saya tulis ia sebagai catatan

Melangkah ke tahun 2012, saya latih diri utk tidak merasakan ia satu saat yg istimewa jesteru saya sudah membesarkan sambutan awal muharam sebagai sambutan tahun baru bagi saya. Apa pun bagi tahun yg sudah berubah, usia yg bertambah….saya berdoa saya makin dekat dgn Allah, semakin cinta pada agamaNya dan setiap waktu yg ada utk saya semua bernilai ibadah di sisiNya

Perjalanan waktu petang...lebih redup.

Cuti krismas yg lalu, saya mengambil kesempatan pulang ke kampung saya di Pasir Pekan.

Bersimpati dgn anak sulung yg keletihan kerana baru pulang dari perkhemahan kadet remaja di Ulu Bendul,  maka saya lewatkan waktu bertolak iaitu selepas zohor, dan sampai ke rumah saya di kelantan pada sebelah malam.” muaz jadi co pilot hari ni, biaq ummi kat belakang dgn adik2″. Saja saya nak bagi dia selesa dari berhimpit dgn adik2nya di seat belakang.

singgah solat dan beli jajang di tasik banding.

Rezeki saya mungkinnya, musim tengkujuh dah berlalu  maka selama berada di kelantan cuaca cerah sahaja dan saya mudah bergerak ke sini sana. Jika tidak kerana faktor ‘tersumbat’ di jalanraya, pasti bandar kota bharu saya ronda sehabis-habisnya. Itu pun terpaksa turun juga ke KB atas urusan di pejabat peguam. Teruk betol rasanya kalau masuk ke bandar Kota Bharu. “Asyik terperangkap dalam botol jam” kata saya pada suami, dalam bahasa bergurau tapi saya benar2 hilang mood berada di lautan kenderaan di bandar Kota Bharu. “tak cuti skolah pun jjujuk mace tu la, selagi tok siap jale hok kut atas tu” kata kakak saya. Makanya saya beralih membawa anak2  ‘jalan-jalan’ ke Tanah Merah. Kali ni saya cuma sempat  singgah di rumah mak di Pasir Pekan. InsyaAllah ada rezeki, raya cina kita balik rumah kak jie di Pasir Mas kata suami saya.

terperangkap dalam botol jem di Kota Bharu

Macam biasa, saya ambil peluang menikmati makanan tradisi kelantan seperti nasi berlauk, nasi dagang dan kuih muih kelantan.Tapi yg frustnya saya mencari restoren nasi air atau kedai makan yg jual singgang daging atau singgang ikan , namun anak2 pula berkenan kat restoren ayam penyet…. sebagai ibu yg demokratik, saya tutut suara majoriti.

restoren ayam penyet 😦

saya sebenarnya diet... kat umah lauk ayam jarang saya sentuh, tapi bila travel ni, kena 'raikan' anak2 dan suami 😀

Saya membeli keropok dan buah tangan utk jiran2 di Bukit Bunga sewaktu dlm perjalanan pulang. Kecewa dgn layanan seorang peniaga yg menjual akok pd saya. Saya beli 20 ringgit akok utk dibawa balik ke kedah. Tiada sedikit pun senyuman bagi menyambut pelanggan jauh seperti saya bahkan menunjukkan sikap tidak ‘gemar’ bila saya minta sehelai beg plastik lagi sebagai menampung plastik nipis yg membungkus 20 ringgit akok yang dibeli…. tak mesra betol tokey akok sedap ni. Sebagai penjual atau peniaga, muka kena manis  menerima pelanggan. Allah kirimkan saya seumpama rezeki kepada mereka, apalah sukarnya utk senyum sikit kat saya selaku penggemar akok sedapnya? dan rugi besarkah utk bagi extra beg plastik yg saya minta sekadar sehelai cuma ?. 😀

perjalanan jadi tak sunyi bila diserta anak2

Saya singgah disebuah surau utk solat. Rasa tak kena bila surau berkenaan tidak menyediakan tempat wudhuk yg baik bagi muslimah. Tempat wudhuk yg terbuka mengadap jalanraya dan berdekatan dgn kedai makan pula. Saya membayangkan bagaimana muslimah berwudhuk di sini yg terpaksa membuka tudungnya utk membasuh muka dan menyelak sedikit kainnya membasuh kaki…tentu terdedah kepada ramai pemerhati termasuk lelaki. Saya dan Insyirah berwudhuk atas bantuan suami dan anak lelaki yg membuat benteng melindungi kami. Saya tahu ini isu kecik je, ia bukan soal hukum pun, cuma soal teknikal…tapi ia gambaran sikap peka dan cakna masyarakat setempat dlm hal ibadat solat di surau. Dalam situasi dah banyak tempat lain di luar sana yg dah faham batas aurat muslimah, ramai yg telah menyediakan kemudahan tempat wuhuk tertutup utk kaum wanita …mengapa surau di kelantan ini ketinggalan pula?

makan mee celop di grik ... pedas,sedap kena dgn selera.

Drebar belanja ... makasih ya 😀

paling banyak songel dan berleter...Raihanah. Dia bersungut kerana perjalanan yg lama.

Satu ketika suami bertanya saya ” ummi kat mana dah ada tulis PUSAT MANDI KERETA?” Dia maksudkan satu tempat khidmat mencuci kereta yg pernah dilihatnya dulu. Saya menjawab “halus sungguh la bahasa kelantan ni, tempat car washnya ditulis ‘pusat mandi kereta’…dan tempat jual sport toto pula di panggil ‘bengkel membaiki motor”. Suami tahu bahasa saya bahasa perli. Saya rasa sakit betol mendapat tahu ramai remaja dan org melayu masih membeli nombor ekor di pasaran haram yg bertopengkan bengkel membaiki motosikal. Biarpun kerajaan mengharamkan penubuhan premis menjual nombor ekor tapi kegiatan itu masih berlaku dalam rupa yg lain pula. Ini adalah rupa kesakitan dalam masyarakat yg amat dashat,  ternyata kegiatan judi nombor ekor  tidak diubat dan dirawat secara tepat.

Saya cuba positifkan diri setiap kali pulang bercuti. Sudah tentu sehari atau dua hari tidak cukup utk meneliti realiti sebuah situasi. Apa pun, pemandangan yg sepintas ini tetap merupakan calar yg rasanya perlu diperbaiki apatah lagi ia wujud disebuah negeri yg dijolok sebagai ‘model negeri islam’. Saya penuh yakin indahnya di Kelantan ini jauh lebih banyak yg tak sempat saya lihat berbanding sedikit cacat yg telah saya catat. InsyaAllah, saya doakan barokah utk negeri Kelantan dibawah naungan Tuanku sultan yg berjiwa rakyat dan tidak sombong dgn darjat, menteri besarnya seorang ulama’  dan barisan pentadbirnya yg dambakan islam sebagai pegangan umat…..Itulah yg saya harap-harapkan.

Syukur melihat pembangunan di Kelantan cukup pesat. Memang bohong jika ada yg menuduh Kelantan tiada pembangunan. Suasana jalanraya yg selalu ‘tersumbat’ boleh menjadi bukti kemampuan memiliki kenderaan dikalangan rakyat, bangunannya tumbuh bertingkat-tingkat, jalan diperbesar dan diangkat, jumlah golongan peniaga juga meningkat, bahkan saya yg pulang sekali sekali ni pun kadang tersesat mencari tempat. Saya kira kerajaan benar2 berusaha membangunkan kelantan memberi kemudahan dan keselesaan utk masyarakatnya. Tapi ketara , pembangunan lebih terserlah dari sudut material. Sedang masyarakatnya masih jauh dari tahap yg boleh diberi pujian. Mungkin ilat pandangan mata saya, tapi selama melihat dan meninjau masyarakat di sana, tidaklah banyak bezanya dgn masyarakat ditempat lain di bawah pentadbiran barisan nasional….. sebagai negeri yg signifikan dgn pentadbiran islam, islamik itu itu tidak tertonjol di sana. Masih bertaburan anak2 gadis yg tidak menutup aurat dgn sempurna, wanita tua dan muda ‘jangok-jangok(melawa) kebanyakannya. Remaja yg nampak ‘kuning’ gaya dan budayanya, bahkan maksiat dan benda2 jahat masih hebat di sana.Islam itu mesti hidup dalam masyarakatnya dalam apa saja suasana, barulah Islam itu akan menghidupkan negerinya. Apakah saya terpaksa menanti kuliah tok guru di Dataran Ilmu saban jumaat baru saya boleh nampak suasana  islamnya? atau terpaksa menunggu solat hajat di stadium sultan muhammad utk melihat  ‘masyarakat islam’ nya tertera begitu hebatnya..

Entah, pada saya warna Islam perlu meresap ke dalam jiwa rakyat sebagai bukti penerimaan ikhlas terhadap islam sebagai pegangan hidup. Biar berkali mereka mampu memangkah dalam pilihanraya dan menzahirkan sentimen sokongan mereka pada politik islam, namun jika penghayatannya masih ditahap minima dan timbul tenggelam diasak budaya hidup yg cemar, alangkah ini sungguh mendukacitakan. Biar bagaimana pesatnya pertumbuhan kebendaan tapi jika rakyat tidak banyak yg rapat dengan agama, negeri itu tetap akan sarat dgn penderitaan dan kemusnahan….

Allahuakhbar…saya mendoakan kekuatan utk baginda sultan, para ulama di kelantan…pejuang-pejuang islam yg gigih melebarkan Islam di seluruh pelusuk negeri…Allah beri kekuatan kepada mereka  bagi menzahirkan kelantan sebagai model negeri Islam.Dalam kerinduan menanti hudud di Kelantan, saya mengharapkan rahmat Allah turun mengiringi cita2 yg ikhlas keranaNya menjadikan Kelantan qudwah yg baik kepada negeri lainnya…dalam apa saja perkara. Amiin.

Bertemu di Kuala Lumpur

Bertemu di kuala lumpur

Perjalanan yg membimbangkan.

Sepanjang saya berada didlm bas sewaktu perjalanan ke tempat kursus di KL, saya tak dpt melelapkan mata dgn aman. Sejuk aircond yg menggigit badan disertai dgn bas yg dipandu laju membuatkan saya dan kawan2 kebimbangan. Berkumat kamit kami berdoa agar Allah selamatkan perjalanan kami. Saya keletihan kerana seharian di dapur memasak hidangan menyambut pulang anak dari kem tahfiz. Namun tidak dapat merehatkan badan kerana rasa sakit hati dengan drebar bas yg tidak bertimbang rasa dan memandu dgn merbahaya.Bertolak dari sg petani jam 12.10 malam dan sampai di hentian jln duta pada jam 4.15 pagi…bayangkan.

Dgn Menaiki teksi kami ke masjid KLCC. Tidak ada sesiapa yg menyambung tidur sebaliknya kami membersihkan diri bertahajud, berqiamullail sementara menantikan waktu subuh. Inilah rahmatnya Allah letakkan kita dikalangan sahabat yg baik dan beriman. Kita akan turut mendapat tempias serta terdorong dari percikan iman mereka.Bersyukurlah jika kita bersahabat, sahabat itu sentiasa menarik kita utk ibadat kpd Allah.“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”- (Riwayat Abu Daud).

Kami bersolat bersama imam dan jemaah yg lain. Kesayuan dan sunyi begitu terasa melihat saf solat subuh yg beberapa org saja, inilah gambaran sebenar ‘kekuatan’ umat islam disitu dan dikebanyakan tempat lain juga rasanya. Mujahadah utk membuang selimut dan bangun beribadat diwaktu dinihari begitu sukar sekali. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya,mereka pasti mendatangi keduanya,walaupun dengan merangkak.-“(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam kesedihan dan kecewa dgn pandangan di depan mata saya teringat pd suami dan anak2 lelaki dirumah. Rutin saya mengejutkan mereka setiap pagi terhenti pagi itu dgn pemusafiran saya.Apakah mereka sudah bangun ke masjid semuanya? Dengan rasa pengharapan, saya tuturkan doa perlahan-lahan. “ ya Allah, kejutkan lah suami dan anak2ku utk bersolat subuh berjemaah.Ringankanlah badan mereka dan dorongkan hati mereka utk ke masjid. Turunkanlah barokah yg banyak utk mereka. Semoga mereka menjadi hambaMu  yang beroleh keampunan dan pimpinan.” Kami sempat membaca mathurat sebelum ke hotel putra utk sarapan dan memulakan kursus.

Pemergian kali ini ke KL menghidangkan sedikit kelainan. Facebook menjadi medan mempertemukan saya dgn kawan2 lama. Ada yg lebih 25 tahun tidak berjumpa. Kemuncaknya mereka berpakat menemui saya bila mengetahui saya berada di KL. Saya hargai kerinduan mereka utk bertemu saya, biarpun malam itu saya harus menghadiri sesi bengkel, saya usahakan juga meminta pelepasan demi utk berjumpa dgn kawan2 lama. Badan merintih letih dan mengantuk, tapi hati merayu utk melepas rindu bertemu kawan2 ketika disekolah dulu.“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat”- Riwayat Muslim

Pertemuan yg ceria sebab kawan2 saya memang jenis ceria. Mereka kawan2 yg saya kenali sejak di darjah satu kini bertemu kembali setelah masing2 sudah bekerja, berumahtangga dan beranak pinak semuanya. Mengaku sangat teruja bila berjumpa, namun dicelah-celah gelak tawa bercerita ,  sesekali hati saya disentuh rasa tidak selesa didlm kelompok mereka. Mungkin perbezaan telah meletakkan jurang antara saya dan mereka dan perbezaan itu sedang menyentuh hati saya.Dlm perjalanan hidup ini saya dianugerahi teman2 yg berbeza-beza keadaan dan penampilan. Teman berbeza semasa sudah bekerja , berbeza ketika pengajian tinggi, ketika remaja dan kanak2…namun semuanya memberikan pengalaman mahal utk direnungi. Ia memberi peluang utk saya melihat di mana diri saya kini.“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.-” (Riwayat Ahmad)

Di atas landasan perubahan diri saya ini, tentulah rakan sekerja sekarang lebih selesa saya bercampur kerana merekalah teman yg kini saya dampingi.Namun di hati saya, siapa saja yg pernah singgah dilaman sejarah persahabatan dgn saya, mendapat hak utk dihormati, disayangi dan dihargai oleh saya. Biar telah ada sempadan antara saya dan sahabat2 lama …mereka tetap saya hargai dan kasihi.

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk
.- Abdul kadir Jailani

Masing2 datang dgn blackberry maka masa tu juga gambar2 diupload di laman FB. “ hangpa jangan dok tag aku nooo” warning saya dlm ketawa. “ amboi apin control ayu, mu takut sapo tengok? meh kita letak gambo dia banyak2” usik mereka meleburkan warning dari saya. Saya lebih terfikirkan anak2 murid saya dan sahabat2 rakan sekerja yg tidak kenal masa lama saya. Mungkin juga ada yg nampak rupanya  saya ni  bajet baik dan alim je selama ini, maka  rasa segan mula menular  jika anak2 murid dan sahabat lain melihat saya dikelompok kawan2 yg berbeza penampilan dgn saya. Saya pernah sangat tercalar hati bila bekas roommate upload dan tag gambar saya tak bertudung di bilik asrama. Jesteru itulah Rasulullah menyuruh kita berhati2 dgn teman yg kita dampingi apatah lagi teman yg diangkat menjadi sahabat karib.“Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin.” [Riwayat Abu Daud)

Dalam perjalanan pulang ke sg petani, saya sempat sambar sebuah buku bertajuk ‘travelog haji” disebuah gerai buku di hentian jln Duta. Selepas membeli sedikit buah tangan untuk anak2, saya mengambil sudut yang jauh sedikit dari teman2 utk membaca buku tersebut. Sementara menunggu bas tiba, beberapa helai mukasurat saya tatapi dan mata saya mula berkaca. Ia semakin laju bila saya terus membaca. Saya ini memang murah dgn airmata bahkan ia menjadi murah tanpa mengenal tempat juga. Saya menahan malu bila ada yg mula memandang saya yg tak henti-henti mengesat mata dgn hujung tudung saya. Akhirnya buku saya tutup utk disambung dirumah nanti. Travelog haji adalah catatan seorang insan yg Allah pilih berkongsi pengalaman dgn kita ttg perjalanannya mencari hidayah ilahi. Ia sudah lama di pasaran cuma baru kini  Allah gerakkan hati saya utk membelinya.Selepas pertemuan dgn teman2 lama ada sesuatu yg sedang menggelisahkan hati.Buku ini sedikit memotivasi utk merasa bersyukur dgn hidayah yang Allah dah bagi. Biar di sudut mana Allah tempatkan diri saya ini, saya berdoa Allah tidak pesongkan hati saya dari cahaya petunjukNya dan membatasi saya dari terjerumus ke lembah nafsu.Andai ada tindakan saya yg terkeluar batas, semoga Allah mengampunkan dan menarik saya kembali kepada redhaNya,

Selepas pertemuan dgn kawan2 lama di kuala lumpur, saya ingin lagi dating berdua saja dgn seorg teman yg istimewa malam itu. Ada garis duka di matanya biar betapa ceria dia cuba melayan kami semua….kerana selepas kembali ke bilik malam itu, saya asyik terfikirkan dia dan terbayang-bayang kebaikan dia kpd saya ketika di sekolah rendah dulu….kini dia seorg doctor yg membantu meringankan beban kesakitan org lain, sedang ada kesakitan yg pedih di hatinya sendiri .semoga Allah pertemukan kita lagi nanti wahai kawanku.

Sebagai muslim, setinggi manapun kita mampu ke atas, akhirnya tanpa didikan agama , kita tetap berasa kesunyian, kekosongan dan kerinduan pada sesuatu yang sukar dinyata – Prof Muhd kamil Ibrahim.

Hanah…

Dunia Hanah ……

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya rasa macam sedang tenggelam dalam dunia Hanah. Saya luangkan sedikit masa ‘bermain’ dengan Hanah setelah saya sedari semacam saya sudah ‘abaikan’ beberapa effort yg patut saya berikan untuk Hanah. Bukan melebihkan Hanah berbanding anak-anak yang lain, saya cuma cuba qada semula saat yang terlepas dgn hanah, yg dulu saya pernah berikan juga untuk abang2 dan kakaknya.

macamana nak periksa ni Hanah, bacaan hanah  baru sampai Anakku 3 je ni?” saya macam mengeluh setelah melihat kad laporan bacaan Anakku yang dikirimkan oleh pihak tadika mencatatkan prestasi kemahiran membaca Raihanah yg agak ketinggalan berbanding murid lain. “ teacher selalu tak suruh baca pun kat skolah…Hanah nak baca tapi teacher tak suruh” Raihanah memberi alasan. Saya terdiam dan mula berasa perkembangan Raihanah dalam membaca ni agak perlahan.

Dia bakal melangkah ke tahun satu januari tahun hadapan tapi masih belum mampu menguasai kemahiran membaca selayaknya sedangkan  persekolahan tadikanya tinggal beberapa minggu saja lagi.Yang buat saya rasa sangat kasihan padanya, Raihanah melangkah ke temuduga untuk kemasukan tahun satu beberapa minggu lepas dengan persediaan yang tidak cukup . “ hanah jawab tiga saja yang lain hanah tinggal” katanya pada saya selepas menduduki ujian kelayakan baru-baru ini. “pasaipa pulak camtu ?” tanya saya. ” cikgu kata kalau tak boleh jawab tak pa, tinggal dan buat yang lain pula ” jawab hanah jujur bunyinya “ banyak ke yg hanah tak jawab ?” tanya saya lagi ” banyak lerr….susah la ummi , hanah tak tau dia nak apa?” Raihanah menjawab sejujurnya. “ kan ummi dah kata, tak tahu jawab hanah teka je jangan tinggal kosong. ” saya mengingatkan apa yg saya dah pesan  padanya . ” tapi Hanah tak tahan nak kencing masa tu, Hanah pegi tandas , bila balik kelas teacher dah abis baca soalan, hanah hantar je la kertas “ kata hanah selamba je bunyinya. ” pulak daaah ..” saya dah tak tahu nak kata apa, dalam hati berdoa jangan lah hanah terperosok kat kelas paling last nanti.

Kata kawan saya yang menyemak kertas ujian hanah  pada hari tu ” ani hang tau dak anak hang tulis nama dia apa kat kertas ujian ?” tanya kawan saya sambil tersengih. “ awaaaatt?? dia tulis apa ??” saya bertanya dgn rasa terkejut dan sedikit suspen . ” RAHIMRAINAH” kata kawan saya it.  Alamak :D, tak berjaya juga dia mengeja namanya dengan betol walaupun sehari sebelum tu saya berikan latihan intensif khusus utk dia mengeja namanya dengan sempurna berserta nama babanya 😀

Kesian hanah, saya rasa seperti telah mengabaikan perkembangan pembelajarannya di tadika maka dia kelihatan agak ketinggalan.

Saya akui faktor guru tadikanya yang kerap bertukar ganti sehinga 4 atau 5 kali tahun ini mungkin menjadi penyebab kepada masalah ini, sementelah Raihanah baru tahun ini mencuba di tadika barunya setelah saya pindahkan dia dari tadika lamanya awal januari lalu …. atau, mungkin juga saya lah puncanya kerana telah mengabaikan masa serta tugasan saya selaku ‘guru utama’ pada Hanah terutama ketika di rumah…

aahhh…. ummi tak perasan , kesibukan ummi menyebabkan ummi ‘terlepas pandang” perkembangan anak ummi ini.

Dua minggu saja saya mencuri sedikit masa membantu hanah utk mahir membaca dan menulis, serta sedikit kemahiran mengira…Alhamdulillah, progres yg hanah tunjukkan cukup baik. Dia dah memasuki buku bacaan Anakku 6 dan memasuki Iqra 4. Saya mensasarkan dapat membantu Hanah habiskan sehingga Anakku 8 dan iqra’ 5 sehingga akhir tahun ini insyaAllah. Berkeping-keping Flashcard saya tempek di pintu stor berdekatan biliknya dan di dinding peti ais….untuk mudah saya melatihnya.Saya juga tampalkan suku kata- suku kata di merata tempat di rumah saya yang boleh dilihat oleh hanah. Flash card dengan gambar dan perkataan sebagai rangsangan dan tawarkan ‘ sesi bercerita’ sebagai ganjaran  jika dia berjaya membaca dengan baik beberapa perkataan yang saya tulis. Ceritanya yg saya tawarkan itu mestilah yang boleh buatkan  dia seronok, contohnya cerita hanah comel dengan kucing gebu, cerita bilik tidur hanah bersih,  cerita hanah budak rajin dan cantik dan macam-macam lagi cerita rekaan yang watak utamanya adalah Hanah….dia suka saya bercerita tentang dirinya.

Untuk tahap umor seperti hanah, saya cuma perlukan sesi belajar yg sangat pendek sekitar 3 hingga 5 minit saja utk satu sesi…..namun mesti kerap.Maknanya tidak boleh suasana yang formal sangat utk menarik minat budak kecik ni belajar…. dan saya kena banyak ‘bermain’  sambil mengajar. Lokasi belajar juga tidak menentu….kadang di meja makan kadang di tangga rumah, kadang pula ketika menyidai pakaian atau sambil membasuh pinggan.

Apa pun, sedikit usaha yg saya lakukan harap dapat membantu hanah. Sebagai ibu saya juga ingin lihat hanah mampu mengikuti  pendidikan tadikanya dengan baik dan mampu memiliki kemahiran sebaris dengan teman-teman yang lain. Di tambah pula sekarang ini kebanyakan murid yg memulakan persekolahan tahun satu kebiasaannya mampu membaca dan mengeja. Itu pencapaian paling minima saya rasa, maka dengan itulah saya bantu hanah utk berada di tahap itu.

Sekarang suasana lebih rileks utk saya setelah anak2 yg lain juga baru menghabiskan final exam mereka…..murid2 saya baru selesai PMR, dan calon SPM dalam ‘persiapan terakhir’ sebelum masuk gelanggang. Semua kelas tambahan sudah tamat, kami dalam usaha menyemak kertas jawapan final exam. Dan tadi saya bawa anak2  pulang menziarahi nenek mereka di kampung jesteru Aidilfitri lepas adalah kali terakhir kami pulang……saya benar2 kesibukan sebelum ini….errrr sangat keletihan sebenarnya.

dalam keletihan dan bebanan tugas yg tak pernah berkurang, saya terasa seperti ingin bercuti ke mana -mana……anak2 dah mula bertanya ” ummi cuti ni kita tak gi hotel ke?

Ntah ler, ” kata saya. Sebetul ada kerinduan dan keghairahan lain yg singgah di hati saya.Saya ternampak kaabah, masjid nabawi dan raudhah tatkala memejam  mata petang tadi….kebetulan tadinya menonton TV ada laporan dari tanah suci tentang jemaah yg sedang mengerjakan haji……Allahuakhbar.

secawan kopi ..

Saya di pusat rawatan Al Jabbar pagi tadi, diatas sofa kulit yang empuk dan duduk saya berlapikkan pad yg menyalurkan gelombang lightwave ke badan saya. Gelombang ‘light wave’ ni dikatakan mampu memotong lemak dalam badan dan ia boleh merawat masalah kegemukan atau membantu sesiapa yg nak slim ……amboiii,  wah seronok ‘berehat’ macam big boss di pusat rawatan ini,  rilek jer rasa, jika di rumah mesti saya sibuk dgn urusan rumahtangga, ada saja kerja yg hendak dilakukan dirumah….dah tu tak pernah abis pula.

Sejak akhir-akhir ni agak ghairah dgn terapi mesin gelombang Dr Jism ni. Baik gelombang light wave waktu pagi, atau gelombang high voltage sebelah petangnya, ataupun negative ion sebelah malam untuk rawatan stress. 😀 semuanya saya hentam. Lagi pun rasa macam ada tindak balas positif selepas beberapa kali menjalani terapi. Suami menggalakkan kerana berharap dapat memulihkan pengaliran darah ke pembuluh darah dalam mata saya yang masih tersumbat….hmmmm, nak beli mesin tu mahal ooooii…berbelas-belas ribu 😀

Sebenarnya saya baru saja kembali dari Kl menghadiri dua hari program yang dianjurkan oleh Musleh. Makanan hotel buat saya ‘meroyan’ dan tak mampu menahan perasaan…..mmmm nyum nyum nyum,.. dari sarapan pagi hingga makan tengahari dan makan malam, dari aneka roti pastri hinggalah ke puding dan bubur yang lemak bersantan…isshhh rasanya  kalori dah mendadak naik dan silap haribulan tekanan darah saya juga boleh memuncak naik ni…itu yang saya bersantai dgn terapi Dr Jisim 😀

Apa pun Al Jabbar tidak membayar saya untuk iklan di blog saya ni. Saja ler  seronok berkongsi sambil menikmati secawan kopi manggis+kolegen keluaran Rojam untuk kekalkan ‘keremajaan’…ishh iklan lagi 😀

Kaset lama berputar kembali. Isu-isu basi timbul semula sebagai juadah menjelangnya pilihanraya yg tarikhnya boleh diumum bila-bila masa saja. Saya ‘cemuih’ membaca cerita dan berita politik negara yg pi mai pi mai dok tang tu la. Terbaru Pas sekali lagi cuba di laga-lagakan dengan DAP atas isu hudud. Laman FB gamat dengan kemunculan ustaz mee maggi  yang kembali berfatwa tentang kerjasama Pas dengan DAP. Lagu2 kononnya pas tunggangan DAP, pas tolak islam demi undi kembali menjadi modal untuk melepaskan rasa tak puashati dgn kerjasama politik Pas dan DAP. Saya malas melayan isu labu labi. Ia perbalahan sempit yang berkisar pada perbezaan kefahaman fikh politik semata-mata. Saya yakin ia tiada kesudahan jika masing-masing tidak mahu keluar dari kotak perbezaan pandangan ini dan berlapang dada dgn orang lain.

Saya baru-baru ini tegang dengan rakan FB gara-gara demokrasi….ahhh sekali lagi demokrasi mengheret saya pada perbalahan yang bodoh ini. Saya dapati yang menerima dan menolak demokrasi bercakaran sesama sendiri kerana tidak puashati sesama sendiri. Kalau boleh cuma ingin ada satu kesimpulan saja …terima atau tolak. Ajaibnya saya temui pula pihak yang sama-sama menolak demokrasi tapi tetap tidak bersatu hati dan masih menghentam sesama sendiri atas perbezaan perkara yang lain pula. 😀 jadi bila ini akan ada kesudahan sebenarnya ? maknanya kita ini kalau pun boleh sama mengangguk pada satu perkara tertentu mungkin akan saling menggeleng pada perkara yg lain pula…. ahhh pening hamba rasa.

Saya saya ingin memandang dan berfikir dlm kacamata gerakan islam sebagai sebuah gerakan yang dinamik. Memimpin politik di negara kita ini bukan sekadar untuk kalangan ahli dalam parti atau kepada saudara seagama ini, tapi mampu menjadi alternatif  paling efektif, disukai dan diminati oleh kaum lain dan seluruh rakyat pelbagai agama dan keturunan. Keghairahan kita terhadap pengamalan politik islam bukan sekadar pengulangan sejarah kegemilangan silam. Islam harus boleh  mampu menjawab pergolakan semasa dan menyelesaikan cabaran yg beragam kesan dari perjalanan zaman. Jesteru pintu ijthad jangan disempitkan sehingga Islam digambarkan menyusahkan, menyukarkan dan tidak mampu dilihat umum  memiliki hikmah untuk memimpin manusia pada hidup yg lebih sejahtera.

saya sedang menghabiskan sisa kopi, sambil menikmati tulisan Dr Maza di FB sekitar isu hudud, tertarik kupasan pendek beliau supaya sebelum laksanakan hudud perlu ada ijtihad dan analisa-analisa baru terhadap nas-nas hukum.Yang penting islam tidak dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan umat islam mampu memberi gambaran yang indah tentang syariat Islam yang adil sifatnya.

better late than never :)

😀    better late than never …

Ingatkan tahun ni memang ‘tak de’, disebabkan masa berlalu sudah beberapa minggu lamanya …..maka kami tidak mengharapkan apa-apa. Tapi atas desakan dan kehendak murid2, akhirnya pihak sekolah izinkan juga supaya tak de sesiapa yg rasa terkilan disebabkan tiada sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ahh…sambutan hari guru di luar musimnya…. lucu dan rasa malu la pulak 😀 , rasa macam dah hilang seri sebab dah basi. Maka tidaklah begitu teruja dan ternanti-nanti, tak sambut pun tak kecil hati, kata kami berkali-kali  …. cheewaah ye ke ni???.., mungkinkah sedang cuba menyembunyikan emosi atau rasa  ‘kecik hati’ sebab  tahun ni kedatangan Hari Guru seperti tidak dipeduli ??? …. 😦 kikikiki…luahan rasa cikgu tua yg semakin mudah terguris hati ….saya lah guru tua ini.

Dalam mesyuarat guru, kami pada awalnya ingin membatalkan saja sambutan hari murabbi tahun ini memandangkan tarikh sambutan hari guru sudah lama berlalu. Ketika hadirnya hari guru pd Mei lalu, kami sibuk dgn peperiksaan pertengahan tahun maka sambutannya ditangguhkan dahulu. Sehinggalah pada isnin lepas  barulah kami berpeluang mengada sambutan hari murabbi yg sederhana  setelah puas ‘mencari-cari’ hari/tarikh  yang bersesuaian ….sibuk semedang!

Ucapan tahniah harus diberikan kepada pelajar tingkatan empat (selaku jawatan kuasa pengendali) yg telah bertungkus lumus menjayakan sambutan hari murabbi, biarpun kami tahu mereka ini masih tercungap-cungap keletihan menjalani kehidupan selaku warga sekolah ini yg tak putus2 diintai aktiviti. Sebenarnya mereka baru saja selesai menjayakan hari kantin pada rabu minggu lepas dan terus menyambung program mukhayyam di Gertak Sanggol pada hari khamisnya sehingga hujung minggu tersebut. Alhamdulillah….saya nampak mereka ‘kuat’ dan bersedia menerima cabaran yg ada di hadapan mereka. Saya panjatkan doa agar Allah memperkuatkan hati dan ketabahan murid2 saya tatkala terdetik rasa simpati pada mereka melihat keletihan menjayakan aktiviti2 dan program di sekolah ini….inilah latihan sebenarnya. Mereka mesti diasak dgn cabaran demi cabaran bagi menimba pengalaman membangunkan kepribadian.

Sambutan hari murabbi kali ini biarpun diadakan dlm suasana agak ‘kalut’ namun ianya tidaklah mengecewakan. Di kelas tingkatan empat semalam saya lahirkan penghargaan dan terima kasih kepada mereka. “the best sambutan hari murabbi” kata saya sambil thumbs up pada mereka. Selain permainan sukaneka yg buat saya rasa happy macam budak2 tadika… saya paling syok dengan permainan ukhwah pipi. Berpasangan dengan khadijatul nabilah yg saya panggil ‘anak patung barbie’ kerana memiliki mata cantik macam anak patung 😀 …takkan terlupakan susah payahnya berdakapan dengan nabilah sambil membawa belon air yg lembek dicelah pipi kami utk ke garisan penamat…seksa.

Paling terharu saatnya bila  setiap dari kami (muallim dan muallimah) semua dipimpin pelajar tingkatan 5 memasuki dewan sekolah dalam acara ‘red carpet’ diiringi alunan nasyid tema hari guru dalam tepukan gemuruh dari para pelajar. Acara di dewan sungguh menghiburkan. Saya yg memang tidak mampu menahan emosi berkali-kali mengesat airmata sebak menikmati sajak dan ucapan dari murid2 kami…” kak mahani jangan nangis la, nanti saya tak tahan juga” kata Dzilal di sebelah saya. “sob..sob..sob..bukan akak sorang yg jadi Neng Yatimah hari ni Dzilal….. tengoklah tu….kak mai, kak asma, Ainon, kak nora…erghh..semua mengesat mata …..sob…sob..sob …alahai ..shahdu sungguh hati cikgu-cikgu, dah menangis sakan ni…. hilang ‘ayu’  …. huhuhuhu.

macam selalu…..ada jamuan nasi bariani, dapat hadiah hari guru…dan KEK…..eiiii kek lagiii….

Terima kasih untuk  murid2ku ….. tiada yg lebih bermakna utk perjalanan hidupku sebagai seorang guru, melainkan doa kalian agar Allah ampunkan dosa2ku, kemaafan kalian terhadap segala pengabaianku terhadap hak-hakmu, harapan kpd rahmat Allah ke atas segala usaha baikku dan amalan kalian dari kebenaran ilmu yg kusampaikan padamu.

a lot of stories

Lama tak update blog ni, mood tak begitu memberangsangkan, mungkin sedang menghampiri masa persaraan. Keinginan menulis sudah tidak sehangat dulu, . …kenapa ya, pena sudah agak tumpul gamaknya 😀 lagipun saya lebih kerap singgah difacebook, lebih meriah berinteraksi dengan rakan dan murid2 saya , ia menjadi laman yang lebih aktif , updated dan lebih  informatif  bagi saya ini.

Mac 2001 baru saja berlalu , nampaknya  ‘lamanku’ ini lompong tanpa entry bagi Bulan Mac ni, tak sempat berkongsi tulisan ataupun ‘luahan hati’  biarpun banyak juga sebenarnya peristiwa menarik telah berlaku di sana sini…cerita kursus kenaikan pangkat sarjan dan staf sarjan di Setiawan dan  beberapa trip serta event yang telah saya sertai sepatutnya boleh dijadikan entry utk hidupkan blog saya  ini, tapi ‘tersangkut’ pulak dengan bizi rutin kerja sehari-hari dan gangguan kesihatan kebelakangan ini.

Semalam saya baru selesai program mukhyam tingkatan satu dan bergegas pula ke kompleks sukan Hijau Kuning  Alor Setar untuk temasya sukan HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama). Saya menumpang MPV Kak Manisah. Terkilan juga kerana tidak dapat menemani suami, seusai mensyuarat PIBG  di sekolah, suami bertolak ke Ipoh pula….sedang anak-anak berada  dirumah sepanjang petang setelah mereka juga keletihan dgn program mukhayam dan explorace yang dianjurkan oleh PIBG  di sekolah. ehh semua orang sibuknyaa.

Berbaloi ke Alor Setar, sekolah kami mengekalkan kejuaraan tahun lalu untuk bolasepak, manakala muncul johan dan naib johan untuk gusti lengan 😀 Kami juga turut muncul  naib johan untuk acara badminton. Malangnya team tarik tali tewas di pusingan kedua.

HESA kena kaji semula temasya sukan yang dianjurkan nya….pelajar tahfiz yang dah dewasa dan nampak ‘tua’ pun diizin bertanding dengan pelajar sekolah menengah umor 13-17 tahun…ada acara tarik tali macam pasukan ‘ayah’ lawan pasukan ‘anak’, sekali rentap saja  jatuh tertunggeng budak2 tu 😀

ceria setelah berjaya mengejar juara..tahniah utk team bola sekolah

sujud syukur setelah berjaya sebagai juara dua tahun berturut-turut

Dalam perjalanan pulang dari A.Setar, saya terpaksa memandu grand lavina kak manisah kerana dia sakit kepala sehingga muntah2, kesian mungkin kerana kepenatan dan kepanasan sewaktu di stadium. ehem merasa jugalah saya memegang stering kereta barunya itu, sementara kak manisah baring kat bahagian belakang, saya memandu ditemani berbicara oleh kak asma’ sepanjang perjalanan tersebut.  Sebenarnya saya juga exhausted…kerana malam tadinya saya tidur jam 3 pagi gara2 aktiviti  ‘night walk’  semasa mukhayam. Banyak yg nak dipost mortemkan utk ajk pelaksana aktiviti tersebut, namun hari ini saya mengambil cuti pula, menemani anak saya muaz yg demam tiba2. Malam tadi berguling2 mengadu sakit perut sehingga babanya membawa ke klinik sekitar jam 3.30 pagi, 😀 saya agak bimbang kerana pagi ini babanya ke perlis pula utk sesuatu urusan, sedang saya tahu dia juga kepenatan seperti saya. Semoga Allah melindungi kami semua dan membantu mengurniakan kecergasan dan tubuh badan yang sihat bagi kami.

sakit tekak muallimah suruh hangpa tariikkk....tariiikk...ishh tewas jugak..:D

inilah Fauzan...jaguh gusti lengan.

ada yang sangat  manis dalam ingatan dan masih basah menjamah hati saya yang ingin saya kongsikan sebagai entry di sini. Satu  kenangan yang paling menarik pada penghujung cuti yang lalu…iaitu perkahwinan Pakcik Mid saya dengan makcik Jamaliah. Pak cik Mid adalah adik bongsu mak mertua saya yang tinggal di Pahang, sesekali saya berkesempatan bertemu dgnnya bila dia pulang dan berkunjung ke rumah mertua saya. Pak cik Mid sekalipun sudah berusia pertengahan 60 an, tapi masih gagah dan tampan. Kalau tidak masakan Mak Cik Jamaliah  boleh jatuh hati dan berkenan, dengar ceritanya dia pernah menolak beberapa pinangan sebelum menerima pinangan Pak cik Mid ini.

pengantin sedondong hijau..

Pak cik Mid bertemu jodoh dengan Mak cik Jamaliah yang kebetulan tinggal di kampung berdekatan dengan kampong saya ini. Maka berkumpulah keluarga dari Pahang di kediaman saya bagi meraikan perkahwinan Pak Cik Mid dan mengiringi beliau dalam majlis anak teruna bertandang ke rumah anak dara…errr…sebenarnya bukan teruna lagi dah kerana ini adalah perkahwinan keempat bagi Pak cik Mid saya, sementara makcik  Jamaliah memang masih anak dara kerana ini pernikahannya yg pertama sekalipun pada usianya 47 tahun.

hero saya jadi pengapit pakcik hari tu.. 😀

Jujur saya bertanya pada mertua saya, “rasa-rasanya makcik maliah ni boleh dapat anak lagi tak mak” . Saya bertanya demikian kerana ada wanita yang mencapai menopause pada usia lewat 40 an.” tak da anak pun tak pa dah, Pak cik anak dah ramai” jawab ibu mertua saya ” mmm, yang ramai anak tu Pak Cik Mid, mak cik Maliah mana ada anak lagi. takkan dia tak teringin ada anak dari rahimnya sendiri” ngomel saya pula…errr dalam hati je ler 😀

kamar pengantin berhias indah...

Anak saya Raihanah yang pada mulanya teruja dan gembira bila diberitahu kita nak ke majlis pengantin, kemudianya masam mencuka bila mengetahui Tokcik Mid adalah pengantin yang saya maksudkan padanya. Dengan lurusnya dia berkata pada saya “ takkan pengantin  orang tua, pengantin mestilah orang yang cantik  ” marah hanah.… “hisshh hanah ni , cantik la tu…baju cantik, bilik tidur pun cantik, hantaran pun cantik2 belaka”, kata saya pula. Saya faham dia mungkin keliru dan terkejut kerana pertama kali melihat pengantin baru dalam usia sebegitu. 😀

khemah tetamu ..

Saya mendoakan keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan utk perkahwinan pak cik Mid kali ini. Selepas kematian isteri pertama beberapa tahun yang lalu, saya tahu tidak mudah menempuh perkahwinan yang seterusnya untuk  mengulangi kembali keindahan pengalaman masa lalu. Dalam sejarah 4 perkahwinan yg dilaluinya, 3 kali dia bertemu jodoh dengan anak dara .. 😀 , “apa ilmu pakcik Mid ni sebenarnya. ” saya cuba mengorek rahsia “orang lelaki tak susah pun nak dapat anak dara,  kerana ‘anak dara lebih usia’  memang ramai kat malaysia” kata suami saya. Eh….lain macam je bunyinya, ” eh student abang ada ke anak dara yang lebih usia,  ?” tanya saya kemudiannya. ” tengok student buat aperr…pensyarah pun ramai yang lebih usia dan belum berpunyerr ” tersengeh je suami saya sewaktu menuturkannya . Alamak jangan la dia berjangkit selera sama dengan pakciknya pula ….oh no no no…never!!

pak cik Mid masih tampan 😀

Kawan saya pernah berkata, kawin kali kedua takkan sama dengan pengalaman kita semasa kawin kali pertama. Masa ni sabar kita kena sekali ganda kerana memori lama akan datang juga mencelah sekali sekala. Saya katakan, perkahwinan kesekian kalinya bukan copy paste perkahwinan dulu atau sekadar utk mengulangi pengalaman lalu, kerana dalam perjalanan hidup kita , perubahan akan sentiasa berlaku baik secara fizikal atau mental, jasadiah atau batiniah. Kalau pun kita terpaksa berhadapan dengan suatu pengalaman baru, mudah2an Allah menyediakan pengalaman baru itu adalah untuk memberi suntikan baru juga terhadap ketinggian iman dan taqwa kita padaNya.

Dalam pengamatan saya, berkahwin pada usia datuk dan nenek tetap besar cabarannya. Ramai yang telah gagal , maka perkahwinan baru antara  opah dan tok wan tidak dapat bertahan lama. Seorang pak cik dikampung saya dulu yg kematian isterinya telah mengambil keputusan mengahwini adik iparnya yang sekian lama menjadi balu. Kami yang melihatnya turut gembira kerana merasakan perkahwinan itu ‘molek sangat’ dan tepat pada ketikanya. Maklumlah kedua-duanya single dan bersesuaian pula dari segi usia. Bahkan mereka  sudah pun saling kenal dalam sebuah  keluarga, tentulah mudah melayari bahtera rumahtangga dan saling menghilangkan sunyi pada usia senja begini. Tapi pernikahan kekal sebulan sahaja, mereka bercerai kerana masing2 tidak mahu meninggalkan ‘rumah sendiri’ . …..ishhh ada juga ya???

Ada juga pasangan yg bernikah tua ni tidak serasi kerana masalah anak cucu masing2. Setiap mereka sudah memiliki keluarga sendiri yang besar dan cenderung melebihkan keluarga masing2. Ada opah yang kerap tinggalkan tok wan kerana berkunjung ke rumah anak menantunya sehingga leka berbulan di sana membiarkan tok wan sunyi di rumah sendiri. Ada pula tok wan yang berkahwin dgn Opah tapi tetap berumahtangga dengan kedai kopi .

Seorang kawan saya yang mengahwinkan ayahnya dengan seorang janda, namun janda tersebut kemudianya lari meninggalkan ayahnya dan menyebarkan alasan yg ayahnya ‘kuat nafsu’ dan berlebihan pula..…aiiii berpuluh tahun hidup sejahtera dengan arwah mak aku, dah usia senja baru abah  nak kuat nafsu ???udah lah abah sering sakit dada dan lelah, ada kencing manis pulak abah  tu…. ishh melampau betol makcik mak baru aku “…keluh kawan saya kemarahan.

Rupanya tak mudah, bertemu jodoh di usia tua. Proses adaptasi dan penyesuaian diri terhadap satu sama lain lebih sulit berbanding perkahwinan kali pertama ketika muda. Orang tua lebih sensitive dan lebih berani mengambil keputusan., mungkin sudah kurang komitment  terhadap bebanan rumahtangga maka berkahwin dan bercerai jadi mudah bagi mereka.

Dalam satu ‘sembang2’ dengan seorang rakan,  saya pernah meluahkan pandangan. ‘Companionship’ atau keperluan kepada pasangan dalam sebuah rumahtangga akan berubah dengan bertambahnya usia perkahwinan. Keinginan kita terhadap pasangan hari ini tidak sama dgn keinginan semasa kita mula-mula kahwin dulu. Begitu juga keperluan terhadap pasangan bagi perkahwinan yang baru setahun dengan perkahwinan yang sudah 10 atau 15 tahun akan berbeza. Keinginan terhadap pasangan bagi orang muda tidak sama keinginan itu untuk orang tua-tua. Menurut kawan saya, bagi yang lelaki, usia tua mengembalikan mereka kepada sifat manja, takutkan kesunyian dan kurang pandai mengurus diri. Mereka ingin ada teman yang sentiasa ada untuk melayan atau berbicara dan tempat itu hanya boleh diisi oleh orang yang bergelar isteri.Sekalipun memiliki anak2 perempuan atau cucu cicit, tetap ‘ruang’ itu tidak dapat dipenuhi kecuali dari seorang isteri. Nabi Adan as yang dikelilingi nikmat di syurga juga masih tetap ingin bertemankan  Hawa. Berbeza bagi seorang nenek  atau wanita tua, keinginan utk berteman lebih kepada menghilangkan kebosanan dan teman itu bukan semestinya dari kaum lelaki atau suami. Cukup kalau boleh ditemani anak menantu atau cucu cicit, itu sudah menepati naluri berteman yang mereka inginkan.

entahlah, saya pun tak pasti…..walau apa pun jua pandangan, saya yakin berkahwin di usia tua atau muda, jika alasan agama menjadi keutamaan, pasti nenek atau tok wan akan dapat mengambil peranan masing2 sewajarnya. Sekalipun sudah memiliki rumah sendiri yg besar, seorang nenek tetap menanggung hak utk taat dan berada di sisi suami. Tidak timbul siapa yang harus mengikut siapa dan siapa yang harus tinggal di rumah siapa, kerana dalam sebuah rumahtangga, untuk berada bersama dan memberi khidmat kepada suami tetap wajib bagi isteri sekalipun isteri adalah seorang nenek dengan anak cucu sendiri yang sudah berderet.

Perkawinan tetap baik pada peringkat usia mana pun kita, alangkah indahnya diusia tua ini, masing-masing saling membantu pasangan utk keduanya lebih dekat kepada Allah. Bersama-sama ke masjid dan menghadiri majlis ilmu, bangun solat malam bersama, berpuasa bersama, berziarah bersama dan menjadi teman bicara terhadap satu sama lain. Eloklah usia tua ini, masa yang ada dilebihkan utk memperbanyakkan  ibadat  serta amalan2 soleh yang lain, dan ini dilakukan secara bersama.Tentulah bertemu dan berkahwin diusia tua ini akan begitu bermakna dan berharga.

untuk pakcik Mid…semoga berbahagia dan perkahwinan pakcik sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. Makcik Jamaliah  adalah amanah…usia tua bukan alasan untuk mensia-siakan amanah, kerana ia tidak pernah terlepas untuk dipersoalkan  Allah kelak ..

kalau balik rumah mertua….jangan lupa singgah di rumah saya. 😀

salam tahun baru 2011

percikan bunga api bercahaya mewarnai bandar Sg Petani, corak kilauan anika warnanya berbunga indah mewarnai kelam langit malam. Dari jarak 10 km dgn bandar Sg Petani, di balkoni rumah saya, dapat saya saksikan dgn jelas keindahan bunga api yang dilepaskan ke udara. Tentu ramai warga bandar ini berpusu-pusu untuk bersama dalam acara count down sambutan tahun baru 2011. Tembakan meriam serta mercun bersahutan di sana sini, termasuk yg turut ghairah membakar mercun ialah tetangga saya yg sudah lima anaknya tapi gemar benar menyambut puasa, raya dan tahun baru dgn dentuman mercun pengganggu telinga …

Ghairah benar masyarakat Malaysia berbilang bangsa menyambut tahun baru. Rancangan berita TV3 menyiarkan sambutan tahun baru seluruh negara dlm pelbagai versi dan cara. Tidak terkecuali melayu muslim tua dan muda bersorak, menari2, berbalas semburan buih dalam ria mereka ‘menyambut’ peredaran tahun yg semakin tua usianya. Sudah lupa agaknya, dunia semakin tua usia, bermakna semakin menghampiri saat kehancurannya, tapi manusia menyambutnya dgn penuh tawa keriangan?

Abu Dzar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa, dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan keluar kedataran tinggi menjerit-jerit kepada Tuhan menangis dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya tidak dapat bersuka-suka pada isterimu dan tidak tenang ditempat tidurmu.

dari Abu Hurairah ra , saya mendengar rasulullah saw bersabda ” ketahuilah bahawa dunia terkutuk dan semua yang ada di dalamnya terlaknat kecuali zikrullah dan segala apa yang serupa atau sedarjat dgn itu, dan orang alim yang mengerti serta orang2 yang mempelajari. ( HR Tirmidzi)

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
( Al-Angkabut:64)

semoga kedatangan tahun masehi 2011 mampu disambut dengan rasa keinsafan seorang hamba. Keizinan bermusafir di dunia dalam menuju akhirat tidak menjadikan kita leka dgn nikmat dunia yang sementara.

Allah ampunkan dosa2 kami, tutuplah keaiban kami, pimpinlah perjalanan kami, tetapkan kami pada kebenaranMu, satukan hati kami dgn cintaMu, sabarkan kami dgn ujianMu, berkati kami dgn apa yg direzekikan olehMu, menangkan kami ke atas musuh-musuhMu, selamatkan kami dari kehinaan dunia dan akhirat. Amin.

catatan cuti sekolah…

Cuti sekolah untuk saya…..sama maknanya dengan hari-hari bekerja. Bezanya Cuma saya tidak di kelas mengajar seperti biasa, namun masa tetap terisi dgn pelbagai aktiviti yang ada diantaranya mendatang tanpa diduga….tanpa dirancang apa-apa.

Itulah kehidupan, dunia adalah medan untuk bekerja, selagi urusan itu bernilai baik dan menepati agama, maka ia ibadat dan mengundang pahala. Saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga saya sabar menjalani masa yang ada dan mengisinya dengan urusan2 yang Allah suka, biarpun dalam kelemahan diri dan tipisnya iman, saya kadang2 mengeluh melepaskan kesal kerana ‘letih bekerja’.

Semoga Allah mengampuni saya dan membantu meneguhkan emosi serta tindakan saya dalam keinginan saya untuk sentiasa beroleh redhaNya. “ ibadah adalah upaya cerdas untuk meloloskan diri dari perangkap masa” itu kata Hamka. Selaku hamba Allah, kita mengharapkan masa memerangkap kita dalam sangkar ibadah, dan apa saja pekerjaan kita diterima Allah .

Ketika ini saya masih dalam proses menyiapkan assignment untuk pengajian SPIM saya, rasa agak lega kerana tinggal sedikit saja lagi. Mungkin Ahad nanti saya bisa menghantarnya…InsyaAllah . Sudah ramai teman yang mendahului saya menyiapkan tugasan dan menghantarnya, tapi saya ni memang slow sikit orangnya,….maklumlah dah semakin dimamah usia, tumpul sikit ler …. 😀

Malam nanti saya bakal berangkat ke Jeram untuk Konvensyen Guru2 Musleh….saya menghantar mesej pada kak nora untuk menarik diri dari kerja gotong royong mengemas bilik guru hari ni ….maaf kak nora ya..hari ni hubby ambik cuti, saya pun nak ambik peluang juge ler lebih masa skit dgn family, maklumlah malam ni nak tinggal depa lagi…. 😀

Syukur, dalam kesibukan ini banyak yang menghiburkan hati. Cuti kali ini agak bersejarah kerana rumah saya kerap menerima tetamu, baik di kalangan ahli keluarga atau teman-teman saya. Ada yang bermalam dan ada yang singgah menziarah sahaja. Dalam kesibukan juga saya sempat kelik klate sehari dua untuk kenduri anak saudara saya. Kakak saya berbesan dengan Ustaz Taib Azamudin, ahli parlimen Baling yang pernah menjawat jawatan Imam Besar masjid Negara.

dua pengantin kembar dgn pasangan masing2


Berbanding kenduri di rumah saya, kenduri di Baling lagi meriah. Anak kembar ustaz Taib kawin serentak, kedua-duanya menyunting gadis Kelantan. “Orang Kedah ni asyik sambar orang Kelantan je ler” kata saya pada suami “ ye ker…tapi abang kawin dgn org selatan Thailand” kata suami saya “ memang lah…yang tu lagi power” tambah saya pula….aper lerr. 😀

kenduri di Baling


Sewaktu kenduri di Baling saya ‘tergezut’ melihat kenduri yang ‘besar’ sebegitu…tetamunya mencecah 10,000 dan saya berselera sungguh dengan menu hidangan hari itu. Gulai daging dengan batang pisang memang sudah menjadi kegemaran. Saya memuji kesedapannya kepada suami. Terkedu bila suami berbisik kepada saya “ umi kata tak makan daging kerbau…tu sampai bertambah-tambah tu” katanya senyum sinis pada saya “ hah??” saya terlopong ternganga…..kemudian tersengih pula ?…. daging kerbau ke? Mak oii sodap nyerrrr….. Alhamdulillah dah selesai makan baru saya diberitahu. Kalau tak …mmm.. hirup sirap sejuk saja le saya hari tu. 😀 rezekiii… hehehehe

Malam tadi saya berpeluang menonton siaran berita di TV. Melihat kekecohan ketika sidang Parlimen dan ketua pembangkang yang digantung 6 bulan oleh yg dipertua dewan membuat saya rasa ‘serabut’ semacam. Pasaipa la buruk sangat rupa politik Malaysia…semakin hodoh saya rasakan. Inikah suasana sebuah persidangan? bertikam lidah gedegang gedegang kemudian ramai-ramai protes keluar dewan. Apa jenis persidangan?? Dewan parlimen menjadi tempat berantakan ??
Agaknya inilah jawapan kenapa TGHH pernah cadangkan ‘kerajaan perpaduan”. Supaya suasana seumpama ini tidak timbul dalam Parlimen.Tapi sayang, maksud halus kepada hasrat ini tidak mampu untuk difahami kebanyakan orang, dan cadangan yang membawa bayangan ‘perjanjian Hudaibiah’ itu telah dihentam habis-habisan.
Maka dalam sidang Parlimen sekarang berterusan ada kerajaan dan ada pembangkang untuk terus saling ‘berantakan’….ahhh nak kata apa lagi….isu kerajaan perpaduan sudah dilipat kemas dan diminta jangan diungkit-ungkitkan.

Ahhh itu hanya secebis isu politik yang menjanjikan cabaran dan tribulasi yang berpanjangan. Sebenarnya di hadapan kita terlalu banyak kesakitan yg terpaksa ditelan. Tadinya telinga saya menangkap isi khutbah jumaat di masjid yang mengingatkan sidang jumaat tentang cabaran yang dihadapi ummah kini.Kerosakan yang berselerakan di depan mata, kejahatan yang memerangi kebaikan dan dunia semakin tua menuju kehancuran.

Dalam kehidupan seharian, ada ketikanya mudarat diolah supaya nampak bermanfaat. Yang dulunya larangan kini diharuskan. Saya akui ada beberapa perkara yang membingungkan perasaan dan saya semakin keliru dengan apa yang saya faham.

‘ di akhir zaman ini, memegang Islam seperti menggenggam bara api, digenggam kita kesakitan , dilepaskan ia padam” mungkin ini kalimat yang berlegar dihati ketika saatnya saya menanggung rasa terkilan yang bersangatan. Kalau ini sunah perjuangan, semoga Allah memilih saya untuk tabah menanggung sakit demi bertahan dengan kehendak agamaNya. Saya takut dengan perjalanan zaman kerana ia seperti terbalik dan tunggang langgang…sedang kerosakan memamah kebaikan dengan begitu lahap sekali. Kebenaran kelihatan semakin suram dan bertambah kelam dalam pandangan, sedang untuk menatapnya kita harus letih menongkah arus zaman.

Tidak boleh nak meluah panjang-panjang, saya masih tertangguh tugas mengemas pakaian untuk perjalanan malam nanti.

today is ‘makan-makan’ day….

Isnin yang bahagia. Berada dalam minggu peperiksaan menjadikan isnin hari ini kami tidak perlu mengadakan perhimpunan resmi seperti selalu.Maka acara pagi ini digantikan dengan breakfast sempena menyambut ulangtahun kelahiran Hazani. Masing-masing bawa potluck dengan hazani membawa laksa kedah serta icing cake. Kak Nora dengan lontongnya, kak ani dgn tomyamnya, faridah bihun singapura, kak ila serta kak sal dengan lauk pauk mereka , syikin dengan jus jeli limaunya, jah membawa puding , dan saya pula tidak mampu menunaikan janji untuk membawa nasi kerabu. Raihanah meragam sakit gigi petang semalam, jadi saya terpaksa membawanya ke dentist. Maka nasi kerabu bertukar menjadi nasi putih biasa, dan syukurlah saya sempat masakkan sotong goreng kicap serta ikan goreng…huhuhu sori yerr..

pelbagai juadah utk breakfast


macamana la tak mengembang semuanya.....camni punya makan 😀

Selepas kelas saya bersama Ting 1 talhah pagi tadi, saya bergegas ke pasar Tikam Batu untuk membeli barang keperluan memasak. Saya akan menjadi selebriti jemputan bagi program “banat 3 Usman bersama Chef Mahani”…keh keh keh..’berangan betol’

potong ayam


kerja-kerja membersihkan ayam


Sebenarnya saya memenuhi ajakan mereka supaya saya ajarkan satu menu masakan yg simple tapi delicious . dalam jadual Aktiviti selepas PMR, memang ada ruang yg mereka peruntukan bagi ‘kelas memasak’. Kebetulan hari isnin kebanyakkan kelas saya adalah bersama tingkatan tiga, jadi ajakan tersebut saya penuhi jua.Maka untuk mereka saya janjikan ‘the marvellous chicken chop’ . Ianya memang tersangat simple dan saya memang pilih resepi yg depa suka dan depa mesti boleh buat punya….

chef sedang memberi 'petua'....errr macam menari makyong


bergandingan tenaga buat coleslaw


rileks la chef.....masak tabole geram-geram tau..


menggolek dan menekan2 isi ayam dlm serbuk roti


sambil buat kerja sambil sembang....cubit kang...


mula menggoreng


tunggu sehingga kuning keemasan

fuh.....aromanya...


pastu goreng kentang pula....kalo tak de fries ni ciken cop tak berseri


mmmm....sosnya.....


kat sekolah nampak rajin...kat rumah rajin jugak ke ?? 😀

Untuk minuman, saya ketengahkan ‘jus cinta’ sebagai menarik selera mereka. “kenapa nama jus cinta, muallimah?” Azmira bertanya pada saya. “sebab sapa yg minum pasti akan jatuh cinta” kata saya pula. ” muallimah ni memang pandai buat orang jatuh cinta laa” kata mira lagi “alaah tak payah nak ‘buat-buat’….kalau dalam hati kita memang ada rasa cinta, org yang kita cinta pasti dapat merasanya” saya terus menambah kata .” waaa …romantiknya muallimah ni” mira mula mengekek. ” ya la, kalau nak apa saja makanan kita rasa sedap dan digemari, pertama sekali kita mesti ada rasa cinta pada org yg nak kita berikan makan itu. Cinta mempengaruhi rasa, dan mesej cinta kita berjalan terhadap apa saja yg kita hasilkan dari rasa cinta.” Saya tamatkan perbualan ttg ‘cinta’ di situ sahaja. Sebenarnya ia cukup mudah utk diterjemahkan…masak pun kena dgn rasa cinta. Kemudiannya saya mendengar ada suara dari anak2 murid saya berkata “memang best la air ni, betoi jatuh cinta laa”.

limau kasturi yg dibuang biji, dikisar dgn kulitnya sekali


masukkan beberapa biji asam boi..


Program masak chicken chop dgn chef kita hari ini berjalan lancar. Nampak semuanya seronok dan berkerjasama dengan rasa sabar.”lepas ni antum cuba la buat kat rumah. Tunjuk skill kat mak ayah pulak. tak payah la ajak depa makan chicken chop kat kedai dah….antum pun dah boleh buat….jimat sikit. Chicken chop sepinggan mahal ooo….kadang ada yg tak sedap pun. Buat sendiri InsyaAllah lebih sedap…

sepinggan utk muallim...


sedang dlm proses menghidang

Saya katakan pada depa lagi ” tak susah jika nak masakan kita jadi sedap walau apa pun yg kita masak. Cuba la amalkan bacaan basmalah setiap kali menumis, menggoreng atau ketika memulakan apa saja aktiviti di dapur. Semasa proses masak , atau ketika sedang mengacau masakan atas dapur tu, sering-seringlah kita berselawat, baca Al fatihah dan doa-doakan berulangkali ‘ ya Allah, sedapkanlah masakan ku ini supaya ahli keluargaku gembira menikmatinya’….InsyaAllah, hasilnya tidak mengecewakan….percaya lah 😀 antum boleh mencubanya juga ketika memasak utk tetamu yg berkunjung ke rumah..

berdoa sebelum makan


chef senyum seronok.... ngeh ngeh ngeh

ambo kelik klate

ambo kelik klate….

Saya agak lama tak menjengah keluarga di kampung. Cuti sekolah dua minggu yang sudah tak dapat mencuri ruang utk pulang menziarahi keluarga di kampung terutama mak yg sudah meningkat usia dan semakin uzur pula. Sebetulnya semasa cuti sekolah yg lalu  suami saya berkursus, kami juga menghadiri program anjuran jabatan suami, ada gerak gempur di sekolah, dan anak2 yg ada program susunan pihak sekolah…. semuanya telah menjadi barisan alasan kenapa saya tidak berpeluang balik kampung pada cuti sekolah tempohari. Maka cuti weekend baru-baru ini kami ambil peluang untuk kelik ko klate, biarpun pulang utk sebentar cuma, ia adalah pengalaman balik kampung yg menyeronokkan juga.

Petang khamis kami bertolak sekitar jam 6.30 petang. Saya masih bekerja pada hari tersebut dan suami pula memohon cuti khamis dan jumaat . Sekembali dari sekolah saya dan anak2 bersiap  dan berkemas segala keperluan utk kelik klate sekadar dua hari cuma. Perjalanan kami petang itu  dalam cuaca yg redup dan nyaman tanpa simbahan teriknya mentari. Namun tatkala hari semakin gelap dan kami semakin jauh meninggalkan sg petani, hujan gerimis telah  mula meyirami yg kemudiannya bertukar lebat ketika kami memasuki  Gerik. Sebenarnya agak merbahaya perjalanan meredah hujan pada waktu  waktu malam membelah hutan mendaki puncak titiwangsa.  Kabus tebal menghalang pandangan dan suami asyik high beam saja sepanjang perjalanan. Saya tak dapat meratah keindahan tasik Banding ketika kenderaan menyeberangi jambatan Banding , sedang  anak2 semuanya terlena keletihan. Saya  tak putus-putus berdoa semoga Allah melindungi kami dan perjalanan kami selamat ke destinasinya. Sesekali saya ingatkan suami  ” pelan sikit bang, rasa macam laju sangat ni”. mmmm kelajuan yang sederhana sebenarnya, tapi dlm cuaca sedemikian saya jadi bimbang, apatah lagi saya yang tak memandu pun tetap rasa lenguh kaki kerana turut menekan brek ketika suami membelok di selekoh2 … 🙂

ni perjalanan pulang ke sg petani ....

Jam 10.00  mlm kami singgah makan malam di Jeli. Hujan masih renyai membasahi bumi. Kami berehat sebentar menimati hidangan nasi goreng dan minuman panas  sebelum meneruskan perjalanan kami. Kalau perjalanan waktu siang, saya sering singgah makan sup gear box kat Jeli….dah tengah malam ni mana nak ada sup gear box lagi.

Saya singgah bermalam di rumah kakak saya di Lemal, Pasir Mas. Kebetulan saya rindukan nasi berlauk mok joh kat depan sekolah Kadir Adabi P.Mas. Esoknya, saya ajak suami membeli sarapan pagi dan mengunjungi gerai mok joh yang menjual nasi berlauk ayam, nasi lauk ikan ayo dan nasi dagang. Sayang sungguh nasi kerabu dah kehabisan….sedangkan suami dan anak2 saya amat menggemarinya nasi kerabu kelantan.Yang paling nostalgik bagi saya yg menghabiskan zaman kanak2 dan remaja di bumi Kelantan adalah makanannya…..ia tersendiri dan cukup menggamit selera ini. Ketika menunggu di tepi deretan periuk lauk  gulai dan nasi di gerai mok joh, bau aromanya sungguh membangkitkan perasaan saya…ia aroma lama yang masih sama, harum  menguja dan menggoda rasa….Allahuakhbar.

Kemudian kami ke Pasar Besar P. Mas…hmmm saya shopping keropok keping, keropok lekor,  sos pencicah, bedak sejuk , bedak kulit rambai, beras nasi dagang, serunding daging  dan sedikit kuih muih kelantan. Saya sudah mengagak kemungkinan tidak berkesempatan singgah di pasar Siti Khadijah  Kota Bharu, maka saya beli barangan dan buah tangan di Pasir Mas sahaja…. kemudiannya saya ke rumah mak saya di Pasir Pekan…

kedai opposite gerai mok joh nasi berlauk

bandar Pasir Mas

laksam....alahai kuahnya agak manis pula...frustnyer...

Tidak lengkap rasanya kalau balik kampung saya tak beli beras Kelantan . Beras kelantan lebih putih, enak dan ‘seroi’ yakni cantik berbiji-biji. Tak banyak kanji dan tak senang basi. Saya beli 10 kg beras cap burung serindit dan 5 kg beras cap naga ketika mengunjugi pasar Wakaf Bharu. Beras kelantan kebanyakannya dari siam….sebab tu cantik dan enak dimakan. Saya sempat menikmati etak salai yg masin dan lemak serta ‘colek malas’ yg agak manis kuahnya. Teringin makan mee celup Kampung Pek tapi tak kesampaian kerana kesuntukan masa.

santai selepas pekena nasi berlauk..

Banyak perubahan yg berlaku di kampung saya di Pasir Mas. Jalan semakin besar dan kenderaan semakin sibuk. Yang nyata ianya sudah tidak seindah dulu. Kemajuan dan perubahan merobek keindahan alam di tempat saya. Banyak kenangan lama sudah hilang dan sudah tiada di situ. Kawasan permainan saya seperti bendang dan kebun getah sudah tiada. Sawmill dan kayu-kayu balak yang dulunya tempat kami lepak-lepak sambil mengutip kulat juga telah luput dari pandangan mata. Sg Kelantan di seberang jalan mengalir keruh , mengeruhkan semua kenangan zaman kanak2 saya. Tiada lagi sungai yg cetek tempat kami mengutip etak ketika musimnya. Tiada lagi kebun sayur tempat saya ‘mencuri’ tembikai dan mentimun setelah penat mandi sungai….tiada lagi dan tak mungkin akan ada lagi.

mak yang sudah berusia tapi masih kental semangatnya..

Seperti biasa saya peluk dan cium mak ketika sampai di rumahnya. Mak makin kecil dalam pelukan anaknya yang berbadan sasa ini  😀

Kesian, semakin uzur di mamah usia . Ingatan pada masa lampau masih kuat dan selalu dimuntahkan ceritanya pada kami anak cucunya, namun bila bercerita akan pasti diulang berkali-kali tanpa disedarinya. Dah lama dia tak kemana-mana dan cuma dirumah saja. Kalau menalipon saya cuma bercakap dengan kakak saya kerana emak sudah tidak kuat pendengaranya. Selera mak cuma pada nasi putih berlaukkan ikan kering dan budu saja. Janganlah berani memujuk mak makan lauk ayam atau lauk pauk yang lainnya, pasti tak disukainya. Sayur sudah lama ditinggalkan kerana tak berani memakannya……’sejuk’ katanya. Semoga Allah memberi kekuatan pada mak, kesihatan dan ketekunan dalam ibadatnya di usia emasnya ini….saya sangat sayangkan  mak sedalam emak sayangkan saya …..sekalipun pertalian darah tidak mengikat kami berdua, di hati saya dia mak saya selama-lamanya.

ronda-ronda di Pasir Mas dan Wakaf Bharu....tak sempat ronda Kota Bharu

bersanding kat bangku simen depan surau petronas Jeli, selepas solat maghrib.

depa pun nak posing juga....ikut saja ler..

singgah shopping kat Bukit Bunga

Bukit Bunga Jeli, kecik sikit dari tempat shopping Rantau Panjang

sejenis jajang yg saya gemari diusia kanak2....namanya 'tahi musang'...hampir pupus tapi saya jumpa di Bukit Bunga.. 😀

Saya bertolak pulang pada petang sabtu. Singgah shopping lagi kat Bukit Bunga , Jeli…alamak !

beli bantal upin ipin utk dua anak perempuan saya, beli buah, kerepek dan ‘tahi musang’…..kah kah kah…lucunya saya terjumpa ‘snek atau jajang’  yg lama saya tak nikmatinya. Ia sejenis asam yg rasanya masam-masam manis. Sedap dan digemari ibu mengandung di tempat saya. Kami panggil  ‘tahi musang’….entah la, apasal la teruk sangat namanya …. tapi dulu saya menggemarinya.

sebuah catatan perjalanan, ia catatan hati saya yg saya kongsikan dgn sesiapa saja yg singgah membaca blog saya, yang singgah untuk membaca dan singgah untuk mengenali saya …. salam satu Malaysia …oppss !



« Older entries