Mekah yang barokah

Hazwan, seorang murid saya sedang berada di tanah suci bersama keluarga untuk mengerjakan  umrah. Saya teruja menanti kepulangan Hazwan untuk berkongsi pengalamannya di tanah suci.

Sebelum ini saya ada berbual-bual dgn Syamimi, anak usrah saya yang juga baru kembali dari umrah di Mekah. Rezeki mimi murah sekali, pemergian umrah bersama keluarga ditanggung  oleh neneknya. Mereka berlima kesemuanya menikmati pakej umrah bersama-sama berkat kemurahan hati neneknya. Kos satu kepala tak sampai pun empat ribu, cerita mimi kepada saya. Disebabkan beberapa masalah teknikal, penerbangan pulang telah tertangguh beberapa hari. Pakej yang sepatutnya 13 hari menjadi 21 hari. “ mak ana rasa seronok sangat muallimah, kami syukur sebab dapat berada lebih lama di Mekah tanpa apa2 bayaran tambahan”. Saya tersenyum dan mengucap syukur atas rezeki yg Allah izinkan untuk mimi. Saya yakin ini semua tulisan Allah dan diberi pd siapa yg dikehendakiNya. Gadis kecil itu bergenang airmata bila bercerita ttg pengalamannya tawaf dan solat di masjidil haram. Saya memahami sayu dan rindu hatinya itu…. kesayuan dan kerinduan ini akan singgah di hati sesiapa yg ernah hadir beribadat di rumah Allah yg mulia ini.

Dataran Kaabah waktu awal pagi, sekitar jam 3.30 pagi. Agak lengang masa ni.

Kata kawan saya, Madinah itu Kota Cahaya manakala Mekah pula Kota Airmata. Mulanya saya tidaklah berbekas apa-apa dgn kata2nya, tapi benar…. airmata jadi murah di bumi Mekah. Pipi sentiasa basah . Setiap kali tawaf, solat dan berdoa di hadapan kaabah, airmata pasti tumpah begitu mudah.

Saya terkenang waktu kali pertama melihat kaabah. Saya terisak-isak tidak dapat menahan sebak. Sukar menukilkan rasa, tapi binaan kaabah itu meruntun hati saya pada kesayuan yg begitu membelit rasa. Sirah nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail, dan kisah baginda Rasulllah saw menyelesaikan pertelingkahan ttg perletakan hajarul aswad, memimpin kesedaran saya bahawa saya sedang berada di tempat di mana kekasih2 Allah yg mulia pernah berada.

Suasana dalam masjid

Sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Masjidil haram kami tidak putus bertalbiah. Sambil mata menjeling ke kiri dan kanan jalan, saya terus menangis menatap pemandangan bumi Mekah yg kering tanpa kehijauan pohonan. Bangunan yang bersegi dan berkotak-kotak nyata tidak indah, namun Allah jadikan Mekah yg barokah ini saban waktu dikunjung tetamu utk beribadah di hadapan kaabah.

Syukur kepada Allah. Kami tidak memilih apa2 pakej keistimewaan utk penginapan. Jika ingin berbuat demikian bayaran tambahan dikenakan. Namun Allah menyusun keselesaan utk kami. Sepanjang di sana…baik di Mekah atau Madinah, kami berpeluang menginap bertiga di dalam satu bilik . Saya , suami dan ibu mertua . Sudah pasti ini memudahkan kami bertiga…terutama utk menjaga dan mengurus ibu mertua yg tidak berapa kuat kakinya. Sekian lama sebelum ke Mekah, dlm munajat saya berdoa kepada Allah “ Ya Allah, jika engkau memilih aku untuk membantu ibu mertuaku mengerjakan umrah, mudahkan aku mebantunya. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghulur bakti yg selayaknya diberikan seorang anak terhadap ibunya. Sabarkanlah kami menerima apa saja ujian yg menimpa ”. Alhamdulillah, Allah membuka banyak ruang kebaikan serta kemudahan selama saya di sana.

Di Jabal Rahmah

Pergilah ke Mekah. Perhatikan warga tua yg begitu gigih melawan uzur dan kelemahan fizikal demi ibadat umrah kepada Allah. Pemandangan melihat warga tua di sana membuatkan saya banyak mengalir airmata. Pengalaman melihat dan membantu orang2 tua yg tidak berdaya mendatangkan keinsafan kpd kami berdua. Saya merenung hikmah Allah yg mengetuk hati mertua untuk mengikut saya ke sana, walau pada mulanya saya idamkan umrah berdua bersama suami sahaja. Allah benar2 ingin memberikan saya lebih pahala… InsyaAllah

saya teringat pd kata2 Ustaz Nabil ” kalau ada sepuluh orang tua, saya nak bawa kesemuanya sebab tahu rahmat dan pahala Allah yg banyak jika membantu orang tua “. Beliau yg tahun lepas membawa isteri dn mertuanya, tahun ini membawa ayah, ibunya yang lumpuh, dua orang nenek belah ayah dan ibunya , adik serta makciknya. Hebat ustaz. Begitu kak cik dari perlis yg menjaga 5 warga tua bersamanya. Saya doakan pahala dan redha Allah utk mereka

Bersama rakan2 yang lain.

Nasihat saya, sesiapa yang ada ibu tua yg berhasrat ke Mekah, temanilah mereka… carilah rahmat dan barokah Allah dgn bakti kita kepada ibubapa. Sungguh di sana banyak memerlukan kudrat, tenaga dan keupayaan fizikal. Saya menangis melihat sepasang suami isteri yg uzur kedua-duanya tanpa bantuan sesiapa bersusah payah buat umrah. Suami mengidap asma, isteri pulak demam dan agak lemah keadaannya. Berkerusi roda di dorong oleh isteri yg terhoyong-hayang jalannya.

menuju masjid, biasanya kami gunakan pintu bab al aziz

Saya menyimpan kisah istimewa dlm hal kenangan saya bersama makcik zahrah dan makcik Tuan Jah. Kedua warga tua ini adalah cerita berharga saya dlm menyimpan kenangan berada di kota mekah dan madinah. Setiap saya terkenangkan mereka, perasaan sebak menyelubungi saya. Saya berdoa suatu masa nanti saya dapat berjumpa lagi dgn mak cik zahrah. Demi Allah, saya menanggung rasa terkilan kerana tidak kesampaian membantu menunaikan hajatnya utk tawaf sunat. Saat saya menulis perkara ini, kenangan kembali singgah dan saya masih tidak mampu menghilangkan rasa sedih dan terkilan itu. Hanya Allah yg tahu. InsyaAllah , andai ada kesempatan saya nukilkan kisah dgn makcik zahrah dan makcik jah. Ibu tua yg saya bantu di Mekah dan Madinah.

Advertisements

2 Komen

  1. sunmiwg said,

    19 Mei 12 pada 11:48 am

    ya Allah muallimah..
    seronoknya muallimah dpt p mekkah n madinah..
    Allah memang permudahkn urusan kita dkt sana sbb memang itu janji Dia..
    rsa kerdil manusia ni kalau x insaf2 lg..
    ana pon kna byk muhasabah..byk lg ujian dkt dunia luar..

  2. ummuhanah said,

    20 Mei 12 pada 7:01 pm

    Alhamdulillah ….. pergi Mekah dgn hati yg ikhlas, semua urusan akan jadi mudah, InsyaAllah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: