Aidilfitri masih indah buat saya…

Masih berada dalam syawal. Hujung minggu masih kedapatan teman-teman yg mengadakan kenduri rumah terbuka. Hari ini, Rohaya jiran depan rumah saya menjemput ke majlis rumah terbukanya, dan hari ni juga sekumpulan banin tingkatan 5 datang beraya di rumah saya. Selepas saya  jamu depa dengan spaghetti bolognese, saya kasi le  duit raya singgit sorang sebagai buah tangan 😀

Rumah saya  sentiasa terbuka utk sesiapa saja teman-teman yg berhajat bertamu ke rumah saya. Cumanya jika kedatangan dimaklum awal, insyaAllah saya masakkan sesuatu sebagai hidangan menyambut tetamu,  namun jika datang mengejut…..kuih-kuih raya dan kerepek masih ada untuk dinikmati bersama kopi atau teh kosong dari saya 😀  Apa pun, raya pertama tempohari saya masak spaghetti. Spaghetti digemari keluarga saya berbanding mee biasa, sebab itu laksa johor lebih saya suka jika dibandingkan dgn laksa kelantan atau laksa utara.

Alhamdulillah, semasa minggu pertama syawal  ada juga kawan2, jiran tetangga, keluarga dan anak2 murid yg bertandang ke rumah saya. Saya sendiri sedayanya tidak menghampakan jemputan rumah terbuka dari teman2 sekalipun awal syawal tempohari keadaan kesihatan ahli keluarga saya terganggu sedikit. Paling manis ialah ketika menghadiri gathering HIUTM Kedah di Kuala Ketil. Biarpun yg hadir itu kesemuanya senior suami saya , tapi saya dapat rasa keseronokan bertemu sahabat2 lama.

Suami saya demam pada raya kedua dan berlarutan lebih seminggu lamanya, selain batuk dan selsema, dia lenguh badan , lemah dan tidak lalu makan. Ubat ditelan cuma mampu bertahan beberapa jam. namun cukuplah untuk memenuhi undangan teman-teman. Si kecil Raihanah pula demam campak seminggu sebelum raya. Nak tergelak rasanya bila hanah asyik merengek lahirkan kerisauan jika bintik campaknya  akan buat dia tak cantik bila raya nanti…..” hissh kat muka tu tak banyak sangat la hanah, pakai bedak tak nampak la nanti” saya pujuk juga walaupun rasa lemas kecik-kecik  dah pandai nak ‘kontrol ayu’. Memang pun  masa raya tempohari, dia yg paling bergaya dan raya sakan. kalau depan kamera tu tahu saja nak posing gaya  menyenget atau senyum kembang.

Anak saya Muhammad Syamil juga demam campak sehingga terpaksa dikuarantin ketika menduduki UPSR. Termasuk yg dijangkiti demam campak ini ialah Insyirah dan dia jika tidak dapat ke sekolah. Seminggu saya terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap ada masa selang. Campak yg berjangkit-jangkit ni buat saya keletihan. Demam dan gatal-gatal jadi lebih kuat sebelah malam menyebabkan mereka tak dapat lena dengan aman.  Namun dalam keletihan ini, saya bersyukur kerana kesihatan saya masih baik untuk tetap berkhidmat dan menguruskan ahli keluarga yg tidak sihat.

Aidilfitri datang membawa ibrahnya yg tersendiri. Saya menyimpan cerita duka utk sambutan Aidilfitri tahun ini. Airmata tidak mampu melindungi kesedihan di hati saya. Biarpun sudah berusaha, saya tidak mampu menyekanya dari menitis mengiringi luka di hati saya. Allah telah susun kelukaan ini menjadi bahagian saya ketika saya seharusnya gembira menikmati suasana raya. Hikmah pasti ada, saya yakin Allah tidak datangkan kepada saya untuk merasa luka ini secara sia-sia, Cukuplah ia menjadi kenangan di hati dan pengajaran bahawa kehidupan ini sentiasa diintai ujian utk menilai iman yg dimiliki. Sebaik melangkah keluar dari Ramadhan, Allah sediakan ‘sedikit ruang’ untuk kita koreksi diri “benarkah Ramadhan telah mendidik diri ini …benarkah Ramadhan telah ikhlas dihayati sehingga melahirkan diri yg solid nilai taqwanya pada Ilahi”. Allahlah penilai diri saya ini dan pemimpin kepada hati. Andai benar wujud keegoan, sombong dan keras hati saya ini…semoga Allah lah yg meruntuh dan meleburkannya.

Salam Aidilfitri semoga Allah menerima segala amal ibadat sepanjang Ramadhan yang lalu. Penerimaan Allah inilah yang memberi makna pada sambutan hari raya kita. Kita keluar dari Ramadhan dengan pengampunan dari dosa-dosa dan Allah kekalkan kita sebagai hamba yg terus istiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya. Anas Bin malik mengatakan bahawa  maksud hari raya yang hakiki bagi mukmin ialah hari yang dilaluinya pada hari itu tanpa ada dosa yg dilakukan. Dinyatakan lagi antara lain makna hari raya yg hakiki ialah hari ketika dicabut nyawa seseorang itu sedang ia dlm keadaan beriman kepada Allah. Hari raya hakiki bagi kita juga ialah hari di mana kita berjaya melintasi titian mustaqim dan hari dimana kita dipimpin memasuki syurga Allah yg kita akan abadi di dalamnya. Dan sememangnyalah kemuncak kepada raya yang hakiki ialah hari ketika kita dapat bertemu dengan Allah swt.

Sebagaimana Ramadhan yg pergi, 1 Syawal juga telah berlalu dan  hari raya mengengsot meninggalkan kita lagi. Biarkan masa berjalan mengikut fitrahnya. Sedang kita teruskanlah hidup mencari pahala dan redha Allah. Marilah kita suburkan hari-hari kita dengan kebajikan,  dan kita tidak merasa lelah atau berhenti berusaha serta beramal kepada Allah. Kita lakukannya untuk hari raya kita …. untuk saatnya kita benar-benar menikmati ‘raya yang hakiki’ yg Allah sediakan utk kita nanti. InsyaAllah

ummi paling berpahala…

Berada di hari yg ke 24 yakni di fasa terakhir Ramadhan, di fasa yg dikaitkan dengan pembebasan dari azab neraka, fasa yg membezakan antara mereka yg menjalani ibadat2 di bulan Ramadhan ini kerana semangat semata2 atau menjalaninya kerana iman dan taqwa. Pasti ada dikalangan kita yg mula ghairah dengan persiapan hari raya yg bakal tiba tak berapa lama, dan pasti ada di kalangan kita yg semakin ghairah beramal ibadat kerana sisa bulan Ramadhan tinggal beberapa hari saja untuk kita nikmatinya.

berbuka di rumah

melayan anak2 berbuka

Hari demi hari Ramadhan telah datang meniti tempoh musafirnya membentangkan kepada kita hamparan ‘ganjaran’ untuk diraih dan direbut. Kini, tinggal hanya lebih kurang 6 hari sahaja jika masih diizinkan umor untuk kita sebelum Aidilfitri tiba menamatkan Ramadhan tahun ini …layakkah menyambut Aidilfitri ?? hari yg dikatakan sebagai hari kemenangan?….adakah kita orang yang sudah melepasi semua halangan2 yg melayakkan kita merasakan diri sebagai org yg telah berjaya atau menang ??..

doa seusai solat maghrib

solat dengan anak2

Ramadhan adalah ketua kepada bulan-bulan yg lain, jika jumaat adalah penghulu kepada hari2 lain, Jibril sebagai ketua Malaikat, Baginda Rasulullah saw pula penghulu kepada kalangan Rasul dan nabi, maka Ramadhan adalah penghulu bagi bulan2 lain yg Allah anugerahkan untuk umat Muhammad saw. Allah sediakan hamparan rahmat , anugerah serta pengampunannya kepada sesiapa yg menjalani Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Jesteru itu Ramadhan ini sebenarnya bulan untuk mengembalikan manusia kepada fitrahnya, yakni melaksanakan kehambaan, ketaatan dan memohon ampun pada Allah. Kita laksanakan kebaikan2 di bulan Ramadhan dan kita bertahan dengan kebaikan itu. Ia bukan sekadar bulan pesta atau karnival ibadah, lebih dari itu ia adalah bulan festival ibadah utk mukmin mengisinya dengan segala bentuk kebaikan yg menjadi kecintaan Allah swt.

Dengan segala kemuliaan waktu yg ada dalam Ramadhan, memang terasa pilu berada di hari-hari terakhir Ramadhan,…

dua beranak berganding bahu tangkap talapia kat kolam

dapat dua ekor talapia

terkorban 😀

proses melumur asam jowo utk menghilangkan bau hanyir

goreng pun sodap nih..

anak2 talapia yg diasingkan....banyakkk. Dah tak muat kolam dah

Mengimbau peluang dan tawaran hebat dari Allah untuk seorang isteri dan ibu menjalani Ramadhan…saya kira, kita golongan paling kaya dengan pahala. Jika mampu urusi segala bebanan, tugasan serta tanggungjawab yg tersedia dengan rasa redha. Kita selaku isteri dan ibu paling mudah meraih pahala.

Saya terkenang pada teguran suami pada suatu petang bila saya luahkan keluhan lelah dan penatnya saya melangsaikan urusan saya di rumah. Kata suami, “ sabarlah ummi, Allah nak bagi pahala… di rumah ini ummi paling berpahala, apa yg ummi buat untuk kami  semua  Allah pasti ganjarkan pahala….umi masakkan hidangan berbuka, umi kejutkan utk tahajud dan bersahur, umi pastikan rumah bersih dan teratur, umi pastikan anak2 solat dan tadarus, sedang umi juga masih turut bertarawih dan melaksanakan ibadah solat sunat lain bersama kita. Itu tak termasuk urusan kebaikan dan kebajikan umi di sekolah. Patut umi rasa seronok dan syukur, Banyak ganjarannya jika ikhlas budi dan bakti yg ditabur ”.panjang suami ingatkan saya pada apa yang saya mula lupa.

Iftar di radix Oriental Cuisine atas jemputan KMP

seronok dapat makan free kan hanah....

mencuba dgn chopstick...susahnya..

terima kasih daun keladi, harap lainkali KMP jemput muallimah lagi..

Saya jadinya sebak dan terfikir sendiri. Kembang hati saya bila diingatkan tentang rahmat Allah utk semua isteri dan ibu seperti saya. Betapa segala laku perbuatan dan tugasan yg mengelilingi kami sebenarnya menanti di sebaliknya rahmat dan pahala berganda lebih2 lagi di bulan Ramadhan yg mulia. Tinggal lagi untuk kita sentiasa ingat dan berterusan mengekalkan rasa redha. InsyaAllah, membantu serta memberi khidmat kepada ahli keluarga yg kita sayang , itu sangatlah Allah suka. Memang bukan mudah mengekalkan rasa sabar, dari tugas membeli keperluan harian di pasar, mengemas rumah, memasak, menghidang, mengejut anak2 bersahur, memastikan mereka solat, membuat persiapan ke sekolah, dan segala bentuk kerja harian lain lagi yg diurusi , terkadang menggamit keluhan penat dan letih dari hati kecil kita. Bertambah2 keletihan bila melaksanakannya ketika kita berpuasa . Bila diuji pula dgn anak2 yg ada ketikanya kurang menghulurkan bantuan pada kita, bahkan menambah pula kerja yg sedia ada, memang akan sering mengundang leteran kemarahan dan ‘merajuk seorang ibu’ yg sedang berpuasa….astaghfirullah.

posing sakan

info ramadhan yg ditampal kat rumah

hanah dan bang chik

Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada kita semua, membalasi amalan kita dgn pahala. Mengekalkan kesabaran kita dlm melaksanakan tuntutan kepada keluarga, menjadikan semua tugasan kita sebagai usaha jihad dan ibadah kepada Allah, dan kita bangun sebagai wanita yg hidupnya utk mengislahkan diri, keluarga, masyarakat dan negara..InsyaAllah.

Salam ramadhan untuk semua..

Allahuma bariklana fi Ramadhan….