Hujan

saya temui sajak ini dari simpanan seorang teman. Tak saya fahami maksudnya yang dalam…cuma saya suka membacanya……

Seperti hujan kau di negeriku

Mencipta kemarau rindu jika lama tak datang

Dan banjir membawa air mata jika kau datang

Sedang aku takut pada hujan.

Kini kau sering datang,

Menyapaku yang sendiri di ujung sunyi negeri sepiku

Kau selalu turun menemuiku

Menanyakan tentang aku,

yang masih tak bisa tidur ketika malam menjelma

yang masih sering menulis puisi kepada hujan

yang tak pernah lupa menyapa mentari dengan nyanyian sunyi dihalaman pagi.

kau selalu datang, dan kau pun selalu bertanya,

Tapi kau tak pernah bertanya tentang setetes sajak yang menetes dipelupuk mata cintaku

Saat kau selalu datang seperti hujan.

sajak ini hanya untukmu

Kalau awan tidak menangis, mana mungkin taman kan tersenyum.

Hujan

Sejuuuk…r r rrrr rrr r r…..menggeletar saya….sejuk sangat-sangat..

Berkali-kali saya menggosokkan kedua telapak tangan saya bagi menghangatkan jemari yang terasa begitu dingin sekali. Sebetulnya saya kebasahan…seluruh pakaian saya basah disimbah hujan lebat yang turun sejak awal pagi tadi. Kesal betul saya kerana tidak membawa payung. Sangkaan saya payung biru itu masih berada di dalam kereta…tapi silap, rupanya ia telah saya keluarkannya ketika membersihkan kenderaan pada hari minggu yang lalu….ahh...bagaimana saya bisa ke kelas dalam keadaan basah dan kesejukan begini ? Kenapalah saya tega keluar dari kenderaan dan meredah hujan yang lebat ini ?? kenapalah saya memilih untuk bertarung dengan hujan yang selebat begini..…walhal saya sedia maklum takkan mampu meraih champion menyaingi hujan yang mencurah-curah dengan bengis sekali….tak boleh ke tunggu sekejap sehingga hujan berhenti ??..tak boleh ke ??

Baca baki entri ini »

sajaaa……nak bercerita…mungkin meluah rasa ~

Semalam Buchart call saya…setelah sekian lama….semalam dia call saya…..sudah lama sebenarnya…tapi semalam tiba-tiba dia menghubungi saya…..oh Buchart …betapa….suaramu masih tetap sama…. ceriamu juga masih sama….malah gurauan dan usikanmu juga masih tetap menghiburkan hatiku …. sama seperti tahun-tahun yang pernah kita lewati semasa di persekolahan menengah dahulu…

Apin suara kau berubah le..macam suara orang tua ” katanya mengusik saya ” habis kalau aku ni tua…engkau tu muda ke ? jawab saya menempelaknya…mungkin cuba mengingatkannya bahawa kami ini sebaya. ” Apin, bila kau nak nak datang ke sini ? asyik ke Kl je, singgah le Melaka sama, ko tak rindu aku ke?? “…Buchart mempelawa saya ke tempatnya dengan bahasa rindunya seperti selalu. ” InsyaAllah buchart..kalau ada rezeki…nanti aku pi la.”kata saya seperti berjanji. Entah berapakali saya ayatkan buchart dengan dialog yang sama, setiap kali dia mengajak saya mengunjunginya di Melaka. Tapi saya tak pernah sampai ke rumahnya….saya memang ada sampai ke Melaka…tapi tidak ke rumahnya….mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan. Kali terakhir ke Melaka ialah pada 2 tahun sudah rasanya, itupun mengikut rombongan UITM mengadakan hari keluarga di sana..

Ya Allah…tiba-tiba je saya merasa tersaaaaangat merindui kenangan lama saya di persekolahan menengah….dan Buchart antara kenangan lama saya itu…..Buchart dan beberapa teman lagi… Ahhh buat apa merindu…sedangkan semuanya sudah berlalu…apatah lagi untuk mengembalikannya semula takkan mungkin saya mampu….saya takkan mampu..

Selain Buchart….saya terkenang pada beberapa teman yang lain. 5 remaja lorat yang sangat rapat…Link, Linar, Jebeth , Mimi dan Apin Estrodesnasto..he..he. Belajar di kelas yang sama memberi ruang untuk kami banyak melakukan aktiviti bersama.Belajar, bermain, bergurau, menjamu selera….Kami manfaatkan kesempatan yang ada untuk melakar dunia persahabatan yang sangat indah…hmmm alam remaja…memang indah…bahkan begitulah…

Namun masa seperti dalam perjanjiannya, tetap datang memisahkan kami berlima…semuanya mengambil haluan masing-masing setelah menjejak kaki ke menara gading di ibukota, termasuk Linar yang memilih untuk menjadi misi. Dia juga menjalani kursus kejururawatanya di Kuala Lumpur. Saya yang terpelanting jauh ke selatan sebenarnya lebih terasing dari mereka yang lain….di KL mereka sering berjumpa, lepak di rumah sewa bersama, bercuti bersama sampai ke singapura…..malah ketika cuti semester, mereka sering juga mengadakan pertemuan di daerah kami ini, namun tanpa saya bersama. Saya sering terlepas peluang untuk bersama.

Saya sibuk dengan agenda lain ketika cuti semester……saya terpaksa kerap menolak pelawaan mereka bercuti bersama…saya kena menolaknya….kerana menolak itu saya rasakan lebih wajar,maka saya tetap menolaknya…maaf. Namun saya sangat mengasihi mereka…teman-teman yang bersama melakar kisah remaja kami yang ceria. Mereka adalah teman rapat dan kenangan terindah di zaman persekolahan. Dulu….kediaman mereka menjadi kediaman kedua saya. Jika tiada di rumah…. carilah saya di rumah mimi, buchart mahupun jebeth atau linx. Saya pasti ada di sana.

Lucunya, kami memiliki nama yang pelik-pelik semenjak di tingkatan tiga…namanya kekal menjadi panggilan manja sesama kami sehingga ke hari ini…bahkan nama yang sama juga kami gunakan di alam IPT. Teman-teman saya lebih mengenali saya sebagai Apin berbanding nama sebenar saya …kah..kah..kah..Apin …. jangan maree…..itu nama glamer saya…
bahkan di kolej kediaman, tetamu sukar mencari saya tanpa nama glamer ini…..percayalah… nama Apin menenggelamkan nama sebenar saya…

Tapi nama itu kurang saya gunakan sekarang….sepertinya saya mengecapi lebih rasa kewanitaan dengar nama sebenar….amboii..

Apa-apa pun…dalam hal persahabatan,tanpa perlu saling berpandangan dan bertentangan, saya sebenarnya sentiasa bertemu sahabat dan teman-teman di kotak kenangan. Bagi saya, persahabatan adalah sejarah yang akan sentiasa saya kenang….bahkan akan sentiasa di hati saya….termasuklah sejarah persahabatan saya…. dengan sebutir bintang di angkasaraya…aaarrrghhh…..kerlipan bintang memang indah untuk direnung…namun sayang dia terlalu jauh di atas sana dan saya takkan bisa menggapainya ??

adoii pening…wahai teman yang sempat membaca ngomelan hamba…hamba kira malam semakin kelam … seperti kelamnya hati hamba ini…maka hamba perlu memejamkan mata…esok hamba kerja…salam.

mana perginya si bakul sakti..

” Selamat kembali” itu pembuka bicara dari tuan pengetua ketika pertama kalinya berucap di hadapan para pelajar dan guru-guru, semasa perhimpunan pagi tadi. Sesi persekolahan diteruskan semula setelah 2 minggu sekolah bercuti. Saya memulakan rutin tugas saya sebagai guru dengan hati yang ceria. Rindu sebenarnya untuk menatap semula segala-galanya yang ada di sini, yang saya tinggalkan hampir 2 minggu sudah. Rasanya macam lama benor tak mendengar alunan lagu sekolah dari pelajar-pelajar saya…

kamilah barisan mujahid

barisannya muda perkasa

berjuang untuk menjadi syahid

iman dan taqwa pengisi jiwa

Allah matlamat kami

al-quran dustur kami

Rasulullah pemimpin kami…..

Lagu yang agak panjang serta lirik yang baik ini mampu menyegarkan sesiapa yang mendengarnya, tapi sayang sekali, kerana sering dinyanyikan secara bersahaja oleh pelajar-pelajar saya…..entah ler…kekadang frust jagak rasanya..

Alhamdulillah, semuanya masih diberi nikmat nyawa untuk meneruskan perjuangan.Tak banyak yang berubah berbanding dua minggu yang sudah….mmm banyak yang masih sama. Jadual waktu yang sama, kelas yang sama, pelajar yang sama, tempat parking kereta yang sama…malah kuih muih dan menu sarapan serta makan tengahari di kantin sekolah juga masih sama….kalau boleh tukaq kan best…ubah selera sikit ler akak ya….roti canai dah lama tak de…asyik nasi goreng dan bihun goreng jer…..kuih lopeh sama cucuq badak pun okey jugak..haa tambah kalau dapat tepung bungkuih yang lomak-lomak tu memang oraait le kak….amboii kecur pulak rasanya…betul la kak, boring jugakkalau semuanya dah lama tak diubah dan berubah….sekali sekala memang kena ubah…kena berubah..

Tapi betol ke tak de yang berubah ?? rasanya ada satu yang berubah…ketara berubah….haaa baru saya perasan, tiada lagi bakul sakti kak nora yang sebelum ini penuh berisi juadah untuk kami nikmati…seawal untuk sarapan pagi kadang cukup untuk makan tengahari juga…memang save bajet le kita syikin ye ..he.he..banyak betol dia bawa, lebihan lauk pauknya malam tadi, nasi goreng, maggi goreng….kiuh muih hmmm kami siap mulut dan siap bersila jer…lepas baca bismillah..ngap-ngap makan…masuk kelas jap, lepas tu balik bilik guru ngap-ngap makan pulak…syikin dari johor yang 3 tahun lepas slim river punya badan, tapi sekarang dah naik sekali ganda dek penangan bakul sakti kak nora sayang…huh dashat betol kakak kami yang murah rezeki tu, hampir setiap hari kumpul pahala menjamu kami…Alhamdulillah ! namun sekarang kak nora dalam program dietnya…diet sungguh-sungguh…maka bakul saktinya turut berdiet juga…alahai kak nora…alahai kak nora…jangan lah kak nora…kami rindu bakul sakti kak nora..huu..hu

hari ini saya mulakan kelas dengan bertanya aktiviti pelajar-pelajar saya semasa cuti….sedihnya, 3 buah kelas yang saya masuk hari ini tak ramai menyahut seruan saya supaya ‘mencari teman sejati semasa cuti’…lebih ramai yang mencari tv dan ronda-ronda dalam program makan angin dengan famili….tak pa lah

Apa-apa pun, ini hari yang ceria bagi saya…saya dapat satu offer dari kak Faizah….offer yang istimewa dan saya tak sabar menantikannya…thank you kak faizah…thank you…

Selain budi kak nora dan bakul saktinya, sebenarnya dalam perjalanan hidup saya ini, ramai yang berjasa pada saya dan membantu tanpa perlu saya meminta….sebak hati saya….Alhamdulillah….budi takkan saya lupa, selagi nyawa dikandung badan...terima kasih....oppss..saya masih banyak kerja yang perlu disiapkan…..berundur dulu…

Dusyum !!@#

hanah

Penumbuknya sering singgah dimuka saya. sasarannya ialah pipi dan mulut saya. Cubalah halang apa-apa kehendaknya atau nafikan apa-apa cakapnya…tangan itu pasti akan menggenggam penumbuknya dan….dusyum ! dihayun ke muka sesiapa saja yang berdekatan dengannya…adoii dan sememangnya saya lah yang sering menjadi mangsa tumbukannya, sebab suka benor mengusik dan mengacannya. Terkadang bila mencium pipinya yang comot dengan tompokan air milo, maupun pipi gebunya yang di sapu baby johnson talcum powder, saya akan seronok memanaskan hatinya dengan berkata...ummmm uchuuuknyerr…Hanah tak mandi ke ? dan seperti selalunya….duusyyuum…memang kena lah saya.

Sebenarnya bukan tak pernah mencuba…kekadang melangit juga saya memuji dan memuji dia…..ummm wanginyer..comelnya…putiihnyer…tapi dusyum jugak yang saya terima. Tatkala saya menggoda dan memujuk rayunya dengan mengatakan …Hanah, janganlah sayang, kesiaaaan sakit pipi ummi….meh cium pipi ummi sayang..cium ummi sikiiit...dusyuummARRRGGHH menjerit juga saya dengan penangan dari penumbuk kecilnya itu….Hiish saya pun tak faham dengan watak peninju yang ada dalam dirinya..nak kata mewarisi kesrikandian saya…..mmm macam tak kena jugak. Memang ler zaman kecil saya sering bergusti dengan Jami dan Yanie…tapi gusti saya setakat gigit-gigit lengan dan tarik-tarik rambut je..tak pernah tumbok-tombok ni rasanya….kenapa dengan hanah niagaknya yer ??

Hanah adalah keindahan perasaan dihati saya….memandangnya adalah kedamaian, menciumnya adalah kehangatan kasih sayang, membelainya adalah limpahan kecintaan, memujuknya adalah selautan rasa belas kasihan…malah mengingatinya pula adalah gelora rindu yang tidak tertahankan…….kerana dia masih muda, usianya baru hampir mencecah tiga…jesteru itu penomboknya masih nikmat saya rasa….anda nak merasanya ??

Hanah …. kecuali sikap suka menumbok , yang lain tu hanah banyak mewarisi ummi….terutama suka merajuk !!! hmmm..teruknya kita…

~ anda tengah sedih seperti saya ??..meh baca ni :-D

Asyik sedih jer…apa la…if life is meant to be happy…just enjoy your life….enjoy life tak semestinya gelak kah..kah..kah.. enjoy juga tak semestinya sengeh sehingga nampak kesemua barisan gigi, dan enjoy juga bukanlah bermakna anda senyum nyum..nyum sepanjang hari. tapi enjoy itu letaknya di sini..di sini…haaa di sini….dihati….sedangkan hati pula adalah daerah yang paaaaaling sulit…itu kata kopratasa lah….saya ngangguk je…..tapi betol lah tu, makna enjoy dalam hidup ialah bila Allah anugerahkan ketenangan pada hati. Ketenangan atau sakinah adalah sesuatu yang tidak mampu kita ciptakan, kerana ia adalah anugerah dari Allah. Sehebat atau sekaya mana pun manusia, mereka pasti tidak mampu untuk mencipta mahu pun mengusahakan sakinah….jesteru ianya adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka kita hendaklah meminta dan berdoa semoga Allah menurunkan ketenangan yakni sakinah kepada kita semua. Sakinah paling sukar dikecapi terutama ketika kita diuji dengan kesakitan, kekecewaan, kesedihan mahupun segala macam lagi permasalahan yang mengganggu fikiran.

Dr. NeoRantisi menghantar email kepada saya tentang ‘kita bertanya, Al-Quran menjawab’ subhanallah, nyatalah sungguh indah segala penawar dari farmasi Ilahi…saya gembira dengan emailnya kali ini yang berkisar tentang ujian drpd Allah S.W.T. Seringkali manusia itu diuji, kadang-kadang mereka redha, kadang-kadang mereka kecewa dan tak dapat menerimanya…pedihnya sesuatu ujian, hanya yang mengalaminya yang lebih memahaminya.

Baca baki entri ini »

malasnyer…malasnyer..

Cuti sekolah tinggal tak berapa hari lagi…kertas preksa masih menimbun…malas weh ambo nak meraitnya… no mood at all….Alhamdullilah masa balik kampung kejap hari tu, sempat gak saya sua kat anak menakan minta tolong semak kertas-kertas objektif….tinggal yang esei jer belum disentuh lagi…yang ni memang sesapa tak boleh tolong…wajib buat sendiri…hmmm azam saya..malam sat gi…ewwah..nak tangguh jugak tu...betoi malam sat gi saya berazam akan abiskan menyemak kertas 2 Sejarah form 5…InsyaAllah…pakat-pakat doa kat saya ye….saya harap malam nanti saya akan ada kekuatan dan tak tangkap lentok….wahai kopi radix semoga kau berjasa utk memastikan mataku tidak kuyu atau terlena..

Sebenarnya waktu siang saya sangat sibuk…menteri perumahan seperti saya ini…cuti sekolah adalah masa untuk rumah saya….ya …seawal pagi tadi saya sudah siapkan makanan untuk tengahari, melipat pakaian dan mengemas rumah sikit-sikit…jam 10.30 sat gi nak pi spa…amboi dah pandai berspa-spa yer……bukan apa, untuk kesihatan jugak. Kursus KRS tempohari buat saya sakit di sana sini…tak warm up, pastu terus kawad dan Based….camni ler jadinya…..mlh syikin, mlh manisah, mlh nora, dan mlh noraini…saya tunggu kalian di sana…ummusaif tak nak join kami ker ?? adeh..nak tergolak eden dibueknyo…

Ya Allah berilah kekuatan pada saya menghadapi segalanya….bantulah saya….permudahkanlah…

Oh muslimah…

MUSLIMAH YANG DIRINDUI………
Adalah perempuan yang dimata dan
wajahnya….
terpancar sinar Nur Ilahi…
Lidahnya basah dengan zikrullah…
Di sudut hati kecilnya…..
Sentiasa membesarkan Allah….

MUSLIMAH YANG DICINTAI…
Yang menutup auratnya….
Dari pandangan mata ajnabi…
Kehormatan dirinya menjadi mahal
nilainya….
Di sanjung tinggi……
Penduduk langit dan bumi….

MUSLIMAH YANG DIIMPIKAN…
Adalah yang mendekatkan…
Hatinya yang telah jauh…
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim…
Di saat orang lain dilamar kebendaan….

MUSLIMAH YANG DIKASIHI…
Yang bersyukur dengan apa yang ada…
Yang bersabar pada yang tiada….
Cinta pada hidup yang sederhana….
Yang tidak bermata benda…..

MUSLIMAH YANG DISUKAI…
Menjadi dian pada dirinya sendiri….
Menjadi pelita untuk putera-puterinya….
Yang bakal dilahirkan……
untuk menyambung perjuangannya di
belakang hari….

Hayatilah sajak yg diemailkan kepada saya ini……ia hasil nukilan bekas anak murid saya (al-Sharqawi)….agaknya inilah bicara hatinya…hati si muda yang belum berpunya. Saya tersenyum dan tersongeh-songeh juga. Hebatnya seorang muslimah yang dirindui, dicintai, diimpikan, dikasihi dan disukai dalam pujian seorang lelaki…sebagaimana saya juga pernah terjumpa satu sajak hebat tentang seorang isteri solehah, dalam pujian seorang suami…masyaAllah

Sebenarnya saya dah deklimasikan sajak sharqawi ini dalam satu program akhowat di sekolah saya…ramai juga ibu-ibu yang menghadirinya termasuklah beberapa anak dara yang juga murid-murid saya sebenarnya..saya mulakannya begini ” sajak ini dicipta oleh bekas pelajar saya. harap semua dapat menghayatinya..bagi sesiapa yang terpesona dgn sajak ini dan kebetulan pula ada anak dara secantik gambar ini ( saya tunjukkan gambar diatas ) silalah berjumpa saya…sharqawi tentu akan bahagia dan senyum sokmo…hmmm sharqawi jangan mare yer…tapi betol tak tipu ni, ada seorang akhowat minta saya fotostatkan sajak ini..ehem..ehemm..ehemmmmmm..arrrchoom !!

Mungkin sekarang ini sukar menemui muslimah hebat seperti ini, jesteru itulah rasa hati ini dinukilkan sebegini….saya juga terjumpa suara hati ini dari seorang lelaki….

Tahukah anda wahai insan bergelar wanita, betapa sukarnya pada masa ini untuk mencari seorang individu dari kalangan anda, untuk dijadikan seorang isteri yang benar-benar solehah iaitu yang baik aspek agamanya. Lalu, sang lelaki kebanyakannya menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan antara wanita yang kebanyakan atau harus terus menunggu dalam usaha pencarian wanita solehah sehingga memakan masa yang panjang. Kerana lamanya menunggu kelibat wanita solehah. Kemungkinan wanita solehah ini duduknya sememangnya sentiasa di rumah agaknya.

hmmm sedih juga ya…apa pun saya gembira…selera bekas anak murid saya ini amat bagus sebenarnya …al-sharqawi…. InsyaAllah ada le tu rezeki…..cuma ada satu ayat Allah yang hendak muallimah kongsi disini

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yangbaik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #26)