Saya tidak lah obsess sangat tentang syarikat penerbangan mana yg nak dipilih utk membawa kami ke Mekah. Semuanya saya serahkan pada agensi. Mulanya kami dijanjikan penerbangan dgn Emerates, kemudian bertukar kpd Qatar Airlines , akhirnya seminggu sebelum bertolak confirmation telah diterima bahawa kami bakal terbang dengan Biman Airlines.
“ syarikat mana tu bang” tanya saya ingin tahu “ Bangladesh” kata suami. “ kita akan transit di Dakka nanti” sambungnya lagi . “ leerr tak jadi le transit Dubai ?” Saya bertanya dgn rasa hairan. “ Tak le tuu” jawab suami sambil tersengeh. Ketika di KLIA seorang jemaah berbisik pada saya “ sebenarnya tiket kita tu telah di tukar dgn group lain, sebab ada yg minta tukar dan sanggup bayar lebih. Tu yg dapat flight bangla tu.Tak bagus betol la depa buat kita camtu, dlm nak buat kerja baik pun ada perangai macam tu juga”. Saya terdiam tak tahu nak jawab apa.Tapi kemudiannya bersuara “tak pa kak, manalah tau, mungkin inilah kenderaan terbaik yg Allah pilih untuk bawa kita ke sana, kita doa la biaq selamat pegi dan balik nanti .” Sebenarnya saya bukanlah jenis yang selalu positif untuk perkara yg tidak memenuhi hajat di hati. Tapi syukurlah untuk urusan ke Mekah ini , Allah memimpin emosi serta perasaan dan saya jadinya tidaklah terguris atau terganggu dgn sedikit ketidakselesaan yang datang menguji. Bahkan keterujaan saya ke tanah suci kekal mekar di hati. Saya benar2 tidak sabar utk berada di tanah yg suci lagi diberkati.
Ustaz Nabil menyambut kedatangan kami di KLIA, kemudian kumpulan kami di bawa bergabung dgn kumpulan dari KL, ustaz Takiyuddin berada di situ. Selepas sedikit kata-kata aluan untuk kami, beliau sempat memimpin doa . Rupanya ketika urusan chek in, saya mendapat berita ustaz Takiyuddin tidak dpt bersama kami kerana visanya ‘sangkut’ di kaunter imigresen.Saya mmg tidak memahami masalah yg berlaku dan tidak pula beriya ingin tahu. Di sudut hati saya memujuk diri “ memang benarlah, Allah tentukan siapa yg hendak diangkatnya ke sana nanti, sedangkan halangan yg berlaku ia sekadar penyebab sahaja.hakikatnya semua berjalan atas kehendak Allah. Di usik rasa kebimbangan, tidak berhenti saya beristighfar dan berdoa ” Rabbi yassir wala tuassir ” mudahkan urusan kami Ya Allah. Akhirnya ustaz Nabil dan Dr Nawar yg memimpin kumpulan kami. Alhamdulillah.Dr Nawar yg kebetulan ke mekah atas urusan kerja telah sudi memimpin kami sepanjang perjalanan.
1o jam transit di Dakka satu tempoh yang lama juga. Kami di bawa ke hotel dalam satu perjalanan singkat tapi sungguh ‘memikat’. Saya terkejut melihat suasana di Dakka airport lebih bising dari pasar malam. Banyak nyamuk dan terasa lemas dgn asap rokok yg memenuhi ruang 😀 Kami bersembahyang subuh di satu sudut yg jauh dari laluan orang ramai, dan hanya berlapikkan sejadah usang yg ditinggalkan oleh jemaah tabligh di situ.
Akhirnya 3 buah van digunakan untuk mengangkut kami ke 2 buah hotel yang berasingan. Terkejut melihat kesemua pemandu kenderaan di jalanraya menekan hon sepanjang masa tanpa ada tujuan apa2. Dan mereka kelihan ceria dapat menggamatkan suasana. Traffic light seperti hilang fungsinya, mereka meredah laluan yg sesak itu dgn tangan yg tak pernah letih menekan hon. Bunyi bising deru enjin serta hon kereta yang ditekan bertalu itu memang membuatkan kita rasa jantung seperti longgar dari tangkainya, semua pemandu memandu kenderaan dgn laju dan kasar. Mereka sedayanya cuba menyelit-nyelit di celahan kenderaan yg bertali arus. Bas yg terdapat di jalanraya seperti ‘besi buruk bergerak’ yg menanti masa utk dilupuskan, uzur dan berlubang di sana sini namun masih digunakan. Penumpang padat dan disumbat hingga bas ketat, tapi bas tetap meluncur laju langsung tak kelihatan seperti membawa muatan yg sendat dan berat.
Saya hampir menjerit bila pemandu van kami mengeluarkan sebatang paip besi dan mengetuk2 bumbung sebuah teksi yg datang menghimpit dan cuba menghalang laluannya, sedang tangan yang satu lagi menekan hon tanpa henti, bertubi-tubi. “ astaghfirullah” bibir beristighfar mengiringi ketakutan saya dgn suasana sebegitu, doa saya agar tidak ada perkara buruk yg berlaku.” kalau kat malaysia, perang besar ni” getus hati kecil saya. Apa yg mengagumkan saya, tidak ada garis tegang pada wajah mereka sekalipun mereka seperti memandu macam org mabuk saja. Saya yg berada dibahagian paling belakang van tersebut terasa seperti berada dalam ‘blender’. Saya betol2 ‘lumat’ tatkala sampai di hotel sekalipun perjalanan utk ke situ sekitar limabelas minit sahaja….Allahuakhbar, dapat bilik terus merebahkan diri. Saya gelak tergolek tatkala badan yg letih kesan vibration dlm van ini dihempaskan ke katil . Terasa seperti jatuh di atas timbunan sabut kelapa. ” mak ooii…kerasnya tilam, nampak tebal bukan main lagi aaa “…kikikiki
Sebenarnya Dakka sebuah pekan yang hebat. Bandarnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi yakni sekitar 30 juta org, menyamai penduduk semenanjung Malaysia. Sekalipun prasarana dan pembangunan di sini kelihatan 30 tahun tertinggal di belakang, anda akan dapati bandarnya sesak dan sibuk sepanjang masa. Saya mendapat tahu orang Malaysia kalau singgah di Dakka akan ambik peluang untuk tempah kot atau bush jacket. Selain fabriknya lebih bagus,upah dan kos menjahit kot di sini juga lebih murah. Suami berpeluang ronda-ronda bandar Dakka ketika keluar membeli kain ihram bersama seorang pekerja hotel. Dia terlupa kain ihramnya dah masuk kargo. Katanya ” best la naik beca kat sini, org yang tarik beca tu lari lajuuu “.
Alhamdulillah, cantik apa yg Allah atur utk saya. Peluang singgah di Dakka ini jadi pengalaman indah buat saya. Hotel dikatakan bertaraf 3 bintang , tapi tidur dikatilnya terasa seperti tidur di atas papan, manakala penghawa dinginnya adalah edisi tahun 80 an yg mengeluarkan bunyi ‘deruman’ yg menghiburkan 😀 Yang paling saya ingati dan sangat saya puji tentang Bangladesh atau Dakka ini ialah nasi bariani di sini…. ia memang sedap dan istimewa sekali….sedap sekali. Qasim yang ramah melayan kami di hotel juga sangat bangga bila bercerita tentang keistimewaan nasi bariani Dakka. Saya ikhlas ni, jangan anda takut memilih Biman Airlines utk ke Jeddah, ia mungkin menyediakan pengalaman penerbangan yg indah dan anda juga akan berpeluang menikmati 3 kali hidangan nasi bariani ketika dlm flight, tidakkah itu hebat? 😀
Alhamdulillah …. semuanya antara nikmat Allah yg tidak terhitung.
piz said,
21 April 12 pada 2:28 am
Assalamualaikum…
Seronok bace catatatn sini…
Sy pon ingt nk buat jg catatan gini…
tp masa tu abis begitu shj…
Sy pun Alhamdulillah dpt pergi umrah bln 3 hr tuh jg…
Sy plak terpilih naik Sri Lankan Airlines ke Jeddah… lepak kat colombo semalaman… 😀
ummuhanah said,
21 April 12 pada 6:28 pm
piz….lama tak dengar berita, alhamdulillah piz juga sudah ke sana.
akak menulis ketika ada keinginan….kenangan di tanah suci, masih mekar di hati…tidak putus doa untuk dapat berkunjung lagi. Hajat di hati untuk menjadi tetamu haji pula seterusnya kunjungan umrah bersama suami dan anak2….semoga Allah izinkan….InsyaAllah.
sidqi87 said,
27 April 12 pada 10:48 am
Assalamualaikum Puan.
Tahniah Puan dan Suami baru sahaja mengerjakan Umrah dan semoga Umrah Puan sekeluarga itu diterima Allah.
InsyaAllah, saya dan isteri juga dalam perancangan untuk berumrah sekitar Jun ini, dan kami mungkin akan memilih Biman Airlines kerana harganya yang lebih murah.
Selain daripada pengalaman yang Puan ceritakan, ada lagi tak kesulitan yang Puan alami terutamanya semasa menaiki Biman dan di Dhaka? Bukan apa, kalau kami sudah tahu kesulitannya, mudahlah bagi kami bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan kelak.
Kalau Puan dan Suami ada nasihat untuk kami dalam mengerjakan Umrah juga sangat baik untuk kami mendengarkannya, kerana ini merupakan Umrah pertama kami, dan kami baru sebulan setengah berkahwin.
Barakallah fikum, Jumu’ah mubarakah.
Muhammad Sidqi.
ummuhanah said,
27 April 12 pada 11:49 am
mabruk ..pengantin baru rupanya. Memang indah memperolehi hadiah perkahwinan dan bulan madu berupa pakej mengerjakan umrah..akak teruja dan turut merasa gembira.
InsyaAllah, Biman Air ni pun bagus…selamat menjamu nasi bariani nanti. Selain nasi yg sedap, pramugarinya secantik Madhuri Dixit dan pramugaranya seiras Shah Rukh Khan sedia melayan anda, cuma mereka ni kurang senyuman .. 😀 melawak ajer…
Biasanya tempoh transitnya agak lama… kalau boleh ronda2 bandar Dhaka tentu seronok. …
saya tidak alami apa2 kesulitan di sana. Program berjalan lancar. Cuma terkejut dgn budaya masyarakat sana yg nyata berbeza dgn kita, tu je.
InsyaAllah, saudara juga akan dipermudahkan Allah nanti.
sidqi87 said,
27 April 12 pada 12:01 pm
Terima kasih Akak 🙂
Alhamdulillah, Umrah ni, selain rezeki drpd Allah, ialah atas bantuan mak ayah kedua-dua belah pihak, syukur.
InsyaAllah kami akan gunakan waktu transit sebaik mungkin untuk melihat budaya yang berbeza. Tapi nak tengok pramugari tak boleh lah kut, nanti kena cubit dengan orang sebelah hehe.
Terima kasih sekali lagi atas perkongsian Akak. Semoga Allah membalas kebaikan buat Akak sekeluarga.
Barakallah fi kum.
Muhammad Sidqi.
fikru1mustanir said,
9 Mei 12 pada 7:09 pm
Salam,
Pengalaman yang menarik cikgu. Advanture sungguh. Terima kasih kerana sudi kongsikan.
Bulan 3 lepas saya & keluarga ke tanah suci juga. Memang pengalaman transit dalam penerbangan agak meletihkan.
ummuhanah said,
10 Mei 12 pada 8:47 pm
Alhamdulillah …. anda juga sudah ke sana ….. mungkin berselisih dgn saya kot. 😀
aidil fitri said,
13 Julai 12 pada 12:49 pm
Kita harus bersyukur kepada allah S.W.T. dengan limpah kurnianya telah memakburkan doa kita semua.