sukan sekolah kami….

100_3997Agak lama jugak saya tak update blog ini. Kebelakangan ini saya gagal melapangkan diri menjengah ke sini lantaran terlalu penat dan keletihan. Kesibukan minggu-minggu awal persekolahan begitu mempengaruhi hari-hari saya. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan keutamaan.

Dua minggu kebelakangan ini sekolah sibuk dengan sukan. Hampir setiap hari guru-guru dan para pelajar pulangnya hampir jam enam kerana menyelesaikan kebanyakan perlawanan sukan yang di adakan di  sebelah petang. Rasa keseronokan dan kepenatan saling bergandingan, sebab itu saya dapat melihat biarpun anak-anak murid saya agak kepenatan tapi mereka seronok dapat mencabar lawan dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Cuma kami guru-guru yang kena banyak melatih jiwa dengan rasa kesabaran. Maklumlah kalau kerap kali sangat pulang  kerja lewat petang, bisa saja mengundang rasa kepenatan dan ketegangan perasaan. Apatah lagi pulangnya ke rumah tidak pula menjanjikan kerehatan…jesteru masih banyak tugasan dan kerja yang perlu dibereskan. Maka dengan itulah ada dikalangan rakan yang meluahkan perasaan dalam gurauan mereka ” wah ! ini baru betul-betul sekolahku syurgaku , kita ni macam dah berumahtangga di sekolah , balik rumah untuk tidur je “…harap keberadaan di sekolah untuk waktu-waktu selepas tugasan formal juga dikira amalan soleh di sisi Allah…InsyaAllah.

Rumah Biru atau rumah sukan Salahuddin Al Ayubi adalah rumah sukan kami. Saya bersama Rumah Biru ini semenjak 4 tahun yang lalu. Sebelum ini saya pernah menjadi guru sukan rumah Usamah Bin Zaid (kuning), pernah juga menjadi guru sukan rumah Salman Al-Farisi (hijau) tetapi belum pula diizin kesempatan bersama rumah Abu Zar Al Ghifari (merah) . Inilah nama-nama besar yang menjadi ‘jenama’ kepada rumah sukan di sekolah kami. Wah ! Penggunaan tokoh-tokoh Islam yang cukup tersohor nama mereka dalam sejarah perjuangan Islam di harap dapat menaikan semangat anak-anak pelajar ketika di gelanggang permainan.

Hari kemuncak sukan adalah pada sabtu yang lalu (24 januari). Kami menumpang padang sekolah Men Sg Pasir yang lebih besar saiznya dan lebih sesuai untuk acara balapan. Saya memberi persetujuan untuk membantu bahagian hadiah dan cenderamata. Memandangkan antara tugas saya adalah berada di pentas VIP memegang dulang pingat dan piala kemenangan untuk acara penyampaian hadiah, maka saya agak kemas sedikit hari tersebut sehingga bila berselisih dengan teman ada saja yg menegur “ amboi lawonya hari ni….nak pi sukan ke nak pi kenduri ni ?”….keh kehkeh……suka hati hangpa lah nak kata apa.Tapi ternyata saya ‘tak lekat’ di ruangan hadiah tu kerana asyik berlari ke padang je memberi sorakan semangat setiap kali pertandingan dilangsungkan….biru!…biru!…biru!….cepat biru, cepat biru…..jerit saya…..iskk….mungkin bukan tempat saya di khemah hadiah tu….saya lebih patut berada ditengah padang untuk moral support pada wakil rumah kami…perrghh….paling saya tak dapat lupakan bila ketua pasukan Biru, Muaz Ghani menjerit nama Salahuddin Al Ayubi…..kami pewarismu’...dalam sajaknya ditengah padang pagi tersebut…..meremang bulu roma kami semua….semangat sungguh kami rasa…..

Seringkali sukan tahunan kami gabungkan antara sekolah menengah dan sekolah rendah. Bila sukan diadakan serentak dapatlah jimatkan kos sedikit. Lagipun lebih meriah dan lebih gamat bila disertai anak-anak kecil terutama darjah satu. Saya gelak tergolek menyaksikan acara sukaneka anak-anak kecil yang nampak lucu. Cikgu-cikgu pula yang kelihatan ‘semangat abis’ sedangkan murid-murid kecil itu rilek jer. Walau kalah pertandingan sikit pun tak nampak kecewa, boleh gelak mengekek lagi….seronoknya jadi budak-budak yang belum mengerti apa-apa, emosi mereka masih bersih dari tekanan dan mereka cuma ingin merasa seronok saja….

Kami tutup hari sukan dengan doa kesyukuran….Allah mengizinkan ia berlangsung seperti yang dirancang. Tahniah untuk rumah Abu Zar Al Ghifari yang muncul juara keseluruhan, jua buat rumah Usamah Zaid yang berada di tempat ketiga biarpun peringkat awalnya menempah kedudukan selesa…ehem! dah rezeki kami nak muncul naib juara…jangan mare yer!…buat rumah Salman Al Farisi…..tahun depan cuba lagi, bangkit dari ketewasan tahun ini. Mungkin tahun ini nasib belum menyebelahi.

Seronoknya nak bersukan lagi…..


berdoa….

Sungguh kehidupan ini adalah medan ujian. Apa yang terbentang di depan mata dan apa yang terpaksa ditempuh terkadang begitu mencabar sekali. Manusia tak mungkin akan dapat bertahan hidup sendirian tanpa meminta pertolongan dari sesiapa.Namun pertolongan yang diperolehi dari tangan sesama manusia kadang-kadang tetap tidak dapat menepati apa yang dihajati. Yang memiliki kuasa memenuhi kehendak manusia hanyalah Allah yang maha agong. Sifat kaya dan maha pengasihNya,  sifat pemberi rezki dan maha penyayangnya menjadi tumpuan insan didunia ini memohon limpahan rahmat, pemberian , anugerah serta kurnia dariNya.

Semasa remaja dan dalam satu majlis usrah, naqib memberitahu kami supaya selesaikan masalah dengan solat dan perbanyakkan doa. Tidak tertepis qada dan qadar Allah kecuali dengan doa. Perjalanan doa umpama melepaskan busur panah bergerak di tengah malam yang pekat, sekalipun tidak nampak pergerakannya tapi tepat mengenai sasaran. Apatah lagi bagi insan yang sentiasa berusaha untuk berada di dalam ketaatan. Allah akan memandang doa mereka dengan pandangan belas kasihan. Rasulullah saw hiburkan hati kita dengan mengatakan bahawa doa itu adalah senjata orang mukmin. Sedangkan sifat senjata ini selain dari menjadi perisai kepada diri ia juga sebagai sumber kekuatan yang boleh menghapuskan rasa lemah dan tak berdaya. Cuma kita mesti yakin dan keyakinan kita pada doa yang dipanjatkan ialah Allah pasti memperkenankan doa kita kerana itu janjiNya, mana mungkin Allah tidak menepati janjiNya.

Dan Tuhanmu berfirman ” berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk ke dalam neraka jahanam dalam keadaan hina dina ( Al-Mukmin : 60).

Abu Zar Al Ghafiri pernah berkata bahawa doa adalah sebagai pelengkap kepada amal kebajikan sebagaimana garam melengkapi rasa pada makanan. bahkan didalam al-Quran sendiri terdapat banyak ayat  yang menyarankan supaya kita berdoa dan meminta tolong kepada Allah. Berdoa adalah sunnah para anbiya yang pastinya ia mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kehidupan muslim. Berdoa dan memohon pertolongan bukan saja menepati fitrah manusia tapi ia juga perbuatan yang disukai oleh Allah. Jesteru itu Allah memberi gambaran bahawa Dia sangat dekat pada hamba yang memohon kepadaNya.

Dan apabila hamba-hambanya bertanya padamu (wahai Muhammad) tentang Aku ( maka katakanlah ) sesungguhnya Aku sangat hampir, Aku memperkenankan doa orang-orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi kebenaran.  ( Al-Baqarah : 186)

Dulu seorang pelajar pernah meluahkan rasa kecewa kerana sekian lama berusaha dan berdoa tapi masih tidak memperolehi kejayaan dalam pelajaran seperti yang dihajati. Saya katakan padanya, Allah selalu ingatkan kita supaya  bermohon padaNya dengan sabar. Nabi musa mengambil masa 40 tahun berdoa untuk kemusnahan Firaun dan setelah 40 tahun baru Allah perkenankan doanya. Nabi Zakaria juga puluhan tahun berdoa dikurniakan zuriat  sehingga akhirnya Allah mengurniakan baginda seorang anak lelaki bernama Yahya. Dalam kitab Al-Hikam ada disebut ” janganlah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal kau bersungguh-sungguh dalam berdoa, menyebabkan patah harapan sebab Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang Ia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu  dan pada waktu ditentukanNya, bukan pada waktu yang kau tentukan.

Kita tidak mempunyai hak memaksa Allah memenuhi hajat kita kerana Allah lebih mengetahui apa yang paling baik untuk kita, masa yang paling sesuai memenuhi keinginan kita dan dalam ilmuNya mungkin ada penggantian yang lebih utama untuk kita. Sebagai insan tentu saja kita berhak menyimpan seberapa banyak keinginan, tapi semua keinginan tersebut tidak mungkin akan mendahului kehendak dan ketentuan Tuhan. Sifat redha akan memberi ketenangan dan menyuburkan rasa baik sangka dengan Allah.

Jangan putus asa dalam berdoa kerana amalan berdoa menyediakan dua keuntungan. Jika doanya diperkenankan Allah maka itu satu keberuntungan baginya, jika sebaliknya dia tidak memperolehi apa yang dikehendaki dia masih mendapat keberuntungan pahala dari ibadah doa yang dilakukannya. Jadi orang yang berdoa ini tidak pernah rugi… 😀

Cuma dalam kita berusaha melalui doa ini perlu juga kita perhatikan dan jaga adab-adab dalam berdoa. Kegagalan menjaga adab dan melaksanakan doa tanpa menepati syarat untuk doa itu dimakbulkan juga menjadi penghalang bagi hajat kita ditunaikan. Mudah-mudahan apa saja keinginan yang baik itu Allah akan penuhi dan kita bukan saja mendapat perkenan doa dari Allah, bahkan memperolehi ganjaran pahala yang banyak kerana amalan berdoa kita itu…Insya Allah.

Palestine Di Hati (2)……

GAZA DISERANG : APA BEZANYA SYAITAN PUTIH DAN SYAITAN HITAM ?

menyaksikan Israel Laknatullah sekali lagi menggunakan alasan keselamatan untuk menyerang saudara kita di Palestin. Setakat semalam, sudah hampir 300 orang terkorban dan ratusan lagi cedera. Hamas dipersalahkan kerana ia dikatakan kumpulan pengganas memulakan dahulu keganasan ini.

Seperti biasa juga, USA (United Satan of America) mempertahankan tindakan syaitan Israel dengan mengatakan Israel berhak mempertahankan keselamatan rakyat mereka jika Hamas menyerang mereka. Syaitan Putih Besar atau dikenali Mr Shoe yang tidak lama lagi nak bersara masih lagi berminat memandikan tangannya dengan darah umat Islam Palestin. Tidak cukup dengan darah umat Islam di Iraq dan Afghantan, syaitan putih ini masih dahagakan darah-darah lain yang segar agar bersaranya nanti, dia akan puas dengan meminum darah umat Islam sedunia.

Sejak peristiwa 11 September ciptaan syaitan putih ini, dia sering menggunakan alasan menentang keganasan untuk menghalalkan segala tindakan zalim dan pengecutnya itu. Umat Islam perlu sedar bahawa hasil kajian pihak yang memegang kuasa konservatif di Rumah Putih, mereka mendapati bahawa abad ke 21 merupakan abad yang akan berlaku pertembungan terakhir dua tamadun besar di akhir zaman ini. Mereka yang merupakan penjilat dan menganut fahaman Yahudi Zionism menegaskan setelah pertembungan Amerika – Nazi (World War II), Amerika – Soviet (Afghan War), dua kuasa besar ini bukan lagi ancaman kepada mereka. Namun kini, ancaman terbesar mereka adalah kuasa Islam yang dijanjikan Allah sebagai penguasa di akhir zaman. Mereka mengetahui akan hal ini dan berusaha untuk menghalangnya dari sekarang.

Mereka mulai nampak akan kebangkitan umat Islam yang bangkit setelah mimpi buruk umat Islam 1924 (kejatuhan Khilafah). Namun sebagai kuasa besar dan sentiasa mendapat perhatian dunia, mereka perlu menggunakan satu pencetus yang lebih besar daripada perang sebelum ini untuk menghalalkan dan menampakkan tindakan mereka merupakan pembelaan ke atas keamanan walaupun rupa sebenarnya adalah kezaliman. Seperti contoh, kita imbas kembali World War II di mana Amerika yang bermusuh dengan Jepun menunggu sehingga berlaku pencetus Pearl Habour Attack. Peristiwa besar ini menjadi pencetus dan seolah-olah menghalalkan Amerika untuk menggugurkan dua bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Begitu juga ketika Perang Teluk 1990 di mana Amerika melakukan pembohongan dengan mereka cerita akan ’kezaliman’ tentera Iraq kepada rakyat Kuwait untuk mendapatkan sokongan dunia bagi menyerang Iraq. Kemuncaknya adalah ’lakonan’ berkesan seorang gadis Amerika berketurunan Arab yang kononya mengaku menyaksikan peristiwa ’Bayi Inkubator’.

Abad ke 21 ini, mereka memerlukan sekali lagi ’pencetus’ untuk melanyak Islam. Maka perancangan 11 September dirancang untuk menjadi pencetus tersebut. Dikatakan bahawa Syaitan Putin ini ’dilantik’ oleh kuasa konservatif ini untuk melaksanakan misi ini. Kenapa ’dilantik’? Ini kerana Pilihanraya Presiden 2001 menyaksikan pilihanraya terburuk dalam sejarah Amerika dari sudut ketelusan pilihanraya. Bush menang dengan majoriti 0.5% sahaja mengalahkan calon Demokrat, Al Gore.

Setelah ’pencetus’ 11 September berlaku dengan jayanya, Syaitan ini mendapat lesen besar untuk menghapuskan Islam. Pencetus yang dicipta ini adalah lebih besar berbanding Pearl Habour 70 tahun lepas. Kesannya, satu persatu negara Islam tumbang dan Palestin pula semakin hampir dimiliki Israel.

Saya menceritakan semua ini bagi menimbulkan kesedaran kepada kawan-kawan bahawa jangan sesekali berharap untuk berdamai dengan mereka. Pendamaian sama sekali tidak terlintas dalam fikiran mereka, hanya sekadar manis dibibir. Mereka hanya impikan kejatuhan Islam dan mereka akan menguasai dunia. Ini adalah fakta dan menjadi plan utama mereka melalui gerakan underground Yahudi sedunia iaitu Freemason. Terlalu panjang untuk mengulas berkenaan Freemason ini. Namun dapat disimpulkan bahawa kini, Yahudi telah menguasai dunia dari segala aspek samada ekonomi, politik, sosial, kemasyarakatan, sukan, hiburan, kehakiman, perbankan, dan semua sistem kehidupan. Tangan Yahudi telah memasuki setiap rumah umat Islam dengan pelbagai cara. Semua ini talah dinyatakan Allah dalam surah Al Baqarah ayat 120 bermaksud ”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Firman Allah amat jelas. Jika kita bertanya kepada Yahudi, sampai bila mereka ingin menindas umat Islam, jawapannya adalah sehingga kita mengikuti kekufuran mereka!!

Saya juga ingin mengulas akan harapan menggunung umat Islam kepada Barack Hussien Obama yang bakal menggantikan Syaitan Putih. Jika kawan-kawan meminta komen dan pendapat saya tentang orang ini, saya lebih suka simpulkan bahawa apa yang berlaku adalah ’pertukaran kuasa daripada syaitan putih ke syaitan hitam!!’ Mengapa? Sebelum pilihanraya lagi, syaitan hitam ini telah berjanji akan mempertahankan Israel daripada ’pengganas’ Hamas. Dia telah menunjukkan taat setianya kepada Israel dengan melaksanakan dan melakukan semua adat istiadat keagamaan Yahudi di Baitul Muqaddis ketika melakukan lawatan ke sana sebelum pilihan raya. Perlu diketahui bahawa setiap Preseiden Amerika hendaklah mendapat restu daripada Yahudi untuk menang pilihanraya Presiden kerana Yahudi lah yang memegang kuasa politik dan ekonomi kuasa dunia itu. Setelah menang juga, dia mengulangi komitmennya itu dengan memberi pembelaan sepenuhnya kepada Israel. Ahkbar Berita Harian hari ini juga memetik komen Syaitan Hitam ini terhadap apa yang berlaku di Gaza kini dengan mengatakan dia sedang mengikuti rapat perkembangan di sana. Jadi apa yang boleh diharapkan lagi kepada Syaitan Hitam ini? TIADA HARAPAN!!

Kesimpulannya di sini, saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan Al Aqsa adalah bawah tanggungjawab kita. Jangan berharap pada musuh untuk jaminan keselamatan masjid suci kita. Jika kita berharap kepada Amerika, samalah seperti mengharapkan pencuri untuk menjaga rumah kita. Tiada yang bermanfaat. Syaitan Hitam akan meneruskan dasar Syaitan Putih dalam isu Palestin.

Kita sebagai rijal Islam, tanggungjawab adalah terletak di bahu kita. Tanggungjawab kita adalah untuk mencari ilmu dan menguasi semua bidang kehidupan. Kita juga mesti istiqamah dengan jemaah dan pengamalan Islam agar kita sentiasa sedar akan tanggungjawab ini. Walaupun kemenangan di Palestin masih jauh, usahanya kene bermula dari sekarang. Kemenangan pasti datang, cuma terpulang pada kita samada nak menyertai perjuangan yang sudah dijamin kemenangannya ini ataupun tidak. Untuk membantu rakyat Palestin ketika ini denagn kemampuan kita sebagai pelajar, kita boleh menganjurkan progream penerangan berkenaan isu ini di tempat kita. Sebarkan kepada masyarakat berkenaan perkara ini. Untuk diri kita sendiri, istiqamahlah dengan kehidupan sebagai umat Islam, sentiasa berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin, qunut Nazilah setiap kali solat fardhu, boikot barangan Israel, menderma kepada pertubuhan kebajikan rakyat Palestin. Letakkan perjuangan Palestin ini sebagai salah satu agenda hidup kita. Bersiap sedialah semua, panggilan jihad sudah bergema, terpulang pada kita untuk sertainya atau tidak. Saya berdoa moga Israel dihancurkan seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Soleh, kaum Nabi Hud, dan kaum Nabi Luth dan pejuang kita di Palestin diberi kekuatan untuk berjihad mempertahankan tanah suci Palestin. Allahuakhbar !

http://demiislam.blogspot.com/2008/12/gaza-diserang-apa-bezanya-syaitan-putih.htm

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gila….biadab……. dan rakus sekali…mereka makhluk manusia yg berjiwa syaitan…..mereka lebih keji dibandingkan dengan haiwan.

Entahlah….saya sudah tidak tahu melakarkan kata yang paling tepat sebagai mencela dan mengutuk Bangsa yang bangsat seperti Israel dan yahudi.

Sungguh celaka bangsa yang hina seperti Israel. Mereka menjadikan Gaza bermandikan darah. Sungguh rakus mereka membunuh jiwa-jiwa saudara kita di sana…Ya Allah…Ya Allah….Ya Allah…hancur leburkan mereka….hinakan mereka dengan kemusnahan yang total dan muliakan kami dgn kemenangan ke atas mereka. Ya Allah…kebencian dan kemarahan ini rasa tidak tertanggung lagi . Halakanlah muslimin ke sana untuk menghancurkan mereka…..kami tidak sabar rasanya utk meyaksikan keaiban mereka . Kami ingin melihat  saudara kami di selamatkan dan Baitul Maqdis dibebaskan dari cengkaman Zionis yang terlaknat itu….Ya allah…Ya Allah…

Apa sudah jadi dengan pemimpin-pemimpin  Islam seluruh dunia hari ini. Mereka masih di peringkat ‘ bercakap’ biarpun saban hari jumlah korban muslim di Gaza  semakin meningkat. Mana jihad kita hari ini ?? Tidak adakah mana-mana pemimpin muslimin yang berani mengangkat kepala mengerahkan pemuda Islam seluruh dunia menyerang Israel dan Yahudi di Palestine ? Jordan tidak peduli …Syria membisu dan menyepi diri…Arab Saudi ke mana pergi ?…Mesir masih sempat ‘makan angin’ lagi…Ya Allah, tidakkah kalian terasa ingin membela rakyat palestin dan menentang musuh Allah ini ??… kamu menyepi dan pengecut sekali kerana tarikan duniawi yang melingkari….kamu tidak ‘berani’ kerana perkaitan yang selesa yang kamu perolehi dari kafir Amerika dan juga yahudi .

Ya Allah tidak adakah lagi pemimpin seperti Khalifah di zaman Abbasiyyah ? Kisah kepahlawanannya yang sungguh berani ketika membela muslimah yang dicabuli. Tatkala seorang muslimah di  Kota Amuria di ganggu seorang pemimpin Rom. Dia telah menjerit meminta tolong sehingga jeritannya didengar oleh Khalifah Mu’tasim. Maka baginda telah keluar mengumpulkan bala tentera yang besar, dan memerintahkan tenteranyaitu  yang kepalanya di Amuria dan ekornya masih di Baghdad, menyerang bukan saja pencabul kehormatan tersebut bahkan seluruh kerajaan Rom dan berjaya mengalahkannya….

masyaAllah, itu baru cerita seorang muslimah yang diganggu, kalaulah sebuah negara umat Islam diperlakukan seperti Palestine, sudah tentu khalifah kita itu tidak akan sekadar menyuruh umat Islam  ‘berdemonstrasi’ dan memboikot barangan Israel seperti kebanyakan pemimpin islam hari ini.

Allah…Allah…Allah….kukuhkanlah saf kami untuk bersatu di bawah naunganMu. satukan kami untuk menghancurkan musuhMu. Perteguhkan ikatan kami dengan tali aqidah yang benar terhadapMu…..Ya Allah…

pedihnya….menyaksikan kezaliman ke atas saudara kami. Maka jadikan kami memiliki daya untuk menentang kezaliman mereka ini….

doa qunut nazilah :

اللهم ﺇنانجعلك في نحورأعدائنا – ونعوذبك من شرورهم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami – Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم – وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka – Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka

وسلط عليهم كلبا من كلابك – يا قهار يا جبار يا منتقم

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2
kamu kepada mereka – Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka

ياالله ياالله ياالله – اللهم يا منزل الكتاب
Ya allah – Ya allah – Ya allah – Wahai tuhan yang menurunkan kitab

ويا مجري السحاب – ويا هازم الاحزاب
Wahai tuhan yang mengarakkan awan – Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab

ﺇهزمهم – ﺇهزمهم – ﺇهزمهو – انصرنا عليهم
Kalahkan mereka – Kalahkan mereka – Kalahkan mereka – Dan menangkan kami ke atas mereka.



hari pertama…

image032a

~masa ~

Saya melangkah kaki ke sekolah hari ini dengan hati yang berbunga rasa kesyukuran. Allah masih mengizinkan saya menghirup udaraNya dan memiliki khudrat utk meneruskan tanggungjawab saya sebagai pendidik bagi sesi persekolahan 2009.

Bermakna tahun 2008 telah saya tinggalkan, dan hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi tahun ini. Aah! cepat betol putaran waktu yang berlalu. Sudah setahun rupanya saya tinggalkan ‘hari ini’. Hari di mana saya memasuki hari pertama persekolahan sesi baru. Rasanya seperti baru saja menyambut kedatangan 2008  namun hari ini saya telah mulakan sesi persekolahan 2009. Seakan masih terngiang-ngiang ucapan selamat kembali dari rakan guru dan anak-anak murid pada tahun lalu, namun hari ini saya kembali menerima ucapan yang sama. Rutin hari pertama sekolah dengan para waris yang berduyun-duyun menghantar anak-anak mereka, pelajar yang sibuk mencari kelas masing-masing, suara announcement dari pengurusan sekolah yang nyaring kedengaran di corong speaker, saya yang terpaksa ke pejabat sekolah mendapatkan Buku Rancangan Mengajar dan alatan tulis….rasanya saya lalui situasi yang hampir sama pada hari pertama persekolahan tahun lalu. Aah! alangkah samanya hari ini dan semalam. Alangkah cepat dan singkatnya putaran masa yang beredar melewati kita.Seperti semuanya baru saja kita tinggalkan kerana masa berlalu tidak terasa.

image031a

Agaknya inilah antara kata-kata nabi tentang tanda-tanda akhir zaman dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi. ” Tidak berlaku kiamat kecuali sehingga masa menjadi singkat. Setahun berlalu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu  bagaikan sehari dan sehari berlalu bagaikan petikan nyalaan api. “

Ulama berpandangan bahawa ‘masa’ sekarang sudah hilang keberkatan. Manusia tidak lagi mengecapi keberkatan masa dalam menjalani kehidupan seharian. Kalau ulama dahulukala mampu khatam al-quran berkali-kali dalam sebulan, seminggu bahkan sehari, tetapi muslim hari ini nak mencuri masa utk membaca Al-Quran barang satu surah sehari kadang-kadang terasa payah. Ulama terdahulu mengarang kitab yang lengkap dalam jumlah yang banyak, tetapi kita hari ini menghasilkan tulisan ilmiah barang sehelai dua kertas pun sukar sungguh kita rasakan. Inilah keberkatan masa kita yang mungkin hilang berbanding ulama dulu-dulu. Hakikatnya kita sendiri yang menghilangkan nilai keberkatan masa kita kerana sikap lalai dan tidak merancang masa dengan baik. Antara tanda hilang keberkatan masa ialah kita merasakan masa bergerak lama bila kita melaksanakan ibadah. tapi bila waktu dipenuhi dengan perkara-perkara lagho dan maksiat, masa berlalu seprti tidak terasa.

Marilah kita berusaha mencari semula keberkatan masa kita dengan mengisi masa-masa yang ada dengan perkara-perkara kebaikan. Semoga dengan itu Allah tidak meletakkan kita sebagai golongan orang yang rugi.

image031

~Tarbiyyah ~

Persekolahan pada hari pertama dimulakan dengan solat taubat dan solat hajat oleh guru-guru dan pelajar. Ianya bertujuan memohon keampunan dari Allah dan bertaubat di atas segala kesalahan serta dosa yang dilakukan selama menjadi hambaNya. Selain itu juga ia bertujuan memohon hajat agar Allah memimpin kami semua dan menjadikan kami orang-orang yang sanggup mentarbiyyah , dan juga orang-orang yang bersedia di tarbiyyah.

Terasa ‘berat bahu’ memandang rijal-rijal yang ada di depan saya. Mereka amanah yang penting yang terkadang saya alpa akan hakikat tanggungjawab saya ke atas mereka.Betapa ya Allah,  tugas membentuk mereka bukanlah satu tugas yang mudah.Kecenderungan saya terhadap mereka mestilah bukan sekadar mengajar di kelas. Tapi saya serta guru-guru yang lain perlu mempunyai iltizam yang tinggi untuk mentarbiyyah mereka menjadi insan soleh wal musleh. Pendidikan atau pentarbiyyahn ini harus dilihat sebagai amanah untuk membina mereka kepada kesinambungan perjuangan Islam di mukabumi ini.

Islam menggambarkan proses pendidikan bukan sekadar proses pengisian ilmu tetapi juga proses tazkiyyah (penyucian), pengajaran (ta’lim) dan juga membiasakan anak-anak murid dengan sifat-sifat yang baik.Ulama menekankan kekuatan jiwa mad’u mestilah dibangunkan seiring dengan pembangunan fizikal dan mental. Segala kekotoran yang melemahkan jiwa hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mencorakkan hati dan jiwa mereka menjadi muslim yang berkepribadian murni. Jika tidak usaha mendidik mereka akan jadi pelik sekali.Kita gambarkan jiwa yg kotor laksana gelas yang terdapat mendakan lumpur di dalamnya.Jika kita mengisi air yang jernih dan bersih sehingga gelas itu penuh dan melimpah, apa yang kita dapati yang melimpah keluar itu bukanlah mendakan lumpur tersebut, tetapi air jernih yang dituangkan tadi. Selama mana kita mengisinya, air yang jernih itu akan terus melimpah keluar sedangkan mendakan kotor masih di situ. Seharusnya kotoran dalam gelas itu dibersihkan terlebih dahulu barulah air jernih yang bersih sahaja yang boleh diisi ke dalamnya.

image032

Termasuk dalam proses tazkiyah atau penyucian ini ialah menyekat sehabis daya gejala-gejala yang mengotorkan jiwa. Pembersihan tanpa menutup sumber yang mendatangkan kekotoran akan menjadikan usaha pembersihan itu jadi mustahil kerana mana mungkin berlaku proses pembersihan serta proses pengotoran jiwa serentak sedangkan kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang mengotorinya lebih kuat kesan pengaruhnya. Ibnu Jauzi menggambarkan kecenderungan jiwa manusia kepada keburukan seperti air yang menuruni bukit yang tinggi, laju dan mudah sekali. Sedangkan kecenderungan jiwa pada perkara kebaikan adalah seperti air yang menaiki sebuah bukit yang memerlukan satu tenaga tambahan untuk menolaknya….tentulah ini satu  kerja yang rumit sekali.

Pun begitu jika itulah realiti yang harus dihadapi dan inilah cabaran yang wajib kami harungi, kami berdoa semoga kamilah yang menjadi tenaga tambahan kepada anak-anak murid kami.Biarpun sukar melawan arus, tapi kalau gigih dan mendapat pertolongan Allah, pasti usaha ini akan membuahkan hasil yang manis jua nanti ….InsyaAllah.

image030

~Hijrah ~

Hari pertama saya memulakan kerja, memasuki kamar guru dan kembali meneruskan persahabatan dengan meja yang sekian lama berkhidmat pada saya di bilik guru tersebut. Meja saya kelihatan suram dan ‘kurang manisnya’. Saya mengaku tidak kreatif dalam hal menghias meja. Setakat ini apa yang saya usahakann sekadar menyusun buku-buku dan segala bahan bertulis yang berada di atas meja saya…itu saja. Saya melawat meja seorang rakan saya di sekolah rendah…masyaAllah cantik betul dia hiaskan mejanya. Muallimah Rohilawati memang wajar dipuji kerana kerajinan dan kreativiti yang tinggi dalam hal menghias meja termasuk menghias cantik kelasnya juga. Saya kira saya perlu mempelajari sesuatu dari sikap positifnya itu. Saya perlu hijrah.

Dalam buku teks sejarah tingkatan 4, antara lain pengertian hijrah yang dinyatakan ialah melakukan perubahan dari satu keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Maka atas bantuan anak murid saya, saya cuba menambah serikan meja saya dengan harapan ia kelihatan lebih baik dari sebelumnya. Dibandingkan dengan meja Rohila, tidak lah cantik sangat pun hasil tangan saya ini,  tapi yang pasti ia memang kelihatan lebih cantik berbanding yang lalu.Kalaulah usaha ini boleh dikira sebagai hijrah juga dari saya, semoga hijrah ini adalah kerana mencari keselesaan beribadah dan kesinambungan dakwah. Saya berkira-kira bahawa meja yang dihias lebih menarik ini mungkin boleh membangkitkan semangat utk bekerja dengan lebih gigih dan berdedikasi. Jika saya ingin menjadikan ‘kerja’ saya sebagai ibadah dan dakwah, maka saya harap sangat usaha kecil ini masih menepati kehendak hijrah untuk ‘selesa beribadah dan penerusan kerja dakwah.

Dalam ceramah maal hijrah dari ustaz Amri Nason yang saya hadiri tempohari, beliau mengatakan bahawa Hijrah adalah sunnah para anbiya’. Bukan Rasulullah saw sahaja yang melakukan hijrah, malah ianya telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu seperti nabi Ibrahim, nabi Musa, nabi soleh dan sebagainya.Mereka pernah meninggalkan kampung halaman menuju ke tempat yang lain. Sebagai contoh dalam kisah nabi Musa, baginda dibesarkan di istana Firaun dalam suasana senang dan penuh kemewahan.tapi disebabkan baginda tidak dapat menerima kekufuran Firaun yang zalim sehingga mengangkat diri sebagai tuhan, maka baginda telah berhijrah meninggalkan Mesir menuju ke Madyan dan kemudiannya diutuskan semula untuk memerangi Firaun. Hijrah nabi saw dan nabi-nabi yang lain bukanlah utk mencari keselesaan dunia, tetapi mencari keselesaan ibadah dan kesinambungan dakwah. Keselesaan ibadah ini dalam ertikata keselesaan meyempurnakan pengabdian kepada Allah swt. Kalau hijrah kerana keselesaan dunia maka menetap di Mekah adalah lebih baik bagi baginda s.a.w kerana nabi telah ditawarkan pelbagai kesenangan dan keselesaan oleh kafir Quraisy. Tapi baginda menolaknya dan kemudiannya berhijrah kerana mencari keselesaan untuk beribadah dan kelangsungan kepada dakwah baginda.Menurut Ustaz Amri, jika kita hendak berhijrah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain, ianya adalah untuk mencari ‘ keselesaan ibadah’ dan untuk meneruskan dakwah menegakkan kalimah Allah dimukabumi ini..

Sesungguhnya hijrah adalah  bertolak dari satu dorongan yang amat kuat iaitu kekuatan keimanan kepada Allah swt. Hijrah Rasulullah saw pada pandangan zahirnya seperti meninggalkan tanahair yang dikasihinya, akan tetapi pada hakikatnya hijrah adalah penjagaan dan keselamatan terhadap usaha untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Maka marilah kita bersama-sama melakukan penghijrahan sebagai tanda cinta kita kepada nabi saw. Penghijrahan hari ini mungkin tidak menuntut kita meninggalkan tanah air, tapi kita berhijrah melakukan pengislahan diri dgn berfikir, mengambil iktibar dan menggerakkan diri melaksanakan perkara-perkara kebaikan. Kita melakukan perpindahan dari kehinaan kepada kemuliaan, dari kelemahan kepada kekuatan , meninggalkan isme-isme dan fahaman sekular serta benar-benar mengikuti jalan yang Rasulullah saw  tinggalkan untuk kita….InsyaAllah.