alahai ….

KUALA LUMPUR, Jan 25: MCA president Chua Soi Lek appears to be on a warpath, defending his criticism of Muslim women who chose not to shake hands with the opposite sex for religious reasons.

In an angry reaction to questions from reporters, Chua insisted that the norm practised by many Muslim women to avoid skin contact with the opposite sex during handshake was contrary to “basic culture and manners to shake hands”.

“I have been in the public life for many years. It’s part of the basic culture and manners to shake hands,” said Chua, who also scolded a reporter from online portal Malaysiakini, which first broke news of Chua’s attack on PAS candidate Normala Sudirman.

Chua had poked fun over Normala’s preference not to shake hands with the opposite sex, and compared it to a similar practice by PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“She will not come here (a Chinese temple), she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this.

“She is like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic values, go ahead and vote for PAS,” he said.

This was followed by deputy Domestic Trade Cooperative and Consumer Affair minister Tan Lian Hoe of Gerakan lashing out at Normala and saying her practise was proof of PAS’s goal to establish “an extremist Islamic state”.

“This is the most basic thing… Not only men, but when she shakes hands with women, she also needs to wear glove,” alleged Tan in the presence of her minister Ismail Sabri.

“This is not friendly. It’s as if she thinks our hands are dirty… I hope the Chinese voters are careful (with Islamic state). We are very worried about the Islamic state. They want to implement an extremist Islamic state,” she added.

Chua’s comments drew strong reactions from Muslims from both sides of the divide, with many recalling his sex video which exposed his adulterous affair in a hotel room in 2008. Even UMNO deputy president Muhyiddin Yassin chided him for raising religious issues in MCA’s bid to convince Chinese voters that PAS would trample on non-Muslim rights.

Chua however dismissed Muhyiddin’s reminder.

“There is no need for the DPM or the media to communicate this to us,” an irate Chua was quoted by Malaysiakini as saying.

‘What’s so great?’

Despite the storm, Chua stood his ground, saying there was nothing great about knowing the Islamic religious values.

“So what is so great about that? That is your religious value which I don’t know. How am I to know about the religious values when I’m not practising that religion?”

“I have the right to say that it’s basic manners to shake hands with people. That’s my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands,” he went on, as quoted by Malaysiakini.

Meanwhile, condemnations continue to pour in over Chua’s comments, with Selangor speaker Teng Chang Khim saying Chua’s ignorance reflected the failure of racial integration as claimed by Barisan Nasional.

“CSL says it’s not fair for non-Muslim to understand Islamic values. No wonder BN’s national integration policy has failed.

“CSL now blames the media for the hand shake issue. He never blames his narrow-mindedness and sheer ignorance,” added Teng on Twitter.

Perak mufti Harussani Zakaria has also broken his silence, and demanded Chua to issue an apology.

“He has to know… he must respect religious practices of others, but if he doesn’t know, that is ignorance. If he knows, but pretend not to, that is insulting Islam,” said Harussani, but quickly added he was not supporting the PAS candidate.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Advertisements

‘saya rasa ‘malu’…


REMBAU 18 Jan. – Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.

Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.

Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.

Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.

“Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.

“Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan,” ujarnya di sini hari ini.

Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

“Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.

“Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat,” katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.

Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.

Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai ‘hilang pertimbangan’ sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.

Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Astaghfirullah….harap ‘buruk sangka’ saya ini tidak benar belaka. Membaca berita ini dan menatap gambar yg dikepilkan saya sukar memujuk hati berbaik sangka mengatakan bahawa ‘depa tolong kutip untuk pulangkan balik’ pada tuan empunya. Sepertinya hati saya berat mengatakan mereka sedang mengambil kesempatan ‘mengutip rezeki’ dari sumber yang tak diduga…..sedihnya andai kata ini adalah wajah rakyat Malaysia yg sedang ‘berpesta’ di atas musibah dan malang yang menimpa orang lain….saya malu jika benar mereka ini sedang mengutip…errr mencuri duit2 syiling yang jatuh bertaburan dari sebuah kenderaan yg terlibat dlm kemalangan. Harap gambar ini memberi terjemahan yg berbeza dari apa yg berlegar difikiran saya…saya sedih dan malu jika yg mengutip rezeki haram itu adalah saudara muslim kita…

teringat pada satu cerita dari khutbah yg saya dengar di corong Radio pada satu jumaat. Khatib bercerita tentang satu kisah di zaman nabi bahawa seorang sahabat yg baru kematian isteri, sering tergesa-gesa pulang setelah selesai solat berjemaah tanpa sempat berdoa.Apabila di tanya oleh baginda saw, maka beliau menjawab bahawa beliau mempunyai seorang anak kecil yang ditinggalkannya di rumah dan beliau bimbang jika anaknya itu memakan buah kurma jiran yang gugur di halaman rumah mereka, kemudian makanan itu akan menjadi darah dagingnya pula. Katanya ” aku mendengar daging yang disuburkan dari benda haram tidak layak masuk syurga”.

Subhanallah…hebatnya jiwa yg begitu cermat menjaga kebersihan ‘rezeki’nya, menolak kurma orang lain yg gugur di halamannya.Semuanya kerana iman dan taqwa….apa pula nilai kita yg mengutip duit syiling org lain yg bertaburan di jalanraya yg kebetulan mereka itu sedang musibah pula?… malunya..

Hari Pertama(3)

tekun mendengar taklimat


rakan guru


Hari Pertama …..
Hari pertama persekolahan kami yang ceria namun sibuk tak terkata…gara-gara bolasepak, persekolahan yang sepatutnya bermula hari ahad ditunda kepada hari Isnin pula. Dek rasa gembira kerana menang ke atas Indonesia, maka bercuti lah kita Satu Malaysia…saya yang teruja nak mula bersekolah tak semena-mena pula dapat cuti extra, potong stim betol laaa…… 😀

Hari pertama….tak banyak bezanya dgn ‘hari pertama’ tahun-tahun sudah. Syukur ke hadrat Allah dgn nikmat kesihatan dan nikmat untuk terus beramal. Kami warga sekolah samada kakitangan mahupun pelajar merasa ceria dapat memulakan hari pertama persekolahan, sekali pun hujan turun renyai-renyai yg telah meredupkan cuaca, dan suasana pula menjadi basah di sini sana. Bagaikan basahnya hati saya dengan rasa cinta pada sekolah, begitulah saya harapkan basahnya jiwa saya dengan rasa iman dan taqwa kepada Allah. Kita semua di sini sebagai pemikul amanah, menyempurnakannya untuk beroleh redho Allah.

Ini adalah tahun yang keempat belas saya di sini. Menyoroti sejarah jodoh saya dengan sekolah, saya pasrah dengan pilihan Allah. Tidak sangka saya boleh begitu lama berkhidmat di sini sedang ketika mula bekerja saya menyimpan hasrat untk mengajar sebulan dua sahaja, itu pun sementara mendapatkan kerja yg lebih baik dlm pengamatan saya.

meja ambo


lawo tak meja ambo?


che che chee... sibuk nampak kak...


Ketika tamat belajar dan memilih Kuala Lumpur sebagai tapak memulakan kerjaya, saya tersepit dalam rasa ‘tidak betah’ dengan kesibukan kota. Suasana kerja yg tidak ceria, urusan ke pejabat yg memaksa saya bersesak-sesak dalam bas mini, jalanraya yg sering jam sehingga dua tiga kali saya menyambut waktu syak dalam perut bas, sedang maghrib terlepas kerana terperangkap dalam kesesakan jalanraya, bertahan dua tiga bulan saja di kotaraya, saya akhirnya membawa diri ke Kedah mencuba nasib di sini pula ? …kenapa Kedah?..kenapa tidak Kelantan atau Terengganu??…kenapa tidak Johor yg telah saya habiskan 5 tahun di sana? kerana saya terpesona dengan kecantikan hijau sawah padi serta kedamaian suasana kampung di Kedah. Saya pernah sebulan berpeluang mengikuti pengajian di sebuah pondok di Kerpan semasa cuti semester….saya rasa Kedah sesuai dgn jiwa saya…. Alhamdulillah, selepas itu Allah kirimkan pula jodoh saya dengan org Kedah…biarpun ketika itu dia bekerja di Melaka, pandai pula dia ‘mencari’ saya di sini ya…maka di Kedah inilah saya bermukim pula.

perkarangan sekolah yang sesak pada hari pertama


jujuk sokmo hari bukok skoloh


Sekolah adalah rumah kedua saya, selain rumahtangga, sekolah menjadi medan dakwah yang paling banyak menuntut komitment saya. Dulunya memulakan tugas dgn gaji RM500 saja, ia berkali ganda lebih kecil dari gaji saya di Kuala Lumpur. Bukan tidak pernah mencuba beralih arah, tapi sering tidak berjaya mencari pekerjaan lain, ditambah dengan asyik berbadan dua saja ketika awal bekerja, maka saya terima….mungkin Allah lebih menginginkan saya di sini, menikmati rezeki saya di sini seterusnya bertahun disini untuk mengutip pengalaman hidup sebagai seorang pendidik. Saya mengimpikan title ‘murabbi’ yang sehingga sekarang saya rasakan masih jauh utk mendapat pengiktirafan tersebut . Semoga Allah ampunkan saya untuk semua kecuaian dan kelemahan saya, sentiasa memimpin dan mengilhamkan saya jalan yang terbaik dalam saya memikul amanahNya, selepas bertahun-tahun bekerja….saya rasakan juga nikmatnya. Biarpun pendapatan tidaklah boleh menandingi guru2 di sekolah kerajaan, tapi ia tetap mampu membantu urusan ekonomi keluarga saya. Yang penting , bertugas di sini memberi rasa bahagia dan tenteram pada jiwa. Saya menatap banyak ‘kasih sayang Allah’ selama diberi kesempatan untuk terus berada di sini.

Ustaz Azli...pakar Bahasa Arab


Hari pertama,
Berita baiknya, sekolah mengumumkan ‘elaun tarbiyyah’ untuk kakitangan sekolah sebanyak seratus ringgit sebulan, bermula tahun ini. Jika sector awam menawarkan elaun perumahan, elaun khidmat awam, elaun kritikal dan macam-macam elaun lagi kpd kakitangannya, tapi kami di sini ada ‘elaun tarbiyyah’…. Perrghhh , saya pun dapatlah nak eksen sikit kat suami ‘ kami pun ada elaun dah sekarang bang oii”… 😀 Saya tahu ini bukanlah bayaran yg dapat mewakili kesediaan dan pengorbanan guru-guru menjayakan program tarbiyyah sekolah, tapi ia adalah keikhlasan pihak sekolah memberi sedikit imbuhan sebagai menghargai sumbangan guru-guru di sini. Alhamdulillah….syukur dengan Allah, apatah lagi kami turut menerima sedikit sumbangan dari Menteri Besar Kedah pada awal Disember lalu.Pakatan rakyat pula menawarkan elaun tambahan RM500 untuk guru-guru jika boleh menakluki Putrajaya selepas pilihanraya. Harap ini bukan gula-gula politik…janji boleh la berjanji, tapi janji lama untuk negeri yg dah berjaya ditakluki dah setel semua ke ni?

pengetua dan pengurusan sekolah menengah

Hari pertama,
Alhamdulillah, semua masih di sini bersama saya. Tiada berita kehilangan nyawa yang kami terima. Tahniah untuk sekolah ini serta pelajar2 yang menunjukkan kecemerlangan dalam PMR lepas, dan tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang memilih untuk kekal di sini…merelakan diri ditarbiyyah dan dididik oleh kami. Bagi pelajar yang memilih untuk bertukar sekolah, semoga hijrah anda untuk Allah dan rasulnya. Bumi Allah ini, walau di ceruk mana pun, tetap baik untuk kita selagi Allah dan rasulNya ada di dalam dada. Berterusanlah dalam perkara kebaikan, binalah benteng yg ampuh bagi menangkis cabaran2 kepada iman, mencari sahabat yg soleh/baik serta doa yang tak putus-putus untuk pimpinan dan perlindungan dari Allah.

dekat dengan bilik air...tak payah menapak macam dulu lagi


Hari pertama…
Kami mendapat bilik guru baru. Urusan berpindah sudah kami usahakan ketika cuti sekolah lagi. Tinggal nak ‘make up’ bagi lawa je. Lebih selesa kerana dekat dengan kelas2 , dekat dengan bilik air dan dekat juga dengan pejabat. Terdapat ruang solat untuk solat dhuha dan pantry untuk bancuh minuman :D. Kebanyakan kami mendapat ‘rak buku’ yg lebih besar…Alhamdulillah. Dari koridor saya dapat skodeng Raihanah yang turun van untuk ke rumah pengasuhnya selepas tadika.Saya beruntung rumah pengasuh anak saya berdekatan sekolah, memudahkan urusan untuk keluar menyusu ketika depa masih bayi.Kebanyakan guru di sini memilih pengasuh di sekitaran sekolah. kami diizinkan keluar utk susukan bayi setiap ada selang masa antara kelas. Masjid baru pun dah siap, cantik sekali. Berserta dewan yg lebih besar dan lebih canggih la kot…bangunan yang berharga lebih kurang 1.7 juta dan mendapat sumbangan zakat, dan sudah pun kami ‘rasmikan’ pada hari pertama persekolahan.

anak2 di tingkatan 2 Abu Ubaidah

Hari pertama, …
Saya jadi ‘ibu’ pada tingkatan 2 Abu Ubaidah. Selamat tinggal 1 Talhah Ubaidillah…memori bersama antum tersemat di hati muallimah…cheewaah.
Tahun ni nak ‘uli’ 2 Abu Ubaidah pula. Seronok pertama kali masuk kelas, awal2 dah kasi woning….kebanyakan anak2 saya di kelas ini dari 1 Abu Bakar, yang tahun lepas ‘hero-hero’ semuanya. Setakat seminggu ni, syafiq dan Ikram asyik kena dgn Muallimah je. Harap tiada yang terpaksa makan cabai lagi tahun ni…Ummi Mai janjikan 2 biji untuk kesalahan yg berulang, dan sebiji untuk kesalahan pertama….saya ingatkan kepada anak2 di kelas Abu Ubaidah, sapa yang terpaksa gigit dan telan cili lagi…muallimah akan tambah dgn semangkok cili boh nanti….hati-hati yer…’jaga pertuturan’ anda.

Hari pertama,
Kami di sini sudah terbiasa memegang portfolio dua atau tiga. Selain guru kelas, saya bertanggungjawab untuk Panitia Kemanusiaan, Guru penasihat KRS dan Guru Kelab Media & Penerbitan. Harap pentadbiran semak semula tanggungjawab saya ya…terasa mcm banyak la pula, saya takut tak tertanggung jer……Untuk anak-anak murid saya semua, InsyaAllah kita akan berjumpa dalam kelas matematik bagi tingkatan dua, sirah tingkatan satu, serta sejarah untuk tingkatan empat dan lima. Maaf untuk pelajar PMR, mlh tidak lagi mengajar sejarah di kelas antum….sudah dilepaskan pada Ustaz Lan, tapi insyaAllah muallimah ditugaskan bersama antum untuk kelas tuisyen dan membantu antum dlm perlaksanaan kerja kursus nanti.

syirah dan hanah, ceria memulakan sekolah


Hari pertama,
err…bukan hari pertama lagi daahh….Sebenarnya ‘hari pertama’ berlalu seminggu sudah. Saya tak dapat menulis pada hari pertama kerana dicemburui masa serta tugas sebagai isteri, ibu dan guru….yang tak pernah bernokhtah. Masih menanti saya saat ini….kerja rumah dan kerja sekolah, semoga Allah permudah dan jadikan saya tabah.

“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkau menghendakinya”
ا

memori....bersama 1 Talhah ketika memenangi pertandingan keceriaan kelas pd Ramadhan lepas.

salam tahun baru 2011

percikan bunga api bercahaya mewarnai bandar Sg Petani, corak kilauan anika warnanya berbunga indah mewarnai kelam langit malam. Dari jarak 10 km dgn bandar Sg Petani, di balkoni rumah saya, dapat saya saksikan dgn jelas keindahan bunga api yang dilepaskan ke udara. Tentu ramai warga bandar ini berpusu-pusu untuk bersama dalam acara count down sambutan tahun baru 2011. Tembakan meriam serta mercun bersahutan di sana sini, termasuk yg turut ghairah membakar mercun ialah tetangga saya yg sudah lima anaknya tapi gemar benar menyambut puasa, raya dan tahun baru dgn dentuman mercun pengganggu telinga …

Ghairah benar masyarakat Malaysia berbilang bangsa menyambut tahun baru. Rancangan berita TV3 menyiarkan sambutan tahun baru seluruh negara dlm pelbagai versi dan cara. Tidak terkecuali melayu muslim tua dan muda bersorak, menari2, berbalas semburan buih dalam ria mereka ‘menyambut’ peredaran tahun yg semakin tua usianya. Sudah lupa agaknya, dunia semakin tua usia, bermakna semakin menghampiri saat kehancurannya, tapi manusia menyambutnya dgn penuh tawa keriangan?

Abu Dzar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa, dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan keluar kedataran tinggi menjerit-jerit kepada Tuhan menangis dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya tidak dapat bersuka-suka pada isterimu dan tidak tenang ditempat tidurmu.

dari Abu Hurairah ra , saya mendengar rasulullah saw bersabda ” ketahuilah bahawa dunia terkutuk dan semua yang ada di dalamnya terlaknat kecuali zikrullah dan segala apa yang serupa atau sedarjat dgn itu, dan orang alim yang mengerti serta orang2 yang mempelajari. ( HR Tirmidzi)

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
( Al-Angkabut:64)

semoga kedatangan tahun masehi 2011 mampu disambut dengan rasa keinsafan seorang hamba. Keizinan bermusafir di dunia dalam menuju akhirat tidak menjadikan kita leka dgn nikmat dunia yang sementara.

Allah ampunkan dosa2 kami, tutuplah keaiban kami, pimpinlah perjalanan kami, tetapkan kami pada kebenaranMu, satukan hati kami dgn cintaMu, sabarkan kami dgn ujianMu, berkati kami dgn apa yg direzekikan olehMu, menangkan kami ke atas musuh-musuhMu, selamatkan kami dari kehinaan dunia dan akhirat. Amin.