Letih dan sedih

Manusia adalah makhluk yang lemah dengan kemampuan yang terhad, mereka akan berhajat pada kekuatan yang paling besar yang boleh dijadikan tempat berpaut khususnya ketika menghadapi kesusahan. Tiada dinamakan kehidupan jika tiada ujian, dan tidak juga dinamakan perjuangan jika tidak diintai cabaran. Ini antara bait kata-kata yg sangat memotivasikan saya, ia terlekat dalam buku catatan dan saya menatapnya setiap kali buku catatan saya buka.

Dua hari lepas saya ke klinik Homeopathy Dr Mansor setelah lebih seminggu di serang sakit kepala. Sebolehnya saya elakkan dari mengambil Panadol dan akan cuba legakan sakit kepala dengan minyak angin atau bantuan suami untuk memicit kepala.Tapi setelah beberapa hari berlalu, bisa serta denyutnya tetap tidak hilang juga. Belakang tengkuk serta bahu terasa berat  dan sangat keletihan pada waktu malam.
Selepas di periksa, ternyata tekanan darah saya lebih tinggi dari biasa dan itu memang saya duga.Daripada simpton yang saya alami, saya tahu ada peningkatan pada tekanan darah saya. Saya pernah menghadapi masalah high blood pressure ketika mengandung anak ketiga dan keempat,Tekanan darah yg mencecah 160/110 ketika usia kandungan memasuki minggu 37 cukup merisaukan doctor, sehingga saya diminta masuk wad untuk pembedahan. Syukurlah berkat solat hajat dan doa  malam itu, tekanan darah saya telah menurun dan saya melahirkan cara normal sekali pun diinduce dan dgn bantuan ‘vacuum’. High Blood Pressure menakutkan sebenarnya.
Kata Doktor, sakit kepala  kerana  saya kurang rehat dan mungkin stress. Katanya lagi saya memang nampak keletihan  dan menasihati saya banyakkan rehat serta meminum air kosong. Mengelakkan makanan berminyak dan masin. Saya tidak banyak bertanya dan terus mendapatkan ubat sebelum kemudiannya kembali ke sekolah.
Allahuakhbar, apakah Allah sedang menegur saya? Atau Allah sedang melemparkan secebis rasa murkanya pada saya ? Terasa rahmat Allah sedang menjauhi saya jesteru urusan2 yg merupakan rutin dan tanggungjawab terasa begitu berat dan membebankan saya. Tertekan dalam timbunan kerja, sekalipun ketika waktunya menutup mata untuk berehat, fikiran masih berlegar pada baki tugas yg tidak sempat disiapkan.Saya akui bebanan tugas yg sedang menghimpit  saya, mengikuti bersamanya  tanggungjawab yg menuntut  banyak curahan tenaga fizikal jua  pemikiran saya, Bahkan beberapa hari lepas saya turut  melihat rakan setugas yg  mengeluh sehingga menitis airmatanya kerana  letih melaksanakan tugas yg tak habis-habis.

Naqib saya pernah memberitahu saya dahulu, dalam kehidupan seorang mukmin mereka adalah golongan ‘yang sentiasa bekerja’, tiada istilah ‘buang masa’ , yang ada pada mereka ialah ‘berehat’ sahaja.

“kak sal, tolong nasihati saya bagaimana nak mengekalkan rasa sabar dan tak tension” adu saya pada naqibah yg sering saya rujuk bila teringin mendapatkan nasihat. “ tension apa pulak ni mahani, nanti ajak abang rahim pi makan angin, nu Pantai Merdeka dekat je tu” kal sal mengusik  sambil melirik senyum pada saya. Saya membuka cerita “ entahlah, rasa banyak sangat kerja, lepas satu, satu yg kena siapkan…turun kerja jam 7 pagi, pukul 6 petang baru sampai ke rumah. Saban hari terpaksa begitu, Sudah berhabisan tenaga di sekolah…bila balik ke rumah, kerja di rumah juga bercambah. Kadang saya rasa sedih sangat bila diminta oleh anak2 untuk membantu kerja sekolah mereka, saya sediakan diri saya yg sudah letih dan kurang bermaya  , pernah saya semak bacaan iqra’ Raihanah dalam keadaan mamai kerana mengantuk, dan tidak berupaya juga memberikan idea ketika Muaz atau Syamil minta  saya membantu menyiapkan karangan mereka ” saya meluahkan dalam nada sedikit kecewa bercampur sebak di dada.
“Allahuakhbar, macam tu la kita ni, ada ketikanya urusan harian rasa susah nak kendalikan. Tak pa, itu semua ujian sebenarnya. Banyakkan berzikir, rasa letih itu biasa kerana keletihan itu memperlihatkan tabiat seorang manusia bahawa kita ini serba dengan sifat kurangnya, sekuat mana pun kita boleh bekerja , sampai ketikanya kita rasa letih dan tidak berdaya juga” kak sal memulakan bicara. “ apa saja kerja yang kita buat, tidak boleh terputus dari matlamat kepada Allah, dan kena selalu meminta tolong kpd Allah supaya di situ bila kita rasa penat kita tidak mudah berputus asa atau sangat kecewa.”. Kak sal terus memberikan kata nasihatnya, “Dalam melaksanakan  sesuatu amanah, manusia memang kena ada sifat sabar,  dan kita  tidak mungkin boleh bersabar tanpa bantuan Allah. Kadang2 kita kena baca dan renung kisah sahabat2 mahupun sahabiah yang dididik rasulullah saw. Fatimah pun pernah mengadu kat Rasulullah kerana letih bekerja, jadi  apa yg rasulullah ajar ialah supaya Fatimah bersabar dan berzikir pada Allah, kerana baginda tahu itu lebih baik dari merungut dan mengomel tentang kerja yang banyak.”. Kak Sal terus menasihati saya.
Saya terus mendengar beberapa nasihat yg berharga darinya kepada saya termasuk meminta saya menjaga urusan solat . “solat kena jaga, tahap kita  ni bukan sekadar kena pastikan  kita tunaikan solat sahaja, tapi kena pastikan hati  kusyuk dan solat awal waktu. Penting kita jaga urusan2 lain supaya tidak mengambil  masa solat. Maksudnya kalau sedang buat urusan lain tiba2 dengar suara azan sebolehnya tangguh dulu urusan tersebut utk beri keutamaan pada solat, kecuali kerja kita itu sangat penting dan mesti di dahulukan. Solat itu tiang agama, bagaimana nak buat urusan2 lain dengan sempurna jika yang tiangnya  itu kita bina tidak sekuat mana.” Kak sal menambah, sedang saya mendengarnya penuh rasa terharu. “ solat malam, sekurang2nya tahajud 2 rakaat dan 3 rakaat solat witir, yang itu  sebolehnya jangan tinggalkan, ia amalan para tabi’in dan salafussoleh. Inilah rahsia kekuatan. Bagi kita yang nak  bawa ‘agama Allah’ kena lebih kuat dari orang awam. Kekuatan itu ada pada solat malam maka jangan kita ambil ringan.” Kak Sal tersenyum pada saya sambil meneruskan katanya “ InsyaAllah, mahani boleh tuu…, akak tahu mahani boleh atasi , banyakkan istighfar dan berselawat” Kak Sal menepuk bahu saya ketika saya menyeka titisan yg mula tumpah di pipi dan saya berterima kasih atas ‘suapan nya’ kepada rohani saya ini.” rutinkan membaca al-quran dan ambik sedikit masa untuk mentadabbur ayat2 Alah, puasa sunat, infak….itu semua kunci pada kekuatan ruh yang akan memangkinkan kekuatan jasad.
Teringat saya pada kata2 seorang sahabat saya, “ rasa banyak kerja mungkin kerana ilmu kita semakin bertambah, iman kita juga bertambah maka kita rasa lebih komitmen kepada amanah. Semua perkara kita nak siapkan dan sempurnakan.”
Alhamdulillah, sedikit nasihat dan muhasabah , ternyata memotivasikan dan mententeramkan jiwa. Selaut kesyukuran juga saya panjatkan pada Allah, dicelah kesibukan ini suami sangat banyak membantu saya dan tidak pernah berkira tentang haknya yang kadang-kadang saya terpaksa kongsikan dgn urusan kerja saya. Semoga Allah membantu saya dalam meletakkan keutamaan dan membantu saya juga dari melakukan sebarang  pengabaian dalam kehidupan saya.
Ya Allah, ampunkan dosa2ku..ringankanlah bebananku, mudahkan urusanku, lorongkan jalan bagiku dan ilhamkan kebaikan bagiku, hadirkan  para pendamping  disisiku, mereka yang membantuku kepada agamaMU…Engkaulah sebaik-baik penolong bagiku.

3 Komen

  1. 28 Februari 11 pada 7:59 am

    Assalammualaikum, muallimah.

    apa khabarnya? rasa sedih dan simpati bangat rasanya bila membaca entry kali ni. moga tekanan darahnya turun pada sukat normalnya..ada gaya macam kiyai indonesia tak?🙂..hehe..saya pun ada kisah yang boleh dikongsikan dengan mlmh. ini kisah nyata, nnt ada kesempatan saya cerita-in…

    ape pun saya doakan mlmh tabah dan sabar. bila sakit ini, saya suka anggapnya sbg satu mehnah. penghapus dosa yg mana dapat menggantikan hukuman yg akan dapat di akhirat. itu saya la. saya tau mlmh kuat, tabah orang. kat SMAI ini ,saya kagum dengan semua mlmh sampai hari ni. semuanya kuat2, tabah dan sabar belaka. tapi mlmh mahani yg saya kenal ni, kadang-kadang saya tgk dulu la, muka tu mmg selalu jgk nampak keletihan dan penat. saya tak tahu ape yg mlmh fikirkan, byk dan macam-macam fikir kot. cdgn saya yg tak punya berapa pengalaman ni, mlmh kena rehatla. dapat cuti dan cuti untuk berehat ni lain feelnya.

    moga diberikan kesihatan yg baik, sihat tubuh badan, sedkit kekuatan dari Allah Yang Maha Kuat. Aamiin

  2. Iffah said,

    1 Mac 11 pada 1:59 am

    Sabar ye muallimah.. Betul ape yang naqibah Muallimah cakap tu, solat malam amat membantu.. Ana sendiri ada pengalaman tentangnya..🙂

    Muallimah, andaikan satu masa nanti ana ada kuasa untuk merubah negara, ana akan ubah untuk mengambil manfaat sistem persekolahan kat sini.. Nampak cikgunya tak lah penat mana, pelajar-pelajarnya juga… Tak tau lah kenapa Malaysia tak mau tiru yang baik, cuma tiru yang buruk je..😦

  3. ummuhanah said,

    2 Mac 11 pada 1:54 pm

    salam syafiq

    terima kasih atas ingatan syafiq…kalau ada kesempatan nanti boleh la syafiq bercerita dgn mlh…suspen bunyinya ya.

    ttg cadangan supaya cuti dan berehat tu memang ada keinginan untuk makan angin pd cuti sekolah nanti. Tapi mlh terpaksa ke Lumut selama seminggu mengiringi pelajar KRS utk kursus kenaikan pangkat sarjan dan staf sarjan….tunda lagi la nampaknya …😀

    sebenarnya ada sedikit masalah teknikal pd awal tahun baru ini. Ada jawatan yg mlh telah lepaskan terpaksa ambik balik kerana guru yg nak di serahkan tugas tu berkahwin dan berpindah :D…begitu utk satu post dlm kurikulum terpaksa mlh ambik sebab mmg tak de orang :D…apa pun, mlh harapkan diberi kekuatan untk menyusun masa dengan baik. Mungkin ini tarbiyyah dari Allah utk latih mlh sabar dan banyak bergantung padaNya.

    untuk Iffah….

    mlh tak dapat gambaran bagaimana suasana persekolahan di sana jadi tak tahu nak buat perbandingan. Iffah boleh cerita sikit tak ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: