pulau pinang

Saya berada di Holiday Inn, Batu Feringgi. Mengikuti suami yg terlibat dengan sebuah konferens di sini. Untuk 3 hari cuma. Kalau tanya hati jujur saya, saya ingin rehat saja di rumah setelah 7 hari kursus dan tak sempat ‘tengok’ rumah lagi. Terlalu banyak kerja yg menanti. Tapi demi meraikan suami dan anak2, maka kesempatan ini saya gunakan utk bawa anak2 bercuti dan bermain pantai di Batu Feringgi. Pantai ni suatu ketika dulu pernah terkena tempias ganasnya tsunami.

bilik penginapan.

waktu hampir maghrib..view dari tingkat 10, dari balkoni bilik kami.

Anak2 sedikit kecewa, musim cuti sekolah pengunjung sangat ramai ke sini…kolam mandi penuh dengan orang dewasa dan budak2 kecik berbikini. Anak saya tak dapat main kolam kali ini….tak lalu tengok org seksi.. Itulah saya lebih suka kalau menginap di hotel di luar musim cuti persekolahan, pernah satu ketika kami bercuti di Langkawi pada weekend seminggu selepas cuti sekolah habis. Hotel kembali lengang tanpa kebisingan muzik atau penghuni lain, kolam mandi mcm  ekslusif jadi miliki kami sekeluarga, anak2 puas mandi dan bermain-main di kolam, saya dan suami tumpang sekaki tak lepaskan peluang yg terhidang sebegini  … :).

Di Holiday Inn saya turun breakfast jam 6.30 pagi tadi dan terus ke kolam…tunaikan hajat Raihanah dan Syirah yg merengek-rengek nak main kolam. Budak2 camtu lerr. ” eh, ummi nak mandi kolam jugak ke ni? tanya baba depa pada saya. ” tu laa…tertinggal bikini, tak rugged le mandi ngan baju kurung ni ” kata saya pula…. bayar cash kat dia. 😀

okey ler.... tak kempunan la depa 🙂

Pulau Pinang, pulau kecil yg sangat berharga. Jadi buruan British dalam era kegilaannya memburu tanah jajahan dan monopoli perdagangan di kepulauan Melayu. Dalam sejarah, Francis light di sebut sebagai tokoh yang membuka Pulau Pinang…sedangkan pulau pinang sudah wujud lama sebelum itu menjadi warisan kesultanan melayu islam di kedah. Ruang penjajahan yang telah merampas dan menghilangkan hak Kedah ke atas Pulau Pinang, maka berduyun-duyunlah imigran cina masuk terlibat dalam sektor perniagaan dan dan perdagangan di sini. Sehingga kini pulau kecil ini jelas mempamerkan ketaranya perbezaan taraf hidup antara kaum cina dan melayu.Bukan mudah mengubah sejarah P.Pinang. Saya berharap kita semua berdoa Lim Guan Eng memperolehi hidayah kepada agama Allah dan menyirami pentadbirannya dgn sinar wahyu Allah…InsyaAllah

sesekali luangkan masa bersama begini...mudah-mudahan mengeratkan kasih sayang sekeluarga.

dah tua-tua baru nak belajar dating tepi pantai 🙂

Sekejap lagi kami akan check-out. Petangnya akan singgah kat Tahfiz An Nahdhoh P.Pinang utk hantar abg chik ikuti 2 minggu kem di sana. Ada satu kenduri yg perlu dihadiri tapi tak tahu saya sempat singgah ke tidak ni….

Cuti sebenarnya baru je nak bermula bagi saya, tapi dicelah-celah cuti itu ada hari yg saya terpaksa hadir ke sekolah juga. Dah dapat schedule lengkap utk ‘hari bekerja’ pada bulan disember termasuk due date utk assignment SPIM  saya yg dah dipenghujung semester…. eh dah nak grad dah ker?? hahaha.

santai menikmati indahnya suasana pantai Batu Feringgi

Apa pun saya akan gunakan ruang cuti sebaiknya. Mengharapkan Allah sentiasa membantu saya dalam proses mujahadah saya utk meruntuhkan nafsu dan segala keburukan yg ada dlm diri saya ini.Tiada yg lebih utama selain menjadi hamba Allah yg bertaqwa. ….yg hidupnya sentiasa dipimpin Allah. Saya mendoakan rahmat Allah turun sebagai jalan pertolongan bagi saya ketika rebah, ditegur  ketika bersalah, diturunkan sakinah ketika gelisah, diampunkan dosa  tikanya saya terkeluar batas …..

memang BERSIH jika tanpa Ambiga

KUALA LUMPUR, 25 Nov: PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan  dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.

“PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.

“Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0,” katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat.

Bagaimanapun, PAS katanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Bersih yang disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi tarikh dan perjalanan perhimpunan.

“Tarikh yang sesuai, tempat perhimpunan semuanya kami serah kepada NGO Bersih sepenuhnya untuk menentukannya,” katanya sambil menambah, pengerusi 3.0 adalah daripada NGO sendiri.

Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata PAS menolak keras RUU tersebut.

Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.

“Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.

“Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.

“Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia,” katanya.

#####################################################################################

Kita bakal melangkah ke tahun baru 1433 Hijriah. Semoga Allah membantu kita untuk keluar dari semua kekotoran dan masuk ke dalam kebersihan agama Islam yg suci ini. Kita berdoa kita bakal melangkah dari darul kufur menuju darul islam, dan seterusnya bersama dalam satu kekuatan muslim seluruh dunia, menuju ummah yg gemilang sama2 bernaung di bawah satu kesatuan dan pemerintahan.

Saya doakan andaikata Perhimpunan Bersih hendak diadakan lagi, harap tanpa Ambiga…tanpa Ambiga.

Secara pribadi saya jadi geli dengan nama Srikandi pejuang hak kebebasan rakyat yang tak berpaksi pada agama tu. Kalaupun dia tu bukan seorang muslim, jika dia berpegang dgn agama Hindu sekalipun tentu dia tahu batas dalam apa kebebasan yg diperjuangkannya.

Semua masih  segar dengan isu Festival Seksuality Merdeka yang turut membabitkan Ambiga, walaupun festival itu gagal mencapai maksudnya ekoran kecaman dan tolakan dari pelbagai pihak termasuk Pas, harap kita boleh ambil iktibar terutama dalam menilai teraju utamanya Datuk Ambiga S ini.  Untuk penampilannya mengetuai Himupunan Bersih 2.0 yang lalu, beliau telah mendapat sokongan banyak pihak dan turut mendapat pembelaan dari pimpinan2 Pas sendiri,  seakan terpadam rekod hitam perjuangan beliau termasuk dalam isu Linajoy. Namun kita harap kali ini, Pas ada pendirian yg lebih meyakinkan terhadap Ambiga.

Memang benar kata tok guru bahawa sokongan terhadap Ambiga adalah terhadap isu yg dibawa olehnya bukan batang tubuhnya, Tapi Ambiga jelas tidak BERSIH. Untuk banyak keadaan, jelas pemikirannya tidak bersih. Saya yakin kotoran dari Ambiga akan terpalit jua pada nama baik dan maruah perjuangan Pas. Tidak ada sebab utk terus beralasan bersama Ambiga dalam apa-apa saja perhimpunan selepas ini…

Tok Guru Haji Hadi pernah memberi komen ketika menyamai sokongan pada Ambiga menepati cara baginda saw dalam peristiwa perjanjian Fudul, “Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka,” 

Pandangan saya pula, Ambiga mungkin profesional namun sangat jauh dari sifat adil yg diperlukan oleh perjuangan Pas. Dia adalah setaraf dengan pemikiran Abu Jahal dan Abu Lahab, bahkan mungkin lebih halus cucukan jarum penentangannya terhadap perjuangan Islam. Moga kita lebih berhati-hati mengambil laba dari orang jenis ini.

Perhimpunan Haram

Akta Perhimpunan Amat Menakutkan.. Tapi Azab Allah Lagi Kami Takut…

Undang-undang yang diperkenalkan ini jelas bersifat lebih menekan dan lebih zalim berbanding peruntukan Seksyen 27 di bawah Akta Polis 1967 serta mencabuli hak kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

Peruntukan undang-undang berkenaan juga melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Seksyen 21(3) dalam dokumen sama turut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

Malah, rang undang-undang yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini turut meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Semua tempat tidak boleh berceramah dan berhimpun kerana mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti loji rawatan air, tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah.

Menurut rang undang-undang tersebut, polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan sekiranya diadakan di kawasan berkenaan atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan larangan tersebut.

diskriminasi

letih mengadap TV….dengan suasana gamat yg buat saya asyik terkejut dgn jeritan emosi…. bukan kerana gamatnya stadium Gelora Bungkarno menyambut gol pertama pasukan mereka tadi, tetapi sorakan 3 lelaki di rumah saya ini yg begitu teruja dan mengharap pasukan harimau muda menembusi gawang pasukan Garuda .” ummi sakit dada la dengan hangpa ni..…”. Saya mengambil keputusan masuk ke bilik membuka laptop kecil ini dan tidak mahu menumpu kepada ‘bola’  lagi ….. buat naik tekanan darah ambo je ni.

Sejak hari terakhir persekolahan khamis lalu saya belum bercuti. Memulakan kursus sejak sabtu dan bakal berakhir pada Jumaat yg akan datang buat saya kurang senang dgn situasi yg terhidang. Apakan daya,  ini antara tugasan dan tanggungjawab yg  mesti saya hadapi dengan tenang. Berkali-kali saya memujuk hati untuk rasa lapang dan berdoa  Allah lorongkan hati saya utk rasa redha dan membalasinya dengan pahala. Berbaloi sebenarnya, dicelah-celah rasa kesedihan kerana ruang cuti yg  masih diisi dgn tugasan, banyak ilmu yg singgah di dada saya. Mutiara perkongsian dari pensyarah dan penceramah jemputan menjadi bekalan berharga untuk meningkatkan kemampuan saya menghadapi tugas dan cabaran sebagai guru.

Sedikit informasi dari teman saya sewaktu tea break tadi  ” duit RM100 tu tak jadi, dah ditarik balik, kesian kat waris2 yg asyik dok telefon tanya kat sekolah “

Saya terdiam dlm kesayuan meresapi jauh ke dalam perasaan. Kebencian dan kemarahan semakin berganda .“semoga kerajaan yg memerintah sekarang tersungkur di pilihanraya yg akan datang, mereka zalim dan sangat jauh dari keadilan “ bentak hati kecil saya.

Tutur kerajaan dlm bentangan Belanjawan 2012 yg lalu  “Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.” Sekolah agama swasta seperti sekolah kami turut merasa gembira apabila berita sampai mengatakan peruntukan tersebut akan turut  dinikmati oleh sekolah2 agama swasta seperti sekolah kami. Para waris menyambut baik sedikit tempias keadilan yg dijanjikan  pihak kerajaan setelah sekian lama sekolah agama swasta dianaktirikan dan diabaikan kebajikan mereka. Namun ternyata segalanya  adalah gimik semata-mata . Janji kerajaan meringankan kos sara hidup dengan RM100 setiap murid sekali lagi mengenepikan sekolah agama swasta termasuk sekolah saya.

Terasa sayu hati saya apabila mengenangkan anak-anak sekolah agama dan maahad tahfiz swasta  hari ni. Ketikanya  pelajar-pelajar  sekolah rendah, menengah, sekolah tamil, sekolah cina seluruh negara mendapat RM100 seorang , tapi pelajar2 yg berjihad belajar agama,  melihat al quran, menjalani tarbiyyah islamiyyah dan mendukung cita2 perjuangan agama hanya mengigit jari menatap nasib mereka yang didiskriminasi oleh pihak pemerintah. Apakah dosanya murid-murid dari mahaad tahfiz, sekolah agama rakyat, sek pondok, sekolah agama swasta seluruh negara untuk dihukum sebegitu rupa? …adakah mereka bukan rakyat malaysia ? adakah mereka tak menyumbang apa apa2 kpd negara ? adakah mereka langsung tidak berharga utk diabaikan oleh pihak kerajaan?

Saya doakan waris dan murid2 sekolah aliran agama swasta bersabar dan semakin kuat bergantung kepada Allah. Rezeki dan kelapangan  bukan di atas tulisan tangan manusia , Allah itu maha pemberi rahmat. Bagi yang zalim dan tidak berlaku adil pada rakyatnya, Allah janjikan kamu azab yang pedih andai masih sombong dan tidak bertaubat.

Semoga ini tidak menggugat sokongan dan penglibatan kita terhadap institusi pendidikan sekolah agama dan kita terus komited utk menghasilkan generasi rabbani pewaris perjuangan Islam di masa mendatang biar apa pun cabaran yg melintang.   “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” ( Surah Al-Imran ayat 139 ).