اسلام علیکم ورحمﺔ الله
Saya mungkin akan ‘hibernate’ untuk beberapa hari. Saya akan berhenti sebentar dari menulis dan menjengah di laman blog ini. InsyaAllah malam nanti saya bakal bermusafir bersama beberapa orang pelajar saya. Lebih kurang 5 hari juga saya akan berjauhan dengan keluarga dan komputer teman saya ini….aduhai, alahai…alamak…mak oiii…adooii pasti banyak yang akan saya rindui nanti…pasti saya akan jadi sangat-sangat merindui… Namun demi memenuhi tuntutan sebagai seorang guru, maka saya akur bila ianya terpaksa begini dan begitu. Insya Allah ini juga proses tarbiyyah pada diri sendiri…..sabar lah wahai diri…pasti indah pengalaman pakej cutimu di sana nanti …InsyaAllah…InsyaAllah…adeehh..letihnya hati ini..
Ramai pelajar saya yang exited menunggu musim cuti persekolahan ini. Mungkin dah tak sabar nak mengucap salam perpisahan pada guru, teman-teman, meja, kerusi, papan hitam, pen, pemadam mahu pun buku-buku pelajaran. Kesian kerana ada yang merasakan alam persekolahan itu sangat-sangat memberatkan perasaan…tension mensyon dan sarat segalanya… Jesteru itulah kemerdekaan yang sementara ini benar-benar dinanti, dan ingin diraikan sepenuh hati…amboi bestnya cuti…….boleh tidur sampai matahari meninggi, boleh tengok tv sampai pagi….boleh dok rilex dan goyang-goyang kaki..mmm kan best tu cuti……
Tapi pada saya la kan, cuti sekolah yang dua minggu itu tak de lah lama sangat rasanya. Pejam celik pejam celik, cuti sekolah habis macam tu sahaja…ruginya kalau kita tak betul-betul manfaatkannya !
Wahai anak murid saya sekalian, cuti persekolahan bukanlah suatu tempoh untuk kita berbulan madu dan melupakan sama sekali dunia ilmu yang kita cintai ini. Ya memang benar cuti sekolah mencorakkan suasana berbeza dari rutin persekolahan biasa, namun jangan dilupa rasa kecintaan pada ilmu dan persahabatan dengan buku-buku, yang perlu kita suburkan sepanjang masa. Buat lah sedikit persiapan bagi menghadapi ujian kemerdekaan di musim cuti ini…..carilah teman mengisi masa cuti ini dan saya pasti buku adalah teman sejati yang seronok didampingi, pandai menghibur hati dan boleh membantu menguatkan diri. Cubalah….cintai teman sejati makhluk yang bernama buku ini, indahnya…..kerana kita akan merasa cinta kita dibalasi.
InsyaAllah kebijaksanaan diri akan dicapai dengan menerapkan budaya Iqra’ dalam diri. Firman Allah swt dalam surah Al-Alaq :1-5 yang bermaksud :
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah. bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan qalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahui.
Membaca adalah jambatan ilmu, berilmu adalah jalan utama mendapatkan hidayah Ilahi. Kalau anda suka menyoroti perjalanan ulama dalam menuntut ilmu, betapa gigihnya mereka berusaha mendapatkan ilmu dan untuk sampai kepada ilmu. Bahkan ada yang telah merentasi perjalanan yang sangat jauh, berjalan berhari-hari dan bermalam-malam untuk mencari ilmu. Abu Darda pernah berkata ‘ kalau aku menemukan satu ayat Al-quran dan tidak ada orang yang dapat menerangkannya kepadaku, kecuali seorang yang tinggal di tempat yang sangat jauh sekali, pasti aku akan turuti dia ‘
Budaya Iqra bukan baru…ia milik umat Islam sejak dari mula Al-Quran diturunkan. Inilah cara umat Islam meningkatkan Ilmu pengetahuan dan membina jambatan menuju keredhaan Tuhan.
Buat ex-anak2 murid saya yang sudah terjun ke dunia luar yang serba mencabar, sedarilah dan rasailah medan sebenar yang sedang melamar anda. Sedangkan lamaran ni pula harus diterima bagi orang yang segar hatinya …lamaran perjuangan ini untuk kita, jadi sebagai persiapan untuk dikahwinkan dengan perjuangan ini, takkan kita masih terkurung dalam bahan bacaan seperti Harry Porter, Naruto, Mr.Nightmare, Lord Of The Ring mahupun novel-novel cinta yg tebalnya beratus muka ? maaflah kalau tulisan ini mengguris rasa…tetapi orang Islam harus tajam mata hatinya, kuat berfikir dan tepat pula dalam setiap nilaian dan tindakannya. Bagusnya orang muda seperti anda dan saya mencari bahan bacaan yang menyuburkan fikrah dan membangunkan jiwa. Ummah sudah lama menderita dan ini perlu dibela oleh orang yang besar jiwanya…manakala contoh orang yang besar jiwanya pula, tentu sekali sukar dicari dalam watak naruto maupun Harry Porter. Susurilah sirah Rasulullah dan para sahabat, tabiin dan ulama dalam hal pembinaan watak dan pribadi mereka..kerana itulah sebaik-baik cerita dan watak manusia yang ingin kita contohi dan teladani bersama.
InsyaAllah kita sama-sama hidupkan budaya suka membaca dalam diri kita…biarkan buku menjadi teman sejati di musim cuti. Pilihlah buku yang baik-baik ya…yang berisi makna dan kaya dgn iktibar…..yang penting bila membaca, ianya mendekatkan kita pada Allah yang maha Esa…..selamat bercuti dan selamat membaca.
p/s : saya mengalukan sesiapa yg ada cadangan bahan bacaan yang baik dan bersesuaian dengan usia remaja untuk disenaraikan di sini….tulislah sinopsis sikit ya…..mudah-mudahan ia boleh menarik selera remaja kita dan selera saya juga.