Bukan sekali saya berhadapan dengan situasi ini. Anak lelaki saya yang berusia 9 tahun yang bersembahyang di sebelah saya di saf pertama atau kedua akan diminta ke belakang. Sebenarnya saf paling belakang bersama kanak-kanak yang lain.
“Putus saf”, itulah kata mereka. Seringkali juga saya meminta anak lelaki saya kekal di tempatnya. Seusai solat, ekor mata orang yang tidak bersetuju dengan tindakan saya akan tajam merenung.
Saya faham dia tidak setuju tetapi dia tidak berani bersuara. Kalau dia bersuara, saya akan jelaskan duduk perkara yang sebenarnya.
Anak-anak memang wajar dibiasakan untuk ke masjid. Mereka perlu difahamkan bahawa masjid bukan untuk ‘orang pencen’. Tetapi masjid kita rata-ratanya tidak mesra kanak-kanak. Bacalah saja pelbagai amaran terhadap kanak-kanak di masjid. Peraturan untuk mereka di masjid kadang-kadang setanding peraturan untuk banduan di penjara.
Membawa anak-anak ke masjid menyamai ajaran nabi. Baginda membawa dua cucunda baginda, Hasan dan Husain ke masjid. Kadang-kadang baginda memanjangkan solat kerana Hasan dan Husain berada di atas belakangnya yang mulia itu.
Memang ada sumber sunnah yang menyebutkan bahawa di masjid nabi, saf kanak-kanak lelaki di belakang saf lelaki dewasa dan saf wanita di belakang saf kanak-kanak lelaki.
Nabi juga mengajarkan supaya orang yang di belakang baginda di dalam solat ialah lelaki yang baligh dan cerdik supaya baginda dapat diingatkan sekiranya terlupa atau digantikan sekiranya perlu.
Namun itu tidak bermakna kanak-kanak boleh dinafikan daripada berada di celah-celah orang dewasa di saf yang hadapan. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka datang lebih awal ke masjid.
Masjid adalah rumah Allah, sesiapa sahaja berhak mengunjunginya. Sesiapa yang mengunjunginya dikira tetamu Allah. Layanan Allah kepada hambanya yang mengunjunginya adalah sama rata. Sesiapa yang datang awal dialah yang berhak berada di hadapan walau pun dia adalah kanak-kanak.
Bahkan nabi melarang kita menyuruh orang lain mundur dan kita mengambil tempatnya. Sama halnya, dengan menyuruh kanak-kanak mundur ke belakang dan kita mengambil tempatnya. Itu juga boleh menjadikannya membenci masjid dan orang yang datang ke masjid.
Arahan nabi supaya orang lelaki dewasa berada di belakang baginda dalam saf solat bukan untuk meminggirkan kanak-kanak tetapi untuk menggalakkan orang dewasa supaya datang awal ke masjid dan mengambil saf hadapan.
Nabi tidak pernah meminggirkan kanak-kanak. Baginda bersolat di rumah Abi Talhah dengan Anas dan seorang anak yatim lain di belakang baginda. Ummu Sulaim pula di belakang kedua-dua anak-anak itu. Baginda juga bersolat dengan Ibnu Abbas yang masih anak-anak dan berdiri di sebelah kanannya.
Justeru, kalau nabi tidak meminggirkan kanak-kanak, mengapa orang dewasa hari ini yang ke masjid meminggirkan kanak-kanak? Kanak-kanak diletakkan di belakang sekali, berhampiran pintu keluar. Mereka berada sesama mereka. Bising.
Oh ya, kanak-kanak itu belum berkhatan. Jangan salahkan mereka atau pinggirkan mereka kerana belum berkhatan, tetapi ajarilah mereka cara bersuci dengan betul sekiranya belum berkhatan. Apa masalahnya kalau tidak berkhatan?
Tidak boleh menyentuh mereka dalam solat, batal. Adakah bersentuh dengan anak-anak yang belum berkhatan ketika solat membatalkan solat? Jawabnya, tidak kerana anak-anak itu bukan najis. Menyentuh kanak-kanak belum berkhatan bukan menyentuh najis.
Kita susah hati dengan kanak-kanak bising pada hari Jumaat ketika solat. Bukan salah mereka tetapi salah kita yang sudah tua ini. Kita rasa kita lebih pandai dari kanak-kanak pada hal kita sebenarnya bongkak dengan ketuaan kita.
Apa salahnya, kita masukkan mereka di celah-celah kita saf orang dewasa. Berkhatan atau tidak berkhatan, jangan ditanya lagi. Tidak batal solat bersentuh dengan anak-anak yang belum berkhatan dalam solat. Berapa kali mahu diulang? Tak percaya juga, cari kitab fiqh dan baca. Kalau tak tahu baca itu salah kita. Mengapa kesalahan kita dibebankan ke atas bahu anak-anak?
Apabila mereka berada bersama kita, di celah-celah kita orang dewasa, sekurang-kurangnya mereka akan lebih berdisiplin dan mungkin tidak akan bising lagi pada hari Jumaat.
Kepada orang Pas, kita tidak perlu tunggu Umno kalah pilihanraya untuk lakukan ini. Kepada orang Umno anda juga tak perlu tunggu kerajaan perpaduan untuk amalkan ini semua. Untuk DAP, MCA dan MIC, sorry anda semua tidak termasuk dalam topik ini.
Sayang, kalau orang politik kita tidak mampu melakukan perubahan sekecil ini.
sumber :bongkarsauh.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya bersetuju dgn tulisan ini jesteru saya sendiri sudah beberapa kali menahan rasa kecewa terhadap diskriminasi golongan dewasa terhadap kanak-kanak yang masih muda.Saya berdepan dengan kes anak sendiri yang ‘dibuli’ oleh orang dewasa ketika solat di masjid. Bukan sekali dua…malah kerap kali saya lihat anak saya ‘dinafikan’ haknya oleh orang-orang tua yang tak cukup ilmu didada.
Pernah suatu ketika anak saya solat berjemaah di masjid dan berdiri bersebelahan dengan babanya.Ketika imam hampir rukuk, datang seorang dewasa menepuk bahu anak saya dan memintanya turun ke saf belakang lalu mengambil ruang solat anak saya tadi. Ketika itu jugalah imam rukuk dan anak saya dalam keadaan tergesa-gesa terpaksa bertakbir semula kemudian terus rukuk bersama imam.
Saya rasa ini satu ‘kezaliman’ yang dilakukan dalam ibadah solat. Kanak-kanak itu dapat awal ke masjid utk sembahyang berjemaah tiba-tiba diganggu pertengahan solatnya hanya kerana terpaksa memberi laluan dan keistimewaan kepada orang dewasa. Adakah boleh diganggu sehingga tahap sengaja memberhentikan orang yang sedang solat walaupun ia hanya seorang kanak-kanak ?
Saya setuju bahawa sudah sampai masanya masjid menjadi ‘mesra pengguna’ termasuk kepada golongan kanak-kanak. Segala fahaman atau pegangan yang salah harus segera dijernihkan.Kanak-kanak sangat perlu didedahkan dan dilazimkan bersolat jemaah dimasjid sebagai latihan dan membentuk budaya dalam kehidupan mereka.
Selama ini kita mengeluh betapa susahnya nak memenuhkan masjid. Kita terpaksa tunggu hari jumaat , hari raya atau ketika berterawih di bulan ramadhan sahaja untuk melihat saf yang lebih ramai. Kebanyakan Masjid kat Malaysia ni kalau masbuk rakaat keempat pun masih di saf pertama …. malah boleh dikira dengan jari berapa kerat je yang memakmurkan masjid ketika waktu solat. Antara puncanya mungkin kerana kurang kelaziman ke masjid ketika di usia rebung menyebabkan bila dah jadi buluh ni kita cukup liat nak berjemaah di masjid.
Maka mudahkan urusan bersolat di masjid untuk kanak-kanak. Dan jangan sekat semangat kanak-kanak nak berlatih sembahyang dengan mengenakan syarat dan peraturan yang ketat utk berada di masjid. Saya pernah dengar kakitangan masjid menggunakan mikrofon untuk bertempik menghalau kanak-kanak yang berlari di dalam masjid. Sungguh tak molek dan memperlihatkan kita 10x lebih tak bijak berbanding kanak-kanak yang berlari itu. Yang lebih tak molek lagi ada juga masjid yang awal-awal lagi letak penanda ” kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ” diruang solat wanita. Tapi saya buat dono jer…tetap saya bawa masuk anak-anak saya ke ruang solat.
hmmm…entahlah, jangan lah syadid sangat hal-hal peraturan masjid ni.
Mungkin ada cara lain untuk mententeramkan mereka dan memahamkan kanak-kanak ini tentang adab-adab berada di masjid.Yang penting jangan jadikan mereka ‘serik’ utk ke masjid.sa
Ahmad Zaidi said,
25 November 09 pada 10:56 am
saya sebenarnya berpendapat demikian cuma nak minta saudara baca balik pautan berikut
http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/01/solat-jemaah-dengan-kanak-kanak.html
Ahmad Zaidi said,
25 November 09 pada 10:59 am
Budaya berkhatan di zaman Rasulullah SAW dan orang-orang Arab hingga sekarang berkhatan lewat-lewat dalam tempoh satu minggu. Kitab Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam, Abdullah Nasih Unwan 1:115 merakam hadis riwayat Imam Al-Baihaqi dari jabir bin Abdullah: “Rasulullah SAW mengakikahkan cucunya Hassan dan Hussain serta mengkhatankan kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari”. Tidak hairanlah Hassan pernah menunggang tengkuk baginda ketika baginda sedang sujud dalam solat. Baginda tidak bangun sehingga Hassan turun dari tengkuk baginda kerana Hassan tidak bernajis. Budaya di Malaysia berkhatan ketika usia sudah meningkat belasan tahun. Usia yang sudah ada keinginan sex.
Ahmad Zaidi said,
25 November 09 pada 11:32 am
tetapi hadis itu adalah daif mengikut pandangan Al-bani
fairuz said,
31 Julai 13 pada 12:13 pm
‘putus saf’…xdpt pahala penuh solat berjemaah.
sbb tu budak kecik digalakkan berada di saf belakang sebab boleh ‘putus saf’ solat berjamaah tu. tapi kalu stay kat saf tu pn xpe cuma pahala org kt sblh tu kurg lh. xde le batal solat. itu yg saya fhm….
siti said,
27 Mac 14 pada 6:08 pm
Kalau budak2 sekumpulan kt belakang sesama dorang memangla bising. Letak je selit kt sebelah ayah2 dorang…mesti senyap. Pernah kt satu masjid besar saya dtg nak berjemaah..ada sorang budak pompuan sekitar umur 10 thn duk sebelah mak dia. Makcik AJK masjid sibuk marah suruh duk belakang..dan budak tu terkedu sebab tak nak berjauhan ngan mak dia…org ramai masa tu. Apakan daya dia…terpaksa gak ke belakang. Sy nampak dia dlm keadaan yg amat tak selesa sebab tak nampak mak dia. Dan macik td sibuk cari budak2 lain yg kt saf tengah nak suruh ke belakang padahal dh nak solat dh.