mukhayyam tingkatan 3

Program mukhayyam untuk pelajar tingkatan 3. Kami adakan pada hujung minggu lepas iaitu pada 29 – 31 Okt yg lalu. kami bertolak ke Tasik Pahlawan Resort,Jitra selepas solat jumaat dan tiba di sana selepas waktu asar. Selepas solat asar , mereka ama-sama mendirikan khemah dan mula memasak untuk makan malam.

tapak perkhemahan banat

belajar masak guna kayu api

Malam pertama, kami disajikan pengisian ceramah oleh Ustaz Abu Bakar dari Maahad Tarbiyyah Islamiyyah Derang dgn isi ceramah bertajuk ” Remaja Hari Ini Pemimpin Masa Depan” .Pelajar kelihatan masih bertenaga dan bersemangat biarpun ada kerisauan di wajah mereka. Sepanjang petang dan malam itu, suasana bergerimis dan sekali sekala kedengaran guruh menandakan hujan mungkin mencurah lebat nanti. Mereka diminta mengadakan giliran hirasah secara berkumpulan dan bangun qiamullail pada jam 4.30 pagi nanti. Saya lebih risaukan banat kerana mereka cuma menggunakan khemah iglu berbanding banin yg ditempatkan di khemah canopy yg dipasang siap oleh pihak resort. Hal ini kerana kami menginginkan tapak perkhemahan banat berdekatan dengan tempat penginapan Muallimah. namun keyakinan saya, kita dalam suasanan tarbiyyah, Allah pasti membantu memudahkan urusan kita.

mendengar tazkirah selepas bacaan matsurat

khusyuk mendengar pengisian selepas isyak

ceramah oleh ustaz Sharulnizam

Pada pagi hari yg kedua, selepas menyediakan dan menikmati sarapan, mereka mengikuti ceramah oleh Ustaz Nizam pula. Slot ustaz nizam ini menyentuh tentang kepentingan dakwah serta pembentukan pribadi dan masyarakat yg cintakan islam…dan ia sebenarnya membawa hasrat tersirat agar pelajar meneruskan kesetiaan mereka utk berada di sekolah ini selepas tamat tingkatan 3. Ini penting bagi penerusan usaha tarbiyyah di sekolah dan kesinambungan kepada hasrat pembentukan da’ie serta individu qudwah sebelum mereka terjun ke tengah masyarakat samada ketika di IPT atau ketika bekerja nanti.

dalam mukhayyam ini juga, selain dari pengisian ruhiyyah, mereka juga di beri peluang melakukan aktiviti fizikal seperti berkayak, berakit, abseiling dan larian berhalangan. Sepatutnya mereka juga diberi peluang untuk river crossing tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Aktiviti dilakukan berasingan antara pelajar banin dan banat, selalunya banin yg akan mulakan mana-mana aktiviti dan setelah selesai mereka akan beredar utk banat pula mengambil tempat. Hujan sesekali turun dan lebat sepanjang kami beraktiviti, dan ketika hujan agak reda atau matahari sedikt menumpahkan cahaya, kami lakukan aktiviti abseiling dan larian berhalangan. Saya sudah nampak mereka mula kepenatan dan sudah ada seorang dua pelajar banat yg menarik diri dari meneruskan aktiviti kerana tidak sihat.

bersedia utk berkayak dan berakit


mengenakan jaket keselamatan masing2


alahai...terkuak-kuak macam itik...seronok la tu


mula berakit....masa ni boleh tengok team work depa camana..

hujan turun lebat ketika kami di tengah tasik..


tahniah utk banat...bertenaga!

Saya, kak Ani dan Insyirah turut berkayak. Saya dah biasa berkayak dan berakit dalam program2 mukhayyam yg saya sertai…cumanya saya ni tak pandai berenang….keyakinan utk berkayak tu pun kerana dapat ‘percayakan’ keselamatan diri pada jaket keselamatan yg dipakai. Andai tak de jaket tu.,..hisshh…tak de nya saya nak berkayuh kat tengah tasik tu. Tu yang saya teringin sangat nak belajar berenang. Biarpun kampung saya terletak berdekatan dengan sungai kelantan,tapi saya tak berenang.Dulu berenang sambil peluk buah kelapa tua….tak de kelapa tua tenggelamlah juga hehehe…harap suatu hari nanti saya bisa berenang

saya dan syirah pun tak nak lepaskan peluang berkayak


Alhamdulillah….cuma seorang dua saja pelajar banat yg tak sanggup nak buat abseiling. Yang lain kelihatan berani bahkan merayu nak mencuba utk kali kedua. Saya beberapa kali pernah mencuba flying fox, tapi tetap rasa gayat bila nak buat abseiling……ishh nak pitam rasanya. Mungkin flying fox cara turunnya menghadap ke depanmanakala abseiling terpaksa turun cara membelakang…..tu yg saya hilang keyakinan …hahahahaha… ALASAN!

mendengar taklimat untuk aktiviti abseiling


membantu mengenakan alatan keselamatan


membina keberanian, keyakinan dan keupayaan fizikal


saya hampir mencuba..tapi gayat, at last...insyirah yg tunaikan hasrat umminya...:D

ujian masa utk larian berhalangan


alaa..yang ni muallimah pun boleh buat...hehehe


uurghhh...yang ni saya serenderrr...


menyulur bawah dawai di atas hamparan lumpur...kuang3x


alahai syirah....yg ni pun kakak nak cuba ?....bersemangat betol..


Malam kedua ada persembahan dari kumpulan pelajar. Serba sederhana tapi tetap menghiburkan. Mereka masih kreatif dan sporting sekalipun tanpa latihan. lakonan spontan tapi tetap ada mesej yg hendak disampaikan. Saya sukakan semangat mereka ini dan saya harapkan ia berkekalan sampai bila-bila

namun pada hari ketiga, sudah ada yg mula ‘tidak manis muka’. Mungkin keletihan dan diuji dgn hujan yg mencurah maka mereka rasa tertekan. Ada beberapa aktiviti lagi yg masih bersisa yg perlu dihabisi. Seusai bacaan matsurat selepas subuh, saya cuba memberi semangat kepada mereka. ” wahai anak2 banat yg muallimah kasihi sekalian, antum sangat muallimah kasihi dan cintai kerana Allah. Mlh tahu antum letih dan banyak kesusahan, tapi memang inilah tujuan kedatangan kita ke sini… datang untuk merasa letih dan susah. Kerana ingin memperkuatkan iman kita dan menyediakan diri sebagai org yg berjuang utk agama Allah, maka kita telah memilih untuk merasa susah. Kita bukan makan angin dan datang bersantai di sini….kita datang mengisi agenda tarbiyyah. Jadi hati serta perasaan kita hendaklah bersungguh-sungguh memikul keinginan ini. Jika tidak, kita akan mudah diputus asakan dengan sedikit kesusahan. Jika tentera muhammad al fatih yg siang harinya mananggung keletihan diasak perang dlm cita-cita mereka menakluki contantinople, tapi mereka itu masih gigih bertahajud diwaktu malam merayu kekuatan dari Allah. Oleh itu, jika kita ini merasa letih kerana kurangnya tidur, atau banyaknya aktiviti, atau tidak cukup kerehatan…maka apa pula dengan orang2 terdahulu yg telah pun membuktikan kepada kita bahawa tahajud dan banyak bekerja lah yg telah memberi mereka kekuatan yg hakiki. Jadi bergantung lah pada Allah untuk kekuatan…berdoa dan mintalah tenaga serta kekuatan dari Allah. yakinlah, jika kita dalam tarbiyyah..Allah pasti membantu dan tidak memudaratkan kita.

kemudiannya, kak faizah juga turut bangun memotivasikan mereka. beliau yg kebetulan baru pulang dari US berkongsi pengalaman berada di perut pesawat ketika melintasi lautan pasifik…hanya Allah tempat pergantungan.

lakonan....pengebom berani mati palestin yg ditahan zionis


Ustaz Azli, juri pertandingan masak....seronok nampaknya ya... 😀

kami bertolak pulang selepas zohor pada hariahad…dalam hujan lebat. Saya diberitahu tentang berita kemenangan skuad Red Warriors menentang N9 malam tadinya…..kembang hati….namun sedikit bimbang kalo2 penyokong kelantan buat hal lagi dalam meraikan kemenangan mereka. namun kata kawan saya ” alaa….dah menang tak naik sheh la…kalo kalah yg nak huru hara tu”… hehehe…

sepanjang perjalanan…ramai yg tertidur….syukur, semuanya lancar dan selamat.

Muqayyam f4 & f5 Empangan Beris

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

kenangan mukhayyam di Empangan Beris

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

perjalanan bermula pada jam 4.30 pagi

muallimah masih ceria sekalipun ngantok semuanya..

Empangan Beris, gambar yg sempat saya shoot dari bas..

sebaik je sampai, sibuk mengangkat bagasi masing2

masih ceria....maklumlah masih bertenaga..

semua peserta diminta bersedia...kata jurulatih... 😀

aktiviti pertama....main tali hehehe..

mari bermain tali...

asyik sekali menghafal surah Al fath :19

masing2 asyik menghafal surah Al Fath:29

mendirikan khemah

menyusun dan melabelkan 25 jenis daun yg ditemui dikws sekitaran

presentation hasil kerja setiap kumpulan

muqayyam...mmm...makan ayam !!...

muqayyam...mmmm...makan ayam !!....ngeh ngeh...

ikan kering masak pekdungyuk.....tempek kat tudung puyuk...kih kih..

subhanallah cantiknya ....

fullamak nampak pronya gambo ni....sapa le yg snap ni :D:D:D

selepas solat subuh, dalam perjalanan ke puncak Beris

mukhayyam dan maulid nabi

mengujakan…

Nampaknya tahun ini kami mukhayyam lebih awal  berbanding tahun-tahun sebelumnya. Okey la jugak kerana pertengahan tahun atau hujung tahun nanti mungkin kami lebih sibuk. Cuma yang suspennya bila  ‘lokasi mukhayyam’ kali ini masih dirahsiakan hingga ke saat ini…..berkali-kali saya tanyakan pada ustazah Salma naqibah saya tu, tapi beliau hanya senyum dan berkata ….RAHSIA….ngeh3x. Saya tak kisah berkhemah di mana-mana sekalipun, tapi jangan Gunung Jerai udah ler…. tak sukerr dan tak serasi pula  😀 😀

Yang agak melegakan ialah mukhayyam kali ini diadakan pada hari cuti umum iaitu ketika cuti bersempena maulidul rasul. Bukan apa, bila program kami jatuh pada hari cuti  umum, urusan  ‘nak tinggal anak-anak’  jadi lebih mudah . Saya tak pasti cik abe saya nanti ada program atau tidak on that day , tapi setakat ni dia kata “InsyaAllah’….. yesSS…harap-harap laluan saya utk ke sana mudah dan cerah 😀

maknanya akan bermukhayyamlah kami pada cuti sempena maulid nabi kali ini. Tak dapatlah nak tengok lintas langsung siaran perarakan maulidur rasul kat tv nanti …isshhh..

hmmm, bercakap pasal perarakan maulid nabi ni saya bersetuju sangatlah dgn pandangan TGNA dlm isu ni bahawa  ‘tiada fadhilat’  berarak beramai-ramai sambil membawa sepanduk dalam menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah saw.

Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun di negara ini, tidak mempunyai fadhilat seperti fadhilat di bulan ramadhan. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan isu pembatalan perarakan sempena maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Sudah menjadi tabiat kepada TGNA apabila selalu mengeluarkan kenyataan yang menjadi perhatian ulama dan umat Islam di negara ini. Kadangkala kenyataannya menimbulkan pelbagai tanggapan negatif selain ada juga yang merasakan agar kenyataan TGNA ini dapat diperjelaskan kepada umat Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika mengulas kenyataan itu, menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang dilakukan di negara ini boleh mengeratkan tali silaturahim di kalangan umat Islam. Ia membawa banyak fadhilat kepada ummah selain menanamkan rasa kecintaan kepada nabi Muhammmad saw.

Tidak pernah ada pun saranan dari Nabi saw  maupun dari kalangan sahabat2 baginda sendiri agar muslimin berarak beramai-ramai setiapkali tibanya tarikh kelahiran baginda saw itu. Saya ada membaca bahawa merayakan Maulidur Rasul tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, begitu juga halnya para sahabat yang mulia, para tabi’in, para tabi’it tabi’in. Mereka tidak pernah ada perayaan khusus untuk menyambut hari keputeraan junjungan besar SAW. Kegiatan berbentuk perayaan ini muncul di masa berikutnya, iaitu ketika waktu Fathimiyyin di Mesir yang sangat jauh masanya dari zaman Rasulullah.

Pada saya, banyak lagi cara nak ekspres rasa kasih dan sayang pada Rasulullah saw selain dari berarak beramai-ramai sambil mengangkat sepanduk dan berselawat. Rasulullah tentu tak minta kita berarak utk tunjukkan kita cinta pada  baginda. sebaliknya segala ajaran islam yg telah baginda tinggalkan untuk kita adakah betol-betol dilaksana ? Kerajaan 1 Malaysia tajaan Datuk Najib bukan main hangin lagi bila ada cadangan untuk tak de perarakan semasa maulid nabi. Hamboii janganlah nak tunjuk betapa kuatnya Islam kita ini dengan hanya berselawat penuh semangat dan berarak masa maulidur Rasul saja,  sedangkan ajaran Islam yg sudah jelas dan langsung tak de khilaf tak sungguh2 pun kita nak laksana. Hatta Isteri sendiri nak disuruh tutup jambul dan pakai tudung menutup aurat pun macam tak mampu, konsert maksiat, program lagha, pusat judi, night club, penajaan program-program yg meruntuhkan moral bermaharaja lela di sana sini tak sungguh2 pun nak benteras, tetapi datang je musim maulud nabi beriya pula nak berarak..….macam ni ke sayang nabi ?

Program berarak tu apa baiknya ? silaturrahim mana yg dapat dieratkan kalau terpaksa abiskan duit ribu-ribu utk buat persiapan ? dari tempahan baju yg seragam, buat spanduk, taja jamuan , lepas tu berkumpul laki perempuan berjalan beriringan. Dek kerana kepenatan sampai ada yg pengsan kepanasan. Wanita bersolek mulut merah menyala…yg keluar berarak tu entah solat ke idaknya…macam ni cara tunjuk sayang kat nabi ???

Saya minta kita jujur dlm melahirkan kasih sayang pada baginda. Memang tidak salah kalau nak berselawat dan lahirkan perasaan memuliakan baginda, bahkan itu memang dialu-alukan , tapi mengapa memilih berarak dgn pakaian seragam beranika warna yg sudah pasti menelan belanja, bercampur lelaki dan perempuan dalam suasana ria gelak tawa , malah bersolek pula perempuan utk cantik dipandang orang, mengenakan tudung sebagai syarat berarak tapi selepas tu selamba bukak,  program rehearsal pula bukan main sakan….wah inikah tanda sayang pada baginda saw ?

saya tekankan ttg sikap sesetengah muslim dikalangan kita yg berangin sangat nak berarak masa maulid nabi, tapi dalam kehidupan seharian tak teringin pun nak beramal dgn islam yg dibawa oleh nabi. Mana yg lebih utama berarak masa maulid atau beramal dgn hukum2 Islam?  lebih-lebih lagi yg bersifat qata’i. Kerajaan pimpinan Datuk Najib nak taja sangat program berarak, baik minta PM kita taja dulu isteri beliau utk tutup aurat. Ini lebih dinanti-nantikan dan diharapkan oleh rakyat. Iman itu bukan dinilai dimulut sahaja, tapi benarkanlah ia dgn kata-kata. Tunjukkanlah ingatan kita yg sempurna pada baginda dgn beramal dgn ajaran Islam yg benar, bukannya beramai-ramai berarak tapi tak bernilai ‘kebajikan’ pun di sisi syarak.

Pada saya , banyak lagi cara utk memuliakan baginda di hari ulangtahun kelahiran baginda berbanding berselawat secara berarak  lepas tu terselit juga ’secalit maksiat dan pembaziran’ dlm program tersebut. Anda ingat Rasulullah saw ‘gembira’ ??? makanya pada saya ,  tindakan kerajaan Pas Kelantan tidak mengadakan perarakan maulidur rasul itu saya sokong sangat-sangat.

cumanya, saya harap bukan isu sambutan maulidur rasul saja tok guru kita tunjuk sikap yg cermat. Isu ucapan selamat utk deepavali, Thaipusam atau ucap selamat hari natal terhadap non muslim juga lebih patut dizahirkan sikap yg lebih warak dan tepat. Sekalipun ia mengundang juga keberagaman pendapat, tapi sebagai pimpinan , pilihlah tindakan yg paling selamat dan lebih mendekati syarak. Dada kita tak rasa sesak dan aqidah pun akan lebih mantap..

mukhayyam

Remaja adalah aset terbesar untuk kesinambungan kerja-kerja dakwah. Usia remaja adalah usia paling ideal untuk diberi pendedahan dan pengisian ke arah pembinaan diri sebagai seorang da’ie.

Tidak dinafikan kualiti umat Islam berada di tahap yang sungguh rendah pada hari ini. Apatah lagi golongan remajanya lebih banyak yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial serta keruntuhan akhlak. Usia remaja telah dilaburkan untuk perkara yang sia-sia dan lagha. Alangkah ruginya Islam nanti jika golongan muda belia tidak ada cita-cita untuk menggalas bebanan dakwah dan meneruskan usaha menyampaikan risalah nabi saw.

Remaja harus diingatkan tentang amanah yang terpikul di bahu mereka. Remaja muslim mesti disedarkan tentang masa depan Islam yang berada di tangan mereka. Jesteru itu remaja haruslah dibentuk supaya berkemampuan untuk bangun berperanan pada penjuru masing-masing demi mendaulatkan kalimah Islam yang suci ini.

Maka persediaan harus dimulakan dari sekarang. Perkara asas adalah mereka ini harus dilatih untuk menghidupkan amalan-amalan soleh dalam diri, dgn harapan ia dapat menjadi benteng ampuh dalam menghadapi serangan musuh berupa budaya2 sesat dan hawa nafsu yang jahat.

Remaja kita mestilah berilmu dan memiliki jati diri muslim yang tinggi. Ilmu adalah asas bagi segala kebaikan. Jadi segala ilmu yang baik dan memberi manfaat hendaklah direbut bagi memantapkan kedua-dua elemen yg ada pada seorang insan iaitu rohani dan jasmani.

Satu program mukhayyam pelajar banat tingkatan tiga telah diadakan pada 25 – 27 Jun yang lepas. Seramai 25 orang banat telah tidak menguzurkan diri dan mengikuti program yang dianjurkan oleh lajnah tarbiyyah ini. Program telah diadakan di Rekreasi Arus Deras Sg.Sedim, Kulim. Rombongan ke Sg Sedim telah diiringi oleh 3 orang naqibah, seorang bekas pelajar yang bertindak sebagai fasilitator dan seorang kakitangan kantin sekolah. Kami bertolak pada hari Khamis (25 Jun) jam 3.30 petang dan selamat sampai pada jam 5.30 petang.

Mukhayyam adalah program wajib bagi semua pelajar dan diadakan berasingan mengikut tahap pelajar. Dalam mukhaiyyam tempohari, beberapa aktiviti telah dilaksanakan bagi memenuhi objektif program iaitu membina keyakinan dan jati diri pelajar, meningkatkan kecergasan fizikal serta memperkuatkan rohani dan memberikan latihan utk meningkatkan amal jama’ie.

Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar dan kami dapat menyempurnakan aktiviti2 yang telah dirancang. Semoga sedikit usaha yang dilakukan ini dapat memberi dorongan serta keazaman kepada pelajar2 banat ting 3 dalam membina kepribadian diri dan mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memperjuangkan agama ini.