better late than never :)

😀    better late than never …

Ingatkan tahun ni memang ‘tak de’, disebabkan masa berlalu sudah beberapa minggu lamanya …..maka kami tidak mengharapkan apa-apa. Tapi atas desakan dan kehendak murid2, akhirnya pihak sekolah izinkan juga supaya tak de sesiapa yg rasa terkilan disebabkan tiada sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ahh…sambutan hari guru di luar musimnya…. lucu dan rasa malu la pulak 😀 , rasa macam dah hilang seri sebab dah basi. Maka tidaklah begitu teruja dan ternanti-nanti, tak sambut pun tak kecil hati, kata kami berkali-kali  …. cheewaah ye ke ni???.., mungkinkah sedang cuba menyembunyikan emosi atau rasa  ‘kecik hati’ sebab  tahun ni kedatangan Hari Guru seperti tidak dipeduli ??? …. 😦 kikikiki…luahan rasa cikgu tua yg semakin mudah terguris hati ….saya lah guru tua ini.

Dalam mesyuarat guru, kami pada awalnya ingin membatalkan saja sambutan hari murabbi tahun ini memandangkan tarikh sambutan hari guru sudah lama berlalu. Ketika hadirnya hari guru pd Mei lalu, kami sibuk dgn peperiksaan pertengahan tahun maka sambutannya ditangguhkan dahulu. Sehinggalah pada isnin lepas  barulah kami berpeluang mengada sambutan hari murabbi yg sederhana  setelah puas ‘mencari-cari’ hari/tarikh  yang bersesuaian ….sibuk semedang!

Ucapan tahniah harus diberikan kepada pelajar tingkatan empat (selaku jawatan kuasa pengendali) yg telah bertungkus lumus menjayakan sambutan hari murabbi, biarpun kami tahu mereka ini masih tercungap-cungap keletihan menjalani kehidupan selaku warga sekolah ini yg tak putus2 diintai aktiviti. Sebenarnya mereka baru saja selesai menjayakan hari kantin pada rabu minggu lepas dan terus menyambung program mukhayyam di Gertak Sanggol pada hari khamisnya sehingga hujung minggu tersebut. Alhamdulillah….saya nampak mereka ‘kuat’ dan bersedia menerima cabaran yg ada di hadapan mereka. Saya panjatkan doa agar Allah memperkuatkan hati dan ketabahan murid2 saya tatkala terdetik rasa simpati pada mereka melihat keletihan menjayakan aktiviti2 dan program di sekolah ini….inilah latihan sebenarnya. Mereka mesti diasak dgn cabaran demi cabaran bagi menimba pengalaman membangunkan kepribadian.

Sambutan hari murabbi kali ini biarpun diadakan dlm suasana agak ‘kalut’ namun ianya tidaklah mengecewakan. Di kelas tingkatan empat semalam saya lahirkan penghargaan dan terima kasih kepada mereka. “the best sambutan hari murabbi” kata saya sambil thumbs up pada mereka. Selain permainan sukaneka yg buat saya rasa happy macam budak2 tadika… saya paling syok dengan permainan ukhwah pipi. Berpasangan dengan khadijatul nabilah yg saya panggil ‘anak patung barbie’ kerana memiliki mata cantik macam anak patung 😀 …takkan terlupakan susah payahnya berdakapan dengan nabilah sambil membawa belon air yg lembek dicelah pipi kami utk ke garisan penamat…seksa.

Paling terharu saatnya bila  setiap dari kami (muallim dan muallimah) semua dipimpin pelajar tingkatan 5 memasuki dewan sekolah dalam acara ‘red carpet’ diiringi alunan nasyid tema hari guru dalam tepukan gemuruh dari para pelajar. Acara di dewan sungguh menghiburkan. Saya yg memang tidak mampu menahan emosi berkali-kali mengesat airmata sebak menikmati sajak dan ucapan dari murid2 kami…” kak mahani jangan nangis la, nanti saya tak tahan juga” kata Dzilal di sebelah saya. “sob..sob..sob..bukan akak sorang yg jadi Neng Yatimah hari ni Dzilal….. tengoklah tu….kak mai, kak asma, Ainon, kak nora…erghh..semua mengesat mata …..sob…sob..sob …alahai ..shahdu sungguh hati cikgu-cikgu, dah menangis sakan ni…. hilang ‘ayu’  …. huhuhuhu.

macam selalu…..ada jamuan nasi bariani, dapat hadiah hari guru…dan KEK…..eiiii kek lagiii….

Terima kasih untuk  murid2ku ….. tiada yg lebih bermakna utk perjalanan hidupku sebagai seorang guru, melainkan doa kalian agar Allah ampunkan dosa2ku, kemaafan kalian terhadap segala pengabaianku terhadap hak-hakmu, harapan kpd rahmat Allah ke atas segala usaha baikku dan amalan kalian dari kebenaran ilmu yg kusampaikan padamu.

terima kasih …

Terima kasih …

Untuk kasih dan cinta….

perhatian dan pengorbanan….

kesabaran dan kesetiaan…
perlindungan dan kemaafan…
bimbingan dan pertolongan…

untuk empat insan comel yg kulahirkan…

untuk semua saat yg kita lakarkan bersama..

untuk ketabahan ketika ujian menduga…

untuk dakapan setiamu saat aku bahagia dan terluka…

tak mungkin ternilai budi dan cinta…

insan yg sekian lama melangkah bersama …

memberikan makna keindahan pada hidupku dan anak-anak,

terima kasih abang … abang anugerah Allah untuk kami semua..

paling berharga , paling istimewa…

SELAMAT HARI BAPA

Hari ….

12 Jun…

memulakan persekolahan pada hari ahad setelah 2 minggu bercuti. Saya tidak ceria hari ini. Ketika khusyuk di meja menyiapkan baki menyemak kertas dan key in markah murid2 saya, tiba-tiba ada yg menegur “ eh macam tak dengar suara mahani hari ni, senyap sunyi dari pagi” kak azizah seakan menyapa kebisuan saya. ” eh ye ker ?” tanya  saya pula. ” oo ni mesti sebab Kelantan kalah bolasepak malam tadi ni ” Dzilal pula bersuara. ” tak pa kak mahani, kalah ke menang ke tok guru dah bagi cuti hari ni” sambung Dzilal lagi. Saya tergelak kecil dan menyambung kerja semula. Kemudiannya ada rakan yg baru menyedari bahawa hari ini adalah harijadi saya …maka datanglah kawan2 memeluk dan ucapkan tahniah kat  ‘birhday girl’ yg sejuuk je hari  ini…hehehe lawak betol la bila ada yg mengusik saya “ cik abe tak perasan kot hari  ni birthday mahani tu yang nampak moody je ni” akhirnya saya tergelak juga. Kata hati kecil saya ini ” apa la yg hangpa cakap ni, tidaklah isu bolesepak atau isu birthday  yg menikam hangus hati saya ini…tidak sama sekali “.

Alhamdulillah ... yang tahun lepas pun masih baru lagi 😀

Saya menerima sehelai tuala dari pihak Tarbiyyah sekolah sebagai birthday present hari ini. Cantik kerana terdapat sulaman tulisan ‘happy Birthday’ berwarna warni. Saya hargai ingatan pihak tarbiyyah sekolah ini walaupun hari ini saya tidaklah happy. Ketika Kak Sal melepasi meja saya seusai solat dhuha dia berkata ” sabar itu memang susah tapi indah, kalau kembalikan semuanya pada Allah, InsyaAllah semua perkara jadi mudah dan hati kita tak rasa kalah”. Saya tersentak dan mengangguk beberapa kali . Itulah ‘magik’nya naqibah saya ini. Seringnya saya tak perlu dedahkan apa yg ada di sebalik tirai hati, sebaris dua kata darinya seperti datang menyingkap tabir  dan menumpahkan penawar utk saya agar sedar dari kealpaan dan kembali meneguhkan diri. “ kalau boleh tolong fikir2kan cadangan aktiviti untuk mukhayam guru awal bulan depan ” bisik Kak Sal kpd saya. saya angguk dan tersenyum.

kita ni, kalau birthday mesti nak ada kek...kenapa ya ?

Di rumah, rupanya suami dan anak2 tidak lupa pada ‘hari lahir’ saya ini. Sempat suami belikan sebiji kek dan sepasang kasut sebagai hadiah ulangtahun saya. Eh, agaknya dia perasan kasut yang lasak saya gunakan setiap hari ke tempat kerja itu sudah lusuh dan sudah patut berganti…..macih ….macih…macih… kebetulan saya memang perlukan sepatu hitam utk dipakai setiap hari kokurikulum nanti. Saya terlelap di sofa ketika anak2 kejutkan utk makan kek harijadi yg depa beli….” baba tak nak beli kat secret recipe, kami beli kat depan tu je ummi ”  kata Insyirah dalam nada tak puashati  ” Kedai jauh kak, baba tak larat nak pi hari dah nak  maghrib ni, lainkali la kita beli” saya pujuk insyirah.

tak pernah suami hadiahkan kasut sebelum ini. 😀

Hanah hadiahkan seutas gelang manik oren kepada saya. “ beli kat kawan sekolah” kata Hanah bila ditanya dari mana datangnya gelang itu . “ cantik, berapa harga?” tanya saya lagi “ kalau beli satu harga dua kupang, beli dua lima kupang” jawab hanah. ” hah! camtu ka?” terkejut saya mendengar ‘urusniaga’ anak saya dgn rakan sekelasnya. Adeiiih, Raihanah belikan saya barang second hand utk hadiah harijadi saya ini 😀 , Kemudiannya dia bercerita ttg bisnes barang2 terpakai oleh kawannya ini termasuk pensil, getah pemadan, key chain dan sharperner. “ kakak dia dah tak mau pakai, tu dia jual kat kami”  hmmmm, saya nak kena rujuk guru tadikanya tentang bisnes anak2 kecil ini… 😦

15 Jun

tahun depan kita buat 'grand' sikit, jemput org luar datang....kata pengetua.

Hari kantin Sekolah. Pertama kali diadakan atas usaha dan kelolaan Kelab Usahawan Sekolah. Hari rabu bukan hari yg munasabah diadakan hari kantin memandangkan khamis masih bersekolah,  tetapi diteruskan juga kerana tiada pilihan hari yg sesuai memandangkan  jadual  aktiviti sekolah padat sekali. Saya menjual nasi kerabu, tepung pelita, dan agar2. Waktu tengahari biras saya hantar tempahan nasi goreng dan bihun singapura utk dijual digerai saya……agak klasik dan tradisional menu jualan yg saya tampilkan bebanding  dgn gerai murid2 saya yg menjual kebab, rojak, nugget, sosej, benjo, roti pita, pai singapura, cup corn, ice blended dan macam2 lagi. Resepi orang tua-tua dari saya seperti solok lada,  ikan celup tepung,  ayam masak sambal dipadankan dgn nasi kerabu rupanya mendapat tempat juga di kalangan rakan guru dan murid2 yg dah biasa makan  nasi kerabu. Waktu tengahari je nasi kerabu  habis. 4 ekor ayam, 30 ekor ikan kembung dan 30 biji solok lada yg saya masak  turut  ‘licin’ dibeli pelanggan. Yang  lucunya  bila pelajar dari sekolah rendah datang membeli nasi kerabu dan lauk ayam saya tapi cuma boleh membayar seringgit saja. ” mana nak untung kalo camni”  kata nurin yg membantu di gerai saya ,” tak pa lah nurin , untung akhirat ”  nama pun budak2. maklumlah hari ni macam2 ada…. tentu banyak yg ‘terliur’ dan teringin mencuba walau duit poket mungkin tak cukup .

berbanding jual nasi kerabu...best lagi jadi cikgu 🙂

Tapak gerai diserang angin kencang pada waktu tengahari . Panik juga bila salah satu khemah jualan hampir ‘diangkat’ angin. Kami semua berusaha merendahkan tiang khemah utk kurangkan risiko bergoyang ditiup angin. Bertebangan barang2 yg ringan termasuk kerusi plastik dan bekas2 makanan. salah satu meja jualan terbalik menyebabkan segala barang jualan turut terpelanting sama. Ada plastik berisi duit jualan yg turut terbang dibawa angin. riuh rendah suasana seketika. Syukurlah ia tidak lama, angin kembali reda dan suasana kembali tenang utk kami teruskan berniaga.

waaahh tokey char kue tiaw ni untung beso semalam ya..

Dasyat juga nak buka gerai makanan ni. Persiapan tak semudah yg disangka. suami turut membantu memasak 10kg beras pada awal pagi itu sebelum ke pejabat. “makasih noo” kata saya menghargai bantuannya ” ten percent” kata suami saya pula ” alaa, nanti ummi kasi upah lebih dari ten percent laa” saya tergelak . Banyak bantuan suami hukurkan tanda sokongan la rasanya, termasuk menemani saya berbelanja di pasaraya membeli barang2 keperluan,…sadisnya modal terpaksa diambil dari poketnya juga…biasa laa,  😀

Letih meniaga ni….kata hati kecil saya. tapi seronok menimba pengalaman di luar tugas seorang guru dan di luar rutin bilik darjah. Tidaklah pasti tentang keuntungan wang ringgit yg saya terima, jangan rugi , break even tak pa, kata suami saya. Tapi pengalaman ini indah buat saya. Bermula dari susah membeli barang2, memasak, membuat persediaan dan berpenat lelah dimeja jualan, mengemas peralatan yg digunakan telah melupakan sedikit saya pada torehan luka dihati ini . Terserempak dgn murid2 sekolah rendah dan murid2 saya tadi  ada yg berjenaka dgn saya ” nasi kerabu ambojauh…solok lado..solok lada…. tepung pelita  kempen jimat elektrik…..” mengekek depa mengusik dan memerli saya. Hissh… nak kena budak2 ni laa…

terima kasih utk Aida dan kawan2 yg sempat buatkan poster iklan ini utk saya semalam..... sempoi jer ! 😀

Tiada yg sia-sia berlaku dlm kehidupan manusia, semua pengalaman yg dilalui, yg baik dan yang buruk yang pahit dan yang manis tetap ada hikmah disebaliknya, tidak mampu ditemui dan dirasai akan hikmahnya hari ini … mungkin akan mampu difahami dan dihargai pula suatu masa nanti,..itulah yg menjadi harapan hati kecil saya ini… InsyaAllah…

Negara Berkebajikan … utk ummah yg sejahtera.

Allahuakhbar….alangkah pelik kehidupan manusia ini…semuanya nampak ‘bermasalah’ baginya. Jika ada kebaikan yg diura-urakan dan kebaikan itu bukan dari kumpulannya, langsung tidak ada kesudian utk turut mengusahakannya. Bahkan dicari dari sudut dan ruang mana boleh dicungkil kelemahan pihak yg ditentang dan tidak dipersetujui itu disebarkan sehingga mempengaruhi org ramai.

Isu negara berkebajikan yg disebut-sebut oleh TGHH bukan saja menjadi ejekan dan momokan UMNO yg memang benci dgn islam, tapi turut disangsi dan diserang oleh golongan yg mengaku sayangkan Islam dan saudaranya. Bagi ahli Pas, saya mendoakan mereka mampu bersabar dlm proses menyelami dan memahami maksud tuan presiden ini. Saya faham bukan semua mampu menerima dgn tenteram apatah lagi ada usaha2 dari kalangan gerakan dakwah sendiri yg mempertikaikan.

Adalah menjadi perkara biasa sikap yg diambil oleh pucuk pimpinan kadang2 menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puashati dari sesetengah kalangan ahli bawahan sendiri, kerana mereka tidak memahami sebahagian atau seluruh sikap atau dasar yg diambil itu seperti mana yg difahami oleh pihak yg bertanggungjawab di dalam pucuk pimpinan jemaah.

Dalam satu kisah masyur, di mana saidina Umar Al khattab pernah melahirkan tidak puashati beliau terhadap keputusan perjanjian Hudaibiyyah oleh nabi saw, padahal Umar adalah antara sahabat yg sering mendapat ilham, tapi dlm isu ini beliau tidak dapat menyelami hikmat tersirat di sebalik perjanjian itu sehingga Abi bakar menerangkan dan meminta beliau utk iltizam. Maka beliau berpuashati dan hilanglah keraguan di hati. Sekiranya beliau bertindak menyebarkan rasa tak puashati dan mempengaruhi umat islam lain melahirkan sokongan terhadap sikap tidak puashatinya, tentulah keadaan akan buruk sekali.

Saya memiliki beberapa buku tafsiran surah dari TGHH, antara yg saya miliki ialah tafsiran surah dari kitab at Tibyyan yg begitu detail sekali dan surah al Insan yg dikupas secara perinci. Atas pengalaman ini saya menyakini TGHH org memiliki ilmu dalam pentafsiran ayat dan tidaklah mungkin ada keinginan utk menyeleweng tafsiran ayat bagi kepentingan pribadi. Jika diberi pilihan kepada sayautk cenderung kpd kefahaman terhadap satu ayat quran dari seorg jurutera berbanding seorg ulama yg tua ilmunya, anda boleh teka yg manakah akan menjadi pilihan saya ini. “mmm kalau dah taksub”…itulah tuduhan yg saya terima selama ini…biarkan.

TGHH menulis di laman Fbnya,

“ Respon kepada mereka yang mempertikaikan Negara Berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS :
Itu adalah kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam. Insya’Allah, saya akan terbitkan satu buku yang akan menerangkan apa itu negara berkebajikan, berlandaskan perlembagaan PAS yang berpandukan Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias. – tok guru haji hadi.

Maka harap semua yg melihat komitmen Pas dlm menyediakan politik yg lebih adil kepada rakyat, dapat bersabar menanti penjelasan TGHH jika rasa sangsi dan masih tidak cukup dgn penjelasan setakat ini. Saya yakin siri penjelasan akan muncul selepas ini dari pimpinan Pas, dgn KP Pas juga menulis di Fbnya berjanji utk turut menyentuh isu ini dlm waktu terdekat ini

Pada saya yg sering dilabelkan sebagai ‘memenangkan akal’ berbanding ayat Allah, akal saya sudah tentu akan tetap berkata ‘bukankah Islam itu memperjuangkan kebajikan hidup manusia didunia dan akhirat ? Bukankah apa saja yg nabi lakukan sebaik mendirikan pemerintahan Islam dimadinah adalah bermotifkan menjaga kebajikan?…bagaimana nabi membersihan sungai, merancang penempatan penduduk adalah utk kebajikan?..maka apa yg ‘harunya’ mempromosikan istilah negera berkebajikan setelah bertahun2 membawa ‘negara islam’ ia tidak mampu disahut secara sempurna oleh rakyat seluruhnya. Saya tidak nampak Pas mengubah dasarnya, hanya memberi nama baru utk usaha dan cita2 yg sama. Dasar pas masih islam . Jika mampu membariskan apa nilai2 yg dicakupi oleh ‘kebajikan’, maka antara maqasid kepada peraturan dan undang2 dlm islam juga adalah untuk menjaga kebajikan umat manusia…. kebajikan itu islam, mana ada kebajikan selain Islam….mana ada Loteri kebajikan atau kelab kebajikan peminum arak dalam islam?

Untuk ayat yg TGHH contohkan memang ayat ini digunakan mengikut asbabun nuzulnya adalah kpd kaum saba’, tetapi di mana ada kaedah diguna pakai mufassir dlm mentafsirkan ayat Allah swt iaitu al Ibrah bi umumillafzi la bi khususissabab, yg bermaksud : pengajaran dari ayat itu bukan kerana khusus sebab turunnya ayat itu, tetapi pengajarannya adalah dilihat pd lafaz yg umum.

Baldatun Tayyibah mmberi maksud antaranya ialah negeri yg ada kebaikan dan kebajikan. Maka di mana salah kalau TGHH mnjadikn tema Negara Kebajikan dgn ayat ini. Antara tanda betapa Al-Quran itu adalah mukjizat Allah saw ialah fleksibiliti petunjuk ayatnya untuk difahami dan dihayati di sepanjang zaman walaupun kebanyakan ayat2 quran ini diturunkan ada asbabun nuzul atau sebab khususnya.

Entahlah, saya mungkin benar taksub….pentaksub kepada kebaikan seperti saya ini terkesan dgn ngomelan ustaz zawawi yusof ketika merasa gembira dgn kemenangan pasukan bolasepak Terengganu ke atas kelantan dgn kata beliau “ seronoknya hidup bila mengejar gol, ramai penyokong, banyak umpanan sebab itu berpeluang mencipta gol. Islam juga perlu ada yg mengumpan dan menyokong. Sama2lah membantu bukannya menambah buntu. Kalau tak boleh menjadi pemain jadilah penyokong, islam perlukan ramai penyokong dan pembantu.

SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAH

Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina ‘Umar al-Khattab. Ijtihad dalam politik lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik. Ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia. Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting. Jika kita memberikan nama yang ‘islamik’sekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia, maka ia tidak boleh dianggap islamik. Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. Sebab itu, jika menamakan negara dengan ‘daulah islamiyyah’ tetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.

Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa. Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis siyasah akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar syariat. Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Dalam riwayat Abu Daud:

“Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani.)

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapuhan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati. Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata:

“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu. Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policytidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa. Untuk itu kita dapati para sarjana fekah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan.

Kata al-Munawi (meninggal 1031H) :

“Rabiah (bin ‘Abd al-Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab ‘Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-‘Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan”.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.).

Hal yang sama disebut oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa.

Kefahaman yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks. Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik islam.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.