Assalamualaikum…
Terima kasih kepada para pengunjung blog ini, sila tinggalkan komentar, pandangan dan pesanan di laman ini untuk memudahkan komunikasi kita!
ummuhanah
jas bagi kita ditipu sejarah barat | |
zan bagi asam jawa dari hati.. | |
Hang Nadim bagi kita ditipu sejarah barat | |
shah bagi kita ditipu sejarah barat | |
aker bagi kita ditipu sejarah barat | |
aker bagi kita ditipu sejarah barat | |
siti bagi Kejahilan Kita,Ā Anak-AnakĀ mang… | |
aku bagi kita ditipu sejarah barat | |
Dr Ahmat Zamri Abdul… bagi Si Kitol dan Sultan Melaka… | |
fairuz bagi Kejahilan Kita,Ā Anak-AnakĀ mang… |
ummuhanah said,
29 April 08 pada 2:44 am
Setiap komen yang dihantar akan cuba di jawab dalam tempoh tiga hari paling lewat dan amat di hargai oleh penulis blog ini. Terima kasih sekali lagi kerana melayan “meroyan cyber” saya.
mak andam said,
30 April 08 pada 5:18 pm
Tahniah, teruskan menulis. Realiti hidup perlu diteruskan oleh semua orang. Allah adalah tempat kita serahkan segalanya….
ummuhanah said,
1 Mei 08 pada 8:54 am
adoiii hari tu ada yang melamar..lepas tu masuk mak andam pulak…macam baru nak menikah je rasanya..mak andam pantun sikit mak ye…boleh ler..plizzz
ummusaif said,
2 Mei 08 pada 2:17 am
mari rhama-rhama gi blog ambo
permata said,
8 Mei 08 pada 4:39 pm
ok web mlmh.tiap2 kali bkk mesti ada cita baru.mlmh ni mesti selalu search for many web.mlmh boleh bg tak emel?nanti boleh la nk hantar benda ke.kat blog tak syok,nanti orang baca,ok salam
ummuhanah said,
8 Mei 08 pada 8:39 pm
permata, nak email add ya..boleh…..tak de masalah.
muallimah tak de le tengok web banyak2 sangat, cerita yg ditulis adalah ‘diri’ penulis….maka penulis ‘bernafas’ di dalamnya, sebab itu bila membaca, anti akan jumpa penulis di sana.
ummuhanah@gmail.com
al-syarqawi said,
11 Mei 08 pada 8:56 am
salam mlmh..asiff jiddan sbb baru mask ini blog.mlmh br je sms tntg blog ni.ape pun blog nie mmg cukup menarik dan bermanfaat.berita pun terkini dan berguna sangat2 dari sudut ilmiahnya.rugi nau tak msk blog nie.nak hantau artikel mcm maner?……..
Izwan said,
12 Mei 08 pada 10:54 am
Tak masukkan ke hari anugerah hari tue?? btulke ade yang dpt 9A?? ;>
ummuhanah said,
14 Mei 08 pada 9:26 pm
al-syarqawi dan Izwan, terima kasih atas lawatan…boleh emailkan saja artikel pada muallimah…InsyaAllah…
syarqawi, kalau senang jemput ziarah kami di skolah…lama tak jumpa…
neo rantissi said,
16 Mei 08 pada 5:15 am
Assalamu’alaikum, wah, ni mu’allimah mahani kan? hehe, rindu plak kat suara mu’allimah bila baca blog ni. x sangka ada di kalangan mu’allimah ana yg menggunakan alam cyber sbg salah satu medan dakwah, syabas ana ucapkan. nampaknya ana kna bukak mata ana dgn lebih luas lps ni, hehe. insyaAllah akan ana promotekan blog ni kat sahabat2 bekas SMAI dulu. Apa2 pun, keep up the good work! kalau mu’allimah lapang, email lah ana, ^_^.
Zainal Abdullah
Iskandariah, Mesir.
alia said,
16 Mei 08 pada 10:08 pm
salam mlmh..xku duga,ader mlmh ku mempunyai blog
nri.congrats mlmh..keep it up..insyaallah lps nie blog mlmh dlm senarai wjib blog utk ana buka tiap2 hari..
X-07@9A said,
12 Jun 08 pada 6:14 pm
Asalamualaikum.. Maafkan sy mlh. Sy baru masuk blog ni…
Walaupun sy br masuk, Tapi sy duk baca jugak apa-apa yang tertulis dlm blog mlh ni..komen sy blog mlh ni bagus. Bnyk peringatan yg baik utk pelawat blog mlh. mlh sy ada satu soalan.
Kalu mlh sudi nk jwb..
“msykt awal yg btamadun di ksan di zaman neolitik. Apakah ciri2 yg mmbuktikan bhw msykt neolitik sudah btamadun dgn mmbezakannya drp msykt Paleolitik??”
Plajar X-Islah mlh taw kot..?
srikandi said,
14 Jun 08 pada 7:57 pm
salam ‘alaik ya ukhti.. salam ukhwah.. alhamdulillah Allah beri kita kesempatan untuk saling mengenali.. moga kita sentiasa berpaut dalam ukhwah yg di redhai tanpa saling caci mencaci dan berbaur dendam dalam hati.. moga ukhwah ini berada dalam keberkatan-Nya.. ukhwah fillah abadan abada…
ummuhanah said,
15 Jun 08 pada 10:34 am
wa’alaikum salam.. untuk Rantissi…lupa…tak terlewat lagi kut utk dijawab salamnya
Alia….sapa alia ni…mlh ada banyak pelajar namanya Alia…kalau dpt kenalkan diri camna ??
X07…ni satu lagi pelajar misteri….get my email add, and introduce yourself..pliz….
( ummuhanah@gmail.com)
aiisey tanya sejarah sampai kat blog…haru ni..he..he..
Xo7 boleh rujuk buku teks form 1 and F5…boleh jugak semak wikipedia kot…mlh cerita sikit utk tak hampakan…perbezaan paleolitik dan neolitik ketara dari segi ciri-ciri penempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan yang digunakan…neolitik (zaman batu akhir) jauh lebih baik dimana sudah wujud petempatan kekal, sistem sosial masyarakat yg lebih tersusun serta peralatan yang lebih halus buatannya…sikit2 ok kut no…
Mlh…musykil benor…mmm sapa x07…dapat 9A ke ??
srikandi…nice to know you….we’ll be a good friend at s…k…r tu yer…thanx for keep my secret..hmmm
anafarhana said,
28 Jun 08 pada 10:21 pm
askm..mllh..chat?frhana suhaimi ni..dah lama daa usha blog mllh..tp ni br de pluang ms nk nulis kt bku tamu..congrate!!best citer mllh..truskn mnulis..slm syg dr jauh..
kak leha said,
29 Jun 08 pada 10:34 am
salam….saja ziarah…
selamat maju jaya kak leha ucapkan
aniisa_tasnim said,
29 Jun 08 pada 7:46 pm
assalamualaikum muallimah..
just drop by..
malam nanti.. insyaAllah nak abiskan baca blog muallimah..
al the best.
si nakal said,
1 Julai 08 pada 1:03 am
salam ziarah….
kenangan itu hadir……..
ummuhanah said,
1 Julai 08 pada 7:28 pm
anafarhana…masyaAllah kekasihku dari Jordan…salam sayang !!
salam kak Leha…aniisa-tasnim…TQ for the visit…
salam si nakal….
saya pernah hadir dalam kenangan anda ke ??….
al-hambra said,
3 Julai 08 pada 11:15 am
salam ala`ik ya mlmh..
fuyoo..bgs la blog mlmh.actually blog ni blh jadi satu platform liqa student2 ppai secara tak langsg la.ape pun tahniah la,bgs blog ni.
krm salam kat smua smai.mggu dpn ana mai.
D nazri said,
16 Ogos 08 pada 7:12 am
Asalamualaikum..
setelah penat berjalan dialam maya,kini langkahku terhenti di blog ini. bukannya apa, saje nak jengah-jengah.
hari ni masak apa?
boleh tumpang makan?
saya belum baca apa-apa lagi kat sini,saje nak mulakan dengan ceretan pada “buku tetamu” ni.
Insya’Allah saya akan baca perlahan-lahan
srikandi punya blog pun saya dah jengah. š
wassalam..
alia said,
28 Ogos 08 pada 1:48 pm
salam mualimmah yang kusayangi,rindui serta lagi dihormat.
dikau penyuluh hidupku selama diri ini menjadi anak didikmu. tanpa jemu memberi kata-kata semangat pada diri ini, semoga menjadi seorang insan berguna didunia dan akhirat. mualimah,saper x-islah yang accident…
akhir klam, selamat menyambut ramadhan al-mubarak..
marhaban..marhaban…marhaban ya Ramadhan…
ibnu^musa said,
29 Ogos 08 pada 11:41 am
salam,
saja menjenguk, x sempat nak baca byk2 lagi…
apa2 pun tahniah kerana ada blog yg dikatakan mantop, salam dari sahabat dari ukhwah.com.
wassalam.
ummuhanah said,
1 September 08 pada 9:14 pm
alia….x islah yang kemalangan tu adalah Alif…jiran enti jugak Alhamdulillah, dia dah stabil dan kita doakan kesembuhan utknya.
ibnumusa…..terima kasih atas kunjungan.
alsyarqawi said,
4 September 08 pada 4:00 pm
salam ramadhan karim mlmh.lama tak berkhabar-khabar ni…mcm2 yg menarik kat laman ni.tu yg tak jemu nak login.saya rindu btl kat Islah.lama tak pegi.belum ada ruang nak celah pergi sana.hari balik kedah seminggu sekolah cuti pulak seminggu…mlmh,rajin2 jenguk blog saya.baru buat.disebabkan krgnye minat pada friendster,jd terciptalah bolg ni, shafiz-shafiq.blogspot.com
mlmh,sampaikan salam ramadhan saya kat smua mlm dan mlmh ek.wassalam
si nakal said,
6 September 08 pada 11:57 pm
sememangnya kenangan itu wujud…
hadir suatu ketika dahulu…
diri bukan yang terbaik
sememangnya banyak kekurangan..
imbau kenangan di http://adnisya3108.blogspot.com/
Salam mubarak.
si nakal said,
9 September 08 pada 6:09 am
sememangnya kenangan itu hadir..
tak dapat ditolak mahupun disingkir…
ianya kekal bersemadi…
ziarah blog http://adnisya3108.blogspot.com
Zil-el-Saif said,
13 September 08 pada 8:47 am
Salam ziarah
ummuhanah said,
13 September 08 pada 9:26 pm
alsyarqawi….tahniah atas kewujudan blog anda dan selamat berkarya.
zil el saif….salam ziarah juga utk anda….terima kasih sudi singgah.
amman said,
15 September 08 pada 9:32 am
huhuhu…saya mengucapkan selamat datang kepada diri sendiri (T-T)
akhawat_3108 said,
17 September 08 pada 1:55 pm
salam ziarah buat mualimmah…
sememangnya kenangan itu hadir…
kenali diri ana dengan melawat http://adnisya3108.blogspot.com
salam ramadhan almubarak.
ummuhanah said,
26 September 08 pada 12:35 pm
amman …. selamat datang !….jangan sedih…. akak memang alu-alukan kedatangan amman….
alsyarqawi said,
28 September 08 pada 6:41 am
salam lebaran muallimah.saya mohon maaf zahir & batin dari hati ke hati.moga syawal kali ini membawa seribu erti pada muallimah dan keluarga.datang la ke rumah.sp jer.juga sampaikan salam lebaran saya pada muallim&muallimah laen eh..
studentsmai said,
18 Oktober 08 pada 8:05 pm
salam,salam lebaran ana utk mlh dan fmily..tlg krimkan salam ana utk mlm n mlh smai…doa ana utk kalian,x prnah hnti..truskan prjuangan mlh d medan ini..wsalam…
ummuhanah said,
20 Oktober 08 pada 12:49 pm
salam studentsmai, terima kasih atas doa yang dikirimkan….siapakah gerangan cik/tuan ??…..mlh sukar mengenalpasti…..jadi sukar pula menyampaikan kiriman salam…..
ummu abbudey said,
21 Oktober 08 pada 7:35 pm
Salam…
Sila dapatkan jadual pengajian amri bagi setiap bulan di weblog : http://www.cinta-rasul.blogspot.com
ummuhanah said,
22 Oktober 08 pada 5:37 am
ummu abbudey….shukron !
studentsmai said,
25 Oktober 08 pada 3:12 pm
afwan ya ummuhanah..sukar juga ana kira unt ana knalkan diri ana..haha,buat ummu abbudey,smpaikan salam ana buat ust amri jg si comei abbudey,bila la agaknya ummu abbudey ni nak tmbah fmily sorang lg ye??allahu ma’akum,,wsalam..
ummuhanah said,
26 Oktober 08 pada 12:40 am
hmmm…masih berahsia dengan mlh ya….nanti laa
ummu abbudey bakal meyambut orang baru lagi november nanti…InsyaAllah.
kekcokelat said,
26 Oktober 08 pada 4:51 pm
salam…blog mlmh nie best la…semoga berjaya untuk terus menyebarkan da’wah islam melalui blog yang menarik nie ekkkkkk… š
ummuhanah said,
26 Oktober 08 pada 9:28 pm
salam kekcokelat…terima kasih…malunya….tak banyak bahan dakwah yg disebarkan….anti bolehlah kasi idea…hehehe
Amirul06 said,
28 Oktober 08 pada 1:55 am
Salam,x kusangka mualimah mahani seorang blogger..hehe,mualimah pekabo?rindu btul kat islah,walaupun baru 2 bulan x melawat.hehe,kirim salam ana kat warga SMAI..salam perantau
studentsmai said,
10 November 08 pada 4:19 pm
salam..maaf ummu hannah,baru skrg bleh bk blog mlh..al maklumlah peksa…ssah gak sub. sejarah.nganga mulut ana trbuka luas..ana nk minta mlh doakan kjayaan ana..insya allah…..wassalam…
aida said,
10 November 08 pada 10:18 pm
salam…. ummu hannah.. selamat berkenalan. pusing2 terjumpa blog ini dan singgah kejap. nanti ada kelapangan Kak Aida dtg lagi….. http://aidammt.wordpress.com
ummuhanah said,
11 November 08 pada 6:45 pm
studentsmai….masih misteri siapa sebenarnya anda….mlh doakan mudahan berjaya…kalau perkenalkan diri mungkin Mlh boleh kasi bonus mark…ngeh3x..
salam aida…..terima kasih singgah diblog saya…InsyaAllah saya balas kunjungan…
studentsmai said,
11 November 08 pada 9:03 pm
hahaha..tul ke ni mlh…x nak r..biar la ana berjaya atas hasil usaha ana sendiri..insya allah,kalau ana usaha lebih,lebih la mark ana..kalau x..biarlah……ana nak diri ana jadi…….
BIARLAH RAHSIA..
ummuhanah said,
12 November 08 pada 2:56 am
studentsmai….tahniah…anda tahan digoda…..heheheh
errrr..nak rahsia ngan mlh yer….nantilah mlh siasat…..
muhammadghazi said,
20 November 08 pada 4:47 am
Salam ziarah… Blog yang menarik, penyampaiannya pula santai namun sarat dengan mutiara-mutiara keilmuan…
ummuhanah said,
20 November 08 pada 12:21 pm
terima kasih ….muhammadghazi, pandai cari ‘rumah’ akak ya.. š
Nasya_3108 said,
20 November 08 pada 1:59 pm
Terima kasih banyak mualimmah coz sudi mjenguk blog ana yg tak seberapa…Jelezz tgk junior2 skrg coz mcm aktiviti da. Zaman kami dulu tak dak pa sgt. Jarang la nk p bjalan jauh..huhuhu.
studentsmai said,
20 November 08 pada 5:23 pm
salam…..cuti ni rndu plak kat mlh…kalau mlh dpat siasat siapa diri ana,mlh leh jadi detektif la..x yah prgi krsus dah lyak dah….k lah,ana mnta dri,salam buat family..
ismi_yana said,
20 November 08 pada 5:25 pm
assalamualaikum….
ummuhanah said,
20 November 08 pada 5:51 pm
ehem…dah cuti baru rasa rindu kat muallimah ya.
Muallimah ni dah lama makan garam….garam bukit halagel pulak tu…jadi kalo setakat meneka siapa anti, kira kerja mudah je ler….hehehe……liyana, tahun depan kalau nak cari pelakon untuk pantomen….muallimah jumpa anti ya….ngeh3x
muhammadghazi said,
21 November 08 pada 7:24 am
mesti lah… hehe… saya dapat dari link yg wuzara letak pd blog dia… š
ummuhanah said,
21 November 08 pada 9:15 am
Nasya….alaa jangan jelez la ya , adik-adik kat sini setakat langkawi je la boleh pi……..peluang makan angin masa kat U mungkin lebih banyak lagi, kerana seingat mlmh program universiti lagi lagi hebat ….nasya boleh la join… : D
ghazi….akak dah agak dah …. anta ni ‘team wuzaraa’ …. tapi akak tetap dgn team ibnu musa…ngeh3x….lawok jo.. : D
Khadijah WH said,
21 November 08 pada 9:30 pm
Assalamualaikum, baru pertama kali melawat. Semoga bahagia bersama keluarga, kerjaya dan dakwah.
ummuhanah said,
22 November 08 pada 3:19 pm
Jah…shukron atas doa yang dikirimkan….
salam juga utk huzaifah dan Asiah…hmmm….Eman tu sapa ?…IP sama jer…
kekcokelat said,
23 November 08 pada 9:50 am
salam….hihihhi muallimah nie….malu pa nya????? ok la tue…creative sangat… muallimah sihat ka????? maklumla…baru balik langkawi….best x pi sana?????
ismi_yana said,
24 November 08 pada 11:40 am
knp nk cr ana??ana bkn pngrah pown…salam mawaddah dr liyana z n kwan2,liyana rahmat,amalina..cntik la lyout mlh….wsalam..
muhammadghazi said,
24 November 08 pada 12:44 pm
Hehe… siap boleh buat tag team pulak ye, kak… š
Saya dah jarang dapat peluang nak forum macam dulu dah… Kena curi-curi masa nak online… Blog saya pun entah macam mana lah nak maintain… he he.
AdNiSya_3108 said,
24 November 08 pada 1:46 pm
Assalammualaikum…
Wah..wah…wah…
Dah berwajah baru blog mualimmah.
Tahniah…
Jemput la datang beraya Aidiladha kat umah..
(^_^)
ummuhanah said,
24 November 08 pada 2:25 pm
yana…..terima kasih
ghazi…pasal team tu akak melawak jer…… : D
nasya….shukron atas jemputan…mlh raya haji rumah mertua nanti…InsyaAllah ada rezeki mlh teringin nak ziarah anti…dok penang kaa ??
ismi_yana said,
25 November 08 pada 10:43 am
salam,,afwan ya muallimah….nak cakap kat mlh ni……
ana rasa takut nak melangkah ke thun depan,mesti sbuk nak kna study……harap mlh doakan ana dan semua budak2 frm 3 thn depan sjahtera selalu…
salam mawaddah min,
ismi_yana
ummuhanah said,
25 November 08 pada 2:23 pm
hmmm…saya doakan kejayaan semua…termasuk yana….tahun depan kena ubah tempat duduk kut….tahun ni nampak duduk satu gang yang banyak dok soksek soksek kat kelas….agak bising mualimah rasa dan kurang tumpuan….tahun depan susun elok-elok nooo…
ismi_yana said,
26 November 08 pada 1:08 pm
x yah la mlh…ana ni bdak baik..insyaallah,thun dpan x soksek soksek dah…hehehe
Ummu Abbudey said,
1 Januari 09 pada 7:57 am
Salam..Ummu Hanah.Ustaz .Amri habaq, dia minta p ceramah dia di Taman Keladi Malam ni untuk menjawab pertanyaan ttg HUDUD tu.. (1/1/2009)…Untuk maklumat lanjut sila hubungi ana, ana no.hp ana kan?
ummuhanah said,
1 Januari 09 pada 4:51 pm
syukron ummu abbudey…InsyaAllah akak pegi….
cokelat said,
6 Februari 09 pada 2:53 pm
salam….muallimah apa kabar??? sihat???
ain said,
7 Februari 09 pada 1:29 pm
mlmh,,sedih la x usrah ngn mlmh dah,,tp nak buat camana,,mungkin taun dpn kita bleh geng usrah skali..insyaAllah,,
ummuhanah said,
7 Februari 09 pada 3:09 pm
InsyaAllah…..kalau ada jodoh kita, jumpa lagi dalam majlis usrah…..tapi bukankah kita masih boleh bersama di sekolah atau di kelas sejarah ??… bukankah mlh masih pembimbing di kelas ? jangan sedih…ain masih boleh mengadu masalah pada mlh ….
Saujana Hati said,
7 Februari 09 pada 10:12 pm
salam..f4 tahun nie yang nak keluar dari islah bwa misi yang cukup2 besar..kalau mlmh nak twu bka la blog ana..harap mlmh memahami..
ain said,
8 Februari 09 pada 6:27 pm
ya,,kita msih bleh bsama dlm kls,,tp xsama mcm dlm majlis usrah,,bleh gelak kuat2 tanpa bnin,,he3,,buat la ni x da masalah lg,,cuma sebok sikit la,,dgn tusyen,,keja bnyk,
ummuhanah said,
8 Februari 09 pada 6:50 pm
iskk…pernah kita gelak kuat-kuat ke dalam usrah ? tak perasan pulak ..tapi ain ni selalu sengeh tanpa suara jer…tertib, sopan dan cermat dalam berkata-kata…mana ain pernah gelak kuat-kuat…tahniah, elok sangat tu !
ain said,
8 Februari 09 pada 7:07 pm
yaka,,ana rasa ana gelak kuat pa,,smpai 1 kls 3 tawakkal [kls kita bt usrah dulu tu]bleh pecah sbb bising,dgn maryam gelak,,hi3,ingat lg msa kita p mkn cendol kat gerai kat blakang skolah,,hik3
Ummu Abbudey said,
9 Februari 09 pada 2:28 pm
Salam Ummu Hanah…
P x mlm amal Palestin di Islah ari tu? Awat x jumpa pon? Ada gambr mlm tu x? klu ada, tlg send ke e-mel ana…Syukran.
ummuhanah said,
10 Februari 09 pada 12:41 am
salam ummu Abbudey…akak memang ada malam tu…dari petang lagi berkampung di sekolah sebab uruskan group nasyid. Baru tadi di sekolah dapat tahu ummu Abbudey datang dgn baby sekali….tak de rezeki nak jumpa. Ada lah saya snap sikit gambar malam tu…..kalau lapang nanti saya masuk kat blog ni…InsyaAllah.
ain said,
10 Februari 09 pada 5:49 pm
mlh,,mlh tanya semua kwn ana ka,,ana gelak kuat ka x,,hi3
td kat kls sejarah pon mlh tanya ana,,ana sengeh ja,,hi3
ummuhanah said,
13 Februari 09 pada 12:12 am
jangan gelak kuat-kuat….tak elok, sengeh tak pa… š
ain said,
14 Februari 09 pada 3:16 pm
ok3,,jgn gelak kuat2,,sengeh ja xpa,,mlh,,ana da denga dr geng usrah mlh,,y mlh bt rumah baru,,besnya,,
Mutiara Islah said,
18 Februari 09 pada 9:56 pm
Salam muallimah..ana nak komen sikit la pasal krsm sek kte nie..ana tak ckp brani lg utk brsmuka dgn mlmh n bg twu mlmh psl bnde nie. so, mlalui blog je la..Firstly ana tgk bnn2 smua tak brdsplin msa perbarisan (bukan semua..stgh je)..pkaian krg kemas..n mcm2 lg lah..tp yg ana nak gariskan ialah diorang jd cmtu sbb sarjan2 sndri tunjuk cntoh yg tak baik!! dah 3 kali ana ikt krsm tp tak de prbhn pun..still sme. mgkn sarjan2 nie diorang berdisiplin dpn tuan2 tau puan2 je..tp ble dtg utk ajr prebet2 nie..tnjkkan cntoh yg tak baik. mcm mne kte nak mmbntuk mujahid yg kental klu pmmpin pun ntah pape..hrap mlmh faham..tak smua srjan yg tak baik..ada jga yg baik. tp, biasalah..bila kjhatan bnyk..mka kjhtn akn mng. Hopefully, krsm akn trs maju…dan thap dsplin pljr xkira smada sms krsm atau di sekolah akan smkn baik. cdgn ana agar srjan2 msk prbrsn skali..tnjk cm ne prbarisan yag baik..pkai pkaian yg kemas..cm ptg td ade gak srjan yg pkai slipar..and yg terakhir..knp prebet je yg kne dnde klu tak dtg krsm..sarjan tak kne??evn klu diorg dtgpn tak bt pe..ddk mlenggang je..tak kne dnde pun??
*bukan niat utk mrndahkan sape2..tp klu ade yg trasa maaf je lah..maaf ats tguras yg pedas nie..tp ana hrp krsm akn mkn mntap dn ana akn trs menyokong slagi ana brda di Islah..
ummuhanah said,
19 Februari 09 pada 12:28 am
salam mutiara Islah….
mlh hargai teguran untuk krsm kita. Sebagai guru penyelaras muallimah rasa bertanggungjawab memperbaiki kekurangan.
Mlh yakin sarjan kita pun ada kelemahan. Sebenarnya sudah beberapa kali mlh turut menegur disiplin kadet dan sarjan ketika latihan kawad. Memang nampak kurang kemas dan mlh ingin sangat ianya ditingkatkan lagi. Tadi ada mlh jumpa seorang sarjan atas laporan kurang serius ketika memberi komand pada seksyennya…sudah ditegur dan mlh minta dia lebih serius ketika latihan.
Tentang denda tu…. :D…rasanya ‘star jump’ tu dah munasabah dijadikan sebagai denda utk kadet yang kurang patuh dan kurang disiplin, cuma ke depan ni kalau perlu sarjan juga didenda atas kesalahan disiplin semasa krs, mlh akan bincangkan dgn pengurusan sekolah ttg pengendaliannya nanti…InsyaAllah…..
bunyinya macam jeles kat sarjan je ni ?.. š š š
cuma mlh nak kita ingat sama-sama, latihan kawad tersebut adalah satu latihan disiplin diri dan ketahanan terhadap mental dan fizikal. Memang ia agak meletihkan fizikal dan menekan mental kerana kita diasak dgn latihan dan arahan yang keras di tengah terik matahari. Latih diri untuk sabar dengan sedikit ketidakselesaan dan sedayanya patuh pada arahan selagi ia munasabah dan tak melanggar syarak. Mlh suka kalau pelajar kita melihat ini sebagai satu peluang untuk peningkatan diri dan bersungguh-sungguh menguasai kemahiran yang diberi.
terima kasih utk mutiara hati…tegurlah mana yang kurang dan kemukakan apa-apa saja cadangan utk pembaikan, mlh bersedia utk berkongsi.
Mutiara Islah said,
19 Februari 09 pada 4:14 pm
bukan jeles kat sarjan..cma tak puas hati skit je..insya-Allah klu tak de halangan ana akan mnjadi sarjan tahun nie(tringin nak jd). utk kadet biasa starjump pun dah ok..tp utk sarjan hrap ketatkan. Klu mcm kt sek lain..mana2 srjan yg bt kesalahan dsiplin akn dtrunkan pgkt..dan ana srnkan mlmh bt ltihan awl utk pljr2 yg brminat utk mnjdi srjan/koperal/lans koperal. ini utk mntapkn kte pny pmmpin krsm.
ain said,
19 Februari 09 pada 8:28 pm
mlh tak tau nak jawab apa….tak payah jawb la…nanti bila dah ada jawapan tu, baru bagitahu…
fsiekonomi.multiply.com said,
19 Februari 09 pada 10:52 pm
salam ukhuwwah dari indonesia, if u don’t mind, would u like 2 link our blog address in ur site like the menu below. thanks. jazakalloh.
ummuhanah said,
20 Februari 09 pada 9:45 am
mutiara Islah….mlh tercari-cari siapa gerangan enti ni….kenapa agaknya tak jumpa dengan muallimah personaly….garang sangat ke mlh ni ?…
tahniah atas minat nak jadi sarjan….tahun ni kami ketatkan sikit syarat kelayakan kopral yang nak dibawa ke kursus sarjan.
kursus kopral pula akan menyusul tak berapa lama lagi….jangan lupa sertai ya..
ain…..mlh dah ada jawapan….nanti la mlh bisikkan ya …hehehe
ain said,
20 Februari 09 pada 5:57 pm
ok3,,nnt msa abis solat kat skolah nanti mlh bisikkn ya..
Mutiara Islah said,
20 Februari 09 pada 8:58 pm
bukan mlh yg garang..ana yg tak cukup berani..tak pa lah..biarlah menjadi rahsia..kalu mlh tak tau siapa ana..its better..kalu mlh tau nanti ana kena belasah ngan sajan2 sbb mengadu psl diorang kt mlh..insya-Allah..i will be the best sarjan in Islah..kalau bleh nak jd staff sarjan gak..
ummuhanah said,
21 Februari 09 pada 7:23 am
uiks…ada sarjan pernah belasah kadet ke ?..ni kes berat ni ….tak boleh main-main ni….anda kena report segera…. š
mlh doakan jadi staf sarjan yang baik nanti…syukur…mutiara nanti boleh tingkatkan krs di sekolah….kalau antum semua faham, krsm kita adalah cabang tarbiyah yang besar juga, kena sungguh-sungguh menjayakannya.
Mutiara Islah said,
21 Februari 09 pada 10:01 am
mana la tau..setakat nie tak de lagi..insya-Allah ana akan berusaha utk menjadi the best staff sarjan dan kalu blh mengalahkan muaz..hehe…. bagi ana, krsm nie bukan saja kuatkan diri kite dari sgi fizikal..malah dari segi rohani kite..so kalu ade sape2 kata tak suka..agak pelik la.
ummuhanah said,
21 Februari 09 pada 6:09 pm
alamak….mesti mutiara Islah ni banin sebab nak beat dgn Muaz….keh keh..
Alhamdulillah anta faham matlamat krsm….hmm masih nak berahsia lagi ke dgn Mlh ? Mlh akan cuba teropong dgn ‘deria keenam’ sapa ler mutiara Islah ni…ngeiiih..
p/s boleh tak tolong bagi idea kat mlh camana nak ‘lawakan’ bilik krs baru kita tu…tak reti la…
Mutiara Islah said,
21 Februari 09 pada 8:33 pm
wah..dahsyat nie..bleh mgalahkan sixth sense nie..bab2 menghias nie ana tolak tepi..klu mengecat ok..klu menghias rsanya kne bg orang lain..tapi blik krsm kat mne?? tapi klu ade apa2 idea ana akn kmukakan..
sunmiwg said,
22 Februari 09 pada 7:14 pm
askm mlmh
hani ni……
mlmh view la blog ana skali-skala
lepas ni x dak kat islah dah……..
bagi nasihat skit…..
ayah ana pun ckp yg sama kalau pi sek luar tambah2 irshad,suruh jaga akhlak dan maruah diri elok2
wslm
ummuhanah said,
23 Februari 09 pada 4:38 am
hani, betol apa yang ayah anti cakap tu….
sesekali datang la menjenguk kami di sini.
macamana mlh nak view blog enti ya…tak link kat sini pun… š
ummuhanah said,
23 Februari 09 pada 4:40 am
mutiara….eh bilik krs pun tak tau lagi ke ?….pagi-pagi masa berhimpun tu…..renuuuuung sekeliling…..ada kat depan mata jer…..
ain said,
23 Februari 09 pada 11:57 pm
mlh,,mari la bertandang ke blog ana,,
ain said,
23 Februari 09 pada 11:58 pm
kat blog mlh aisyah adala,,namanya ain jugak
Saujana Hati said,
27 Februari 09 pada 3:28 pm
salam muallimah..wah rasa cam dah lama tak de kat Islah. apa khabar mlh?? semoga sihat2 sejahtera. Alhamdulillah..ana kat sini sihat2 saja. sepanjang di sini…memang best. tak de air mata pun yang keluar sebab nak balik. tapi sekali je menangis sebab terkejut kena jawab exam. baru sehari datang esok dah kena exam. tapi tak pe..ana dh cba jwb yg trbaik. ap yg nak jd pun jdlah. mm..nak email mlh..nnt klu apa2 bleh email kt mlmh.
ble dtg sni kan..an dh ada tggapan baik kt KRS. mntap btul krs dia..mgalahkan Islah. tapi ana tak msk la KRS sbb an msk PBSM. an rsa Islah bleh jdkn SMKAK cntoh dlm bbrapa aspek. kat sni sblm mla pljrn setiap kls..kna bca doa. bkn ktua kls je kna bca..stiap hari orang lain2. mmg bgs..sbb tu pljr2nye tak tdo.
wah dah crta bnyk gak nie..nnt ape2 prkmbgn ana akn send kt email mlmh..
salam..
sunmiwg said,
27 Februari 09 pada 6:23 pm
askm
mlmh dpt x link blog ana
letih oooooooooo balik sek tiap2 hari
kalau kat islah balik lambat x letih mcm kat sek baru ni
sunmiwg said,
27 Februari 09 pada 6:25 pm
ummulqurasaudi.wordpress.com
ni blog ana
Mutiara Islah said,
27 Februari 09 pada 8:28 pm
hehe..blik yg ada lmbg KRS tu ek??nanti lah ana pikirkan apa yg nak bt bg blik tu cntikk..
mlh..ana nk mnta maaf bnyk2 klu ana ada bt slah..halalkan lah sgla ilmu yg mlh dh bg. doakan kjayaan ana walupun ini cma ujian..
ummuhanah said,
28 Februari 09 pada 5:30 am
saujana hati….anda nampaknya selesa dan gembira di tempat baru..Alhamdullilah…kelihatannya ia jauh lebih baik dari sekolah lama yg serba kurang ini š
ni email mlh – ummuhanah@gmail.com
hani…..mlh dah ziarah kat blog enti….cukup mengujakan gambo yg diletakkan….bersyukurlah, enti dijemput ke sana dlm usia muda….ada berdoa tak utk kami kat sana ? š
ummuhanah said,
28 Februari 09 pada 6:34 am
mutiara…selamat berjaya dalam ujian prestasi….rajin dan sabar dalam mengulangkaji….banykkan munajat pada ilahi.
Saujana Hati said,
12 Mac 09 pada 5:04 pm
Salam..penat betul duk kat sni mlmh..tp seronok. wlaupun sni seronok..tp islah lg best..tak de yg dpt tndingi islah. kt sni km bljr sejarah gna multimedia je..mmg mncbr..tp bleh la ikt skit2. ana mnta maaf sbb tak dan nk antr emel kt mlmh sbb sbk sgt. blk nie pun bku pnh beg.klu ada msa ana emelkanlah pgalaman ana kt sna..rsa smggu nie tak ckup nak cover smua subjek. tp insya-allah ana akn cover2 slow. kt sni smua ckgu cam pndg serong skit kt pljr bru..tp an akan bktikan bdk2 islah nie baik..
ummuhanah said,
13 Mac 09 pada 2:28 am
Salam dan selamat bercuti,
isilah cuti yang ada ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan banyak membantu ummi di rumah.Muallimah doakan semoga berjaya walau di mana saja berada.
Saujana Hati said,
19 Mac 09 pada 8:15 pm
tak boleh merasai kbhagiaan cuti nie..homework mggunung..tu pun tak twu smpt siap ke tak..rasanya tak dapat membantu sbb sibuk sgt dgn homework. lgpun cti nie tak de kt umah..jmaat mlm pegi klntan ade kem..pastu dk kt klntn smpai hari khamis..jmaat sbuk nak bli brg dah..sbtu slmat tinggal rumah la..tp klu nk tlong skit2 tu bleh la..
ummuhanah said,
22 Mac 09 pada 6:14 am
huihh…sebok nau gayanya. mengalahkan perdana menteri yang nak bersara….
apa-apa pun harap dapat urus masa dgn baik….
Zainal said,
1 April 09 pada 6:13 am
Salam, mu’allimah sihat? saja nk bgtau ana bukak blog baru dan ana letak link blog mu’allimah kat blog ana. blog friendster aritu dh delete sbb terlalu byk spam, friendster pun dh x brp layan dah. kalau free2,visit la, leh komen skali^_^
ummuhanah said,
3 April 09 pada 10:28 am
salam,
muallimah sihat…Alhamdulillah, cuma sibuuuuuk sangat. Baru abis exam SPIM dan hantar assignment…..fuh lega.
Tahniah utk blog baru….muallimah ziarah nanti dan link ke sini. Bila nak cuti ?….cuba bagi ‘khidmat kat SMAI’ pulak…asyik guru ganti kat SRAI jer…mentang lah mak dia kat situ, SMAI pun banyak ‘mak’ jugak…jeles kami !
Zainal said,
4 April 09 pada 1:18 am
ahaha, nk jd guru ganti tu x jamin la, nk tlg motivate adik2 junior boleh la kot iAllah:-). bulan 8 dan 9 ni cuti iAllah, tapi ana x balik kot, thn depan punya cuti musim panas iAllah ana blk.
Zainal said,
16 Mei 09 pada 9:54 pm
Salam, Selamat Hari Guru buat Mu’allimah Mahani, terima kasih atas semua tunjuk ajar yg telah mu’allimah berikan pada ana. Sampaikan salam hari guru ana kepada semua guru-guru SMAI yang lain terutamanya yg pernah mengajar ana. Kalau berkesempatan, jemputlah mu’allimah dan guru2 SMAI yang lain ke blog ana untuk baca entry terbaru ana, khas dedikasi untuk hari guru.
Sekian, wassalam.
ummuhanah said,
17 Mei 09 pada 11:20 pm
salam utk zainal,
terima kasih atas ucapan yang dikirimkan. InsyaAllah akan mlh sampaikan pada guru-guru yang lain.Tadi mlh cuba untuk berkunjung ke blog anta tapi asyik ‘page load error’..entah apa le masalahnya. InsyaAllah esok mlh cuba lagi.
cikgi hisham said,
12 Jun 09 pada 12:58 am
jemput ke blog saya
nashir as sunnah said,
7 Julai 09 pada 9:31 am
assalamualaikum..
salam ziarah…menariknya blog..:)
ummuhanah said,
8 Julai 09 pada 9:39 pm
waalaikumsalam
terima kasih singgah di sini
blog saya ciput je ni
blog anda lebih berisi š
amirul said,
9 Julai 09 pada 8:44 pm
salam.tidak ku sangka muallimah ini sangat sporting orangnya ,baik sentiasa ceria dan lain=lain.
sheikh amirul said,
10 Julai 09 pada 10:06 am
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi sedikit rasa nak junjung.
Tanam serai tanam halia,
Tanam juga pokok sengkuang,
Orang berbudi disanjung mulia,
Kemana pergi tiada terbuang.
Wahai muallimah yang disayangi, terimalah beberapa rangkap pantun dari ana walaupun ia kurang menarik, insyallah mungkin dalam pantun itu ada makna tersirat dan tersurat.
RADIOKTA said,
11 Julai 09 pada 3:55 pm
Selamat datang ke Internet Radio yang hanya boleh didengar melalui pc anda sahaja berkonsepkan Berhibur Sambil Berdakwah – makasih
ummuhanah said,
12 Julai 09 pada 2:07 am
salam sheikh amirul,
tiada lah muallimah ini ‘sporting’sepanjang masa, ada ketikanya mlh keras dan bersikap membantah juga terhadap murid2 mlh.
dan tiadalah muallimah ini ceria sokmo orangnya, ada kalanya muncung juga dan berendam air mata…huhuhu… begitulah adanya.
terima kasih,
pantun yang manis dan mengusik jiwa, tak mampu mlh nak membalasnya.
tapi sebagai tanda ingatan mlh….
baik baik bertanam padi
jangan sampai dimakan rusa
baik-baik termakan budi
jangan sampai badan binasa
Ke pulau pinang membeli perabut,
malang terkandas di tengah jejantas,
usah terkenang usahlah disebut,
budi ku ikhlas tak minta dibalas
š š š
sheikh amirul said,
12 Julai 09 pada 5:24 pm
salam. muallimah macam mana dengan keadaan muallimah.bagaimana percutian hari itu? mesti best. banyak barang tak muallimah beli.
ummusaif said,
12 Julai 09 pada 11:15 pm
Aik! syoknya you all berpantun, rasa macam dok bawah pokok nyok ,berselendang kain batik..tumpang sekaki..mek pun kadang suka jiwang-jiwang ni.hehe.
Sepoi-sepoi bayu berpuput
perahu mudik menumpang lalu
amboi senang mulut menyebut
adakah serupa kata hatimu?
ummuhanah said,
13 Julai 09 pada 2:31 pm
salam amirul,
InsyaAllah muallimah akan kongsi sedikit pengalaman makan angin dan makan nasi kerabu tempohari.
kak mek ummusaif….’berangin’ jugak ke sampai terkenang nostalgia bawah pkok nyor ?…kih kih kih…
meh ambo nak pantun lagi…
rumput melata di atas titi
di atas titi di kampung jawa
jauh di mata hilang di hati
mengapa di mimpi ketemu jua ???… š
haaa….jawab kak meeekkk….
ummusaif said,
13 Julai 09 pada 5:15 pm
aik, udahle tu, tak larat nak susun pembayang…
last dah ni tau!
rumput melata di atas titi
berat ditimpa pecahan kaca
jauh dimata bertemu dimimpi
awat nak tidoq doa tak baca?
ummuhanah said,
14 Julai 09 pada 5:17 pm
hahahaha……kira saya menang la ya.
okey la ni pun last juga..
ke Pantai Lido menaiki beca
bawa permata di dalam raga
sebelum tido doa kubaca
pejam mata … mimpi juga …huhuhu
laaaast dah ni..
nyenyak beradu si anak raja
di kamar suram tanpa kejora
hati merindu jiwa memuja
cinta ku karam dilautan gelora
perrghh, ni pun penangan nostalgia bawah pokok nyor kot. š
ehem…
gurindam jiwa orang tua-tua…
makasih la kak mek melayan hamba. š
sheikh amirul said,
15 Julai 09 pada 7:47 pm
salam. wah sungguh ,hebat untuk ummusaif fan ummuhanah. Your are very diligence. berpantun dapat mengerat silaturahim dan ukhuwah kita semua. betul tak ? good luck
sheikh amirul said,
18 Julai 09 pada 7:05 pm
salam muallimah.ana nak tanya soalan ,boleh tak? dalam hadis ada menyebut.
Daripada Anas r.a berkata: ‘akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakanya setelah aku.aku mendengar rasullah s.a.w berkata : ‘di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan ,ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima orang perempuan.
H.R. Bukhari muslim.
soalan ana, adakah perkara atau masalah ini akan timbul dalam konflik islam? kita kini sudah nampak pelbagai tanda kekuasaan allah yang telah ditunjukkan kepada kita.
akhir sekali,ana minta maaf kpd muallimah kalau ana buat salah dekat muallimah, ana harap muallimah dipanjangkan umur dan sentiasa ceria wal’afiat. terimalah 2 rangkap pantun ini, yang menyanyatkan hati kita semua,
Hamba berlagak sebagi tuan,
Disana sini naik bangunan,
Sungguh tingginya mencapai awan,
Seolah mencabar kuasa tuhan.
Badwi yang miskin kaya terkejut,
Baru kelmarin tidaak berkasut,
Harta dipegang tiada luput,
Walaupun kaya tetap kedekut.
nanti muallimah bual dengan ana dalam email .itupun kalau tak menyusahkan muallimah.setakat ini sahaja , coretan ana. moga2 kita dapat mengambil iktibar dan muhasabahkan diri ,insyallah. salam.
ummuhanah said,
19 Julai 09 pada 9:25 am
salam amirul,
Banyak hadis2 baginda Rasulullah saw yang menerangkan tanda-tanda akhir zaman. dan sebahagian dari tanda tersebut dapat kita saksi dan rasai sendiri hari ini. Bagi yang hidup hatinya akan sentiasa berusaha menjaga diri dari terjerumus ke dlm fitnah akhir zaman ini.
Amirul sentiasalah berdoa kpd Allah agar sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita serta memimpin kita ke jalan yang diredhai.Sentiasa berusaha mencari kebaikan, mendekatkan diri dgn orang-orang yg cintakan kebaikan serta membantu memperjuangkan agama Allah ini. Mlh doakan Allah sentiasa merahmati amirul .
Mlh juga nak kongsi satu hadis dgn amirul
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
alsyarqawi said,
26 Oktober 09 pada 9:04 am
salam mlmh…
blog ana tgh cuti.”Not Found!”.mungkin awal bulan depan akan keluar semula.alamt blog pun mungkin baru.nanti saya kabo semula..
“oh muslimah 2” dah siap.nak tak mlmh?…tak sampai 5 minit buat.ntah tetiba jari ni terjemahkan lukisan dalam.
ummuhanah said,
27 Oktober 09 pada 6:04 am
salam,
ehem..’renovate blog’ ke….chewwah ?
make it simple la syarqawi….tak yah le buat fancy sangat atau mewah dgn eksesori…..nanti sarat dan lambat pulak kitarang nak buka nanti. lagipun B/band mlh ni problem skit….asyik putus-putus . ..
ada muslimah 2 ye ?…. mlh memang nak le kalo syarqawi nak kasi….boleh le tempek kat sini…. š
alsyarqawi said,
10 November 09 pada 4:46 pm
salam mlmh. nie alamat blog baru ana.. http://amrina-rashada.blogspot.com . saje tukar angin.dah setahun blog sebelum nie. langkah baru plak. wajah je baru, komitmen tetap sama (ayat bank islam hhu)..
musim spm kan?selamat berjuang mlmh untuk student smai.insayaAllah,raya haji balik kedah. ada peluang boleh la ziarah. itu pun jika mlmh tak kemana-mana.huhu
puteri_islah said,
24 Januari 10 pada 10:20 pm
Assalamualaikum…
waahhh..popular jgk ek muallimah skrg..[eh,dari dulu kot]..
hehe…
kenal tak ana anak murid muallimah y solehah,baek,ayu nie..[xde org nk puji]
ana study sne dari darjah1-form3 jer..
kne pindah sbb xde aliran sains lagi dkt islah…huhu
rindu nye dkt islah..
muallimah len xde ke blog?
mantopp la muallimah dh de blog ek…dpt jgk ana jejak kaki di sini š
ok laa..
moga dirahmati Allah slalu~
anak perantauan di Mesir,
FFMF
Sabiq Zin said,
28 Januari 10 pada 12:36 am
Assalamualaikum mlmh….
smoga mlmh sihat2 d smping kluarga….
lama btol x jumpe mlmh….
mlmh ingt sy lg x?
sy skrg dah pindh kt Johor….
skrg sy blajar di UTM johor kos landskap arkitek…
doakan sy berjaya kt cni…
sy pon doakan mlmh berjaya menjadi seorang murabbi yg berjaya dunia n akhirat….
ok asalamualaikum…
Iffah Nabiha said,
30 Januari 10 pada 2:12 am
Askm,
Kepada Muallimah yg dirahmati Allah,
Pantasnya masa berlalu meninggalkan kita semua.Setiap saat yang berlalu pasti membawa makna yang tersirat dalam kehidupan kita.Ia tidak pernah menunggu.Sebaliknya ia terus berlalu.
Kadang-kadang,manusia ini mempunyai pandangan yang begitu jauh berbeza,sebagaimana apa yang ana lalui.Guru2 dan kawan2 sentiasa memandang rendah terhadap ana.Bahkan hanya 2/3 org yang memberi semangat,namun mereka juga sering tidak hadir ke sekolah kerana mempunyai masalah dengan kesihatan..
Selama ana di al-islah,pelbagai galakan dan dorongan yang diberikan oleh guru2 dan sahabat2 agar ana terus bangkit mara ke hadapan.Namun di sini,diri sentiasa diperlekehkan oleh kawan2.Kadang2 guru juga kecualikan ana dari pelbagai aktiviti dengan alasan ana tak faham.Walhal ana dapat memahami apa yang diajar oleh guru..Ini masalah ana muallimah.Walaupun,ana telah jelaskan dengan baik bahawa ana dapat memahami arahan guru,mereka tetap memandang rendah pada kata2 ana..
penawar hati ana ketika ini:
“Dan janganlah kamu berasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerana kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu org beriman..”(Ali-Imran:139)
“Dan Allah tidak akan membebankan perasaan seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya..”(Al-Baqarah:286)
Mohon pandangan,
IFFAH NABIHA
ummuhanah said,
1 Februari 10 pada 9:45 pm
@sabiq..
lama tak dengar berita…di UTM rupanya, mlh masih rindukan ketukan gendang enta ketika nasyid dulu….selamat maju jaya dan sampaikan salam mlh utk syafiqah, Aiman dan ..errr…lupa nama adik enta sorang lagi…syifa kot….
salam sayang utk mereka..
nor rohim said,
5 Februari 10 pada 2:49 pm
aku rindu teman-teman yang pernah mikir bareng.
ummuhanah said,
9 Februari 10 pada 11:25 am
nor rohim
waduh gawat ni….kebetulan saya cuma ngerti maknanya ‘konar baring’…. mikir bareng itu apa ya ?
BUJUKHEAD said,
26 Disember 10 pada 4:27 pm
Selamat berjuang untuk semua…semoga setiap amalan dihisab sebagai amalmaaruf…
BUJUKHEAD said,
26 Disember 10 pada 4:30 pm
selamat berjuang
dryclefly said,
7 Ogos 11 pada 5:14 am
Bagus pekerjaan, pasangan benar-benar baik artikel
test said,
8 Disember 11 pada 11:15 am
alert(“hai!”);
marul said,
20 Julai 12 pada 10:30 am
salam,
menarik nampak gaya penulisan admin….saya nak tiru ok?
Farahashikin Ismail said,
25 Julai 12 pada 1:32 am
Salam,
Tertarik dengan penulisan di blog ini…walau ringkas tapi sangat santai untuk di baca bagi saya kaum ibu dan bakal bergelar suri rumah tangga sepenuh masa.
Rajin akak ke dapur memasak walau bekerja. Moga dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan juga saya.
ummuhanah said,
27 Julai 12 pada 9:23 pm
terima kasih atas kunjungan marul dan Farahashikin …