AKAS 2011

masih kosong di awal pagi...menanti kehadiran tetamu

pentas yang Indah

tetamu mula memenuhi tempat duduk

Semalam berlangsung Hari AKAS (Anugerah Kecemerlangan Dan Sahsiah) murid2 di PPAI, bertempat di dewan utama yg belum pun di beri nama. Pertama kali hari AKAS di sambut di dewan tersebut yang siap sepenuhnya pada januari lalu.Dewan yang dikatakan boleh menampung kehadiran seribu orang itu sebenarnya adalah bangunan masjid sekolah kami. Ruang atas dijadikan dewan solat dan ruang bawah itulah yang dijadikan dewan utama. Sebelum program AKAS ini sebenarnya dewan itu sudah pun kerap kali digunakan untuk program IKRAM dan pada sabtu lepas berlangsung sambutan hari wanita yg dikelolakan oleh wanita IKRAM di dewan yang sama.

berkilau keemasan...cantik

Tahniah utk semua yg bertungkus lumus menjayakan program AKAS ini, termasuk 3 pelajar yang menjadi juru acara dengan 3 bahasa (Arab, Inggeris, Melayu) ternyata menarik perhatian tetamu. Persembahan silat Awang Daud dari pelajar2 banin juga begitu mempesona, nasyid dari Zuhal dan keseluruhan perjalanan program yang lancar dan tersusun saya sifatkan sebagai sambutan AKAS yg terbaik setakat ini…tahniah

8.30 pagi...tempat pun penuh

Tahniah juga utk anaknda Muaz atas anugerah cemerlang pencapaian 9A dalam peperiksaan akhir tahun lalu, dan Insyirah untuk pencapaian 14A . Umi dan baba merasa syukur dan berdoa anaknda berdua teruskan usaha. Bagi abg chik yg belum diizinkan rezeki…jangan putus asa, tahun ini boleh mencuba.Ingatlah anaknda semua…ilmu jika dipelajari untuk beramal, ia akan kekal di dada, tapi jika dicari utk dapatkan A semata, ia hanya cantik di clear folder. … jadilah manusia yg mulia dgn ilmu, berjaya dengan amal.

tahniah abg Long...

tahniah kakak... ๐Ÿ˜€ terus berusaha

Tahniah juga kepada semua penerima anugerah kecemerlangan UPSR, PMR dan SPM…kita komitted menuju pembentukkanย  generasi rabbani, InsyaAllah.

ikhlas? mengapa kecewa?

sepertinya jeritan halilintar yg menyergah

terkejut menangkap kata yg menyentap rasa

ikhlas kecewa …ikhlas mengapa pula kecewa,

ikhlas ..kecewa..

kedua-duanya bertarung memenangi singgahsana jiwa,

sedang jantung terkulai gugur dari tangkainya,

kan ku basuh semua tanda,

kan ku sembunyikan luka yg mencalar parut lama,

keringat bukan utk dipuji manusia,

lelah tidak ku pinta dinobatkan jasa,

maka mengapa mesti meratap hiba,

bukankah Allah itu adil dan pemurah pula,

biar sia-sia pd manusia,

pada Allah nilai mungkin berbeza.

Menilai pandangan HT tentang demokrasi.

MENILAI PANDANGAN HT TENTANG DEMOKRASI

Demokrasi bukan satu sistem yang terbaik. Tetapi buat masa ini, itu sahaja sistem yang ada.Ia sama seperti hukum masbuk bagi orang yang lewat solat jumaat. Seseorang yang sempat mendapat rukuk dalam rakaat kedua imam dalam solat jumaat, adalah orang yang mendapat solat jumaat, dan solat jumaatnya adalah sah. [fiqh manhaji] 

Hukum sah solat bagi orang yang lewat solat jumaat sekiranya dapat rukuk dalam rakaat Imam itu, bukanlah bermakna orang Islam mesti bertindak dengan selalu datang lambat agar sentiasa masbuk dalam solat jumaat. Tindakan itu bercanggah dengan firman Allah;

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขูŽู…ูŽู†ููˆุง ุฅูุฐูŽุง ู†ููˆุฏููŠูŽ ู„ูู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ููŽุงุณู’ุนูŽูˆู’ุง ุฅูู„ูŽู‰ ุฐููƒู’ุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฐูŽุฑููˆุง ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุนูŽ

Maksudnya;
“apabila diseru kepada solat, maka hendaklah dia bersegera kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli”.

[Al-Jumuaah : 9]

Namun begitu, sekiranya adalah kes-kes tertentu, seperti terlewat kerana kesebukan kerja, terlalai, tertidur atau sebagainya, maka kelewatannya itu sehingga dia sempat mendapat tamaninah dalam rukuk pada rakaat kedua imam, menunjukkan ia dapat rakaat tersebut.

Maka begitujuga situasi gerakan Islam di Malaysia yang menggunakan demokrasi. Ia bukan bermakna demokrasi itu satu sistem yang terbaik [kalau dibandingkan dengan monarki, sudah pasti demokrasi lagi baik]. Tetapi, memandangkan ia adalah satu-satunya sistem yang diamalkan di Malaysia untuk mengubah perlembagaan kepada Islam, maka ia dibenarkan. Lebih-lebih lagi, keterlibatan itu melahirkan banyak kemaslahatan kepada umat Islam, juga pada perlaksanaan Islam itu sendiri.

Perlu disedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan perlembagaan sebagai dasar rujukan kerajaan. Pembentukan perlembagaan atau penggubalan terhadap perlembagaan itu tertakluk kepada satu sistem yang bernama demokrasi. Memandangkan pemerintahan pada hari ini tidak menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan, disamping kezaliman semakin berleluasa, tidak dapat tidak perlembagaan yang ada wajib digubal, malahan digantikan dengan yang lebih baik. Ia disifatkan sebagai melaksanakan tugasan amar makruf dan nahi mungkar.

mengenangkan perkara itu, cara untuk melakukan tindakan itu hendaklah sesuai dengan manhaj Nabawi yang telah dicerapi oleh para ulama mujtahid yang berkelayakkan.

Dalam perbahasan ini, dinyatakan manhaj Nabi SAW dalam melakukan tindakan tersebut adalah seperti berikut;

1- tindakan itu hendaklah bersifat waqie
2- tindakan itu hendaklah tidak melahirkan kemudharatan yang lebih besar.

Nabi Muhammad SAW bertindak, sememangnya tindakan itu bersifat waqie. Tindakan yang bersifat angan-angan, ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Ekoran tindakan bersifat waqie itu, wujud dalam sirah beberapa istilah, seperti hijrah, sulh al-Hudaibiyyah, perjanjian aqabah dan banyak lagi. Tanpa keperluan waqie ketika itu, Nabi SAW tidak perlu melakukan sulh al-hudaibiyyah sehinggakan terpaksa melakukan satu perjanjian yang dilihat secara umumnya seperti menguntungkan musuh, malahan mendapat tentangan dari sebilangan sahabat.

Begitujuga, Nabi SAW tidak meruntuhkan kaabah, lalu dibina balik pada tapaknya yang sebenar setelah berlaku fath Makkah sambil Nabi SAW berkata kepada Aisyah;

ู„ูŽูˆู’ู„ูŽุง ุญูุฏู’ุซูŽุงู†ู ู‚ูŽูˆู’ู…ููƒู ุจูุงู„ู’ูƒููู’ุฑู ู„ูŽููŽุนูŽู„ู’ุชู

Maksudnya;
“kalaulah tidak umat kamu baru sahaja meninggalkan kekufuran, sudah pasti aku sudah lakukannya [runtuh dan bina balik pada tapaknya]”. [Muwattaโ€™ : 710]

Semua menandakana bahawa tindakan Nabi SAW itu bersifat waqie ketika itu.Dibawah maksud manhaj nabawi juga adalah, bertindak yang tidak melahirkan mudharat yang lebih besar.

Kaedah fiqh ada menyebut, “kemudharatan hendaklah dihapuskan sekadar yang mampu”. Ia sudah pasti berasaskan kepada sabda Nabi SAW;

ููŽุฅูุฐูŽุง ู†ูŽู‡ูŽูŠู’ุชููƒูู…ู’ ุนูŽู†ู’ ุดูŽูŠู’ุกู ููŽุงุฌู’ุชูŽู†ูุจููˆู‡ู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽู…ูŽุฑู’ุชููƒูู…ู’ ุจูุฃูŽู…ู’ุฑู ููŽุฃู’ุชููˆุง ู…ูู†ู’ู‡ู ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูู…ู’

Maksudnya;
“Apabila aku mencegah kamu berkenaan sesuatu, maka hindarilah ia. Apabila aku menyuruh kamu lakukan sesuatu urusan, lakukannya sekadar kemampuan kamu”. [Al-Bukhari : 6744]

Juga sabda Nabi SAW;

ู…ูŽู†ู’ ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ูƒูŽุฑู‹ุง ููŽู„ู’ูŠูุบูŽูŠูู‘ุฑู’ู‡ู ุจููŠูŽุฏูู‡ู ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุทูุนู’ ููŽุจูู„ูุณูŽุงู†ูู‡ู ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุทูุนู’ ููŽุจูู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ู ูˆูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ุฃูŽุถู’ุนูŽูู ุงู„ู’ุฅููŠู…ูŽุงู†ู

Maksudnya;
“barangsiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia tukar dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan benci dalam hati. Ia merupakan selemah-lemah iman”. [Muslim : 70]

Dalam mensyarahkan hadis ini, perkataan Qadhi Iyad telah dinukilkan oleh Im,am An-Nawawi dalam syarah Muslim. Beliau menyatakan;

ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซ ุฃูŽุตู’ู„ ูููŠ ุตูููŽุฉ ุงู„ุชูŽู‘ุบู’ูŠููŠุฑ ููŽุญูŽู‚ูู‘ ุงู„ู’ู…ูุบูŽูŠูู‘ุฑ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุบูŽูŠูู‘ุฑู‡ู ุจููƒูู„ูู‘ ูˆูŽุฌู’ู‡ ุฃูŽู…ู’ูƒูŽู†ูŽู‡ู ุฒูŽูˆูŽุงู„ู‡ ุจูู‡ู ู‚ูŽูˆู’ู„ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽูˆู’ ููุนู’ู„ู‹ุง

Maksudnya;
โ€œhadis ini adalah asal sifat mengubah [kemungkaran]. menjadi hak pihak yang mengubah [orang yang melihat kemungkaran] bahawa dia mengubah dengan semua bentuk yang termampu menghilangkannya [kemungkaran], sama ada dengan perkataan atau dengan perbuatan” [Syarh An-Nawawi : 1/131].

Jadi, keterlibatan dengan demokrasi di Malaysia dalam usaha menjatuhkan kemungkaran pemerintahan, disamping dalam usaha hendak mengubah perlembahaan yang merupakan dasar pemerintahan adalah satu perkara yang mesti. Tindakan tidak terlibat, akan mengakibatkan kemungkaran pemerintahan yang boleh dikurangkan akan terabai. Ia sudah pasti mengundang kemudharatan yang lebih besar; ia sudah pasti tidak dikehendaki oleh Allah SWT.

HARAM QATIE?

Ada sebilangan pihak menganggap demokrasi adalah sesuautu yang haram secara mutlak. Lebih sadis, apabila ia dinilai sebagai haram qatie.

Hendaknya diperhatikan bahawa penilaian sesuatu disebut sebagai haram qatie adalah bersandarkan kepada nas yang bersifat qatie as-subut dan qatie ad-dilalah, atau zannie as-subut dan qatie ad-dilalah.

contohnya solat. Ia termaktub secara qatie as-subut [mutawatir, sebab firman Allah], dan mencapai qatie ad-dilalah sehingga tidak berlaku perbedaan pendapat langsung atas kewajipan solat. Dalam nas itu, disebutkan secara terang kewajipan solat. Ekoran itu, orang yang menyalahi kewajipan solat dikira sebagai murtad; terkeluar dari Islam.

Adapun demokrasi, tidak ada satu nas yang qatie as-subut dan qatie ad-dilalah menyatakan pengharamannya. Jadi, tindakan pihak yang menyatakan bahawa demokrasi adalah haram secara qatie adalah tindakan yang salah. Malahan, tuduhan demokrasi sebagai haram qatie, sama seperti mereka melebelkan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sebagai terkeluar dari Islam.

Juga perlu diambil perhatian, larangan yang membawa kepada haram dalam nas ini mempunyai dua bentuk; larangan secara mutlak [An-Nahyu Az-Zati], dan larangan berbentuk sifat [An-Nahyu Al-Wasfi.

Larangan berbentuk sifat ini pula terbahagi kepada dua; sifat yang lazim [Al-wasf Al-lazim lahu] dan sifat yang berjiran [Al-wasf Al-Mujawir lahu] dengan larangan tersebut.

Contoh bagi larangan secara mutlak adalah larangan makan babi. Ini kerana, babi itu secara zatnya bersifat haram. Adapun contoh bagi larangan berbentuk sifat yang lazim, seperti larangan riba. Ini kerana, asal riba adalah jual beli kerana wujud muawadhad, iaitu pertukaran. Namun, memandangkan wujud sifat-sifat penambahan yang menindas, maka ia dikira haram. Contoh bagi larangan bersifat berjiran pula adalah seperti menunaikan solat dengan pakaian yang dicuri, atau berpuasa pada satu syawal.

Dari segi hukum, larangan secara mutlaq dan bersifat lazim ini, tidak timbul perbahasan yang panjang. Tetapi perbahasan fiqh berlaku pada larangan yang bersifat berjiran. Contohnya seperti seseorang yang melakukan puasa nazarnya pada satu syawal; apakah puasanya sah atau tidak.

Mengikut mazhab Hanafi, puasa nazar itu sah, tetapi perbuatannya itu haram. Ini kerana, larangan itu berlaku pada sifat [satu syawal], bukan pada zat puasa.

Maka begitulah juga demokrasi. Ia bukan larangan dari sudut zat, tetapi ia adalah larangan bersifat berjiran. Ekoran itu, demokrasi yang digunakan untuk menukar hukum Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran adalah haram. Ini kerana, firman Allah;

ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุฃูŽูƒู’ู…ูŽู„ู’ุชู ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฏููŠู†ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุฃูŽุชู’ู…ูŽู…ู’ุชู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ู†ูุนู’ู…ูŽุชููŠ ูˆูŽุฑูŽุถููŠุชู ู„ูŽูƒูู…ู ุงู„ู’ุฅูุณู’ู„ูŽุงู…ูŽ ุฏููŠู†ู‹ุง

Maksudnya;
“hari ini, telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku cukupkan nikmat-nikmatku dan aku redha Islam sebagai agama”.

[Al-Maidah : 3]

Tetapi, demokrasi yang digunakan dalam bentuk tanfiz, iaitu perlaksanaan sesuatu hukum Islam seperti mencari pendapat yang rajih dikalangan ulama untuk diadaptasikan dalam pemerintahan, menentukan pertukaran pemimpin dan sebagainya, maka ia dibenarkan.

HAKIKAT DEMOKRASI

Sesuatu hukum itu, tertakluk kepada hakikat benda. Ia tidak tertakluk kepada nama. kaedah ada menyebut;

ุงู„ุญูƒู… ุนู„ูŠ ุดูŠุก ูุฑุน ุนู† ุชุตูˆุฑู‡

Maksudnya;
“hukum pada sesuatu itu, satu bahagiannya adalah terletak pada [mengetahui] gambaran [benda yang hendak dihukumkan]”

Jadi, untuk memastikan sesuatu status hukum, hendaklah dipastikan hakikatnya, bukan dinilai pada ungkapan lidah-lidah manusia yang sudah masyhur, atau istilah-istilah yang sudah menjadi uruf di kalangan masyarakat.

Juga, ia tidak boleh dinilai dari sudut namanya yang datang dari non Muslim, maka ia ditolak. Ini kerana, kaedah menyebut;

ุงู„ุญูƒู… ูŠุฏูˆุฑ ุนู„ูŠ ุงู„ู…ุณูˆูŠ ู„ุง ุนู„ูŠ ุงู„ุฅุณู…

Maksudnya;
“hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama”

Demokrasi adalah satu istilah yang berasal dari Yunani. Ia bermaksud, suara rakyat. Demokrasi ini sering disebut sebagai sistem pemerintahan. Didalamnya terkandung beberapa perkara penting, seperti hak bersuara, hak golongan minoriti, rakyat menentukan keputusan dan banyak lagi.

perlu diperhatikan, status sesebuah negara itu tertakluk pada perlembagaan yang merupakan sumber rujukan sesebuah negara. Sekiranya perlembagaan itu menjadikan Islam sebagai dasar rujukan negara, sudah pasti negara itu digelar sebagai negara Islam. Maka begitujuga pada yang lainnya.

Adapun demokrasi, ia bukan sistem pemerintahan, tetapi sistem pemilihan dalam menentukan sesuatu sistem atau dasar pemerintahan. Dengan maksud, demokrasi mampu menjadikan perlembagaan yang menjadi dasar sesebuah pemerintahan itu bertukar; [jika di Malaysia] dari bentuk sekarang kepada islam menjadi rujukan.

Begitujuga, demokrasi merupakan merupakan sistem lantikan seseorang pemimpin dalam sesuatu pemerintahan. Dari itu, sebutan demokrasi sebagai sistem pemerintahan adalah sebutan ringkasan yang perlu dijelaskan lagi. Ia seperti Allah SWT menyebut;

ูˆูŽุงุณู’ุฃูŽู„ู ุงู„ู’ู‚ูŽุฑู’ูŠูŽุฉูŽ

Maksudnya;
“tanyalah qaryah [pekan]”

[Yusuf : 82]

dalam ayat ini, Allah SWT suruh tanya pekan, walhal pekan tidak boleh menjawab pertanyaan. Dari itu, para ulama menyatakan pada ayat “tanyalah pekan” itu mengandungi kalimah yang tidak termaktub, tetapi difahami secara uruf bahasa, bahawa maksudnya adalah, “tanyalah kepada ahli pekan tersebut” [kalimah ahli ditambah].

Nyata disini, bahawa demokrasi bukan sistem pemerintahan, sebaliknya adalah sistem pemilihan atau penetapan pada sesuautu dasar/sistem pemerintahan, atau seseorang pemimpin negara. Ia sama seperti orang menyatakan SPR merupakan satu sistem penyusunan dalam mengurus pilihanraya, tetapi ia bukan sistem pilihanraya. Ekoran dari itu, nyata bahawa perdebatan demokrasi ini, hendaklah dalam kerangka sistem pemilihan/penentuan terhadap sesuautu dasar pemerintahan, bukan sebagai sistem pemerintahan.

LARANGAN DAN DIBENARKAN

Pemerintahan islam adalah pemerintahan yang terlaksana hukum Islam. Dengan apa jua bentuk sekalipun, sesuatu pemerintahan itu sudah termasuk dibawah maksud pemerintahan Islam sekiranya terlaksana hukum Islam dalam pemerintahan tersebut.

Ekoran itu, kita akan dapati Muawiyyah telah memasukkan elemen monarki dalam pemerintahan islam. tindakan memasukkan elemen itu, tidak mencacatkan bagi maksud pemerintahan Islam. [lihat buku “islam, politik dan pemerintahan]

Jika monarki yang mempunyai kuasa individu pun dibenarkan, maka tidak ada sebab mahu dikatakan haram menggunakan demokrasi dalam pemerintahan Islam. Ini kerana, demokrasi tidak tertakluk kepada suara individu, tetapi tertakluk kepada suara rakyat [suara ramai].

DEMOKRASI TERLARANG

Dalam artikle lepas, dinyatakan bahawa demokrasi adalah pengharaman berbentuk sifat yang berjiran [Al-Wasf Al-Mujawir lahu]. Jadi, secara zatnya tidak haram, tetapi pengharaman itu berbentuk sifatnya sahaja. Justeru, pembuangan sifat akan mengembalikan kepada hukum zatnya.

Lantaran itu, apabila wujud beberapa sifat-sifat, maka demokrasi jadi haram. Antaranya adalah seperti berikut;

Pertama;

suara majoriti rakyat [demokrasi] tidak boleh digunakan untuk menentukan dalam perkara yang bersifat qatie dan perkara yang diketahui dalam agama secara pasti.

Contohnya ; solat, puasa, zakat dan banyak lagi.

Firman Allah;

ุฅูู†ู ุงู„ู’ุญููƒู’ู…ู ุฅูู„ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู

Maksudnya;
“tiada hukum kecuali kepunyaan Allah”

[Al-Anโ€™am : 57]

Kedua:

Suara majoriti tidak boleh digunakan untuk menghapuskan kandungan kitab [Al-Quran].

Firman Allah;

ุฃูŽููŽุชูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ ุจูุจูŽุนู’ุถู ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจู ูˆูŽุชูŽูƒู’ููุฑููˆู†ูŽ ุจูุจูŽุนู’ุถู ููŽู…ูŽุง ุฌูŽุฒูŽุงุกู ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽูู’ุนูŽู„ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุฎูุฒู’ูŠูŒ ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽุงุฉู ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ูŠูุฑูŽุฏูู‘ูˆู†ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุฃูŽุดูŽุฏูู‘

Maksudnya;
“Apakah patut kamu beriman sebahagian kitab, dan mengkufurinya [menghapuskan] pada setengah yang lain. Tiada pembalasan terhadap apa yang kamu lakukan itu, kecuali kehinaan hidup di dunia, dan akhirat nanti kamu akan ditolak ke dalam azab yang hebat”.

[Al-Baqarah : 85]

DEMOKRASI YANG DIBENARKAN

Dua sifat yang disebutkan diatas adalah faktor-faktor penyebab demokrasi diharamkan. Namun begitu, apabila dua sifat ini dibuang, maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu harus.

Dalam keadaan begitu, demokrasi amat diguna pakai dalam perkara-perkara berikut;

Pertama;

Suara majoriti digunakan untuk memilih pendapat yang paling rajih. Ia berlaku dalam perkara khilaf, seperti contoh memakai pendapat Hanafi dalam menetapkan kewajipan geran bagi mereka yang meneroka tanah berbanding syafie yang tidak mewajibkan geran.

Sabda Nabi SAW,

ุงุซู’ู†ูŽุงู†ู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ูˆูŽุงุญูุฏู ูˆูŽุซูŽู„ูŽุงุซูŒ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุงุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽุฉูŒ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉู ููŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุงู„ู’ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ููŽุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุนูŽุฒูŽู‘ ูˆูŽุฌูŽู„ูŽู‘ ู„ูŽู†ู’ ูŠูŽุฌู’ู…ูŽุนูŽ ุฃูู…ูŽู‘ุชููŠ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุนูŽู„ูŽู‰ ู‡ูุฏู‹ู‰

Maksudnya;
โ€œdua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lagi baik dari tiga. Hendaklah kamu dengan jemaah [majoriti], kerana Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjukโ€

[Musnad Ahmad : 20331]

Malahan, apabila berlaku pertembungan antara golongan yang kecil, nabi SAW menyuruh merujuk kepada suara ramai.

Sabda Nabi SAW;

ุฅูู†ูŽู‘ ุฃูู…ูŽู‘ุชููŠ ู„ูŽุง ุชูŽุฌู’ุชูŽู…ูุนู ุนูŽู„ูŽู‰ ุถูŽู„ูŽุงู„ูŽุฉู ููŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูู…ู’ ุงุฎู’ุชูู„ูŽุงูู‹ุง ููŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุงู„ุณูŽู‘ูˆูŽุงุฏู ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ุธูŽู…ู

Maksudnya;
โ€œSesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil โ€œAs-Sawad Al-โ€˜Azamโ€โ€

[Ibnu Majah : 3940]

Dalam menafsirkan maksud โ€œsawad aโ€™zamโ€, Kitab As-Sindi menyatakan;

ุฃูŽูŠู’ ุจูุงู„ู’ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ุงู„ู’ูƒูŽุซููŠุฑูŽุฉ ููŽุฅูู†ูŽู‘ ุงูุชูู‘ููŽุงู‚ู‡ู…ู’ ุฃูŽู‚ู’ุฑูŽุจ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฅูุฌู’ู…ูŽุงุน

Maksudnya;
โ€œJemaah yang ramai. Kerana, kesepakatan mereka lebih hampir kepada ijmakโ€

Imam As-Sayuti dalam menafsirkan โ€œsawad โ€˜Azamโ€;

ุฃูŽูŠู’ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณ ูˆูŽู…ูุนู’ุธูŽู…ู‡ู…ู’ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ูŠูŽุฌู’ุชูŽู…ูุนููˆู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูู„ููˆูƒ ุงู„ู’ู…ูŽู†ู’ู‡ูŽุฌ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู… ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซ ูŠูŽุฏูู„ู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ูŠูŽู†ู’ุจูŽุบููŠ ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ ุจูู‚ูŽูˆู’ู„ู ุงู„ู’ุฌูู…ู’ู‡ููˆุฑ

Maksudnya;
โ€œIa adalah himpunan manusia dan kebanyakkan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul. Hadis itu menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan perkataan majoritiโ€ [Hasyiah As-Sindi : 3940]

Al-Munawi pula berkata;

(ูุนู„ูŠูƒู… ุจุงู„ุณูˆุงุฏ ุงู„ุฃุนุธู…) ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุฅุณู„ุงู… ุฃูŠ ุงู„ุฒู…ูˆุง ู…ุชุงุจุนุฉ ุฌู…ุงู‡ูŠุฑ ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ูู‡ูˆ ุงู„ุญู‚ ุงู„ูˆุงุฌุจ ูˆุงู„ูุฑุถ ุงู„ุซุงุจุช ุงู„ุฐูŠ ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ุฎู„ุงูู‡ ูู…ู† ุฎุงู„ู ู…ุงุช ู…ูŠุชุฉ ุฌุงู‡ู„ูŠุฉ

Maksudnya;
โ€œ[hendaklah kamu ikut sawad โ€˜azam dari ahli islam] iaitu, lazimi mengikut pendapat majoriti orang islam, kerana ia adalah kebenaran yang wajib dan fardu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya, lalu mati, maka ia mati jahiliyyahโ€ [Faidul Qadir : 2/547]

Kedua;

ia digunakan dalam tanfiz terhadap hukum-hukum Islam. Seperti, menangguhkan dulu perlaksanaan hukum potong tangan, memandangkan ia boleh mendatangkan kemudharatan dalam perlaksanaan di tahun kelaparan atau seumpamanya. Seperti, kelaparan yang memungkinkan mereka mencuri. Apabila dipotong juga tangan, ia akan mempamerkan laksana hudud dikala wujud shubhat.

Ini disandarkan kepada hadis bahawa nabi SAW tidak terus membetulkan kaabah pada tapaknya yang tepat disebabkan rakyat makkah baru sahaja meninggalkan kekufuran.

Ketiga;

apabila pemerintahan sudah menetapkan perlembagaan islam, maka pemimpin negara boleh digugurkan sekiranya dia melakukan tindakan-tindakan berikut;

1- zalim
2- Fasiq, dan
3- lembab [tiada kebijakan ajaib].
4- Dan sebagainya..

lalu, ia terserah kepada suara rakyat dalam menentukan kejatuhan atau pengekalan pemimpin itu sebagai pemimpin atau tidak.

Firman Allah,

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฑู’ูƒูŽู†ููˆุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุธูŽู„ูŽู…ููˆุง ููŽุชูŽู…ูŽุณูŽู‘ูƒูู…ู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู

Maksudnya;
“jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu akan disambar oleh api neraka”.

[Hud : 113]

SYURA DAN DEMOKRASI

Ada sebilangan pihak mengatakan bahawa demokrasi tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah diamalkan oleh Nabi SAW. Malahan mereka mewajibkan kembali kepada syura. Dalam perkara ini, perlu dilihat dalam dua perkara, iaitu Syura dan amalan yang tidak dibuat oleh Nabi SAW.

Melihat kepada perlantikan empat orang khalifah Islam selepas kewafatan Nabi SAW, kita akan dapati bahawa cara pemilihan mereka tidak mempunyai satu cara. Tapi, dengan kepelbagaian cara itu, diiktiraf sebagai syura. [Al-Imamah Al-Uzma : 147 โ€“ 157]

Dengan ini difahami, bahawa yang dikatakan syura itu, sememangnya ia wujud nas kewajipannya. Iaitu firman Allah;

ูˆูŽุดูŽุงูˆูุฑู’ู‡ูู…ู’ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑู ููŽุฅูุฐูŽุง ุนูŽุฒูŽู…ู’ุชูŽ ููŽุชูŽูˆูŽูƒูŽู‘ู„ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู

Maksudnya;
“lakukan syura dikalangan kamu. Apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah”.

[Al-Imran : 159]

namun, ayat ini bersifat umum, tanpa dinyatakan bentuk-bentuk syura secara khusus. Apa yang pasti, dalam kitab-kitab tafsir menyatakan, maksud syura yang merujuk kepada ayat ini adalah, “meminta dikeluarkan pandangan” [Tafsir Al-Jalalain : 59]

Apabila dilihat pada amalan sahabat selepas kewafatan Nabi SAW, kita dapati mereka tidak mempunyai satu bentuk yang khusus tentang syura. Malahan selepas datang zaman monarki dan dinasti, bentuk syura semakin bertukar sehingga ia diinstitusikan.Ini menandakan, bentuk syura itu tidak mempunyai satu bentuk yang khusus.

Malahan jika dirujuk dalam hadis pula, didapati bahawa Nabi SAW;

ุฅูู†ูŽู‘ ุฃูู…ูŽู‘ุชููŠ ู„ูŽุง ุชูŽุฌู’ุชูŽู…ูุนู ุนูŽู„ูŽู‰ ุถูŽู„ูŽุงู„ูŽุฉู ููŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูู…ู’ ุงุฎู’ุชูู„ูŽุงูู‹ุง ููŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุงู„ุณูŽู‘ูˆูŽุงุฏู ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ุธูŽู…ู

Maksudnya;
โ€œSesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil โ€œAs-Sawad Al-โ€˜Azamโ€โ€

[Ibnu Majah : 3940]

Dengan ini, dikukuhkan lagi dengan sabda Nabi SAW dalam hadis yang lain, “empat itu lebih baik dari tiga, tiga itu lebih baik dari dua….”

NABI TAK BUAT

Mengenangkan Bentuk syura itu sendiri tidak mempunyai satu bentuk yang khusus, maka tidak menjadi kesalahan jika menggunakan demokrasi untuk dijadikan sebagai neraca dalam menentu sesuatu keputusan. Ini kerana, tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW, maka ia adalah tertolak.

Malahan wujud satu hadis, dari Rifaah bin Rafiโ€™ berkata, bahawa mereka solat jemaah bersama Nabi SAW. Apabila bangkit dari rukuk, kedengaran seorang sahabat menambah pada bacaan tasmi’ [sami’Allahulman hamidah], dengan membaca, “hamdan kasiran taiyiban mubarakan fih”.

Setelah solat, Nabi SAW bertanya, “siapakah yang membaca tadi”. Sahabat itu menjawab, โ€œSaya Rasulullah SAWโ€™

Rasulullah terus menyatakan bahawa baginda nampak beribu-ribu malaikat telah turun telah mengangkat kalimah tersebut untuk dibawa naik kepada Allah. [Muwattaโ€™ : 442]

Juga satu hadis, bahawa seorang sahabat yang telah bertayammum di musim sejuk disebabkan dia telah berjunub. Perbuatannya itu diketahui oleh Nabi SAW, menyebabkan baginda bertanya.

Dia menjawab dengan membaca satu firman Allah;

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู‚ู’ุชูู„ููˆุง ุฃูŽู†ู’ููุณูŽูƒูู…ู’ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุจููƒูู…ู’ ุฑูŽุญููŠู…ู‹ุง

Maksudnya;
“jangan kamu bunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah amat sayang kepada kamu”.

Mendengar jawapan Amru bin Al-As itu, Rasulullah ketawa tanpa berkata apa-apa pun. [Abi Daud : 283]

Dari dua hadis yang dikemukakan ini, kelihatan bahawa tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Nabi, maka ia terlarang. Malahan, ia dibenarkan dilakukan selama ia tidak bercanggah dengan nas yang saheh dan sareh.

begitujuga, tidak terkeluar dari kerangka manhaj nabawi, sekiranya melakukan sesuautu tindakan yang tidak digunakan oleh Nabi SAW secara zahir, tetapi mempunyai sandaran dari sudut “khafie an-nas”.

Jika dilihat pada hadis, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุญู’ุฏูŽุซูŽ ูููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑูู†ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุง ู…ูŽุง ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ููŽู‡ููˆูŽ ุฑูŽุฏูŒู‘

Maksudnya;
“barangsiapa melakukan sesuautu amalan yang bukan dari urusan kami ini, maka amalan tersebut akan tertolak” [Ibnu majah : 14]

Dalam mensyarahkan hadis ini, as-sindi telah menyatakan maksud dengan “urusan kami ini” adalah selama tidak bercanggah nas yang zahir, dan tidak bercanggah dengan nas yang khafie. [Hasyiah As-Sindi : 1/14]

Dengan maksud, sekiranya ia tidak bercanggah dengan nas yang khafie [bukan zahir perbuatan], maka ia tidak boleh diharamkan, malahan ia diketagorikan sebagai masyruk [disyariatkan].

Jadi, demokrasi tidak boleh diharamkan secara mutlak dengan alasan Nabi SAW tidak lakukan. Sebaliknya, dalam keadaan sekarang, iaitu dalam usaha menjatuhkan regim, maka menggunakannya adalah dibenarkan.

sumber :http://g-82.blogspot.com/
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
saya tertarik dengan artikel ini maka saya mengambil kesempatan untuk kongsikan ia sebagai sebahagian dari koleksi di blog saya ini, ia bertepatan dengan kefahaman saya dan keharusan demokrasi yang saya pegang selama ini, walau saya juga antara perindu khilafah seperti sahabat2 saya dari HT, tapi saya tidak menemukan hujah yg kuat pengharaman total terhadap demokrasi bahkan dalam percubaan utk meneliti secara halus terhadap kebatilan falsafah demokrasi, saya dapati ย untuk amalan berorganisasi , demokrasi masih memberi input utk mengurangkan tekanan terhadap perjuangan menegakkan islam di bumi Malaysia ini….wallahualam.

a lot of stories

Lama tak update blog ni, mood tak begitu memberangsangkan, mungkin sedang menghampiri masa persaraan. Keinginan menulis sudah tidak sehangat dulu, . โ€ฆkenapa ya, pena sudah agak tumpul gamaknya ๐Ÿ˜€ lagipun saya lebih kerap singgah difacebook, lebih meriah berinteraksi dengan rakan dan murid2 saya , ia menjadi laman yang lebih aktif , updated dan lebihย  informatifย  bagi saya ini.

Mac 2001 baru saja berlalu , nampaknya ย โ€˜lamankuโ€™ ini lompong tanpa entry bagi Bulan Mac ni, tak sempat berkongsi tulisan ataupun ‘luahan hati’ ย biarpun banyak juga sebenarnya peristiwa menarik telah berlaku di sana sini…cerita kursus kenaikan pangkat sarjan dan staf sarjan di Setiawan danย  beberapa trip serta event yang telah saya sertai sepatutnya boleh dijadikan entry utk hidupkan blog sayaย  ini, tapi ‘tersangkut’ pulak dengan bizi rutin kerja sehari-hari dan gangguan kesihatan kebelakangan ini.

Semalam saya baru selesai program mukhyam tingkatan satu dan bergegas pula ke kompleks sukan Hijau Kuningย  Alor Setar untuk temasya sukan HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama). Saya menumpang MPV Kak Manisah. Terkilan juga kerana tidak dapat menemani suami, seusai mensyuarat PIBGย  di sekolah, suami bertolak ke Ipoh pula….sedang anak-anak beradaย  dirumah sepanjang petang setelah mereka juga keletihan dgn program mukhayam dan explorace yang dianjurkan oleh PIBGย  di sekolah. ehh semua orang sibuknyaa.

Berbaloi ke Alor Setar, sekolah kami mengekalkan kejuaraan tahun lalu untuk bolasepak, manakala muncul johan dan naib johan untuk gusti lengan ๐Ÿ˜€ Kami juga turut munculย  naib johan untuk acara badminton. Malangnya team tarik tali tewas di pusingan kedua.

HESA kena kaji semula temasya sukan yang dianjurkan nya….pelajar tahfiz yang dah dewasa dan nampak ‘tua’ pun diizin bertanding dengan pelajar sekolah menengah umor 13-17 tahun…ada acara tarik tali macam pasukan ‘ayah’ lawan pasukan ‘anak’, sekali rentap sajaย  jatuh tertunggeng budak2 tu ๐Ÿ˜€

ceria setelah berjaya mengejar juara..tahniah utk team bola sekolah

sujud syukur setelah berjaya sebagai juara dua tahun berturut-turut

Dalam perjalanan pulang dari A.Setar, saya terpaksa memandu grand lavina kak manisah kerana dia sakit kepala sehingga muntah2, kesian mungkin kerana kepenatan dan kepanasan sewaktu di stadium. ehem merasa jugalah saya memegang stering kereta barunya itu, sementara kak manisah baring kat bahagian belakang, saya memandu ditemani berbicara oleh kak asma’ sepanjang perjalanan tersebut.ย  Sebenarnya saya juga exhausted…kerana malam tadinya saya tidur jam 3 pagi gara2 aktivitiย  ‘night walk’ย  semasa mukhayam. Banyak yg nak dipost mortemkan utk ajk pelaksana aktiviti tersebut, namun hari ini saya mengambil cuti pula, menemani anak saya muaz yg demam tiba2. Malam tadi berguling2 mengadu sakit perut sehingga babanya membawa ke klinik sekitar jam 3.30 pagi, ๐Ÿ˜€ saya agak bimbang kerana pagi ini babanya ke perlis pula utk sesuatu urusan, sedang saya tahu dia juga kepenatan seperti saya. Semoga Allah melindungi kami semua dan membantu mengurniakan kecergasan dan tubuh badan yang sihat bagi kami.

sakit tekak muallimah suruh hangpa tariikkk....tariiikk...ishh tewas jugak..:D

inilah Fauzan...jaguh gusti lengan.

ada yang sangatย  manis dalam ingatan dan masih basah menjamah hati saya yang ingin saya kongsikan sebagai entry di sini. Satu ย kenangan yang paling menarik pada penghujung cuti yang lalu…iaitu perkahwinan Pakcik Mid saya dengan makcik Jamaliah. Pak cik Mid adalah adik bongsu mak mertua saya yang tinggal di Pahang, sesekali saya berkesempatan bertemu dgnnya bila dia pulang dan berkunjung ke rumah mertua saya. Pak cik Mid sekalipun sudah berusia pertengahan 60 an, tapi masih gagah dan tampan. Kalau tidak masakan Mak Cik Jamaliah ย boleh jatuh hati dan berkenan, dengar ceritanya dia pernah menolak beberapa pinangan sebelum menerima pinangan Pak cik Mid ini.

pengantin sedondong hijau..

Pak cik Mid bertemu jodoh dengan Mak cik Jamaliah yang kebetulan tinggal di kampung berdekatan dengan kampong saya ini. Maka berkumpulah keluarga dari Pahang di kediaman saya bagi meraikan perkahwinan Pak Cik Mid dan mengiringi beliau dalam majlis anak teruna bertandang ke rumah anak daraโ€ฆerrrโ€ฆsebenarnya bukan teruna lagi dah kerana ini adalah perkahwinan keempat bagi Pak cik Mid saya, sementara makcikย  Jamaliah memang masih anak dara kerana ini pernikahannya yg pertama sekalipun pada usianya 47 tahun.

hero saya jadi pengapit pakcik hari tu.. ๐Ÿ˜€

Jujur saya bertanya pada mertua saya, “rasa-rasanya makcik maliah ni boleh dapat anak lagi tak mak” . Saya bertanya demikian kerana ada wanita yang mencapai menopause pada usia lewat 40 an.” tak da anak pun tak pa dah, Pak cik anak dah ramai” jawab ibu mertua saya ” mmm, yang ramai anak tu Pak Cik Mid, mak cik Maliah mana ada anak lagi. takkan dia tak teringin ada anak dari rahimnya sendiri” ngomel saya pula…errr dalam hati je ler ๐Ÿ˜€

kamar pengantin berhias indah...

Anak saya Raihanah yang pada mulanya teruja dan gembira bila diberitahu kita nak ke majlis pengantin, kemudianya masam mencuka bila mengetahui Tokcik Mid adalah pengantin yang saya maksudkan padanya. Dengan lurusnya dia berkata pada saya โ€œ takkan pengantinย  orang tua, pengantin mestilah orang yang cantikย  ” marah hanah.โ€ฆ “hisshh hanah ni , cantik la tuโ€ฆbaju cantik, bilik tidur pun cantik, hantaran pun cantik2 belakaโ€, kata saya pula. Saya faham dia mungkin keliru dan terkejut kerana pertama kali melihat pengantin baru dalam usia sebegitu. ๐Ÿ˜€

khemah tetamu ..

Saya mendoakan keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan utk perkahwinan pak cik Mid kali ini. Selepas kematian isteri pertama beberapa tahun yang lalu, saya tahu tidak mudah menempuh perkahwinan yang seterusnya untukย  mengulangi kembali keindahan pengalaman masa lalu. Dalam sejarah 4 perkahwinan yg dilaluinya, 3 kali dia bertemu jodoh dengan anak dara .. ๐Ÿ˜€ , “apa ilmu pakcik Mid ni sebenarnya. ” saya cuba mengorek rahsia “orang lelaki tak susah pun nak dapat anak dara,ย  kerana ‘anak dara lebih usia’ ย memang ramai kat malaysia” kata suami saya. Eh….lain macam je bunyinya, ” eh student abang ada ke anak dara yang lebih usia,ย  ?” tanya saya kemudiannya. ” tengok student buat aperr…pensyarah pun ramai yang lebih usia dan belum berpunyerr ” tersengeh je suami saya sewaktu menuturkannya . Alamak jangan la dia berjangkit selera sama dengan pakciknya pula ….oh no no no…never!!

pak cik Mid masih tampan ๐Ÿ˜€

Kawan saya pernah berkata, kawin kali kedua takkan sama dengan pengalaman kita semasa kawin kali pertama. Masa ni sabar kita kena sekali ganda kerana memori lama akan datang juga mencelah sekali sekala. Saya katakan, perkahwinan kesekian kalinya bukan copy paste perkahwinan dulu atau sekadar utk mengulangi pengalaman lalu, kerana dalam perjalanan hidup kita , perubahan akan sentiasa berlaku baik secara fizikal atau mental, jasadiah atau batiniah. Kalau pun kita terpaksa berhadapan dengan suatu pengalaman baru, mudah2an Allah menyediakan pengalaman baru itu adalah untuk memberi suntikan baru juga terhadap ketinggian iman dan taqwa kita padaNya.

Dalam pengamatan saya, berkahwin pada usia datuk dan nenek tetap besar cabarannya. Ramai yang telah gagal , maka perkahwinan baru antaraย  opah dan tok wan tidak dapat bertahan lama. Seorang pak cik dikampung saya dulu yg kematian isterinya telah mengambil keputusan mengahwini adik iparnya yang sekian lama menjadi balu. Kami yang melihatnya turut gembira kerana merasakan perkahwinan itu โ€˜molek sangatโ€™ dan tepat pada ketikanya. Maklumlah kedua-duanya single dan bersesuaian pula dari segi usia. Bahkan merekaย  sudah pun saling kenal dalam sebuahย  keluarga, tentulah mudah melayari bahtera rumahtangga dan saling menghilangkan sunyi pada usia senja begini. Tapi pernikahan kekal sebulan sahaja, mereka bercerai kerana masing2 tidak mahu meninggalkan โ€˜rumah sendiriโ€™ . โ€ฆ..ishhh ada juga ya???

Ada juga pasangan yg bernikah tua ni tidak serasi kerana masalah anak cucu masing2. Setiap mereka sudah memiliki keluarga sendiri yang besar dan cenderung melebihkan keluarga masing2. Ada opah yang kerap tinggalkan tok wan kerana berkunjung ke rumah anak menantunya sehingga leka berbulan di sana membiarkan tok wan sunyi di rumah sendiri. Ada pula tok wan yang berkahwin dgn Opah tapi tetap berumahtangga dengan kedai kopi .

Seorang kawan saya yang mengahwinkan ayahnya dengan seorang janda, namun janda tersebut kemudianya lari meninggalkan ayahnya dan menyebarkan alasan yg ayahnya โ€˜kuat nafsuโ€™ dan berlebihan pula..โ€ฆaiiii berpuluh tahun hidup sejahtera dengan arwah mak aku, dah usia senja baru abah ย nak kuat nafsu ???udah lah abah sering sakit dada dan lelah, ada kencing manis pulak abah ย tu…. ishh melampau betol makcik mak baru aku “…keluh kawan saya kemarahan.

Rupanya tak mudah, bertemu jodoh di usia tua. Proses adaptasi dan penyesuaian diri terhadap satu sama lain lebih sulit berbanding perkahwinan kali pertama ketika muda. Orang tua lebih sensitive dan lebih berani mengambil keputusan., mungkin sudah kurang komitmentย  terhadap bebanan rumahtangga maka berkahwin dan bercerai jadi mudah bagi mereka.

Dalam satu ‘sembang2’ dengan seorang rakan,ย  saya pernah meluahkan pandangan. ‘Companionship’ atau keperluan kepada pasangan dalam sebuah rumahtangga akan berubah dengan bertambahnya usia perkahwinan. Keinginan kita terhadap pasangan hari ini tidak sama dgn keinginan semasa kita mula-mula kahwin dulu. Begitu juga keperluan terhadap pasangan bagi perkahwinan yang baru setahun dengan perkahwinan yang sudah 10 atau 15 tahun akan berbeza. Keinginan terhadap pasangan bagi orang muda tidak sama keinginan itu untuk orang tua-tua. Menurut kawan saya, bagi yang lelaki, usia tua mengembalikan mereka kepada sifat manja, takutkan kesunyian dan kurang pandai mengurus diri. Mereka ingin ada teman yang sentiasa ada untuk melayan atau berbicara dan tempat itu hanya boleh diisi oleh orang yang bergelar isteri.Sekalipun memiliki anak2 perempuan atau cucu cicit, tetap ‘ruang’ itu tidak dapat dipenuhi kecuali dari seorang isteri. Nabi Adan as yang dikelilingi nikmat di syurga juga masih tetap ingin bertemankanย  Hawa. Berbeza bagi seorang nenekย  atau wanita tua, keinginan utk berteman lebih kepada menghilangkan kebosanan dan teman itu bukan semestinya dari kaum lelaki atau suami. Cukup kalau boleh ditemani anak menantu atau cucu cicit, itu sudah menepati naluri berteman yang mereka inginkan.

entahlah, saya pun tak pasti…..walau apa pun jua pandangan, saya yakin berkahwin di usia tua atau muda, jika alasan agama menjadi keutamaan, pasti nenek atau tok wan akan dapat mengambil peranan masing2 sewajarnya. Sekalipun sudah memiliki rumah sendiri yg besar, seorang nenek tetap menanggung hak utk taat dan berada di sisi suami. Tidak timbul siapa yang harus mengikut siapa dan siapa yang harus tinggal di rumah siapa, kerana dalam sebuah rumahtangga, untuk berada bersama dan memberi khidmat kepada suami tetap wajib bagi isteri sekalipun isteri adalah seorang nenek dengan anak cucu sendiri yang sudah berderet.

Perkawinan tetap baik pada peringkat usia mana pun kita, alangkah indahnya diusia tua ini, masing-masing saling membantu pasangan utk keduanya lebih dekat kepada Allah. Bersama-sama ke masjid dan menghadiri majlis ilmu, bangun solat malam bersama, berpuasa bersama, berziarah bersama dan menjadi teman bicara terhadap satu sama lain. Eloklah usia tua ini, masa yang ada dilebihkan utk memperbanyakkanย  ibadatย  serta amalan2 soleh yang lain, dan ini dilakukan secara bersama.Tentulah bertemu dan berkahwin diusia tua ini akan begitu bermakna dan berharga.

untuk pakcik Mid…semoga berbahagia dan perkahwinan pakcik sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. Makcik Jamaliahย  adalah amanah…usia tua bukan alasan untuk mensia-siakan amanah, kerana ia tidak pernah terlepas untuk dipersoalkanย  Allah kelak ..

kalau balik rumah mertua….jangan lupa singgah di rumah saya. ๐Ÿ˜€