Cekodok Pisang & Kopi suam

Sewaktu Sarah (bukan nama sebenar) datang bertamu ke rumah saya pada suatu petang yang damai, saya sedang sibuk menyediakan juadah minum petang. resepi paling ummp kegemaran keluarga, iaitu cekodok pisang yang saya padankan dengan kopi o jenama Jantan. Ianya masih panas-panas lagi ketika saya hidangkan sejurus sahaja punggung Sarah singgah di kerusi kayu di ruang makan rumah saya .

Sebenarnya kedatangan Sarah adalah untuk membeli asam jawa kampung buatan mak mertua saya. Saya sebenarnya pengedar asam jawa terkemuka di sekolah saya. Sebagai Eksekutif Pemasaran untuk produk mak mertua, stok asam jawa memang agak banyak juga di rumah saya….itu yang Sarah suka, asam jawa kami high quality dan harga pun berpatutan pula. Tapi datangnya Sarah bukan sekadar untuk asam jawa sahaja…bukan juga datang untuk cekodok pisang dan kopi o saya…Sarah datang membawa cerita, cerita tangisan isteri yang berduka. Alahai..saya pun seorang isteri juga….saya memang alergik dengan cerita isteri dan airmata.

Sarah adalah jiran selang sebuah rumah dari rumah hamba. Sarah juga mek klate seperti saya. Dia dua tahun lebih muda tapi anaknya sudah lima. Dek kerana jelitanya dia, belumpun sempat ambil spm dah disambar putera lawa…fuyyooo kontraktor beb….poket dia ..fuuh!

Dah 17 tahun berhijrah ke sini…untungnya berkahwin pada usia muda. Seorang isteri muda seusianya sudah ada anak teruna remaja dan juga anak dara. Untuk itu saya rasakan saya sebenarnya jauh lebih ‘muda’…kerana anak-anak saya masih cumit-cumit semuanya..hee..he

Baca baki entri ini »

Menjauhi Mentaliti Dinasour

Ramai di kalangan kita yang mengenali dinasour. Ia adalah binatang yang besar tubuhnya lagi ditakuti. Ratusan ribu tahun dahulu, binatang ini menguasai dunia. Namun tiba-tiba berlaku kejadian yang menyebabkan ia pupus untuk selama-lamanya. Pakar-pakar sains tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang berlaku, tetapi mereka pasti dinasour pupus kerana tidak dapat menangani perubahan .

Begitu juga apa yang berlaku pada burung undan di Monterey. Monterey adalah sebuah banar di California. Puluhan tahun yang lalu, pantainya dipenuhi dengan burung-burung undan. Burung-burung ini hidup dengan memakan perut dan usus ikan yang dibuang oleh para nelayan selepas ikan-ikan itu dibersihkan. Pada suatu masa, para nelayan menyedari mereka boleh mendapat keuntungan lebih jika menjual perut dan usus ikan kepaa pihak-pihak tertentu yang memerlukannya. Sejak dari tarikh itu, mereka tidak lagi membuang perut dan usus ikan kepada burung-burung undan.

Apa yang berlaku perlu dijadikan iktibar bagi diri kita. Burung-burung undan itu menjadi kurus kering dan mati satu persatu disebabkan mereka tidak berusaha mencari dan menangkap ikan. selama ini mereka hanya menanti para nelayan mencampakkan makanan. Mereka pupus hanya kerana suasana berubah, tetapi sikap mereka tidak berubah. Baca baki entri ini »

Meroyan cyber !

acamana ni ? ndak tak ?” soalan ditanyakan kepada saya minta kepastian. “mmm…tak yah le rasanya, yang ada kat rumah ni pun tak dan saya nak sentuh ” ikhlas saya menjawab tanpa rasa ‘tersangkut’ apa-apa pada pertanyaan babanya, bila dia bercadang membelikan komputer riba kepada saya dua tahun yang lalu. Mungkin sengaja diofferkan kepada saya bagi menggoda isterinya ini yang dirasakan agak ketinggalan dengan perkembangan arus dunia sekarang. Itu dulu…..pertanyaan pada 2 tahun yang lalu. Tapi sekarang bila saya dah meroyan siber dan mengungkit kembali offer lamanya itu, dengan hensemnya dia berkata“hisssh tak de nya saya nak belikan untuk awak…kang tak berasap dapur kita!”…aduuuush makin kronik la meroyan saya . …hasilnya ,saya sering perang besor dengan anak-anak kerana berlaku gangguan pada jadual main ‘games’ yang sememangnya saya juga yang susun untuk depa…biaq pi ler….hangpa tau apa tentang penderitaan ummi hangpa yang meroyan cyber ??

Sebenarnya, paling tinggi kemahiran yang saya ada berkaitan dengan komputer ini ialah menaip soalan-soalan periksa, tatkala tibanya musim ujian prestasi mahupun peperiksaan penggal…tapi itu pun saya masih menagih dan merayu bantuan dari pembantu setia saya ….anak mak mertua saya …… iya le bila lagi dia nak membantu saya …..isterinya yang jelita !

Alkisah, segala-galanya berubah dan bermula kira-kira 2 bulan yang sudah..bila saya tiba-tiba melonjak rasa suka dan gemar mencari info dari sumber siber yang selama ini sering saya buat tak kisah. Demam pilihanraya nyata virusnya turut merebak dan menyerang pertahanan badan saya. Keghairahan membaca info dan berita dari pelbagai laman web tidak ternokhtah sehingga selesai pilihanraya saja, rupanya saya ketagih pula bertenggek dari satu blog ke satu blog yang lain, dari satu website ke satu website yang lain….alahai memang mengasyikkan kerana di situ saya boleh membaca, membaca dan membaca. selebihnya pula, saya juga boleh tersengeh, tertawa, mencuka dan menitis airmata hiba menghayati luahan rasa….. fuuu..begitu sekali sumbangan dunia maya dalam membelai emosi saya…..hati saya berbunga-bunga dan saya pun teruja untuk turut berkomunikasi di laman maya. Pada saya, ini peluang untuk saya berinteraksi….berbicara jujur sepenuh hati….dengan menjadi diri sendiri.

Saya cuma ada minda, yang saya tahu cukup gatal berkarya…cuma saya tak tahu nak tuangkannya kat mana…nasib baik le ada anak mak mertua saya…dengan usaha dan budinya jua, blog saya muncul seadanya…ehem..tak de le hebat mana pun, tapi cukup rasanya untuk sekali sekala menghilangkan senak di kepala..yessszeerr… ini dunia baru saya..saya kini seorang blogger….aku bloggeraku bloggerrr...aku bloggerrr….syyyhhh…mudah-mudahan bukan setakat hari ini saja ya ..he..hee.

selaut terima kasih untuk Tuhan….atas semua kekuatan

jua terima kasih untuk anak bongsu mak mertua…atas kesudian menghulur bantuan..

pada tetamu yang sudi bertandan…salam perkenalan,

biarlah lamanku ini menjadi medan perbincangan, ruang berkongsi perasaan maupun perasan…sekali pun tanpa sebuah pertemuan, bagiku kita masih bisa menatap kasih sayang, dan saling berpimpin dalam menuju kejernihan jiwa

seikhlasnya salam perkenalan….alahai hangpa layanlah diriku yang meroyan cyber !!!

ummuhanah