
Dah beli kurma utk bersahur dan berbuka semasa ramadhan?? . Ling..ling...besar tak kurma iniii.... 😛
Andai esok bermula puasa, jangan lupa malam ni terawih yang pertama. Biasanya saya sekeluarga memilih masjid Al Barokah, Tikam Batu yg terletak lebih kurang 1 km dari rumah saya. Sesekali saya berterawih juga di masjid depan rumah saya ini, tapi rasanya Masjid Barokah lebih memberi ketenangan, mungkin kerana suasana yg lebih suram di ruang solat wanita dan terawih diimamkan oleh dua imam tahfiz jemputan dari selatan Thailand. Saya menitis airmata dlm satu majlis perpisahan dgn imam2 itu pada akhir ramadhan lalu , mungkin Allah menghadirkan rasa sayang saya pada kedua2 adik muda yg megimamkan solat terawih kami semua. Mereka menempuh perjalanan jauh meninggalkan keluarga utk berterawih bersama kita. Semoga Allah memberkati jasa dan usaha mereka, datang berterawih bersama kami kerana mencari rezeki utk menyambung pelajaran selepas ramadhan nanti.

masjid Al Barakah, Tikam Batu
Sudah beberapa hari saya berkaca mata hitam, sekalipun ketika di dalam rumah sendiri. Bukan saja nak bergaya walaupun anak2 mengusik saya ” ummi nampak lawa” dalam kacamata gelap milik baba depa, saya terpaksa berspek hitam kerana nak mengurangkan keletihan mata kanan yg ‘kurang sihat ‘ sejak lima hari yang lalu. Sudah dua pakar mata yg saya rujuk, dan sehingga saat ini mata kanan masih kabur dan saya masih meneruskan rawatan. Kata doktor saya mengalami ‘macular edema atau macular swelling’…yang biasa dialami oleh pesakit diabetic. Saya tidak pernah ada sejarah kencing manis dlm hidup saya. Saya kemudian membuat pemeriksaan kesihatan, dimana kondisi kesihatan saya adalah sederhana bukannya teruk sangat. Itu yang menghairankan saya. Pemeriksaan kandungan gula dalam darah menunjukkan bacaan 3.5 sahaja, tekanan darah 130/90 dan ujian kolestrol mencatatkan bacaan 5.0 . Apa pun saya dalam usaha memperbaiki tahap kesihatan apabila pakar mata turut mengaitkan masalah mata saya dengan pertambahan berat badan. ” gemuk sangat ke saya ni doktor?” saya sedikit takpuashati kerana dalam usia sebegini dan sudah 4 kali melahirkan anak , saya rasa taklah didalam kategori obesiti lagi ni, overweight mungkin la kot … 😀 . Kata doktor mata tu, Kabur mata kanan saya memakan masa utk pulih semula. Dianggarkan dalam tempoh satu hingga tiga bulan utk kembali pada ketajaman penglihatan asal. 😦

nikmat penglihatan adalah satu nikmat yg cukup besar yg perlu dijaga agar tidak menjadi sumber maksiat kepadaNya.
Saya redha, Allah datangkan ujian utk saya ketika hampir melangkah ke bulan Ramadhan yang mulia. Allah sangat sayangkan saya sebenarnya, ketika masanya saya terleka dgn nikmatNya, pasti datang ujianNya utk mengembalikan rasa lemah dlm diri saya dan rasa tidak berdaya seorang hamba yg sangat berhajatkan pertolongan dari penciptanya. “mungkin ummi berbuat dosa memalingkan diri dari kebenaran dan leka dengan keburukan” kata saya pada suami selepas pemeriksaan mata tempohari . ” tak de la ummi, ujian Allah ni” suami mententeramkan saya. ” ye la, ummi pun ada blind spot juga, mungkin ada yg ummi tak nampak dan ia baik utk ummi, sebaliknya yg buruk itu ummi nampak elok pula” . Saya mengeluh lagi. ” walaupun jauhari mampu mengenal manikam, mungkin jauhari juga tersalah menilai kaca yg nampak berkilau macam intan” saya terus bersastera kemudian tersengeh bila tahu suami tak dapat memahami maksud ngomelan saya.” banyakkan baca al quran, tak boleh baca ambik pahala memandang ayat2 al quran, itu juga satu rawatan penglihatan” kata suami saya.

Dah tiga hari saya tak mengambil nasi, tetapi saya gantikan dgn sup oat dan mengambil kerabu sebagai ganti kepada sayur goreng.

kerabu ulam selom, mentimun, tomato, nenas dan ikan rebus..... lebih sihat dan penuh dgn khasiat
Semoga Allah mengembalikan kesihatan mata kanan saya dan mengampunkan segala dosa-dosa saya. Saya ingin memasuki Ramadhan dgn diri yg bersih, diampun dosa oleh tuhan, dan dimaafi kesilapan yg pernah saya lakukan pada saudara dan teman-teman. Saya tetap manusia biasa yg banyak kelemahan. Sahabat yg saya kasihi, biarpun saya kadang2 tegang dan rasa marah pada mereka, tetap mereka tak lekang dari ingatan saya. Semoga Allah melindungi mereka walau di mana mereka berada.
Dalam menyambut ramadhan yg begitu hampir, kami sekeluarga membuat sedikit persiapan. Beberapa hari lalu, saya buatkan kad ucapan ramadhan yg comel utk keluarga saya. Saya sediakan borang mutabaah amal sepanjang Ramadhan utk dikongsi dgn keluarga dan teman-teman. Borang yg saya ambil dari sebuah buku ramadhan yg dihadiahkan oleh sahabat saya dari pertubuhan Isma. Termasuk borang pembahagian surah dan tarikh utk memungkinkan khatam al-quran bila berakhir Ramadhan. Saya juga siapkan menu hidangan berbuka utk sebulan puasa. Saya sudah beberapa tahun amalkan buat plan siap2 menu berbuka utk sebulan. Selain dapat plan menu yg baik, sihat dan digemari keluarga, kita juga dapat susun belanjawan, dapat elakkan pembaziran, elakkan rambang mata atau ‘tak tahu nak beli apa’ masa ke pasar. Yang penting dapat mendidik diri bersederana dlm penyediaan hidangan berbuka. Saya belajar ini dari Dr Mashitah Ibrahim yg pernah dititipkan oleh beliau dalam sebuah majalah masakan dulu.

moi sup atau bubur nasi, sgt baik dinikmati ketika berbuka.

Alhamdulillah, suami dan anak2 tak kisah berbuka dgn bubur nasi saja.
Antara yang disarankan oleh Pengarah Eksekutif kami sebagai persiapan menyambut ramadhan ialah membersihkan rumah dan menghiasnya sebagai tanda kegembiraan dan keseronokan menyambut ramadhan. Alhamdulillah, saya bercuti 4 hari bermula jumaat lalu sehingga isnin bagi menyambut ramadhan. Saya sahut saranan PE kami dan berusaha menjadikan kediaman kami lebih berseri menerima kunjungan Ramadhan tahun ini. Tiada yg berganti baru, cuma bersihkan yg lama dan ubah suai sikit kedudukannya. Suami mengambil peluang mengecat pagar dan dinding luar yg tidak sempat dicat sejak kami berpindah ke sini dua tahun lalu.

kerja rajin-rajin, nanti ummi upah dgn masakan yg sedap-sedap 😀

sori bang, saya nak bantu, tapi sibuk kat dalam rumah pula...masak, mengemas... 😀
Selamat menerima kunjungan Ramadhan utk semua, maafkan saya andai terlanjur dalam tindakan saya atau tulisan saya di laman blog saya ini ada menyinggung sesiapa. Penuhi ramadhan dengan aktiviti amalan kebaikan. Berdoa Allah memberikan kekuatan utk berterusan pula kebaikan setelah berakhirnya Ramadhan. Kita sekadar singgah sebentar didunia mencari bekalan, andai sampai ketikanya, kita bakal pulang membawa amalan.

bilik tidur anak bujang, bilik tetamu, dan ruang tamu yg sempat dibersihkan 😀

homemade mushroom soup, garlic bread, sardine puff yang saya masakkan sebagai breakfast utk tukang cat pagar rumah hari ni... 😀
Ya Allah, rahmatilah kami dan berkati Ramadhan utk kami. Ampunkan dosa-dosa kami dan bantulah kami melaksanakan ketaatan kepadaMu.