Kebangkitan Rakyat Mesir(Arab),pendirian Ikhwan dan Dimensi Perubahan

Jangkaan bahawa Mesir akan meletup bila-bila masa bukan satu cakap-cakap yang baru. Ia telah diperkatakan semenjak 5 atau 6 tahun lalu. Cuma bila masa yang tepat dan apa pencetusnya sahaja tidak diketahui. Negara yang diperintah secara kekerasan dan sistem satu parti ini sudah lama bengkrap.

Oleh itu saya tidak terkejut langsung dengan apa yang berlaku, bahkan beberapa kali dalam tulisan saya, saya nyatakan bahawa tempoh rejim lama ini sudah berakhir sah lakunya. Hubungan dengan rakyat semakin hari semakin merenggan. Pemerintah di satu lembah dan rakyat dilembah yang lain. Pemerintah berkerja untuk dirinya dan rakyat hidup tertakan, kelaparan, dan ketakutan.

Pemulihan penuh sepatutnya berlaku. Namun kebanyakan pemimpin leka, rasa aman dengan kawalan keselamatan yang ketat dan permainan kertas siasah tertentu diperingkat antarabangsa. Saya lihat ini adalah pelajaran yang menyeluruh untuk semua pemerintahan berasaskan “nasionalis sekular” tidak kira dimana sahaja termasuk di Malaysia.

Kita juga dapat lihat tekanan yang berlaku kepada pemeritahan di Malaysia. Kesannya perubahan besar telah berlaku keatas dasar kerajaan demi menjamin survival. Secara politik saya puji pemerintah Malaysia kerana cepat bertindak. Walaupun saya masih menganggap ia menuju arah yang salah. Sepatutnya parti-parti Melayu (pemerintah dan pembangkang) mengambil kesempatan, mencari kata sepakat kearah mengukuhkan kedudukan politik orang Islam di Malaysia daripada tersu menari mengikut rentak musuh.

Perubahan pasti akan berlaku; samada kita akan terus jauh dari landasan atau kembali kepangkal jalan (Islam). Tetapi malangnya kini tiada siapa yang boleh bersikap rasional…politik Melayu akan menuju arah sukar, kalah jadi abu menang jadi arang.

Terdapat perbezan ketara antara parti politik Mesir dan kebanyakan Negara-negara arab berbanding dengan Malaysia. Parti pemerintah di Malaysia walaupun banyak kritikan tetapi merupakan sebuah parti yang mempunyai agenda dan perojek pembangunan. Berbanding parti-parti pemerintah di negara arab yang bengkrap idea dan tidak ada projek pembangunan, bahkan setenaghnya hidup atas tajaan atau perlindungan kuasa luar.

Berbalik kepada perkembangan di Mesir kini, bagi saya penyelesaianya tidak semudah yang dijangka sebab politik dalaman Mesir sangat berkait rapat dengan kedudukannya yang strategi diarena percaturan politik antarabangsa terutamanya keamanan Israel.

Sangat sukar untuk kita andaikan penyelesaian yang ideal akan dapat diambil. Yang paling munasabah ialah perubahan sistem daripada dictatorship atau sistem satu parti (syumuli) kepada sistem terbuka berbilang parti dan mengadakan pilihanraya yang bersih. Mubarak dan regim lama harus berundur.

Namun masalahnya nanti ialah siapa yang akan mengganti?. Di medan tiada siapa yang boleh menyaingi kekuatan Ikhwan. Jika diadakan pilihanraya yang bebas tentu Ikhwan akan dapat menguasai semua kursi yang ia tandingi. Persoalannya adakah kuasa besar seperti Amerika dan Israel akan membenarkan Ikhwan sampai ketampuk pemerintahan? Atau adakah Ikhwan sendiri pada perhintungan mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab berat dan ancaman digagalkan.

Amerika dan Israel tentu sekali tidak akan membenarkan wujud kuasa yang mereka anggap akan menancam kepentingan dan keselamatan mereka.
Dan daripada apa yang saya faham dari sifir Ikhwan dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin mereka, Ikhwan tidak bersedia untuk itu. Ini kerana ia akan berhadapan menanggung beban ekonomi Mesir yang sangat berat dalam keadaan terpaksa menangani krisis pertembungan strategi yang langsung dengan kuasa besar dan kemungkinan dipulau sangat besar.

Jika diandaikan Ikhwan berfikir untuk menyanggupi tanggungjawab seperti itu ia perlu bantuan dari negara-negara jiran yang sanggup menyokong. Rasanya pemerintah yang sedia ada tidak akan menyokong Ikhwan. Sebab itu adalah satu munasabah Ikhwan di Mesir untuk peringkat ini tidak mencalunkan diri mereka kejawatan presiden.

Antara cabaran besar Ikhwan untuk ketampuk kuasa juga ialah hubungan dengan Israel. Tidak tergambar dalam fikiran bahawa Ikhwan akan meneruskan dasar sedia ada yang mengiktiraf Israel. Perubahan dasar itu akan merubah kedudukan Mesir dari negara sekutu kepada musuh yang mengancam. Jadi secara tiorinya tiada pilihan ideal untuk Ikhwan. Untuk setakat ini penyelesaian terbaik bagi Ikhwan dan Mesir ialah kerajaan campuran yang luas yang tidak menampilkan Ikhwan sebagai pemain utama atau dibarisan hadapan.

Namun ia adalah pencapai yang sangat tawadho’. Adakah gerakan Islam sekali lagi rela untuk membiarkan pegorbanan rakyat dituai oleh golongan sekular pro barat?. Ala kulli hal tidak akan ada penyelesaian mudah dan pergolakan akan terus berlaku. Adalah suatu yang tidak dapat ditolak kemungkinan gerakan Islam mengambil keputusan nekad untuk membuat perubahan total biar apa pun pengorbanan yang terpaksa dibuat.

Jika dilihat dari dimensi strategi yang lebih menyeluruh, kebangkitan rakyat yang merebak keseluruh dunia Arab sepatutnya diistithmar (labur) dengan baik oleh gerakan Islam untuk membuat perubahan yang lebih total. Pendirian tawadho’ Ikhwan Mesir mungkin tidak menasabah dalam kontek perkembangan serantau. Gerakan Islam sepatutnya bergerak dalam skop yang lebih luas, menyeluruh serta terselaras untuk membuat kebangkitan serentak.
Walaupun terlalu awal untuk meramal, saya ingin memberi ingatan bahawa jika krisis ini tidak tertangani dengan baik dan adil, ia akan merebak lebih luas dan perang besar akan berlaku dirantau Asia Barat.

sumber :http://ustabdullahzaik.wordpress.com/

4 Komen

  1. shafiq said,

    4 Februari 11 pada 9:19 pm

    As-Syahid Sayyid Qutb didalam kitabnya mengatakan bahawa Sesungguhnya Kebatilan, kejahatn itu walaupun panjang dan pahit ianya tetap akan jatuh dan kebenaran itu walaupun penuh dengan kelemahan, susah payah pasti akan menang.

  2. ummuhanah said,

    6 Februari 11 pada 7:24 pm

    hmmm….teringatlah kata-kata Yusuf Qardawi pd Hosni Mubarak ” kalau pemerintahan itu bagi kamu satu ghanimah, maka 30 tahun itu cukuplah, andai pemerintahan itu bagi kamu satu bebanan, maka 30 tahun cukup lah”..maknanya Hosni atas apa alasan WAJIB turun.
    macam tulisan Dr Abdullah zaik yg mlh letak kat sini, mlh merenungnya dalam kesedihan yg cukup dalam…sekalipun Hosni ditumbangkan, sukar digambarkan apa nasib yg mendepani rakyat Mesir….Hosni Mubarak telah benar2 meletakkan racun yg membunuh untuk bumi Mesir dan rakyatnya,sekalipun dia pergi bisa racunya akan tetap memamah rakyat mesir.

  3. wuzara said,

    8 Februari 11 pada 1:57 am

    Telah banyak usaha-usaha menunjukkan US sedang berusaha memecahkan wilayah umat Islam kepada beberapa negara kecil antaranya Yaman, Chad, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia. Jelas strategi US untuk menghalang penyambungan Negara-negara Asia Tengah dengan Timur Tengah dengan memastikan kekuatan tentera mereka di Afghanistan. Ini adalah suatu tindakan geopolitik yang penting dari aspek ketenteraan untuk menghalang penyatuan dua kawasan yang sangat siginifikan dengan kebangkitan umat Islam. Kekuatan yang ada hanyalah di Mesir, sebuah negara yang dihimpit negara Afrika Utara lain di barat dan wilayah Arab yang bergolak di Timur.

    Tindakan politik US lebih ketara bagi menghadapi kebangkitan rakyat Mesir. US dan Israel tidak mampu untuk melepaskan cengkaman mereka terhadap Mesir. US tidak boleh membiarkan Mesir bergolak terlalu lama kerana ia membahayakan keberlangsungan Israel. Peranan yang didalangi Perancis, British dan German terhadap kebangkitan rakyat Mesir boleh menyebabkan Israel hilang sekutu kuat, ini bahaya bagi kepentingan US.

    Israel dan US belum melatah dalam masalah ini kerana kepimpinan tertinggi tentera Mesir adalah sangat rapat dengan mereka. Ketua Tentera Mesir, Left Gen. Sami Annan telah ke Washington pada 24 Jan lepas dilaporkan berkaitan proses peralihan kuasa di Mesir. Beliau juga telah bersama Menteri Pertahanan Marshal Mohamed Hussein Tantawi, telah dilaporkan oleh Jurucakap Tentera Us, Geoff Morrell , bertemu Setiausaha Pertahanan US dan Menteri Pertahanan Israel pada 30 Januari. Penganalisa politik melihat US sedang dalam proses untuk memastikan proses transisi ini berlaku mengikut apa yang dirancang mereka. Ketidakterlibatan tentera Mesir menghalang peserta demonstrasi adalah untuk membolehkan proses peralihan kuasa ini berjalan. Ia bukanlah menunjukkan bahawa tentera menyokong perjuangan rakyat.

    US melihat perlu membuka pintu demokrasi yang lebih luas di Mesir. Ini penting untuk memastikan kestabilan dikawasan bergolak berhampiran Israel. Oleh itu, US perlu meletakkan agennya yang demokratik di Mesir. Sebenarnya, US menghadapi konspirasi politik dari Blok Eropah (EU). EU sudah sekian lama memberikan sokongan kepada pemimpin Parti Wafd,Ayman Nour, yang dipenjara kerana lantang mengkrtitik Hosni Mubarak selama ini. Ayman lebih dekat dan dikenali oleh rakyat Mesir sebagai pemimpin yang menentang pentadbiran Mubarak. Media Britain seperti London Post cuba menunjukkan bahawa US sebenarnya mendalangi kebangkitan.

    Untuk menyekat konspirasi blok EU ini, US melihat beberapa calon yang berpotensi untuk menggantikan Mubarak, antaranya adalah Al Baradei. Jika kita baca analisa jangkaan kebanyakan media US, mereka cuba mewujudkan gambaran Mohamad Al Baradei adalah calon pro-demokrasi yang terbaik bagi membawa perubahan di Mesir. Untuk mendapatkan sokongan rakyat, tidak mengejutkan mereka telah mendekati beberapa pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin Mesir dalam apa yang dikatakan ‘pertemuan rahsia’. Albaradei secara terbuka menawarkan Ikhwanul Muslimin untuk bersama dalam kerajaan baru yang mungkin dibentuk setelah kejatuhan Mubarak. Pemimpin Tertinggi Ikhwan ketika ditemuramah Akhbar Al- Masri AI-Youm menjawab mereka mensasarkan untuk mewujudkan sebuah kounsil yang menjadi rujukan kepada penggubalan institusi negara dengan kelulusan parlimen. Seorang pemimpin Ikhwan yang lain, Helmi Gazzar, menyatakan Ikhwan perlu meletakkan ketepi perjuangan bercorak agama untuk mewujudkan demokrasi. Menurutnya lagi, Ikhwan perlu selari dengan cita-cita rakyat Mesir untuk kebebasan dia menyokong usaha Al Baradei.

    Percaturan di Mesir melihat US dan EU masing-masing cuba meletakkan agen masing-masing. Sekiranya US gagal, ia akan merubah scenario politik dunia terutama timur tengah, Israel dalam keadaan yang kritikal. US dilihat mempunyai kelebihan kerana menguasai tentera Mesir dan sokongan Ikhwanul Muslimin ke atas calon mereka.

  4. ummuhanah said,

    17 Februari 11 pada 3:39 pm

    wallahuallam….Apa pun pengamatan dan pandangan dari kita, Allah pasti melaksanakan takdirNya utk umat manusia. Sebagai hamba ,kita pastikanlah agar sentiasa meningkatkan amalan, memperkuatkan iman dan berdoa agar sentiasa di jalan kebenaran. Cukup kebenaran dari ayat2 Allah ini sebagai mententeramkan hati kita semua.

    ”dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.”- Al -Baqarah:251

    Ar-Ra’d :17
    ”Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

    Al-Imran 137-141Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).
    (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.
    Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
    Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar) dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
    Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: