pulang ..

Ramai yang masih bercuti sempena tahun baru China. Tapi  ada juga  yg dah mula bertugas. Saya dah start mengajar pada hari Rabu.Maknanya cuti utk chinese new year sekadar dua hari je…..5 hari kesemuanya campur cuti hujung minggu. Cukup utk sehari dua pulang ke Kelantan dan sehari ke rumah mertua. Bersyukur ditakdirkan bertugas sebagai guru di sekolah, kerana terasa seperti Allah meletakkan kita di ladang pahala…Alhamdulillah.

Sangat menyayat hati bila tiba di sekolah dikejutkan berita musibah yg menimpa anak murid saya. Mohd Afiq Hazman Bin Harizan sekeluarga terlibat dlm kemalangan yg dashat ketika dlm perjalanan pulang dari Alor setar ke Sg Petani. Kereta mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi lebuhraya.

Ketika sampai di sekolah , saya diberitahu Afiq Hazman serta ayahnya koma dan berada di unit rawatan rapi  di hospital. Adiknya yg juga pelajar sekolah kami di tahun 3 meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala  ibu, kakak dan adik bongsunya dirawat di Hospital Alor Setar.  Maka kami mulakan persekolahan pagi itu  dgn solat hajat seluruh warga PPAI di masjid sekolah. Hiba hati kami semua atas malang yg menimpa mereka sekeluarga.

Dalam kenangan...arwah juga adalah kawan kpd anak saya, Syamil.

Berjujuran airmata guru2 dlm ratapan doa semoga Allah segera sembuhkan Afiq sekeluarga. ” Ya Allah, bantulah anak muridku, ringankan penderitaan yg ditanggungnya, sembuhkanlah kesakitannya, penuhi dada ahli keluarganya dengan kesabaran atas musibah yang menimpa. Ampunkanlah dosa mereka semua”. Menggigil rasa badan saya selepas beberapa minit kami selesai solat hajat, berita tiba menyatakan Afiq baru saja menghembuskan nafasnya yg terakhir. Allahuakhbar….Allahuakhbar…tiada ucapan yg paling layak kami yg lemah ini tuturkan dalam menerima ketentuan Allah ini selain dari ucapan ” dari Allah kita datang, kepada Allah kita semua akan pulang, bahkah kita juga semuanya sedang menunggu giliran….Ya Allah, Afiq telah pulang kepadaMu. Anugerahkan kenikmatan kepadanya saat dia kembali kepadaMu, dan memberi kesabaran kepada kami semua, khususnya ahli keluarga  Afiq yg lebih berat menanggung pedihnya ujianMu ini. Atas musibah yg dihadapi mereka, gantikanlah dgn ganjaran yg lebih baik dari dunia dan isinya.

Saya dan teman2 bergegas ke hospital untuk menziarahi jenazahnya. Di atas stretcher di bilik mayat, jasad Afiq terbujur kaku. Hanya Allah yg tahu perasaan kami semua dan hanya doa yg mampu kami panjatkan dipertemuan bisu itu sebelum jasadnya disemadikan . Dalam juraian airmata yg tak mampu kami tahankan, kami doakan kesejahteraan afiq di alam baqa.

Kemudiannya seorang bapa saudaranya yg datang  menghampiri saya. ” cikgu afiq ke? ” tanya beliau. “ya, saya”..saya membalas pertanyaanya. ” cikgu, saya bapa saudara Afiq sebelah ibunya. Kami dari Batu Pahat Johor. Saya mewakili arwah minta cikgu sampaikan pada semua guru2 dan kawan2 arwah agar mereka maafkan jika arwah ada berbuat kesalahan pada mereka, dan membuat tuntutan jika arwah ada berhutang.” katanya sambil mengeluarkan sapu tangan dari koceknya, menyeka airmata yg mula tumpah. ” InsyaAllah Encik, akan saya sampaikan”. janji saya pula.

Allah jadikan peristiwa kematian itu sebagai peringatan pada kita. Bagi mereka yg ada iman terhadap perkara ghaib seperti ganjaran dosa pahala, alam kubur dan hari kebangkitan, kematian sepatutnya menjadi sentuhan kepada jiwa kita utk kembali memperbaharui iman kita. Bagi yg masih diberi baki nafas utk meneruskan kehidupan, rebutlah peluang utk menjadi hamba Allah yg bertaqwa. Bertaubat dari kesalahan, bermohon supaya Allah sentiasa memberi pimpinan, dan bersungguh-sungguh menjaga kemulian diri sebagai seorang muslim yg beriman. Berbuat baik kepada ibubapa selama mereka masih ada utk dibalas jasa, memuliakan guru sebagai insan yg banyak membimbing dan membantu , memperkuatkan persahabatan dgn teman2 dgn saling berbuat kebaikan dan gunalah peluang utk memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah yg suci ini…itulah yg saya sebut kepada murid2 saya dikelas, sebagai peringatan .

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. Al Baqarah : 155-157)

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Ath Taghabun : 11)

diskriminasi

letih mengadap TV….dengan suasana gamat yg buat saya asyik terkejut dgn jeritan emosi…. bukan kerana gamatnya stadium Gelora Bungkarno menyambut gol pertama pasukan mereka tadi, tetapi sorakan 3 lelaki di rumah saya ini yg begitu teruja dan mengharap pasukan harimau muda menembusi gawang pasukan Garuda .” ummi sakit dada la dengan hangpa ni..…”. Saya mengambil keputusan masuk ke bilik membuka laptop kecil ini dan tidak mahu menumpu kepada ‘bola’  lagi ….. buat naik tekanan darah ambo je ni.

Sejak hari terakhir persekolahan khamis lalu saya belum bercuti. Memulakan kursus sejak sabtu dan bakal berakhir pada Jumaat yg akan datang buat saya kurang senang dgn situasi yg terhidang. Apakan daya,  ini antara tugasan dan tanggungjawab yg  mesti saya hadapi dengan tenang. Berkali-kali saya memujuk hati untuk rasa lapang dan berdoa  Allah lorongkan hati saya utk rasa redha dan membalasinya dengan pahala. Berbaloi sebenarnya, dicelah-celah rasa kesedihan kerana ruang cuti yg  masih diisi dgn tugasan, banyak ilmu yg singgah di dada saya. Mutiara perkongsian dari pensyarah dan penceramah jemputan menjadi bekalan berharga untuk meningkatkan kemampuan saya menghadapi tugas dan cabaran sebagai guru.

Sedikit informasi dari teman saya sewaktu tea break tadi  ” duit RM100 tu tak jadi, dah ditarik balik, kesian kat waris2 yg asyik dok telefon tanya kat sekolah “

Saya terdiam dlm kesayuan meresapi jauh ke dalam perasaan. Kebencian dan kemarahan semakin berganda .“semoga kerajaan yg memerintah sekarang tersungkur di pilihanraya yg akan datang, mereka zalim dan sangat jauh dari keadilan “ bentak hati kecil saya.

Tutur kerajaan dlm bentangan Belanjawan 2012 yg lalu  “Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.” Sekolah agama swasta seperti sekolah kami turut merasa gembira apabila berita sampai mengatakan peruntukan tersebut akan turut  dinikmati oleh sekolah2 agama swasta seperti sekolah kami. Para waris menyambut baik sedikit tempias keadilan yg dijanjikan  pihak kerajaan setelah sekian lama sekolah agama swasta dianaktirikan dan diabaikan kebajikan mereka. Namun ternyata segalanya  adalah gimik semata-mata . Janji kerajaan meringankan kos sara hidup dengan RM100 setiap murid sekali lagi mengenepikan sekolah agama swasta termasuk sekolah saya.

Terasa sayu hati saya apabila mengenangkan anak-anak sekolah agama dan maahad tahfiz swasta  hari ni. Ketikanya  pelajar-pelajar  sekolah rendah, menengah, sekolah tamil, sekolah cina seluruh negara mendapat RM100 seorang , tapi pelajar2 yg berjihad belajar agama,  melihat al quran, menjalani tarbiyyah islamiyyah dan mendukung cita2 perjuangan agama hanya mengigit jari menatap nasib mereka yang didiskriminasi oleh pihak pemerintah. Apakah dosanya murid-murid dari mahaad tahfiz, sekolah agama rakyat, sek pondok, sekolah agama swasta seluruh negara untuk dihukum sebegitu rupa? …adakah mereka bukan rakyat malaysia ? adakah mereka tak menyumbang apa apa2 kpd negara ? adakah mereka langsung tidak berharga utk diabaikan oleh pihak kerajaan?

Saya doakan waris dan murid2 sekolah aliran agama swasta bersabar dan semakin kuat bergantung kepada Allah. Rezeki dan kelapangan  bukan di atas tulisan tangan manusia , Allah itu maha pemberi rahmat. Bagi yang zalim dan tidak berlaku adil pada rakyatnya, Allah janjikan kamu azab yang pedih andai masih sombong dan tidak bertaubat.

Semoga ini tidak menggugat sokongan dan penglibatan kita terhadap institusi pendidikan sekolah agama dan kita terus komited utk menghasilkan generasi rabbani pewaris perjuangan Islam di masa mendatang biar apa pun cabaran yg melintang.   “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” ( Surah Al-Imran ayat 139 ).

Hari ….

12 Jun…

memulakan persekolahan pada hari ahad setelah 2 minggu bercuti. Saya tidak ceria hari ini. Ketika khusyuk di meja menyiapkan baki menyemak kertas dan key in markah murid2 saya, tiba-tiba ada yg menegur “ eh macam tak dengar suara mahani hari ni, senyap sunyi dari pagi” kak azizah seakan menyapa kebisuan saya. ” eh ye ker ?” tanya  saya pula. ” oo ni mesti sebab Kelantan kalah bolasepak malam tadi ni ” Dzilal pula bersuara. ” tak pa kak mahani, kalah ke menang ke tok guru dah bagi cuti hari ni” sambung Dzilal lagi. Saya tergelak kecil dan menyambung kerja semula. Kemudiannya ada rakan yg baru menyedari bahawa hari ini adalah harijadi saya …maka datanglah kawan2 memeluk dan ucapkan tahniah kat  ‘birhday girl’ yg sejuuk je hari  ini…hehehe lawak betol la bila ada yg mengusik saya “ cik abe tak perasan kot hari  ni birthday mahani tu yang nampak moody je ni” akhirnya saya tergelak juga. Kata hati kecil saya ini ” apa la yg hangpa cakap ni, tidaklah isu bolesepak atau isu birthday  yg menikam hangus hati saya ini…tidak sama sekali “.

Alhamdulillah ... yang tahun lepas pun masih baru lagi 😀

Saya menerima sehelai tuala dari pihak Tarbiyyah sekolah sebagai birthday present hari ini. Cantik kerana terdapat sulaman tulisan ‘happy Birthday’ berwarna warni. Saya hargai ingatan pihak tarbiyyah sekolah ini walaupun hari ini saya tidaklah happy. Ketika Kak Sal melepasi meja saya seusai solat dhuha dia berkata ” sabar itu memang susah tapi indah, kalau kembalikan semuanya pada Allah, InsyaAllah semua perkara jadi mudah dan hati kita tak rasa kalah”. Saya tersentak dan mengangguk beberapa kali . Itulah ‘magik’nya naqibah saya ini. Seringnya saya tak perlu dedahkan apa yg ada di sebalik tirai hati, sebaris dua kata darinya seperti datang menyingkap tabir  dan menumpahkan penawar utk saya agar sedar dari kealpaan dan kembali meneguhkan diri. “ kalau boleh tolong fikir2kan cadangan aktiviti untuk mukhayam guru awal bulan depan ” bisik Kak Sal kpd saya. saya angguk dan tersenyum.

kita ni, kalau birthday mesti nak ada kek...kenapa ya ?

Di rumah, rupanya suami dan anak2 tidak lupa pada ‘hari lahir’ saya ini. Sempat suami belikan sebiji kek dan sepasang kasut sebagai hadiah ulangtahun saya. Eh, agaknya dia perasan kasut yang lasak saya gunakan setiap hari ke tempat kerja itu sudah lusuh dan sudah patut berganti…..macih ….macih…macih… kebetulan saya memang perlukan sepatu hitam utk dipakai setiap hari kokurikulum nanti. Saya terlelap di sofa ketika anak2 kejutkan utk makan kek harijadi yg depa beli….” baba tak nak beli kat secret recipe, kami beli kat depan tu je ummi ”  kata Insyirah dalam nada tak puashati  ” Kedai jauh kak, baba tak larat nak pi hari dah nak  maghrib ni, lainkali la kita beli” saya pujuk insyirah.

tak pernah suami hadiahkan kasut sebelum ini. 😀

Hanah hadiahkan seutas gelang manik oren kepada saya. “ beli kat kawan sekolah” kata Hanah bila ditanya dari mana datangnya gelang itu . “ cantik, berapa harga?” tanya saya lagi “ kalau beli satu harga dua kupang, beli dua lima kupang” jawab hanah. ” hah! camtu ka?” terkejut saya mendengar ‘urusniaga’ anak saya dgn rakan sekelasnya. Adeiiih, Raihanah belikan saya barang second hand utk hadiah harijadi saya ini 😀 , Kemudiannya dia bercerita ttg bisnes barang2 terpakai oleh kawannya ini termasuk pensil, getah pemadan, key chain dan sharperner. “ kakak dia dah tak mau pakai, tu dia jual kat kami”  hmmmm, saya nak kena rujuk guru tadikanya tentang bisnes anak2 kecil ini… 😦

15 Jun

tahun depan kita buat 'grand' sikit, jemput org luar datang....kata pengetua.

Hari kantin Sekolah. Pertama kali diadakan atas usaha dan kelolaan Kelab Usahawan Sekolah. Hari rabu bukan hari yg munasabah diadakan hari kantin memandangkan khamis masih bersekolah,  tetapi diteruskan juga kerana tiada pilihan hari yg sesuai memandangkan  jadual  aktiviti sekolah padat sekali. Saya menjual nasi kerabu, tepung pelita, dan agar2. Waktu tengahari biras saya hantar tempahan nasi goreng dan bihun singapura utk dijual digerai saya……agak klasik dan tradisional menu jualan yg saya tampilkan bebanding  dgn gerai murid2 saya yg menjual kebab, rojak, nugget, sosej, benjo, roti pita, pai singapura, cup corn, ice blended dan macam2 lagi. Resepi orang tua-tua dari saya seperti solok lada,  ikan celup tepung,  ayam masak sambal dipadankan dgn nasi kerabu rupanya mendapat tempat juga di kalangan rakan guru dan murid2 yg dah biasa makan  nasi kerabu. Waktu tengahari je nasi kerabu  habis. 4 ekor ayam, 30 ekor ikan kembung dan 30 biji solok lada yg saya masak  turut  ‘licin’ dibeli pelanggan. Yang  lucunya  bila pelajar dari sekolah rendah datang membeli nasi kerabu dan lauk ayam saya tapi cuma boleh membayar seringgit saja. ” mana nak untung kalo camni”  kata nurin yg membantu di gerai saya ,” tak pa lah nurin , untung akhirat ”  nama pun budak2. maklumlah hari ni macam2 ada…. tentu banyak yg ‘terliur’ dan teringin mencuba walau duit poket mungkin tak cukup .

berbanding jual nasi kerabu...best lagi jadi cikgu 🙂

Tapak gerai diserang angin kencang pada waktu tengahari . Panik juga bila salah satu khemah jualan hampir ‘diangkat’ angin. Kami semua berusaha merendahkan tiang khemah utk kurangkan risiko bergoyang ditiup angin. Bertebangan barang2 yg ringan termasuk kerusi plastik dan bekas2 makanan. salah satu meja jualan terbalik menyebabkan segala barang jualan turut terpelanting sama. Ada plastik berisi duit jualan yg turut terbang dibawa angin. riuh rendah suasana seketika. Syukurlah ia tidak lama, angin kembali reda dan suasana kembali tenang utk kami teruskan berniaga.

waaahh tokey char kue tiaw ni untung beso semalam ya..

Dasyat juga nak buka gerai makanan ni. Persiapan tak semudah yg disangka. suami turut membantu memasak 10kg beras pada awal pagi itu sebelum ke pejabat. “makasih noo” kata saya menghargai bantuannya ” ten percent” kata suami saya pula ” alaa, nanti ummi kasi upah lebih dari ten percent laa” saya tergelak . Banyak bantuan suami hukurkan tanda sokongan la rasanya, termasuk menemani saya berbelanja di pasaraya membeli barang2 keperluan,…sadisnya modal terpaksa diambil dari poketnya juga…biasa laa,  😀

Letih meniaga ni….kata hati kecil saya. tapi seronok menimba pengalaman di luar tugas seorang guru dan di luar rutin bilik darjah. Tidaklah pasti tentang keuntungan wang ringgit yg saya terima, jangan rugi , break even tak pa, kata suami saya. Tapi pengalaman ini indah buat saya. Bermula dari susah membeli barang2, memasak, membuat persediaan dan berpenat lelah dimeja jualan, mengemas peralatan yg digunakan telah melupakan sedikit saya pada torehan luka dihati ini . Terserempak dgn murid2 sekolah rendah dan murid2 saya tadi  ada yg berjenaka dgn saya ” nasi kerabu ambojauh…solok lado..solok lada…. tepung pelita  kempen jimat elektrik…..” mengekek depa mengusik dan memerli saya. Hissh… nak kena budak2 ni laa…

terima kasih utk Aida dan kawan2 yg sempat buatkan poster iklan ini utk saya semalam..... sempoi jer ! 😀

Tiada yg sia-sia berlaku dlm kehidupan manusia, semua pengalaman yg dilalui, yg baik dan yang buruk yang pahit dan yang manis tetap ada hikmah disebaliknya, tidak mampu ditemui dan dirasai akan hikmahnya hari ini … mungkin akan mampu difahami dan dihargai pula suatu masa nanti,..itulah yg menjadi harapan hati kecil saya ini… InsyaAllah…

Sang Murabbi.

Saya tidak menjamah walau sebutir nasi hari ini. Sehingga malam ini saya belum menjamah nasi. Cuma suami dan anak2 yang makan nasi tadi manakala saya cuma mengambil roti dan susu. Ketika suami menalipon tadi petang mempelawa untuk keluar makan pada malam nanti sebagai ‘sambutan hari guru’, saya menolaknya dengan berkata ” ummi dah beli lauk kat sekolah tadi, nasi pun dah masak”. Anak2 yg mendengarnya rasa ‘frust’. Depa ni kalau bab makan kat luar memang seronok habis.

Tidaklah menjadi keutamaan bagi saya utk menyambut perayaan yang ‘bersempena-sempena’ ni. termasuklah untuk hari ibu atau hari ulangtahun , saya tidaklah jadikan ini semua acara wajib dalam keluarga. Disambut pun tak pa, tidak disambut pun tak de le nak rasa terkilan pula. Jesteru itulah utk hari guru ke, hari ibu ke, birthday ke, anniversary ke… ada ketikanya ia disambut sederhana bersama ahli keluarga dan ada kalanya ia tidak disambut langsung pula. Namun untuk anak2 jika mereka meminta sesuatu sempena birthday mereka, saya tunaikan juga jika ianya munasabah dan saya mampu pula.

Untuk sambutan hari guru hari ini, pihak sekolah tangguhkan dulu kerana murid2 sedang menghadapi peperiksaan. Pun begitu, hari ni tetap ada pelajar2 yg menghantar kek ke bilik guru . Termasuk yg turut menjamu kami dengan kek hari ini ialah pihak PIBG . Entah berapa banyak kek yg saya ‘kecapi’ hari ini  😀 dah kembang rasa pipi. Saya beranggapan trend  makan kek utk menyambut hari guru ni patut kena ubah la kot. Sekarang ni dah ramai cikgu2 yg dah berlebihan ‘lemak’ utk ditambah lagi dengan kek yang manis dan berkrim itu…cuba la ‘jamu’ guru2 dengan diet yg lebih sihat sikit. Saya mengidam rojak buah ke, lempeng ke, satay ke, atau laksa pun okey juga sebagai menggantikan kek berkrim. Apa pun, jutaan terima kasih pada anak2 murid serta PIBG yg menghantar kek kepada kami, tanda ingatan itu tetap kami hargai….

Hari Guru atau Hari Murabbi yg lebih popular di sekolah kami ini….

seronok potong kek yg dah tinggal sebelah 😀

Mengimbau ingatan saya pada sang murabbi yg begitu besar  jasanya dalam kehidupan saya. Murabbi yg pernah menjadi naqib saya dan turut pernah menjadi naqib kepada suami saya adalah antara guru yg sangat kami kasihi dan hormati. Alhamdulillah sehingga kini belum terputus hubungan kami dengannya dan kali terakhir berjumpa ialah bila beliau dan keluarga singgah menziarahi kami dlm perjalanan pulang ke Johor beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya ketika itu beliau pulang bercuti ke tanah air utk beberapa waktu sebelum kembali ke Jeddah. Saya diberitahu beliau di sana bukan semata bertugas, tapi kerana tarikan kecintaan beliau kepada ilmu dan berguru dengan guru yg mursyid, maka dengan itu beliau berhijrah.

Sebenarnya, selama tempoh saya bermastautin di Kedah ini, telah beberapa kali beliau datang ke rumah kami ataupun kami mengunjungi beliau di rumah mertuanya di Baling. Dalam ertikata lain, kami sekeluarga masih berhubungan dengan beliau, sedangkan kami telah terputus hubungan dengan kebanyakan sahabat2 yang lain. Namun yang peliknya, sekalipun beliau adalah sahabat yg kerap juga kami jumpa….., sepanjang tempoh itu saya tidak pernah bercakap dengan beliau kecuali dengan isterinya sahaja, sedang dalam majlis usrah saya dulu, saya antara yang paling banyak bertanya dan merujuk kepadanya.

Entah la, saya jadinya rasa malu dalam ketinggian rasa hormat saya padanya, apatah lagi pada penampilan dirinya, serta suasana kehidupan dan akhlaknya yg saya perhatikan, ketara tanda2 tawadhuk pd dirinya. Saya akui malu berhadapan dgn guru saya ini …. kerana berhadapan dengannya seperti rasa tersingkap hijab yg menutup keaiban, keburukan dan kelemahan yang ada pada diri saya, maka dengan itu mungkinnya saya ‘hilang kata-kata’ sekalipun terlalu banyak yang ingin saya tanya.

Saya pasti jika saya ada keberanian dan kemampuan untuk bertanya sesuatu kepadanya, dia akan mampu menjawab segala kemusykilan saya dan membantu menjernihkan saya pada apa saja yg saya kabur. . Kerana sepanjang ingatan saya ketika saya bersama teman2 yg dipimpin dlm usrahnya, menadah ilmu di dalam majlisnya seperti menadah mutiara yg bergugusan turun dari langit. Butir bicaranya mampu membasuh kekotoran jiwa, dan cerita2nya subur dengan tarikan jihad dan kegemaran kepada perjuangan. Sekiranya kami ada kesempitan di dada, jawapan2 darinya datang untuk melapangkan pula. Tidak pernah jemu dalam majlis ilmunya. Jika bertanya saya, itulah ruangan tarbiyyah yg terbaik yg sempat saya rasai, dan saya sering sebak mengingati saat itu yg telah banyak mengubah pandangan saya tentang kehidupan ini. Ruangan yang sebentar cuma, tapi sarat dengan manfaat buat hamba Allah seperti saya ini, yg inginkan kebaikan yg hakiki dlm kehidupannya. Saya masih menyimpan buku catatan yg saya gunakan ketika dlm majlis usrah dengannya.

Untuk sang murabbi ini, saya doakan keberkatan dan pertolongan Allah padanya dalam apa saja usaha baiknya. Semoga Allah membalas budinya mencurah ilmu kepada kami, dan Allah izinkan lagi kesempatan pada saya utk berguru dan mengutip manfaat dari perbendaharaan ilmunya nanti.

‘saya rasa ‘malu’…


REMBAU 18 Jan. – Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.

Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.

Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.

Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.

“Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.

“Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan,” ujarnya di sini hari ini.

Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

“Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.

“Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat,” katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.

Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.

Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai ‘hilang pertimbangan’ sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.

Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Astaghfirullah….harap ‘buruk sangka’ saya ini tidak benar belaka. Membaca berita ini dan menatap gambar yg dikepilkan saya sukar memujuk hati berbaik sangka mengatakan bahawa ‘depa tolong kutip untuk pulangkan balik’ pada tuan empunya. Sepertinya hati saya berat mengatakan mereka sedang mengambil kesempatan ‘mengutip rezeki’ dari sumber yang tak diduga…..sedihnya andai kata ini adalah wajah rakyat Malaysia yg sedang ‘berpesta’ di atas musibah dan malang yang menimpa orang lain….saya malu jika benar mereka ini sedang mengutip…errr mencuri duit2 syiling yang jatuh bertaburan dari sebuah kenderaan yg terlibat dlm kemalangan. Harap gambar ini memberi terjemahan yg berbeza dari apa yg berlegar difikiran saya…saya sedih dan malu jika yg mengutip rezeki haram itu adalah saudara muslim kita…

teringat pada satu cerita dari khutbah yg saya dengar di corong Radio pada satu jumaat. Khatib bercerita tentang satu kisah di zaman nabi bahawa seorang sahabat yg baru kematian isteri, sering tergesa-gesa pulang setelah selesai solat berjemaah tanpa sempat berdoa.Apabila di tanya oleh baginda saw, maka beliau menjawab bahawa beliau mempunyai seorang anak kecil yang ditinggalkannya di rumah dan beliau bimbang jika anaknya itu memakan buah kurma jiran yang gugur di halaman rumah mereka, kemudian makanan itu akan menjadi darah dagingnya pula. Katanya ” aku mendengar daging yang disuburkan dari benda haram tidak layak masuk syurga”.

Subhanallah…hebatnya jiwa yg begitu cermat menjaga kebersihan ‘rezeki’nya, menolak kurma orang lain yg gugur di halamannya.Semuanya kerana iman dan taqwa….apa pula nilai kita yg mengutip duit syiling org lain yg bertaburan di jalanraya yg kebetulan mereka itu sedang musibah pula?… malunya..

keh keh keh

Pelajar2 tingkatan 3 lepas PMR ni nampaknya ‘beraya’ sakan ,…cuti sekolah lambat lagi, sekarang pelajar lain tengah bertungkus lumus dengan final exam, diaorang pulak sibuk dgn program ‘main-main’ …wah seronoknya. 😀 – honeymoon ler lepas periksa …sebelum result keluar hujung tahun nanti.

“kak nora, depa tengah buat apa?” saya tanyakan pada kak nora. Sebenarnya masa tu kelas saya dgn tingkatan 3 Usman, tapi malas pula nak ke kelas apatah lagi depa banyak program ‘outdoor’…..“depa tengah bincang nak main boiling” jawab kak nora … “hah, main boiling…apa tu” saya terkejut dan terfikir apa yg nak di rebus oleh budak-budak tu…‘main bowling kut”…kak ani menyampuk sambil tergelak kecil. “ aaa ya…hehehe main bowling”..kak nora mengekek betulkan sebutannya. Saya mengekek juga….jahatnya saya.

Mengenang kisah ‘bahasa inggeris’ dgn kawan-kawan serta anak2 murid di sekolah kekadang buat saya tersenyum sendiri. Pernah kawan saya Hazani yg ghairah bercerita ttg alahan yg teruk ketika mengandung tersalah sebutannya menyebabkan kami pecah ketawa, tersedak saya dgn nasi goreng yg baru nak di telan “ zani serik sungguh mengandung, zani memang teruk morning kickness”..hehe  “ morning sickness laa zani, bukan morning kickness … hang nak tendang sapa pagi-pagi ” syikin menegur, kami terburai ketawa sehingga ada yg keluaq ayaq mata. Zani buat lawak sungguh. Pernah satu pagi dia menyapa syikin dan memuji baju yg dipakai oleh syikin…. “zani memang suka kain yg corak colouring macam ni, nampak ceria” sambil meraba-raba baju yg syikin pakai … “ org sebut coluring ke? colourful kut, bukan colouring”…syikin betulkan lagi…. hahahahaha, saya seronok gelakkan zani , lucu betul . “Amboi kak mahani, seghonok gelak kat zani noo” “ hahahaha…seghonoook “ kata saya menyakat zani…..

Kekadang memang kita tersilap, dan saya memang seghonok bertemu dgn kesilapan yg nampak ‘cute’ seperti kesilapan Zani tu. Pernah saya terserempak pelajar yg berlegar-legar di luar kelas ketika waktu pembelajaran dan cuba nak memarahi mereka “ ni pasaipa ramai-ramai kat luaq kelas ni, subjek apa ni pakat dok luaq kelas ni?” muka saya berkerut agak marah kerana merasakan mereka melakukan kesalahan disiplin. “ kami nak pi lab ni mlh, ni masa chemical” laju je yg menjawab tu “ bukan chemical laa, chemistry..” kawan depa juga yg betulkan. Muka saya yg berkerut tadi akhirnya sedikit meregang menahan kelucuan….

kerana minat barangkali, ketika musim bolasepak piala dunia baru-baru ni sebuah restoren menaikkan banner promosi satu minuman yg mengambil sempena negara yg turut serta dalam temasya sukan tersebut, ‘special Spanish juice’….. kawan saya yg kebetulan bersama saya melintasi restoren tersebut bersuara, “ooo depa jual jus bayam, nanti minum mesti kuat macam popeye la kut” saya tersenyum “ bayam tu spinash la kak, ni spanish…errr sepanyol la tu, alaa la ni kan musim demam bola kak”.… saya nak tergelak, tapi tak tergamak…setakat senyum je le…

kekadang, bila sesekali terkenang….hilang tension, tersengeh sorang-sorang.

rabu nanti saya nak temankan depa( form 3) ke taman sejati….main boiling…. hehehehe

Bahasa Arab

Semalam, seorang murid saya telah bertanya kepada saya ‘ muallimah, betolkah bahasa arab adalah bahasa syurga?” lantas saya menjawab “ betul”. Dia tersenyum dan menyambung pertanyaannya “ ada hadis ke kata bahasa Arab itu bahasa syurga ?” Saya terdiam seketika dan cuba meneka maksudnya mengajukan pertanyaan sedemikian kepada saya. “ kenapa tiba-tiba enta tanya mlh pasal bahasa arab ni?” saya sebenarnya mula tertarik pada apa yg ditanyakan pada saya. Sebetulnya  saya memang tidak ada kepastian ttg hadis khusus yg mengatakan bahasa Arab adalah bahasa syurga. “ Dr MAZA kata, tidak ada dalil sahih yg mengatakan bahasa Arab itu bahasa syurga, pemahaman ini adalah tidak benar, tapi kalau bahasa Arab itu bahasa Al-quran, itu betul “ katanya lagi. Waaah dia membawa pemahaman mantan mufti Perlis itu utk menduga pengetahuan saya, dibandingkan dgn Dr Maza, siapa lah saya yg hanya sekadar guru kapcai jika nak mempertikaikan perkara tersebut. Tapi saya bersuara juga.

“ apa untungnya mengambil usaha utk menentukan bahasa Arab itu bahasa syurga atau tidak. Saya bimbang keinginan ini membantutkan semangat atau kecenderungan kita terhadap bahasa Arab. Yang terang lagi bersuluh ialah Bahsa Arab itu bahsa pertuturan nabi kita, jika bertutur bahasa Arab kerana ingin mengamalkan bahasa pertuturan baginda saw maka di situ kita memperolehi pahala mengamalkan sunnahnya….bukankah itu jalan ke syurga? Dan b.Arab juga adalah bahasa Al-Quran yg datang dari Luh mahfuz, segala peraturan dan amalan yg ada dlm Al-quran adalah dlm b. Arab. Pemahaman kepada isi Al-quran memerlukan pemahaman bahasa Arab, Jika kita berusaha memahami bahasa Arab kerana ingin memahami Al-Quran…bukankah itu jalan ke syurga ? Jadi kalau lah benar sekali pun tidak terdapat dalil khusus menyebut b.Arab adalah bahasa syurga, tapi bukankah jelas kepada kita penguasaan bahasa Arab memberi kelebihan kepada kita meniti jalan ke syurga “? saya muntahkan pandangan spontan saya pada murid saya itu .”

“yg tu betol la mlh. Tapi pandangan atau pegangan umat islam terhadap perkara ini pun tak boleh la kita nak biarkan saja. Nanti sampai bila-bila mereka akan berpegang pada perkara yg salah bahkan tidak ada nas yg sahih pun” Dia menambah lagi. Saya rasa dapat memahami apa yg cuba disampaikan pada saya. “ enta ambik macam ni la, sebaiknya perkara yg tidak memberi keuntungan kepada hal agama kita tak payah diperbesarkan. Apatah lagi dibawa kepada masyarakat sebagai satu isu. Kita dalam kondisi yg lebih baik jika memiliki kefahaman dan kefasihan bahasa Arab, itu sudah cukup. … saya bimbang berlebihan dgn perkara sebegini akan membantut minat masyarakat terhadap b.Arab dan ini tentulah merugikan. Sekalipun jika enta dapat buktikan memang tak de nas yg  mengatakan b.Arab adalah bahasa syurga,  saya benar2 tak melihat ia berpihak pada kebaikan. Saya ni kurang arif tapi enta bolehlah tanyakan pada ustaz yg lebih pakar…” berdosakah utk membiarkan fahaman ‘ bahasa arab bahasa syurga’ terus berada dlm masyarakat Islam kita”…. jika tak berdosa, biarkan saja.

wallahhuallam…..sekadar pandangan pribadi saya.

tuuut ! zzzzz….

Orang kata malu bertanya sesat jalan, mengapa pula pengalaman saya ini makin banyak yang saya tanya makin bersimpang siur pulak jalan di hadapan.Makin dalam saya terjun ke dalam jurang, makin sukar pulak mencari jalan pulang. Lagi banyak yang saya cakap macam makin banyak pulak yang saya silap.Patutkah saya tekan butang ‘silent mode ‘ sekejap untuk mencari ruang sedikit berehat atau cuba menyepi dalam ‘tidur’ yg berbulan-bulan laksana beruang kutub ketika hibernisasinya.

Mmmm….payah juga memiliki sifat suka berjalan dan ringan mulut pula menyapa orang. Dalam ramah menegur orang dan bersembang-sembang kadang ada cuitan perasaan yg membebankan. Apakan daya tak boleh marahkan orang kerana diri sendiri yg mungkin ada kekurangan atau tak cukup pengalaman. Maka perbualan dan sembang-sembang kemudiannya akan boleh mengundang salah faham dan prasangka yg meletihkan.

Ketika berada di kelas Tingkatan 2 AbdulRahman saya membelek majalah solusi lama yg sempat saya sambar dari timbunan koleksi majalah yg saya miliki tatkala keluar dari rumah pagi tadi. Cuba melawan rasa mengantuk dek menunggu pelajar2 menjawab ujian prestasi mereka, saya ratah isi majalah itu satu persatu ….. hmm banyak juga hasil pandangan dan barisan artikel yg mampu memimpin hati yg sempat saya tatapi tadi , sehinggalah saya terpaku sebentar pada cebisan tulisan Abu saif yang seakan sedikit mengolah perasaan saya saat ini.

Allah memberikan manusia kelebihan untuk kita berperanan. Allah memberikan manusia kelemahan untuk mencari pertolonganNya.

Manusia tidak mampu untuk kenyang sentiasa. Sampai masa akan terasa lapar dan mendesaknya mencari makanan jua. Makanan membantunya mengatasi kelemahan lapar.

Manusia tidak mampu untuk sentiasa segar. Akan ada masanya dia akan letih dan mengantuk pula. tanpa perlu diajar, letih dan mengantuk itu akan mendorong manusia mencari kerehatan. Berehat membolehkan manusia memulihkan kekuatannya.

Itu kelemahan fizikal manusia, yang  tanpa perlu diajar  kelemahan akan merangsang dan memandu manusia kpd sumber kekuatan utk mengatasinya. Kelemahan yg muncul dlm bentuk kelaparan, mendesak manusia mencari kekuatan melalui makan. Kelemahan yg muncul dlm bentuk letih dan mengantuk mendesak manusia mencari kekuatan melalui kerehatan dan tidur.

Kelemahan dan batasan manusia bukan hanya pada fisiologi dirinya semata, bahkan yg turut digugat kelemahan itu ialah jiwa, emosi dan juga rohani. Tika kelemahan dalaman ini betul-betul terasa membelit perasaan, jiwa pasti merintih utk mencari kekuatan ” اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ,صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ Ya Allah, Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Manusia akan hanya berhajat pada tuhan bila ada pengiktirafan terhadap kelemahan diri. Kelemahan akan mendorong manusia mencari sumber yg boleh memberinya kekuatan . Mungkin saat ini saya terasa begitu lemah dan letih, serta terfikirkan untuk istirehat seketika mencari sesuatu yg boleh memperkuatkan saya semula.Tak pasti istirehat seketika itu adakah ikhtiar terbaik saya, cuma saya terasa benar nak berehat barang sebulan dua.

Tuuutt….butang off mode telah saya tekan untuk blog ini.Harap penziarah maklumi.

.

sodapnya tido....rapat-rapat camni pulak...

sodapnya tido....rapat-rapat camni pulak...

mengertilah..

Kawal dorongan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokai realiti dengan bertemankan khayalan tentang cita-cita yg indah.

Memang  indah barisan kata-kata yg saya jumpa ini. Mengandungi makna yg besar dan pengertian yg sungguh istimewa. Walaupun tiadalah perkaitan secara langsung dgn entri kali ini, saya telah quotekan di sini kerana tercuit oleh maksud yg terkandung didalamnya. Tak tau la pula jika ada yg memahaminya dari sudut yg berbeza dgn saya dan tak terasa apa-apa pun 😀 😀

Semalam di kelas Sejarah Tingkatan 5 Ali Bin Abi Talib, sekali lagi saya muntahkan ‘rasa terkilan ‘ saya pada anak2 murid. Pelajar lambat masuk ke kelas saya sedangkan loceng tamat masa rehat berbunyi sudah lebih 10 minit yg lalu. Ada yang masih mengunyah makanan ketika saya ingin mulakan pelajaran. Ada yg masih bersembang, berjalan berlenggang  ke kelas dan ada yg masuk je kelas terus meminta izin utk ke tandas. Macam-macam ragam dan kelakuan yg nak test kesabaran. Bukan kali pertama tentunya, malah sejak mulanya saya menjadi ‘muallimah’ di sini lebih 10 tahun yg lalu, inilah antara ‘rutin’ yg sering saya hadapi bahkan dialami oleh guru-guru lain juga barangkali.

tidur dalam kelas ??

Saya ingatkan mereka  bahawa itu akhlak dan adab yg tidak baik  terhadap guru. Ia boleh meragut keberkatan anda dalam menuntut ilmu dan tidaklah memberi sumbangan yg baik jika anda benar-benar berhasrat membina kepribadian soleh di sini..mesti sentiasa serius dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Namun tidaklah bermaksud mengenepikan langsung gurauan yg benar dan mengukir senyuman  serta ketawa. Saya tekankan bahawa antum  mesti memiliki sifat ‘malu’ dan sensitif, amat peka dlm menerima perkara yg baik dan menyaring perkara yg tidak baik. Sesungguhnya generasi yg sedang berjuang di medan ilmu, mereka pula bercita-cita  ke arah kebangkitan semula  kegemilangan islam serta mahu pula membina masa depan islam yg cemerlang adalah generasi  yg terbangun pada jiwanya rasa izzah dgn kemurnian akhlak  dan sahsiah yg ada dlm ajaran islam. Seterusnya mereka saling membantu utk menzahirkan akhlak Islam yg indah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dalam memujuk perasaan utk tenang dan bersabar dgn karenah mereka, rupanya agak panjang lebar juga saya ‘sound’ anak-anak murid di kelas …

Ahhhh…itu adalah kesalahan yg sangat kecil di kelas. Sebenarnya pelbagai macam kesalahan dan perlanggaran disiplin lagi yg saban hari berlaku di sekolah.Tidak pernah jemu kami mengingatkan dan memberi teguran sekalipun ada sesetengah situasi tertentu , ia seperti curahan air ke daun keladi.

Bukan mudah memahami anak-anak pelajar kita. Begitu pula tidak mudah membawa mereka memahami, menghayati dan meresapi apa yg menjadi pengharapan kami guru-guru terhadap mereka. Seringkali teguran diterima sebagai leteran. Peringatan dirasakan merimaskan dan penguatkuasaan peraturan dianggap penghalang kepada kebebasan serta menekan perasaan. Lalu sebesar mana pun keinginan guru-guru untuk memberi bimbingan dan tarbiyyah, namun jika jiwa pelajar sendiri tidak ada kesediaan , kesanggupan dan dorongan dalaman untuk ditarbiyyah, maka usaha ini akan menjadi sangat-sangat sukar.

wahai anak-anak didik kesayanganku, guru-gurumu tidak mungkin jemu utk mengingatkanmu selalu, dan tidak akan mampu utk membiarkanmu berterusan dalam kelalaianmu, sekalipun engkau sepertinya sudah ‘tepu’ utk mendengar mutiara nasihat dari guru-gurumu.

Saluti dirimu dgn akhlak yg tinggi dan hargai kesempatan ‘masamu’ di medan ilmu ini…kami disini, utk mengasihimu sepenuh hati dan berusaha memimpinmu bersama menuju  redhanya Ilahi…..bagaimana lagi kami mampu utk membuatkan antum mengerti…

Ikhlas

Persekolahan telah masuk minggu kedua dan masa terus berjalan tanpa henti. Saya jalani rutin sehari-hari dengan harapan Allah sentiasa membantu dan memimpin saya menjadi hamba yg diredhai. Dalam kesibukan dan keletihan menjalani urusan harian ini, saat utk merehatkan badan dan melelapkan mata paling buat saya gembira dan lega…. Alhamdulillah. Tapi liat pula mata nak dipujuk supaya lena … 😀

Tadi setelah menyelesaikan segala tugasan di rumah , saya mencapai sebuah buku tulisan Qaradhawi yang bacaannya telah saya tangguhkan beberapa kali dan berlarutan pula sehingga beberapa hari. … aduhai, sukarnya menghabiskan satu buku untuk satu hari, saya punya banyak buku untuk dinikmati  tapi sayangnya saya tidak berapa bijaksana menguruskan waktu untuk buku-buku itu saya habisi. Kadang terpaksa tunggu semua ahli rumah tidur dan suasana sunyi sepi, baru boleh menikmati mana2 bahan bacaan sebagai pengulit mimpi saya nanti…. :D..ngeh heh…

beberapa cebisan tulisan yg mencuit rasa keinsafan pada saya ini. ‘ Ikhlas Kepada Allah Dan Membersihkan Diri Dari Hawa Nafsu’.

Ikhlas,….

kepada sahabat, saya pernah menukilkan keinsafan saya bahawa ikhlas itu, sesiapa pun tidak berupaya menilai keikhlasan sendiri kerana keihklasan itu tumbuh jauh di dalam hati manusia , sulit tidak mampu diintai oleh sesiapa, bahkan tuan empunya diri kadang tidak mampu mengenalpasti akan kehadirannya.

Ikhlas boleh tumbuh bila-bila masa saja namun boleh musnah pula dlm sekelip mata. Hanya Allah yg menilai keikhlasan kita, atau makna lain, keikhlasan sebenarnya memanglah boleh diusahakan, tapi bagi mencapai maksudnya yg sempurna adalah bergantung kepada sejauh mana ‘keterikatan’ dgn Allah itu berjaya dibina.

Adapun hawa nafsu,

Gejolaknya sungguh merbahaya dan menggigit hati sesiapa saja yg mengekangnya. Jiwa yg bersih dan sentiasa diasak dgn rasa takut pada tuhannya , akan terdidik untuk tega merasa sakit dan terseksa menahan hawa nafsu. Kerana dihujung rasa sakit itu ada keselamatan, kesejahteraan dan redha Allah yg menjadi ganjaran dan penawar kepada kesakitan itu.

Makanya, ikhlas sering datang bila hawa nafsu dapat dihadang dgn benteng taqwa dan iman.

Kadang-kadang kita tertanya sendiri, sebanyak manakah usaha dan amalan kita yang telah direkod atau dicop sebagai ‘diterima’ di sisi Ilahi. Sebanyak mana sebenarnya amalan kita yg bernilai pahala dan menanggung title  ‘ikhlas kerana Allah semata’. Takut kita nak mencongaknya…bimbang amalan kita melata tapi satupun tiada ganjaran pahala atau Allah suka…na’uzubillah.

Qaradhawi telah menulis begini,

tarbiyyah Islamiah melalui Al-quran mahupun sunnah nabawi mengambil berat pembentukan manusia mukmin yg menjadikan matlamat hidupnya ialah untuk mencari keredhaan pencipta bukan pujian makhluk, kebahagiaan akhirat bukan manfaat dunia dan mengutamakan apa yg ada di sisi Allah lebih dari apa yg dimiliki manusia.

“ apa yg ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal ( an Nahl :96)

Tarbiyyah ini juga memberi amaran agar berwaspada terhadap manusia yg menjadikan dunia sebesar-besar kemahuannya dan setinggi-tinggi tahap pencapaian ilmunya. Dengan ini dia beramal inginkan kemegahan dan kemasyuran, atau kerana kepentingan diri, atau kerana assobiyyah yg nyata mahupun tersembunyi.

Lantaran itu, diriwayatkan dalam hadis secara sahih: orang yang mula-mula dibakar di dalam neraka pada hari kiamat ialah golongan yang riya’ dan berdusta kpd Allah. Mereka bergaya kpd manusia bahawa mereka bekerja untuk Allah taala sedang mereka hanya beramal untuk diri dan nafsu syahwat mereka. Meskipun mereka-mereka itu terdiri daripada orang alim yang mengajar, maupun pemberi sedekah yang menyumbang atau mujahid yang berperang !

Untuk itu, hadis Rasulullah saw mengangkat kedudukan ‘tentera-tentera’ yg tidak dikenali. Mereka meleburkan keinginan hati dan mengorbankan usia mereka yang paling berharga demi membantu agama Allah dan taat kpd tuhan mereka, tanpa mendapat liputan massa atau ditunjuk dengan ibu jari ( yakni mendapat penghormatan).

Al-Hakim dan selainnya meriwayatkan daripada Zaid Bin Aslam, daripada bapanya : Umar r.a telah pergi ke masjid dan mendapati Mu’az berada di sisi kubur Rasulullah saw sambil menangis. Beliau bertanya, “apakah yg menyebabkan kamu menangis ?” Muaz menjawab, “sebuah hadis yg aku dengar daripada Rasulullah saw, baginda bersabda : sedikit daripada riya’ adalah syirik. Sesiapa yg memusuhi wali-wali Allah, dia telah mencabar Allah untuk berperang. Sesungguhnya Allah mengasihi org2 yg berbuat kebajikan lagi bertaqwa dan tersembunyi. Mereka ialah orang yg apabila tidak hadir tidak terasa kehilangan mereka. Sekiranya mereka hadir mereka tidak dikenali. Hati mereka umpama lampu-lampu petunjuk. Mereka terselamat daripada semua problem rumit penuh kegelapan.

Muslim sejati ialah mereka yg menjadi hamba kepada Allah bukan hamba kepada dirinya. Di mana saja dia diletak, dia beramal. Ke mana saja dia diarah, dia tujui. Dia melakukannya sama ada berada di hadapan mahupun belakang, menjadi pemimpin ataupun tentera bawahan, tanpa mengidam-idamkan pangkat ataupun dunia.

Rasulullah saw bersabda maksudnya,

Binasalah hamba dinar(duit emas). Binasalah hamba dirham (duit perak). Binasalah hamba pakaian berbelang. Sekiranya dia diberi perkara itu, dia redha. Sekiranya dia tidak diberi, dia marah. Binasa dan berterusanlah dia dirundung malang. Apabila dia terkena duri, dia tidak dapat mengeluarkannya. Beruntunglah hamba Allah yg memegang tali kekang kudanya di jalan Allah. Kepalanya kusut masai dan kakinya berdebu. Sekiranya dia ditugaskan sebagai pengawal, dia bertugas sebagai pengawal. Sekiranya dia ditempatkan di bahagian belakang (pasukan tentera) dia berada di bahagian tersebut.

Semoga Allah meredhai Khalid Al Walid, ‘pedang Allah yang terhunus’. Ketika dia bertugas sebagai panglima, Allah memenangkan Islam dengannya. Allah telah mengurniakan kebaikan (kemenangan) yg banyak di tangannya. Apabila Abu Ubaidah dilantik menjadi panglima menggantikannya, Khalid berperanan sebagai sebaik-baik penasihat dan ahli syura kepadanya. Inilah sikap mukmin yg sebenarnya. .

Sabda Baginda Rasulullah saw :

Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah  mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar “SANG BERANI”

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : “Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran”

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar “QARI”

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : “Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu”

Dijawab semula : “Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar “DERWAMAN”

maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim).

Astaghfirullah….semoga istigfar sentiasa basah di bibir kita dan kita beroleh pengampunan Allah di atas kegagalan kita membajai rasa ikhlas dijiwa.

Semoga Allah juga membantu kita mencapai ‘ihklas’ dalam amalan kita dan kekuatan utk melawan nafsu yg merosakkan rasa ikhlas yg cuba dibaja dan dijaga.

« Older entries