today is ‘makan-makan’ day….

Isnin yang bahagia. Berada dalam minggu peperiksaan menjadikan isnin hari ini kami tidak perlu mengadakan perhimpunan resmi seperti selalu.Maka acara pagi ini digantikan dengan breakfast sempena menyambut ulangtahun kelahiran Hazani. Masing-masing bawa potluck dengan hazani membawa laksa kedah serta icing cake. Kak Nora dengan lontongnya, kak ani dgn tomyamnya, faridah bihun singapura, kak ila serta kak sal dengan lauk pauk mereka , syikin dengan jus jeli limaunya, jah membawa puding , dan saya pula tidak mampu menunaikan janji untuk membawa nasi kerabu. Raihanah meragam sakit gigi petang semalam, jadi saya terpaksa membawanya ke dentist. Maka nasi kerabu bertukar menjadi nasi putih biasa, dan syukurlah saya sempat masakkan sotong goreng kicap serta ikan goreng…huhuhu sori yerr..

pelbagai juadah utk breakfast


macamana la tak mengembang semuanya.....camni punya makan 😀

Selepas kelas saya bersama Ting 1 talhah pagi tadi, saya bergegas ke pasar Tikam Batu untuk membeli barang keperluan memasak. Saya akan menjadi selebriti jemputan bagi program “banat 3 Usman bersama Chef Mahani”…keh keh keh..’berangan betol’

potong ayam


kerja-kerja membersihkan ayam


Sebenarnya saya memenuhi ajakan mereka supaya saya ajarkan satu menu masakan yg simple tapi delicious . dalam jadual Aktiviti selepas PMR, memang ada ruang yg mereka peruntukan bagi ‘kelas memasak’. Kebetulan hari isnin kebanyakkan kelas saya adalah bersama tingkatan tiga, jadi ajakan tersebut saya penuhi jua.Maka untuk mereka saya janjikan ‘the marvellous chicken chop’ . Ianya memang tersangat simple dan saya memang pilih resepi yg depa suka dan depa mesti boleh buat punya….

chef sedang memberi 'petua'....errr macam menari makyong


bergandingan tenaga buat coleslaw


rileks la chef.....masak tabole geram-geram tau..


menggolek dan menekan2 isi ayam dlm serbuk roti


sambil buat kerja sambil sembang....cubit kang...


mula menggoreng


tunggu sehingga kuning keemasan

fuh.....aromanya...


pastu goreng kentang pula....kalo tak de fries ni ciken cop tak berseri


mmmm....sosnya.....


kat sekolah nampak rajin...kat rumah rajin jugak ke ?? 😀

Untuk minuman, saya ketengahkan ‘jus cinta’ sebagai menarik selera mereka. “kenapa nama jus cinta, muallimah?” Azmira bertanya pada saya. “sebab sapa yg minum pasti akan jatuh cinta” kata saya pula. ” muallimah ni memang pandai buat orang jatuh cinta laa” kata mira lagi “alaah tak payah nak ‘buat-buat’….kalau dalam hati kita memang ada rasa cinta, org yang kita cinta pasti dapat merasanya” saya terus menambah kata .” waaa …romantiknya muallimah ni” mira mula mengekek. ” ya la, kalau nak apa saja makanan kita rasa sedap dan digemari, pertama sekali kita mesti ada rasa cinta pada org yg nak kita berikan makan itu. Cinta mempengaruhi rasa, dan mesej cinta kita berjalan terhadap apa saja yg kita hasilkan dari rasa cinta.” Saya tamatkan perbualan ttg ‘cinta’ di situ sahaja. Sebenarnya ia cukup mudah utk diterjemahkan…masak pun kena dgn rasa cinta. Kemudiannya saya mendengar ada suara dari anak2 murid saya berkata “memang best la air ni, betoi jatuh cinta laa”.

limau kasturi yg dibuang biji, dikisar dgn kulitnya sekali


masukkan beberapa biji asam boi..


Program masak chicken chop dgn chef kita hari ini berjalan lancar. Nampak semuanya seronok dan berkerjasama dengan rasa sabar.”lepas ni antum cuba la buat kat rumah. Tunjuk skill kat mak ayah pulak. tak payah la ajak depa makan chicken chop kat kedai dah….antum pun dah boleh buat….jimat sikit. Chicken chop sepinggan mahal ooo….kadang ada yg tak sedap pun. Buat sendiri InsyaAllah lebih sedap…

sepinggan utk muallim...


sedang dlm proses menghidang

Saya katakan pada depa lagi ” tak susah jika nak masakan kita jadi sedap walau apa pun yg kita masak. Cuba la amalkan bacaan basmalah setiap kali menumis, menggoreng atau ketika memulakan apa saja aktiviti di dapur. Semasa proses masak , atau ketika sedang mengacau masakan atas dapur tu, sering-seringlah kita berselawat, baca Al fatihah dan doa-doakan berulangkali ‘ ya Allah, sedapkanlah masakan ku ini supaya ahli keluargaku gembira menikmatinya’….InsyaAllah, hasilnya tidak mengecewakan….percaya lah 😀 antum boleh mencubanya juga ketika memasak utk tetamu yg berkunjung ke rumah..

berdoa sebelum makan


chef senyum seronok.... ngeh ngeh ngeh

memo taubat buat Rosmah

1. Astaghfirullah …. satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih – lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato’ Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang – orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang – orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak – kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang – orang yang beriman mudah – mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru – baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila – bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar – benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama’ Muda yang baru – baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh – musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata – kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata – ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak – anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan – bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata – kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku

sumber : blog Ketua Pemuda Pas Pusat – Ust Nasrudin Hasan Tantawi

Saya doakan pimpinan dan hidayah Allah untuknya…..mudah-mudahan hidayah Allah padanya menjadi rahmat bagi kita pula. Memang menyedihkan kerana dia memiliki pemikiran jahiliah ini, menjadikan Islam sebagai kosmetik yg dijual murah dipentas peragaan yg penuh mungkar, Bahkan buta mata hatinya kerana terlibat dgn agenda menghina Islam ini . ….janganlah menjadi munafik sebegini wahai Datin yg dihormati, bertaubatlah kepada Allah….datin sedang mengishtiharkan perang terhadap Islam kerana datin sedang bersekongkol dengan golongan yg saban waktu berusaha melumur najis ke atas ajaran islam yg suci….datin sedang berada di situ, kembalilah kepada Allah sementara laluan bertaubat masih terbentang buat datin.

keh keh keh

Pelajar2 tingkatan 3 lepas PMR ni nampaknya ‘beraya’ sakan ,…cuti sekolah lambat lagi, sekarang pelajar lain tengah bertungkus lumus dengan final exam, diaorang pulak sibuk dgn program ‘main-main’ …wah seronoknya. 😀 – honeymoon ler lepas periksa …sebelum result keluar hujung tahun nanti.

“kak nora, depa tengah buat apa?” saya tanyakan pada kak nora. Sebenarnya masa tu kelas saya dgn tingkatan 3 Usman, tapi malas pula nak ke kelas apatah lagi depa banyak program ‘outdoor’…..“depa tengah bincang nak main boiling” jawab kak nora … “hah, main boiling…apa tu” saya terkejut dan terfikir apa yg nak di rebus oleh budak-budak tu…‘main bowling kut”…kak ani menyampuk sambil tergelak kecil. “ aaa ya…hehehe main bowling”..kak nora mengekek betulkan sebutannya. Saya mengekek juga….jahatnya saya.

Mengenang kisah ‘bahasa inggeris’ dgn kawan-kawan serta anak2 murid di sekolah kekadang buat saya tersenyum sendiri. Pernah kawan saya Hazani yg ghairah bercerita ttg alahan yg teruk ketika mengandung tersalah sebutannya menyebabkan kami pecah ketawa, tersedak saya dgn nasi goreng yg baru nak di telan “ zani serik sungguh mengandung, zani memang teruk morning kickness”..hehe  “ morning sickness laa zani, bukan morning kickness … hang nak tendang sapa pagi-pagi ” syikin menegur, kami terburai ketawa sehingga ada yg keluaq ayaq mata. Zani buat lawak sungguh. Pernah satu pagi dia menyapa syikin dan memuji baju yg dipakai oleh syikin…. “zani memang suka kain yg corak colouring macam ni, nampak ceria” sambil meraba-raba baju yg syikin pakai … “ org sebut coluring ke? colourful kut, bukan colouring”…syikin betulkan lagi…. hahahahaha, saya seronok gelakkan zani , lucu betul . “Amboi kak mahani, seghonok gelak kat zani noo” “ hahahaha…seghonoook “ kata saya menyakat zani…..

Kekadang memang kita tersilap, dan saya memang seghonok bertemu dgn kesilapan yg nampak ‘cute’ seperti kesilapan Zani tu. Pernah saya terserempak pelajar yg berlegar-legar di luar kelas ketika waktu pembelajaran dan cuba nak memarahi mereka “ ni pasaipa ramai-ramai kat luaq kelas ni, subjek apa ni pakat dok luaq kelas ni?” muka saya berkerut agak marah kerana merasakan mereka melakukan kesalahan disiplin. “ kami nak pi lab ni mlh, ni masa chemical” laju je yg menjawab tu “ bukan chemical laa, chemistry..” kawan depa juga yg betulkan. Muka saya yg berkerut tadi akhirnya sedikit meregang menahan kelucuan….

kerana minat barangkali, ketika musim bolasepak piala dunia baru-baru ni sebuah restoren menaikkan banner promosi satu minuman yg mengambil sempena negara yg turut serta dalam temasya sukan tersebut, ‘special Spanish juice’….. kawan saya yg kebetulan bersama saya melintasi restoren tersebut bersuara, “ooo depa jual jus bayam, nanti minum mesti kuat macam popeye la kut” saya tersenyum “ bayam tu spinash la kak, ni spanish…errr sepanyol la tu, alaa la ni kan musim demam bola kak”.… saya nak tergelak, tapi tak tergamak…setakat senyum je le…

kekadang, bila sesekali terkenang….hilang tension, tersengeh sorang-sorang.

rabu nanti saya nak temankan depa( form 3) ke taman sejati….main boiling…. hehehehe

Bahasa Arab

Semalam, seorang murid saya telah bertanya kepada saya ‘ muallimah, betolkah bahasa arab adalah bahasa syurga?” lantas saya menjawab “ betul”. Dia tersenyum dan menyambung pertanyaannya “ ada hadis ke kata bahasa Arab itu bahasa syurga ?” Saya terdiam seketika dan cuba meneka maksudnya mengajukan pertanyaan sedemikian kepada saya. “ kenapa tiba-tiba enta tanya mlh pasal bahasa arab ni?” saya sebenarnya mula tertarik pada apa yg ditanyakan pada saya. Sebetulnya  saya memang tidak ada kepastian ttg hadis khusus yg mengatakan bahasa Arab adalah bahasa syurga. “ Dr MAZA kata, tidak ada dalil sahih yg mengatakan bahasa Arab itu bahasa syurga, pemahaman ini adalah tidak benar, tapi kalau bahasa Arab itu bahasa Al-quran, itu betul “ katanya lagi. Waaah dia membawa pemahaman mantan mufti Perlis itu utk menduga pengetahuan saya, dibandingkan dgn Dr Maza, siapa lah saya yg hanya sekadar guru kapcai jika nak mempertikaikan perkara tersebut. Tapi saya bersuara juga.

“ apa untungnya mengambil usaha utk menentukan bahasa Arab itu bahasa syurga atau tidak. Saya bimbang keinginan ini membantutkan semangat atau kecenderungan kita terhadap bahasa Arab. Yang terang lagi bersuluh ialah Bahsa Arab itu bahsa pertuturan nabi kita, jika bertutur bahasa Arab kerana ingin mengamalkan bahasa pertuturan baginda saw maka di situ kita memperolehi pahala mengamalkan sunnahnya….bukankah itu jalan ke syurga? Dan b.Arab juga adalah bahasa Al-Quran yg datang dari Luh mahfuz, segala peraturan dan amalan yg ada dlm Al-quran adalah dlm b. Arab. Pemahaman kepada isi Al-quran memerlukan pemahaman bahasa Arab, Jika kita berusaha memahami bahasa Arab kerana ingin memahami Al-Quran…bukankah itu jalan ke syurga ? Jadi kalau lah benar sekali pun tidak terdapat dalil khusus menyebut b.Arab adalah bahasa syurga, tapi bukankah jelas kepada kita penguasaan bahasa Arab memberi kelebihan kepada kita meniti jalan ke syurga “? saya muntahkan pandangan spontan saya pada murid saya itu .”

“yg tu betol la mlh. Tapi pandangan atau pegangan umat islam terhadap perkara ini pun tak boleh la kita nak biarkan saja. Nanti sampai bila-bila mereka akan berpegang pada perkara yg salah bahkan tidak ada nas yg sahih pun” Dia menambah lagi. Saya rasa dapat memahami apa yg cuba disampaikan pada saya. “ enta ambik macam ni la, sebaiknya perkara yg tidak memberi keuntungan kepada hal agama kita tak payah diperbesarkan. Apatah lagi dibawa kepada masyarakat sebagai satu isu. Kita dalam kondisi yg lebih baik jika memiliki kefahaman dan kefasihan bahasa Arab, itu sudah cukup. … saya bimbang berlebihan dgn perkara sebegini akan membantut minat masyarakat terhadap b.Arab dan ini tentulah merugikan. Sekalipun jika enta dapat buktikan memang tak de nas yg  mengatakan b.Arab adalah bahasa syurga,  saya benar2 tak melihat ia berpihak pada kebaikan. Saya ni kurang arif tapi enta bolehlah tanyakan pada ustaz yg lebih pakar…” berdosakah utk membiarkan fahaman ‘ bahasa arab bahasa syurga’ terus berada dlm masyarakat Islam kita”…. jika tak berdosa, biarkan saja.

wallahhuallam…..sekadar pandangan pribadi saya.

apo laa tarzan sangat KDN….

Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

Sumber berkata,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu dari sudut undang-undang rasuah, terutama mengikut Akta SPRM 2009, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat isu itu dari sudut keselamatan negara kerana mereka terbabit adalah pembelot negara.

aikkkk pasaipa kena ISA ? dakwa kat mahkamah la kalau depa belot pada negara…dah lebih 50 tahun merdeka tak kan Malaysia masih tak de akta yg boleh mensabit dan menghukum orang yang belot pada negara ?… apa jadi dengan Akta Anti Penyeludupan Manusia 2007 (AKTA) 670 yang telah dikuatkuasakan pada 28 Februari 2009. Bukankah akta ini pernah digunakan untuk kes yg hampir sama pada 20 Julai 2009 melibatkan 5 pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor dan empat perantara telah ditahan di beberapa tempat di Johor. Dan mereka telah disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda. Mengapa dalam kes kali ini, kerajaan memilih Akta ISA? sapo la agaknya ketua2 sindiket yg ‘merbahayo’ tu ….. mencurigakan !!!

Jaulah ke Singapura Dan JB

Seminggu mengambil masa untuk menghilangkan rasa penat sebuah perjalanan, dari utara ke selatan tanah air ,ia satu perjalanan yg memang meletihkan. Saya berhasrat untuk tulisan ini mengisi blog saya sejak ahad lepas lagi, namun kesibukan dan kepenatan membuatkan hasrat saya itu tertangguh, hingga la ke petang ini barulah saya dapat mencuri sedikit masa menulis sementara menunggu murid2 saya selesai menduduki kertas sejarah PMR.

Jaulah ke Singapura….ini bukan kali pertama saya ke singapura. Saya kerap ke sana semasa remaja setiap tiba cuti sekolah ketika mengunjungi saudara saya di JB, beliau seorang kastam di Tambak Johor.Saya sering di bawa melawat Singapura dan membeli belah di sana. Namun Singapura hari ini berkali ganda bezanya. Kami guru2 dan kakitangan sekolah seramai lebih kurang 40 orang melawat Madrasah Al Junied dan kemudiannya singgah di Al Hidayah JB dlm perjalanan pulang.

Madrasah Al-Junied Al Islamiyah

Setelah bertolak jam 8.30 mlm dari sekolah pada Khamis lepas, kami singgah mandi, solat subuh dan bersarapan di R&R Macap. Kemudian bas menghala ke Larkin mencari PKG (Pusat Kegiatan Guru) untuk menyimpan bagasi sebelum memasuki Singapura. Ia adalah permintaan pemandu bas supaya lebih memudahkan urusan di Imegresen. Ketika melewati Skudai, saya terpinga-pinga dan merasakan daerah itu sudah asing dan banyak perubahannya. Ketika di IPT, Skudai kerap juga saya lewati terutama ketika saya ke JB……ahh masa sudah lama bergerak meninggalkan kenangan saya di sini.

Bangunan madrasah..

Sejam lebih sesat di Larkin…PKG yang dicari tidak juga ditemui, sedang hari semakin meninggi. Pemandu bas yang sudah jemu mencari telah mencadangkan bagasi disimpan saja di hotel tempatnya menginap. Kerana tiada pilihan maka cadanganya dipersetujui ramai. Untuk perjalanan yang disertai 40 org peserta termasuk beberapa org kanak2, maka bagi menyelesaikan satu-satu urusan tentulah sedikit mengambil masa. Hampir sejam juga masa diambil untuk penyimpanan beg dan mengisi borang memasuki Sngapura. Ketika di kaunter imigresen, jam sudahpun 11.30 pagi. Seorang ahli rombongan kami ditahan dan disoal siasat pihak imigresen Singapura. Maklumlah dia kerap berkunjung ke Timur Tengah termasuk Syria, Lubnan, Turki dan Mesir….maka ‘detail’ lah sikit urusan di sempadan memasuki negara yang mendapat jolokan ‘Israel’ Asia Tenggara ni.

asyik mendengar taklimat

Suasana dalam kelas

library

sekolah ini memiliki banyak notice board yg memuatkan bahan dalam bahasa arab

pelajar tingkatan tiga yg ramah memberi info kepada saya ketika di library

Tentatively kami dijangka sampai ke Al-Junied jam 9.30 pagi, tapi ternyata dek kerana beberapa halangan, hampir jam 2.00 petang barulah kami tiba di sana. Seperti biasa , kami terlebih dahulu diperkenalkan dgn pihak pentadbiran madrasah dan slide presentation berkaitan sekolah tersebut kami nikmati dalam keroncong perut yang lapar minta diisi. Alhamdulillah kami kemudiannya dijemput makan tengahari di situ dan selepas meninjau persekitaran sekolah , kami bertolak pulak ke masjid Sultan. Di pertengahan jalan sempat singgah di Botanical Garden dgn peruntukan masa 15 minit sahaja.

si cantik yg sempat saya snap

lagi sudut yg indah

Botanical Garden dlm pengetahuan sejarah saya adalah tempat yg pertama ditanam biji getah yg dibawa dari Brazil oleh HN Ridley dan kemudiannya dibawa ke Kuala Kangsar untuk turut ditanam di situ. Macam nak menangis rasanya dengan masa sesingkat itu, mustahil saya dapat nikmati keindahan flora fauna di situ. Saya dan kak faizah masing2 membayar lima dolar  utk memasuki taman orked….masyaAllah cantiknya, subhanallah indahnya…..histeria di hati saya melihat kembangan orkid yg beranika warna, tamannya laksana tempat shooting filem bollywood ketika hero bernyanyi lagu cinta dengan heroinnya…cantik sungguh taman itu. Hanya kami berdua yang masuk ke situ,  maka bergilir-gilirlah snap gambar di sudut-sudut yg menarik hati kami….laju macam katun je bergambo, rasa geram kerana terpaksa keluar biar pun taman belum habis kami jelajahi….sedeyyy. Tak boleh di petik bunga2nya hatta yg gugur ke tanag sekalipun, nanti akan di denda 500 dolar…ishhh nasib baik tak gatal tangan pi  getus bunga orkid yg indah di taman.

bergambar dekat entrance utk ke taman orked

rasa mcm tenggelam dlm keindahan taman

Selepas solat jamak takhir di Masjid Sultan, kami sempat berbelanja di gerai2 yg berdekatan. Saya sekadar membeli key chain dan magnet hiasan peti ais sebagai buah tangan. Kami menghala kembali ke Al-Junied utk solat maghrib dan kemudianya utk satu  pertemuan dgn ikhwah dan akhowat Singapura. tujuannya untuk berkongsi cerita ttg gerakan dakwah di sana. Usai solat, kami dijamu makan malam pula. Saya terharu dengan layanan sahabat Singapura. Makan malam yg menyelera…terutama hidangan lauk ayam masak lemak cili api yg sangat istimewa rasanya….. macam nak tanya jer…’asam pedas tak de ke??”

seri aura kuning

Di Al Junied, pelajaran yg diajar tiada jauh bezanya dari sekolah kami, cuma silibusnya lebih advance dari kami. Pelajaran diniyah diajar sepenuhnya dlm bahasa Arab, bahkan rujukan kitab juga dari Al-Azhar, Mesir. Untuk subjek akademik ia selaras dengan sekolah2 biasa di Singapura. Al-Junied sekolah yg sudah tua usianya dan agak established. Menyoroti sejarah penubuhanya yg bermula sejak tahun 1927 oleh Pangeran Assyarif  Syed Omar ali Al-Junied, madrasah ini dlm perjalanan sejarahnya  telah berjasa melahirkan ramai ulama  di Singapura, Malaysia, Berunei dan Filipina.

penyerahan cenderamata utk Dr Al Bakri

Saya juga rasa tertarik berkongsi pengalaman dengan badan gerakan dakwah di Singapura. Pertama kali diperkenalkan dgn pertubuhan yg bernama PERGAS dan PERDAUS, iaitu antara NGO yg mewarnai landskap dakwah Singapura. Saya sangat keletihan dan mengantuk ketika penerangan diberikan oleh Dr Al Bakri menyebabkan sering ‘hilang’ dlm keasyikan saya mendengar perkongsian pengalaman beliau dan sahabat2 di sana. Muslim adalah minoriti di Singapura, dalam arus pemodenan pesat di Singapura mereka bergerak untk membantu individu dan keluarga muslim memiliki jatidiri agar tidak mudah terpedaya dengan persekitaran yg banyak merosakkan iman di kota singa itu. Disebabkan bilangan mereka sedikit mungkin, saya melihat mereka memiliki kekuatan yg luar biasa utk memastikan dakwah Islam tersebar kepada masyarakat Singapura. Mereka menghidupkan program di masjid dan mengusahakan agar kalangan mereka menjadi pengerusi masjid2 di sekitar Singapura dalam usia muda.

Saya juga tertarik dengan penerangan ttg satu bangunan telah dibina yg mereka istilahkan sebagai tempat melepak. Di situ boleh dikunjungi sesiapa saja baik muslim atau non muslim untuk bertemu dan berbincang. Tempat itu dijadikan lapangan bagi non muslim bertemu saudara atau teman mereka yg sudah memeluk Islam dan bagi mendapat apa saja penjelasan tentang Islam. Saya diberitahu, hasil dari pertemuan dan perbincangan di situ, ramai juga non muslim yg telah turut memilih untuk menjadi muslim. “ sekalipun mereka masih belum terbuka untuk memilih islam, tapi kita ingin mereka mendekati kita dan melihat Islam menerusi kita, sekurang2nya jika tidak menyokong dakwah Islam, mereka tidak menentang dakwah kita. Kita ingin mewujudkan lebih ramai Abu Talib di singapura” Mereka juga menganjurkan skim potongan gaji untuk tabung masjid di Singapura. Potongan antara 1 – 5 dolar setiap bulan, namun amat mengejutkan kerana ramai pula yg membuat potongan gaji lebih dari yg diminta.Soal memperolehi dana tidaklah begitu meruncing di sana, kerana setakat ini kerajaan memberi laluan untuk usaha dakwah oleh mereka ini. Rasa ralat juga, ketika saya hanyut dlm rasa mengantuk dan letih, saya tertinggal banyak isu penting yg diceritakan….mudah-mudahan saya berkesempatan lagi di lain masa.

Kami kembali ke JB hampir jam 12.00 mlm, sesat sekali lagi dalam usaha mencari PKG Larkin, akhirnya kami mengambil keputusan bermalam di hotel tempat kami menyimpan bagasi siang hari tadi….jam 2.00 pagi baru dapat tempat landing….zzzz, letih sungguhhh

saat tiba di Sek Al Hidayah JB

disambut rakan2 guru di sini

Sebelum bertolak pulang, sempat singgah Al Hidayah JB, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dgn rakan guru di sana, kemudiannya singgah di Air Hitam shopping lagi, di Melaka pun shopping juga…akhirnya selamat tiba di sungai petani pada jam 2.30 pagi Ahad…..kami masuk kerja jam 7.30 pagi….macam nak rebah ketika saya bergegas thumb print kat pejabat jam 8.05 pagi…haiyaaa dah merah dahhh.

kami di lobi hotel utk check out

kami di lobi hotel utk check out

biarpun penat, kami ceria menunggu bas utk pulang

Keletihan belum hilang walau dah seminggu perjalanan ke Singapura berlalu. Faktor usia barangkali , stamina saya pun dah tak secergas dulu. Saya masih keletihan untuk seminggu ini kerana terpaksa siapkan menanda kertas percubaan SPM, menyediakan soalan utk exam akhir tahun…fuhh…tak tahulah adakah saya masih mempunyai tenaga utk satu lagi perjalanan ke Cameron Highland malam ini…..saya yg uruskan rombongan kelas saya ini, maka tak dapatlah saya menolaknya pula atau menundanya, samentelah ia telah dirancang sejak beberapa bulan yg lalu…… Allah mudahkanlah , mudahkanlah urusan saya ya Allah….