Biman Airlines dan Dakka

Saya tidak lah obsess sangat  tentang syarikat penerbangan mana yg nak dipilih utk membawa kami ke Mekah. Semuanya saya serahkan pada agensi. Mulanya kami dijanjikan penerbangan dgn Emerates, kemudian bertukar kpd Qatar Airlines , akhirnya seminggu sebelum bertolak confirmation telah diterima bahawa kami bakal terbang dengan Biman Airlines.

syarikat mana tu bang” tanya saya ingin tahu “ Bangladesh” kata suami. “ kita akan transit di Dakka nanti” sambungnya lagi . “ leerr tak jadi le transit Dubai ?” Saya bertanya dgn rasa hairan. “ Tak le tuu” jawab suami sambil tersengeh. Ketika di KLIA seorang jemaah berbisik pada saya “ sebenarnya  tiket kita tu telah di tukar dgn group lain, sebab ada yg minta tukar dan sanggup bayar lebih. Tu yg dapat flight bangla tu.Tak bagus betol la depa buat kita camtu, dlm nak buat kerja baik pun ada perangai macam tu juga”. Saya terdiam tak tahu nak jawab apa.Tapi kemudiannya bersuara “tak pa kak, manalah tau, mungkin inilah kenderaan terbaik yg Allah pilih untuk bawa kita ke sana, kita doa la biaq selamat pegi dan balik nanti .” Sebenarnya saya bukanlah jenis yang selalu positif untuk perkara yg tidak memenuhi hajat di hati. Tapi syukurlah  untuk urusan ke Mekah ini , Allah memimpin emosi serta perasaan dan saya jadinya  tidaklah  terguris atau terganggu  dgn sedikit  ketidakselesaan yang datang menguji. Bahkan keterujaan saya ke tanah suci kekal mekar di hati. Saya benar2 tidak sabar utk berada di tanah yg suci lagi diberkati.

Alhamdulillah....kami ceria dan syukur dgn nikmat Allah.

Ustaz Nabil menyambut kedatangan kami di KLIA, kemudian kumpulan kami di bawa bergabung dgn kumpulan dari KL, ustaz Takiyuddin berada di situ. Selepas sedikit kata-kata aluan untuk kami, beliau sempat memimpin doa . Rupanya ketika urusan chek in, saya mendapat berita ustaz Takiyuddin tidak dpt bersama kami kerana visanya ‘sangkut’ di kaunter imigresen.Saya mmg tidak memahami masalah yg berlaku dan  tidak pula beriya ingin tahu. Di sudut hati saya memujuk diri “ memang benarlah, Allah tentukan siapa yg hendak diangkatnya ke sana nanti, sedangkan halangan yg berlaku ia sekadar penyebab sahaja.hakikatnya semua berjalan atas kehendak Allah. Di usik rasa kebimbangan, tidak berhenti saya beristighfar dan berdoa ” Rabbi yassir wala tuassir ” mudahkan urusan kami Ya Allah. Akhirnya ustaz Nabil dan Dr Nawar yg memimpin kumpulan kami. Alhamdulillah.Dr Nawar yg kebetulan ke mekah atas urusan kerja telah sudi memimpin kami sepanjang perjalanan.

mak ceria, dgn rakan mak tok yang lain

bersama Dr Nawar, angkasawan ke 3 selepas Dr Faiz.

1o jam transit di Dakka satu tempoh yang lama juga. Kami di bawa ke hotel dalam satu perjalanan singkat  tapi sungguh ‘memikat’. Saya terkejut melihat suasana di Dakka airport lebih bising  dari pasar malam. Banyak nyamuk dan terasa lemas dgn asap rokok yg memenuhi ruang  😀 Kami bersembahyang subuh di satu sudut yg jauh dari laluan orang ramai, dan hanya berlapikkan sejadah usang yg ditinggalkan oleh jemaah tabligh di situ.

Akhirnya 3 buah van digunakan untuk mengangkut kami ke 2 buah hotel yang berasingan. Terkejut  melihat kesemua  pemandu kenderaan di jalanraya  menekan hon sepanjang masa tanpa ada tujuan apa2. Dan mereka kelihan ceria dapat menggamatkan suasana. Traffic light seperti hilang fungsinya, mereka meredah laluan yg sesak itu dgn tangan yg tak pernah letih menekan hon. Bunyi bising deru enjin serta hon kereta yang ditekan bertalu itu memang membuatkan kita rasa jantung seperti longgar dari tangkainya, semua pemandu memandu kenderaan dgn laju dan kasar. Mereka sedayanya cuba menyelit-nyelit di celahan kenderaan yg bertali arus. Bas yg terdapat di jalanraya seperti ‘besi buruk bergerak’ yg menanti masa utk dilupuskan, uzur dan berlubang di sana sini namun masih digunakan. Penumpang  padat dan disumbat hingga bas ketat, tapi bas tetap meluncur laju langsung tak kelihatan seperti membawa muatan yg sendat dan berat.

suasana dalam van

Saya hampir menjerit bila pemandu van kami mengeluarkan  sebatang  paip besi dan mengetuk2 bumbung sebuah teksi yg datang menghimpit dan cuba menghalang laluannya, sedang tangan yang satu lagi menekan hon tanpa henti, bertubi-tubi. “ astaghfirullah” bibir beristighfar mengiringi ketakutan saya dgn suasana sebegitu, doa saya agar tidak ada perkara buruk yg berlaku.” kalau kat malaysia, perang besar ni” getus hati kecil saya.  Apa yg mengagumkan saya, tidak ada garis tegang pada wajah mereka sekalipun mereka seperti memandu macam org mabuk saja. Saya yg berada dibahagian paling belakang van tersebut terasa seperti berada dalam ‘blender’. Saya betol2  ‘lumat’ tatkala sampai di hotel sekalipun perjalanan utk ke situ sekitar limabelas minit sahaja….Allahuakhbar, dapat bilik terus merebahkan diri. Saya gelak tergolek tatkala badan yg letih kesan vibration dlm van ini dihempaskan ke katil . Terasa seperti jatuh di atas timbunan sabut kelapa. ” mak ooii…kerasnya tilam, nampak tebal bukan main lagi aaa “…kikikiki

kenangan di bilik hotel 3 bintang, bersama tilam Dakka yang empuk

Sebenarnya Dakka sebuah pekan yang hebat. Bandarnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi yakni sekitar 30 juta org,  menyamai penduduk semenanjung Malaysia. Sekalipun prasarana dan pembangunan di sini kelihatan 30 tahun tertinggal di belakang, anda akan dapati bandarnya sesak dan sibuk sepanjang masa. Saya mendapat tahu orang Malaysia kalau singgah di Dakka akan ambik peluang untuk tempah kot atau bush jacket. Selain fabriknya lebih bagus,upah dan kos menjahit kot di sini juga lebih murah. Suami berpeluang ronda-ronda bandar Dakka ketika keluar membeli kain ihram bersama seorang pekerja hotel. Dia terlupa kain ihramnya dah masuk kargo. Katanya ” best la naik beca kat sini, org yang tarik beca tu lari lajuuu “.

jalanraya depan hotel....gambar disnap dari tingkap bilik kami

Alhamdulillah, cantik apa yg Allah atur utk saya. Peluang singgah di Dakka ini jadi pengalaman indah buat saya.  Hotel dikatakan bertaraf 3 bintang , tapi tidur dikatilnya terasa seperti tidur di atas papan, manakala  penghawa dinginnya  adalah edisi tahun 80 an yg mengeluarkan bunyi ‘deruman’ yg menghiburkan 😀  Yang paling saya ingati dan sangat saya puji  tentang Bangladesh atau Dakka ini ialah nasi bariani di sini…. ia memang sedap dan istimewa sekali….sedap sekali. Qasim yang ramah melayan kami di hotel juga sangat bangga bila bercerita tentang keistimewaan nasi bariani Dakka. Saya ikhlas ni, jangan anda takut memilih Biman Airlines utk ke Jeddah, ia mungkin menyediakan pengalaman penerbangan yg indah dan  anda juga akan berpeluang menikmati  3 kali hidangan nasi bariani  ketika dlm flight, tidakkah itu hebat? 😀

Nasi Bariani Dakka.

Bergambar kenangan dengan Qasim.

dah siap berihram, selepas makan malam kami bertolak ke Jeddah

Alhamdulillah …. semuanya antara nikmat Allah yg tidak terhitung.