Kita tentu biasa didedahkan dengan sejarah awal manusia. Disuakan bahwa, zaman awal manusia dikenali dengan zaman Paleolitik. Ciri-ciri Penempatan pada Zaman ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad. Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun. Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme.

antara kawasan yang dikatakan sebagai penempatan Paleolitik
Kemudian datang pula zaman selepasnya yang dipanggil Zaman Mesolitik. juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik
Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animism
Sekarang bandingkan sejarah menurut Islam :
1. Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah ke bumi dan selepas itu baginda dikurniakan dua pasang anak kembar iaitu Habil dengan Lehuda dan Qabil dengan Iqlimia.
Habil adalah penternak manakala Qabil adalah peladang. (tafsir Qurtubi halaman 410 juz ke 7)
Jadi, yang manakah patut dipercayai antara dua fakta yang dikemukakan ini? Masyarakat awal yang tidak tahu tentang pertanian dan penternakan melainkan setelah berpuluh ribu tahun atau kecerdikan dan kemahiran dua orang putera Nabi Adam dalam kedua-dia bidang tersebut? Anda Muslim? Fikirkan…
Manakala dari segi kepercayaan (agama), fakta pertama menyatakan masyarakat terawal tidak mempunyai agama,sedangkan Islam menyatakan anak-anak Adam as adalah Islam. Begitu juga putera Nabi Adam as yang bernama Syits ( HibatuLLAH atau Anugerah Allah).Baginda lahir ketika Nabi Adam berumur 130 tahun. Baginda juga Islam. Anda Muslim? Fikirkan
2. Menurut laporan Ibnu Abbas jarak masa di antara Nabi Adam dan Nabi Nuh adalah 10 kurun (seribu tahun). Nabi Nuh adalah cucu Nabi Idris dan salasilahnya keatas sampai kejalur Syith anak Nabi Adam. Jarak antara Nuh dan Adam adalah 10 abad (1000 tahun). Menurut Ibnul Qoyyim rohimahullah bahwa ini merupakan pendapat yang benar. (Al-Muntaqoo min Ighootsatil Lahafaan hal. 440).
Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini , Kisah Nabi Nuh disebut pada 43 tempat di dalam Al Quran. Nabi Nuh adalah seorang yang cerdas dengan ilmu pengetahuan tinggi, terbukti dengan kapal yang dibikinnya begitu besar sehingga mampu menampung segala makhluk daratan, masing-masing jenisnya berpasangan. Kita tentu dapat memperkirakan betapa besarnya kapal itu yang rasanya melebihi kapal laut yang pernah dibikin manusia abad 20 masehi.

kawasan yang dipercayai tempat pendaratan kapal Nabi Nuh as
Fakta yang disuakan kepada kita ialah teknologi dan kemahiran hanya wujud pada zaman Neolitik sahaja yang jaraknya berpuluh ribu tahun dengan masyarakat terawal (Paleolitik).Anda Muslim? Fikirkan..
Begitu juga dari segi kepercayaan,mereka dianggap mengamalkan animism,sedang Nabi Nuh telah wujud. Anda Muslim? Fikirkan…
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
sebenarnya minggu lepas saya disuakan soalan oleh Mlm Wadi Anuar ttg manusia pra sejarah di zaman paleolitik. Maka saya pun berceritalah dgn konfidennya ttg fakta sejarah masyarakat paleolitik sepertimana yg saya perolehi dari pembacaan buku sejarah dan itulah yg saya kongsikan dgn murid saya di kelas. “ logikkah mlh fakta sejarah tersebut sedangkan ana baca dlm tafsir Ibn Kathir bahawa jarak zaman nabi Adam dgn kita pun tak sampai 200 000 tahun hingga 300 000 tahun yg lampau. Itu terlalu lama, sedangkah nabi Adam adalah manusia pertama yg Allah turun ke dunia.”
Saya terdiam dan berfikir sendirian …. memang agak kontra fakta sejarawan barat itu dgn apa yg dikaji oleh sarjana Islam. Saya kira ia menarik utk diselongkarkan dan berkongsi pengetahuan ini dgn pelajar2 saya nanti .Kadang-kadang seronok membawa sesuatu yg diajar dikelas ‘keluar dari buku teks’ yg dibekalkan. Isi buku teks lebih kpd tujuan menjawab peperiksaan, namun keseronokan sebenar dlm kita mendapat sesuatu pengetahuan ialah bila ianya BENAR dan selari pula dgn apa yg ada dalam ISLAM.
maka pencarian saya telah menemukan saya dgn tulisan di atas… syukron utk penulisnya yg telah membuka minda kita semua.
http://salmanku.blogspot.com/2008/07/kita-ditipu-sejarah-barat.html
hamba said,
25 Januari 10 pada 10:41 am
Salam,
Sejarah barat berasakan kepada pandangan hidup mereka yang materialistik.
Bagi mereka perkembangan sejarah manusia itu semata-mata kerana adanya interaksi otak dengan materi yang menjadi persekitaran manusia. Dari sanalah manusia belajar dan memperolehi infomasi secara beransur-ansur mengeksploitasi materi tersebut untuk memajukan diri mereka.
Mereka tidak sekali-kali mengiktiraf dan mengakui informasi dari Sang Pencipta yang di sampaikan kepada manusia via Para UtusanNya. Sedangkan dalam surah al Baqarah Allah mengkhabarkan kepada kita bahawa sebelum Adam as telah diajarkan tentang ‘nama-nama’ sejak di awal pencipataannya lagi!
Wasalam.
Wan Asiah said,
29 Januari 10 pada 4:42 pm
Salam.
Herm..betul tu mlmh…sbnrnya ana dh lama rsa mushkil waktu belajar sejarah dari tingkatan 1 lagi. Antara nak percaya-tak percaya ja.
Satu lagi, banyak dalam bbuku teks sejarah meng’highlight’kan tokoh yang tak sepatutnya di agungkan.
Apa pula di katakan pahlawan kalau melarikan diri ke luar negara ketika kedatangan penjajah? Hairan.
*Sbb tu la ana x brapa minat subjek sejarah dalam buku teks…he3
ummuhanah said,
1 Februari 10 pada 9:36 pm
@hamba
teori barat baik utk sejarah atau apa-apa saja, mmg kebanyakannya batil kerana dibangunkan oleh jiwa-jiwa yg batil .Bahkan sangkaan2 dan perkiraan mereka yg ditafsirkan oleh keupayaan akal mereka yg terbatas sering menatijahkan keputusan-keputusan yg mengarut dan melucukan. Sepertinya Darwin yg mempercayai manusia terjadi dari evolusi haiwan seperti beruk …hasil kajiannya ini sangat memalukan. Puluhan ribu cendikiawan barat telah bekerja keras utk membuktikan teori ini benar tapi ternyata hasil yg diterima sangat bertentangan dan menyimpang sama sekali.Sedangkan pengkajian kita ttg Al-quran mendapati bahawa beruk belum pernah bertukar menjadi manusia tetapi manusia dlm laknat Allah pernah bertukar menjadi beruk … 😀
Manusia yg merujuk Al Quran dlm pengkajian mereka ttg apa-apa saja, pasti akan bertemu kebenaran yg menkjubkan …
@wan Asiah..
hmmm…tokoh mana yg enti maksudkan dlm komen enti tu…bolh kongsi dgn mlh ? 😀 😀 😀
Wan Asiah said,
14 Februari 10 pada 3:49 pm
herm..ana xingat la pulak nama dia. Tapi betul2 ada kan mualimmah mahani mesti tau kat mana kut sbb mlmh ajar. hehe~
Hurm..yg pasal kemunculan tamadun tu macam mana mlmh?
Betul2 ke ada?
Ada benda lain yang salah jugak mlmh. Ana check sendiri yg ni. Tapi sikit ja lah. Tak larat nak taip panjang-panjang.
Yang ni cuma setakat salah tahun, salah ejaan ja kut.
Tapi, sejarah bukan kena tepat kah?
Yang betul-betul fakta ana tak berani nak dakwa lak..hehe~
Sebab belum kaji betul2..
Cuba mlmh bukak pada blog ana ni :
http://hayatunalillahi.blogspot.com/2009/09/kepalsuan-fakta-sejarah.html
Wan Asiah said,
20 Februari 10 pada 10:30 am
Ana rasa macam dah ‘post’kan catatan sebelum ni…dh dipadam pulak rupanya ya?
ummuhanah said,
24 Februari 10 pada 11:41 pm
wan Asiah….tak padam….ada lagi….entah kenapa termasuk senarai spam 😀 😀
ummuhanah said,
24 Februari 10 pada 11:45 pm
hmmm betol la….salah ejaan….yg pasal abu jahal dan abu lahab tu muallimah memang ada betolkan dgn pelajar f4 lepas-lepas. yang tahun ni depa tak sampai lagi bab tu.
yang pasal tamdun tu pula mlh tak jelas…enti maksudkan yg mana ??
aku said,
13 Oktober 13 pada 12:00 am
Cuba kita kaji, baru 100 tahun kita dh maju dgn alatan yg canggih2 bagaimana jarak masa ribu2 tahun dulu, bukankah org terdahulu lebih maju dari kita skg? Cuma mereka telah tenggelam ke dasar bumi bersama tecnoloji akibat ke sombongan mereka kepada nabi Allah
aker said,
20 April 14 pada 10:18 pm
Sekadar mencari logik…..
umur nabi Noh = 950 tahun
Masa Nabi Noh Dengan Nabi Ibrahim = 2200 tahun
Umur Nabi Ibrahim = 200 tahun
Jarak Masa Nabi Ibrahim dengan nabi musa =900 tahun
Umur Nabi Musa = 120 tahun
Jarak masa nabi musa dengan Nabi isa =1900 tahun
Umur Nabi Isa = 33 tahun
Jarak Nabi Isa Dengan Nabi Muhammad SAW=620 tahun
Tahun 2014- 633 Masihi = 1381 tahun
Dari zaman nabi noh hingga 2014 = 8304 tahun
selepas peristiwa Banjir Besar Nabi Noh manusia hidup 80 -100 orang
pertambahan penduduk dunia setahun 0.33%
Pengiraan yang dibuat mengandaikan 0.22% sahaja
penduduk dunia pada tahun2014 ialah 7,000,000,000.00 (7 bilion)
cara kira guna exell (ini menunjukkan kisah nabi tepat)
Zaman Paleolitik 100,000 hanya rekaan barat . Sebenarnya zaman ini wujud kerana ada suku-suku yang lari dari tamadun wujudlah manusia yang menggunakan batu sebagai alat memburu…
….. sekadar berkongsi
aker said,
20 April 14 pada 10:19 pm
Teori mengatakan rangka Perak Man berusia 11,000 tahun dan peralatan yang dijumpai menunjukkan manusia telah menginap digua-gua di Malaysia sekitar 100,000 tahun yang lalu. Jika kita buat pengiraan pada tahun 100,000 yang lalu hanya terdapat 2 orang manusia sahaja jadi dengan pertambahan penduduk malaysia (2.3% setahun). tapi saya buat pengiraan hanya 0.1% setahun dengan ini penduduk Malaysia sepatutnya
50,937,968,160,051,300,000,000,000,000,000,000,000,000,000 padahal penduduk Malaysia pada 15 april 2014 ialah 29,806,400 (29 juta).Ini menunjukkan teori zaman Paleolitik hanyalah satu pembohongan barat.Berbalik kepada Zaman nabi Noh yang hidup sekitar 9000 tahun yang lalu lebih tepat dan masuk akal dengan jumlah penduduk dunia 7 Bilion. X caya kira….
shah said,
6 Jun 14 pada 3:40 am
Salam.perkiraan yg salah tu mungkin jika dikaitkan dengan kehidupan awal manusia.namun bumi klu xsilap telah wujud sebelum manusia yg mungkin telah dihuni oleh jin(yg dikatakn berumur panjang),dan mungkin ada makhluk lain sebelum jin.umur bumi sebenar hanya Allah saja yg tahu.teori barat mengenai zaman awal manusia yg puluhan-ratusan ribu tahun memang mcm x masuk akal.pernah terdengar yg sebelum jin ada makhluk yg diciptakan daripada air yg bernama ‘nin’.xtau betul ke x?jin yg kita ketahui dijadikan daripada ‘api’.manakala kita manusia dijadikan daripada ‘tanah’.pendapat yg dibawa islam dalam apa2 perkara lebih baik daripada pendapat2 selain daripadanya.teori menarik yg saudara bawakan.
Hang Nadim said,
5 Julai 14 pada 11:30 am
Apa nak hairan zaman dulu ada manusia yg tidak beragama… sekarang pun ramai yg tak beragama… walaupun setelah berapa ramai nabi dan rasul, dengan pelbagai kaedah komunikasi… tapi masih ada juga orang yg tidak mempunyai agama.. apatah lagi zaman dulu yg tiada sistem komunikasi canggih dan sistem pendidikan yg , aju macam sekarang…
jas said,
22 April 15 pada 4:34 pm
tak salah semua jawapan itu….cuma dari pandangan islam manusia pertama Alla s.a.w cipta utk memimpin dunia adalah nabi adam..bukan bermakna adam makhluk pertama didunia.ada saja maknluk lain sperti haiwan jin dan seaakan manusia yg dikatakan keturunan jin tapi berdarah dan berdaging yg tidak diberi akal dijadikan dan mereka ini tidak bersyariat,hanya sejak nabi adam baru hidup bersyariat sesuai dgn kehendak Alla s.a.w utk menjadi khalifah dunia..