Lemas Dalam Sawang

Lemas dalam sawang ?? Blog yg bersawang …… nak buat camna, dah jarang lalu lalang  dan tak teruja lagi  nak melepak kat sini. Ada banyak urusan yg perlukan komitmen diri ini…urusan anak2 dan suami, pekerjaan dan  rumahtangga yg menuntut perhatian saya. Dengan bertambahnya usia, waktu kehidupan saya di dunia semakin  pendek sebenarnya.  Ya Allah, semoga aku bukan hambamu yg  hanya mencatat rugi sepanjang  kehidupanku di sini.

Kesian pulak melihat blog yg  terbengkalai dan sunyi sepi ni. 😀

Anak2 usai peperiksaan akhir mereka termasuk anak sulung yg baru tamat PMR. Persekolahan tahun ini di minggu-minggu akhir. …..saya boleh menarik nafas lega anak-anak  lebih santai kerana dah tamat exam, saya pula cuma tinggal kertas sejarah tingkatan 4 yg perlu disemak. Saya doakan dapat manfaatkan sebaiknya cuti persekolahan nanti  terutama menghabiskan masa yg berkualiti bersama suami dan anak2. Kata suami  saya “ummi  rancang skit program utk cuti kat anak2, supaya depa tak abis masa dgn TV dan games saja.”  Memahami  ‘rumah’ menjadi  dunia anak2 saya sepanjang cuti sekolah, saya mesti bijak menyusun dan mengendalikan jadual cuti utk mereka. “ Ya Allah, mudahkan saya dlm urusan anak2 saya, bimbing dan pimpinlah saya supaya dapat memberikan segala kebaikan dan manfaat yg selayaknya diberikan oleh seorg ibu kpd anak-anaknya.

Dgn rakan2 di Fb, saya cuba berkongsi perancangan  mereka  utk anak2 sepanjang cuti, dan berharap ada yg boleh saya manfaatkan. Saya ada dua anak remaja lelaki dan dua gadis kecil di rumah. ….. mmmm  sebolehnya saya ingin mereka rasa cuti sekolah ini  ‘berisi’ dgn perkara yg menggembirakan.  Dan yang penting, mereka tidak lalai dan sentiasa terbangun iman dan taqwa mereka kpd Allah.

Sebenarnya  antara yg menjadi kesukaan dan kegembiraan saya ialah memasak. …biarpun tidak lah terer sangat, tapi ia boleh membuat kita rasa lapang hati dan fikiran. Bukan memasak seperti dalam rancangan master chef, asyik kena push  dan diberi tekanan yg macam2.  Masak ni kena enjoy…. happy….santai….  harap dlm cuti ni boleh bagi kursus masak kat anak-anak, terutama hanah dan syirah 😀 insyaAllah….

Wahai dapurku…..bersedia utk berasap lagi. … ketahuilah, biarpun  blogku bersawang, tak mungkin ‘dapur kawe’ ku biarkan bersawang juga.  JOM MASAK !

koleksi dapur kawe ~ nasi hujan panas….. elok la tu, dah hujan kemudian panas pulak, baru la stabil, ko guano? 😀

daging masak rendang Madinah

ayam bakar …

nasi ayam goreng kurma…dok dalam puyuk lagi…

Daging Masak Hitam

berkira-kira utk tempek koleksi puding dan kek la pulak….. 😀

nikmat yang hilang ?? :(

Antara nikmat Allah yang besar ialah kesihatan yang baik, nikmat ini cukup dirasai apabila kita jatuh sakit atau kesihatan terganggu.

Dah dua hari badan terasa sakit-sakit, menyucuk-nyucuk dan seram sejuk. Suhu badan lebih panas di waktu malam. Saya bercuti  hari ini, memberi hak kepada badan untuk berehat setelah semalam saya gagahi ke sekolah biarpun badan sakit-sakit dan saya berpuasa. Dikutkan bebanan kerja memang tak pernah habis, harap cuti sehari ini dapat memberi ruang kepada badan saya untuk pulih semula, insyaAllah.

Semalam ketika bertembung dengan kerani sekolah sewaktu saya lemah menapak di tangga saya telah disapa dengan gurau senda. ” eh kak mahani nampak pucat je, tak sihat ke?… hmmm raihanah nak dapat adik ke apa?? . Saya tergelak juga walaupun sebenarnya nak ketawa untuk meyambut gurauannya pun rasa macam tak terdaya.

Sejak semalam saya hilang selera makan. lauk pauk yang dibeli suami petang tadi seperti tidak menggoda selera saya. Masa ni lah teringat kat juadah-juadah berbuka yang saya sediakan masa ramadhan lalu.

Sekadar mencuci mata , menghibur rasa dan mengundang rasa teruja diri sendiri  yg hilang selera,  maka saya ‘tempek’  kat blog saya ni koleksi dapur kawe. Masa ramadhan ‘dapur kawe’  paling berasap, bulan-bulan lain banyak tapau lauk kantin jer 😀  hari ni saya nak letak koleksi masakan ikan dulu 😀

Siakap sweet sour….

siakap bakar …..

ikan merah masak kantan

kari kepala ikan

tenggiri masak tumis

ikan tongkol gulai nasi dagang terengganu

ikan kembung masak sambal

masak kicap gaya malas..

ikan nyok nyok masak kicap, yg ni koleksi sebelum ramadhan, tapi dah ada dlm fail saya masuk je la 😀

gulai ikan kering talang dengan nenas

Suami saya menggemari masakan ikan, namun anak2 lebih sukakan ayam dan daging… saya pulak suka kerabu :D.

kuliah master

ehem kuliah master chef sebenarnya  ….. 😀

Saya tersangat jarang mengirim resepi di ruangan dapur kawe, selama ni sekadar berkongsi gambar tanpa disertakan resepi bersamanya. Sebab saya rasa ‘koleksi resepi dapur kawe terlalu simple…ramai wanita dan ibu2 sudah tahu dan lebih hebat olahan resepinya berbanding saya. Tapi entah tiba-tiba hari ni teringin nak bagi kuliah pula…

hari ni chef nak bagi kuliah tentang cara2 nak buat ayam percik. Memang ianya mudah bagi yg dah biasa, tapi bagi yg belum biasa buat ayam percik …harap kuliah dari chef honey auw auw ini dapat membantu mereka utk mencuba. Resepinya berbeza sedikit dari resepi turun temurun keluarga chef honey di kelantan…saja ler chef buat perubahan, lagipun bahan tambahan yg digunakan rasanya tidaklah akan banyak mengubah rasa keaslian ayam percik yg biasa terdapat di kelantan… bahkan ia lebih sedap sebenarnya.

jom !

Bahan kisar. Bawang besar, bwg putih, halia, serai, lengkuas, cili kering, serbuk kunyit dan sedikit belacan.

Bhn kisar dicampur santan dan dimasak sehingga pekat. Masukkan gula melaka , garam dan sekeping asam gelugor.

Ayam dibelah empat, dicuci bersih dan diperap bersama kisaran bwg besar, bwg putih, halia dan garam .

ayam tadi dikukus sebentar..emmm lebih kurang 5-10 minit.

kemudian masukkan ke dalam grill...bakar lebih kurang 5 minit atau sehingga masak kekuningan.

step seterusnya , ayam dicelup ke dlm kuah santan tadi.

kemudian dipanggang lagi...

ulangi proses mencelup ayam ke dalam santan dan memanggang sehingga santan habis digunakan

siap ...bolehlah dihidangkan...lebihan kuah santan yg jatuh atas dulang pembakar bolehlah dicurahkan ke atas ayam

kan senang jerrr…. bila saya minta Raihanah mencuba masakan saya, katanya ” mmmm rasa enaknya seperti melompat-lompat dalam mulut saya” keh keh keh

salad kampung :)


kerabu....hmm dah lupa saya letak apa kat dlm kerabu ni. Kadang saya 'hentam' je. Rasanya belimbing buluh. isi ikan, tomato dan timun.Selain isi ikan boleh guna isi udang, bilis goreng yg ditumbuk, isi ayam, sotong, tuna atau fish ball.

ni pun kerabu jugak. Anak2 saya penggemar kerabu. kalo sayor goreng memang diaorang tak sentuh la jawabnya.Cuma yang ni saya gunakan lebihan isi ikan sadin.

yang ni acar terung bakar....saya sorang je yang suka..huhuhu..

lagi koleksi kerabu.... bahan asas yg sama, timun, belimbing buluh,sedikit tomato, bawang besar, cili padi dan isi ikan yg direbus dgn asam keping dan garam. 🙂

kerabu lagiiii.... campoq selom, timun, nenas, isi udang cincang, perahan limau nipis. Kalau tak de nenas boleh guna belimbing buluh atau mempelam.

ni kategori 'salad kampung' gak kot. ikan kukuih yang chek siramkan dgn ayaq asam. Resepi org utara. Asam tu dari mak mertua manakala belacan pula dari biras chek yg asal dr kuala jerlun. Mai kedah ni la chek belajaq makan lagu ni.

cabaran dapur kawe

Cabaran dapur kawe ??? …..hmm tak de sapa yg nak mencabar kawe di dapur kawe. Kawe bebas nak masak apa saja yg kawe suka…tak de chef nak komen atau nak singkir-singkir kawe, tak de sapa nak arahkan atau beri apa2 tekanan pd kawe, tak de pin  kebal, tak de bertarung dgn chef ternama …..tak de tu semua, tapi kawe tetap dinobatkan sebagai  MASTER CHEF di dapur kawe…. ada sesapa nak protes?
kuang…kuang…kuang…terkena panahan program master chef  la pulak. 😀

rasanya kalo ummi masuk master chef ni boleh menang tak?” tanya saya satu ketikanya kami sedang menonton rancangan cabaran master chef. ” tak yah la ummi, nanti asyik nangis je kalu kena kritik ke komen ke. Kalu tersingkir tak tau la ummi nangis camana”. kata insyirah pd saya. ” eh apa pulak, adat bertanding mcm tu la, mesti ada yg kalah menang, kita kena redha la” jawab saya pulak. ” abis tu pasaipa  ummi  nangis  kalu ada yg kena keluar, akak tengok ummi asyik dok lap mata je” kata syirah lagi ” betol tu, lemon kena keluar pun ummi nangis hari tu” kata hanah pula. ” bukan lemon, Raymond la hanah…lemon tu macam oren” syirah memperbetolkan adiknya. ” eh itu natural ler kakak….org sedeh kita pun rasa sedih gak…ummi bukan boleh tengok org nangis, mesti ummi nangis jugak . ” dalam rasa malu tu saya menjawab jugak. ” kalu hero tamil kena tumbuk pun ummi nangis jugak tu kak” . suami menyampuk dari belakang. ” Kalau ummi menonton rancangan “bersamamu” . …hmmmm…. “ sambung suami saya lagi. Ni nak marah ni….. nak marah sangat ni. tak suka la org perli-perli ni…

 

Jumaat lepas saya buat pulut kuning. Kebetulan sehari sebelum tu jiran bagi pulut kuning sempena anaknya bersunat. Eh ada lagi tradisi pulut kuning  masa bersunat ni ya. ??? Tapi saya buat pulut kuning bersama ‘rendang rekaan’ utk breakfast kami, sebab anak2 yg  minta. Mungkin tak cukup sepinggan yg dihantar jiran saya itu. Tengaharinya pula saya masak pula nasi lemak kukus ( alang2 dah keluarkan periuk kukus ni). Pagi semalam saya masak daging lada hitam sebagai buah tangan yg saya bawa pulang makan tengahari rumah mertua. 😀 tapi gambo tak sempat nak upload lagi le ni.Kena resize dulu.

apa pun, hari ni master chef nak kongsi gambo2 dari ‘DAPUR KAWE” masa ramadhan yg lalu. Rasanya dah lama ‘dapur kawe’ tak mengisi ruangan blog ini. Hidangan berbuka yg sederhana…..tapi dimasak dari rasa cinta dan ikhlas utk keluarga. Semoga Allah menilainya sebagai pahala dan ‘modal niaga’ ini Allah terima dalam usaha saya merebut keberkatan yg melimpah sepanjang ramadhan yg lalu.InsyaAllah.

ayam goreng berempah...sering saya padankan dgn nasi ayam.Berbuka hari pertama

masak lemak ikan kembung, pekasam, lauk goreng, ulam,vanilla shake...saya taburkan dengan coklat cip. Budak2 suka la ni.

kadang lauk yg lebih dipanaskan semula. Ada kerabu dan telur dadar 'goreng derita"... 😀

nasi lemak....saya alas talam dgn daun pisang. Kasi aromanya mewangikan lagi nasi lemak kukus saya ni.

yg hitam tu cokodok.... 😀

ni nasi daging.... dipadankan dengan air asam dan sup. nasi daging ni femes kat kedah.

ni pula nasi mandy...saya padankan dgn ayam tandoori dan acar timun.

ni pula nasi tomato...ayam masak merah, salad dan soya cincau. Salad tu saya dadukan timun dan tomato, diletakkan sedikit garam, minyak zaitun dan perahan lemon.

chef nak gi masak dulu…dah 11.27 tengahari, nanti sambung lagi….masak kari je hari ni 🙂

Ramadhan tahun ini

Dah beli kurma utk bersahur dan berbuka semasa ramadhan?? . Ling..ling...besar tak kurma iniii.... 😛

Andai esok bermula puasa, jangan lupa malam ni terawih yang pertama. Biasanya saya sekeluarga memilih masjid Al Barokah, Tikam Batu yg terletak  lebih kurang 1 km dari rumah saya. Sesekali saya berterawih juga di masjid depan rumah saya ini, tapi rasanya Masjid Barokah lebih memberi ketenangan, mungkin kerana suasana yg lebih suram di ruang solat wanita dan terawih diimamkan oleh dua imam tahfiz jemputan dari selatan Thailand. Saya menitis airmata dlm satu majlis perpisahan dgn imam2 itu pada akhir ramadhan lalu  , mungkin Allah menghadirkan rasa sayang saya pada kedua2 adik muda yg megimamkan solat terawih kami semua. Mereka menempuh perjalanan jauh meninggalkan keluarga utk berterawih bersama kita. Semoga Allah memberkati jasa dan usaha mereka, datang berterawih bersama kami kerana mencari rezeki utk menyambung pelajaran selepas ramadhan nanti.

masjid Al Barakah, Tikam Batu

Sudah beberapa hari saya berkaca mata hitam, sekalipun ketika di dalam rumah sendiri. Bukan saja nak bergaya walaupun anak2 mengusik saya ” ummi nampak lawa” dalam kacamata gelap milik baba depa,  saya terpaksa berspek hitam  kerana nak mengurangkan keletihan mata kanan yg ‘kurang sihat ‘ sejak lima hari yang lalu. Sudah dua pakar mata yg saya rujuk, dan sehingga saat ini mata kanan masih kabur dan saya masih meneruskan rawatan. Kata doktor saya mengalami ‘macular edema atau macular swelling’…yang biasa dialami oleh pesakit diabetic. Saya tidak pernah ada sejarah kencing manis dlm hidup saya. Saya kemudian membuat pemeriksaan kesihatan, dimana kondisi kesihatan saya adalah sederhana bukannya teruk sangat. Itu yang menghairankan saya. Pemeriksaan kandungan gula dalam darah menunjukkan bacaan 3.5 sahaja, tekanan darah 130/90 dan ujian kolestrol mencatatkan bacaan 5.0 . Apa pun saya dalam usaha memperbaiki tahap kesihatan apabila pakar mata turut mengaitkan masalah mata saya dengan pertambahan berat badan. ” gemuk sangat ke saya ni doktor?” saya sedikit takpuashati kerana dalam usia sebegini dan sudah 4 kali melahirkan anak , saya rasa taklah didalam kategori obesiti lagi ni, overweight mungkin la kot  … 😀 . Kata doktor mata tu, Kabur mata kanan saya memakan masa utk pulih semula. Dianggarkan dalam tempoh satu hingga  tiga bulan utk kembali pada ketajaman penglihatan asal. 😦

nikmat penglihatan adalah satu nikmat yg cukup besar yg perlu dijaga agar tidak menjadi sumber maksiat kepadaNya.

Saya redha, Allah datangkan ujian utk saya ketika hampir melangkah ke bulan Ramadhan yang mulia. Allah sangat sayangkan saya sebenarnya, ketika masanya saya terleka dgn nikmatNya, pasti datang ujianNya utk mengembalikan rasa lemah dlm diri saya dan rasa tidak berdaya seorang hamba yg sangat berhajatkan pertolongan dari penciptanya. “mungkin ummi berbuat dosa memalingkan diri dari kebenaran dan leka dengan keburukan” kata saya pada suami selepas pemeriksaan mata tempohari . ” tak de la ummi, ujian Allah ni” suami mententeramkan saya. ” ye la, ummi pun ada blind spot juga, mungkin ada yg ummi tak nampak dan ia baik utk ummi, sebaliknya yg buruk itu ummi nampak elok pula” . Saya mengeluh lagi. ” walaupun jauhari mampu mengenal manikam, mungkin jauhari juga tersalah menilai kaca yg nampak  berkilau macam intan” saya terus bersastera kemudian tersengeh bila tahu suami tak dapat memahami maksud ngomelan saya.” banyakkan baca al quran, tak boleh baca ambik pahala memandang ayat2 al quran, itu juga satu rawatan penglihatan” kata suami saya.

Dah tiga hari saya tak mengambil nasi, tetapi saya gantikan dgn sup oat dan mengambil kerabu sebagai ganti kepada sayur goreng.

kerabu ulam selom, mentimun, tomato, nenas dan ikan rebus..... lebih sihat dan penuh dgn khasiat

Semoga Allah mengembalikan kesihatan mata kanan saya dan mengampunkan segala dosa-dosa saya. Saya ingin memasuki Ramadhan dgn diri yg bersih, diampun dosa oleh tuhan, dan dimaafi kesilapan yg pernah saya lakukan pada saudara dan teman-teman. Saya tetap manusia biasa yg banyak kelemahan. Sahabat  yg saya kasihi, biarpun saya kadang2 tegang dan rasa marah pada mereka, tetap mereka tak lekang dari ingatan saya. Semoga Allah melindungi mereka walau di mana mereka berada.

Dalam menyambut ramadhan yg begitu hampir, kami sekeluarga membuat sedikit persiapan. Beberapa hari lalu, saya buatkan kad ucapan ramadhan yg comel utk keluarga saya. Saya sediakan borang mutabaah amal sepanjang Ramadhan utk dikongsi dgn keluarga dan teman-teman. Borang yg saya ambil dari sebuah buku ramadhan yg dihadiahkan oleh sahabat saya dari pertubuhan Isma. Termasuk borang pembahagian surah dan tarikh utk memungkinkan khatam al-quran bila berakhir Ramadhan. Saya juga siapkan menu hidangan berbuka utk sebulan puasa. Saya sudah beberapa tahun amalkan buat plan siap2 menu berbuka utk sebulan. Selain dapat plan menu yg baik, sihat dan digemari keluarga, kita juga dapat susun belanjawan, dapat elakkan pembaziran, elakkan rambang mata atau ‘tak tahu nak beli apa’ masa ke pasar. Yang penting dapat mendidik diri bersederana dlm penyediaan hidangan berbuka. Saya belajar ini dari Dr Mashitah Ibrahim yg pernah dititipkan oleh beliau dalam sebuah majalah masakan dulu.

moi sup atau bubur nasi, sgt baik dinikmati ketika berbuka.

Alhamdulillah, suami dan anak2 tak kisah berbuka dgn bubur nasi saja.

Antara yang disarankan oleh Pengarah Eksekutif kami sebagai persiapan menyambut ramadhan ialah membersihkan rumah dan menghiasnya sebagai tanda kegembiraan dan keseronokan menyambut ramadhan. Alhamdulillah, saya bercuti 4 hari bermula jumaat lalu sehingga isnin bagi menyambut ramadhan. Saya sahut saranan PE kami dan berusaha menjadikan kediaman kami lebih berseri menerima kunjungan Ramadhan tahun ini. Tiada yg berganti baru, cuma bersihkan yg lama dan ubah suai sikit kedudukannya. Suami mengambil peluang  mengecat pagar dan dinding luar yg tidak sempat dicat sejak kami berpindah ke sini dua tahun lalu.

kerja rajin-rajin, nanti ummi upah dgn masakan yg sedap-sedap 😀

sori bang, saya nak bantu, tapi sibuk kat dalam rumah pula...masak, mengemas... 😀

Selamat menerima kunjungan Ramadhan utk semua, maafkan saya andai terlanjur dalam tindakan saya atau tulisan saya di laman blog saya ini ada menyinggung sesiapa. Penuhi ramadhan dengan aktiviti amalan kebaikan. Berdoa Allah memberikan kekuatan utk berterusan pula kebaikan setelah berakhirnya Ramadhan. Kita sekadar singgah sebentar didunia mencari bekalan, andai sampai ketikanya, kita bakal pulang membawa amalan.

bilik tidur anak bujang, bilik tetamu, dan ruang tamu yg sempat dibersihkan 😀

homemade mushroom soup, garlic bread, sardine puff yang saya masakkan sebagai breakfast utk tukang cat pagar rumah hari ni... 😀

Ya Allah, rahmatilah kami dan berkati Ramadhan utk kami. Ampunkan dosa-dosa kami dan bantulah kami melaksanakan ketaatan kepadaMu.

berasap lagi …

Berasap lagi dapur kawe. lama dah tak masukkan N3 pasal koleksi di dapor saya. Ada beberapa resepi yg saya cuba di dapur dan saya rakamkan sebagai kenangan. Saja ler seronok-seronok. 😀 😀

pizza cheese dan gula ..hehehe...resepi paling malas, selalu saya sediakan waktu sahur utk anak2.

Masa cuti sekolah pada akhir mei dan awal jun lalu, saya berkesempatan juga menceriakan dapur dgn menyediakan lauk pauk, pencuci mulut dan dua tiga jenis resepi nasi.  2 minggu lepas saya ada buat nasi lemak kukus dgn ayam berempah, tapi tak sempat pulak nak ambik gambar. lagipun kamera dibawa oleh anak saya yg mengikuti rombongan ke kuala kangsar.

nasi ayam .....saya padankan dgn ayam goreng berempah.

Pun begitu, masih kedapatan beberapa gambar yg sempat dirakam . Elok juga saya tempek kat blog ini sebagai  ‘jamu mata’ dan pusaka utk anak cucu menatapnya 😀

Bukan nak memuji atau masuk bakul angkat sendiri, saya gemar juga memasak ni,  air tangan saya tidaklah teruk sangat…hmmm boleh laaa. Setakat nak melayan selera anak2 tu kira lepas ler… kadang tu anak2 pun pandai ‘angkat’ saya. Bila makan di kedai mesti ada yg kembang kempiskan hidung umminya “ yg ummi masak lagi sedap”. Sebagai ibu mestilah saya seronok lauk pauk dan juadah saya digemari ahli keluarga  . sekalipun resepi saya mungkin biasa-biasa saja, tapi bila di puji anak2 yg menikmati masakan saya penuh berselera  dan makan sampai bertambah-tambah pula, saya jadinya rasa bahagia….dan kembaaang segalanya…keh keh keh

kuih lapis .... tapi warna ada kureng sikit, resepi saya godek dalam internet. Sedap juga bila saya lebihkan lemaknya 😀

Cuma suami memang ‘berat mulut’ memuji saya, memang lelaki macho bukan mudah memuji wanita kerana pujian itu mungkin terendam ‘di dalam’ perasaannya supaya kita ni tak buat kerja kerana berkehendakan pujian.  ” puji-pujian hanya utk Allah…kita manusia ni bukan ada apa2…. tak de apa2”  katanya . Tak pa laa…. melihat dia makan berselera sehingga sendawa dengan gempaknya, itu adalah tanda pujian dan kreditnya utk hidangan saya. Sekurang2nya, tekaknya boleh menerima masakan chef kampung macam saya. 😀

puding stoberi... yg ni hentam je, modified resepi puding yg saya dok buat sokmo... tak sesia. rasa sedap dan depa suka.

kek coklat kukus.... yg hitam camni la yg menawan dan sedap dimakan

yg ni kek pisang....saya guna pisang emas yg dikirim oleh mertua.

Saya tak berapa expert buah kek….kerap kek saya merekah dan tak cantik. Lagipun ia lebih rumit berbanding puding. Setakat ini kemampuan yg saya miliki dlm membuat kek ialah kek pisang, kek santan pandan, marble cake, kek gula hangus dan kek coklat. Saya ‘jeles’ tengok gambar kek Ben 10 yg dibuat sendiri oleh kawan saya sempena birthday anak lelakinya. cantik dan nampak sedap sekali . Dalam FB, saya suarakan keinginan saya belajar darinya membuat kek harijadi.tapi dia jauh di kuala lumpur 😦 Saya juga teringin nak mencuba bakat membuat carrot cake  dan scoone yg di cicah jem strawberry… carrot cake memang favourite saya…

chicken chop....yg ni memang dok buat sokmo coz kesukaan anak2....

puding peach dgn custard sauce...

Saya juga memang menggemari jenis2 puding/agar-agar sebagai pencuci mulut atau hidangan utk minum petang. Selain gemar pada rasa manis, lemak dan sejuk pada puding, saya sukakan puding kerana ia boleh dipelbagaikan dari segi rasa dan bahan temanya. Sebagai contoh boleh dicampurkan dgn  buah-buahan, pandan, santan, telur, gula merah dan susu sebagai perisa. Ini menimbulkan variasi pada rupa dan rasa, disamping membangkitkan keterujaan dan keghairahan untuk mencuba kepada chef amatur seperti saya.. 😀

puding Dragon Fruit ..

nasi kerabu kuning .....

Tahun ini saya lepaskan Kelab Media dan memohon pada pihak sekolah ditubuhkan kelab baru iaitu kelab sains rumahtangga dan saya sebagai guru penasihatnya. ” nak ajar kami urus rumahtangga ke muallimah”, tanya murid saya. ” entah, tak tahu nak letak nama kelab apa yg sesuai, ada cadangan tak?” tanya saya. Apa yang penting saya nak beri peluang pada pelajar banat  belajar memasak, menjahit dan membuat ‘kraftangan’ jika ada yg berminat. Sekolah kami cuma mengambil masa 3 jam sahaja, sebulan sekali bagi aktiviti kelab dan persatuan. Setakat ini saya dan budak2 tu dah buat donat, sadin roll, dan kebab pita . Saya berharap dapat ajar hiasan tudung saji pulak pada perjumpaan akan datang 🙂

Seronok dapat layan dapor, pinggan mangkuk dan sudu garfu…..bergelanggang di dapor memasak apa saja yg menjadi kegemaran kita dapat  memberi kepuasan dan keseronokan pada rasa… maklumlah ‘dapor’ juga elemen penting dlm rumahtangga, dan tempat meluahkan fitrah seorang wanita. saya akan berangkat ke program mukhayam sekejap lagi. Saya dah siapkan ayam masak kicap ala Johor utk anak2, serta kerabu timun campur nenas dan belimbing buluh utk suami. Selamat berjuang utk sesiapa saja yg turn berdemo bersih lusa 😀

rilek jap…

Jam menunjukkan pukul 4.35 petang, saya keseorang bertemankan siaran radio IKIM dengan putaran lagu-lagu nasyidnya.Keseorangan kerana tidak dapat mengikut suami dan anak-anak pulang ke kampong. Di bilik bacaan ini naik lenguh jemari saya menekan keyboard ‘dok buat khijo skoloh’. ….Sedihnya 😀

Saya siapkan RPT(rancangan Pengajaran Tahunan) utk semua subjek yg saya ajar. Masa yang di beri adalah sebulan sejak memulakan persekolahan, tapi saya tak dapat ‘mencelah’ mencari ruang yg benar-benar lapang utk saya siapkannya Sepanjang sebulan bersekolah di penuhi dgn meeting, latihan sukan dan sebagainya, sedang P&P tetap tak boleh diabaikan. Tadinya suami saya menalipon memaklumkan mereka dalam perjalanan balik ke sg petani…aikkkk awalnya…kata nak balik malam….rupanya mertua saya ke Permatang Bonggor menghadiri satu kenduri…..lerrr kesian plak kat depa.

Sebagai menghilangkan kesunyian dan melepas ‘geram’… eloklah update blog walaupun RPT saya tak abis lagi…..hehehehe…sajaaaaa, hilangkan senak dikepala…

Yang ‘ringan’ dan menyejuk mata….saya nak cerita pasal ‘dapor kawe’

Roti kentang

Sedap...sweet, cumanya saya tak pandai nak 'decorate' cream custard kat atas tu...tak berseni

kuih tako...sepatutnya letak dalam kelongsong macam tepong pelita tu...tapi saya 'nak cepat'

 

selepas simpan dalam peti ais...inilah hasilnya.

kuih Lopeh....saya guna pandan sepenuhnya tanpa pencelup, tu yg warnanya agak pudar

Tak boleh selalu makan makanan manis ni..tak elok 😀

Jeli Kelapa...kerana jeli ni lembut, lebih sesuia diisi dalam bekas2 kecil

nampak 'ceroi' tapi sedap 😀

cookies sedang di bakar...

siaaapp....crunchy 😀

muffin....huhuhu...kurang menjadi 😦

pizza...

a slice of ... jadi favourite anak2, saya tak de le suka sangat pong, lempeng lagi best..

cucuq kentang...resepi ni saya hentam je, letak kentang sagat, bilis ditumbuk, cili dan daun bawang

setelah di goreng...

setelah di potong....okey perrr

 

alamak banyaknya gamba,stop dulu kita sambung lenkali..nak pi goreng ‘cucuq ikan’, depa pun dah sampai kat umah dah…ikan termenung yg saya rebus, goreng,saya cobek isinya dan dicampur tepung, bawang, daun bawang, telur dan garam….simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum digoreng…

nanti kita tengok hasilnya…saya pun saspen ni, sebab yg ni pun ‘hentam’ juga….chef kampung camni ler..

Dapur Kawe

Menambah satu lagi kategori untuk entry2 di blog saya iaitu “Dapur Kawe”.Lepas ni boleh la saya cerita tentang dapur saya pula. Bukan la terer sangat di dapur, setakat masak yang simple2 je. Seminggu ni saya giatkan sikit aktiviti di dapur…memandangkan ada masa lapang sikit, saya layan kehendak anak2 yang gemar dgn ‘air tangan’ saya. Teringin juga untuk menjahit sebab dah lama tak ‘hasilkan’ sesuatu, tapi mesin tua saya tu pula buat hal maka keinginan menjahit cadar dan alas meja saya lupakan saja.

ruang 'bekerja'

Bagi seorang ibu dan isteri, dapur adalah kamar kedua….maknanya dapur jatuh dirangking kedua pentingnya kepada isteri/ibu selepas kamar tidurnya. Dulu sewaktu urusan merangka pelan rumah kami ini, saya minta secara khusus kepada suami bahawa urusan ruang2 yang lainnya terpulang pada suami, tapi untuk ruang dapur saya, saya inginkan yang luas sikit, lebih selesa bergerak, mudah untuk susun atur peralatan dapur dan memberi kegembiraan pada saya ketika ‘bekerja’… dapur saya sekarang tidaklah seindah mana yg layak untuk dimuatkan di dada majalah Anjung Seri, tapi ia ruang dapur terbaik yang pernah saya miliki, terima kasih untuk suami dan saya sangat hargai.
saya kongsikan beberapa ‘hasil’ yg sempat saya rakamkan beberapa hari ‘bersilat’ di dapur saya ini.

set makan malam 😀

Makan malam yang ala-ala kampung. Singgang ikan tongkol, ikan goreng, salad dan brokoli celur cicah dgn budu.Kebelakangan ini anak2 saya mula sukakan ulam2an dan sayur, dulu cuma ambik lauk aje…saya gunakan ‘petua rahsia’ untuk menarik anak2 berselera kepada hidangan yg kita sediakan untuk mereka.. 😀

sup tulang rusuk....makanan berasas 'daging' ni tak boleh makan selalu, tak elok


laksa utara....ada kalanya laksa putih saya gantikan dgn spagheti, lebih sedap.


sluurrrrp...ni laksa yg berlinangan kuahnya, asam keping yg bertenggek kat atas tu bagus untuk 'kuruskan' badan..


sambal udang


ayam masak merah...lebih ummph kalo pekena dgn nasi tomato


nasi goreng....breakfast yg saya sediakan hasil lebihan nasi sebelah malamnya.


asam pedas ... suami saya cukup menggemarinya, dihirupnya macam hirup sup..


yang ni pan cake...org kelantan panggil 'roti lengge'...org kedah panggil pekngo ( tempek kat belango)...johor panggil 'lempeng'


pekngo cicah dgn kari...makan masa musim hujan...perrghhh


mee goreng .... breakfast untuk keluarga saya.


puding kentang...tersergam dalam peti ais..


Puding kentang ini saya buat beberapa hari lepas, subhanallah berbaloi kerana mudah disediakan dan enak pula. Lemak berkrim , sejuk dan mendamaikan tekak….menu petang untuk suami dan anak2.

masak lemak pucuk paku dgn udang....


ikan goreng ... :D...sedap jugak w/pun sgt simple..


kek kukus lapis coklat dan cream cheese


I love this one very much, semalam saya sediakan kek ini sebagai menu minum petang untuk suami yg pulang dari kerja. Memberi kelainan pada rasa kek coklat dan pasti memenuhi selera penggemar cheese.Lebih enak jika disimpan dalam peti sejuk …

Ayam goreng berempah..


Nasi Dagang dgn gulai ayam


nasi dagang ni lebih enak dan lebih baik dipadankan dgn gulai ikan tongkol. Ikan tongkol kaya dgn omega 3 yg baik untuk kecerdasan otak.Tapi sebab saya berhasrat menghantar sedikit nasi dagang ni ke rumah ipar saya yg kebetulan anak2 depa tak makan ikan, jadi saya gantikan dgn gulai ayam.

Petang ni saya janjikan “potato Bread’ untuk anak2. Saya akan ke kedai membeli bahan2 untuk resepi roti kentang saya ni…semoga Allah mengikat kasih sayang kami sekeluarga dan membantu saya menjadi ibu dan isteri yang baik. Saya tidaklah sempurna dan banyak kurangnya, tapi saya ingin ahli keluarga saya dapat merasa bahawa saya sangat cintakan mereka..