Sekelumit perjalanan hati merempuh getirnya ujian rasa….biarkan saja ia berkelana…..ia pasti bercerita apa saja yang datang menyapa disepanjang perjalanannya.
Saya senang menyelami rasa hati sesiapa saja, termasuklah dari lawan jenis saya. Walaupun mungkin sukar kerana memiliki hormon yang berbeza, sedayanya saya cuba memahami dan menghayati perasaan mereka supaya saya boleh berlaku adil dalam menimbang sesuatu perkara . Saya pernah terdengar seorang pelajar perempuan di sekolah saya berkata….lelaki adalah spesis yang sangat kuat menanggung derita kerana mereka punya keluhan yang seberat gunung Himalaya …. kata-kata ini diluahkannya setelah pelajar lelaki tak berhenti mengomel kerana diminta ‘lebih bertanggung jawab ‘ melaksanakan tugasan di kelas. Walau ada duty roster, pelajar lelaki selalu ngelat buat kerja dan banyak songelnya … ngeh3x…. lelaki memang akan panjang alasannya jika diminta lebih bertanggungjawab dalam sesuatu perkara….
nampaknya seperti biasa saya mulakan bicara dengan perkara yang ntah apa-apa…. : D
aah kesian, bila saya bercerita tentang kenduri rumah terbuka atau jjamu make, ada yang termengaitkan ia dengan wang hantaran yang tinggi sungguh sekarang, Saya menyangka rendang dan ketupat atau pun nasi dagang yang mungkin dihighlightkan…rupanya isu hantaran kawin pulak yang menjentik fikiran. Apa nak dikata, mungkin itulah kesedihan lelaki zaman sekarang yang tak mampu nak diselindungkan…saya tumpang merasa kasihan. Mungkin bagi lelaki, asal ada saja majlis makan-makan, maka igauan tentang wang hantaran akan kerap melintas dibayangan. saya beranggapan mungkin majlis jjamu make ni ada tempias hubungan dgn wang hantaran bagi lelaki yang teringin menokhtahkan zaman bujang. Bak kata Al-syarqawi ” la ni blanja mahai. Lembu sekoq pun dah dua ribu setengah. la ni mana main 5ribu…la ni lapan sembilan ribu, tapi biasa org dok buat sepuluh ribu. Makanya ikut la belaka. Letak murah tak up to date ….letak mahai “nak ka tak nak ?”…. alahai sadis sungguh getaran keluhan rasa anak muda ini. Hati saya dapat merasa getarannya….Himalaya pun turut bergetar saya rasa…..uiks !
Betol juga tu….perkahwinan sesuatu yang memang patut dipermudahkan….tapi tergugat pulak dengan isu wang hantaran yang sekarang macam dah jadi satu persaingan. Siapa yang paling tinggi hantarannya maka paling hangatlah dipuji orang , mungkin memberi gambaran paling laku di pasaran . Yang belanja hantaran mereka RM5000 ke bawah mungkin nampak lekeh, murah dan kurang mengancam untuk dijadikan topik perbualan terutama dikalangan tetamu perempuan…..ntah apa-apa lah orang pompuan ni. Itu yang kekadang tuan rumah sanggup berhabis dan bersakan-sakan dalam hal wang hantaran kerana takut malu dgn umpatan ompompuan nih …. orang lelaki rasanya kurang bersembang topik-topik glamer macam isu hebatnya wang hantaran…yo dok ??
Saya bersembang dengan beberapa rakan saya bertanyakan pandangan mereka tentang isu ini. Ntah dari mana dan bila istilah ini timbul tiadalah pula diketahui. Kata mereka ‘ ini orang melayu punya perangai’. Ramai mereka bersetuju bahawa sepatutnya tiada wang hantaran. Ia adat yang memalukan dan boleh menjatuhkan maruah pihak perempuan. Kata seorang rakan saya ” dalam Islam mana ada wang hantaran weh. Mas kawin je yang wajib ..itu je yang disebut pemberian wajib utk pengantin perempuan. Patut kah pihak perempuan minta duit dengan pihak lelaki sebab nak digunakan utk buat kenduri, beli baju, beli lembu, bunga telur dan macam-macam lagi. Bukankah itu urusan keluarga perempuan ?… malu la minta duit kat orang. lagi pun nampak macam meniaga anak pulak bila ada kes tawar menawar wang hantaran….haru betol ”
Payah juga saya nak memihak …. emosi saya agak neutral dalam hal ini. saya fikir kalau tiada kewujudan wang hantaran mungkinkah ada pihak yang tidak mampu mengadakan majlis ‘mewar-warkan perkahwinan ?? tapi kalau dibiarkan ada ‘wang hantaran’ maka akhirnya ia akan jadi satu pertandingan dan satu bebanan …maklumlah orang melayu kita memang gemar berlawan. Apa-apa saja mesti nak ‘lawan-lawan… kalau tak berlawan susah nak cari hidung sapa paling kembang..hehehe
Saya mempunyai ramai teman-teman yang berkahwin tanpa wujudnya wang hantaran. Tak banyak sangat campurtangan kaum kerabat, maka majlis mengumumkan pernikahan mereka diatur dan diuruskan oleh rakan-rakan yang lain. Namun mereka ternyata tetap bahagia bahkan lebih tenang memulakan alam rumahtangga. Semuanya serba kekurangan tapi masih sangat mengembirakan kerana hasrat disatukan dengan sah dapat dilaksanakan. Hal ini berlaku kepada teman-teman yang berkahwin di luar negara. Mereka cuma perlu memikirkan urusan wali, mas kawin, jurunikah dan saksi. Tak perlu susah-susah pasal wang hantaran… ringkas, tangkas dan pantas … hmmm kalau cenggini lah punya mudahnya, saya rasa tawel sensei patut ambil peluang. Berkahwin di Dublin mungkin isu wang hantaran tak menjadi isu yang getir , maka rebutlah peluang keemasan ini….saya rasa ia memang satu peluang keemasan….ntah ta’taw : D
aah senang cerita ikut je ‘citarasa’ RIRK … kenduri bubur caca atau pengat pisang apa salahnya …itu pun kenduri juga . Biar pun bersalahan dengan adat tapi ia tak sedikit pun melanggar syariat. Yang penting jangan potong stim orang yang nak menikah dan mendirikan baitul muslim. Ibubapa tolonglah bantu mudahkan urusan depa. Kesian depa, kalau depa buat maksiat, sapa yang susah ??? haa sapa susah ?…fikir-fikirkan lah….
alaaa….panjang pulak entri ni…..tapi nak sambung lagi….hehehe….ni ada beberapa luahan rasa/pandangan yang saya kutip dari sebuah laman forum….baca jer ler…
dari lynn
teringat waktu saya kawin tahun lepas…saya org perak..bayaran tok imam rm80..n hantaran saya rm7000…itu ikut permohonan ibu bapa…sebab kat perak hantaran dikatakan belanja hangus (bermaksud digunakan untuk kenduri) so mak anggarkan tetamu yg hadir dalam 1000 dan dianggarkan sekepala dalam rm7.00…so jadila hantaran rm7k…mmm..ada yang kata mahal..ada yg kata murah..saya ngan bakal husband x kisah apa org kata orang….janji kitaorg kawin..kitaorg memang kongsi duit dalam semua hal walaupun sebelum kawin..cuma mas kawin je x leh nak kongsi…so…untuk hantaran yang rm7000 tu pun kitaorg kongsi…x ingat la berapa…tapi mana2 duit yg ada dalam simpanan tu semua keluarla…beli barang, baju, kad,..semua la…semua kongsi..siapa ada duit kuar dulu…dan alhamdulillah…lepas kawin x der masalah hutang nak disattlekan sampaila ada anak sorang sekarang…So mungkin boleh kongsi ngan kengkawan…especially yg perempuan, jgn la nak bebankan bakal suami kita…kesian kat dia…nnt kita nak kongsi hidup ngan dia…sanggup ker kita nak tengok dia termenung jeee lepas kawin mikirkan hutang n so on…
musa assamirah
buat kaum laki yg kena cas hantaran tinggi tu takkan x faham2 lagi. maksudnya hang kena reject.. bakal pak mertua tak berkenan dengan hang.
tapi jika yg mintak cas tinggi tu anak pompuan. tolonglah faham hang tak cukup ensem… menyakitkan mata. langsung xdak daya penarik. dahlah busuk. tolonglah faham.. jgn la suka paksa orang. xsemua yg kita inginkan bleh jadi milik kita.
wartawan
Hmm….
kahwin nih…
bukan setakat kene pikir pasal hantaran, mas kahwin, kenduri je…
kene pikir pasal life selepas kahwin….
kurang2 kene sedia duit untuk 6-12 bulan berikutnya…sebabnya,
mungkin ada yang akan menginap di tempat penginapan sendiri…
kalo yang tinggal rumah mak bapak lain cerita ler…
nak beli barang2 rumah, perabot…pastu lak kene yang ‘advance’….
tak lama pastu menanti lak kehadiran cahaya mata…
nak kene bali baju baby ler…
macam-macam lagi ler…aku dulu hantaran + mas kahwin rm 6,500.00
pastu mende-mende luar dari perkara tersebut…
macam g survey barang hantaran ke…
g berbincang dll…. rm 2,000.00-3,000.00standby untuk selepas perkahwinan… rm 10,000.00
semuanya kurang-kurang bila nak kahwin…
kene standby dalam rm 10,000 – 20,000.00perkahwinan tu bukan menyusahkan…
tetapi keperluan manusia yang kekadang
menaikkan jumlah berkenaan…
kepada lebih daripada rm 20,000.00 tu
lu pikirlah sendiri