabbi akan menghubungkan didikan itu dengan Allah ketika mendidik sambil membawa pendekatan Rabbani, yakni menjadikan Allah sebagai sumber rujukan”
Terang Kak Min mengingatkan kami lagi. “muaddib pula menghubungkan pendidikan sebagai proses memperadabkan insan. Muaddib harus mempunyai kualiti ilmu dan tahu sumber ilmu yang dinukilkan agar dapat menggunakan nilai dari Al-quran dan sunnah sebagai jalan dlm memperadabkan pelajar mereka”.kak min bersungguh-sungguh mengingatkan kami semua.

Saya jadinya begitu ‘terasa’ dgn penyampaian dari kak min tadi….kerana yang sedang merasa tak bersemangat itu adalah saya sebenarnya. Semangat saya yang merosot ini harus saya pulihkan segera dgn mengatasi kesedihan saya kerana terpaksa kembali bertugas semula…patutnya saya ceria dan penuh teruja. Medan pendidikan menawarkan pahala yang tak terkira besarnya. Seharusnya dengan rasa syukur saya imbas semula keberuntungan takdir Allah utk saya kerana mencampakkan saya di sini untuk menggalas tugas yang mulia ini…. kenapa saya kadang-kadang ‘terputus’ dari keinsafan ini ?? ya Allah…

Saya mungkin menangung pasang surut dalam hal semangat saya, tetapi saya tak boleh dengan mudah menokhtahkan perjuangan saya hanya kerana kurang semangat atau letih bekerja…. jesteru inilah medan dakwah dari Allah untuk saya.Medan yang terbaik sebenarnya. Dan amatlah rugi jika saya rabun dalam menatapnya. Bukankah ini peluang untuk saya mulia di hadapan Allah ?

kita ini mulia kerana memperjuangkan Islam, bukannya Islam itu mulia kerana perjuangan kita.

untung ada sekolah….jika tidak, dimanakah agaknya saya akan berjihad dan berdakwah ???…syukur Alhamdulillah…

Wajib Belajar Dan Lulus Agama

Saya bukanlah prejudis terhadap tindakan Kerajaan yang mahu mewajibkan lulus subjek Bahasa Inggeris untuk SPM .

Namun tindakan itu dilihat agak keterlaluan dan jelas mempamerkan keangkuhan kerajaan UMNO dan BN .
Belumpun selesai krisis PPSMI yang dibantah oleh rakyat justeru rata – rata melihatnya ianya tidak adil kepada rakyat terbanyak dalam banyak aspek sebagaimana yang ditegaskan oleh Gerakan Mansukhkan PPSMI .
Saya tidak nampak alasan kukuh kerajaan untuk mewajibkan lulus Bahasa Inggeris bagi Sijil Pengajian Malaysia ini . Sebaliknya apa yang kita lihat ialah betapa kebimbangan pakar – pakar dan para pejuang bahasa kian menjadi kenyataan .

Dulunya mereka berhujjah hanya untuk pengajian sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris , justeru ia adalah bahasa teknologi yang perlu dikuasai oleh pelajar melalui bahasa inggeris . Biarpun dibantah keras oleh pejuang bahasa lantaran negara – negara maju boleh mencapai ketinggian teknologi tanpa mengorbankan bahasa ibunda mereka dalam apa jua subjek pelajaran .

Kini mereka mahu memastikan Bahasa Inggeris adalah subjek wajib lulus dan wajib belajar untuk SPM . Saya agak jengkel dengan langkah Kerajaan . Bukan kerana saya tidak suka bahasa Inggeris bahkan tidaklah salah kita belajar dan menguasai bahasa inggeris , tetapi mengambil langkah mewajibkan lulus bagi subjek itu sangat keterlaluan dan menekan pelajar .
Saya lihat dasar kerajaan tidak peka dengan apa yang dialami oleh rakyat hari ini sedang pelajaran atau pendidikan sangat berperanan untuk mencorak minda dan syakhsiyah rakyat .
Kenapa kerajaan tidak mewajibkan sahaja pengajian Agama atau pendidikan moral kepada pelajar setelah dilihat bagaimana runtuhnya aqidah , akhlak dan moral masyarakat hari ini dan rata – rata mereka mewakili remaja dan pelajar yang masih dibangku sekolah .
Jika kerajaan peka dengan apa yang berlaku dan memandang jauh ke hadapan demi masa depan rakyat dan negara , Pengajian Agama atau moral [ bagi non muslim ] dilihat lebih utama untuk diwajibkan ke atas pelajar agar mereka mendalami agama guna membentuk jati diri dan nilai insan serta menjadi bekal hidup mereka di dunia dan akhirat .

Sehingga kini kerajaan masih gagal melahirkan satu dasar yang seimbang untuk membina sumber manusia yang benar – benar berkualiti bukan sahaja terhenti pada kepintaran aqal dan kecerdikan akademi tetapi juga benar aqidah dan minda serta segar spiritual

episodeperjuangan.blogspot.com

Tahniah Soleh-M

Tahniah untuk Soleh-M atau Solehah Mazlan.

Hari ini mungkin merupakan hari yang paling bersejarah kerana Solehah telah membuktikan mampu meraih kejayaan cemerlang sekalipun berada disekolah yang tidak cukup kemudahan. Pencapaian 10A1 dalam peperiksaan spm sesi 2008 yang lalu adalah yang terbaik setakat ini. Kami mengucap syukur dan bangga dengan pencapaian Solehah serta berdoa ia akan menyuntik semangat yang berkobar-kobar kepada pelajar lain yang sedang meneruskan perjuangan di sekolah ini.
Solehah memperolehi kesemua A1 dalam mata pelajaran B.Melayu, B.Inggeris,B.Arab Tinggi,Sejarah,Matematik,Matematik Tambahan,Quran dan Sunnah, Syariah Islamiyyah,Fizik dan Biologi serta B3 bagi mata pelajaran Kimia.
Ketika ditanya siapakah yang menjadi pendorong kepada kejayaannya, Solehah mengatakan bahawa Ummi dan ayahnya adalah orang yang paling banyak memberi dorongan, guru-guru serta rakan sekelas yang banyak membantu sepanjang beliau menghadapi pelajarannya.

“ana telah memilih untuk meneruskan persekolahan di sini sekalipun mendapat tawaran menyambung pelajaran di sekolah terpilih selepas menamatkan PMR dulu.Walaupun ramai yang merasa bimbang dengan keputusan yang ana ambil memandangkan kemudahan yang terhad disekolah ini, dan ini adalah tahun pertama aliran sains tulen diperkenalkan, ana mungkin berhadapan dengan risiko untuk memperolehi kejayaan yang baik di sini. tapi Alhamdulillah, Allah benar-benar telah menolong ana dan ana bersyukur sangat-sangat dengan apa yang diberikanNya. Biarpun tidak mencapai sasaran untuk memperolehi kesemua A1 dalam sebelas subjek yang diambil, ana tetap merasakan ini kurniaan Allah yang sangat besar untuk diri ana.” Ucap solehah dalam nada yang gembira.


Solehah juga mengatakan bahawa tiada resepi yang istimewa dalam hal bagaimana dia mengulangkaji pelajarannya, cuma dia mengambil pendekatan tidak suka membuang masa dan akan menggunakan setiap ruang yang ada untuk belajar dan berbincang dengan kawan-kawan. “Sebenarnya kejayaan bukan bergantung kepada banyaknya masa yang digunakan untuk belajar sahaja, tapi ia juga berkait rapat dengan urusan hubungan kita dengan Allah, ibubapa ,guru dan kawan-kawan. Ana melakukan solat hajat setiap hari selepas solat isyak, membantu kerja-kerja rumah, sentiasa menjaga hubungan dengan guru dan saling membantu dengan rakan-rakan. Ana paling takut jika ada melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan guru-guru kerana disitulah letaknya keberkatan dalam proses ana menuntut ilmu. Tiada guna ana berjaya cemerlang dalam pelajaran tetapi ana mengguris hati guru-guru sedangkan mereka orang yang banyak membantu.” ujar solehah lagi.Kemudian Solehah berpesan kepada adik-adik SMAI. “Ana suka untuk menasihati adik-adik supaya memilih untuk meneruskan persekolahan di sini sehingga tamat tingkatan lima.Kejayaan ada dimana-mana jika kita sabar berusaha dan bermohon pada Allah.Apa yang penting kita turut menyumbang untuk menjayakan misi sekolah melahirkan generasi rabbani dan memberi sokongan terhadap sistem pendidikan bersepadu di sekolah kita ini. Mengambil peluang untuk memantapkan diri melalui program tarbiyyah yang ada dan turut memimpin generasi muda sekolah yang perlukan senior yang berwibawa……Jika bukan kita yang melakukannya….siapa lagi ?”

Muallimah mengucapkan tahniah untuk solehah dan semoga akan terus mengorak langkah kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburi selepas ini…..InsyaAllah, semoga anti juga menjadi mujahidah sejati.

Tahniah juga untuk pelajar-pelajar lain yang turut memperolehi keputusan cemerlang .Bagi yang tidak mencapai sasaran, janganlah terlalu berduka….this is not the end of life…peluang untuk berjaya dalam hidup masih ada dan anda masih ada ruang untuk berusaha menjadi manusia yang bahagia.
Kejayaan hidup manusia tidak diukur dalam exam sahaja tapi Allah mengatakan kejayaan manusia adalah ‘taqwa’….maka ambil ‘taqwa’ dulu sebelum memikirkan untuk mengambil perkara-perkara lain, kemudiannya anda akan dapati dengan sendirinya  anda akan berjaya dalam hal-hal yang lainya…InsyaAllah

selamat berjaya….

saya pun tak setuju laa..

Kecoh…
satu Malaya kecoh dengan isu PPSMI. Seakan mau runtuh langit Kuala Lumpur dengan kekecohan yang berlaku dalam Himpunan 100 000 membantah PPSMI. Saya mengaku merasa amat sedih dengan insiden rusuhan di perkarangan Masjid Negara tempohari. Demonstrasi yang dirancang untuk diadakan secara aman bertukar menjadi sebuah medan serangan.Gas pemedih mata dilepaskan tanpa belas kasihan.Melihat kanak-kanak yang menjerit kesakitan dan wanita muslimah yang lari bertempiaran, saya dapat rasakan polis Malaysia sudah keras hatinya  dari memiliki rasa simpati dan kasihan. Polis malaysia sudah berhati Israel.Mereka yang berdemo berkumpul tanpa senjata dan perisai, tapi polis dan FRU turun berentap seperti sedang menghadapi satu pasukan musuh yang sangat merbahaya.

Melalui foto yang saya saksikan dan tulisan yang dibaca di blog-blog , saya mendapat tahu ianya angkara provokasi pihak polis dan FRU sendiri. seolah-olah ianya sengaja dicetuskan untuk menggambarkan ‘kehodohan’ golongan yang menolak PPSMI, dan betapa emosinya mereka ini dalam menghadapi sesuatu isu…..dasyatnya polis Malaysia. Memang kerjaya polis ni dipegang oleh orang yang tiada belas kasihan ke? atau yang mudah dicucuk hidung dan telah disusun pula segala tindakan mereka ?

saya pasti, kebelakangan ini kes salahlaku dan kesalahan polis menjadikan orang ramai ‘meluat’ dan memandang rendah kepada polis.

Sebenarnya saya tidak berhasrat sangat memperbesarkan isu demonstrasi tempohari. Saya tidak turun berdemo ketika itu maka tak perlu lah berlebih-lebihan meluah rasa tidak puas hati.Saya ingin memandang isu ini dengan pandangan yang telus tanpa kecenderungan kepada mana-mana parti politik. Sebagai pendidik dan waris pelajar, isu PPSMI itu itu sendiri lebih utama untuk diberi penilaian di sini. Ia bukan sekadar isu memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, atau isu memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.Tapi yang paling ketara saya berpendapat ia adalah isu yang memberi kesan besar terhadap dunia pendidikan anak-anak terutama dalam bidang pembelajaran sains dan matematik.

Mendengar keluhan dari guru dan waris sendiri, betapa terbebannya urusan mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Proses pengajaran dan pembelajaran sudah tidak seperti dulu lagi dan jumlah murid yang menguasai dua subjek ini semakin merosot. Kerajaan jelas berbohong bila menggambarkan pencapaian pelajar yang semakin meningkat sedangkan hakikat sebenar mereka sukar sekali belajar matematik dan sains dalam BI.Mempelajari matematik/sains tidak lagi menyeronokkan kerana selain mereka terpaksa berusaha memahami konsep dan fakta, mereka juga terbeban untuk memahami bahasa.Ini bermakna proses pelajar menguasai kedua subjek ini semakin sukar dan mereka semakin terbeban sebenarnya.

Saya kira arahan mempelajari maths/science dalam BI ini boleh membantutkan minat pelajar terhadap matapelajaran ini.Ekoran dari kesukaran memahami istilah-istilah BI, rasa gemar dan minat pelajar terhadap dua subjek ini terjejas.Menurut seorang teman yang sebelum ini pernah mengajar matematik dalam Bahasa Malaysia dan sekarang telah menukarkannya ke dalam B.Inggeris, dia mengakui bilangan pelajarnya yang benar-benar menguasai subjek ini semakin berkurang.Kalau dulu dia memiliki pelajar yang kurang mahir dengan BI tetapi sangat cerdik di dalam sains dan maths tetapi sekarang dia mendapati ramai pelajar yang lemah B.Inggeris turut lemah dalam matematik dan sains.Alangkah ini suatu yang merugikan kerana mereka berkemungkinan mempunyai keupayaan yang tinggi dalam matematik dan sains, tapi kerana masalah bahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran subjek tersebut, maka mereka menjadi pelajar yang lemah dan hilang minat.

Saya bersetuju pembelajaran kedua matapelajaran ini dijalankan dalam BI ketika diperingkat pengajian tinggi. Saya yakin pelajar tidaklah menghadapi kesukaran yang besar ketika ini berbanding jika diperkenalkan ketika peringkat sekolah. Ini kerana di peringkat ini pelajar bukan saja sudah agak matang pemikiran mereka, mereka ini juga sudah mempunyai asas yang kukuh dalam subjek sains dan maths yang dipelajari dalam BM.Di samping itu mereka sudah mempunyai perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang lebih baik hasil dari pengalaman mempelajari BI di peringkat sekolah. Pengukuhan sedia ada ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pelajar menghadapi pengajian maths dan science, sekalipun ketika ini ia diubah kepada B.Inggeris.Istilah matematik dan sains dalam B.Inggeris bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk difahami oleh mahasiswa universiti, ia cuma memerlukan sedikit masa untuk dipelajari dan dikuasai dan saya yakin mahasiswa mempunyai keupayaan ini.

Apa yang menarik untuk dikongsi, seorang kawan saya mempunyai anak yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina. katanya di sekolah tersebut matematik dan sains diajar dalam bahasa cina dan sedikit saja diajar dalam BI. Itu pun sekadar memenuhi tuntutan kementerian yang meminta supaya ianya diajar dalam dwi bahasa yakni bahasa cina dan bahasa inggeris. Tapi buku teks dalam bahasa cina dan pelajar akan menjawab peperiksaan dalam bahasa cina.Yang untung katanya adalah ‘bahasa cina’ dan orang-orang cina kerana mereka bukan saja meningkat penguasaan bahasa cina tetapi juga matapelajaran matematik dan sains. Berbanding sekolah kebangsaan biasa, pelajar dibekalkan buku teks dalam BI, guru mengajar dalam BI tetapi pelajar diizinkan menjawab peperiksaan dalam dwi bahasa.(BI atau BM). Tidakkah ini mengelirukan dan meyukarkan pelajar melayu. Soalan dalam bahasa Inggeris sukar difahami, menjawab dalam bahasa melayu pula menjadi kekok sekali kerana tidak dilazimi. Akhirnya mereka tembak saja bila menjawab soalan peperiksaan.

Tidakkah pengalaman cukup memberitahu kita bahawa kita tidak pernah ketinggalan dari arus kemajuan hanya kerana mempelajari matematik dan sains dalam BM. Tidakkah tokoh ilmuan, teknokrat dan ahli korporat hari ini adalah generasi yang dulunya lahir dari pendidikan metematik dan sains dalam BM. Apakah ukuran yang telah dilakukan bagi membuktikan bahawa kita gagal bersaing kerana mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Malaysia ?…lemah sungguh jiwa bagi mereka yang merasakan demikian, dan mereka inilah sebenarnya yang lemah keyakinan dan membuat penilaian yang tiada asasnya. Demi kebaikan anak-anak kita yang masih sedang bersekolah dan akan bersekolah nanti, kita perjuangkan untuk mengembalikan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia. Tingkatkanlah mutu P&P bahasa Inggeris kerana menguasainya juga suatu kelebihan, tetapi bukanlah dengan cara menginggeriskan matematik dan sains kerana itu sebenarnya kerugian.

Keberkatan Ilmu (1)

Saya membaca buku 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu beberapa bulan yang lalu. Saya percaya , dalam hal mendapatkan ilmu ini, keberkatan adalah suatu hal yang sangat dituntut supaya segala usaha dan implikasi dari urusan menuntut ilmu ini berjalan selari dengan tuntutan agama.

Saya terpanggil untuk menulis tentang keberkatan ilmu kerana terbayangkan pelajar-pelajar saya yang sedang berjuang berhempas pulas dengan peperiksaan spm mereka. Rata-rata mereka melahirkan rasa takut dan bimbang sekiranya tidak berupaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Saya rasa amat memahami mereka kerana saya pernah melalui semuanya ….memang betol la, peperiksaan sesuatu yang sangat menakutkan.

Ramai pelajar, pendidik dan ibubapa bersungguh-sungguh mengejar ‘A’ dalam setiap peperiksaan yang diambil. Pelbagai buku kecemerlangan dihasilkan dan bermacam-macam usaha dilakukan bagi mengejar kecemerlangan dalam peperiksaan. Tidak cukup setengah hari persekolahan, disambung pula dengan kelas tambahan di waktu petang. Malah ramai juga yang melanjutkan waktu pembelajaran dengan menghadiri kelas tuisyen pada waktu malam. Dalam fikiran dan bayangan mereka tidak lain dan tidak bukan…semuanya ingin memperolehi ‘A’ dalam matapelajaran yang diambil. Jumlah A adalah tanda kecemerlangan. makin banyak A menandakan kehebatan. Terbanyak A adalah keunggulan dan menjadi tumpuan puji-pujian. Maka semua pihak berhabis-habisan bagi memastikan calon yang bakal menduduki peperiksaan menggapai paling banyak A nanti…..hmmm alangkah teruknya pendidikan untuk peperiksaan semata.

Namun, kecemerlangan yang hanya dalam peperiksaan akan melahirkan manusia yang cerdik tetapi hidup dalam kegelapan. Cemerlang dalam peperiksaan bukanlah jaminan bahawa mereka adalah orang yang boleh diharapkan untuk menjadi contoh teladan. Suasana sekarang membuktikan bahawa ramai yang mampu cemerlang dalam hal pelajaran tetapi runtuh dari sudut sahsiah dan kepribadian. Seorang penceramah yang pernah datang untuk satu sesi ceramah di sekolah saya,  pernah menggambarkan suasana kampus-kampus dan kolej pengajian tinggi di negara kita yang dihuni oleh pelajar-pelajar yang memiliki penampilan diri yang rendah. DDari soal berpakaian, berinteraksi dan berkelakuan ditempat awam jelas menunjukkan yang mereka seperti sudah hilang kewarasan.

Sebenarnya paling utama sebagai seorang pelajar, mereka mestilah berusaha mendapatkan keberkatan agar mampu benar-benar memperolehi kejayaan, kebahagiaan, kekuatan, kecemerlangan dan keredhaan. Pelajar yang memiliki ilmu yang penuh keberkatan akan memiliki sifat-sifat berwibawa, bertaqwa , menghormati guru dan ibu bapa. Menyayangi akan yang muda serta kuat bekerja untuk kebaikan ummah. Malah mereka amat istiqamah dalam ketaatan kepada perintah Allah dan mampu mengajak masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Kita dapat perhatikan dengan jelas bahawa pencapaian peperiksaan awam saban tahun semakin cemerlang. Peratus pencapaian “A”  dalam mana-mana mata pelajaran sering saja menunjukkan peningkatan. Namun demikian, masalah keruntuhan moral juga saban tahun makin ketara. Jenayah dan kebejatan hidup manusia semakin buruk. Agak aneh kerana manusia semakin mencapai ketinggian ilmu tetapi semakin hilang adab dan tatasusila. Bukan saja ditempat awam , malah di institusi keimuan seperti kolej dan universiti juga memiliki pelajar yang rosak moral. Pelajar-pelajar sekolah sekarang ini ramai yang sudah sudah tidak memuliakan guru dan menghormati ibubapa. mahasiswa pusat pendidikan tinggi terlibat dengan pelbagai masalah sosial. inilah antara petanda bahawa pelajar sudah semakin hilang keberkatan ilmu.

Sebagai muslim, kita ingin cemerlang di dalam pelajaran, tapi biarlah kecemerlangan itu diiringi dengan keberkatan dari Allah taala. Manusia yang sekadar cemerlang dalam hal pelajaran tetapi tidak dihiasi dengan iman dan taqwa kepada Allah, adalah tanda-tanda manusia yang hilang keberkatan dalam menimba pelajaran.

Doa Keberkatan Ilmu

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan.

Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan. Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan.

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan,
Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan,

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujahadah
Serta membantuku untuk beribadah & bertaqwa

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku
Semula kerana bermegah-megah & tidak amalkan,
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan-Mu,
Bertambah ilmu bertambah ibadah & amalan,

Tuhan jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri & orang lain,
Boleh menyuluh hatiku & menyuluh hati orang lain,
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manfaat & syafaat
Amin Ya Rabbal Alamin..


Ketahuilah olehmu orang yang suka menuntut ilmu..

Sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk bersenang-senangan & bermegah-megahan & untuk mendahului kawan-kawan sesamamu, serta untuk mengarah muka manusia supaya merasa segan kepadamu, maka perjalanan engkau yang demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau, serta menjual akhiratmu dengan duniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan kerugian.


Begitu juga orang yang mengajar serta menolong engkau dalam membuat maksiat, tak ubah seperti penjual pedang kepada seorang perompak di tengah jalan, sebagaimana nabi bersabda: “Barangsiapa menolong orang membuat maksiat maka dia itu sekutu dengannya. Dan jikalau niat & tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk memperolehi hidayat daripada Allah S.W.T bukan semata-mata mencari riwayat, maka bergembiralah engkau, kerana bahasanya para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau, dan ikan-ikan di lautan meminta ampunan kepada Allah untuk engkau apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah.


( Imam al-Ghazali )

Dosa sang guru kerana mendidik anak muridnya….

Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.

Guru
membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila
sudah dewasa. Dia mengajar ‘anaknya’ bagaimana cara menyebut, menulis,
membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan
dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid
sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah,
yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa
pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk
menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu
yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah
di kemudian hari.

Fahamkah
ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak
perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat
kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.

Malanglah
sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak
bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan
yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya –
adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding
kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab,
tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan
orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk
dibangku seorang guru.

Tugas Guru Dijadikan Nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.

Ya,
memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal
anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum
dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program
sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga
mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada
guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi
motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas,
yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap
untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan –
disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan
anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana
yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami –
anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan.
“Anak aku pintar, bijak” Dan semuanya diakhiri dengan perkataan ‘AKU’
juga.

Sang guru memberi
nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah
ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat
camane?”. Dan sang guru tergumam.

Sebagai
seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya
balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan.
Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan
mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang.
Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…

Begitulah…
sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar,
walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan
cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..

sumber : http://jarumemas.blogspot.com