my garden…

kebun kecil belakang rumah….ditanami dgn pisang, pandan, kunyit, halia, serai, limau kasturi, nenas dan ulam raja…apa lagi yg patut saya tanam ya??

ualam raja dan pokok limau kasturi

ulam raja yg baru sejengkal…tanah agak berbatu kat sini…payah la skit

pokok kari…mula nak ‘melebat’ dan limau purut di sebelahnya..

pokok buluh madu…ditanam oleh abang ipar saya…tak sabo tunggu rebung sulong..

tanaman hiasan jenis keladi…pemberian kak ton, dulu kecik cuma tiga helai daun…sekarang makin subur..

lagi pokok keladi….

lagi koleksi pokok yg saya gemari

hijau merimbun…mendamaikan pandangan..

kalaulah daun2nya lebih lebat, tentu lebih lawa….tadi saya dah letak baja taik ayam..

dulu kedua pokok hiasan ni saya beli dlm polybag…masih kecil dan harga singgit je satu….sekarang dah ‘tembun’.. 😀

alahai….kedekut betol pokok ni. Dah lebih sebulan saya jaga, tak juga besarnya.Ni pun pemberian kak ton…dulu hampir mati, syukurlah masih bersama saya lagi sampai hari ni..

lagi spesies keladi….err ye ke ?? saya akui mudah tertarik pada pokok keladi. mudah dijaga dan ‘segar’ pada mata.

hmmm ni ikan koi dan talapia saya….agak pemalu sikit…

ada lebih kurang 15 ekor ikan koi dan 10 ekor talapia….sukar nak snap gambo…masih liar dan suka sembunyi bawah tempayan..

waterfall…

kat kolam ni saya bela ikan2 koi , talapia dan ikan ‘bandaran’… heheheh

harap talapia saya cukup umo pada ramadhan nanti….nak ‘rasmikan’ dgn resepi ‘phat phit’ warisan ibu saya dari Narathiwat..

okey tak presentation saya utk ruang depan ni….macam ‘tak balance’ kan ???….camana nak ‘up’ sikit…

bangku lama tu saya beli dari kedai perabut terpakai…beberapa hinggit jer…kalo saya cat putih ok tak ???

saya tak tahu camana nak ‘hidup’ kan ruang ni…. pokok2 apa agaknya yg sesuai di tanam ?

kws ini hasil tangan suami….rumput, stepping dan batu2….saya cuba ‘serikan’ dgn tanaman pokok2 hiasan…..tapi masih ‘buntu’..

kolam …… pandangan dari balkoni…

saya gemar buka netbook saya atau baca buku kat sini….bunyi air terjun dan kelibat ikan dikolam buat rasa ‘aman’….

lastly…. Tam yang enchem….’ahli keluarga’ yg dah 6 bulan lebih menumpang di rumah kami….tak kencing berak dalam rumah tak pa yaa…

Saya agak kurang berseni dalam hias menghias taman ni, dan bukan jenis menumpu sangat dalam hal hias rumah ni, sekadar saja lah……memandangkan ruang tu ada,  tak elok jika dibiarkan kosong je , saya cuba lah setakat yg mampu untuk  jadikan ianya tak nampak ‘kaku’ sangat….menanam pokok2 bunga bukanlah hobi paling utama kerana saya lebih gemar membaca dan berkarya. Tapi sejak saya usahakan kebun kecil saya disekitar rumah ni….jadi ‘nikmat’ pula tengok pokok2 membesar. Teruja melihat perkembangan dan pertumbuhannya, maka hampir saban petang tatkala pulang dari kerja, saya habiskan masa menyiram, merumput, membaja dan memberi makan ikan2….penat juga sebenarnya….. di campur pula dgn badan yg memang letih setelah seharian bekerja…Harap usaha saya ini bukan hangat-hangat taik idong je la….. 😀

“kalau awan tak menangis, mana mungkin taman kan tersenyum”…..maka menangislah awan, biarkan taman saya tersenyum seindahnya…. lantas mengulas pula senyum semanis-manisnya dibibir saya, sekalipun pun pada mekar dan kuntumnya,   adalah kebasahan hati  dek siraman hujan semalam…….menangislah wahai awan……….ewwaahhh “….kan dah pandai melankolik saya….. 😀 😀 😀 😀 😀

maruah wanita muslim….apa lagi ??

LAS VEGAS – Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.
Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.
Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.
Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.
Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.
Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.
Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: “Tanyalah saya selepas saya memakan piza.”
Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mengaibkan

Wanita Islam telah dijaja kemasyurannya dalam lakaran sejarah yang sungguh mengaibkan. Kafir barat terlaknat seperti Amerika pastinya berpesta kerana dapat memijak ‘kehormatan wanita islam’ yang telah dijaga dan diperjuangkan oleh Islam selama ini. Dengan menarik tangan wanita Islam untuk turut sama berbaris separuh bogel di pentas pertandingan ratu cantik Amerika, inilah kejayaan agenda Amerika dan Yahudi untuk menghina Islam……pada saya, perbuatan jelek wanita berdarah Arab Lebanon itu tidak boleh dikaitkan dgn nama islam, jesteru agama suci ini tidak ada perkaitan dgn kerendahan moralnya. Perlakuannya yg menyeleweng ini adalah 100% hasil dari kehinaan amalan dan kepercayaannya dan ia langsung menyimpang dari ajaran Islam, maka saya menolak ‘kejayaannya yg dicanang merata itu” dikepilkan perkataan ‘islam’ ditepinya…. darah Arab bukan penentu utk mengaitkan dia dgn Islam…….Islam terbina atas iman dan yakin, serta djelmakan dlm amalan….Islam menentang wanitanya mendedahkan aurat apatah lagi bertanding memperagakan tubuh badan….lebih malang lagi mencampur adukan kepercayaan agama lain dgn islam macam yg dilakukan keluarga Rima fakih ini.

Barat sering mendakwa bahawa peraturan Islam menjatuhkan taraf wanita, dan meletakkan wanita muslimah terperosok jauh dari kemajuan. Wanita muslim dikatakan akan terkurung dalam kerudung/jilbabnya dan dgn celuparnya mereka mengatakan wanita muslimah akan hilang kepribadian dan tenggelam dalam gelitanya batasan-batasan ketat yg digariskan islam utk kaum wanitanya. Mereka ini tidak putus-putus menyindir dan mengkritik wanita muslim supaya meninggalkan tradisi-tradisi lapuk dan keluar bercampur baur dgn lelaki dengan penuh keberanian.Hijab dan menundukkan pandangan akan membunuh potensi serta keyakinan diri muslimah.


Maka ‘inilah’ rupa penghormatan terhadap wanita yg ditawarkan oleh barat. Wanita harus berani menzahirkan keinginan nalurinya tanpa batasan….termasuk wanita harus berani bertelanjang, mempamerkan seni keindahan tubuh badan, menjadi barang hiasan dan objek pertandingan, ataupun sekadar barang pameran yg bernilai tarikan seksual semata2. Beginilah barat jadikan keinginan atau naluri diri sebagai ukuran mutlak menentukan perilaku. Mereka ini kononnya yang mengaku ‘pejuang hak dan kebebasan wanita’ yg lantang tapi ternyata telah meletakkan kedudukan wanita yg jauh dari harkat dan martabatnya. Alangkah dasyatnya wanita muslim yg terpedaya.

Pada saya, wanita ini (Rima Faqih) benar2 kebuluran. Jesteru ia mendedahkan hampir keseluruhan tubuhnya disamping mendapat kewangan, sekaligus untuk memenuhi keinginan kepada pakaian2 indah, alatan solek yang mahal, pujian kecantikan, sanjungan serta kemasyuran dan segala macam perkara lagi yg menjadi idaman wanita2 yg jelek nafsunya. Biarlah saya keras mengatakan wanita liar ini jika masih mengaku muslim, tapi telah melondehkan pegangan agamanya dan juga melacurkan maruah  dalam perjuangannya merebut hak yang sama dgn wanita2 barat yang kotor. Segala-galanya dilakukan semata2 didorong oleh keinginan tololnya meniru dan keinginan menjadi pak turut barat yg jahat tanpa menyedari barat begitu gelojoh dan bersemangat utk menarik wanita muslim kpd kehinaan.


Islam tidak bertanggungjkawab terhadap nilai-nilai Islam yg rendah yg diamalkan di kalangan masyarakat Islam, kerana dasar perjuangan Islam ialah mengangkat manusia dari lembah kejatuhan akhlak dengan mengemukakan nilai2 hidup yg hakiki yg dapat menjadikan mereka manusia dalam erti yg sebenar. Menurut nilai Islam, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yg paling bertakwa, bukan yg paling lawa, paling kaya, paling kuat atau paling berkuasa. Apabila nilai akhlak telah sampai ke batas ini( taqwa), maka tiada ruang lagi manusia untuk kelihatan hina kecuali mereka sendiri yg mencari izzah (kemuliaan) dgn jalan2 yg ditentang oleh islam ini….maka dengan itulah mereka kelihatan hina.

Demikian islam juga tidak bertanggungjawab terhadap kejatuhan orang islam ke dalam keinginan naluri-naluri yg ‘primitif’, kerana ajaran islam tidak pernah membenarkan umatnya hidup di dalam kongkongan naluri primitif tanpa diasuh dan dididik. Islam mengakui keinginan naluri dan keperluan utk memenuhinya, tetapi islam tidak mengikuti keinginan naluri yg rendah dan tidak membenarkan ia mengongkongi manusia sehingga nilai hidup ini dipandang dari kacamata keinginan naluri semata-mata.

Islam juga tidak bertanggungjawab terhadap keburukan didikan yg berlangsung dalam masyarakat. Tiada sesiapa yg benar2 mengkaji sanggup tampil menuduh islam tidak terdapat kandungan al quran dan hadis2 yg berupa anjuran dan seruan agar manusia mengasuh dan mendidik diri mereka mengawal keinginan2 nafsu. …agar berlaku adil , menjaga maruah diri dan menyintai orang lain sebagaimana menyintai diri sendiri.

Barat mengecam tradisi dalam Islam sebagai penghalang kepada kemajuan wanita menyebabkan mereka hidup terhina seberti binatang, iaitu hidup diselubungi kejahilan, kebekuan dan kesempitan. Tradisi islam tidak pernah menyekat kaum wanita mencari ilmu pengetahuan, tidak halang mereka bekerja dan berhubungan dgn secara langsung dgn masyarakat, maka jika beginilah tradisi2 Islam, di manakah cacat celanya ? kita doakan pimpinan Allah utk wanita muslim yg tersasar ini…..

Saya terkedu dgn pertandingan ratu Cantik 1 Malaysia semalam yg tempat kedua dan ketiganya dibolot oleh gadis muslim. Termasuk di sini gadis yg mengenakan tudung nampaknya turut tidak mahu ketinggalan utk menjadi ‘ratu cantik’….. hmm, akidah 1 Malaysia yang sesat, sedikit demi sedikit makin memperlihatkan natijah dari ‘bida ah’ yg percayai dan diamalkan mereka.

[Hari ini (24hb Mei 2010) Ann Fiona Philips dari Sarawak (tengah) menjuarai gelaran Ratu Cantik 1Malaysia mengalahkan Rodiatul Adawiah Abd Latid (kiri) and Aimi Zanura Mohd Zafrullah (kanan) dari Kelantan. Phillips akan mewakili Malaysia dalam Ratu Cantik World Pageant 2010 di Venezuela nanti.]

Apa lagi yang kalian mahukan wahai wanita muslim….apa lagi yg islam tidak penuhi tuntutan kamu untuk meletakkan kamu dikedudukan yang mulia dan menikmati keadilan dlm maksudnya yang hakiki ? …apa lagi ?? apa lagi ???

Palestine di hati(4)

Ibarat lebah menghurungi sarang. Begitulah ramainya sahabat handai dan sanak saudara kepada relawan NGO-NGO Malaysia yang berlepas ke Gaza malam 18 Mei melalui KLIA ke Istanbul, Turki.

Semacam ada debaran semasa setiap ahli diberikan peluang untuk berucap kepada 80 orang hadirin pengiring pada malam itu. Ada yang tekun mendengar, ada yang terkelu, ada yang tersenyum dan ada pula yang menitiskan airmata. Apa tidaknya.

Misi kali ini jelas buat pertama kalinya melibatkan kepimpinan kanan NGO-NGO Islam dari Malaysia memasuki kancah peperangan yang masih tiada tanda hentinya. Bak kata ketua misi Lifeline for Gaza (LL4G), Haji Noorazman Mohd Samsuddin, “perginya kami kali ini belum tentu kami akan kembali. Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan doa tuan-puan semua semoga Allah SWT melindungi kami semasa perjalanan misi ini”. Kenyataan beliau disambut isakan seorang isteri relawan yang sedang memegang tangan anak kecilnya yang belum mengerti mengapa ayahnya membawanya ke KLIA pada kegelapan malam dan samada ayahnya akan kembali untuk mencium pipiya lagi.

Begitulah kekentalan dan tekad jiwa-jiwa yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menyertai misi sulung menyusuri flotilla kapal kargo dan penumpang dalam hasrat meroboh tembok kematian binaan Israel, Mesir dan konco-konco mereka. Kental juga adalah semangat para-para isteri yang telah merelakan suami mereka pergi mencari keredhaan Allah SWT. Lapan orang relawan itulah yang Allah telah pilih untuk membawa amanat rakyat Malaysia yang telah berkorban wang ringgit mereka demi menyelamatkan Al-Quds dan membebaskan Palestin bumi para anbiya’ itu. Inilah saatnya wira-wira Malaysia berlepas pergi.

Suasana di KLIA seakan suram, tidak seceria seperti selalu bila ahli-ahli NGO Islam bertemu setempat. Anak-anak serta isteri para relawan seakan tidak mahu melepaskan genggaman tangan ayah dan suami mereka. Basah mata mereka, basah juga mata para sahabat dan sahibah yang mengirim rombongan ini. Isteri dan anak-anak dicium, dipeluk erat-erat.

Laporan propaganda pihak Zionis Israel beberapa hari yang lepas yang mengatakan mereka tidak akan membenarkan sama-sekali sebarang flotilla merentasi lautan malahan akan menggunakan kekerasan bermain di benak setiap yang hadir di KLIA malam itu.

“Kita tidak gentar, dan kita tidak akan berpatah balik. Seandainya kami syahid, maka itulah ketetapan daripada Allah SWT. Kami mengharapkan doa anda, kerana doa itu adalah senjata mustajab orang-orang mukmin. Jangan lupa bersolat hajat agar misi kita untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat dan bumi Gaza ini akan dikabulkan akhirnya oleh Allah SWT. Seandainya kami gugur, maka maafkanlah kesilapan kami, dan relakanlah pemergian kami menemui Allah SWT,” berkata Haji Noorazman yang juga Pengerusi Biro HALUAN Palestin yang telah diamanahkan oleh IHH (The Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarion Relief) untuk mengatur delegasi Malaysia sempena projek trans-samudera LL4G ini.

LL4G Malaysia dan HALUAN Malaysia mengucapkan selamat berjihad, selamat kembali dan semoga Allah SWT meredhai anda semasa melaksanakan misi ini. Wira-wira NGO Islam kita terdiri daripada :

1. Haji Noorazman Mohd Samsuddin, Biro HALUAN Palestin selaku Ketua Misi LL4G Malaysia
2. Haji Jamuliddin Bin Elias, Yayasan Amal
3. Selamat Ali, Jamaah Islah Malaysia
4. Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
5. Dr Arbaai Shawal, Biro HALUAN Palestin
6. Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Biro HALUAN Palestin
7. Ustaz Alhami Husain Suhaimi, Biro HALUAN Palestin
8. Mohd Nizam Awang, Biro HALUAN Palestin

HALUAN Malaysia selaku mission organiser membawa bersama dua orang doktor perubatan, seorang wartawan multimedia, dan seorang ustaz. Dr Syed Muhammad Haleem fasih berbahasa Turki selepas tamat pengajian perubatannya di sana lebih 20 tahun yang lalu. Encik Nizam dan Ustaz Alhami Husain pula akan menyusun agar bahan-bahan berita samada berbentuk teks ataupun video clips akan dapat dipancarkan daripada atas kapal dan dari bumi Gaza, insyaAllah, ke seluruh alam cyber.

HALUAN juga membuat perjanjian dengan Radio IKIM 91.5FM untuk menyiarkan siaran secara lintas-langsung mengenai pergerakan flotilla di sana pada setiap 9.00 malam waktu Malaysia. Bahan berita bercetak pula boleh diikuti melalui akhbar Sinar Harian.

Ikuti perkembangan selanjutnya misi LL4G ini di laman web

http://www.lifetime4gaza.org

Takbir…! Takbir…! Takbir….!

Tupah

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

hmmmm cerita keluarga saja semenjak dua menjak ni…..nak buat camana, keluarga paling dekat dengan kita…jadi memang banyak cerita.

Sabtu lepas, suami mengajak kami sekeluarga bersantai di Air Terjun Tupah. Banyak cerita tentang air terjun Tupah ni, pernah masuk dalam majalah Mestika….rasa malu nak cerita sebab tak berapa enak dan elok kisahnya.

Cadangan suami bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya terbayang batu-batu sungai yg dapat saya kutip buat penghias taman dan kolam ikan….maka bersegera saya siapkan apa yg sepatutnya. Saya masakkan nasi lemak, sambal ikan termenung, bilis goreng, telur rebus, fishball goreng tepung dan siapkan minuman. Semuanya saya bawa bersama tapi nasi pulak tertinggal kat rumah….adeiiihhh…..nasib baik hero menyelamatkan mood kami sekeluarga dengan membeli nasi kosong 6 bungkus. kalau tidak, mau meloya kerana terpaksa ratah lauk jer…

Mujur, perkelahan kami diwaktu pagi…..belum ramai pengunjung, dan puas menikmati pemandangan semulajadi. Pemandangan ‘yang tak semulajadi’ belum bermula lagi, selalunya waktu petang dan hampir senja barulah akan nampak kelibat di celah-celah semak  ‘leka duduk sepasang demi sepasang sama depa jer ..

benarlah, anak2 penyejuk mata….melihat gelagat mereka boleh gelak mengekek kita dibuatnya. Kadang depa bermain kadang bergaduh. Kadang ketawa kadang merajuk pula. Naik risau lihat syamil asyik buat aksi terjun gaya kelawarnya….babanya pun turut ‘berangin’ tak mau kalah dgn anak2….. ish ishh ish

Tupah lebih kurang 20 minit perjalanan berkereta dari rumah saya. Pantai Merdeka cuma 15 minit saja. tapi tak selalu dapat berkelah sekeluarga. Tuntutan kerja dan program2 lain selalu mengambil ruang dan mencuri masa bersama keluarga….jadi ketika berpeluang ni, elok sangat rasanya kami tak sesiakannya…

sambutan hari ibu untukku

selamat hari ibu untukku…..untuk ibu yg melahirkan ku….untuk ibu yg mengasuh dan menjagaku…. untuk ibu yg menyekolahkanku….untuk ibu yg sudi menjadi ibuku….untuk ibu yg mengizinkan anak lelakinya menjadi suamiku….untuk semua ibu…..yg faham apa ertinya menjadi seorang ibu..

kek coklat gelap

anak2 berkenduri sesam sendiri lepas maghrib

hadiah dari anak2..

hadiah dari depa....lilin hiasan rupanya.... cantik..

perrghhhh...lilin aroma....romantiknyerr...

berseri meja kopi saya...pandai depa pilih hadiah untuk umi..

kad ucapan hari ibu dari hanah....hahahaha...comey sungguh hasil seninya..

yang ni kad dari insyirah.....

syukor kerana saban tahun saya diraikan dan diberikan hadiah setiap kali tibanya sambutan hari ibu…..

sungguh……menikmati ‘perasaan’ menjadi  seorang ibu adalah suatu rahmat….terima kasih untuk suami dan anak2, kalian sering menjadikan umi mengecapi kehidupan yg sungguh nikmat….Alhamdulillah…

Muqayyam f4 & f5 Empangan Beris

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

cerita sami

Minggu lepas, atas pertolongan seorang kawan saya menghubungi sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan mencuci kediaman. Tenaga kerjanya sudah tentulah wanita-wanita indon yg datang dari pelbagai lokasi dan juga latar belakang . Manakala majikan yang saya hubungi itu adalah seorang wanita cina  dan sangat ramah melayan saya dalam perbualan kami ditelefon. Setelah memberikan maklumat tentang lokasi rumah saya, akhirnya seorang tukang cuci yg dijanjikan telah dihantar ke rumah saya pada hari jumaat , jam 8.30 pagi.

Sebaik sahaja cleaner tu turun dari kenderaan majikannya….saya sedikit tersentak, berdebar dan mood saya seperti hilang melayang  bila terpandang  ‘maid’ yg akan membantu membersihkan rumah saya bagi tempoh 5 jam itu.  Apa taknya, dia datang dengan berseluar pendek paras peha sahaja, dengan t-shirt ketat lagi senteng….. aduh!

Saya bernasib baik kerana suami bekerja pada hari jumaat dan dua anak lelaki saya terlibat dengan aktiviti di sekolah. Namun begitu, saya hulurkan juga kepadanya sebatang penyapu, mop lantai , kain buruk dan beberapa keperluan mencuci yg lain. Dia memperkenalkan namanya sebagai Samie sahaja. Berpandukan sedikit penerangan dari saya , dia terus mulakan kerja membersihkan ruang tamu dan dapur,  sedang saya pula beredar utk selesaikan tugas mengemas di tingkat atas.

Anak saya si hanah berlari mendapatkan saya ” umi, kakak tu tak tutup orat la umi ” sementara  si syirah pula menyampuk ” dia pakai seksinya umiii “ Saya tahu kedua puteri saya sungguh terkejut, dan saya cuma mengisyaratkan dengan jari telunjuk dimulut saya meminta mereka jangan menguatkan percakapan mereka itu . ” kakak tu cina, tu la pakai seluar pendek” saya bersuara kemudiannya  cuba menyedapkan hati anak2 yg merasa pelik melihat wanita dewasa berseluar pendek di rumah saya.

Sami tekun melakukan kerjanya, langsung tidak melayan pelawaan saya supaya dia berhenti minum minuman sejuk yg sudah saya letakkan di atas meja. Dari lantai rumah sehingga ke bilik air dibersihkannya, dan tanpa di arah dia menyambung tugas diruang atas pula. Sehinggalah jam 12.30 tgh,  saya minta dia berhenti rehat dan makan nasi bungkus yg saya belikan untuknya.

Ketika di meja makan itulah saya mengambil peluang berbual-bual denganya. ” kamu islam ? ” tanya saya . ” ya Islam” jawab Samie pula . ” sudah punya suami ? “ tanya saya lagi. ” ya , udah ” jawab  Sami. ” suami saya masih di Lombok sama anak lelaki saya “ sambung sami lagi.” sudah lama kerja di sini ?”tanya saya lagi” baru sebulan kak, saya ngak tahu bagaimana mau habisi dua tahun lagi kontrak saya ini…baru kerja sebulan saya sudah rasa nggak tahan”. Maka bermulalah luahan cerita Sami yg berisi duka dan kesedihan hatinya itu kepada saya. .

Rupanya dia ditipu agensi dari Indonesia sendiri. Dia dijanjikan kerja kilang beserta  penginapan di asrama kilang seperti yang dialami beberapa temannya yg pernah datang bekerja di sini.  Suami mengizinkan kedatangannya ke rantau orang kerana kehidupan yg susah ditempatnya. ” cari hari ini makannya untuk hari ini ” Sami menjelaskan tentang hidupnya yang kais pagi makan pagi sewaktu di Lombok. Indonesia bukan semuanya miskin seperti Sami. Ekonomi kapitalisme  turut menjadikan golongan kaya di sana mewahnya macam raja dan bertokok tambah sentiasa sedang si miskin tidak dibela serta semakin sempit hidupnya.  Ketika mendapat tahu majikannya seorang cina dan kerjanya adalah mencuci rumah orang dan pejabat, dia melawan dan ingin pulang semula ke Lombok,  tapi akhirnya mengalah kerana sedar nasibnya akan lebih buruk jika melawan.” apa boleh saya lakukan kak, paspor saya sama majikan, bahkan saya nggak punya uang untuk pulang, mau mengadu sama siapa saya, sekarang saya lagi di tanah orang ” Matanya berkaca ketika berbicara ttg nasib dirinya.

Sami  tidak diizinkan sembahyang, dan dipaksa berseluar pendek sentiasa sekalipun dia berjilbab ketika pertama kali sampai ke sini. ” saya minta sama kakak cina itu supaya diijin bercelana panjang, tapi nggak pernah dikasi. saya malu pakainya begini” .Waduh,  Saya tetiba rasa terpukul dgn prasangka saya pada penampilan seksi Sami, sedang dia sebenarnya tidak rela begitu namun tidak berdaya membela dan melindungi maruah diri dari diaibkan majikan kafir yg tiada simpati . Setiap hari ketika turun bekerja , perutnya cuma dialas segelas milo tanpa gula bersama beberapa keping roti. Dia akui itu tidak cukup utk memberikan tenaga ketika bekerja atau sehingga dia makan tengahari dirumah sesiapa yg mendapatkan khidmat mencuci darinya.Waktu malam tidak diizinkan tidur awal, biarpun badan keletihan kerana seharian bekerja. Dan dia juga tidak diizinkan menghubungi keluarga untuk tempoh dua tahun kontraknya itu. 6 bulan tidak dibayar gaji sebagai pelunasan ‘hutang’ untuk pembiayaan kedatangannya ke sini. Katanya, dia rindu benar pada suami dan anaknya….dan membayangkan bakal kehilangan suami kerana tempoh dua tahun tanpa dapat berhubung memungkinkan suami mencari penggantinya.

gambar hiasan semata2

Makan malamnya adalah lebihan makanan majikannya dan dia tidak tahu makanan apa yg diberikan padanya. Kerana lapar dia makan apa saja yg dimakan oleh majikan cinanya…..

Saya sedih kerana sekadar mampu mendengar ceritanya.Ini mungkin sebahagian dari cerita malang pekerja asing yg datang mencari nafkah di sini tapi di lakukan wewenangnya oleh majikan yg zalim dan tiada simpati.  Isunya bukan terletak pada majikan kafir berbangsa cina atau muslim dari bangsa kita sendiri, tapi jika manusia itu tebal dengan sifat insani,  tidak akan ada yang tergamak menzalimi insan lain. Kalau binatang seperti anjing dan kucing boleh dibela lagi disayangi, mengapa pula sesama manusia ada yg terputus sifat manusiawi ? Hubungan majikan terhadap  pekerja wajarkah berlangsung begini sekalipun majikan adalah pihak  yang membayar gaji ??

Jika kita berada di bawah sistem pemerintahan yg teguh melaksanakan Islam dalam kehidupan masyarakatnya, tentu tiada yg berani sesuka hati menindas golongan yg dirasakan lemah seperti Sami ini….kerana Islam pasti membela sesiapa saja dari dizalimi tanpa mengira bangsa dan agama. Mungkin ada peruntukan peraturan bagi menjaga kepentingan golongan imigran yg bekerja di sini, tapi segala peraturan dan undang2 itu adalah cenderung utk mencari untung dan menyumbang pd pendapatan negara semata. Sepatutnya kerajaan ada satu sistem pantauan yg rapi dan tersusun ke atas  majikan yg menggaji pekerja asing agar majikan melaksanakan tuntutan kemanusiaan serta melangsaikan hak utk melaksanakan tuntutan agama para pekerjanya.

Saya hulurkan telekong sembahyang  dan minta Sami solat zohor setelah selesai makan. Itu kewajipan saya dan hak Sami juga…saya tidak berbudi apa-apa padanya. Sebelum mengakhiri perbualan, saya lontarkan pandangan saya dan nasihat untuknya,  mudah-mudahan ia ada gunanya. ” Kamu tidak perlu merantau sejauh ini   utk melaksanakan sesuatu yg bukan menjadi tanggungan kamu.Selagi suami berkemampuan, hak mencari nafkah kekal menjadi bebanannya. Isteri paling baik mendapat pembelaan ketika di sisi suaminya. Tiada lokasi lebih mulia utk isteri melainkan kesempatan di sisi suami. Sekalipun sempit kehidupan harian, tapi maruah diri isteri tentu ada yg turut menjaga dan membelanya. Bahagiakah jika mampu mengumpul wang tapi terpisah dari kehidupan berkeluarga ? keperluan bukan pada wang semata, tapi menjalani kehidupan yg bebas dari penderaan serta perhambaan manusia lain itu jauh lebih bermakna. Apa ertinya wang, jika urusan agama terpaksa ditinggalkan ? apa ertinya kebendaan jika jiwa isteri dan keibuanmu tidak dapat kau sempurnakan?  Berusahalah utk mencari rezeki anda di sana, di sisi suami dan anak anda…..disamping tidak putus berdoa pertolongan dan kemurahan rezeki dari Tuhan……

saya sekadar berkata dari apa yg dirasa, takdir saya dgn Sami tidak sama maka tidak pasti pandangan saya ttg kehidupan ini memenuhi kebutuhan takdir hidupnya. Tapi Sami meluahkan rasa menyesalnya kerana memilih utk tinggalkan keluarga kerana mencari rezeki di Malaysia….. dia menyesal tapi cuma adalah pilihan utk terima dan bersabar.

Semoga ada jalan keluar utk sami yg ingin pulang ke Indonesia…..