asam jawa dari hati..

musim asam jawa tiba lagi, kali ni lebat tak terperi. Kata mak mertua saya, terkena tempias baja betik dari kebun betik bersebelahan.Jadi buahnya lebat bergugusan melandut dihujung dahan….fuk sakan weh!

Agen asam jawa mak mertua ….. itu saya. Jawatan disandang secara tidak sengaja bila saya membawa sebungkus dua untuk diperkenalkan kepada rakan sekerja. Tak sangka ramai pula yang meminatinya. Sampai sekarang saya masih menjual asam jawa  mertua setiap musim asam tiba.

hmmm…saya pernah  berkongsi sedikit cerita asam jawa ketika awal memulakan tulisan di blog saya.

Asam jawa atau asam celagi

Kesian mak, ceritanya kepada saya hampir setiap pagi dia mengutip asam jawa gugur dikawasan laman , sehingga lenguh-lenguh keting dan pinggang. Kadang dah penuh sebesen pun masih dia tak mahu cuci tangan… bila anak menantu bising melarang kerana bimbang terganggu kesihatan, mak selalu jawab…. tak boleh tengok…geram !

Pokok asam nan sebatang di tengah laman. Kadang buahnya lebat  dan kadang pula  buahnya jarang-jarang.Pernah pokok asam mak ‘merajuk sakan’  merosot hasilnya mak tak dapat keuntungan . Maklumlah pokok tua yang cuma sebatang , itu pun nyaris menjadi korban pembukaan ladang betik fasa kedua.Alhamdulillah umornya masih panjang biarpun pernah merajuk sakan dengan membantutkan pengeluaran. Waktu tu produksi cuma cukup-cukup makan . Pasarannya sekadar di kalangan menantu dan anak menakan.

Asam jawa yg siap dibungkus

2 minggu lepas mak kirimkan pada biras saya asam yg saya pesan. Beberapa minit je dibawa ke bilik guru, asam saya laku bertukar tangan. Licin tiada berlebihan. Itu pun 4 bungkus sudah di beli dua warga tua ,  jiran saya yg tinggal bersebelahan. Kecewa Tuan pengetua kerana telah berkali-kali ingatkan saya jika musim asam tiba,  tolong simpan beberapa bungkus asam utknya…nak dijadikan buah tangan utk keluarga di melaka. Saya akan order lain dgn mak mertua, itu janji saya pada pengetua.

makcik Bunga dan makcik Anom, jiran yg mula mencuba asam saya

Asam jawa mak saya memang istimewa….asam kampung memang ramai yg suka. Lagipun bukan banyak sangat yg mak usaha…alaa sebatang pokok cuma.Pokok tua tapi subur masih mewah hasilnya. Sekali musim dapatlah mak kumpul beberapa besen mungkin empat atau lima. Selepas dicungkil isinya, dikukus dan dipack kemas dlm plastik, maka sayalah pengedar tunggalnya…..marketing executive utk produk asam jawa mak mertua..

murah…sekilo tujuh ringgit dan sekati cuma lima ringgit saja. Bertahun-tahun saya pasarkan asam jawa mak di sekolah saya, cuma sekali-sekala saya juga menjual belacan buatan keluarga biras saya 😀 …. syyhhh janganlah order belacan dengan saya pula, malu sebenarnya…berbanding gelaran Mahani Belacan…sedap lagi dipanggil Mahani Asam …ngeh3x …jual belacan sekadar sampingan sahaja.

Ahad lepas mak lagi datang ke rumah saya. Dibawa beberapa bungkus asam yg sempat dikukusnya. Kata mak, dah ramai ejen tanpa tauliah yg datang ke rumah mak utk menjadi pemasar asam jawanya. Tak menang tangan mak nak menyiapkannya. Saya pula rasa tercabar kerana sudah ada saingan yg meranapkan status pengedar tunggal yg saya pegang sekian lama… ” mana aci mak, dah sain MOU dgn mahani tak yah la kasi org lain jual ” rengek saya sedikit merajuk . ” alahai, tak dan la kalo hang nak juai sorang-sorang mahani oii, hang pun sibuk kheja nak balik umah ambik asam mak bukan senang “ jawab mak pula. ” alaa mak bungkuih la banyak-banyak, masuk kotak pastu suruh solehah call habaq kat mahani balik kg ambik asam ” kata saya pula. ” hmm tabole la lagu tu, takkan oghang mai umah kita cari asam kita tak mau juai pulak, kesian”. balas mak pula. ” haa tak kigha aa … kalo nak asam jawa spesel,  depa kena mai caghi mahani kat sg petani la … habaq la mak tak menega, mak tukang buat ja. ” Saya memberi cadangan kedekut saya pada mak. ” alaah .. hang pun berkira sangat sampai tagha tu no….melampau ehh,  “ kata mak dalam gelaknya. Dah masak sangat dgn perangai saya  yg nak memonopoli pasaran asam jawanya….keh keh keh … tamak juga saya dgn asam jawa mak ni  ya 😀

Maka pada hari tu mak bawa 13  bungkus asam utk saya yang kesemuanya diborong oleh Pengetua di sekolah saya. Tak susah jual asam jawa mak mertua … kerana keistimewaannya, tak perlu kempen susah payah, pelanggan pasti datang mencarinya.

Hebat mak saya … tokey asam jawa yg yg sudah berusia. Dia tak reti nak bermalas-malas dgn tenaga tuanya. Semua yg ‘dipegang’ menjadi duit di tangannya. Tubuh yg tidaklah sekuat mana tapi cekal dalam usaha. Seronok melihat budi mak  pada tanah arwah pak mertua yg setiap sudut tidak di sesiakannya. Selain asam, mak juga pengusaha kekabu, petai dan menanam ulam-ulaman. Kebun betiknya  sehijau mata memandang, kebun getah, kolam ikan, deretan pokok nenas, pisang dan ikan kering turut ‘menjadi emas’ ditangannya. Ada  hasil tangan yg tidak dijualnya diperuntukkan kepada kami anak menantunya ‘menikmati’ setiap kali pulang ke rumahnya.Selain persahabatannya dgn tanam tanaman, mak turut akrab dgn tiga ekor lembu yg dibelanya…tiga ekor lembu yg sering saya sekeh kepala depa. Disebabkan lembu2 ni lah mak sering menolak pelawaan utk bermalam di rumah saya.

Untuk asam jawanya yg istimewa, ada cinta mak dalam asam jawanya, ia kebanggaan saya dan mungkin kenangan manis mak untuk saya. Selalu dalam ngomelnya ketika saya turut terbongkok-bongkok mengutip asam bersamanya ” asam ni kalau mak tak de nanti,  tak de sapa dah ‘nak berkisah’ membuatnya lagi. Mak masih ada ni boleh la hangpa makan dan merasa sikit sorang. Esok-esok bila tuan asam dah tak de, hangpa  kena beli jugak la nanti” itu yg sering mak sebut …. dalam bahasa tuanya yg sebenarnya penuh dgn bunga cinta sayangnya pada pokok asam yg berjasa.

senyuman menawan tokey asam ... dari tangan ajaibnya saya nikmati asam paling best di dunia

Aduhai mak, pasti takkan sama asam mak dgn asam yg dibeli. Asam mak adalah asam dari hati mak untuk kami,  … asam dari ibu yg subur dgn rasa kasih dan budi yg tinggi  … mustahil ada asam lain yg boleh menandingi asam mak ini. Ia asam jawa dari hati … asam celagi paling bessssttt sekali.

12 Komen

  1. fikru1mustanir said,

    22 Januari 10 pada 12:31 pm

    Salam,

    Aiii….buat kecuh je!

    Wasalam.

  2. ummusaif said,

    22 Januari 10 pada 2:24 pm

    sayu pulak rasa bila baca,kalu kelik kelate ktun kena makan sambal cuka bbanyak sb spesel,waaa pedas tu!

  3. rahman said,

    22 Januari 10 pada 4:06 pm

    salam…
    kakcik…wat meleleh airliur la tengok asam tu…..
    kakcik…nak mintak alamat rumah baru….
    e mail kat saya ye….bole la…bole la…bole la…

  4. ummuhanah said,

    23 Januari 10 pada 1:39 am

    @fikrulmustanir … apa yg kecuhnya ?…hamba menega asam jawa je .. tak de niat nak kecoh kecoh …

    @ummusaif,
    issk…saya citer pasal asam, kenapalah sambal cuka juga jadi pilihan … hmmm katakan tidak pada cuka, bertukarlah kepada asam jawa … pilihan tepat lagi bijaksana ..

    @rahman … meleleh air liur ka ?? ekau mengidam apaa ? 😀 😀

    nanti kak cik kasi alamat ya …

  5. fikru1mustanir said,

    23 Januari 10 pada 7:54 am

    Salam,

    Kecuh tengok asam jawa tu.
    Itu kira strategi pemasaran juga tu..nak oder camana? 🙂

    Wasalam.

  6. ummuhanah said,

    23 Januari 10 pada 10:28 am

    @FM ..waah …macam nak masuk pasaran nasional je asam jawa mertua saya ni ….

    lokasi jualan asam saya setakat ni di sekolah je … cuma kalau ada yg berbadan dua atau mengandung tua mengidam asam saya, bolehlah saya usahakan mengeposnya … ada ibu yg mengidamkah di rumah anda ??? 😀 😀

  7. nazifah[1 talhah ubaidillah ] said,

    28 Januari 10 pada 8:57 pm

    muallaimah,kalau,mak muallimah bawa lagi,boleh,ana pun dah terliur dah dgr nie..rasa,macam ada dpn mata ja….kalau boleh aa nak asam dia saja…..ana nak order,1 paket asam jawa,1 beg plastik asam jawa, berapa semua mlmh???????nanti kat sekolah ana bagi duit..

  8. ummuhanah said,

    1 Februari 10 pada 9:48 pm

    kah..kah kah…oppss maaf….
    memang tergelak besar mlh ni. Enti pun mengidam asam jawa jugak ke ? nanti la mlh bawa sikit ke kelas utk enti cuba dgn kawan2…sedap juga dicicah dgn gula…

  9. matlan said,

    10 Februari 10 pada 2:29 pm

    dari jauh duk perhati….hebat sungguh!!

  10. allya said,

    15 Februari 10 pada 6:26 am

    salam..
    article yg sangat menarik bg sy walaupown cita pasal asam jawa..
    dsebalik cita yg 1 nie ada beribu pengajaran bole dambik..
    walaupun mak nya dah tua.. xp still bole cari rezeki sndri n utk jamu ank beranak…(walaupown sbnrnya xpyh an) begitu kasihnya seorg ibu itu hgg xsanggup nk nyusahkn ank2 nya…org muda2 skunk nie semua nk senang hehe termsk lah sy.. asal ada duit jer.. duk umah goyang kaki jer..bukan nk pikir mcm mana nk tmbh ‘bank’.. asyik nk kopakkn duit mak ayh jer…konsep berkebun nie bkn utk org berusia dah.. org2 muda patut involve gak..

    sbg ank yg beribu bapakn yg berkerjaya moden.. sering terlupa keringat mereka berkerja siang mlm adlh utk lihat ank2 mereka senang..
    mmg xnmpk betapa lelahnya parents kita berkerja compare ngan mak nie….xp xkisah lah berpeluh ker tak bekerja..xp sbg ank kita harus hargai budi mereka dgn memblsnya dgn doa utk mereka yg plng ‘lekeh’ lah..

    setiap perkerjaan yg ikhlas pasti ada ganjaran nyer.. sbb tue ‘air tgn’ emak puan ‘menjadi’..
    susah nk cari manusia yg betul2 ikhlas kerna Allah… eventhou sy pown xmampu.. try jugak xp mungkin tahap kesabaran sy senipis bawang..
    xp insyaAllah cuba by hard or by crock hehe

    parents skunk nie cukup msa pencen, dpt duit bersara lagi..
    kdng2 ank2 nie terlupa nk sara mereka…mintak duit dr mereka ada lah..bukan nk bagi.. sedih plak menengoknya…
    apa2 pown sy mmg respct kat mak puan…
    apabila hidup seseorg itu dberkati Allah.. segala yg dkerjaknnya akan bermanfaat utk nya dah org sekeliling (anak2 of course dpt dulu kan hehe)

  11. ummuhanah said,

    19 Februari 10 pada 12:06 am

    allya, terima kasih utk komen yg ditinggalkan…..
    mak saya tak reti ‘tak buat’ kerja….sebab tu bila sesekali tinggal dirumah saya dia jadi sakit badan. Mungkin kerana fizikalnya tidak banyak pergerakan dan emosinya pula asyik rindu pada ‘persahabatan’nya dgn alam….tu yg sakit-sakit badan.

    minggu lepas bila saya pulang ke kampung, dia sibuk pula dgn projek bantal kekabu…tempahan dari sedara mara cukup menggalakkan. Pun begitu, seperti pokok asam, pokok kekabu mak juga cuma satu….tetapi tetap juga banyak jasa.

  12. zan said,

    30 September 14 pada 12:55 pm

    contac saya nak oder 0189403712


Tinggalkan komen