cinta

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Sheikh Jalaluddin al-Rumi

saya memilih luahan puitis Jalaluddin Al Rumi ini sebagai entri saya di malam EidulAdha yg indah ini. Terpulanglah pada pembaca meletak makna dan tafsiran pada nukilan sajak cinta oleh Al Rumi ini…..ia subjektif.

cumanya, untuk EidulAdha yg bakal disambut esok…ia juga sebenarnya adalah imbauan sejarah CINTA. Bagaimana kehebatan rasa cinta mampu mendorong manusia berkorban apa saja. Kerana ketinggian dan kemuliaan cinta Ibrahim as kepada Rabbnya, isteri yg dicinta sanggup ditinggalnya sendirian dikawasan kering dan ketandusan….. anaknya yg sangat dicinta yakni Ismail as rela pula utk disembelikannya.

maka benarlah…..disisi sebuah rasa cinta, sebenarnya ada pengorbanan yg dituntut olehnya….

termasuk, utk memiliki rasa cinta kepada Allah…..banyak yg perlu kita korbankan…

semoga kita termasuk golongan yang sanggup berkorban untuk merebut kemuliaan cinta kepada tuhan.

SALAM AIDILADHA

mukhayyam tingkatan 3

Program mukhayyam untuk pelajar tingkatan 3. Kami adakan pada hujung minggu lepas iaitu pada 29 – 31 Okt yg lalu. kami bertolak ke Tasik Pahlawan Resort,Jitra selepas solat jumaat dan tiba di sana selepas waktu asar. Selepas solat asar , mereka ama-sama mendirikan khemah dan mula memasak untuk makan malam.

tapak perkhemahan banat

belajar masak guna kayu api

Malam pertama, kami disajikan pengisian ceramah oleh Ustaz Abu Bakar dari Maahad Tarbiyyah Islamiyyah Derang dgn isi ceramah bertajuk ” Remaja Hari Ini Pemimpin Masa Depan” .Pelajar kelihatan masih bertenaga dan bersemangat biarpun ada kerisauan di wajah mereka. Sepanjang petang dan malam itu, suasana bergerimis dan sekali sekala kedengaran guruh menandakan hujan mungkin mencurah lebat nanti. Mereka diminta mengadakan giliran hirasah secara berkumpulan dan bangun qiamullail pada jam 4.30 pagi nanti. Saya lebih risaukan banat kerana mereka cuma menggunakan khemah iglu berbanding banin yg ditempatkan di khemah canopy yg dipasang siap oleh pihak resort. Hal ini kerana kami menginginkan tapak perkhemahan banat berdekatan dengan tempat penginapan Muallimah. namun keyakinan saya, kita dalam suasanan tarbiyyah, Allah pasti membantu memudahkan urusan kita.

mendengar tazkirah selepas bacaan matsurat

khusyuk mendengar pengisian selepas isyak

ceramah oleh ustaz Sharulnizam

Pada pagi hari yg kedua, selepas menyediakan dan menikmati sarapan, mereka mengikuti ceramah oleh Ustaz Nizam pula. Slot ustaz nizam ini menyentuh tentang kepentingan dakwah serta pembentukan pribadi dan masyarakat yg cintakan islam…dan ia sebenarnya membawa hasrat tersirat agar pelajar meneruskan kesetiaan mereka utk berada di sekolah ini selepas tamat tingkatan 3. Ini penting bagi penerusan usaha tarbiyyah di sekolah dan kesinambungan kepada hasrat pembentukan da’ie serta individu qudwah sebelum mereka terjun ke tengah masyarakat samada ketika di IPT atau ketika bekerja nanti.

dalam mukhayyam ini juga, selain dari pengisian ruhiyyah, mereka juga di beri peluang melakukan aktiviti fizikal seperti berkayak, berakit, abseiling dan larian berhalangan. Sepatutnya mereka juga diberi peluang untuk river crossing tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Aktiviti dilakukan berasingan antara pelajar banin dan banat, selalunya banin yg akan mulakan mana-mana aktiviti dan setelah selesai mereka akan beredar utk banat pula mengambil tempat. Hujan sesekali turun dan lebat sepanjang kami beraktiviti, dan ketika hujan agak reda atau matahari sedikt menumpahkan cahaya, kami lakukan aktiviti abseiling dan larian berhalangan. Saya sudah nampak mereka mula kepenatan dan sudah ada seorang dua pelajar banat yg menarik diri dari meneruskan aktiviti kerana tidak sihat.

bersedia utk berkayak dan berakit


mengenakan jaket keselamatan masing2


alahai...terkuak-kuak macam itik...seronok la tu


mula berakit....masa ni boleh tengok team work depa camana..

hujan turun lebat ketika kami di tengah tasik..


tahniah utk banat...bertenaga!

Saya, kak Ani dan Insyirah turut berkayak. Saya dah biasa berkayak dan berakit dalam program2 mukhayyam yg saya sertai…cumanya saya ni tak pandai berenang….keyakinan utk berkayak tu pun kerana dapat ‘percayakan’ keselamatan diri pada jaket keselamatan yg dipakai. Andai tak de jaket tu.,..hisshh…tak de nya saya nak berkayuh kat tengah tasik tu. Tu yang saya teringin sangat nak belajar berenang. Biarpun kampung saya terletak berdekatan dengan sungai kelantan,tapi saya tak berenang.Dulu berenang sambil peluk buah kelapa tua….tak de kelapa tua tenggelamlah juga hehehe…harap suatu hari nanti saya bisa berenang

saya dan syirah pun tak nak lepaskan peluang berkayak


Alhamdulillah….cuma seorang dua saja pelajar banat yg tak sanggup nak buat abseiling. Yang lain kelihatan berani bahkan merayu nak mencuba utk kali kedua. Saya beberapa kali pernah mencuba flying fox, tapi tetap rasa gayat bila nak buat abseiling……ishh nak pitam rasanya. Mungkin flying fox cara turunnya menghadap ke depanmanakala abseiling terpaksa turun cara membelakang…..tu yg saya hilang keyakinan …hahahahaha… ALASAN!

mendengar taklimat untuk aktiviti abseiling


membantu mengenakan alatan keselamatan


membina keberanian, keyakinan dan keupayaan fizikal


saya hampir mencuba..tapi gayat, at last...insyirah yg tunaikan hasrat umminya...:D

ujian masa utk larian berhalangan


alaa..yang ni muallimah pun boleh buat...hehehe


uurghhh...yang ni saya serenderrr...


menyulur bawah dawai di atas hamparan lumpur...kuang3x


alahai syirah....yg ni pun kakak nak cuba ?....bersemangat betol..


Malam kedua ada persembahan dari kumpulan pelajar. Serba sederhana tapi tetap menghiburkan. Mereka masih kreatif dan sporting sekalipun tanpa latihan. lakonan spontan tapi tetap ada mesej yg hendak disampaikan. Saya sukakan semangat mereka ini dan saya harapkan ia berkekalan sampai bila-bila

namun pada hari ketiga, sudah ada yg mula ‘tidak manis muka’. Mungkin keletihan dan diuji dgn hujan yg mencurah maka mereka rasa tertekan. Ada beberapa aktiviti lagi yg masih bersisa yg perlu dihabisi. Seusai bacaan matsurat selepas subuh, saya cuba memberi semangat kepada mereka. ” wahai anak2 banat yg muallimah kasihi sekalian, antum sangat muallimah kasihi dan cintai kerana Allah. Mlh tahu antum letih dan banyak kesusahan, tapi memang inilah tujuan kedatangan kita ke sini… datang untuk merasa letih dan susah. Kerana ingin memperkuatkan iman kita dan menyediakan diri sebagai org yg berjuang utk agama Allah, maka kita telah memilih untuk merasa susah. Kita bukan makan angin dan datang bersantai di sini….kita datang mengisi agenda tarbiyyah. Jadi hati serta perasaan kita hendaklah bersungguh-sungguh memikul keinginan ini. Jika tidak, kita akan mudah diputus asakan dengan sedikit kesusahan. Jika tentera muhammad al fatih yg siang harinya mananggung keletihan diasak perang dlm cita-cita mereka menakluki contantinople, tapi mereka itu masih gigih bertahajud diwaktu malam merayu kekuatan dari Allah. Oleh itu, jika kita ini merasa letih kerana kurangnya tidur, atau banyaknya aktiviti, atau tidak cukup kerehatan…maka apa pula dengan orang2 terdahulu yg telah pun membuktikan kepada kita bahawa tahajud dan banyak bekerja lah yg telah memberi mereka kekuatan yg hakiki. Jadi bergantung lah pada Allah untuk kekuatan…berdoa dan mintalah tenaga serta kekuatan dari Allah. yakinlah, jika kita dalam tarbiyyah..Allah pasti membantu dan tidak memudaratkan kita.

kemudiannya, kak faizah juga turut bangun memotivasikan mereka. beliau yg kebetulan baru pulang dari US berkongsi pengalaman berada di perut pesawat ketika melintasi lautan pasifik…hanya Allah tempat pergantungan.

lakonan....pengebom berani mati palestin yg ditahan zionis


Ustaz Azli, juri pertandingan masak....seronok nampaknya ya... šŸ˜€

kami bertolak pulang selepas zohor pada hariahad…dalam hujan lebat. Saya diberitahu tentang berita kemenangan skuad Red Warriors menentang N9 malam tadinya…..kembang hati….namun sedikit bimbang kalo2 penyokong kelantan buat hal lagi dalam meraikan kemenangan mereka. namun kata kawan saya ” alaa….dah menang tak naik sheh la…kalo kalah yg nak huru hara tu”… hehehe…

sepanjang perjalanan…ramai yg tertidur….syukur, semuanya lancar dan selamat.