salam tahun baru 2011

percikan bunga api bercahaya mewarnai bandar Sg Petani, corak kilauan anika warnanya berbunga indah mewarnai kelam langit malam. Dari jarak 10 km dgn bandar Sg Petani, di balkoni rumah saya, dapat saya saksikan dgn jelas keindahan bunga api yang dilepaskan ke udara. Tentu ramai warga bandar ini berpusu-pusu untuk bersama dalam acara count down sambutan tahun baru 2011. Tembakan meriam serta mercun bersahutan di sana sini, termasuk yg turut ghairah membakar mercun ialah tetangga saya yg sudah lima anaknya tapi gemar benar menyambut puasa, raya dan tahun baru dgn dentuman mercun pengganggu telinga …

Ghairah benar masyarakat Malaysia berbilang bangsa menyambut tahun baru. Rancangan berita TV3 menyiarkan sambutan tahun baru seluruh negara dlm pelbagai versi dan cara. Tidak terkecuali melayu muslim tua dan muda bersorak, menari2, berbalas semburan buih dalam ria mereka ‘menyambut’ peredaran tahun yg semakin tua usianya. Sudah lupa agaknya, dunia semakin tua usia, bermakna semakin menghampiri saat kehancurannya, tapi manusia menyambutnya dgn penuh tawa keriangan?

Abu Dzar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa, dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan keluar kedataran tinggi menjerit-jerit kepada Tuhan menangis dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya tidak dapat bersuka-suka pada isterimu dan tidak tenang ditempat tidurmu.

dari Abu Hurairah ra , saya mendengar rasulullah saw bersabda ” ketahuilah bahawa dunia terkutuk dan semua yang ada di dalamnya terlaknat kecuali zikrullah dan segala apa yang serupa atau sedarjat dgn itu, dan orang alim yang mengerti serta orang2 yang mempelajari. ( HR Tirmidzi)

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
( Al-Angkabut:64)

semoga kedatangan tahun masehi 2011 mampu disambut dengan rasa keinsafan seorang hamba. Keizinan bermusafir di dunia dalam menuju akhirat tidak menjadikan kita leka dgn nikmat dunia yang sementara.

Allah ampunkan dosa2 kami, tutuplah keaiban kami, pimpinlah perjalanan kami, tetapkan kami pada kebenaranMu, satukan hati kami dgn cintaMu, sabarkan kami dgn ujianMu, berkati kami dgn apa yg direzekikan olehMu, menangkan kami ke atas musuh-musuhMu, selamatkan kami dari kehinaan dunia dan akhirat. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: