belanja…

Letih sungguh sehari dua ni kerana tak abis lagi aktiviti ‘berbelanja’. Barangan banyak yang naik harga. Kami berpeluh juga menguruskan persiapan persekolahan anak2 yang akan memulakan sesi persekolahan 2011 pada Ahad nanti.Tadinya saya membuat pendaftaran tadika anak bongsu saya….hampir mencecah RM300 juga walaupun baru peringkat tadika, mujur sebelah malamnya saya dah claim siap2 dgn cik abe…maklumlah, gaji adinda ciput jerr…

Untuk anak2 yang sudah memasuki persekolahan menengah dan rendah, proses pendaftaran saja sudah melebehi seribu ringgit, itu pun tak termasuk yuran bulanan, kerana selaku kakitangan kami mendapat ‘subsidi’ untuk yuran bulanan persekolahan anak2 bagi tiga orang anak sahaja…..kalau tidak, teruk juga setiap bulan terpaksa ‘terbang’ lima ratus lebih untk yuran saja….hmmm itu belum campur duit poket serta bayaran2 utk program/aktiviti yg mendatang di sekolah.

Awal disember lepas, luluh juga hati saya melihat ibubapa yang terkulat-kulat menanggung peritnya membayar wang pendaftaran anak2 mereka. Bagi yang memiliki dua atau tiga anak yang bersekolah di sini, bawa dua atau tiga ribu belum tentu cukup melangsaikan semua bayaran, apatah lagi yuran telah dinaikkan oleh pentadbiran sekolah ekoran tuntutan ekonomi semasa…saya melihat ibubapa memang merasa perit sekali.Biarpun mereka berpangkat dan mempunyai pendapatan yg kukuh, apabila tiba saja hujung tahun, bila terpaksa berbelanja untuk urusan persekolahan anak2, bahu akan terasa berat juga. Pun begitu, ramai kalangan waris yg memilih menyekolahkan anak2 di sini dan berdepan dgn bayaran yg lebih mahal demi mendapatkan tarbiyyah serta pendidikan anak2 yg lebih baik.

dasyat sungguh nilai duit hari ini….harga barang berkali ganda besarnya. Dalam kelas sejarah saya bercerita ttg duit pokok pisang pada zaman Jepun. Percetakan wang yg tanpa batasan, mengakibatkan inflasi sehingga wang kertas pokok pisang jatuh nilainya dengan teruk sekali. Harga sebiji kelapa ketika itu mencecah $35, walhal $35 adalah setara nilainya dengan tiga sen sahaja…..wakakaka

itulah yg berlaku sekarang, wang kertas ‘jatuh nilainya’ maka barangan pula jadi berganda nilainya. Kerana apa??….kerana mata wang Malaysia pun dalam kondisi yg sama dgn wang pokok pisang zaman Jepun dulu. Sekali pun ia tidaklah dicetak tanpa kawalan seperti wang pokok pisang, tapi yg tersedia hari ini berkemungkinan tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah penggunaan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan, dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Maknanya kemungkinan berlaku penambahan matawang sesebuah Negara, melalui pengeluaran wang kertas tanpa sandaran keatas apa – apa komoditi yg mempunyai nilai yg tinggi seperti emas.

Zaman kegemilangan islam dimana dinar dan dirham diguna pakai sebagai matawang, tidak pernah pun berlaku inflasi, dan sekarang pun, bagi siapa yg memiliki dinar/emas sebagai simpanan…..ia akan berasa ‘untung’ berbanding mereka yang menyimpan wang kertas.

Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Baju Santa Claus …..

Haram pakai baju samai Santa Claus
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2010/12/24
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai ‘Santa Claus’ kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.
Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, ” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli – belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, ” katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika memakai pakaian Santa Claus dinilai haram kerana boleh memesong akidah, mengapa ada ulama yang mengharuskan pula ucapan Selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian kerana ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti. Ucapan dibenarkan dgn syarat ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka…bahkan sikap ini dari satu sudut utk menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan.

Saya jadinya terkesima….jika demikian, boleh saja memakai pakaian Santa Claus utk tunaikan kerja namun menjaga niat bahawa kita tidak redha. Alahai batas syarak mana yg boleh dijaga jika ucapan tahniah pada apa yg mereka raikan meniti dibibir kita…”niat tidak menghalalkan cara” setakat contoh yang saya jumpa dalam hal niat menghalalkan cara ialah jika kita terpaksa bahkan mudarat jika tidak melaksananya. Namun dalam isu menghulurkan ucapan selamat utk perayaan non muslim ini sudah tentu kita bukan di posisi terpaksa bahkan boleh saja jika nak mengelaknya. Bila masa pula ‘hati non muslim’ menjadi titik kira bila berhadapan dgn urusan menjaga kemuliaan akidah kita.

Ada banyak perkara boleh dilakukan bagi menunjukkan toleransi dalam masyarakat dan menunjukkan rasa hormat sesama manusia, tetapi dalam hal perayaan aqidah ini harus ada garis pemisah yang jelas menjadi pegangan kita kerana silap perkiraan akan mendatangkan fitnah yang besar dan mengundang dosa pada Allah.

Wallahuallam, saya bukan mempersoalkan ulama yg membawa hujah mereka memberikan kebenaran ini, tapi hati saya hilang tenteram melihat tergantung di sana sini banner dari pemimpin2 muslim kita yg memberi ucapan selamat kepada non muslim utk perayaan mereka.
Ia akan jadi ikutan dan membudaya dalam masyarakat …. semua akan bebas berbalas ucap selamat ini, Depa ucap selamat kat raya kita, kita pun ucap selamat kat raya depa juga…padahal kita tahu depa ‘takkan selamat’ selagi depa sambut raya depa…

kalau minum arak, makan babi boleh kita berterus terang dgn non muslim bahawa islam melarang ke atas kita, mengapa larangan ‘mengucap selamat’ utk perayaan depa kita tak boleh terus terang pula…

pening la saya..

Dapur Kawe

Menambah satu lagi kategori untuk entry2 di blog saya iaitu “Dapur Kawe”.Lepas ni boleh la saya cerita tentang dapur saya pula. Bukan la terer sangat di dapur, setakat masak yang simple2 je. Seminggu ni saya giatkan sikit aktiviti di dapur…memandangkan ada masa lapang sikit, saya layan kehendak anak2 yang gemar dgn ‘air tangan’ saya. Teringin juga untuk menjahit sebab dah lama tak ‘hasilkan’ sesuatu, tapi mesin tua saya tu pula buat hal maka keinginan menjahit cadar dan alas meja saya lupakan saja.

ruang 'bekerja'

Bagi seorang ibu dan isteri, dapur adalah kamar kedua….maknanya dapur jatuh dirangking kedua pentingnya kepada isteri/ibu selepas kamar tidurnya. Dulu sewaktu urusan merangka pelan rumah kami ini, saya minta secara khusus kepada suami bahawa urusan ruang2 yang lainnya terpulang pada suami, tapi untuk ruang dapur saya, saya inginkan yang luas sikit, lebih selesa bergerak, mudah untuk susun atur peralatan dapur dan memberi kegembiraan pada saya ketika ‘bekerja’… dapur saya sekarang tidaklah seindah mana yg layak untuk dimuatkan di dada majalah Anjung Seri, tapi ia ruang dapur terbaik yang pernah saya miliki, terima kasih untuk suami dan saya sangat hargai.
saya kongsikan beberapa ‘hasil’ yg sempat saya rakamkan beberapa hari ‘bersilat’ di dapur saya ini.

set makan malam 😀

Makan malam yang ala-ala kampung. Singgang ikan tongkol, ikan goreng, salad dan brokoli celur cicah dgn budu.Kebelakangan ini anak2 saya mula sukakan ulam2an dan sayur, dulu cuma ambik lauk aje…saya gunakan ‘petua rahsia’ untuk menarik anak2 berselera kepada hidangan yg kita sediakan untuk mereka.. 😀

sup tulang rusuk....makanan berasas 'daging' ni tak boleh makan selalu, tak elok


laksa utara....ada kalanya laksa putih saya gantikan dgn spagheti, lebih sedap.


sluurrrrp...ni laksa yg berlinangan kuahnya, asam keping yg bertenggek kat atas tu bagus untuk 'kuruskan' badan..


sambal udang


ayam masak merah...lebih ummph kalo pekena dgn nasi tomato


nasi goreng....breakfast yg saya sediakan hasil lebihan nasi sebelah malamnya.


asam pedas ... suami saya cukup menggemarinya, dihirupnya macam hirup sup..


yang ni pan cake...org kelantan panggil 'roti lengge'...org kedah panggil pekngo ( tempek kat belango)...johor panggil 'lempeng'


pekngo cicah dgn kari...makan masa musim hujan...perrghhh


mee goreng .... breakfast untuk keluarga saya.


puding kentang...tersergam dalam peti ais..


Puding kentang ini saya buat beberapa hari lepas, subhanallah berbaloi kerana mudah disediakan dan enak pula. Lemak berkrim , sejuk dan mendamaikan tekak….menu petang untuk suami dan anak2.

masak lemak pucuk paku dgn udang....


ikan goreng ... :D...sedap jugak w/pun sgt simple..


kek kukus lapis coklat dan cream cheese


I love this one very much, semalam saya sediakan kek ini sebagai menu minum petang untuk suami yg pulang dari kerja. Memberi kelainan pada rasa kek coklat dan pasti memenuhi selera penggemar cheese.Lebih enak jika disimpan dalam peti sejuk …

Ayam goreng berempah..


Nasi Dagang dgn gulai ayam


nasi dagang ni lebih enak dan lebih baik dipadankan dgn gulai ikan tongkol. Ikan tongkol kaya dgn omega 3 yg baik untuk kecerdasan otak.Tapi sebab saya berhasrat menghantar sedikit nasi dagang ni ke rumah ipar saya yg kebetulan anak2 depa tak makan ikan, jadi saya gantikan dgn gulai ayam.

Petang ni saya janjikan “potato Bread’ untuk anak2. Saya akan ke kedai membeli bahan2 untuk resepi roti kentang saya ni…semoga Allah mengikat kasih sayang kami sekeluarga dan membantu saya menjadi ibu dan isteri yang baik. Saya tidaklah sempurna dan banyak kurangnya, tapi saya ingin ahli keluarga saya dapat merasa bahawa saya sangat cintakan mereka..

tok guru bebas tuduhan rasuah


KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur terhadap Allah berikutan beliau telah digugurkan tuduhan rasuah yang membabitkan tajaan RM65,000 oleh syarikat swasta untuk menunaikan haji awal tahun lalu.
Ketika dihubungi sebentar tadi, Nik Aziz mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah membersihkan namanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan SPRM yang telah membebaskan dakwaan terhadap beliau semalam sebagaimana yang disiarkan oleh media hari ini.
Semalam SPRM menutup dua kes berpotensi tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan iaitu berhubung kes tajaan sejumlah RM65,000 untuk menunaikan haji dan tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Eksekutif (CEO) PMBK.
Keputusan itu diumum oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil pada sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam.
Hadenan juga turut mendakwa, pelantikan Arrifahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK.
Sebelum ini, media membuat laporan kononnya Nik Aziz telah menerima pakej menunaikan fardhu haji bernilai RM65,000. Ekoran dakwaan tersebut Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan fardhu haji pada tahun lepas ke tahun ini.
Sementara itu, SPRM juga telah mengumumkan, pegawai kerajaan di negeri Kelantan adalah antara yang terendah terlibat dengan rasuah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya mengucap syukur bila membaca berita ini di blog teman saya. Ia bingkisan berita yang membuatkan penyokong Pas lega saya rasa, dan saya pula, atas rasa hormat saya pada tok guru yang saya nilaikan sangat berjasa dalam gerakan dakwah dan politik Islam di negara kita, berita ini mengundang rasa syukur di dada…Alhamdulillah.

Saya juga menaruh simpati, ketika kecaman pada tok guru meniti di bibir musuh politiknya yang penuh iri, sedang sinis dan sindir padanya bertali-tali di skrin berita TV…Tok Guru kemudiannya mengumumkan pembatalan hasratnya ke tanah suci sambil menyeka titis air yg ingin melimpah di pipi….tersinggung hati tuanya dihujan prasangka yg seburuk ini. Namun sabar digigitnya jua sambil mempelawa SPRM datang membuat penyiasatan ke atas dirinya nanti…

Saya doakan kesejahteraan untuk tok guru, pimpinan Allah serta ketepatan dalam sebarang keputusannya selama masih ditakdirkan memimpin parti.

catatan cuti sekolah…

Cuti sekolah untuk saya…..sama maknanya dengan hari-hari bekerja. Bezanya Cuma saya tidak di kelas mengajar seperti biasa, namun masa tetap terisi dgn pelbagai aktiviti yang ada diantaranya mendatang tanpa diduga….tanpa dirancang apa-apa.

Itulah kehidupan, dunia adalah medan untuk bekerja, selagi urusan itu bernilai baik dan menepati agama, maka ia ibadat dan mengundang pahala. Saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga saya sabar menjalani masa yang ada dan mengisinya dengan urusan2 yang Allah suka, biarpun dalam kelemahan diri dan tipisnya iman, saya kadang2 mengeluh melepaskan kesal kerana ‘letih bekerja’.

Semoga Allah mengampuni saya dan membantu meneguhkan emosi serta tindakan saya dalam keinginan saya untuk sentiasa beroleh redhaNya. “ ibadah adalah upaya cerdas untuk meloloskan diri dari perangkap masa” itu kata Hamka. Selaku hamba Allah, kita mengharapkan masa memerangkap kita dalam sangkar ibadah, dan apa saja pekerjaan kita diterima Allah .

Ketika ini saya masih dalam proses menyiapkan assignment untuk pengajian SPIM saya, rasa agak lega kerana tinggal sedikit saja lagi. Mungkin Ahad nanti saya bisa menghantarnya…InsyaAllah . Sudah ramai teman yang mendahului saya menyiapkan tugasan dan menghantarnya, tapi saya ni memang slow sikit orangnya,….maklumlah dah semakin dimamah usia, tumpul sikit ler …. 😀

Malam nanti saya bakal berangkat ke Jeram untuk Konvensyen Guru2 Musleh….saya menghantar mesej pada kak nora untuk menarik diri dari kerja gotong royong mengemas bilik guru hari ni ….maaf kak nora ya..hari ni hubby ambik cuti, saya pun nak ambik peluang juge ler lebih masa skit dgn family, maklumlah malam ni nak tinggal depa lagi…. 😀

Syukur, dalam kesibukan ini banyak yang menghiburkan hati. Cuti kali ini agak bersejarah kerana rumah saya kerap menerima tetamu, baik di kalangan ahli keluarga atau teman-teman saya. Ada yang bermalam dan ada yang singgah menziarah sahaja. Dalam kesibukan juga saya sempat kelik klate sehari dua untuk kenduri anak saudara saya. Kakak saya berbesan dengan Ustaz Taib Azamudin, ahli parlimen Baling yang pernah menjawat jawatan Imam Besar masjid Negara.

dua pengantin kembar dgn pasangan masing2


Berbanding kenduri di rumah saya, kenduri di Baling lagi meriah. Anak kembar ustaz Taib kawin serentak, kedua-duanya menyunting gadis Kelantan. “Orang Kedah ni asyik sambar orang Kelantan je ler” kata saya pada suami “ ye ker…tapi abang kawin dgn org selatan Thailand” kata suami saya “ memang lah…yang tu lagi power” tambah saya pula….aper lerr. 😀

kenduri di Baling


Sewaktu kenduri di Baling saya ‘tergezut’ melihat kenduri yang ‘besar’ sebegitu…tetamunya mencecah 10,000 dan saya berselera sungguh dengan menu hidangan hari itu. Gulai daging dengan batang pisang memang sudah menjadi kegemaran. Saya memuji kesedapannya kepada suami. Terkedu bila suami berbisik kepada saya “ umi kata tak makan daging kerbau…tu sampai bertambah-tambah tu” katanya senyum sinis pada saya “ hah??” saya terlopong ternganga…..kemudian tersengih pula ?…. daging kerbau ke? Mak oii sodap nyerrrr….. Alhamdulillah dah selesai makan baru saya diberitahu. Kalau tak …mmm.. hirup sirap sejuk saja le saya hari tu. 😀 rezekiii… hehehehe

Malam tadi saya berpeluang menonton siaran berita di TV. Melihat kekecohan ketika sidang Parlimen dan ketua pembangkang yang digantung 6 bulan oleh yg dipertua dewan membuat saya rasa ‘serabut’ semacam. Pasaipa la buruk sangat rupa politik Malaysia…semakin hodoh saya rasakan. Inikah suasana sebuah persidangan? bertikam lidah gedegang gedegang kemudian ramai-ramai protes keluar dewan. Apa jenis persidangan?? Dewan parlimen menjadi tempat berantakan ??
Agaknya inilah jawapan kenapa TGHH pernah cadangkan ‘kerajaan perpaduan”. Supaya suasana seumpama ini tidak timbul dalam Parlimen.Tapi sayang, maksud halus kepada hasrat ini tidak mampu untuk difahami kebanyakan orang, dan cadangan yang membawa bayangan ‘perjanjian Hudaibiah’ itu telah dihentam habis-habisan.
Maka dalam sidang Parlimen sekarang berterusan ada kerajaan dan ada pembangkang untuk terus saling ‘berantakan’….ahhh nak kata apa lagi….isu kerajaan perpaduan sudah dilipat kemas dan diminta jangan diungkit-ungkitkan.

Ahhh itu hanya secebis isu politik yang menjanjikan cabaran dan tribulasi yang berpanjangan. Sebenarnya di hadapan kita terlalu banyak kesakitan yg terpaksa ditelan. Tadinya telinga saya menangkap isi khutbah jumaat di masjid yang mengingatkan sidang jumaat tentang cabaran yang dihadapi ummah kini.Kerosakan yang berselerakan di depan mata, kejahatan yang memerangi kebaikan dan dunia semakin tua menuju kehancuran.

Dalam kehidupan seharian, ada ketikanya mudarat diolah supaya nampak bermanfaat. Yang dulunya larangan kini diharuskan. Saya akui ada beberapa perkara yang membingungkan perasaan dan saya semakin keliru dengan apa yang saya faham.

‘ di akhir zaman ini, memegang Islam seperti menggenggam bara api, digenggam kita kesakitan , dilepaskan ia padam” mungkin ini kalimat yang berlegar dihati ketika saatnya saya menanggung rasa terkilan yang bersangatan. Kalau ini sunah perjuangan, semoga Allah memilih saya untuk tabah menanggung sakit demi bertahan dengan kehendak agamaNya. Saya takut dengan perjalanan zaman kerana ia seperti terbalik dan tunggang langgang…sedang kerosakan memamah kebaikan dengan begitu lahap sekali. Kebenaran kelihatan semakin suram dan bertambah kelam dalam pandangan, sedang untuk menatapnya kita harus letih menongkah arus zaman.

Tidak boleh nak meluah panjang-panjang, saya masih tertangguh tugas mengemas pakaian untuk perjalanan malam nanti.

pendidikan seks tahun satu..


Seorang bekas murid saya meninggalkan pesanan di kotak mesej facebook saya “ muallimah setuju ke kerajaan nak ajar pendidikan seks utk murid tahun satu sesi 2011 ni? ..geli lah”

saya belum sempat membalas mesejnya, asyik sibuk semedang. Biarpun dah masuk cuti sekolah tapi saya tak de la cuti pula. Memang selalunya macam ni la. Cuti mengajar, bukan cuti pergi sekolah. Kena redha la sebab kita bekerja, bukan makan gaji tapi ‘ nok dok ssajo”.. 😀 camput tolak, ada le lebih kurang seminggu yang betol2 dapat full cuti pada bulan Disember :D…okey ler.

Pendidikan seks di sekolah? mmmm…cam ni la…saya tidak boleh melulu menolak inisiatif kerajaan ini, ditambah saya tidak mengetahui modul serta silibus yg disediakan pihak kerajaan. Iltizam saya, jika ia kebaikan akan tetap saya terima sekalipun ia atas usaha kerajaan Barisan Nasional. Errr….tapi……pasaipa la sebut pendidikan seks. Letak je la Pendidikan Moral dan Hubungan Antara Jantina…sodap la skit bunyinya.

Pendidikan seks….difahami dari sudut yang pelbagai. Ada yang melihatnya sebagai pendidikan yang mengajar tentang apa saja yang ada kaitan dengan hubungan seksual lelaki wanita, ilmu reproduksi, perubahan naluri terhadap lawan jenis, perkembangan dan fungsi organ kelamin dan pelbagai fahaman lagi. Bagi saya, apa pun terjemahan yang ada diminda kita, saya yakin bahawa usaha kerajaan mengadakan pendidikan seks di sekolah ini adalah kerana memenuhi keperluan semasa terutama mengatasi masalah sosial dikalangan pelajar yg membabitkan salahlaku seksual.

Alahai bukan perkara baru masalah salahlaku seks remaja sekolah ni……benda dah lama daaah, cuma bila dah macam ‘kanser stage keempat” baru nak buat kimoterapi..huh!

sangat menakutkan sebenarnya. Google dan bacalah cerita zina dan rogol di kalangan budak2 sekolah……memang menakutkan. Perbuatan zina, rogol, buang bayi, hamil luar nikah dikalangan pelajar sekolah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Ia menular bukan saja dikalangan pelajar menengah yang sudah mencapai usia baligh, bahkan turut membabitkan pelajar sekolah rendah sekitar usia 7 – 11 tahun. Bayangkan usia begini dah pandai berzina dan rogol orang. Dah pandai bunuh bayi kemudian buang. Ini sangat menyedihkan dan ancaman hebat terhadap perkembangan generasi mendatang. Negara akan ada lambakan anak luar nikah, perzinaan akan menjadi kebiasaan dan kepimpinan negara akan diwarisi generasi yang liar serta rosak moralnya.

Tidak salah mendidik dan menyampaikan ilmu bagi maksud murid lebih faham, dan mampu mengamalkan. Termasuk dalam hal pendidikan seks, ia antara perkara yg dicakup dalam ajaran Islam. Apa saja ilmu yang dipelajari atas roh agama ianya bernilai pahala. Bahkan menikmati kehidupan seksual yang sempurna selaras dgn kehendak agama juga adalah perkara yang disukai Allah…maka sebenarnya, apa saja urusan untuk mempelajarinya agar ia terarah untuk memenuhi kehendak agama adalah satu usaha yang mulia. Abdullah Nasih Ulwan menggambarkan ‘pendidikan seks sebagai mengajar, menjelaskan, memberi peringatan kpd remaja tentang isu yg berkaitan dgn seks, naluri, syahwat…dan hubungannya dengan perkahwinan…sehingga mereka membesar dalam keadaan mereka memahami erti kehidupan, mengetahui apa yang dibenar dan ditegah, dan menjadikan akhlak Islam sebagai praktik dalam kehidupan”

Cumanya saya tidak pasti bentuk didikan seks untuk murid tahun satu dan rasionalnya kerajaan memilih usia yang sebegitu. Saya harapkan isi pengajiannya tepat dan sesuai dgn peringkat mereka…sebab selama yang saya ingat, dalam hal membuat perubahan pendidikan, kerajaan sering jadikan tahun satu sebagai ‘bahan ujikaji’nya dan mereka kerap menjadi mangsa ‘percubaan’.

Saya tertanya-tanya, apakah benar masalah sosial hari ini muncul kerana kurang faham atau buta tentang seks di kalangan pelajar kita? Ilmu seks yang bagaimana yang tidak diketahui sehingga membawa kepada terlibat dgn salahlaku seks? Pada saya, sekalipun pendidikan seks diperkenalkan di sekolah , tapi ia bukanlah jaminan kepada mengatasi masalah sosial pelajar kita. Saya yakin mereka banyak tahu…. mereka tahu perbuatan merogol serta bunuh bayi satu kejahatan dan jenayah yang kejam tapi mereka masih tetap melakukan. Kenapa? Mereka tahu keaiban yang ditanggung dan segala keburukan hubungan seks tanpa perkahwinan tapi mereka masih tetap melakukan. Kenapa ???…. jawapannya ialah kerana mereka ini lemah iman, syahwat terdedah pada rangsangan, tiada kawalan agama utk kesalahan yang dilakukan, dan persekitaran yang merosakkan.

Sebenarnya, Pendidikan sekularlah yang melemahkan mereka….menjadikan mereka pincang dan terpesong dari didikan agama. Agama di sekolah untuk peperiksaan bukan untuk diamalkan. Di mana kerajaan letakkan pendidikan islam jika nak dibandingkan dengan matapelajaran2 lain ? Kenapa kerajaan menggalakkan percampuran bebas pelajar lelaki dan perempuan di sekolah. Percampuran bebas pelajar laki perempuan dalam aktiviti sekolah dianggap sebagai perangsang kemajuan pelajar. Sekolah tidak diarahkan mengambil saranan agama dalam etika berpakaian sekolah. Pagi ke sekolah pelajar perempuan bertudung singkat, petangnya pula berseluar ketat. Dari aktiviti bersukan sehinggalah pertandingan debat,pelajar lelaki perempuan boleh duduk dekat-dekat. Bersentuh dan berjabat tidak dianggap mudarat asalkan tak sampai berdakap. Urusan akhlak,adab, solat dan syariaat sekolah langsung tidak titik berat , bahkan aktiviti ‘dunia’ menjadikan jadual sekolah begitu padat.
Jadi apa diharap dengan pendidikan seks yang menyebabkan jadual semakin berat, sedangkan dalam masa yang sama ‘ruang’ maksiat semakin subur dan sihat?

Perkara paling pokok dalam apa saja pendidikan adalah menarik pelajar kepada iman. Segala aktiviti sekolah baik kurikulum atau kokurikulum dirangka supaya mampu menarik pelajar kepada iman. dan sekolah pula turut menyediakan ruang utk pelajar sentiasa boleh menjaga iman. Ajaran agama sebagai amalan, bukannya dihafal sekadar untuk “A” dalam peperiksaan. Jiwa yang sentiasa berzikir pada Allah akan ngeri melakukan kemungkaran. Allah memberi jaminan ketenangan bagi jiwa yg zikrullah. Syahwat yang terangsang akan tunduk tenang dalam ingatan kepada tuhan…kepada pelajar sekolah, ini yang perlu disemai dan disuburkan.

Sebenarnya, bukanlah masalah “tiada pendidikan seks” maka munculnya gejala sosial pelajar sekolah, tapi kerana jalan kpd maksiat yang tumbuh merata-rata, lubang kepada tarikan syahwat yang ternganga dimana-mana sahaja, dan sikap kerajaan yang selamba ‘menaja kegiatan tidak sihat’ itulah antara puncanya. Malu tundingkan jari ke muka, kerajaan sekali lagi datang dengan solusi yang tidak kena.

Berubahlah wahai kerajaan yang memimpin Malaysia. Koreksilah….ambil agama dalam mencari penyelesaian kepada masalah. Aplikasikan pendidikan agama di sekolah, tegakkan undang2 Islam dalam negara, tutup semua aktiviti maksiat dalam masyarakat, dan suburkan nilai-nilai Islam yang murni dalam kehidupan.Ini pasti mengundang berkat.

Saya bagi jaminan, sekalipun pendidikan seks dilaksanakan di sekolah, tapi jika kerajaan masih berkiblatkan sistem pendidikan barat, merujuk undang2 barat, mengagumi nilai-nilai barat, masih mengizinkan program maksiat…..usaha kerajaan itu tidak akan sampai kepada matlamat.

At lastnya apa yang dapat ? …..dapat le PENAT …