Mekah yang barokah

Hazwan, seorang murid saya sedang berada di tanah suci bersama keluarga untuk mengerjakan  umrah. Saya teruja menanti kepulangan Hazwan untuk berkongsi pengalamannya di tanah suci.

Sebelum ini saya ada berbual-bual dgn Syamimi, anak usrah saya yang juga baru kembali dari umrah di Mekah. Rezeki mimi murah sekali, pemergian umrah bersama keluarga ditanggung  oleh neneknya. Mereka berlima kesemuanya menikmati pakej umrah bersama-sama berkat kemurahan hati neneknya. Kos satu kepala tak sampai pun empat ribu, cerita mimi kepada saya. Disebabkan beberapa masalah teknikal, penerbangan pulang telah tertangguh beberapa hari. Pakej yang sepatutnya 13 hari menjadi 21 hari. “ mak ana rasa seronok sangat muallimah, kami syukur sebab dapat berada lebih lama di Mekah tanpa apa2 bayaran tambahan”. Saya tersenyum dan mengucap syukur atas rezeki yg Allah izinkan untuk mimi. Saya yakin ini semua tulisan Allah dan diberi pd siapa yg dikehendakiNya. Gadis kecil itu bergenang airmata bila bercerita ttg pengalamannya tawaf dan solat di masjidil haram. Saya memahami sayu dan rindu hatinya itu…. kesayuan dan kerinduan ini akan singgah di hati sesiapa yg ernah hadir beribadat di rumah Allah yg mulia ini.

Dataran Kaabah waktu awal pagi, sekitar jam 3.30 pagi. Agak lengang masa ni.

Kata kawan saya, Madinah itu Kota Cahaya manakala Mekah pula Kota Airmata. Mulanya saya tidaklah berbekas apa-apa dgn kata2nya, tapi benar…. airmata jadi murah di bumi Mekah. Pipi sentiasa basah . Setiap kali tawaf, solat dan berdoa di hadapan kaabah, airmata pasti tumpah begitu mudah.

Saya terkenang waktu kali pertama melihat kaabah. Saya terisak-isak tidak dapat menahan sebak. Sukar menukilkan rasa, tapi binaan kaabah itu meruntun hati saya pada kesayuan yg begitu membelit rasa. Sirah nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail, dan kisah baginda Rasulllah saw menyelesaikan pertelingkahan ttg perletakan hajarul aswad, memimpin kesedaran saya bahawa saya sedang berada di tempat di mana kekasih2 Allah yg mulia pernah berada.

Suasana dalam masjid

Sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Masjidil haram kami tidak putus bertalbiah. Sambil mata menjeling ke kiri dan kanan jalan, saya terus menangis menatap pemandangan bumi Mekah yg kering tanpa kehijauan pohonan. Bangunan yang bersegi dan berkotak-kotak nyata tidak indah, namun Allah jadikan Mekah yg barokah ini saban waktu dikunjung tetamu utk beribadah di hadapan kaabah.

Syukur kepada Allah. Kami tidak memilih apa2 pakej keistimewaan utk penginapan. Jika ingin berbuat demikian bayaran tambahan dikenakan. Namun Allah menyusun keselesaan utk kami. Sepanjang di sana…baik di Mekah atau Madinah, kami berpeluang menginap bertiga di dalam satu bilik . Saya , suami dan ibu mertua . Sudah pasti ini memudahkan kami bertiga…terutama utk menjaga dan mengurus ibu mertua yg tidak berapa kuat kakinya. Sekian lama sebelum ke Mekah, dlm munajat saya berdoa kepada Allah “ Ya Allah, jika engkau memilih aku untuk membantu ibu mertuaku mengerjakan umrah, mudahkan aku mebantunya. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghulur bakti yg selayaknya diberikan seorang anak terhadap ibunya. Sabarkanlah kami menerima apa saja ujian yg menimpa ”. Alhamdulillah, Allah membuka banyak ruang kebaikan serta kemudahan selama saya di sana.

Di Jabal Rahmah

Pergilah ke Mekah. Perhatikan warga tua yg begitu gigih melawan uzur dan kelemahan fizikal demi ibadat umrah kepada Allah. Pemandangan melihat warga tua di sana membuatkan saya banyak mengalir airmata. Pengalaman melihat dan membantu orang2 tua yg tidak berdaya mendatangkan keinsafan kpd kami berdua. Saya merenung hikmah Allah yg mengetuk hati mertua untuk mengikut saya ke sana, walau pada mulanya saya idamkan umrah berdua bersama suami sahaja. Allah benar2 ingin memberikan saya lebih pahala… InsyaAllah

saya teringat pd kata2 Ustaz Nabil ” kalau ada sepuluh orang tua, saya nak bawa kesemuanya sebab tahu rahmat dan pahala Allah yg banyak jika membantu orang tua “. Beliau yg tahun lepas membawa isteri dn mertuanya, tahun ini membawa ayah, ibunya yang lumpuh, dua orang nenek belah ayah dan ibunya , adik serta makciknya. Hebat ustaz. Begitu kak cik dari perlis yg menjaga 5 warga tua bersamanya. Saya doakan pahala dan redha Allah utk mereka

Bersama rakan2 yang lain.

Nasihat saya, sesiapa yang ada ibu tua yg berhasrat ke Mekah, temanilah mereka… carilah rahmat dan barokah Allah dgn bakti kita kepada ibubapa. Sungguh di sana banyak memerlukan kudrat, tenaga dan keupayaan fizikal. Saya menangis melihat sepasang suami isteri yg uzur kedua-duanya tanpa bantuan sesiapa bersusah payah buat umrah. Suami mengidap asma, isteri pulak demam dan agak lemah keadaannya. Berkerusi roda di dorong oleh isteri yg terhoyong-hayang jalannya.

menuju masjid, biasanya kami gunakan pintu bab al aziz

Saya menyimpan kisah istimewa dlm hal kenangan saya bersama makcik zahrah dan makcik Tuan Jah. Kedua warga tua ini adalah cerita berharga saya dlm menyimpan kenangan berada di kota mekah dan madinah. Setiap saya terkenangkan mereka, perasaan sebak menyelubungi saya. Saya berdoa suatu masa nanti saya dapat berjumpa lagi dgn mak cik zahrah. Demi Allah, saya menanggung rasa terkilan kerana tidak kesampaian membantu menunaikan hajatnya utk tawaf sunat. Saat saya menulis perkara ini, kenangan kembali singgah dan saya masih tidak mampu menghilangkan rasa sedih dan terkilan itu. Hanya Allah yg tahu. InsyaAllah , andai ada kesempatan saya nukilkan kisah dgn makcik zahrah dan makcik jah. Ibu tua yg saya bantu di Mekah dan Madinah.

Biman Airlines dan Dakka

Saya tidak lah obsess sangat  tentang syarikat penerbangan mana yg nak dipilih utk membawa kami ke Mekah. Semuanya saya serahkan pada agensi. Mulanya kami dijanjikan penerbangan dgn Emerates, kemudian bertukar kpd Qatar Airlines , akhirnya seminggu sebelum bertolak confirmation telah diterima bahawa kami bakal terbang dengan Biman Airlines.

syarikat mana tu bang” tanya saya ingin tahu “ Bangladesh” kata suami. “ kita akan transit di Dakka nanti” sambungnya lagi . “ leerr tak jadi le transit Dubai ?” Saya bertanya dgn rasa hairan. “ Tak le tuu” jawab suami sambil tersengeh. Ketika di KLIA seorang jemaah berbisik pada saya “ sebenarnya  tiket kita tu telah di tukar dgn group lain, sebab ada yg minta tukar dan sanggup bayar lebih. Tu yg dapat flight bangla tu.Tak bagus betol la depa buat kita camtu, dlm nak buat kerja baik pun ada perangai macam tu juga”. Saya terdiam tak tahu nak jawab apa.Tapi kemudiannya bersuara “tak pa kak, manalah tau, mungkin inilah kenderaan terbaik yg Allah pilih untuk bawa kita ke sana, kita doa la biaq selamat pegi dan balik nanti .” Sebenarnya saya bukanlah jenis yang selalu positif untuk perkara yg tidak memenuhi hajat di hati. Tapi syukurlah  untuk urusan ke Mekah ini , Allah memimpin emosi serta perasaan dan saya jadinya  tidaklah  terguris atau terganggu  dgn sedikit  ketidakselesaan yang datang menguji. Bahkan keterujaan saya ke tanah suci kekal mekar di hati. Saya benar2 tidak sabar utk berada di tanah yg suci lagi diberkati.

Alhamdulillah....kami ceria dan syukur dgn nikmat Allah.

Ustaz Nabil menyambut kedatangan kami di KLIA, kemudian kumpulan kami di bawa bergabung dgn kumpulan dari KL, ustaz Takiyuddin berada di situ. Selepas sedikit kata-kata aluan untuk kami, beliau sempat memimpin doa . Rupanya ketika urusan chek in, saya mendapat berita ustaz Takiyuddin tidak dpt bersama kami kerana visanya ‘sangkut’ di kaunter imigresen.Saya mmg tidak memahami masalah yg berlaku dan  tidak pula beriya ingin tahu. Di sudut hati saya memujuk diri “ memang benarlah, Allah tentukan siapa yg hendak diangkatnya ke sana nanti, sedangkan halangan yg berlaku ia sekadar penyebab sahaja.hakikatnya semua berjalan atas kehendak Allah. Di usik rasa kebimbangan, tidak berhenti saya beristighfar dan berdoa ” Rabbi yassir wala tuassir ” mudahkan urusan kami Ya Allah. Akhirnya ustaz Nabil dan Dr Nawar yg memimpin kumpulan kami. Alhamdulillah.Dr Nawar yg kebetulan ke mekah atas urusan kerja telah sudi memimpin kami sepanjang perjalanan.

mak ceria, dgn rakan mak tok yang lain

bersama Dr Nawar, angkasawan ke 3 selepas Dr Faiz.

1o jam transit di Dakka satu tempoh yang lama juga. Kami di bawa ke hotel dalam satu perjalanan singkat  tapi sungguh ‘memikat’. Saya terkejut melihat suasana di Dakka airport lebih bising  dari pasar malam. Banyak nyamuk dan terasa lemas dgn asap rokok yg memenuhi ruang  😀 Kami bersembahyang subuh di satu sudut yg jauh dari laluan orang ramai, dan hanya berlapikkan sejadah usang yg ditinggalkan oleh jemaah tabligh di situ.

Akhirnya 3 buah van digunakan untuk mengangkut kami ke 2 buah hotel yang berasingan. Terkejut  melihat kesemua  pemandu kenderaan di jalanraya  menekan hon sepanjang masa tanpa ada tujuan apa2. Dan mereka kelihan ceria dapat menggamatkan suasana. Traffic light seperti hilang fungsinya, mereka meredah laluan yg sesak itu dgn tangan yg tak pernah letih menekan hon. Bunyi bising deru enjin serta hon kereta yang ditekan bertalu itu memang membuatkan kita rasa jantung seperti longgar dari tangkainya, semua pemandu memandu kenderaan dgn laju dan kasar. Mereka sedayanya cuba menyelit-nyelit di celahan kenderaan yg bertali arus. Bas yg terdapat di jalanraya seperti ‘besi buruk bergerak’ yg menanti masa utk dilupuskan, uzur dan berlubang di sana sini namun masih digunakan. Penumpang  padat dan disumbat hingga bas ketat, tapi bas tetap meluncur laju langsung tak kelihatan seperti membawa muatan yg sendat dan berat.

suasana dalam van

Saya hampir menjerit bila pemandu van kami mengeluarkan  sebatang  paip besi dan mengetuk2 bumbung sebuah teksi yg datang menghimpit dan cuba menghalang laluannya, sedang tangan yang satu lagi menekan hon tanpa henti, bertubi-tubi. “ astaghfirullah” bibir beristighfar mengiringi ketakutan saya dgn suasana sebegitu, doa saya agar tidak ada perkara buruk yg berlaku.” kalau kat malaysia, perang besar ni” getus hati kecil saya.  Apa yg mengagumkan saya, tidak ada garis tegang pada wajah mereka sekalipun mereka seperti memandu macam org mabuk saja. Saya yg berada dibahagian paling belakang van tersebut terasa seperti berada dalam ‘blender’. Saya betol2  ‘lumat’ tatkala sampai di hotel sekalipun perjalanan utk ke situ sekitar limabelas minit sahaja….Allahuakhbar, dapat bilik terus merebahkan diri. Saya gelak tergolek tatkala badan yg letih kesan vibration dlm van ini dihempaskan ke katil . Terasa seperti jatuh di atas timbunan sabut kelapa. ” mak ooii…kerasnya tilam, nampak tebal bukan main lagi aaa “…kikikiki

kenangan di bilik hotel 3 bintang, bersama tilam Dakka yang empuk

Sebenarnya Dakka sebuah pekan yang hebat. Bandarnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi yakni sekitar 30 juta org,  menyamai penduduk semenanjung Malaysia. Sekalipun prasarana dan pembangunan di sini kelihatan 30 tahun tertinggal di belakang, anda akan dapati bandarnya sesak dan sibuk sepanjang masa. Saya mendapat tahu orang Malaysia kalau singgah di Dakka akan ambik peluang untuk tempah kot atau bush jacket. Selain fabriknya lebih bagus,upah dan kos menjahit kot di sini juga lebih murah. Suami berpeluang ronda-ronda bandar Dakka ketika keluar membeli kain ihram bersama seorang pekerja hotel. Dia terlupa kain ihramnya dah masuk kargo. Katanya ” best la naik beca kat sini, org yang tarik beca tu lari lajuuu “.

jalanraya depan hotel....gambar disnap dari tingkap bilik kami

Alhamdulillah, cantik apa yg Allah atur utk saya. Peluang singgah di Dakka ini jadi pengalaman indah buat saya.  Hotel dikatakan bertaraf 3 bintang , tapi tidur dikatilnya terasa seperti tidur di atas papan, manakala  penghawa dinginnya  adalah edisi tahun 80 an yg mengeluarkan bunyi ‘deruman’ yg menghiburkan 😀  Yang paling saya ingati dan sangat saya puji  tentang Bangladesh atau Dakka ini ialah nasi bariani di sini…. ia memang sedap dan istimewa sekali….sedap sekali. Qasim yang ramah melayan kami di hotel juga sangat bangga bila bercerita tentang keistimewaan nasi bariani Dakka. Saya ikhlas ni, jangan anda takut memilih Biman Airlines utk ke Jeddah, ia mungkin menyediakan pengalaman penerbangan yg indah dan  anda juga akan berpeluang menikmati  3 kali hidangan nasi bariani  ketika dlm flight, tidakkah itu hebat? 😀

Nasi Bariani Dakka.

Bergambar kenangan dengan Qasim.

dah siap berihram, selepas makan malam kami bertolak ke Jeddah

Alhamdulillah …. semuanya antara nikmat Allah yg tidak terhitung.

agensi umrah

Saya meghadiri 3 kali taklimat umrah yg dianjurkan oleh egensi yg saya pilih. Sebenarnya sejak dua tahun lepas, saya cuba belajar2 hadir ke kuliah haji bersiri yang diadakan di masjid depan rumah saya. Walaupun ada siri kuliah yg saya tertinggal , saya akui  kuliah haji/umrah di masjid ini telah menambahkan  lagi ilmu ttg ibadat haji/umrah. Bila betol-betol saya dapat menjejakkan kaki ke Mekah …. di dada terasa bahagia kerana sebahagian dari ilmu itu dapat dipraktikkan…Alhamdulilah.

Tidak rugi mengambil ilmu walaupun saya tahu tarikh haji saya terlalu jauh ….. ^ ^

Ia juga satu dorongan untuk saya tidak pernah lupa berdoa agar  Allah segerakan rezeki  dan kemampuan saya utk tunaikan rukun islam kelima itu.

Sepanjang hadir ke taklimat umrah, saya cukup gembira dgn panduan dan nasihat yg disampaikan oleh wakil agensi. Ia barisan ustaz dan ulama tersohor di sekitar Kedah Perlis. Saya sangat berharap memperolehi mutawif yg mampu memberi bimbingan dan pimpinan yg saya harap-harapkan. Sepanjang siri taklimat tersebut hati dan nurani saya disentuh, sebak  dan keterujaan saya begitu terasa  untuk dapat bersama-sama mereka hadir bertamu di rumah Allah yg mulia itu ……sehingga akhirnya baru saya ketahui, tiada seorang pun tenaga pembimbing tersebut bakal menjadi mutawif kami ketika di sana. Kerana kami bakal diserapkan kepada kumpulan lain pula dan dijanjikan mutawif dari Kuala Lumpur. Seingat saya nama yg disebut itu  ustaz Takiyudin. Ini membuatkan saya agak kecewa setelah begitu selesa dgn barisan pembimbing umrah di sini. Untuk hasrat saya yang tak kesampaian itu saya  memujuk hati “ Allah tahu apa yg terbaik untuk saya “.

Peringkat awal ketika membuat pilihan, ada 3 pilihan tarikh yg disediakan oleh pihak agensi. Harga pakej yg ditawarkan juga berbeza. Yang paling awal ternyata paling murah. Suami memberi penghormatan pada saya membuat pilihan dan saya gembira diizinkan  membuat pertimbangan tarikh yg sesuai utk kami ke sana .

Apa yg muncul difikiran saya ketika itu ialah saya mesti memilih tarikh yg paling baik  dan membuka jalan kemudahan utk saya terhadap beberapa urusan. Termasuk yg saya pertimbangkan ialah tentang urusan anak2 sepanjang pemergian kami. Dua anak remaja lelaki  menolak menumpang dirumah saudara mara dan sanggup tinggal di rumah sahaja sekalipun berdua. Itu tidak munasabah dan mengundang kebimbangan saya. Akhirnya saya berhasrat menempatkan kesemua anak2 di asrama sekolah kerana merasakan sekurang2nya ada pihak yg boleh dipertanggungjawabkan utk menjaga dan mengawasi mereka.

Perkara lain yg termasuk pertimbangan saya ialah  tentang peluang melaksanakan ibadat di sana. Sebolehnya saya ingin berpeluang  ke masjid dan solat berjemaah  sepanjang waktu. Sebolehnya juga saya cuba  mengelakkan waktu cuti solat saya.Tempoh umrah adalah singkat , saya tentu sedih jika sebahagian  dari hari saya di sana  tidak boleh memasuki masjid, bertawaf dan melaksanakan ibadat khusus yg lain. Maka tarikh  paling awal yg diawarkan  itu nyata paling bersesuaian. Ia masih di dalam minggu  persekolahan dan tarikh ‘selamat’ untuk saya  😀

Cuma, pakej 1 hb tu tak termasuk makan … ia sekadar pakej penginapan dan ziarah sahaja” .. kata suami saya. Saya sedikit gusar apatah lagi memikirkan ibu mertua turut bersama kami mengerjakan umrah, bimbang pakej umrah ‘makan sendiri’ ni menyusahkan beliau. “ tapi tak pa ummi, kedai makan banyak di luar masjidil haram. Kita bebas nak makan bila-bila pun, tak terikat dgn dengan waktu makan yg disediakan oleh agensi” suami cuba mententeramkan saya.

Ini kunjungan kali ketiga  suami ke tanah suci. Dia pernah mengerjakan umrah dan ziarah Istanbul ketika masih remaja dan kemudiannya mengerjakan haji bersama ibunya dua bulan sebelum kami menikah. Atas pengalaman itulah ia sedikit melegakan saya…. Saya berpendapat, sekurang2nya pengalaman itu boleh membantu kami selama di sana….insyaAllah.

Pengamatan saya, semua orang inginkan pakej umrah yang selesa, dikendalikan oleh agensi berpengalaman dan mahir dalam menguruskan urusan mengerjakan umrah dan ziarah. Dari soal pemilihan pesawat penerbangan, lokasi hotel yg berdekatan dgn al haram, bilik yg selesa dan makanan yg enak2. Kita berhak membuat pilihan mengikut keinginan dan kemampuan, ia bukan kesalahan jika kita benar2 ada kemampuan kewangan.Terdapat banyak agensi yg menawarkan pakej yg menawan dgn pelbagai kadar bayaran.

Namun sesuatu yg patut menjadi peringatan kita semua, kita ke Mekah bererti kita ke medan mujahadah. Ke tanah haram bererti untuk berbuat ibadah dan menanggung susah. Yang menentukan kita utk rasa senang dan selesa hanyalah Allah , yang nak memberikan kita rasa susah dan gelisah juga adalah Allah. Biar bagaimana selesa pun pakej yg kita  tempah ia bukan jaminan mutlak utk ‘keselesaan’ kita di sana. Allah pilih siapa yg nak diberi rasa selesa dan siapa yg nak diberi rasa susah.

Semasa kami menziarahi Hudaibiah, mutawif bercerita pengalaman beliau menemani sorang dato’  yg datang dgn pakej umrah yg mewah. Selain gagal melihat kaabah, ibadat tawaf dan sai’e nya  juga  jadi lambat dan susah…dia sentiasa kelihatan gelisah dan tak pernah boleh berada lama di masjid untuk iktikaf. Sekadar solat jemaah dan bergegas pulang selepas salam. Dia tidak selesa berada di Mekah apatah lagi di rumah Allah. Jadi asas keselesaan kita ialah banyakkan bergantung dgn Allah. Pohonlah ketenangan hati dan merasa nikmat dlm ibadat. Sentiasa dibibir merayu agar Allah permudahkan apa saja urusan kita selama di sana.

Pilihlah agensi yang boleh dipercayai, bertanggungjawab dan amanah. Jika masih terdapat masalah jangan cepat melepas marah, sebaliknya banyak berbaik sangka dan merasa itu semua mungkin susunan Allah yang pasti ada hikmah. Pada satu waktu solat saya duduk bersebelahan dengan jemaah dari Malaysia yg marah2 dan mengutuk agensinya. Rupanya dia mendapat bilik yg kurang selesa dan jarak hotel yang agak jauh dari masjid. Saya kira jika dia jujur mengamati, Allah sedang sediakan landasan pahala untuknya.Semakin banyak kiraan tapak perjalanan ke masjid, bermakna semakin banyak pahala untuknya, bilik yg kurang selesa itu tentulah jauh lebih selesa dari sekadar pelepah tamar je yg jadi pelapik tidur rasulullah saw, sabar dan syukurlah 😀

Sebagai mukmin, untuk semua kesusahan yg dihadapi, ia akan jadi mudah jika kita sentiasa ingat Allah.

Sungguh ajaib urusan kaum mukmin karena semua urusan adalah baik baginya, dan itu tidak dialami kecuali oleh orang mukmin, apabila ditimpa kebaikan dia bersyukur  itu lebih baik baginya dan apabila ditimpa kesusahan dia sabar dan itu juga kebaikan baginya. (HR. Muslim)

Rahmat Allah yang tidak terhitung…

Rahmat Allah yang tidak terhitung…

Syukur atas nikmat Allah yang tidak terhitung. Hakikatnya, saya sangat menginsafi bukan kudrat manusia yg memungkinkan kita ke rumah Allah yg mulia. Hanya dengan rahmatNya kita benar2 mampu ’hadir’ ke sana , biar siapa pun kita dan apa pun status  kita di atas dunia….. dengan rahmat Allah  , pasti akan mengangkat kita ke sana sekiranya  kita ditakdirkan tersenarai sebagai  tetamu jemputanNya.

Dalam menilai erti menjadi tetamu, saya turut menginsafi bahawa kudrat  manusia itu mungkin boleh saja mengusahakan jasadnya utk hadir ke sana, dengan harta dan kesihatan yg ada kita memang boleh berikhtiar utk ke Mekah, tapi siapa yg mempu membawa bersama roh dan jiwa kita untuk benar2 merasai nikmatnya bertamu di masjidilharam….di baitullah, rumah Allah yg mulia ? hanya rahmat Allah yg berkuasa mengangkat tubuh badan berserta roh dan jiwa manusia menjadi tetamu di rumahNya yg mulia. Ia perkara yg menjadi renungan saya, kerana saya pernah mendengar cerita bahawa ada yg telah sampai ke Mekah tapi rohnya tertinggal di rumah. maka di sana dia lebih banyak bimbangkan kerjaya serta anak2 yg tinggalkannya berbanding urusan ibadatnya di rumah Allah.

Ke Mekah……Ia nikmat Allah yang tidak terhitung. Yang membalasi rasa kerinduan ini dengan kesempatan dan ruang yg tidak pernah terfikir akan mampu digapai dlm waktu yg terdekat ini….bukankah Allah tuhan kita itu  maha kaya lagi maha pemurah. Siapa yg memohon dgn rasa kerendahan, menangis dgn rasa kelemahan dan pengharapan, tidak mungkin Allah akan mensia-siakan… dijanji hajat yang tertunai atau diganti dgn yg lebih baik lagi….InsyaAllah.

Saya bersama suami dan ibu mertua telah memulakan pemusafiran umrah kami pada 1 Mac yang lalu. Proses memenuhi hajat menunaikan umrah yg diekori oleh dugaan yang berlapis-lapis itu menjadikan ia anugerah yg sangat bernilai, tidak mampu saya hargakan. Kepada Allah jua selayaknya saja bersujud dan mengucap syukur atas rezeki dan pertolonganNya ini. Sebahagian dugaan itu akan  menjadi rahsia pribadi , sebagai khazanah monolog hati utk saya sentiasa insafi tentang hebatnya Allah dengan segala kekuasaan yang dimiliki, maka bagi setiap kesempitan yg saya hadapi, rahmat Allah telah datang untuk melapangkannya…subhanallah

….sebahagiannya lagi akan saya kongsi nanti dengan pembaca yg singgah di blog saya ini. Saya berdoa ada ruang  dari pengalaman saya ini mampu menjadi sedekah dan jariah saya di sisi Allah, andai ia dapat membantu dan memberi panduan pada yang lain, terutama pada yg sedang berusaha membuat persiapan bertamu di rumah Allah … sungguh sebagai tetamu , mesti ada ‘buah tangan’…mesti ada persiapan….barulah kedatangan kita dialu-alukan….InsyaAllah.

Peringkat pertama ketika memotivasikan diri supaya saya jelas tentang ‘mengapa saya nak ke Mekah’ saya selalu sebut kepada diri saya ini. ‘pergilah ke Mekah kerana keghairahan untuk melonjakkankan martabat iman dan taqwa’ bukan pergi kerana ‘orang lain pergi maka kita pun teringin nak pergi’ atau pergi kerana ‘dah cukup duit patutlah kita pergi’ atau pergi atas pandangan ‘Mekah lah sebaik-baik tempat utk bercuti’.Walau pun alasan-alasan ini tidak lah salah, tapi kita tentu  inginkan satu matlamat yang lebih membantu kita memiliki focus yg terbaik ketika membuat persiapan nanti.

Ya Allah..engkau sebaik-baik pembantu dan pemimpin bagi kami.

Benar, ketika keinginan begitu membuak-buak di hati. Rasa rindu menggamit saya tak putus-putus mengadu pada Ilahi. Ia memang keinginan yang sejak lama dulu, cuma terkini yakni sekitar awal tahun lalu, keinginan itu meratib dibibir saya yg saya sebut berulang kali dihadapan suami…. Ketika Ramadhan, saya unjurkan hasrat hati ini pada Allah setiap saya menadah doa kepadaNya. Saya kira Ramadhan waktu yang terbaik merayu untuk hajat yang besar ini. Saya ingin menjadi tetamu yang dijemput Allah. Bukan kerana saya ada cukup duit atau atau tubuh yang sihat utk kesana….tapi kerana ‘Allah benar2 menjemput saya. Sebanyak saya doakan dikurniakan pasangan dan zuriat yang soleh, sebanyak itu juga saya doakan untuk bertamu ke rumah Allah.

Jadi, pada siapa  punya hajat  yg  tinggi, sedangkan jalan memperolehinya  kelihatan sempit dan sukar di depan kita ini, mengadu dan mohonlah pada Ilahi…saya ulangi, siapa yg memohon dgn rasa kerendahan, menangis dgn rasa kelemahan dan pengharapan, tidak mungkin Allah akan mensia-siakan… dijanji hajat yang tertunai atau diganti dgn yg lebih baik lagi….InsyaAllah.

Anda akan rasa dihampiri rahmat Allah yang tidak terhitung…..

Saya jadikan ‘rahmat Allah yang tidak terhitung’ ini sebagai entri permulaan dalam perkongsian pengalaman mengerjakan umrah bersama suami dan mertua. Semoga Allah terus memimpin saya utk tulisan seterusnya.

Allah, kepada Mu jua ku mohon ampun atas apa saja kekurangan dan kesalahan diri..