
si kecil ni berangan le nak jadi pengantin
Masih keletihan …… 2 kenduri kahwin melibatkan anak abang dan anak kakak saya menjadikan program ‘kelik klate’ sempena cuti sekolah kali ni agak sibuk. Kesibukan yg telah menjadi alasan utk sambutan ulangtahun perkahwinan saya dan suami tahun ini sekadar ‘sarapan dgn nasi goreng’ saja. Itupun nasi goreng yg saya ubah suai dari lebihan lauk kenduri di rumah kakak saya. Kami sambut bersama, di rumah kami di tanah merah …. makan setalam dgn satu thumbler kopi panas … share 6 beranak, Alhamdulillah.
“abang, hari ni anniversary kita” kata saya pada suami, ketika dia turun utk bersarapan. “eh ye ke? hari ni berapa haribulan?” tanya suami , seperti biasa dlm nada ‘tidak perasan’ akan tarikh istimewa kami berdua. “nak kena kutir la nii..5 jun laa” saya menjawab merenung tajam padanya. marah ler kononnya. “ooo nak hadiah ker??” tanya suami lagi. “ya laa, lagi mau tanyaa … dah sampai kelantan ni jom la shopping kat Rantau panjang “. kata saya. “situ jalan jem terok la ” suami beralasan. “ok tak pa, nanti cuti sekolah bila2…kita bawak anak-anak bercuti kat mana-mana…boleh? kata saya pula, “ok seeett…insyaAllah“, suami membalasnya.
Ulangtahun perkahwinan, menjadi satu tarikh yg tidak pernah saya lupa . Kadang disusuli dgn sambutan, kadang sekadar ingatan tarikh sahaja. Pun begitu, tarikh itu tetap datang dgn sentuhan istimewa di hati saya, ada sambutan atau tidak ada sambutan, saya tetap mengingatinya dan cakna akan kehadirannya seiring dgn kesyukuran saya menghitung peningkatan usia pernikahan kami berdua.Dari sudut hati saya, saya ingin rumahtangga saya ini sentiasa berbunga bahagia, utuh membentengi badai dan gelora yg sesekali menguji rasa … tentulah kuncinya ada pada kami berdua.
Saya paling tidak lupa bila satu ketika suami pernah dedikasikan lagu ‘permata untuk isteri‘ nyanyian kopratasa untuk saya.Tergelak menyambut ‘kemerduan’ lagu tersebut yg cuba dialun sendiri olehnya, saya memang ketawa mengekek kerana itulah pertama kali saya mendengar dia cuba menyanyi di depan saya . Walau pun sumbing dan sumbang bunyinya, percubaan suami utk tunjuk romantik kat saya tu buat saya terhibur juga … bercampur lucu dan malu tersipu-sipu. Agaknya wanita garang macam tu la… macam pokok semalu … diusik dan disentuh manja, menguncup malu-malu la pula. Itu dulu, ketika muda dan kurang matang pertimbangannya.
Sekarang ketikanya ada kesempatan lagu itu singgah dicuping telinga saya, ia terasa berat menyebakkan dada. Setelah perkahwinan semakin tua umurnya dan cinta semakin kemas mengikat rasa….lagu itu mengalun hebat meruntun rasa keinsafan akan harapan suami terhadap saya. Allahuakhbar!
satu masa, ketika ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga, saya memperolehi botol hiasan yg dipenuhi dengan kulit kerang yg berwarna-warni. Ia hadiah dari suami. Sekali imbas ia botol hiasan yg sering saya jumpa dikedai aneka barangan. Jadi ia semacam tidaklah istimewa. Ia memang cantik … cuma ia kelihatan keanak-anakan seperti tidak sesuai utk ibu beranak dua seperti saya ketika itunya . Kalaupun ia sesuai, ia terlalu murah utk hadiah sempena ulangtahun perkahwinan yg sepatutnya istimewa. Istimewa di mata isteri muda yg masih cetek pengalaman berumahtangga. Istimewa itu pada saya , sandarannya ialah harga yg mahal semestinya.

botol kulit kerang hiasan … luarbiasa sentuhannya 😀
“ ishh..Ini hadiah anniversary saya, kena syukur walau apa pun yg saya terima,” pujuk hati saya. Dalam menahan terkilan rasa dan menyembunyikan high expectation yg tak kesampaian mungkinnya, saya sebut juga pd suami “ comel bang …. kulit kerangnya ada macam2 kaler”. Nama pun lelaki , kekadang bukan arif sgt tentang hadiah yg diidamkan oleh isteri. Lagi pun perkahwinan baru masuk tahun ketiga, perkenalan kami mungkin baru mencecah 35% agaknya. 😀
Suami berada disisi saya memegang botol hadiahnya. “ ummi tahu tak kenapa abang pilih hadiah ini? Tanya suami seakan sedang membaca apa yg bergelut dihati saya. …” ia murah saja tapi ia membawa makna yg cukup dalam bagi abang ketika pertama kali melihatnya”. Saya mengangguk walaupun belum mendapat penjelasan sepenuhnya. “kulit kerang ini asalnya langsung tidak berharga…. bertaburan ditepi pantai . Ada yang masih sempurna, dan ada yg sudah pecah dan rosak pula. Tapi bila dikutip, diwarnai dengan pelbagai warna, dijaga, dihias dan disimpan didalam botol yang cantik… ia jadi berharga dan disayangi pula. Sebenarnya begitulah kasih sayang kita dalam rumahtangga. Jika kita berusaha menjaga, kita hias dengan aneka warna, kita letak ditempat yg istimewa , ia kan jadi sangat berharga bagi kita. Kulit kerang itu jadi cantik dan berharga kerana ada yg menjadikannya cantik dan berharga. Kasih sayang juga kena begitu …. kita kena jadikan ia indah dan bernilai supaya ia begitu bermakna bagi kita.” Saya cuma mampu mengangguk dan tersenyum,
Sehingga sekarang, saya simpan kulit kerang itu. Ia mengingatkan saya pd sentuhan suami yg begitu bermakna….suami menyentuh saya dengan hadiahnya yg istimewa.Memimpin saya untuk lebih mengerti apa yg paling berharga dalam kehidupan kami berdua. Saya pernah bercerita pada anak perempuan saya tentang hadiah kulit kerang dari babanya itu. Dalam kebanyakan hadiah ulangtahun perkahwinn yg saya terima, ia masih kekal sebagai hadiah paling istimewa utk saya, kerana ada selitan peringatan yg cukup mahal suami sisipkan bersamanya. Mungkin botolnya sudah nampak kusam kesan belasan tahun meniti masa, namun saya mendoakan kasih sayang kami kekal indah dan bernilai selagi badan masih bernyawa … bahkan saya berdoa cinta kami kekal sehingga sampai ke syurga .
Ada orang berkata, perasaan cinta datang indah hanya sekali dalam hidup kita…. ia cinta paling indah utk kenangan sepanjang masa.
Namun dengannya , saya berdoalah agar saya boleh menikmati saat indah jatuh cinta dengannya berkali kali….setiap hari…bahkan setiap kali menatapnya, setiapkali ada di sisinya… cinta yg tidak pudar dimamah usia, saya ingin bercinta dgn hati dan jiwa, dgn emosi yg sentiasa muda, kemaruk cinta yang sama ketika pertama kali berjumpa, cinta yg sentiasa kami nyalakan baranya …. biar kehangatannya dirasa seisi keluarga .
Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 15 …. untuk kita berdua.