Perihal

Khamleng satu nama besar dari tanah Burma . …. aiiseyman saya pun dah lupa siapa dia daaa. Dan suatu ketika dulu ,saya pernah muncul sebagai Khamleng. Bagi yang pernah kenal dengan nama ini dan masih kenal dengannya.. kalian pasti tahu sejarahnya!

Yang pastinya saya sudah kembali….datang mengintai kalian semua..

” bila awan tidak menangis, mana mungkin taman akan tersenyum”

– Jalaluddin Rumi –

Ikatan antara seorang guru dan murid adalah ikatan ‘cinta’. Saya seorang guru tapi masih seorang murid kepada seorang guru yang lain. Jika anda menyampaikan kepada saya ilmu, maka anda juga adalah guru kepada saya biarpun anda berkali ganda lebih muda dari saya. Maka anda layak untuk saya cinta. sampaikanlah ilmu kepada saya dan jadikan anda orang yang saya cinta.

‘selamat hari guru… setiap hari adalah hari guru… :D’

24 Komen

  1. bulanmasa said,

    24 April 08 pada 8:38 am

    ……………………….seredup bayu yang menghembus
    ……………damai

    aaahhh..
    perit mentari Haditha,
    bahang asmara Kandahar,
    derita Gaza……lebih kucintai
    andai ku mampu

    TQ

  2. ummusaif said,

    24 April 08 pada 1:15 pm

    menyusuri sg.lemal
    kucari zaman ku berlari mengejar belalang
    menggigit jagung manis
    mencari etak bersama adik kakak
    musim tembikai masak merah
    pauh siam kuning manis
    sama-sama ketawa melihat telatah Esah
    mengusung karung guninya
    kini…
    melalui jambatan pasir mas salor
    Sungai Kelantan mengalir lesu
    membawa aku kembali pada realiti
    zaman itu tak mungkin kembali lagi

  3. ummuhanah said,

    25 April 08 pada 4:19 pm

    salam

    bulanmasa,
    anda memang sang bulan yang ‘berjalan’ sepanjang masa
    terima kasih kerana singgah di blog hamba..
    ambil mana yang kena
    tegur mana yang tak kena
    gitulah adat kita bersaudara..

    ummusaif,
    jambatan salor dan sungai kelantan,
    etak, belalang, jagung manis dan pauh siam,
    tembikai masak merah mahupun karung guni kak esah
    semuanya bertemu dalam rasa ku yang satu…..
    adoi..doi..doi..doiiii..
    aku pun rindukan nostalgia itu…huwaaaa!

  4. yoyo93 said,

    29 April 08 pada 8:24 pm

    assalamualaikum ummuhanah!!! hey.. khamleng…khamleng… hehehehehe……

  5. jiyu said,

    1 Mei 08 pada 10:53 pm

    salam…
    khamleng…hehehe…

  6. cikgu UTM said,

    12 Mei 08 pada 9:57 am

    don’t confius Khalifah, Khilafah dan Khilafiyyah

    Khalifah : Ketua Untuk Seluruh umat Islam di dalam daulah Islamiyyah

    Khilafah : Sistem pemerintahan islam yang memerintah berdasarkan Al-quran dan As-sunnah

    Khilafiyyah : perselisihan pendapat yang dibenarkan dalam islam sbg contoh cara membasuh kepala ketika mengambil wuduk, bagi imam malik lain dan imam syafie pulak lain.

    diharap antum semua jangan terkeliru…

    “Tiada Kemuliaan Tanpa Islam”

  7. pinkturtle2 said,

    1 Ogos 08 pada 12:30 am

    Antara blog terbaik yang pernah saya jumpa di wordpress

  8. ummuhanah said,

    2 Ogos 08 pada 1:19 pm

    pinkturtle2 …. tinggi sangat tu….. turunkan sikit….

    cantiknya kalau betol-betol ada turtle warna pink…

  9. Eman said,

    20 November 08 pada 2:21 pm

    Kasih mana org baru,
    Kasih lagi org lama.

    Sedap mana kasut baru,
    Sedap lagi kasut lama.

    Sedih mana tuan yg pergi.
    Sedih lagi kami yg tuan tinggalkan..

    ???

  10. ummusaif said,

    25 November 08 pada 6:42 am

    assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua..eh, rasa macam nak bernasyid la pulak..rindu rasanya lama tak ziarah , malas nak berebut komp. ngan anak teruna kami tu.moga sukses selalu.. 🙂

  11. ummuhanah said,

    25 November 08 pada 2:20 pm

    waalaikumussalam…kak ummusaif…tenet dah okey ke ? boleh aje kalau nak bernasyid kat blog ni…..tapi saya lebih suka kak ummusaif nyanyikan lagu black dog bone atau uji rashid yang pernah saya dengar dari akak kat bilik guru dulu …ngeiiihh…cute sungguh….nanti saya balas dgn lagu DJ dave plak….

    : D..melawak jer kak weeh

  12. fikrul mustanir said,

    11 Mac 09 pada 1:18 am

    ” bila awan tidak menangis, mana mungkin taman akan tersenyum”

    – Jalaluddin Rumi –

    Berkata pula aku, “Bila mentari tidak semerah saga, mana mungkin awan akan seputih kapas, dan taman akan sehijau zamrud.”

  13. ummuhanah said,

    11 Mac 09 pada 6:25 am

    cantik…ar-rumi pasti terkedu menatap keindahannya… 😀

    mentari memang indah ketika bercahaya
    tetapi ketika kilaunya semerah saga
    tentu bumi merekah perit kerananya

  14. fikrul mustanir said,

    26 Mac 09 pada 12:43 pm

    Yang pastinya ukhti,

    Mentari sosialisma telah terbenam
    mentari kapitalisma mulai redup
    menuju penghujung senja
    setelah puas memancarkan rediasi beracunnya

    Mentari Islam mula membahang
    mengambil tempat tegak di kepala
    bumi bersedia berganti musim
    tanda-tandanya telah merata

    Bibit mencambah pohon kesejahteraan
    bagai cendawan selepas hujan

    Demikianlah ketetapan Illahi
    Khilafah itu kewajipan dan Janji!

    FM
    26 Maret 2009.

  15. fikrul mustanir said,

    27 Mac 09 pada 4:50 pm

    Salam ukhti,

    Ini versi lengkapnya;
    ________________
    Berganti Musim.
    ________________

    I
    Tidak berapa lama dahulu
    mentari sosialisma dan kominisma telah terbenam
    di bawah selipar lelaki kurus berwajah Shah Rukh Khan
    …dengan serban besar berjambang

    Di dada
    …keberanian berintikan Iman.

    Di bahu
    …laras Kalashnikov tersandang.

    Di kepala
    …kering pemikiran tentang kehidupan.

    Di tampok kekuasaan
    …mangsa percaturan.

    II
    Saat ini dunia sedang menjadi saksi
    mentari kapitalisma mulai redup
    merangkak lesu ke ufuk persemadian
    diheret kezaliman sendiri.

    Setelah puas memancarkan rediasi beracun
    melahap ribuan juta korban yang walang
    menebar wabak kepada kemanusiaan
    individualisma, sekularisma, nasionalisma dan kebebasan
    meracuni pemikiran.

    III
    Nanti dalam hitungan hari
    mentari Islam akan bercahaya
    mengambil tempatnya tegak di kepala

    Bumi bersiap berganti musim
    hembusan bayu segar sepoi-sepoi bahasa
    mula menyapa di kota dan di desa.

    Bibit bedekad yang sentiasa ditebarkan
    dalam panas dan hujan
    tanpa mengenal jemu dan bosan
    oleh petani-petani muda pengusung harapan
    mula mencambahkan pohon kesejahteraan
    akan membesar sebagai teduhan
    buat mu insan.

    Demikianlah ketetapan dari Surgawi
    Khilafah itu kewajipan dan Janji.

    FM
    Maharani
    26 Maret 2009.

  16. ummuhanah said,

    29 Mac 09 pada 2:33 pm

    salam,

    huiihh siap update puisi lagi..
    saya tabik spring kat pejuang khilafah ni,
    pandai juga menganyam puisi,
    rasanya FM yang saya kenal ni
    tak pernah lagi berbahasa melankolik begini.
    selalunya dok tembak jer… 😀

    saya sangat bersetuju,
    khilafah itu bakal tertegak nanti.
    makanya saya tenteram dengan ijtihad ulama supaya
    umat Islam menegakkan daulah islamiyyah.Negara umat Islam yang terpecah ini kesan penjajahan kufar mesti dikembalikan kepada umat Islam supaya nanti mereka kembali dapat disatukan dibawah khilafah.

  17. fikrul mustanir said,

    30 Mac 09 pada 2:37 am

    Salam,

    Berkenaan berlaku update pada puisi ana, itu perkara biasa. Sebab ia karya manusia yang tak lepas dari cacat dan cela.

    Antara hujah mengapa al Quran itu dari Yang Esa dan merupakan Mukjizat Kerasulan ialah kerana ia tidak dipinda. Apabila turun wahyu Nabi terus baca dan dihafal oleh para sahabat yang ada. Tiada lagi, selepas itu, pembetulan kepada ayat-ayat yang telah dibacakan itu. Sekali dibaca Nabi terus sahaja perfect, sampai sekarang ayat-ayat itu bergitulah adanya. 🙂

    Wasalam.

  18. ummuhanah said,

    31 Mac 09 pada 12:31 am

    setuju….tiada khilaf untuk itu….. 😀 😀 😀

  19. Izzah... said,

    25 Jun 09 pada 3:56 pm

    Jadikan penulisan anda mencambah wadah kebangkitan…. selusuri pemikiran, permasalahan danperasaan umat untuk merawat luka-luka nanar umat yang kian membusuk dek hilangnya akidah dari landasan pemikiran umat, pudarnya islam dari realiti hidup umat dan bingungnya umat dengan masalah UTAMA mereka….iaitu sebuah KHILAFAH yang akan menyebarkan Islam dengan SyariahNya.

    Kini…apa yang ada dan berlaku dengan pemikiran umat saat ini:
    1. Berpikir sempit/dangkal
    2. berpikir dasar Taklid
    3. Berpikir dalam masalah remeh
    4. Berpikir dalam perkara Metafizik (perkara ghaib, khayalan dan menyerah)
    5. mencampuradukkan pemikiran ilmiah dan rasional
    6. berpikir Emosiaonal
    7. Berpikir sempit
    8. Berpikir Logik

    Begitu bercelaru pemikiran umat saat ini, tanpa kesatuan pemikiran, perasaan apalagi peraturan. Semuanya melenyapkan ketinggian umat Islam.
    Umat Islam yang sedar, bangkitlah menyatukan umat ini dengan pemikiran Islam yang akan melanjutkan kehidupan Islam. Tanpa Islam dan Syariah NYa, jangan bermimpi untuk menggapai kehidupan Islamik ditengah-tengah medan peraturan SEKULar. Jangan bermimpi dan berkhayal..

    Begitu beratnya tanggungjawab para dai’ie…

  20. ummuhanah said,

    30 Jun 09 pada 12:15 pm

    salam kunjungan dan salam perjuangan untuk srikandi khilafah….izzah…semoga dimuliakan Allah.

    saya sering merasakan adalah sangat sukar untuk umat Islam di dunia berada pada satu keadaan ‘kesatuan’ pemikiran yang solid tanpa keperbezaan. Sudah jelas bahawa muslim di dunia dari dulu hingga kini berselisih dalam banyak perkara. Dari soal kecil seperti bertaharah sehingga ke soal besar seperti berpolitik dan bernegara.

    Ini tentulah cukup meresahkan tapi kita tidak mahu hilang pertimbangan dalam menempuh situasi ini. Saya kira cukup besar keinginan saya dan ramai lagi saudara semuslim diluar sana, mengidamkan suasana damai dan persaudaraan yang dibina atas asas kecintaan kepada Islam yang mulia ini.
    Memang benar kesatuan itu adalah kekuatan, sedang cerai berai dan perselisihan itu kehancuran.

    Sikap buruk kita …. kita berlebihan berbahas perkara-perkara yg ada perbezaan sehingga memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit. Masih banyak ‘persamaan’ yang boleh diraikan tapi telah dibiarkan sehingga umat islam semakin longgar ikatan kasih sayang dan semakin lebar jurang perbezaan.

    Diizinkan tuhan, kita di atas tapak yang sama dgn acuan yang berbeza. Tapi tetap bersatu di atas rasa cinta yang sama. Semuanya masih boleh mewakafkan usaha dan tenaga untuk mendaulatkan Islam yang tinggi ini…. tentunya kita akan bekerja untuk meruntuhkan sekular dan menggantikan sistem kehidupan manusia yang batil sebelum ini dgn syariat Islam yang mulia.

  21. 26 Disember 10 pada 8:01 am

    Assalamualaikum guruku,

    Ikatan antara seorang guru dan murid adalah ikatan ‘cinta’.

    Semoga baik2 selalu. Walaupun ikatan itu ikatan ‘cinta’, saya lagi suka cuti sekolah. Hehehe… Seronok betul cuti lama2. 🙂

  22. ummuhanah said,

    26 Disember 10 pada 6:43 pm

    saya pun seronok cuti sekolah…’berasap sikit la dapor kawe”

  23. SulamKaseh said,

    29 Januari 12 pada 3:18 pm

    Salam Ummuhanah.

    Saje singgah. terbaca komen2 di atas, tentang jambatan salor, pasir mas.. terimbau kenangan lama kito gok dlu2.. 🙂
    ( masa kena naik bot tambang nk ke pasir mas dari seberang sini..)
    Salam perkenalan.. 🙂
    – ore salor –

  24. ummuhanah said,

    29 Januari 12 pada 5:18 pm

    Sulam kaseh, orang salor rupanya…saya teruja, :D.

    ‘pengkalan feri’ pasir mas berdekatan kubur besar pasir mas itu adalah kawasan hamba….sungai kelantan tu tempat cari etak musim air cetek. Dulu ada sawmill dan kilang balak Hj salleh tu milik keluarga belah abg Ipar…dan sawmill di jalan pohon celagi tu milik keluarga angkat hamba…huhuhu semuanya dah tiada dan tinggal sejarah saja. Semasa kecil beberapa kali hamba pernah menaiki feri utk ke salor…bahkan teman2 persekolahan di Sekolah Menengah sultan Ibrahim (1) ramai jugak dari salor…..entah2 kita saling kenal ek? 😀

    cantik blog sulam kaseh…sejuk!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: