Letih dan sedih

Manusia adalah makhluk yang lemah dengan kemampuan yang terhad, mereka akan berhajat pada kekuatan yang paling besar yang boleh dijadikan tempat berpaut khususnya ketika menghadapi kesusahan. Tiada dinamakan kehidupan jika tiada ujian, dan tidak juga dinamakan perjuangan jika tidak diintai cabaran. Ini antara bait kata-kata yg sangat memotivasikan saya, ia terlekat dalam buku catatan dan saya menatapnya setiap kali buku catatan saya buka.

Dua hari lepas saya ke klinik Homeopathy Dr Mansor setelah lebih seminggu di serang sakit kepala. Sebolehnya saya elakkan dari mengambil Panadol dan akan cuba legakan sakit kepala dengan minyak angin atau bantuan suami untuk memicit kepala.Tapi setelah beberapa hari berlalu, bisa serta denyutnya tetap tidak hilang juga. Belakang tengkuk serta bahu terasa berat  dan sangat keletihan pada waktu malam.
Selepas di periksa, ternyata tekanan darah saya lebih tinggi dari biasa dan itu memang saya duga.Daripada simpton yang saya alami, saya tahu ada peningkatan pada tekanan darah saya. Saya pernah menghadapi masalah high blood pressure ketika mengandung anak ketiga dan keempat,Tekanan darah yg mencecah 160/110 ketika usia kandungan memasuki minggu 37 cukup merisaukan doctor, sehingga saya diminta masuk wad untuk pembedahan. Syukurlah berkat solat hajat dan doa  malam itu, tekanan darah saya telah menurun dan saya melahirkan cara normal sekali pun diinduce dan dgn bantuan ‘vacuum’. High Blood Pressure menakutkan sebenarnya.
Kata Doktor, sakit kepala  kerana  saya kurang rehat dan mungkin stress. Katanya lagi saya memang nampak keletihan  dan menasihati saya banyakkan rehat serta meminum air kosong. Mengelakkan makanan berminyak dan masin. Saya tidak banyak bertanya dan terus mendapatkan ubat sebelum kemudiannya kembali ke sekolah.
Allahuakhbar, apakah Allah sedang menegur saya? Atau Allah sedang melemparkan secebis rasa murkanya pada saya ? Terasa rahmat Allah sedang menjauhi saya jesteru urusan2 yg merupakan rutin dan tanggungjawab terasa begitu berat dan membebankan saya. Tertekan dalam timbunan kerja, sekalipun ketika waktunya menutup mata untuk berehat, fikiran masih berlegar pada baki tugas yg tidak sempat disiapkan.Saya akui bebanan tugas yg sedang menghimpit  saya, mengikuti bersamanya  tanggungjawab yg menuntut  banyak curahan tenaga fizikal jua  pemikiran saya, Bahkan beberapa hari lepas saya turut  melihat rakan setugas yg  mengeluh sehingga menitis airmatanya kerana  letih melaksanakan tugas yg tak habis-habis.

Naqib saya pernah memberitahu saya dahulu, dalam kehidupan seorang mukmin mereka adalah golongan ‘yang sentiasa bekerja’, tiada istilah ‘buang masa’ , yang ada pada mereka ialah ‘berehat’ sahaja.

“kak sal, tolong nasihati saya bagaimana nak mengekalkan rasa sabar dan tak tension” adu saya pada naqibah yg sering saya rujuk bila teringin mendapatkan nasihat. “ tension apa pulak ni mahani, nanti ajak abang rahim pi makan angin, nu Pantai Merdeka dekat je tu” kal sal mengusik  sambil melirik senyum pada saya. Saya membuka cerita “ entahlah, rasa banyak sangat kerja, lepas satu, satu yg kena siapkan…turun kerja jam 7 pagi, pukul 6 petang baru sampai ke rumah. Saban hari terpaksa begitu, Sudah berhabisan tenaga di sekolah…bila balik ke rumah, kerja di rumah juga bercambah. Kadang saya rasa sedih sangat bila diminta oleh anak2 untuk membantu kerja sekolah mereka, saya sediakan diri saya yg sudah letih dan kurang bermaya  , pernah saya semak bacaan iqra’ Raihanah dalam keadaan mamai kerana mengantuk, dan tidak berupaya juga memberikan idea ketika Muaz atau Syamil minta  saya membantu menyiapkan karangan mereka ” saya meluahkan dalam nada sedikit kecewa bercampur sebak di dada.
“Allahuakhbar, macam tu la kita ni, ada ketikanya urusan harian rasa susah nak kendalikan. Tak pa, itu semua ujian sebenarnya. Banyakkan berzikir, rasa letih itu biasa kerana keletihan itu memperlihatkan tabiat seorang manusia bahawa kita ini serba dengan sifat kurangnya, sekuat mana pun kita boleh bekerja , sampai ketikanya kita rasa letih dan tidak berdaya juga” kak sal memulakan bicara. “ apa saja kerja yang kita buat, tidak boleh terputus dari matlamat kepada Allah, dan kena selalu meminta tolong kpd Allah supaya di situ bila kita rasa penat kita tidak mudah berputus asa atau sangat kecewa.”. Kak sal terus memberikan kata nasihatnya, “Dalam melaksanakan  sesuatu amanah, manusia memang kena ada sifat sabar,  dan kita  tidak mungkin boleh bersabar tanpa bantuan Allah. Kadang2 kita kena baca dan renung kisah sahabat2 mahupun sahabiah yang dididik rasulullah saw. Fatimah pun pernah mengadu kat Rasulullah kerana letih bekerja, jadi  apa yg rasulullah ajar ialah supaya Fatimah bersabar dan berzikir pada Allah, kerana baginda tahu itu lebih baik dari merungut dan mengomel tentang kerja yang banyak.”. Kak Sal terus menasihati saya.
Saya terus mendengar beberapa nasihat yg berharga darinya kepada saya termasuk meminta saya menjaga urusan solat . “solat kena jaga, tahap kita  ni bukan sekadar kena pastikan  kita tunaikan solat sahaja, tapi kena pastikan hati  kusyuk dan solat awal waktu. Penting kita jaga urusan2 lain supaya tidak mengambil  masa solat. Maksudnya kalau sedang buat urusan lain tiba2 dengar suara azan sebolehnya tangguh dulu urusan tersebut utk beri keutamaan pada solat, kecuali kerja kita itu sangat penting dan mesti di dahulukan. Solat itu tiang agama, bagaimana nak buat urusan2 lain dengan sempurna jika yang tiangnya  itu kita bina tidak sekuat mana.” Kak sal menambah, sedang saya mendengarnya penuh rasa terharu. “ solat malam, sekurang2nya tahajud 2 rakaat dan 3 rakaat solat witir, yang itu  sebolehnya jangan tinggalkan, ia amalan para tabi’in dan salafussoleh. Inilah rahsia kekuatan. Bagi kita yang nak  bawa ‘agama Allah’ kena lebih kuat dari orang awam. Kekuatan itu ada pada solat malam maka jangan kita ambil ringan.” Kak Sal tersenyum pada saya sambil meneruskan katanya “ InsyaAllah, mahani boleh tuu…, akak tahu mahani boleh atasi , banyakkan istighfar dan berselawat” Kak Sal menepuk bahu saya ketika saya menyeka titisan yg mula tumpah di pipi dan saya berterima kasih atas ‘suapan nya’ kepada rohani saya ini.” rutinkan membaca al-quran dan ambik sedikit masa untuk mentadabbur ayat2 Alah, puasa sunat, infak….itu semua kunci pada kekuatan ruh yang akan memangkinkan kekuatan jasad.
Teringat saya pada kata2 seorang sahabat saya, “ rasa banyak kerja mungkin kerana ilmu kita semakin bertambah, iman kita juga bertambah maka kita rasa lebih komitmen kepada amanah. Semua perkara kita nak siapkan dan sempurnakan.”
Alhamdulillah, sedikit nasihat dan muhasabah , ternyata memotivasikan dan mententeramkan jiwa. Selaut kesyukuran juga saya panjatkan pada Allah, dicelah kesibukan ini suami sangat banyak membantu saya dan tidak pernah berkira tentang haknya yang kadang-kadang saya terpaksa kongsikan dgn urusan kerja saya. Semoga Allah membantu saya dalam meletakkan keutamaan dan membantu saya juga dari melakukan sebarang  pengabaian dalam kehidupan saya.
Ya Allah, ampunkan dosa2ku..ringankanlah bebananku, mudahkan urusanku, lorongkan jalan bagiku dan ilhamkan kebaikan bagiku, hadirkan  para pendamping  disisiku, mereka yang membantuku kepada agamaMU…Engkaulah sebaik-baik penolong bagiku.

SENILE OR MENTAL DISORDER?

Muammar Gaddafi, the Libyan leader, has vowed to fight on and die a “martyr”, calling on his supporters to take back the streets from protesters demanding his ouster, shouting and pounding his fist in a furious speech on state TV.

Gaddafi, clad in brown robes and a turban, spoke on Tuesday evening from a podium set up in the entrance of a bombed-out building that appeared to be his Tripoli residence hit by US air raids in the 1980s and left unrepaired as a monument of defiance.

“I am a fighter, a revolutionary from tents … I will die as a martyr at the end,” he said.

“Muammar Gaddafi is the leader of the revolution, I am not a president to step down … This is my country. Muammar is not a president to leave his post.”

“I have not yet ordered the use of force, not yet ordered one bullet to be fired … when I do, everything will burn.”

http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/02/201122216458913596.html

eh..ni nak panggil apa ni ? pemimpin islam apa ni  hal-hal ‘fardhu kifayah’ pun tak lepas…orang mati syahid mempertahankan agama Allah, yg dia boleh pulak ishtihar nak mati syahid mempertahankan jawatan Perdana Menteri  Libya ..dah tu sanggup bunuh rakyat sendiri pulak dalam memburu  ‘syahid’ ..eh mabuk ka apa Gadafi ni? …marah kawan saya ketika menonton siaran Al Jazeera di laptopnya kelmarin. Siaran yg menyiarkan ucapan berapi Muamar Gaddafi dalam azamnya utk bermati-matian ‘berperang’ dengan rakyatnya bagi mempertahankan jawatannya  yg disandang lebih 40 tahun.

Pemimpin jenis apa yg ada kesanggupan menembak secara rambang kepada rakyat yang sudah tidak menyokongnya. Pemimpin apakah ini yg melancarkan perang terhadap rakyat sendiri semata-mata ingin kekal di kerusi kuasanya? Islam tidak pernah memberi ‘kuasa’ kepada mana-mana pemimpin yang mentadbir rakyat dan negaranya. Pemimpin kepada orang2 muslim sekadar diserahkan amanah untuk membimbing bangsanya kearah kebaikan. Islam Cuma meminjamkan ‘amanah’ yang bukan saja akan dipersoalkan, bahkan harus bersedia diserahkan semula anda sampai masanya harus menyerahnya kembali. Pemimpin ini tidak mengharapkan apa-apa habuan dunia selain hanya menunaikan tanggungjawab melaksanakan syariat agama di dalam wilayah pimpinannya, hanya pahala Allah yang lebih baik dan kekal abadi berbanding kedudukannya di dunia ini.

Baginda Rasulullah saw pernah bersabda :

Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkan jawatannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’’

Gaddafi sudah diambang kejatuhan. Sekalipun mengancam rakyatnya utk menggunakan keganasan, membunuh beratus-ratus rakyat yang menentang, tapi usahanya tidak mampu meredakan kemarahan dan kemaraan rakyatnya.Islam tidak ada langsung tempat bagi kehidupan pemimpin muslim berjiwa Firaun seperti Gaddafi maupun Hosni Mubarak. Mereka akan tersungkur penuh hina di hina oleh rakyatnya sendiri.

Hanya iman dan taqwa yang mampu menjadi modal pendorong kepada jihad menaikkan kalimah Allah. Mana mungkin ada istilah mati syahid bagi pemimpin yang rakus dan bernafsu buas membunuh rakyat sendiri seperti Gaddafi. Tak tahu lah kalau ada kalangan rakyatnya yang menyahut fatwa Yusuf Qardawi yang telah menghalalkan darah Muamar Gaddafi, seterusnya menghadiahkan ‘mati syahid’ yg diidam-idamkan olehnya itu.

Kita yakin akan melihat lebih banyak kebangkitan lagi menumpaskan kezaliman.Fenomena kebangkitan bangsa Arab di beberapa negara harap memberi ‘signal’ yg membawa rahmat utk kita. Muslim mula sedar dan sedang bergerak melangkaui garisan kehinaan dan ketakutan yg membentengi mereka selama ini untuk mewujudkan kebangkitan. Kita yakin bahawa umat islam pasti akan kembali mencapai puncak kejayaannya dan akan mengambil alih kepimpinan dunia untuk kali keduanya dengan izin Allah.

Kita berdoa akan bersatu di atas ikatan akidah islam dan kebangkitan muslimin adalah perintis untuk menuju penegakan pemerintahan Islam di dunia, memimpin urusan umat dan mendukung perjuangan kaum muslimin yang ingin membebaskan diri dari berbagai tekanan pihak musuh, Kita  memang menantikan tertegaknya khilafah.

rilek jap…

Jam menunjukkan pukul 4.35 petang, saya keseorang bertemankan siaran radio IKIM dengan putaran lagu-lagu nasyidnya.Keseorangan kerana tidak dapat mengikut suami dan anak-anak pulang ke kampong. Di bilik bacaan ini naik lenguh jemari saya menekan keyboard ‘dok buat khijo skoloh’. ….Sedihnya 😀

Saya siapkan RPT(rancangan Pengajaran Tahunan) utk semua subjek yg saya ajar. Masa yang di beri adalah sebulan sejak memulakan persekolahan, tapi saya tak dapat ‘mencelah’ mencari ruang yg benar-benar lapang utk saya siapkannya Sepanjang sebulan bersekolah di penuhi dgn meeting, latihan sukan dan sebagainya, sedang P&P tetap tak boleh diabaikan. Tadinya suami saya menalipon memaklumkan mereka dalam perjalanan balik ke sg petani…aikkkk awalnya…kata nak balik malam….rupanya mertua saya ke Permatang Bonggor menghadiri satu kenduri…..lerrr kesian plak kat depa.

Sebagai menghilangkan kesunyian dan melepas ‘geram’… eloklah update blog walaupun RPT saya tak abis lagi…..hehehehe…sajaaaaa, hilangkan senak dikepala…

Yang ‘ringan’ dan menyejuk mata….saya nak cerita pasal ‘dapor kawe’

Roti kentang

Sedap...sweet, cumanya saya tak pandai nak 'decorate' cream custard kat atas tu...tak berseni

kuih tako...sepatutnya letak dalam kelongsong macam tepong pelita tu...tapi saya 'nak cepat'

 

selepas simpan dalam peti ais...inilah hasilnya.

kuih Lopeh....saya guna pandan sepenuhnya tanpa pencelup, tu yg warnanya agak pudar

Tak boleh selalu makan makanan manis ni..tak elok 😀

Jeli Kelapa...kerana jeli ni lembut, lebih sesuia diisi dalam bekas2 kecil

nampak 'ceroi' tapi sedap 😀

cookies sedang di bakar...

siaaapp....crunchy 😀

muffin....huhuhu...kurang menjadi 😦

pizza...

a slice of ... jadi favourite anak2, saya tak de le suka sangat pong, lempeng lagi best..

cucuq kentang...resepi ni saya hentam je, letak kentang sagat, bilis ditumbuk, cili dan daun bawang

setelah di goreng...

setelah di potong....okey perrr

 

alamak banyaknya gamba,stop dulu kita sambung lenkali..nak pi goreng ‘cucuq ikan’, depa pun dah sampai kat umah dah…ikan termenung yg saya rebus, goreng,saya cobek isinya dan dicampur tepung, bawang, daun bawang, telur dan garam….simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum digoreng…

nanti kita tengok hasilnya…saya pun saspen ni, sebab yg ni pun ‘hentam’ juga….chef kampung camni ler..

Kebangkitan Rakyat Mesir(Arab),pendirian Ikhwan dan Dimensi Perubahan

Jangkaan bahawa Mesir akan meletup bila-bila masa bukan satu cakap-cakap yang baru. Ia telah diperkatakan semenjak 5 atau 6 tahun lalu. Cuma bila masa yang tepat dan apa pencetusnya sahaja tidak diketahui. Negara yang diperintah secara kekerasan dan sistem satu parti ini sudah lama bengkrap.

Oleh itu saya tidak terkejut langsung dengan apa yang berlaku, bahkan beberapa kali dalam tulisan saya, saya nyatakan bahawa tempoh rejim lama ini sudah berakhir sah lakunya. Hubungan dengan rakyat semakin hari semakin merenggan. Pemerintah di satu lembah dan rakyat dilembah yang lain. Pemerintah berkerja untuk dirinya dan rakyat hidup tertakan, kelaparan, dan ketakutan.

Pemulihan penuh sepatutnya berlaku. Namun kebanyakan pemimpin leka, rasa aman dengan kawalan keselamatan yang ketat dan permainan kertas siasah tertentu diperingkat antarabangsa. Saya lihat ini adalah pelajaran yang menyeluruh untuk semua pemerintahan berasaskan “nasionalis sekular” tidak kira dimana sahaja termasuk di Malaysia.

Kita juga dapat lihat tekanan yang berlaku kepada pemeritahan di Malaysia. Kesannya perubahan besar telah berlaku keatas dasar kerajaan demi menjamin survival. Secara politik saya puji pemerintah Malaysia kerana cepat bertindak. Walaupun saya masih menganggap ia menuju arah yang salah. Sepatutnya parti-parti Melayu (pemerintah dan pembangkang) mengambil kesempatan, mencari kata sepakat kearah mengukuhkan kedudukan politik orang Islam di Malaysia daripada tersu menari mengikut rentak musuh.

Perubahan pasti akan berlaku; samada kita akan terus jauh dari landasan atau kembali kepangkal jalan (Islam). Tetapi malangnya kini tiada siapa yang boleh bersikap rasional…politik Melayu akan menuju arah sukar, kalah jadi abu menang jadi arang.

Terdapat perbezan ketara antara parti politik Mesir dan kebanyakan Negara-negara arab berbanding dengan Malaysia. Parti pemerintah di Malaysia walaupun banyak kritikan tetapi merupakan sebuah parti yang mempunyai agenda dan perojek pembangunan. Berbanding parti-parti pemerintah di negara arab yang bengkrap idea dan tidak ada projek pembangunan, bahkan setenaghnya hidup atas tajaan atau perlindungan kuasa luar.

Berbalik kepada perkembangan di Mesir kini, bagi saya penyelesaianya tidak semudah yang dijangka sebab politik dalaman Mesir sangat berkait rapat dengan kedudukannya yang strategi diarena percaturan politik antarabangsa terutamanya keamanan Israel.

Sangat sukar untuk kita andaikan penyelesaian yang ideal akan dapat diambil. Yang paling munasabah ialah perubahan sistem daripada dictatorship atau sistem satu parti (syumuli) kepada sistem terbuka berbilang parti dan mengadakan pilihanraya yang bersih. Mubarak dan regim lama harus berundur.

Namun masalahnya nanti ialah siapa yang akan mengganti?. Di medan tiada siapa yang boleh menyaingi kekuatan Ikhwan. Jika diadakan pilihanraya yang bebas tentu Ikhwan akan dapat menguasai semua kursi yang ia tandingi. Persoalannya adakah kuasa besar seperti Amerika dan Israel akan membenarkan Ikhwan sampai ketampuk pemerintahan? Atau adakah Ikhwan sendiri pada perhintungan mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab berat dan ancaman digagalkan.

Amerika dan Israel tentu sekali tidak akan membenarkan wujud kuasa yang mereka anggap akan menancam kepentingan dan keselamatan mereka.
Dan daripada apa yang saya faham dari sifir Ikhwan dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin mereka, Ikhwan tidak bersedia untuk itu. Ini kerana ia akan berhadapan menanggung beban ekonomi Mesir yang sangat berat dalam keadaan terpaksa menangani krisis pertembungan strategi yang langsung dengan kuasa besar dan kemungkinan dipulau sangat besar.

Jika diandaikan Ikhwan berfikir untuk menyanggupi tanggungjawab seperti itu ia perlu bantuan dari negara-negara jiran yang sanggup menyokong. Rasanya pemerintah yang sedia ada tidak akan menyokong Ikhwan. Sebab itu adalah satu munasabah Ikhwan di Mesir untuk peringkat ini tidak mencalunkan diri mereka kejawatan presiden.

Antara cabaran besar Ikhwan untuk ketampuk kuasa juga ialah hubungan dengan Israel. Tidak tergambar dalam fikiran bahawa Ikhwan akan meneruskan dasar sedia ada yang mengiktiraf Israel. Perubahan dasar itu akan merubah kedudukan Mesir dari negara sekutu kepada musuh yang mengancam. Jadi secara tiorinya tiada pilihan ideal untuk Ikhwan. Untuk setakat ini penyelesaian terbaik bagi Ikhwan dan Mesir ialah kerajaan campuran yang luas yang tidak menampilkan Ikhwan sebagai pemain utama atau dibarisan hadapan.

Namun ia adalah pencapai yang sangat tawadho’. Adakah gerakan Islam sekali lagi rela untuk membiarkan pegorbanan rakyat dituai oleh golongan sekular pro barat?. Ala kulli hal tidak akan ada penyelesaian mudah dan pergolakan akan terus berlaku. Adalah suatu yang tidak dapat ditolak kemungkinan gerakan Islam mengambil keputusan nekad untuk membuat perubahan total biar apa pun pengorbanan yang terpaksa dibuat.

Jika dilihat dari dimensi strategi yang lebih menyeluruh, kebangkitan rakyat yang merebak keseluruh dunia Arab sepatutnya diistithmar (labur) dengan baik oleh gerakan Islam untuk membuat perubahan yang lebih total. Pendirian tawadho’ Ikhwan Mesir mungkin tidak menasabah dalam kontek perkembangan serantau. Gerakan Islam sepatutnya bergerak dalam skop yang lebih luas, menyeluruh serta terselaras untuk membuat kebangkitan serentak.
Walaupun terlalu awal untuk meramal, saya ingin memberi ingatan bahawa jika krisis ini tidak tertangani dengan baik dan adil, ia akan merebak lebih luas dan perang besar akan berlaku dirantau Asia Barat.

sumber :http://ustabdullahzaik.wordpress.com/