kita ditipu sejarah barat

Kita tentu biasa didedahkan dengan sejarah awal manusia. Disuakan bahwa, zaman awal manusia dikenali dengan zaman Paleolitik. Ciri-ciri Penempatan pada Zaman ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad. Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun. Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme.

antara kawasan yang dikatakan sebagai penempatan Paleolitik

Kemudian datang pula zaman selepasnya yang dipanggil Zaman Mesolitik. juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animism

Sekarang bandingkan sejarah menurut Islam :

1. Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah ke bumi dan selepas itu baginda dikurniakan dua pasang anak kembar iaitu Habil dengan Lehuda dan Qabil dengan Iqlimia.

Habil adalah penternak manakala Qabil adalah peladang. (tafsir Qurtubi halaman 410 juz ke 7)

Jadi, yang manakah patut dipercayai antara dua fakta yang dikemukakan ini? Masyarakat awal yang tidak tahu tentang pertanian dan penternakan melainkan setelah berpuluh ribu tahun atau kecerdikan dan kemahiran dua orang putera Nabi Adam dalam kedua-dia bidang tersebut? Anda Muslim? Fikirkan…

Manakala dari segi kepercayaan (agama), fakta pertama menyatakan masyarakat terawal tidak mempunyai agama,sedangkan Islam menyatakan anak-anak Adam as adalah Islam. Begitu juga putera Nabi Adam as yang bernama Syits ( HibatuLLAH atau Anugerah Allah).Baginda lahir ketika Nabi Adam berumur 130 tahun. Baginda juga Islam. Anda Muslim? Fikirkan

2. Menurut laporan Ibnu Abbas jarak masa di antara Nabi Adam dan Nabi Nuh adalah 10 kurun (seribu tahun). Nabi Nuh adalah cucu Nabi Idris dan salasilahnya keatas sampai kejalur Syith anak Nabi Adam. Jarak antara Nuh dan Adam adalah 10 abad (1000 tahun). Menurut Ibnul Qoyyim rohimahullah bahwa ini merupakan pendapat yang benar. (Al-Muntaqoo min Ighootsatil Lahafaan hal. 440).

Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini , Kisah Nabi Nuh disebut pada 43 tempat di dalam Al Quran. Nabi Nuh adalah seorang yang cerdas dengan ilmu pengetahuan tinggi, terbukti dengan kapal yang dibikinnya begitu besar sehingga mampu menampung segala makhluk daratan, masing-masing jenisnya berpasangan. Kita tentu dapat memperkirakan betapa besarnya kapal itu yang rasanya melebihi kapal laut yang pernah dibikin manusia abad 20 masehi.

kawasan yang dipercayai tempat pendaratan kapal Nabi Nuh as

Fakta yang disuakan kepada kita ialah teknologi dan kemahiran hanya wujud pada zaman Neolitik sahaja yang jaraknya berpuluh ribu tahun dengan masyarakat terawal (Paleolitik).Anda Muslim? Fikirkan..

Begitu juga dari segi kepercayaan,mereka dianggap mengamalkan animism,sedang Nabi Nuh telah wujud. Anda Muslim? Fikirkan…

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

sebenarnya minggu lepas saya disuakan soalan oleh Mlm Wadi Anuar ttg manusia pra sejarah di zaman paleolitik. Maka saya pun berceritalah dgn konfidennya ttg fakta sejarah masyarakat paleolitik sepertimana yg saya perolehi dari pembacaan buku sejarah dan itulah yg saya kongsikan dgn murid saya di kelas. “ logikkah mlh fakta sejarah tersebut sedangkan ana baca dlm tafsir Ibn Kathir bahawa jarak zaman nabi Adam dgn kita pun tak sampai 200 000 tahun hingga 300 000 tahun yg lampau. Itu terlalu lama, sedangkah nabi Adam adalah manusia pertama yg Allah turun ke dunia.”

Saya terdiam dan berfikir sendirian …. memang agak kontra fakta sejarawan barat itu dgn apa yg dikaji oleh sarjana Islam. Saya kira ia menarik utk diselongkarkan dan berkongsi pengetahuan ini dgn pelajar2 saya nanti .Kadang-kadang seronok membawa sesuatu yg diajar dikelas ‘keluar dari buku teks’ yg dibekalkan. Isi buku teks lebih kpd tujuan menjawab peperiksaan, namun keseronokan sebenar dlm kita mendapat sesuatu pengetahuan ialah bila ianya BENAR dan selari pula dgn apa yg ada dalam ISLAM.

maka pencarian saya telah menemukan saya dgn tulisan di atas… syukron utk penulisnya yg telah membuka minda kita semua.

http://salmanku.blogspot.com/2008/07/kita-ditipu-sejarah-barat.html

asam jawa dari hati..

musim asam jawa tiba lagi, kali ni lebat tak terperi. Kata mak mertua saya, terkena tempias baja betik dari kebun betik bersebelahan.Jadi buahnya lebat bergugusan melandut dihujung dahan….fuk sakan weh!

Agen asam jawa mak mertua ….. itu saya. Jawatan disandang secara tidak sengaja bila saya membawa sebungkus dua untuk diperkenalkan kepada rakan sekerja. Tak sangka ramai pula yang meminatinya. Sampai sekarang saya masih menjual asam jawa  mertua setiap musim asam tiba.

hmmm…saya pernah  berkongsi sedikit cerita asam jawa ketika awal memulakan tulisan di blog saya.

Asam jawa atau asam celagi

Kesian mak, ceritanya kepada saya hampir setiap pagi dia mengutip asam jawa gugur dikawasan laman , sehingga lenguh-lenguh keting dan pinggang. Kadang dah penuh sebesen pun masih dia tak mahu cuci tangan… bila anak menantu bising melarang kerana bimbang terganggu kesihatan, mak selalu jawab…. tak boleh tengok…geram !

Pokok asam nan sebatang di tengah laman. Kadang buahnya lebat  dan kadang pula  buahnya jarang-jarang.Pernah pokok asam mak ‘merajuk sakan’  merosot hasilnya mak tak dapat keuntungan . Maklumlah pokok tua yang cuma sebatang , itu pun nyaris menjadi korban pembukaan ladang betik fasa kedua.Alhamdulillah umornya masih panjang biarpun pernah merajuk sakan dengan membantutkan pengeluaran. Waktu tu produksi cuma cukup-cukup makan . Pasarannya sekadar di kalangan menantu dan anak menakan.

Asam jawa yg siap dibungkus

2 minggu lepas mak kirimkan pada biras saya asam yg saya pesan. Beberapa minit je dibawa ke bilik guru, asam saya laku bertukar tangan. Licin tiada berlebihan. Itu pun 4 bungkus sudah di beli dua warga tua ,  jiran saya yg tinggal bersebelahan. Kecewa Tuan pengetua kerana telah berkali-kali ingatkan saya jika musim asam tiba,  tolong simpan beberapa bungkus asam utknya…nak dijadikan buah tangan utk keluarga di melaka. Saya akan order lain dgn mak mertua, itu janji saya pada pengetua.

makcik Bunga dan makcik Anom, jiran yg mula mencuba asam saya

Asam jawa mak saya memang istimewa….asam kampung memang ramai yg suka. Lagipun bukan banyak sangat yg mak usaha…alaa sebatang pokok cuma.Pokok tua tapi subur masih mewah hasilnya. Sekali musim dapatlah mak kumpul beberapa besen mungkin empat atau lima. Selepas dicungkil isinya, dikukus dan dipack kemas dlm plastik, maka sayalah pengedar tunggalnya…..marketing executive utk produk asam jawa mak mertua..

murah…sekilo tujuh ringgit dan sekati cuma lima ringgit saja. Bertahun-tahun saya pasarkan asam jawa mak di sekolah saya, cuma sekali-sekala saya juga menjual belacan buatan keluarga biras saya 😀 …. syyhhh janganlah order belacan dengan saya pula, malu sebenarnya…berbanding gelaran Mahani Belacan…sedap lagi dipanggil Mahani Asam …ngeh3x …jual belacan sekadar sampingan sahaja.

Ahad lepas mak lagi datang ke rumah saya. Dibawa beberapa bungkus asam yg sempat dikukusnya. Kata mak, dah ramai ejen tanpa tauliah yg datang ke rumah mak utk menjadi pemasar asam jawanya. Tak menang tangan mak nak menyiapkannya. Saya pula rasa tercabar kerana sudah ada saingan yg meranapkan status pengedar tunggal yg saya pegang sekian lama… ” mana aci mak, dah sain MOU dgn mahani tak yah la kasi org lain jual ” rengek saya sedikit merajuk . ” alahai, tak dan la kalo hang nak juai sorang-sorang mahani oii, hang pun sibuk kheja nak balik umah ambik asam mak bukan senang “ jawab mak pula. ” alaa mak bungkuih la banyak-banyak, masuk kotak pastu suruh solehah call habaq kat mahani balik kg ambik asam ” kata saya pula. ” hmm tabole la lagu tu, takkan oghang mai umah kita cari asam kita tak mau juai pulak, kesian”. balas mak pula. ” haa tak kigha aa … kalo nak asam jawa spesel,  depa kena mai caghi mahani kat sg petani la … habaq la mak tak menega, mak tukang buat ja. ” Saya memberi cadangan kedekut saya pada mak. ” alaah .. hang pun berkira sangat sampai tagha tu no….melampau ehh,  “ kata mak dalam gelaknya. Dah masak sangat dgn perangai saya  yg nak memonopoli pasaran asam jawanya….keh keh keh … tamak juga saya dgn asam jawa mak ni  ya 😀

Maka pada hari tu mak bawa 13  bungkus asam utk saya yang kesemuanya diborong oleh Pengetua di sekolah saya. Tak susah jual asam jawa mak mertua … kerana keistimewaannya, tak perlu kempen susah payah, pelanggan pasti datang mencarinya.

Hebat mak saya … tokey asam jawa yg yg sudah berusia. Dia tak reti nak bermalas-malas dgn tenaga tuanya. Semua yg ‘dipegang’ menjadi duit di tangannya. Tubuh yg tidaklah sekuat mana tapi cekal dalam usaha. Seronok melihat budi mak  pada tanah arwah pak mertua yg setiap sudut tidak di sesiakannya. Selain asam, mak juga pengusaha kekabu, petai dan menanam ulam-ulaman. Kebun betiknya  sehijau mata memandang, kebun getah, kolam ikan, deretan pokok nenas, pisang dan ikan kering turut ‘menjadi emas’ ditangannya. Ada  hasil tangan yg tidak dijualnya diperuntukkan kepada kami anak menantunya ‘menikmati’ setiap kali pulang ke rumahnya.Selain persahabatannya dgn tanam tanaman, mak turut akrab dgn tiga ekor lembu yg dibelanya…tiga ekor lembu yg sering saya sekeh kepala depa. Disebabkan lembu2 ni lah mak sering menolak pelawaan utk bermalam di rumah saya.

Untuk asam jawanya yg istimewa, ada cinta mak dalam asam jawanya, ia kebanggaan saya dan mungkin kenangan manis mak untuk saya. Selalu dalam ngomelnya ketika saya turut terbongkok-bongkok mengutip asam bersamanya ” asam ni kalau mak tak de nanti,  tak de sapa dah ‘nak berkisah’ membuatnya lagi. Mak masih ada ni boleh la hangpa makan dan merasa sikit sorang. Esok-esok bila tuan asam dah tak de, hangpa  kena beli jugak la nanti” itu yg sering mak sebut …. dalam bahasa tuanya yg sebenarnya penuh dgn bunga cinta sayangnya pada pokok asam yg berjasa.

senyuman menawan tokey asam ... dari tangan ajaibnya saya nikmati asam paling best di dunia

Aduhai mak, pasti takkan sama asam mak dgn asam yg dibeli. Asam mak adalah asam dari hati mak untuk kami,  … asam dari ibu yg subur dgn rasa kasih dan budi yg tinggi  … mustahil ada asam lain yg boleh menandingi asam mak ini. Ia asam jawa dari hati … asam celagi paling bessssttt sekali.

muslimah 2

Sajak ini tulisan dari Syarqawi…kesinambungan dari sajak oh muslimah yg pernah saya siarkan di blog ini suatu ketika dulu. Lama ia tersimpan di peti email saya baru hari ini dapat saya terbitkan di sini. Sekalung penghargaan untuk Lifutushi atas bantuan reka grafik beliau utk sajak di atas….jua doa untuk syarqawi…mudah-mudahan segera ditemukan dgn muslimah idaman hati ….

Ikhlas

Persekolahan telah masuk minggu kedua dan masa terus berjalan tanpa henti. Saya jalani rutin sehari-hari dengan harapan Allah sentiasa membantu dan memimpin saya menjadi hamba yg diredhai. Dalam kesibukan dan keletihan menjalani urusan harian ini, saat utk merehatkan badan dan melelapkan mata paling buat saya gembira dan lega…. Alhamdulillah. Tapi liat pula mata nak dipujuk supaya lena … 😀

Tadi setelah menyelesaikan segala tugasan di rumah , saya mencapai sebuah buku tulisan Qaradhawi yang bacaannya telah saya tangguhkan beberapa kali dan berlarutan pula sehingga beberapa hari. … aduhai, sukarnya menghabiskan satu buku untuk satu hari, saya punya banyak buku untuk dinikmati  tapi sayangnya saya tidak berapa bijaksana menguruskan waktu untuk buku-buku itu saya habisi. Kadang terpaksa tunggu semua ahli rumah tidur dan suasana sunyi sepi, baru boleh menikmati mana2 bahan bacaan sebagai pengulit mimpi saya nanti…. :D..ngeh heh…

beberapa cebisan tulisan yg mencuit rasa keinsafan pada saya ini. ‘ Ikhlas Kepada Allah Dan Membersihkan Diri Dari Hawa Nafsu’.

Ikhlas,….

kepada sahabat, saya pernah menukilkan keinsafan saya bahawa ikhlas itu, sesiapa pun tidak berupaya menilai keikhlasan sendiri kerana keihklasan itu tumbuh jauh di dalam hati manusia , sulit tidak mampu diintai oleh sesiapa, bahkan tuan empunya diri kadang tidak mampu mengenalpasti akan kehadirannya.

Ikhlas boleh tumbuh bila-bila masa saja namun boleh musnah pula dlm sekelip mata. Hanya Allah yg menilai keikhlasan kita, atau makna lain, keikhlasan sebenarnya memanglah boleh diusahakan, tapi bagi mencapai maksudnya yg sempurna adalah bergantung kepada sejauh mana ‘keterikatan’ dgn Allah itu berjaya dibina.

Adapun hawa nafsu,

Gejolaknya sungguh merbahaya dan menggigit hati sesiapa saja yg mengekangnya. Jiwa yg bersih dan sentiasa diasak dgn rasa takut pada tuhannya , akan terdidik untuk tega merasa sakit dan terseksa menahan hawa nafsu. Kerana dihujung rasa sakit itu ada keselamatan, kesejahteraan dan redha Allah yg menjadi ganjaran dan penawar kepada kesakitan itu.

Makanya, ikhlas sering datang bila hawa nafsu dapat dihadang dgn benteng taqwa dan iman.

Kadang-kadang kita tertanya sendiri, sebanyak manakah usaha dan amalan kita yang telah direkod atau dicop sebagai ‘diterima’ di sisi Ilahi. Sebanyak mana sebenarnya amalan kita yg bernilai pahala dan menanggung title  ‘ikhlas kerana Allah semata’. Takut kita nak mencongaknya…bimbang amalan kita melata tapi satupun tiada ganjaran pahala atau Allah suka…na’uzubillah.

Qaradhawi telah menulis begini,

tarbiyyah Islamiah melalui Al-quran mahupun sunnah nabawi mengambil berat pembentukan manusia mukmin yg menjadikan matlamat hidupnya ialah untuk mencari keredhaan pencipta bukan pujian makhluk, kebahagiaan akhirat bukan manfaat dunia dan mengutamakan apa yg ada di sisi Allah lebih dari apa yg dimiliki manusia.

“ apa yg ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal ( an Nahl :96)

Tarbiyyah ini juga memberi amaran agar berwaspada terhadap manusia yg menjadikan dunia sebesar-besar kemahuannya dan setinggi-tinggi tahap pencapaian ilmunya. Dengan ini dia beramal inginkan kemegahan dan kemasyuran, atau kerana kepentingan diri, atau kerana assobiyyah yg nyata mahupun tersembunyi.

Lantaran itu, diriwayatkan dalam hadis secara sahih: orang yang mula-mula dibakar di dalam neraka pada hari kiamat ialah golongan yang riya’ dan berdusta kpd Allah. Mereka bergaya kpd manusia bahawa mereka bekerja untuk Allah taala sedang mereka hanya beramal untuk diri dan nafsu syahwat mereka. Meskipun mereka-mereka itu terdiri daripada orang alim yang mengajar, maupun pemberi sedekah yang menyumbang atau mujahid yang berperang !

Untuk itu, hadis Rasulullah saw mengangkat kedudukan ‘tentera-tentera’ yg tidak dikenali. Mereka meleburkan keinginan hati dan mengorbankan usia mereka yang paling berharga demi membantu agama Allah dan taat kpd tuhan mereka, tanpa mendapat liputan massa atau ditunjuk dengan ibu jari ( yakni mendapat penghormatan).

Al-Hakim dan selainnya meriwayatkan daripada Zaid Bin Aslam, daripada bapanya : Umar r.a telah pergi ke masjid dan mendapati Mu’az berada di sisi kubur Rasulullah saw sambil menangis. Beliau bertanya, “apakah yg menyebabkan kamu menangis ?” Muaz menjawab, “sebuah hadis yg aku dengar daripada Rasulullah saw, baginda bersabda : sedikit daripada riya’ adalah syirik. Sesiapa yg memusuhi wali-wali Allah, dia telah mencabar Allah untuk berperang. Sesungguhnya Allah mengasihi org2 yg berbuat kebajikan lagi bertaqwa dan tersembunyi. Mereka ialah orang yg apabila tidak hadir tidak terasa kehilangan mereka. Sekiranya mereka hadir mereka tidak dikenali. Hati mereka umpama lampu-lampu petunjuk. Mereka terselamat daripada semua problem rumit penuh kegelapan.

Muslim sejati ialah mereka yg menjadi hamba kepada Allah bukan hamba kepada dirinya. Di mana saja dia diletak, dia beramal. Ke mana saja dia diarah, dia tujui. Dia melakukannya sama ada berada di hadapan mahupun belakang, menjadi pemimpin ataupun tentera bawahan, tanpa mengidam-idamkan pangkat ataupun dunia.

Rasulullah saw bersabda maksudnya,

Binasalah hamba dinar(duit emas). Binasalah hamba dirham (duit perak). Binasalah hamba pakaian berbelang. Sekiranya dia diberi perkara itu, dia redha. Sekiranya dia tidak diberi, dia marah. Binasa dan berterusanlah dia dirundung malang. Apabila dia terkena duri, dia tidak dapat mengeluarkannya. Beruntunglah hamba Allah yg memegang tali kekang kudanya di jalan Allah. Kepalanya kusut masai dan kakinya berdebu. Sekiranya dia ditugaskan sebagai pengawal, dia bertugas sebagai pengawal. Sekiranya dia ditempatkan di bahagian belakang (pasukan tentera) dia berada di bahagian tersebut.

Semoga Allah meredhai Khalid Al Walid, ‘pedang Allah yang terhunus’. Ketika dia bertugas sebagai panglima, Allah memenangkan Islam dengannya. Allah telah mengurniakan kebaikan (kemenangan) yg banyak di tangannya. Apabila Abu Ubaidah dilantik menjadi panglima menggantikannya, Khalid berperanan sebagai sebaik-baik penasihat dan ahli syura kepadanya. Inilah sikap mukmin yg sebenarnya. .

Sabda Baginda Rasulullah saw :

Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah  mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar “SANG BERANI”

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : “Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran”

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar “QARI”

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : “Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu”

Dijawab semula : “Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar “DERWAMAN”

maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim).

Astaghfirullah….semoga istigfar sentiasa basah di bibir kita dan kita beroleh pengampunan Allah di atas kegagalan kita membajai rasa ikhlas dijiwa.

Semoga Allah juga membantu kita mencapai ‘ihklas’ dalam amalan kita dan kekuatan utk melawan nafsu yg merosakkan rasa ikhlas yg cuba dibaja dan dijaga.

Hari Pertama (2)

Assalamualaikum muallimah, pakabo….Wahidi , murid saya menegur mesra ketika saya membeli makanan di kantin awal pagi tadi. Baik, Alhamdulillah, saya membalas salamnya. Muallimah nampak lawo hari ni, makin muda. Wahidi menyedekahkan saya pujian yg tak bermakna dan langsung tak kena sebenarnya. Alhamdulillah, terima kasih. Saya sengeh dan berlalu ke meja makan.

Selepas perhimpunan pagi, saya ke kelas utk mulakan tugasan rasmi hari ini. ‘Assalamualaikum wbt. selamat berkenalan dan selamat melangkahkan kaki ke alam persekolahan menengah. Bersyukurlah kita masih diizinkan Allah untuk berjumpa dan masih berpeluang meneruskan amanah menuntut ilmu di sini. Harap semuanya datang dengan keazaman yg tinggi utk menambah ilmu dan membina akhlak yg murni. InsyaAllah, muallimah akan menjadi guru kelas kamu tahun ini dan kita akan berjumpa dalam kelas matematik nanti.’ Lebih kurang begitulah saya mulakan bicara ketika memulakan tugas di tingkatan 1 Talhah . Kelas yg cuma dihuni pelajar banat itu kelihatan tenang dan semua pelajar berwajah ceria dalam sesi taaruf kami pagi itu.

Saya luangkan masa di kelas tersebut dengan menyemak kedatangan pelajar, membuat perlantikan organisasi kelas dan perbincangan tentang cadangan untuk menceriakan kelas. Saya turut melahirkan harapan saya terhadap mereka agar menjadi pelajar yg tekun, baik pekerti dan sentiasa patuh pada disiplin sekolah.Kenapa patuh pada disiplin itu penting ? kerana ia ada kaitan dengan akhlak. Yang melanggar disiplin sering dikatakan orang yang buruk akhlak.

Teringat pengalaman saya menegur pelajar yg tidak mahu memakai pakaian lengkap setiap hari kokurikulum seperti yg diarahkan oleh pihak sekolah. Alasannya kerana tidak mahu bazirkan duit membeli baju baru kerana dia ada baju lain yg boleh dipakai. .“Berdosakah ana pakai baju ni, janji tutup aurat.” Katanya sambil memegang baju yg dipakainya enta pakai je la kat rumah, kat sekolah kita ada peraturannya“. Jawab saya pula. “ Tak baik membazir muallimah, bukankah membazir itu amalan syaitan” katanya lagi nak mengenakan saya.habis, enta melanggar disiplin sekolah tu amalan  malaikat ke ?” saya menyindirnya pula.

susah kalau disiplin sekolah tidak kita endah. Akhlak sebagai pelajar tentulah tidak elok  jika kita mengambil sikap suka membantah.

Hari pertama kali ini dirasakan agak biasa saja. Berbanding tahun lepas, permulaan sekolah di hari pertama ini agak hambar. Tiada program ceramah dan solat hajat seperti tahun lepas. Memandangkan jadual waktu sudah diedarkan kepada semua guru dan pelajar, maka  kami sudah pun mula memasuki kelas-kelas untuk sesi pengenalan.Di kesempatan lain saya tumpukan masa kepada penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi semua subjek yg diajar tahun ini. Alhamdulillah, sempat siapkan untuk Sejarah tingkatan 4,5 dan akan siapkan yang lainnya dalam minggu ini juga.

Persekolahan dibuka dan ia bermula…..dalam suasana biasa saja. Sebenarnya ada sedikit keresahan dalam hati saya. Entah kenapa perasaan kurang selesa hari ini dan ketenangan agak terganggu. Saya mengambil keputusan menghubungi suami utk mendengar suara puteri kecil saya yg baru memulakan persekolahan ditadikanya hari ini….harapan semoga ada sedikit hiburan untuk hati saya yang kurang enak ini.

hanah best tak pi skolah hari ini ?’ saya bertanya ketika suara ‘hello’ hanah saya dengari di telefon bimbit saya.
besstt…anah dapat kawan baruuu..” kata hanah gembira.
wahh bestnya, Cik gu dah bagi baju skolah tak ” saya bertanya lagi.
esok cikgu nak bagi la baju skolah anaah “ jawabnya.
hari ni cikgu ajar apa ?” tanya saya lagi.
tadi  cikgu ajar anah, yg  ni nama sapaa ? pastu anah katalah Raihanah dan Abdul Rahim” jawab hanah konfiden jer.
lerrr.. bukan Raihanah dan Abdul Rahim, tapi Raihanah Binti Abdul Rahim saya membetulkan kesilapannya, kemudian kami ketawa mengekek dgn kelucuan Hanah itu. Saya  teruskan perbualan dgn hanah bertanyakan persekolahannya hari ini. Macam-macam yg diceritakan termasuk perasaan tak sabarnya nak join kawan2 ke sekolah dengan van kuning nanti.


Hari pertama, kasihan…masih ada yg memohon untuk mendaftarkan anak ke tingkatan satu di sekolah ini. Saya dengar ada yg terpaksa pulang dgn kecewa kerana permohonan tidak dapat diterima. …nak buat camna, tempat kosong dah tak de.

Hari pertama, sakit kaki saya….kasut baru sungguh menyiksakan . Udah le kasut tu sebenarnya saya kurang berkenan tetapi saya beli  juga kerana tak banyak pilihan, kasut tu buat saya jalan macam ayam…hahaha…tu kata seorang teman bila saya berjalan nampak senget kerana menahan kesakitan

Hari pertama…agak biasa, namun masih ada cerita….

….ahhhh sebenarnya ada sesuatu yang buatkan saya sakit kepala dan hari ini tidaklah begitu ceria utk saya….isshhh.