a lot of stories

Lama tak update blog ni, mood tak begitu memberangsangkan, mungkin sedang menghampiri masa persaraan. Keinginan menulis sudah tidak sehangat dulu, . …kenapa ya, pena sudah agak tumpul gamaknya😀 lagipun saya lebih kerap singgah difacebook, lebih meriah berinteraksi dengan rakan dan murid2 saya , ia menjadi laman yang lebih aktif , updated dan lebih  informatif  bagi saya ini.

Mac 2001 baru saja berlalu , nampaknya  ‘lamanku’ ini lompong tanpa entry bagi Bulan Mac ni, tak sempat berkongsi tulisan ataupun ‘luahan hati’  biarpun banyak juga sebenarnya peristiwa menarik telah berlaku di sana sini…cerita kursus kenaikan pangkat sarjan dan staf sarjan di Setiawan dan  beberapa trip serta event yang telah saya sertai sepatutnya boleh dijadikan entry utk hidupkan blog saya  ini, tapi ‘tersangkut’ pulak dengan bizi rutin kerja sehari-hari dan gangguan kesihatan kebelakangan ini.

Semalam saya baru selesai program mukhyam tingkatan satu dan bergegas pula ke kompleks sukan Hijau Kuning  Alor Setar untuk temasya sukan HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama). Saya menumpang MPV Kak Manisah. Terkilan juga kerana tidak dapat menemani suami, seusai mensyuarat PIBG  di sekolah, suami bertolak ke Ipoh pula….sedang anak-anak berada  dirumah sepanjang petang setelah mereka juga keletihan dgn program mukhayam dan explorace yang dianjurkan oleh PIBG  di sekolah. ehh semua orang sibuknyaa.

Berbaloi ke Alor Setar, sekolah kami mengekalkan kejuaraan tahun lalu untuk bolasepak, manakala muncul johan dan naib johan untuk gusti lengan😀 Kami juga turut muncul  naib johan untuk acara badminton. Malangnya team tarik tali tewas di pusingan kedua.

HESA kena kaji semula temasya sukan yang dianjurkan nya….pelajar tahfiz yang dah dewasa dan nampak ‘tua’ pun diizin bertanding dengan pelajar sekolah menengah umor 13-17 tahun…ada acara tarik tali macam pasukan ‘ayah’ lawan pasukan ‘anak’, sekali rentap saja  jatuh tertunggeng budak2 tu😀

ceria setelah berjaya mengejar juara..tahniah utk team bola sekolah

sujud syukur setelah berjaya sebagai juara dua tahun berturut-turut

Dalam perjalanan pulang dari A.Setar, saya terpaksa memandu grand lavina kak manisah kerana dia sakit kepala sehingga muntah2, kesian mungkin kerana kepenatan dan kepanasan sewaktu di stadium. ehem merasa jugalah saya memegang stering kereta barunya itu, sementara kak manisah baring kat bahagian belakang, saya memandu ditemani berbicara oleh kak asma’ sepanjang perjalanan tersebut.  Sebenarnya saya juga exhausted…kerana malam tadinya saya tidur jam 3 pagi gara2 aktiviti  ‘night walk’  semasa mukhayam. Banyak yg nak dipost mortemkan utk ajk pelaksana aktiviti tersebut, namun hari ini saya mengambil cuti pula, menemani anak saya muaz yg demam tiba2. Malam tadi berguling2 mengadu sakit perut sehingga babanya membawa ke klinik sekitar jam 3.30 pagi,😀 saya agak bimbang kerana pagi ini babanya ke perlis pula utk sesuatu urusan, sedang saya tahu dia juga kepenatan seperti saya. Semoga Allah melindungi kami semua dan membantu mengurniakan kecergasan dan tubuh badan yang sihat bagi kami.

sakit tekak muallimah suruh hangpa tariikkk....tariiikk...ishh tewas jugak..:D

inilah Fauzan...jaguh gusti lengan.

ada yang sangat  manis dalam ingatan dan masih basah menjamah hati saya yang ingin saya kongsikan sebagai entry di sini. Satu  kenangan yang paling menarik pada penghujung cuti yang lalu…iaitu perkahwinan Pakcik Mid saya dengan makcik Jamaliah. Pak cik Mid adalah adik bongsu mak mertua saya yang tinggal di Pahang, sesekali saya berkesempatan bertemu dgnnya bila dia pulang dan berkunjung ke rumah mertua saya. Pak cik Mid sekalipun sudah berusia pertengahan 60 an, tapi masih gagah dan tampan. Kalau tidak masakan Mak Cik Jamaliah  boleh jatuh hati dan berkenan, dengar ceritanya dia pernah menolak beberapa pinangan sebelum menerima pinangan Pak cik Mid ini.

pengantin sedondong hijau..

Pak cik Mid bertemu jodoh dengan Mak cik Jamaliah yang kebetulan tinggal di kampung berdekatan dengan kampong saya ini. Maka berkumpulah keluarga dari Pahang di kediaman saya bagi meraikan perkahwinan Pak Cik Mid dan mengiringi beliau dalam majlis anak teruna bertandang ke rumah anak dara…errr…sebenarnya bukan teruna lagi dah kerana ini adalah perkahwinan keempat bagi Pak cik Mid saya, sementara makcik  Jamaliah memang masih anak dara kerana ini pernikahannya yg pertama sekalipun pada usianya 47 tahun.

hero saya jadi pengapit pakcik hari tu..😀

Jujur saya bertanya pada mertua saya, “rasa-rasanya makcik maliah ni boleh dapat anak lagi tak mak” . Saya bertanya demikian kerana ada wanita yang mencapai menopause pada usia lewat 40 an.” tak da anak pun tak pa dah, Pak cik anak dah ramai” jawab ibu mertua saya ” mmm, yang ramai anak tu Pak Cik Mid, mak cik Maliah mana ada anak lagi. takkan dia tak teringin ada anak dari rahimnya sendiri” ngomel saya pula…errr dalam hati je ler😀

kamar pengantin berhias indah...

Anak saya Raihanah yang pada mulanya teruja dan gembira bila diberitahu kita nak ke majlis pengantin, kemudianya masam mencuka bila mengetahui Tokcik Mid adalah pengantin yang saya maksudkan padanya. Dengan lurusnya dia berkata pada saya “ takkan pengantin  orang tua, pengantin mestilah orang yang cantik  ” marah hanah.… “hisshh hanah ni , cantik la tu…baju cantik, bilik tidur pun cantik, hantaran pun cantik2 belaka”, kata saya pula. Saya faham dia mungkin keliru dan terkejut kerana pertama kali melihat pengantin baru dalam usia sebegitu.😀

khemah tetamu ..

Saya mendoakan keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan utk perkahwinan pak cik Mid kali ini. Selepas kematian isteri pertama beberapa tahun yang lalu, saya tahu tidak mudah menempuh perkahwinan yang seterusnya untuk  mengulangi kembali keindahan pengalaman masa lalu. Dalam sejarah 4 perkahwinan yg dilaluinya, 3 kali dia bertemu jodoh dengan anak dara ..😀 , “apa ilmu pakcik Mid ni sebenarnya. ” saya cuba mengorek rahsia “orang lelaki tak susah pun nak dapat anak dara,  kerana ‘anak dara lebih usia’  memang ramai kat malaysia” kata suami saya. Eh….lain macam je bunyinya, ” eh student abang ada ke anak dara yang lebih usia,  ?” tanya saya kemudiannya. ” tengok student buat aperr…pensyarah pun ramai yang lebih usia dan belum berpunyerr ” tersengeh je suami saya sewaktu menuturkannya . Alamak jangan la dia berjangkit selera sama dengan pakciknya pula ….oh no no no…never!!

pak cik Mid masih tampan😀

Kawan saya pernah berkata, kawin kali kedua takkan sama dengan pengalaman kita semasa kawin kali pertama. Masa ni sabar kita kena sekali ganda kerana memori lama akan datang juga mencelah sekali sekala. Saya katakan, perkahwinan kesekian kalinya bukan copy paste perkahwinan dulu atau sekadar utk mengulangi pengalaman lalu, kerana dalam perjalanan hidup kita , perubahan akan sentiasa berlaku baik secara fizikal atau mental, jasadiah atau batiniah. Kalau pun kita terpaksa berhadapan dengan suatu pengalaman baru, mudah2an Allah menyediakan pengalaman baru itu adalah untuk memberi suntikan baru juga terhadap ketinggian iman dan taqwa kita padaNya.

Dalam pengamatan saya, berkahwin pada usia datuk dan nenek tetap besar cabarannya. Ramai yang telah gagal , maka perkahwinan baru antara  opah dan tok wan tidak dapat bertahan lama. Seorang pak cik dikampung saya dulu yg kematian isterinya telah mengambil keputusan mengahwini adik iparnya yang sekian lama menjadi balu. Kami yang melihatnya turut gembira kerana merasakan perkahwinan itu ‘molek sangat’ dan tepat pada ketikanya. Maklumlah kedua-duanya single dan bersesuaian pula dari segi usia. Bahkan mereka  sudah pun saling kenal dalam sebuah  keluarga, tentulah mudah melayari bahtera rumahtangga dan saling menghilangkan sunyi pada usia senja begini. Tapi pernikahan kekal sebulan sahaja, mereka bercerai kerana masing2 tidak mahu meninggalkan ‘rumah sendiri’ . …..ishhh ada juga ya???

Ada juga pasangan yg bernikah tua ni tidak serasi kerana masalah anak cucu masing2. Setiap mereka sudah memiliki keluarga sendiri yang besar dan cenderung melebihkan keluarga masing2. Ada opah yang kerap tinggalkan tok wan kerana berkunjung ke rumah anak menantunya sehingga leka berbulan di sana membiarkan tok wan sunyi di rumah sendiri. Ada pula tok wan yang berkahwin dgn Opah tapi tetap berumahtangga dengan kedai kopi .

Seorang kawan saya yang mengahwinkan ayahnya dengan seorang janda, namun janda tersebut kemudianya lari meninggalkan ayahnya dan menyebarkan alasan yg ayahnya ‘kuat nafsu’ dan berlebihan pula..…aiiii berpuluh tahun hidup sejahtera dengan arwah mak aku, dah usia senja baru abah  nak kuat nafsu ???udah lah abah sering sakit dada dan lelah, ada kencing manis pulak abah  tu…. ishh melampau betol makcik mak baru aku “…keluh kawan saya kemarahan.

Rupanya tak mudah, bertemu jodoh di usia tua. Proses adaptasi dan penyesuaian diri terhadap satu sama lain lebih sulit berbanding perkahwinan kali pertama ketika muda. Orang tua lebih sensitive dan lebih berani mengambil keputusan., mungkin sudah kurang komitment  terhadap bebanan rumahtangga maka berkahwin dan bercerai jadi mudah bagi mereka.

Dalam satu ‘sembang2’ dengan seorang rakan,  saya pernah meluahkan pandangan. ‘Companionship’ atau keperluan kepada pasangan dalam sebuah rumahtangga akan berubah dengan bertambahnya usia perkahwinan. Keinginan kita terhadap pasangan hari ini tidak sama dgn keinginan semasa kita mula-mula kahwin dulu. Begitu juga keperluan terhadap pasangan bagi perkahwinan yang baru setahun dengan perkahwinan yang sudah 10 atau 15 tahun akan berbeza. Keinginan terhadap pasangan bagi orang muda tidak sama keinginan itu untuk orang tua-tua. Menurut kawan saya, bagi yang lelaki, usia tua mengembalikan mereka kepada sifat manja, takutkan kesunyian dan kurang pandai mengurus diri. Mereka ingin ada teman yang sentiasa ada untuk melayan atau berbicara dan tempat itu hanya boleh diisi oleh orang yang bergelar isteri.Sekalipun memiliki anak2 perempuan atau cucu cicit, tetap ‘ruang’ itu tidak dapat dipenuhi kecuali dari seorang isteri. Nabi Adan as yang dikelilingi nikmat di syurga juga masih tetap ingin bertemankan  Hawa. Berbeza bagi seorang nenek  atau wanita tua, keinginan utk berteman lebih kepada menghilangkan kebosanan dan teman itu bukan semestinya dari kaum lelaki atau suami. Cukup kalau boleh ditemani anak menantu atau cucu cicit, itu sudah menepati naluri berteman yang mereka inginkan.

entahlah, saya pun tak pasti…..walau apa pun jua pandangan, saya yakin berkahwin di usia tua atau muda, jika alasan agama menjadi keutamaan, pasti nenek atau tok wan akan dapat mengambil peranan masing2 sewajarnya. Sekalipun sudah memiliki rumah sendiri yg besar, seorang nenek tetap menanggung hak utk taat dan berada di sisi suami. Tidak timbul siapa yang harus mengikut siapa dan siapa yang harus tinggal di rumah siapa, kerana dalam sebuah rumahtangga, untuk berada bersama dan memberi khidmat kepada suami tetap wajib bagi isteri sekalipun isteri adalah seorang nenek dengan anak cucu sendiri yang sudah berderet.

Perkawinan tetap baik pada peringkat usia mana pun kita, alangkah indahnya diusia tua ini, masing-masing saling membantu pasangan utk keduanya lebih dekat kepada Allah. Bersama-sama ke masjid dan menghadiri majlis ilmu, bangun solat malam bersama, berpuasa bersama, berziarah bersama dan menjadi teman bicara terhadap satu sama lain. Eloklah usia tua ini, masa yang ada dilebihkan utk memperbanyakkan  ibadat  serta amalan2 soleh yang lain, dan ini dilakukan secara bersama.Tentulah bertemu dan berkahwin diusia tua ini akan begitu bermakna dan berharga.

untuk pakcik Mid…semoga berbahagia dan perkahwinan pakcik sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. Makcik Jamaliah  adalah amanah…usia tua bukan alasan untuk mensia-siakan amanah, kerana ia tidak pernah terlepas untuk dipersoalkan  Allah kelak ..

kalau balik rumah mertua….jangan lupa singgah di rumah saya.😀

4 Komen

  1. 4 April 11 pada 7:51 am

    ‘a lot ao stories’..tak tahu nak komen ape. macam silap masuk ruangan pun ada..dah lama tak main bola kat islah. tak sangka, bdk2 smai hebat2 main bola macam “abang2″nya dahulu..kui.kui.kui..

  2. ummuhanah said,

    7 April 11 pada 7:23 pm

    kui…kui…kui….
    adik2 memang pandai main bola….macam abang2 depa juga. dan ada lagi ‘perkara’ yang adik2 kat sini sangat pandai….errrr lebih pandai dari abang2 depa sebenarnya….kalau rajin menyiasat, al syarqawi tentu dapat tahu ‘rahsia’nya.

    smai kekurangan tenaga muallim yg muda2…maka para muallimah pula yang terpaksa terjun gelanggang, entah bila lah ex2 kita nak pulang berkhidmat kat sini, …nampak sangat ‘banin2’ kita ni rindukan kuhadiran guru lelaki yg muda utk bersama mereka, kami ‘wanita’ mungkin tidak begitu menepati keperluan mereka dan tak banyak boleh berkongsi. Tak teringinkah syarqawi utk bersama kami di sini??

  3. 8 April 11 pada 7:25 am

    InsyaALLAH….saya sebenar teringin sbbnya saya mulai semakin risau dek genarasi macam saya dan muda sekarang.sy nak luangkan beberapa hari disana kalau boleh la 4-5h. mgkin bulan mei atau jun.bulan april april banyk tuntutan yg perlu diselesaikan. sbnrnya batch kami spm04 ada progrm yg hendak dirancangkan thn lepas. 2 dua program. ntah apa masalahnya berlalu begitu saje. jd sy terpaksa la, buat program saya sendiri.bg saya dua minggu untuk siapkan kertas kerjanya..agak kepenatan sikit sebab semalam baru selesai “World Halal Reserch 2011 Summit”.
    saya tertanya2 ape ‘perkara’ yg adik2 kat sana sangat pandai? haza musykilah kabir..

  4. ummuhanah said,

    8 April 11 pada 2:00 pm

    salam…adik2 sekarang memang banyak ‘kepakaran’ …lebih pakar berbanding zaman antum…..maklumlah zaman tenet dan zaman fesbuk ni….

    elok juga kalau nak adakan program dgn adik2 ni….mlh rasa syarqawi boleh contact mlh maimunah utk bincang perkara ni nanti, kerana dia pegang program alumni sekolah kita.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: