Bertemu di kuala lumpur
Perjalanan yg membimbangkan.
Sepanjang saya berada didlm bas sewaktu perjalanan ke tempat kursus di KL, saya tak dpt melelapkan mata dgn aman. Sejuk aircond yg menggigit badan disertai dgn bas yg dipandu laju membuatkan saya dan kawan2 kebimbangan. Berkumat kamit kami berdoa agar Allah selamatkan perjalanan kami. Saya keletihan kerana seharian di dapur memasak hidangan menyambut pulang anak dari kem tahfiz. Namun tidak dapat merehatkan badan kerana rasa sakit hati dengan drebar bas yg tidak bertimbang rasa dan memandu dgn merbahaya.Bertolak dari sg petani jam 12.10 malam dan sampai di hentian jln duta pada jam 4.15 pagi…bayangkan.
Dgn Menaiki teksi kami ke masjid KLCC. Tidak ada sesiapa yg menyambung tidur sebaliknya kami membersihkan diri bertahajud, berqiamullail sementara menantikan waktu subuh. Inilah rahmatnya Allah letakkan kita dikalangan sahabat yg baik dan beriman. Kita akan turut mendapat tempias serta terdorong dari percikan iman mereka.Bersyukurlah jika kita bersahabat, sahabat itu sentiasa menarik kita utk ibadat kpd Allah.“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”- (Riwayat Abu Daud).
Kami bersolat bersama imam dan jemaah yg lain. Kesayuan dan sunyi begitu terasa melihat saf solat subuh yg beberapa org saja, inilah gambaran sebenar ‘kekuatan’ umat islam disitu dan dikebanyakan tempat lain juga rasanya. Mujahadah utk membuang selimut dan bangun beribadat diwaktu dinihari begitu sukar sekali. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya,mereka pasti mendatangi keduanya,walaupun dengan merangkak.-“(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam kesedihan dan kecewa dgn pandangan di depan mata saya teringat pd suami dan anak2 lelaki dirumah. Rutin saya mengejutkan mereka setiap pagi terhenti pagi itu dgn pemusafiran saya.Apakah mereka sudah bangun ke masjid semuanya? Dengan rasa pengharapan, saya tuturkan doa perlahan-lahan. “ ya Allah, kejutkan lah suami dan anak2ku utk bersolat subuh berjemaah.Ringankanlah badan mereka dan dorongkan hati mereka utk ke masjid. Turunkanlah barokah yg banyak utk mereka. Semoga mereka menjadi hambaMu yang beroleh keampunan dan pimpinan.” Kami sempat membaca mathurat sebelum ke hotel putra utk sarapan dan memulakan kursus.
Pemergian kali ini ke KL menghidangkan sedikit kelainan. Facebook menjadi medan mempertemukan saya dgn kawan2 lama. Ada yg lebih 25 tahun tidak berjumpa. Kemuncaknya mereka berpakat menemui saya bila mengetahui saya berada di KL. Saya hargai kerinduan mereka utk bertemu saya, biarpun malam itu saya harus menghadiri sesi bengkel, saya usahakan juga meminta pelepasan demi utk berjumpa dgn kawan2 lama. Badan merintih letih dan mengantuk, tapi hati merayu utk melepas rindu bertemu kawan2 ketika disekolah dulu.“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat”- Riwayat Muslim
Pertemuan yg ceria sebab kawan2 saya memang jenis ceria. Mereka kawan2 yg saya kenali sejak di darjah satu kini bertemu kembali setelah masing2 sudah bekerja, berumahtangga dan beranak pinak semuanya. Mengaku sangat teruja bila berjumpa, namun dicelah-celah gelak tawa bercerita , sesekali hati saya disentuh rasa tidak selesa didlm kelompok mereka. Mungkin perbezaan telah meletakkan jurang antara saya dan mereka dan perbezaan itu sedang menyentuh hati saya.Dlm perjalanan hidup ini saya dianugerahi teman2 yg berbeza-beza keadaan dan penampilan. Teman berbeza semasa sudah bekerja , berbeza ketika pengajian tinggi, ketika remaja dan kanak2…namun semuanya memberikan pengalaman mahal utk direnungi. Ia memberi peluang utk saya melihat di mana diri saya kini.“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.-” (Riwayat Ahmad)
Di atas landasan perubahan diri saya ini, tentulah rakan sekerja sekarang lebih selesa saya bercampur kerana merekalah teman yg kini saya dampingi.Namun di hati saya, siapa saja yg pernah singgah dilaman sejarah persahabatan dgn saya, mendapat hak utk dihormati, disayangi dan dihargai oleh saya. Biar telah ada sempadan antara saya dan sahabat2 lama …mereka tetap saya hargai dan kasihi.
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk“.- Abdul kadir Jailani
Masing2 datang dgn blackberry maka masa tu juga gambar2 diupload di laman FB. “ hangpa jangan dok tag aku nooo” warning saya dlm ketawa. “ amboi apin control ayu, mu takut sapo tengok? meh kita letak gambo dia banyak2” usik mereka meleburkan warning dari saya. Saya lebih terfikirkan anak2 murid saya dan sahabat2 rakan sekerja yg tidak kenal masa lama saya. Mungkin juga ada yg nampak rupanya saya ni bajet baik dan alim je selama ini, maka rasa segan mula menular jika anak2 murid dan sahabat lain melihat saya dikelompok kawan2 yg berbeza penampilan dgn saya. Saya pernah sangat tercalar hati bila bekas roommate upload dan tag gambar saya tak bertudung di bilik asrama. Jesteru itulah Rasulullah menyuruh kita berhati2 dgn teman yg kita dampingi apatah lagi teman yg diangkat menjadi sahabat karib.“Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin.” [Riwayat Abu Daud)
Dalam perjalanan pulang ke sg petani, saya sempat sambar sebuah buku bertajuk ‘travelog haji” disebuah gerai buku di hentian jln Duta. Selepas membeli sedikit buah tangan untuk anak2, saya mengambil sudut yang jauh sedikit dari teman2 utk membaca buku tersebut. Sementara menunggu bas tiba, beberapa helai mukasurat saya tatapi dan mata saya mula berkaca. Ia semakin laju bila saya terus membaca. Saya ini memang murah dgn airmata bahkan ia menjadi murah tanpa mengenal tempat juga. Saya menahan malu bila ada yg mula memandang saya yg tak henti-henti mengesat mata dgn hujung tudung saya. Akhirnya buku saya tutup utk disambung dirumah nanti. Travelog haji adalah catatan seorang insan yg Allah pilih berkongsi pengalaman dgn kita ttg perjalanannya mencari hidayah ilahi. Ia sudah lama di pasaran cuma baru kini Allah gerakkan hati saya utk membelinya.Selepas pertemuan dgn teman2 lama ada sesuatu yg sedang menggelisahkan hati.Buku ini sedikit memotivasi utk merasa bersyukur dgn hidayah yang Allah dah bagi. Biar di sudut mana Allah tempatkan diri saya ini, saya berdoa Allah tidak pesongkan hati saya dari cahaya petunjukNya dan membatasi saya dari terjerumus ke lembah nafsu.Andai ada tindakan saya yg terkeluar batas, semoga Allah mengampunkan dan menarik saya kembali kepada redhaNya,
Selepas pertemuan dgn kawan2 lama di kuala lumpur, saya ingin lagi dating berdua saja dgn seorg teman yg istimewa malam itu. Ada garis duka di matanya biar betapa ceria dia cuba melayan kami semua….kerana selepas kembali ke bilik malam itu, saya asyik terfikirkan dia dan terbayang-bayang kebaikan dia kpd saya ketika di sekolah rendah dulu….kini dia seorg doctor yg membantu meringankan beban kesakitan org lain, sedang ada kesakitan yg pedih di hatinya sendiri .semoga Allah pertemukan kita lagi nanti wahai kawanku.
Sebagai muslim, setinggi manapun kita mampu ke atas, akhirnya tanpa didikan agama , kita tetap berasa kesunyian, kekosongan dan kerinduan pada sesuatu yang sukar dinyata – Prof Muhd kamil Ibrahim.