resepi ayam goreng berempah yang mudah

carilah tangan yg akan mengenggam kita saat kita jatuh…mata yg selalu melihat kebaikan kita saat kita tidak sempurna dan hati yg sentiasa menemani kita saat kita keseorangan …. chheeewwaah…. macam sunyi je macam sunyi jer…. kuang kuang kuang….

tak de maknanyaaa…

ehem…resepi ayam goreng berempah yang mudah … yang murah … sesuai utk yang malas-malas  nak masak dan rajin tapau lauk kantin macam saya ni ler …

bukan nak memperdaya …. menipu bukan juga… buat lawak bodo pun tak de laa …. menggoda pun tada tada tadaa…. cuma baru belajar nak meniaga… bukan meniaga kopi janda, tapi rempah perapan ayam goreng berempah jenama AROMA

sejak bisnes rempah ni, kat mana2 pun asyik buka cerita rempah ayam goreng berempah aje … baru sebulan lebih,  dah terjual hampir seribu bungkus , Alhamdulillah…

jadi untuk entry pertama saya,  setelah sekian lama membiar kusam blog hijau tanpa tulisan … rempah ayam goreng berempah juga yang jadi pilihan … AROMA … yaa itu diaaa.. AROMA setanding dgn nama dan rasanya …. jom !!!

Aroma

Aroma

Ayam Goreng Berempah pertama saya dgn rempah AROMA

Ayam Goreng Berempah pertama saya dgn rempah AROMA

 

wadiinsyi wadiinsyi2 insyi insyir2

amal itu dengan ilmu

Last weekend kami sekeluarga ke KL menemani  suami saya menyelesaikan satu urusan. Sempat solat jumaat di Masjid Negara  dan makan tengahari di gerai berdekatan. Seingat saya ini pengalaman kali kedua saya solat jumaat di KL, kali pertama ketika saya bersama rombongan sekolah melawat  UIA.

Ketika berjalan keluar dari masjid saya menyapa serombongan makcik-makcik bertudung merah yang singgah untuk solat zohor. Dari perjumpaan  UMNO kata mereka.  Beberapa orang menghampiri saya utk bertanya  arah ruang solat untuk wanita. Lucunya, rata-rata terkejut bila mengetahui  saya dah solat jumaat tadi. “ eh pompuan boleh ke sembahyang  jumaat? Sembahyang jumaat tu kan untuk orang lelaki je. Kitaorang memang  tunggu dalam bas sampai org lelaki selesai sembahyang baru nk masuk sembahyang zohor” kata salah seorang dr mereka. “Wanita boleh je solat jumaat, Cuma tidak diwajibkan.  Lagipun saya dah singgah dan berehat  di masjid ni dari jam 12.30 lagi, tu yang sembahyang jumaat terus” saya memberikan jawapan. Ada yg masih ragu-ragu dan tunjuk muka ‘pelik’ dgn jawapan saya. Tak kisah la .. yg penting saya beramal dgn apa yg saya tahu.

Tidak ramai wanita tempatan solat jumaat, sekitar tiga empat orang aja. Selebihnya foreigners. Kami solat di ruang atas dlm hanya  4 saf yg pendek sahaja.  Seusai solat dua anak perempuan saya  tidak putus-putus mengajukan soalan berkaitan  jemaah wanita  yg  dilihat mereka bersolat tanpa stokin. Ini terasa pelik kerana mereka belajar bahawa kaki adalah aurat yg mesti ditutup ketika solat.  Saya pulak  tidaklah terkejut  dan dah biasa melihat wanita solat dgn ‘ kaki  nampak terjulur’ keluar dari jubah mereka. Pemandangan ini biasa ketika di Mekah.

“ mungkin itu cara depa  kak, dah depa belajar hukum solat camtu ” .. saya menjawab pertanyaan anak saya dalam keadaan sebenarnya  hati saya juga pelik dgn suasana ini. Pernah seorang ustaz menjelaskan kepada saya  “Aurat perempuan ni sama je kat mana-mana … perkara ni Allah sebut dgn jelas dlm al quran, pengecualian hanya  muka dan telapak  tangan. Syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Longgar dan tidak nipis.”

 “ kalau  nampak kaki,  solat tu sah ke tak ummi?” si kakak belum berhenti bertanya. “ sudah tentu bagi kita ini tidak sah” Saya jawab dgn harapan syirah lebih faham. “ kalau macam tu, maknanya, depa solat ni tak pernah sah la ummi, maknanya  selama ni tak dapat pahala la ” Insyirah masih belum berpuas hati.

Mmmm, mencabar juga bile berhadapan dgn anak2 yg banyak tanya ni. “ kak, kita beramal dgn apa yg kita belajar. Iaitu amal itu dengan ilmu. Dalam bab amalan solat , soal pahala bukan urusan kita, hanya Allah yg layak memberi  pahala pada sesiapa yg dikehendakiNya. Laksanakan ibadat sepadan dgn ilmu yg kita ada. Ummi pun tak berani nk hukum  solat org lain tu sah atau tidak, ibadat depa dapat pahala atau tidak, kerana mungkin di negara mereka sebegitu lah ilmu solat yg telah di terima maka mereka mengamalkannya. Allah lebih tahu dan berhak ke atas solat mereka.”

 Insyirah mengangguk juga akhirnya. Saya sedikit lega dapat memahamkannya tapi kemudian nya terkejut bila Raihanah pula membuka isu lain. “Tadi hanah nampak ada ada dua org solat kat belakang menghadap ke dinding. Depa tak menghadap ke depan macam orang lain” dari airmuka saya tahu dia bukan bergurau dgn saya. “ ye ke dik, silap tengok kot” saya inginkan kepastian. “ betol ummi, depa solat macam ni “ hanah menunjukkan arah menghadap  solat dua wanita yang dimaksudkannya.  “astaghfirullah” saya terkedu tanpa penjelasan. Teringat bahawa saya pernah mendengar ada golongan  muslim yg menolak bersolat itu mesti menghadap kpd kaabah, kerana berhujah ia seperti menyembah batu atau berhala. “samada mereka ini mungkin jahil atau sesat ” kata hati saya.

Satu ketika saya pernah berbual-bual dengan seorang makcik cleaner di sebuah plaza membeli belah ketika sedang berehat dan menikmati bekalan makan tengaharinya. Bila  azan berkumandang saya mengajaknya ke surau di tingkat dua utk solat zohor. “ mak cik tak sempat solat , masa ni surau selalu penuh. Pukul dua dah nak sambung kerja semula”. Saya rasa hairan dan bertanya “ nanti solat zohornya pukul berapa?” Makcik cleaner itu menjawab bahawa dia akan qada solat zohor selepas solat asar kat rumah. “ setakat ni makcik tak pernah lah tinggal solat zohor tu, letih macamana pun mesti qada lepas sembahyang asar”. Katanya penuh yakin. Saya rasa kesian dgn pemahamannya berkaitan qada solat ni dan cuba memberi penjelasan tentang bila serta bagaimana keadaan  yg diizinkan untuk qada. Mungkin dah terbiasa dgn amalannya selama ini, dia nampak tak selesa dan menutup penjelasan saya dengan kata2 “ susah la kerja macam mkcik ni, waktu rehat pendek. Nak makan lagi.”  Hmmm, hendak seribu daya, tapi kalau dah  tak hendak banyaklah alasannya pula. Bila ilmu tidak dicari dan diperolehi selayaknya, amalan jadi songsanglah sudahnya. Semoga makcik tu beroleh ilmu dan petunjuk satu hari nanti, dan dia boleh kembali benar dalam amalannya.

Saya terkenang pada satu kisah lucu ketika di Tanah suci. Pada satu dinihari sekitar jam 3.00 pagi Saya bersama suami melakukan ibadat tawaf. Tadi siangnya suami bercerita tentang rezekinya mencium hajarul aswad. “ waktu awal pagi jemaah tidak ramai , kalau nk mengucup  hajarul aswad boleh cuba waktu tu” saya rasa teruja. Selesai tujuh pusingan kami tak langsung keluar bahkan meneruskan mengelilingi kaabah dgn jemaah lain. Kami semakin mendekat sehingga sampai ke makam Ibrahim. Seterusnya saya dan suami berjaya memasuki Hijr ismail. Saya bersolat sunat dlm posisi duduk sementara suami membentengi saya. Kemudian kami meneruskan pusingan hingga saya sangat hampir dengan kaabah. Kaki sudah bisa meyentuh bebendul yg mengelilingi kaabah. Di penjuru rukun yamani  di depan saya penuh dgn jemaah wanita yg saya tidak pasti dari negara mana, jadi suami melepaskan tangan saya utk bersama kelompok mereka. Saya bersesak-sesak dlm kelompok tersebut dan melihat mereka berebut-rebut mencium dinding rukun yamani. Ketika muka saya telah sampai ke bulatan dinding rukun yamani,  saya juga turut menciumnya seperti mereka. Kemudiannya saya keluar dari himpitan tersebut kerana merasa sukar dan mustahil utk meneruskan usaha mendekati hajarul aswad…jemaah lelaki terlalu ramai di situ.

Bila bercerita kepada suami, saya diajukan soalan “ pasaipa pi cium rukun yamani, belajaq kat mana?” Suami memandang saya “ hah, tak boleh ke? abis tu depa pakat cium”  saya rasa terkejut. “ ummi, kat mekah ni kita buat amalan apa yg kita belajar dan tahu, jangan ikut-ikut orang” kemudian suami menerangkan di rukun yamani sunnahnya hanyalah menyentuh dgn tangan bukan mencium. Saya beristighfar atas kejahilan sendiri, ia kejadian yg menuntut saya lebih berhati-hati.

ilmu itu laksana pemimpin , dan amal adalah pengikutnya. Dengan ilmu ia menjadi  petunjuk dan pemberi arah amal yang akan dilakukan. Tentulah tidak sama kualiti ibadat org yg berilmu dan ibadat orang yang jahil.Islam sangat menitik beratkan ilmu dan memuliakan orang yg berilmu. Perlengkapkan diri dgn ilmu  dan berusaha menambahnya dari masa ke semasa.

Imam Abdul Wahab al-Sya’rani menambah: Satu ketika daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata: Tidak terdapat mana-mana orang berilmu melainkan dia beramal dengan ilmunya selama mana berakal walaupun daripada satu sudut ibadat sahaja. Ini kerana jika dia melaksanakan perintah-perintah syarak dan menjauhi larangan, nescaya dia beramal dengan ilmunya secara yakin jika Allah mengurniakan keikhlasan kepadanya. Sekiranya dia tidak beramal seperti yang telah dinyatakan, lalu dia menyedari dengan ilmunya bahawa dia melanggar perintah Allah lantas bertaubat dan menyesal, nescaya dia telah beramal dengan ilmunya juga. Kerana jika dia tidak berilmu nescaya dia tidak akan menyedari bahawa meninggalkan beramal dengan ilmu ialah maksiat. Oleh itu, ilmu memberi kemanfaatan dalam setiap keadaan. Semua nas yang menyatakan hukuman yang berat bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmu disandarkan kepada mereka yang tidak bertaubat.”

 

Penang lagiiii……

Yang tak bestnya …Penang pun mcm KL… jam sokmo..

Jumaat,jam 8.00 pagi ~ kami berkereta ke Penang. Destinasi kali ini Hotel Parkroyal di Batu Feringgi. Seperti biasa kami mengambil kesempatan bercuti dan menginap 3 hari 2 malam di sini bila baba depa terlibat dgn conference. Syukurlah ~ ada program camni, bolehlah tumpang makan angin dan menginap free, walaupun Penang ni tak glamer sangat bagi kami ~ maklumlah jarak Sg Petani dan Penang ni sepenanak nasi je lamanya, mengambil kira menanak nasi dgn electric rice cooker….mmm jadi jaraknya dekat je ler …. pengalaman naik feri atau berkereta di jambatan p pinang tu dah biasa bagi anak2 saya. Sebab tu bila baba depa bercerita ttg menginap di hotel p.pinang, depa menyambut “ alaaa….awat penang baa… tak de tempat lain ke?”.

ambooii.. depaa

“ hah, jangan nk eksen…yg nak ikut ummi ngan baba dialu-alukan, yang tak nk ikut tu..ok, hangpa boleh jaga rumah ya” ~ saya ‘menyediakan pilihan’ utk depa.Lepas tu semua pakat menyambut kata-kata saya “ tak mauuu… ooo mana boleeh…kami nak ikut jugak”

Disudut yang lain saya cuba berilmiah dgn anak2 . “ kena syukur , at least baba ada peluang bawa kita jalan-jalan. Kat mana sekalipun, jika disitu kita boleh pergi bersama-sama….sekeluarga, tentulah itu yg paling baik. Bukan semua Allah izinkan rezeki makan angin dgn keluarga, tentu ada yg hanya bercuti di rumah saja. Kena ingat, apa yg kita buat semuanya mesti nk ingat Allah. Sekalipun masa makan angin atau bercuti dgn keluarga….

saya buat cupcake sehari sblm bertolak … bekal utk anak2 ‘santap’ dlm bilik hotel.

Sebenarnya, kesyukuran itu ada dalam hati saya …. jauh disudut hati saya bersyukur kerana sepanjang 15 tahun perkahwinan, atas urusan kerja suami, saya kerap berpeluang ‘ronda malaysia’ membawa anak2 menginap di hotel sambil bercuti….. yg paling syukurnya, bilik hotel dapat free 😀 . Berpeluang juga menjalinkan silaturrahim dgn kaum isteri rakan2 suami .

Jika izinkan Allah, pertengahan Disember ini pun suami ada job trip ke Guangzhou, Shenzen dan Hong Kong ~ syukur juga, babanya tidak lupakan kami 😀 … dari bulan Jun lagi anak2 dah excited dan tertanya2 bila nk ke China … ( budak-budak camtu laaa)

Saya psan pada anak-anak “ walau dok kat hotel… kita solat berjemaah cam biasa, baca quran cam biasa…. dan untuk kali ini, kita turut sama2 solat hajat utk saudara kita di Gaza,semoga ini menjadi tanda kita hamba Allah yang bersyukur.”

 ” kita tak boleh puasa sunat 10 muharam la ni ummi ? ” along bertanya pada saya . ” boleh, kalau yg nk berpuasa, tak de masalah…. kalau tak dapat nk puasa, amalan sunat lain boleh diusahakan. Zikir, solat rawatib, tahajud, solat taubat… kalaupun tak menyamai pahala puasa muharam, tapi masih merupakan amalan kebaikan yg Allah suka.”

sempat juga goreng keropok moni dan homemade kerepek pisang ( sangat sengsara membuatnya) ~ sbg jajang.

Anak2 saya biarkan bermain di kolam. Ramai juga Pak Arab yg bercuti di sini rupanya. Ajaib sungguh depa… si isteri berjubah dan berpurdah sedang suami berseluar pendek la pulak. Anak2 depa mandi kolam pun pakai bikini bagai ~ walaupun masih kecil, lebih baik ‘tutup la skit aurat ~ kan? ….. Ketika berseorangan menyusuri tepian pantai, saya menikmati indahnya gigi pantai dgn buih-buih ombak yg memutih. Jauh pandangan mata kelihatan biru bukit bukau menyejukkan jiwa. Desir anginnya terasa nyaman membuai telinga, sejuk bayunya seakan membelai pipi saya …. ada rindu yg sering nakal singgah di hati ini…sering…,aaaahhhh tidaakk … jangan jiwang mahani,  pliiiizzz… 😀

Ya Allah, rahmati kami semua , kami rayu hidayahMu menuruti kami walau di mana kami berada. Lindungi kami sekeluarga dan dorongi kami utuk sentiasa taat padaMu…amiin.

Lemas Dalam Sawang

Lemas dalam sawang ?? Blog yg bersawang …… nak buat camna, dah jarang lalu lalang  dan tak teruja lagi  nak melepak kat sini. Ada banyak urusan yg perlukan komitmen diri ini…urusan anak2 dan suami, pekerjaan dan  rumahtangga yg menuntut perhatian saya. Dengan bertambahnya usia, waktu kehidupan saya di dunia semakin  pendek sebenarnya.  Ya Allah, semoga aku bukan hambamu yg  hanya mencatat rugi sepanjang  kehidupanku di sini.

Kesian pulak melihat blog yg  terbengkalai dan sunyi sepi ni. 😀

Anak2 usai peperiksaan akhir mereka termasuk anak sulung yg baru tamat PMR. Persekolahan tahun ini di minggu-minggu akhir. …..saya boleh menarik nafas lega anak-anak  lebih santai kerana dah tamat exam, saya pula cuma tinggal kertas sejarah tingkatan 4 yg perlu disemak. Saya doakan dapat manfaatkan sebaiknya cuti persekolahan nanti  terutama menghabiskan masa yg berkualiti bersama suami dan anak2. Kata suami  saya “ummi  rancang skit program utk cuti kat anak2, supaya depa tak abis masa dgn TV dan games saja.”  Memahami  ‘rumah’ menjadi  dunia anak2 saya sepanjang cuti sekolah, saya mesti bijak menyusun dan mengendalikan jadual cuti utk mereka. “ Ya Allah, mudahkan saya dlm urusan anak2 saya, bimbing dan pimpinlah saya supaya dapat memberikan segala kebaikan dan manfaat yg selayaknya diberikan oleh seorg ibu kpd anak-anaknya.

Dgn rakan2 di Fb, saya cuba berkongsi perancangan  mereka  utk anak2 sepanjang cuti, dan berharap ada yg boleh saya manfaatkan. Saya ada dua anak remaja lelaki dan dua gadis kecil di rumah. ….. mmmm  sebolehnya saya ingin mereka rasa cuti sekolah ini  ‘berisi’ dgn perkara yg menggembirakan.  Dan yang penting, mereka tidak lalai dan sentiasa terbangun iman dan taqwa mereka kpd Allah.

Sebenarnya  antara yg menjadi kesukaan dan kegembiraan saya ialah memasak. …biarpun tidak lah terer sangat, tapi ia boleh membuat kita rasa lapang hati dan fikiran. Bukan memasak seperti dalam rancangan master chef, asyik kena push  dan diberi tekanan yg macam2.  Masak ni kena enjoy…. happy….santai….  harap dlm cuti ni boleh bagi kursus masak kat anak-anak, terutama hanah dan syirah 😀 insyaAllah….

Wahai dapurku…..bersedia utk berasap lagi. … ketahuilah, biarpun  blogku bersawang, tak mungkin ‘dapur kawe’ ku biarkan bersawang juga.  JOM MASAK !

koleksi dapur kawe ~ nasi hujan panas….. elok la tu, dah hujan kemudian panas pulak, baru la stabil, ko guano? 😀

daging masak rendang Madinah

ayam bakar …

nasi ayam goreng kurma…dok dalam puyuk lagi…

Daging Masak Hitam

berkira-kira utk tempek koleksi puding dan kek la pulak….. 😀

nikmat yang hilang ?? :(

Antara nikmat Allah yang besar ialah kesihatan yang baik, nikmat ini cukup dirasai apabila kita jatuh sakit atau kesihatan terganggu.

Dah dua hari badan terasa sakit-sakit, menyucuk-nyucuk dan seram sejuk. Suhu badan lebih panas di waktu malam. Saya bercuti  hari ini, memberi hak kepada badan untuk berehat setelah semalam saya gagahi ke sekolah biarpun badan sakit-sakit dan saya berpuasa. Dikutkan bebanan kerja memang tak pernah habis, harap cuti sehari ini dapat memberi ruang kepada badan saya untuk pulih semula, insyaAllah.

Semalam ketika bertembung dengan kerani sekolah sewaktu saya lemah menapak di tangga saya telah disapa dengan gurau senda. ” eh kak mahani nampak pucat je, tak sihat ke?… hmmm raihanah nak dapat adik ke apa?? . Saya tergelak juga walaupun sebenarnya nak ketawa untuk meyambut gurauannya pun rasa macam tak terdaya.

Sejak semalam saya hilang selera makan. lauk pauk yang dibeli suami petang tadi seperti tidak menggoda selera saya. Masa ni lah teringat kat juadah-juadah berbuka yang saya sediakan masa ramadhan lalu.

Sekadar mencuci mata , menghibur rasa dan mengundang rasa teruja diri sendiri  yg hilang selera,  maka saya ‘tempek’  kat blog saya ni koleksi dapur kawe. Masa ramadhan ‘dapur kawe’  paling berasap, bulan-bulan lain banyak tapau lauk kantin jer 😀  hari ni saya nak letak koleksi masakan ikan dulu 😀

Siakap sweet sour….

siakap bakar …..

ikan merah masak kantan

kari kepala ikan

tenggiri masak tumis

ikan tongkol gulai nasi dagang terengganu

ikan kembung masak sambal

masak kicap gaya malas..

ikan nyok nyok masak kicap, yg ni koleksi sebelum ramadhan, tapi dah ada dlm fail saya masuk je la 😀

gulai ikan kering talang dengan nenas

Suami saya menggemari masakan ikan, namun anak2 lebih sukakan ayam dan daging… saya pulak suka kerabu :D.

raya

Syawal di minggu kedua,  ada yg masih beraya ke? peliiizz…. raya yg sebenar  satu hari je ya…. pada 1 syawal maksud saya . Yang sebulan syawal dengan tradisi rumah terbuka tu hanya adat je ya 🙂
…. 8 hari saya di negeri Cik Siti Wan Kembang bagi menyambut Aidilfitri dan syawal tahun ni. Raya yang telah menyediakan peluang utk saya panjangkan silaturrahim dengan program kunjungan ke rumah saudara mara dan handai taulan. Pertanyaan yg kerap ditanya bila bersua . “dok mana sekarang?…kerja apa?….. anak berapa? bila balik sini?…bila nak balik sana?… tak cam la, mahani dah gemuk sekarang …..ARRGGGGHHHH.
Seperti biasa …..Kota Bharu sinonim dengan ‘jam teruk’ …. ehem ehem saya ulangi  “jam teruk’  bukan ‘jem jeruk’. Macam ni lah setiap musim raya tiba, terperangkap dalam kesesakan kenderaan di jalanraya. Tapi orang kelantan ni  hebat,  tidak pernah serik dan macam  ‘dah imune’ terperangkap di jalanraya. Agenda beraya ke rumah sanak saudara berjalan seperti biasa walau berjam-jam terpaksa berpanas di jalanraya. Kesian melihat kenderaan yg rosak penghawa dinginnya. Berkipas-kipas penumpang di dalamnya.
Kunjungan ke rumah saudara mara buat saya rasa bahagia. Selain berkesempatan bersua dengan handai taulan yg sekian lama tak berjumpa saya tak lepas peluang berjamu selera. Antara yg buat saya teruja ialah hidangan Kuzi Kambing yg saya nikmati di rumah sepupu. Hidangan ini muncul di Kelantan pada musim raya atau masa kenduri aqiqah saja….jadi ia nostalgia,  itu yg mahal sebenarnya. Saya tidak tahu kenapa masakan itu dinamakan Gulai Kuzi. Bunyinya macam masakan Jepun, tapi orang jepun makan gulai ke?? atau mungkin pencipta resepinya bernama Tengku Fauzi, maka singkatan resepinya jadi KuZi … kui kui kui…

ni la gambar KuZi Kambing….. sketoi !

Pelbagai juadah terhidang di meja, sebolehnya saya cuba rasa kesemuanya, walaupun sekadar ‘tek kat mulut’ saje. Jika dipelawa tuan rumah, saya fikir  kita tetap kena ‘jamah’ juga…. walaupun perut dah rasa full. Bukan kerana pelahap terhadap makanan, tapi menghormati dan menggembirakan hati tuan rumah yg sudah bersusah payah menyediakan makanan.Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa, tapi kalau orang dah terlebih tak paham-paham bahasa, kita piiiraah kan saja…kuang kuang kuang ….

Sebaiknya puji sikit lah hidangan mereka, biarpun kita rasa masakan dari tangan kita lebih sedap sebenarnya….ngeeeihhhh. Saya diminta menyediakan kuah laksa Penang ketika kenduri rumah terbuka anak saudara saya di Pasir Mas . Seperiuk besar saya sediakan. Berbanding kuah laksa kelantan yg ditempah olehnya, kuah laksa penang saya lebih menjadi tumpuan, waktu tengahari dah boleh basuh periuk…waaahhh kembangnya saya rasa. 😀
Suami dan anak2 lelaki sempat solat subuh dan bertakbir di surau depan rumah kami di Tanah Merah. Kami kemudiannya bersiap utk bersolat sunat Aidilfitri di Pasir Mas. Saya tidak menyediakan juadah apa2 utk pagi raya kerana berhasrat bersarapan di rumah kakak saya saja. Maklumlah tak cukup senjata nak bersilat di dapur istana hinggap kami tu. Blender tak de…periuk tak de…. rempah ratus semuanya tak de, dapur pun baru dibeli sehari sebelum raya. Namun awal pagi raya tu, pintu rumah sudah diketuk jiran dan kami mendapat sepinggan ketupat bersama sambal bilis. “ Aiik!!….ketupat dgn sambal bilis? Gulai daging tak de ke?” tanya Syamil. “ tu kat  kedah chik ….ni kelantan lain pula. Tak baik banyak songel dgn rezeki, Makan je, syukur ada jiran yg ingat kat kita tau .” Kata saya. “ kalau raya umah tok kita kan best…ketupat tok sedaaap” kata Raihanah pula. “ raya haji kita raya umah tok mah ya…Insyaallah ”. Janji saya pada Raihanah, peminat setia ketupat mertua saya. Sedih 😦  … pinggan jiran saya balas dengan biskut raya yg  saya bawa dari sungai petani, tu pun biskut raya yg saya beli kat sekolah sebelum cuti . Tentu saya lebih berbesar hati jika dapat  sediakan balasan dari air tangan sendiri. Hmmmm tak pa la …mungkin lain kali,  InsyaAllah.
Tak putus jemputan menghadiri rumah terbuka. Ada yg tak sempat utk saya penuhi kerana jadual  ‘ziarah’  yg padat. Sementelah dua majlis pertunangan anak sedara terpaksa saya hadiri. Anak kakak saya bertunang dgn orang Bachok dan anak saudara suami saya juga turut bertunang dgn orang Bachok…. “mmm nampaknya Kedah ngan Kelantan makin dekat la bang nooo” kata saya pd suami. Waaah meriahnya. Kedua-dua anak sedara merancang bernikah pada cuti sekolah bulan Mac nanti…..berat jugak ni…. mana satu agaknya yg sempat saya pergi  ni 😀
Raya ni  tak bergambar…. huhuhu, sejak camera hilang beberapa bulan yg lalu , sampai sekarang belum berganti  ” baba dah tak nak beli, dah dua kali beli camera hangpa tak jaga ” kata suami pada anak2. “ jangan Ba,kena beli jugak,  kesian master chef kita …. tak boleh nak ambik gambar masakan dia”  muaz memerli saya. ” tak paa….ummi dah ambik gamba daah…guna handfon jerr ” kata saya penuh sayu . Huhuhu…hati sedih sebenarnya, tak dapat le ambik gambar pakai baju raya woka woka yg glamer tu … hahahaha…

satu2nya gambar raya yg saya ada…ihsan dari cucu saudara…masa kami ziarah ustaz Muhammad Daud Iraqi.

Sebelum kembali ke kedah, sekali lagi saya ke rumah mak di Pasir Pekan. Hebat mak saya. Dalam usia lebih sembilan puluh tahun dia berpuasa penuh Ramadhan dan tak miss sahur. Ketika ramai warga emas seusianya sudah dihinggap penyakit nyanyuk, emak masih boleh solat secara duduk, dan masih boleh membaca quran,  … Alhamdulillah. Saya kucup tangan mak yg sudah penuh dgn kedut2 tua,  memeluk dan mencium pipi sejuknya seraya berbisik  sesuatu ke telinga mak, kemudian saya terisak-isak memeluk mak. Mak juga turut menitis airmata dan meninggalkan pesan utk saya ” mak syukur tengok che nie sekarang,  mak dok doa sokmo-sokmo utk che nie,  jaga anak tu baik-baik … dok baik-baik laki bini , jangan sombong dgn orang, ingat harta benda semua hak Allah bukan hak kita, walau kita dah senang jangan sombong dgn orang. Sembahyang jangan tinggal . Dengan adik beradik jangan berpecah belah, kalau mak dah tak de pun che nie kena balik la sini … kat sini pun semua anak beranak che nie juga, bukan orang lain”. Saya hanya mengangguk dan tersedu. Airmata tumpah di celahan kedut pipi mak yang kelihatan semakin uzur di mamah usia. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup mak saya dunia dan akhirat, amiin.

Anak2 gembira mengumpul duit raya . Semingga beraya Raihanah dan Insyirah masing2  dah mengumpul hampir dua ratus ringgit. “ waah banyaknya duit raya hanah…nanti  ummi nak pinjam sikit boleh tak ?”  terliur tengok duit rayanya… 😀  ” boleeeh, tapi kita kena gi Giant ” kata Raihanah. ” wokeeyyy…boleeeh” …. saya tersengeih.

Saya habiskan hampir kesemua cuti sempena Aidilfitri di negeri Kelantan. Kesian anak2 murid dan teman2 yg berkirim sms nak datang beraya ke rumah tapi saya tak ada. ….. jangan merajuk ya sayang, jemputlah ke rumah di Tikam Batu bila-bila masa saja …tapi elok kalau boleh ‘hello’ saya dulu,, sempatlah  nak kemas mana-mana yg ‘berkubang’ ataupun masak laksa maupun mee udang sebagai hidangan … cheewaah…

Bagaimana Ramadhan di rumah kita?

RAMADHAN DI RUMAHKU ~

Setelah ramadhan dihujung minggu pertama dan kita sudah melangkah pada hari kedelapan ramadhan tahun ini, sudahkah kita bertanya pada diri sendiri “ bagaimanakah Ramadhan di rumahku? .. bagaimana dengan suamiku … anak-anak serta diriku sendiri sepanjang seminggu ramadhan ini ? bagaimanakah suasana dan rutin hari-hari ramadhan yang telah dapat kita bina setelah lapan hari memasuki madrasah ramadhan?

Adakah semuanya mampu memikul peranan untuk saling memberi rangsangan kepada yang lain agar mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah? Adakah semua kita telah bersungguh-sungguh melaksanakan amalan yg bakal meyumbangkan saham utk kehidupan bahagia di negeri akhirat?

InsyaAllah , ramadhan masih meninggalkan ruang masanya untuk kita terus mencari laba di sisi Allah yang maha esa. Jangan pernah ada rasa putus asa mengharapkan ampunan serta rahmat yang melimpah-limpah dari Allah yang maha pemurah.

ya Allah….bukalah pintu rahmatMu buatku…berupa keampunan terhadap segala kesalahan yang telah kulakukan. Maafkan aku atas dosa yg ku perbuat, kecuaianku melaksanakan taat, dan kealpaanku dalam memikul amanah. Jadikan aku hambamu yang sentiasa bertaubat.

Ya Allah….bukalah pintu rahmatmu buatku …. berupa pimpinan dan petunjukMu kepadaku. Tutuplah keinginanku kepada maksiat dan dekatkan hatiku kepada nikmat taqwa dan iman kepadaMu.

Ya Allah….bukalah pintu rahmatmu buatku…berupa ketenangan dalam kehidupan duniaku dan kebahagian hidup akhiratku. Kurniakan aku keluarga yg dirahmati dan diberkati. Suami yang soleh, anak-anak yang soleh dan solehah…. rumahtangga yang terpimpin dalam rahmat keredhaanMu.

Ya Allah….bukalah pintu rahmatmu buatku…..berupa rezeki yang  halal dari sisiMu, pemberian yang diberkati dan mendekatkan aku pada redhaMu. Kurniakan rasa kecukupan bagi kami dari rahmat kurniaanMu.

Ya Allah…..bukalah pintu rahmatMu buat kami semua, hamba-hamba yang mengakui keimanan  kepadaMu. Teguhkanlah kami dengan kasih sayang dan persaudaraan, … damaikan hati-hati kami atas kalimah tauhid dan taqwa kepadaMu,  Satukan kami dengan kecintaan pada kebenaranMu, kuatkan kami atas perjuangan mendaulatkan agamaMu …

Salam Ramadhan untuk seluruh muslimin dan muslimat

sebotol kulit siput/kerang

si kecil ni berangan le nak jadi pengantin

Masih keletihan …… 2 kenduri kahwin melibatkan anak abang dan anak kakak saya menjadikan program ‘kelik klate’ sempena cuti sekolah kali ni agak sibuk. Kesibukan yg telah menjadi alasan utk sambutan ulangtahun perkahwinan saya dan suami tahun ini sekadar ‘sarapan dgn nasi goreng’ saja. Itupun nasi goreng yg saya ubah suai dari lebihan lauk kenduri di rumah kakak saya. Kami sambut bersama, di rumah kami di tanah merah …. makan setalam dgn satu thumbler kopi panas … share 6 beranak, Alhamdulillah.

abang, hari ni anniversary kita” kata saya pada suami, ketika dia turun utk bersarapan. “eh ye ke? hari ni berapa haribulan?” tanya suami , seperti biasa dlm nada ‘tidak perasan’ akan tarikh istimewa kami berdua. “nak kena kutir la nii..5 jun laa” saya menjawab  merenung tajam padanya. marah ler kononnya. “ooo nak hadiah ker??” tanya suami lagi. “ya laa, lagi mau tanyaa … dah sampai kelantan ni jom la shopping kat Rantau panjang “. kata saya. “situ jalan jem terok la ” suami beralasan. “ok tak pa, nanti cuti sekolah bila2…kita bawak anak-anak bercuti kat mana-mana…boleh? kata saya  pula, “ok seeett…insyaAllah“, suami membalasnya.

Ulangtahun perkahwinan, menjadi satu tarikh yg  tidak pernah saya lupa . Kadang disusuli dgn sambutan, kadang sekadar ingatan tarikh sahaja. Pun begitu, tarikh itu tetap datang dgn sentuhan istimewa di hati saya, ada sambutan atau tidak ada sambutan,  saya tetap mengingatinya dan cakna akan kehadirannya seiring dgn kesyukuran saya menghitung peningkatan usia pernikahan kami berdua.Dari sudut hati saya, saya ingin rumahtangga saya ini sentiasa berbunga bahagia, utuh membentengi badai dan gelora yg sesekali menguji rasa … tentulah kuncinya ada pada kami berdua.

Saya paling tidak lupa bila satu ketika suami pernah dedikasikan lagu permata untuk isterinyanyian kopratasa untuk saya.Tergelak menyambut ‘kemerduan’ lagu tersebut yg cuba dialun sendiri olehnya, saya memang ketawa mengekek kerana itulah pertama kali saya mendengar dia cuba menyanyi di depan saya . Walau pun sumbing dan sumbang bunyinya, percubaan suami utk tunjuk romantik kat saya tu buat saya terhibur juga … bercampur lucu dan malu tersipu-sipu. Agaknya wanita garang macam tu la… macam pokok semalu … diusik dan disentuh manja, menguncup malu-malu la pula. Itu dulu, ketika muda dan kurang matang pertimbangannya.

Sekarang ketikanya ada kesempatan lagu itu singgah dicuping telinga saya, ia terasa berat menyebakkan dada. Setelah perkahwinan semakin tua umurnya dan cinta semakin kemas mengikat rasa….lagu itu mengalun hebat meruntun rasa keinsafan  akan harapan suami terhadap saya. Allahuakhbar!

satu masa, ketika ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga, saya memperolehi botol hiasan yg dipenuhi dengan kulit kerang yg berwarna-warni. Ia hadiah dari suami. Sekali imbas ia botol hiasan yg sering saya jumpa dikedai aneka barangan. Jadi ia semacam tidaklah istimewa. Ia memang cantik … cuma ia kelihatan keanak-anakan seperti tidak sesuai utk ibu beranak dua seperti saya ketika itunya . Kalaupun ia sesuai, ia terlalu murah utk hadiah sempena ulangtahun perkahwinan yg sepatutnya istimewa. Istimewa di mata  isteri muda yg masih cetek pengalaman berumahtangga. Istimewa itu pada saya , sandarannya ialah harga yg mahal semestinya.

botol kulit kerang hiasan … luarbiasa sentuhannya 😀

ishh..Ini hadiah anniversary saya, kena syukur walau apa pun yg saya terima,” pujuk hati saya. Dalam menahan terkilan rasa dan menyembunyikan high expectation yg tak kesampaian mungkinnya, saya sebut juga pd suami  “ comel bang …. kulit kerangnya ada macam2 kaler”.  Nama pun lelaki  , kekadang bukan arif sgt tentang hadiah yg diidamkan oleh isteri. Lagi pun perkahwinan baru masuk tahun ketiga, perkenalan kami mungkin baru mencecah 35% agaknya. 😀

Suami berada disisi saya memegang botol hadiahnya. “ ummi tahu tak kenapa abang pilih hadiah ini? Tanya suami seakan sedang membaca apa yg bergelut dihati saya. …” ia murah saja tapi ia membawa makna yg cukup dalam bagi abang ketika pertama kali melihatnya”. Saya mengangguk walaupun belum mendapat penjelasan sepenuhnya. “kulit kerang ini asalnya langsung tidak berharga…. bertaburan ditepi pantai . Ada yang masih sempurna, dan ada yg sudah pecah dan rosak pula. Tapi bila dikutip, diwarnai dengan pelbagai warna, dijaga, dihias dan disimpan didalam botol yang cantik… ia jadi berharga dan disayangi pula. Sebenarnya begitulah kasih sayang kita dalam rumahtangga. Jika kita berusaha menjaga, kita hias dengan aneka warna, kita letak ditempat yg istimewa , ia kan jadi sangat berharga bagi kita. Kulit kerang itu jadi cantik dan berharga kerana ada yg menjadikannya cantik dan berharga. Kasih sayang juga kena begitu …. kita kena jadikan ia indah dan bernilai supaya ia begitu bermakna bagi kita.” Saya cuma mampu mengangguk dan tersenyum,

Sehingga sekarang, saya simpan kulit kerang itu. Ia mengingatkan saya pd sentuhan suami yg begitu bermakna….suami menyentuh saya dengan hadiahnya yg istimewa.Memimpin saya untuk lebih mengerti apa yg paling berharga dalam kehidupan kami berdua. Saya pernah bercerita pada anak perempuan saya tentang hadiah kulit kerang dari babanya itu. Dalam kebanyakan hadiah ulangtahun perkahwinn yg saya terima, ia masih kekal sebagai hadiah paling istimewa utk saya, kerana ada selitan peringatan yg cukup mahal suami sisipkan bersamanya. Mungkin botolnya sudah nampak kusam kesan belasan tahun meniti masa, namun saya mendoakan kasih sayang kami kekal indah dan bernilai selagi badan masih bernyawa … bahkan saya berdoa cinta kami kekal sehingga sampai ke syurga .

Ada orang berkata, perasaan cinta datang indah hanya sekali dalam hidup kita…. ia cinta paling indah utk kenangan sepanjang masa.

Namun dengannya ,  saya berdoalah agar saya  boleh menikmati saat indah jatuh cinta dengannya berkali kali….setiap hari…bahkan setiap kali menatapnya, setiapkali ada di sisinya… cinta yg tidak pudar dimamah usia, saya ingin bercinta dgn hati dan jiwa, dgn emosi yg sentiasa muda, kemaruk cinta yang sama ketika pertama kali berjumpa, cinta yg sentiasa kami nyalakan baranya …. biar kehangatannya dirasa seisi keluarga .

Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 15 …. untuk kita berdua.

Mekah yang barokah

Hazwan, seorang murid saya sedang berada di tanah suci bersama keluarga untuk mengerjakan  umrah. Saya teruja menanti kepulangan Hazwan untuk berkongsi pengalamannya di tanah suci.

Sebelum ini saya ada berbual-bual dgn Syamimi, anak usrah saya yang juga baru kembali dari umrah di Mekah. Rezeki mimi murah sekali, pemergian umrah bersama keluarga ditanggung  oleh neneknya. Mereka berlima kesemuanya menikmati pakej umrah bersama-sama berkat kemurahan hati neneknya. Kos satu kepala tak sampai pun empat ribu, cerita mimi kepada saya. Disebabkan beberapa masalah teknikal, penerbangan pulang telah tertangguh beberapa hari. Pakej yang sepatutnya 13 hari menjadi 21 hari. “ mak ana rasa seronok sangat muallimah, kami syukur sebab dapat berada lebih lama di Mekah tanpa apa2 bayaran tambahan”. Saya tersenyum dan mengucap syukur atas rezeki yg Allah izinkan untuk mimi. Saya yakin ini semua tulisan Allah dan diberi pd siapa yg dikehendakiNya. Gadis kecil itu bergenang airmata bila bercerita ttg pengalamannya tawaf dan solat di masjidil haram. Saya memahami sayu dan rindu hatinya itu…. kesayuan dan kerinduan ini akan singgah di hati sesiapa yg ernah hadir beribadat di rumah Allah yg mulia ini.

Dataran Kaabah waktu awal pagi, sekitar jam 3.30 pagi. Agak lengang masa ni.

Kata kawan saya, Madinah itu Kota Cahaya manakala Mekah pula Kota Airmata. Mulanya saya tidaklah berbekas apa-apa dgn kata2nya, tapi benar…. airmata jadi murah di bumi Mekah. Pipi sentiasa basah . Setiap kali tawaf, solat dan berdoa di hadapan kaabah, airmata pasti tumpah begitu mudah.

Saya terkenang waktu kali pertama melihat kaabah. Saya terisak-isak tidak dapat menahan sebak. Sukar menukilkan rasa, tapi binaan kaabah itu meruntun hati saya pada kesayuan yg begitu membelit rasa. Sirah nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail, dan kisah baginda Rasulllah saw menyelesaikan pertelingkahan ttg perletakan hajarul aswad, memimpin kesedaran saya bahawa saya sedang berada di tempat di mana kekasih2 Allah yg mulia pernah berada.

Suasana dalam masjid

Sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Masjidil haram kami tidak putus bertalbiah. Sambil mata menjeling ke kiri dan kanan jalan, saya terus menangis menatap pemandangan bumi Mekah yg kering tanpa kehijauan pohonan. Bangunan yang bersegi dan berkotak-kotak nyata tidak indah, namun Allah jadikan Mekah yg barokah ini saban waktu dikunjung tetamu utk beribadah di hadapan kaabah.

Syukur kepada Allah. Kami tidak memilih apa2 pakej keistimewaan utk penginapan. Jika ingin berbuat demikian bayaran tambahan dikenakan. Namun Allah menyusun keselesaan utk kami. Sepanjang di sana…baik di Mekah atau Madinah, kami berpeluang menginap bertiga di dalam satu bilik . Saya , suami dan ibu mertua . Sudah pasti ini memudahkan kami bertiga…terutama utk menjaga dan mengurus ibu mertua yg tidak berapa kuat kakinya. Sekian lama sebelum ke Mekah, dlm munajat saya berdoa kepada Allah “ Ya Allah, jika engkau memilih aku untuk membantu ibu mertuaku mengerjakan umrah, mudahkan aku mebantunya. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghulur bakti yg selayaknya diberikan seorang anak terhadap ibunya. Sabarkanlah kami menerima apa saja ujian yg menimpa ”. Alhamdulillah, Allah membuka banyak ruang kebaikan serta kemudahan selama saya di sana.

Di Jabal Rahmah

Pergilah ke Mekah. Perhatikan warga tua yg begitu gigih melawan uzur dan kelemahan fizikal demi ibadat umrah kepada Allah. Pemandangan melihat warga tua di sana membuatkan saya banyak mengalir airmata. Pengalaman melihat dan membantu orang2 tua yg tidak berdaya mendatangkan keinsafan kpd kami berdua. Saya merenung hikmah Allah yg mengetuk hati mertua untuk mengikut saya ke sana, walau pada mulanya saya idamkan umrah berdua bersama suami sahaja. Allah benar2 ingin memberikan saya lebih pahala… InsyaAllah

saya teringat pd kata2 Ustaz Nabil ” kalau ada sepuluh orang tua, saya nak bawa kesemuanya sebab tahu rahmat dan pahala Allah yg banyak jika membantu orang tua “. Beliau yg tahun lepas membawa isteri dn mertuanya, tahun ini membawa ayah, ibunya yang lumpuh, dua orang nenek belah ayah dan ibunya , adik serta makciknya. Hebat ustaz. Begitu kak cik dari perlis yg menjaga 5 warga tua bersamanya. Saya doakan pahala dan redha Allah utk mereka

Bersama rakan2 yang lain.

Nasihat saya, sesiapa yang ada ibu tua yg berhasrat ke Mekah, temanilah mereka… carilah rahmat dan barokah Allah dgn bakti kita kepada ibubapa. Sungguh di sana banyak memerlukan kudrat, tenaga dan keupayaan fizikal. Saya menangis melihat sepasang suami isteri yg uzur kedua-duanya tanpa bantuan sesiapa bersusah payah buat umrah. Suami mengidap asma, isteri pulak demam dan agak lemah keadaannya. Berkerusi roda di dorong oleh isteri yg terhoyong-hayang jalannya.

menuju masjid, biasanya kami gunakan pintu bab al aziz

Saya menyimpan kisah istimewa dlm hal kenangan saya bersama makcik zahrah dan makcik Tuan Jah. Kedua warga tua ini adalah cerita berharga saya dlm menyimpan kenangan berada di kota mekah dan madinah. Setiap saya terkenangkan mereka, perasaan sebak menyelubungi saya. Saya berdoa suatu masa nanti saya dapat berjumpa lagi dgn mak cik zahrah. Demi Allah, saya menanggung rasa terkilan kerana tidak kesampaian membantu menunaikan hajatnya utk tawaf sunat. Saat saya menulis perkara ini, kenangan kembali singgah dan saya masih tidak mampu menghilangkan rasa sedih dan terkilan itu. Hanya Allah yg tahu. InsyaAllah , andai ada kesempatan saya nukilkan kisah dgn makcik zahrah dan makcik jah. Ibu tua yg saya bantu di Mekah dan Madinah.

Biman Airlines dan Dakka

Saya tidak lah obsess sangat  tentang syarikat penerbangan mana yg nak dipilih utk membawa kami ke Mekah. Semuanya saya serahkan pada agensi. Mulanya kami dijanjikan penerbangan dgn Emerates, kemudian bertukar kpd Qatar Airlines , akhirnya seminggu sebelum bertolak confirmation telah diterima bahawa kami bakal terbang dengan Biman Airlines.

syarikat mana tu bang” tanya saya ingin tahu “ Bangladesh” kata suami. “ kita akan transit di Dakka nanti” sambungnya lagi . “ leerr tak jadi le transit Dubai ?” Saya bertanya dgn rasa hairan. “ Tak le tuu” jawab suami sambil tersengeh. Ketika di KLIA seorang jemaah berbisik pada saya “ sebenarnya  tiket kita tu telah di tukar dgn group lain, sebab ada yg minta tukar dan sanggup bayar lebih. Tu yg dapat flight bangla tu.Tak bagus betol la depa buat kita camtu, dlm nak buat kerja baik pun ada perangai macam tu juga”. Saya terdiam tak tahu nak jawab apa.Tapi kemudiannya bersuara “tak pa kak, manalah tau, mungkin inilah kenderaan terbaik yg Allah pilih untuk bawa kita ke sana, kita doa la biaq selamat pegi dan balik nanti .” Sebenarnya saya bukanlah jenis yang selalu positif untuk perkara yg tidak memenuhi hajat di hati. Tapi syukurlah  untuk urusan ke Mekah ini , Allah memimpin emosi serta perasaan dan saya jadinya  tidaklah  terguris atau terganggu  dgn sedikit  ketidakselesaan yang datang menguji. Bahkan keterujaan saya ke tanah suci kekal mekar di hati. Saya benar2 tidak sabar utk berada di tanah yg suci lagi diberkati.

Alhamdulillah....kami ceria dan syukur dgn nikmat Allah.

Ustaz Nabil menyambut kedatangan kami di KLIA, kemudian kumpulan kami di bawa bergabung dgn kumpulan dari KL, ustaz Takiyuddin berada di situ. Selepas sedikit kata-kata aluan untuk kami, beliau sempat memimpin doa . Rupanya ketika urusan chek in, saya mendapat berita ustaz Takiyuddin tidak dpt bersama kami kerana visanya ‘sangkut’ di kaunter imigresen.Saya mmg tidak memahami masalah yg berlaku dan  tidak pula beriya ingin tahu. Di sudut hati saya memujuk diri “ memang benarlah, Allah tentukan siapa yg hendak diangkatnya ke sana nanti, sedangkan halangan yg berlaku ia sekadar penyebab sahaja.hakikatnya semua berjalan atas kehendak Allah. Di usik rasa kebimbangan, tidak berhenti saya beristighfar dan berdoa ” Rabbi yassir wala tuassir ” mudahkan urusan kami Ya Allah. Akhirnya ustaz Nabil dan Dr Nawar yg memimpin kumpulan kami. Alhamdulillah.Dr Nawar yg kebetulan ke mekah atas urusan kerja telah sudi memimpin kami sepanjang perjalanan.

mak ceria, dgn rakan mak tok yang lain

bersama Dr Nawar, angkasawan ke 3 selepas Dr Faiz.

1o jam transit di Dakka satu tempoh yang lama juga. Kami di bawa ke hotel dalam satu perjalanan singkat  tapi sungguh ‘memikat’. Saya terkejut melihat suasana di Dakka airport lebih bising  dari pasar malam. Banyak nyamuk dan terasa lemas dgn asap rokok yg memenuhi ruang  😀 Kami bersembahyang subuh di satu sudut yg jauh dari laluan orang ramai, dan hanya berlapikkan sejadah usang yg ditinggalkan oleh jemaah tabligh di situ.

Akhirnya 3 buah van digunakan untuk mengangkut kami ke 2 buah hotel yang berasingan. Terkejut  melihat kesemua  pemandu kenderaan di jalanraya  menekan hon sepanjang masa tanpa ada tujuan apa2. Dan mereka kelihan ceria dapat menggamatkan suasana. Traffic light seperti hilang fungsinya, mereka meredah laluan yg sesak itu dgn tangan yg tak pernah letih menekan hon. Bunyi bising deru enjin serta hon kereta yang ditekan bertalu itu memang membuatkan kita rasa jantung seperti longgar dari tangkainya, semua pemandu memandu kenderaan dgn laju dan kasar. Mereka sedayanya cuba menyelit-nyelit di celahan kenderaan yg bertali arus. Bas yg terdapat di jalanraya seperti ‘besi buruk bergerak’ yg menanti masa utk dilupuskan, uzur dan berlubang di sana sini namun masih digunakan. Penumpang  padat dan disumbat hingga bas ketat, tapi bas tetap meluncur laju langsung tak kelihatan seperti membawa muatan yg sendat dan berat.

suasana dalam van

Saya hampir menjerit bila pemandu van kami mengeluarkan  sebatang  paip besi dan mengetuk2 bumbung sebuah teksi yg datang menghimpit dan cuba menghalang laluannya, sedang tangan yang satu lagi menekan hon tanpa henti, bertubi-tubi. “ astaghfirullah” bibir beristighfar mengiringi ketakutan saya dgn suasana sebegitu, doa saya agar tidak ada perkara buruk yg berlaku.” kalau kat malaysia, perang besar ni” getus hati kecil saya.  Apa yg mengagumkan saya, tidak ada garis tegang pada wajah mereka sekalipun mereka seperti memandu macam org mabuk saja. Saya yg berada dibahagian paling belakang van tersebut terasa seperti berada dalam ‘blender’. Saya betol2  ‘lumat’ tatkala sampai di hotel sekalipun perjalanan utk ke situ sekitar limabelas minit sahaja….Allahuakhbar, dapat bilik terus merebahkan diri. Saya gelak tergolek tatkala badan yg letih kesan vibration dlm van ini dihempaskan ke katil . Terasa seperti jatuh di atas timbunan sabut kelapa. ” mak ooii…kerasnya tilam, nampak tebal bukan main lagi aaa “…kikikiki

kenangan di bilik hotel 3 bintang, bersama tilam Dakka yang empuk

Sebenarnya Dakka sebuah pekan yang hebat. Bandarnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi yakni sekitar 30 juta org,  menyamai penduduk semenanjung Malaysia. Sekalipun prasarana dan pembangunan di sini kelihatan 30 tahun tertinggal di belakang, anda akan dapati bandarnya sesak dan sibuk sepanjang masa. Saya mendapat tahu orang Malaysia kalau singgah di Dakka akan ambik peluang untuk tempah kot atau bush jacket. Selain fabriknya lebih bagus,upah dan kos menjahit kot di sini juga lebih murah. Suami berpeluang ronda-ronda bandar Dakka ketika keluar membeli kain ihram bersama seorang pekerja hotel. Dia terlupa kain ihramnya dah masuk kargo. Katanya ” best la naik beca kat sini, org yang tarik beca tu lari lajuuu “.

jalanraya depan hotel....gambar disnap dari tingkap bilik kami

Alhamdulillah, cantik apa yg Allah atur utk saya. Peluang singgah di Dakka ini jadi pengalaman indah buat saya.  Hotel dikatakan bertaraf 3 bintang , tapi tidur dikatilnya terasa seperti tidur di atas papan, manakala  penghawa dinginnya  adalah edisi tahun 80 an yg mengeluarkan bunyi ‘deruman’ yg menghiburkan 😀  Yang paling saya ingati dan sangat saya puji  tentang Bangladesh atau Dakka ini ialah nasi bariani di sini…. ia memang sedap dan istimewa sekali….sedap sekali. Qasim yang ramah melayan kami di hotel juga sangat bangga bila bercerita tentang keistimewaan nasi bariani Dakka. Saya ikhlas ni, jangan anda takut memilih Biman Airlines utk ke Jeddah, ia mungkin menyediakan pengalaman penerbangan yg indah dan  anda juga akan berpeluang menikmati  3 kali hidangan nasi bariani  ketika dlm flight, tidakkah itu hebat? 😀

Nasi Bariani Dakka.

Bergambar kenangan dengan Qasim.

dah siap berihram, selepas makan malam kami bertolak ke Jeddah

Alhamdulillah …. semuanya antara nikmat Allah yg tidak terhitung.

« Older entries