Ramadhan tahun ini

Dah beli kurma utk bersahur dan berbuka semasa ramadhan?? . Ling..ling...besar tak kurma iniii.... šŸ˜›

Andai esok bermula puasa, jangan lupa malam ni terawih yang pertama. Biasanya saya sekeluarga memilih masjid Al Barokah, Tikam Batu yg terletakĀ  lebih kurang 1 km dari rumah saya. Sesekali saya berterawih juga di masjid depan rumah saya ini, tapi rasanya Masjid Barokah lebih memberi ketenangan, mungkin kerana suasana yg lebih suram di ruang solat wanita dan terawih diimamkan oleh dua imam tahfiz jemputan dari selatan Thailand. Saya menitis airmata dlm satu majlis perpisahan dgn imam2 itu pada akhir ramadhan laluĀ  , mungkin Allah menghadirkan rasa sayang saya pada kedua2 adik muda yg megimamkan solat terawih kami semua. Mereka menempuh perjalanan jauh meninggalkan keluarga utk berterawih bersama kita. Semoga Allah memberkati jasa dan usaha mereka, datang berterawih bersama kami kerana mencari rezeki utk menyambung pelajaran selepas ramadhan nanti.

masjid Al Barakah, Tikam Batu

Sudah beberapa hari saya berkaca mata hitam, sekalipun ketika di dalam rumah sendiri. Bukan saja nak bergaya walaupun anak2 mengusik saya ” ummi nampak lawa” dalam kacamata gelap milik baba depa,Ā  saya terpaksa berspek hitamĀ  kerana nak mengurangkan keletihan mata kanan yg ‘kurang sihat ‘ sejak lima hari yang lalu. Sudah dua pakar mata yg saya rujuk, dan sehingga saat ini mata kanan masih kabur dan saya masih meneruskan rawatan. Kata doktor saya mengalami ‘macular edema atau macular swelling’…yang biasa dialami oleh pesakit diabetic. Saya tidak pernah ada sejarah kencing manis dlm hidup saya. Saya kemudian membuat pemeriksaan kesihatan, dimana kondisi kesihatan saya adalah sederhana bukannya teruk sangat. Itu yang menghairankan saya. Pemeriksaan kandungan gula dalam darah menunjukkan bacaan 3.5 sahaja, tekanan darah 130/90 dan ujian kolestrol mencatatkan bacaan 5.0 . Apa pun saya dalam usaha memperbaiki tahap kesihatan apabila pakar mata turut mengaitkan masalah mata saya dengan pertambahan berat badan. ” gemuk sangat ke saya ni doktor?” saya sedikit takpuashati kerana dalam usia sebegini dan sudah 4 kali melahirkan anak , saya rasa taklah didalam kategori obesiti lagi ni, overweight mungkin la kotĀ  … šŸ˜€ . Kata doktor mata tu, Kabur mata kanan saya memakan masa utk pulih semula. Dianggarkan dalam tempoh satu hinggaĀ  tiga bulan utk kembali pada ketajaman penglihatan asal. 😦

nikmat penglihatan adalah satu nikmat yg cukup besar yg perlu dijaga agar tidak menjadi sumber maksiat kepadaNya.

Saya redha, Allah datangkan ujian utk saya ketika hampir melangkah ke bulan Ramadhan yang mulia. Allah sangat sayangkan saya sebenarnya, ketika masanya saya terleka dgn nikmatNya, pasti datang ujianNya utk mengembalikan rasa lemah dlm diri saya dan rasa tidak berdaya seorang hamba yg sangat berhajatkan pertolongan dari penciptanya. “mungkin ummi berbuat dosa memalingkan diri dari kebenaran dan leka dengan keburukan” kata saya pada suami selepas pemeriksaan mata tempohari . ” tak de la ummi, ujian Allah ni” suami mententeramkan saya. ” ye la, ummi pun ada blind spot juga, mungkin ada yg ummi tak nampak dan ia baik utk ummi, sebaliknya yg buruk itu ummi nampak elok pula” . Saya mengeluh lagi. ” walaupun jauhari mampu mengenal manikam, mungkin jauhari juga tersalah menilai kaca yg nampakĀ  berkilau macam intan” saya terus bersastera kemudian tersengeh bila tahu suami tak dapat memahami maksud ngomelan saya.” banyakkan baca al quran, tak boleh baca ambik pahala memandang ayat2 al quran, itu juga satu rawatan penglihatan” kata suami saya.

Dah tiga hari saya tak mengambil nasi, tetapi saya gantikan dgn sup oat dan mengambil kerabu sebagai ganti kepada sayur goreng.

kerabu ulam selom, mentimun, tomato, nenas dan ikan rebus..... lebih sihat dan penuh dgn khasiat

Semoga Allah mengembalikan kesihatan mata kanan saya dan mengampunkan segala dosa-dosa saya. Saya ingin memasuki Ramadhan dgn diri yg bersih, diampun dosa oleh tuhan, dan dimaafi kesilapan yg pernah saya lakukan pada saudara dan teman-teman. Saya tetap manusia biasa yg banyak kelemahan. SahabatĀ  yg saya kasihi, biarpun saya kadang2 tegang dan rasa marah pada mereka, tetap mereka tak lekang dari ingatan saya. Semoga Allah melindungi mereka walau di mana mereka berada.

Dalam menyambut ramadhan yg begitu hampir, kami sekeluarga membuat sedikit persiapan. Beberapa hari lalu, saya buatkan kad ucapan ramadhan yg comel utk keluarga saya. Saya sediakan borang mutabaah amal sepanjang Ramadhan utk dikongsi dgn keluarga dan teman-teman. Borang yg saya ambil dari sebuah buku ramadhan yg dihadiahkan oleh sahabat saya dari pertubuhan Isma. Termasuk borang pembahagian surah dan tarikh utk memungkinkan khatam al-quran bila berakhir Ramadhan. Saya juga siapkan menu hidangan berbuka utk sebulan puasa. Saya sudah beberapa tahun amalkan buat plan siap2 menu berbuka utk sebulan. Selain dapat plan menu yg baik, sihat dan digemari keluarga, kita juga dapat susun belanjawan, dapat elakkan pembaziran, elakkan rambang mata atau ‘tak tahu nak beli apa’ masa ke pasar. Yang penting dapat mendidik diri bersederana dlm penyediaan hidangan berbuka. Saya belajar ini dari Dr Mashitah Ibrahim yg pernah dititipkan oleh beliau dalam sebuah majalah masakan dulu.

moi sup atau bubur nasi, sgt baik dinikmati ketika berbuka.

Alhamdulillah, suami dan anak2 tak kisah berbuka dgn bubur nasi saja.

Antara yang disarankan oleh Pengarah Eksekutif kami sebagai persiapan menyambut ramadhan ialah membersihkan rumah dan menghiasnya sebagai tanda kegembiraan dan keseronokan menyambut ramadhan. Alhamdulillah, saya bercuti 4 hari bermula jumaat lalu sehingga isnin bagi menyambut ramadhan. Saya sahut saranan PE kami dan berusaha menjadikan kediaman kami lebih berseri menerima kunjungan Ramadhan tahun ini. Tiada yg berganti baru, cuma bersihkan yg lama dan ubah suai sikit kedudukannya. Suami mengambil peluangĀ  mengecat pagar dan dinding luar yg tidak sempat dicat sejak kami berpindah ke sini dua tahun lalu.

kerja rajin-rajin, nanti ummi upah dgn masakan yg sedap-sedap šŸ˜€

sori bang, saya nak bantu, tapi sibuk kat dalam rumah pula...masak, mengemas... šŸ˜€

Selamat menerima kunjungan Ramadhan utk semua, maafkan saya andai terlanjur dalam tindakan saya atau tulisan saya di laman blog saya ini ada menyinggung sesiapa. Penuhi ramadhan dengan aktiviti amalan kebaikan. Berdoa Allah memberikan kekuatan utk berterusan pula kebaikan setelah berakhirnya Ramadhan. Kita sekadar singgah sebentar didunia mencari bekalan, andai sampai ketikanya, kita bakal pulang membawa amalan.

bilik tidur anak bujang, bilik tetamu, dan ruang tamu yg sempat dibersihkan šŸ˜€

homemade mushroom soup, garlic bread, sardine puff yang saya masakkan sebagai breakfast utk tukang cat pagar rumah hari ni... šŸ˜€

Ya Allah, rahmatilah kami dan berkati Ramadhan utk kami. Ampunkan dosa-dosa kami dan bantulah kami melaksanakan ketaatan kepadaMu.

Isu Pusat Hiburan di Kedah : UMNO Patut Malu Dengan PAS

Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

 

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

 

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainanpolitik kampungĀ yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

 

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, ā€œKeputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagiā€ (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

 

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu.Ā  Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

 

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

 

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

 

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Bertarikh : 18 Julai 2011

Kebenaran Akan Sentiasa Mengatasi Kekejaman

Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.

Secara ringkas berikut adalah ā€œhargaā€ yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :

  • 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
  • NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
  • Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
  • Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
  • Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Harga murah

Namun harga itu dianggap ā€œmurahā€ berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.

NONEPerkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka membuktikan ā€œkuasa rakyatā€ masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.

ā€œKebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,ā€ kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

NONEBeberapa ā€œadegan-adeganā€ BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.

Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi ‘Negaraku’ di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.

BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Wajah sebenar Najib

Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

azlanWajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .

NONEJusteru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

NONEWalaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

NONEInilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

NONENamun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

Seperti mana kata Ambiga ā€œkebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.ā€

sumber : Wira Arjuna, Malaysiakini 10/7/11

berasap lagi …

Berasap lagi dapur kawe. lama dah tak masukkan N3 pasal koleksi di dapor saya. Ada beberapa resepi yg saya cuba di dapur dan saya rakamkan sebagai kenangan. Saja ler seronok-seronok. šŸ˜€ šŸ˜€

pizza cheese dan gula ..hehehe...resepi paling malas, selalu saya sediakan waktu sahur utk anak2.

Masa cuti sekolah pada akhir mei dan awal jun lalu, saya berkesempatan juga menceriakan dapur dgn menyediakan lauk pauk, pencuci mulut dan dua tiga jenis resepi nasi. Ā 2 minggu lepas saya ada buat nasi lemak kukus dgn ayam berempah, tapi tak sempat pulak nak ambik gambar. lagipun kamera dibawa oleh anak saya yg mengikuti rombongan ke kuala kangsar.

nasi ayam .....saya padankan dgn ayam goreng berempah.

Pun begitu, masih kedapatan beberapa gambar yg sempat dirakam . Elok juga saya tempek kat blog ini sebagaiĀ  ‘jamu mata’ dan pusaka utk anak cucu menatapnya šŸ˜€

Bukan nak memuji atau masuk bakul angkat sendiri, saya gemar juga memasak ni, Ā air tangan saya tidaklah teruk sangat…hmmm boleh laaa. Setakat nak melayan selera anak2 tu kira lepas ler… kadang tu anak2 pun pandai ‘angkat’ saya. Bila makan di kedai mesti ada yg kembang kempiskan hidung umminya “ yg ummi masak lagi sedap”. Sebagai ibu mestilah saya seronok lauk pauk dan juadah saya digemari ahli keluargaĀ  . sekalipun resepi saya mungkin biasa-biasa saja, tapi bila di puji anak2 yg menikmati masakan saya penuh berseleraĀ  dan makan sampai bertambah-tambah pula, saya jadinya rasa bahagia….dan kembaaang segalanya…keh keh keh

kuih lapis .... tapi warna ada kureng sikit, resepi saya godek dalam internet. Sedap juga bila saya lebihkan lemaknya šŸ˜€

Cuma suami memang ‘berat mulut’ memuji saya, memang lelaki macho bukan mudah memuji wanita kerana pujian itu mungkin terendam ‘di dalam’ perasaannya supaya kita ni tak buat kerja kerana berkehendakan pujian. Ā ” puji-pujian hanya utk Allah…kita manusia ni bukan ada apa2…. tak de apa2” Ā katanya . Tak pa laa…. melihat dia makan berselera sehingga sendawa dengan gempaknya, itu adalah tanda pujian dan kreditnya utk hidangan saya. Sekurang2nya, tekaknya boleh menerima masakan chef kampung macam saya. šŸ˜€

puding stoberi... yg ni hentam je, modified resepi puding yg saya dok buat sokmo... tak sesia. rasa sedap dan depa suka.

kek coklat kukus.... yg hitam camni la yg menawan dan sedap dimakan

yg ni kek pisang....saya guna pisang emas yg dikirim oleh mertua.

Saya tak berapa expert buah kek….kerap kek saya merekah dan tak cantik. Lagipun ia lebih rumit berbanding puding. Setakat ini kemampuan yg saya miliki dlm membuat kek ialah kek pisang, kek santan pandan, marble cake, kek gula hangus dan kek coklat. Saya ‘jeles’ tengok gambar kek Ben 10 yg dibuat sendiri oleh kawan saya sempena birthday anak lelakinya. cantik dan nampak sedap sekali . Dalam FB, saya suarakan keinginan saya belajar darinya membuat kek harijadi.tapi dia jauh di kuala lumpur 😦 Saya juga teringin nak mencuba bakat membuat carrot cakeĀ  dan scoone yg di cicah jem strawberry… carrot cake memang favourite saya…

chicken chop....yg ni memang dok buat sokmo coz kesukaan anak2....

puding peach dgn custard sauce...

Saya juga memang menggemari jenis2 puding/agar-agar sebagai pencuci mulut atau hidangan utk minum petang. Selain gemar pada rasa manis, lemak dan sejuk pada puding, saya sukakan puding kerana ia boleh dipelbagaikan dari segi rasa dan bahan temanya. Sebagai contoh boleh dicampurkan dgn Ā buah-buahan, pandan, santan, telur, gula merah dan susu sebagai perisa. Ini menimbulkan variasi pada rupa dan rasa, disamping membangkitkan keterujaan dan keghairahan untuk mencuba kepada chef amatur seperti saya.. šŸ˜€

puding Dragon Fruit ..

nasi kerabu kuning .....

Tahun ini saya lepaskan Kelab Media dan memohon pada pihak sekolah ditubuhkan kelab baru iaitu kelab sains rumahtangga dan saya sebagai guru penasihatnya. ” nak ajar kami urus rumahtangga ke muallimah”, tanya murid saya. ” entah, tak tahu nak letak nama kelab apa yg sesuai, ada cadangan tak?” tanya saya. Apa yang penting saya nak beri peluang pada pelajar banat Ā belajar memasak, menjahit dan membuat ‘kraftangan’ jika ada yg berminat. Sekolah kami cuma mengambil masa 3 jam sahaja, sebulan sekali bagi aktiviti kelab dan persatuan. Setakat ini saya dan budak2 tu dah buat donat, sadin roll, dan kebab pita . Saya berharap dapat ajar hiasan tudung saji pulak pada perjumpaan akan datang šŸ™‚

Seronok dapat layan dapor, pinggan mangkuk dan sudu garfu…..bergelanggang di dapor memasak apa saja yg menjadi kegemaran kita dapat Ā memberi kepuasan dan keseronokan pada rasa… maklumlah ‘dapor’ juga elemen penting dlm rumahtangga, dan tempat meluahkan fitrah seorang wanita. saya akan berangkat ke program mukhayam sekejap lagi. Saya dah siapkan ayam masak kicap ala Johor utk anak2, serta kerabu timun campur nenas dan belimbing buluh utk suami. Selamat berjuang utk sesiapa saja yg turn berdemo bersih lusa šŸ˜€

Jaundis

Jaundis atau demam kuning….wabak demam yg sedang hebat melanda Malaysia kini….keh keh keh..

Demam kuning sunggoh la loni …..selain team bolasepak kita pakai baju kuning lawan Taiwan malam ni, pengadil Vietnam pun gatai tangan asyik angkat kad kuning jer…. nak kena heret turun demo BERSIH pokcik mata sepet tuh.

kalau la esok nanti ditakdirkan polis ni jatuh hati dan nak meminang anak gadis pokcik ni....issh..

Setakat ini tangkapan utk kes baju kuning ni masih di teruskan. Setiap hari ada je berita tangkapan di updatekan kat laman social FB. Belum pun sempat rakyat turun demo lagi….pakai baju kuning atau jual baju kuning BERSIH je dah kena tangkap….. sakit tenat demokrasi yg dihidangkan oleh kerajaan BN hari ini, turut tempias sakit gila bayang dgn kilauan kuning ni ialah Polis Di Raja Malaysia … tetiba polis jadi fobia dgn warna kuning……rasa nak tergelak.

kena pakat berus gigi bagi kerap sikit, kalau kuning macam ni tak pasal kena masuk lokap pulak nanti

Pelik sungguh Negara tadbiran kerajaan Najib ni, dalam perlembagaan Malaysia ada peruntukan untuk rakyat berhimpun secara aman.Maknanya boleh berhimpun. Kalau nak berhimpun kena dapatkan permit. Bila mintak permit polis tak nak keluarkan pulak…. Macam ni ke cara PM dan Polis nak cucuk hidung rakyat ? ni bukan demokrasi la Datuk Najib…ni demo tak kasi atau demo kuku besi.. apa laaa

Sekumpulan murid sekolah di tempat saya ini berbasikal utk ke perlawanan bolasepak di sekolah mereka telah dikejar polis sehingga je Jambatan Merdeka. Berlaku salah faham dari pihak polis, semuanya gara-gara mereka Ā berbaju kuning biarpun terdapat logo sekolah pada baju depa….adeeiiihh meroyan tahap dewa dah polis nih. Fobia @ alergik yg sangat tenat.

aiiiiii....dapur kawe pun tempias kilauan kuning jugak....puding pic dgn sos kastad. šŸ˜€

Masa saya kecik dulu , dek kerana takut sangat kat hantu pd waktu malam, semua benda yg saya pandang kelihatan seperti lembaga hantu. Agaknya macam tu la yg PDRM rasa sekarang….takut yg amat sangat dgn T shirt kuning atau warna kuning, sehingga taik gigi pun kalau boleh dia nak warna biru putih jer.

Hampir setiap hari juga kita mendengar ancaman dari pihak polis untuk rakyat yg bakal turun berdemonstrasi nanti. Polis sepatutnya menjaga akyat, bukan berperang dgn rakyat.Ā  Atur dan susunlah bagaimana polis boleh berkawal dan menjaga perjalanan demonstrasi aman itu supaya berlangsung dalam suasana yg sihat, bukan mengeluarkan ancaman dan meletakkan sikap bermusuh dengan rakyat. Penganjur demonstrasi ini memberi jaminanĀ  utk mematuhi arahan polis menjaga ketenteramanĀ  awam bahkan meminta polis mencadangkan lokasi yg boleh mereka adakan demonstrasi. Namun polis tetap dengan sikap keras dan menentang hasrat rakyat meyampaikan mesej tidak puashati mereka terhadap SPR melalui demonstrasi.

kempen BERSIH di rumah saya....kuning blako! keh keh keh

Yang lawak sangat tu bila ada kalangan pimpinan UMNO meminta rakyat berdemonstrasi di stadium. Dia ingat rakyat ni macam kambing utk disuruh masuk mengembek dalam kandang. Selama UMNO berdemonstrasi dari zaman bantahan terhadap Malayan Union sehinggalah sekarang, tidak pernah lagi UMNO tunjukkan mereka pun sanggup ā€˜tunjuk perasaan’ kat stadium, bahkan mereka juga turut terjerit2 di tepi jalan dan mengangkat sepanduk dgn pelbagai slogan…..jadi UMNO jangan buat lawak bodoh dgn rakyat.

Demonstrasi bukan pilihan yg mengembirakan. Ia saluran terakhir setelah usaha-usaha lain tidak diendahkan. Demonstrasi bukan medan mencari keseronokan menentang pihak kerajaan samentelah kalangan yg turun dalam demonstrasi terdedah dgn risiko tangkapan, semburan water canon dan pukulan belantan. Ia adalah saat2 yang menyakitkan dan mencemaskan. Tapi hak rakyat yg dinafikan harus disuarakan. Perhatian awam harus dialih utk mereka memahami betapa teruknya dan zalimnya tawaran politak dan pemerintahan yg ditawarkan kerajaan.

Untuk himpunan BERSIH, saya merasakan pihak polis tidak sepatutnya menunjukkan sikap berpihaknya kpd kerajaan. Mereka adalah badan bebas yg bertanggungjawab menjaga keselamatan dan memastikan rakyat memperolehi perlindungan yg adil. Sepatutnya bukan rakyat yg ditekan supaya membatalkan perhimpunan, sebaliknya SPR lah yg harus diminta memenuhi tuntutan2 BERSIH yg sekian lama disuarakan bagi menjamin perjalanan pilihanraya yg aman, telus dan bebas dari pengkhianatan. Apa yg tidak kenanya dengan tuntutan BERSIH kerana tuntutan-tuntutan Ā pihak BERSIH itu bukan utk kepentingan kerajaan atau pembangkang , tapi untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia yg telah bersedia menerima konsep keadilan dlm pilihanraya bagi menentukan wakil2 mereka…. kenapa Ā ini pun pihak SPR dan kerajaan ingin nafikan?

Polis patut tahu, hanya ada satu keputusan yg boleh menyekat perhimpunan…. SPR Ā tolong terima tuntutan bersih….kesemuanya. Tolonglah terima tuntutan kami, masa masih ada beberapa hari lagi Ā sebelum tiba harinya rakyat turun berdemo memenuhi jalan … SPR mampu mengubahnya.