Saya agak lama tak menjengah keluarga di kampung. Cuti sekolah dua minggu yang sudah tak dapat mencuri ruang utk pulang menziarahi keluarga di kampung terutama mak yg sudah meningkat usia dan semakin uzur pula. Sebetulnya semasa cuti sekolah yg lalu suami saya berkursus, kami juga menghadiri program anjuran jabatan suami, ada gerak gempur di sekolah, dan anak2 yg ada program susunan pihak sekolah…. semuanya telah menjadi barisan alasan kenapa saya tidak berpeluang balik kampung pada cuti sekolah tempohari. Maka cuti weekend baru-baru ini kami ambil peluang untuk kelik ko klate, biarpun pulang utk sebentar cuma, ia adalah pengalaman balik kampung yg menyeronokkan juga.
Petang khamis kami bertolak sekitar jam 6.30 petang. Saya masih bekerja pada hari tersebut dan suami pula memohon cuti khamis dan jumaat . Sekembali dari sekolah saya dan anak2 bersiap dan berkemas segala keperluan utk kelik klate sekadar dua hari cuma. Perjalanan kami petang itu dalam cuaca yg redup dan nyaman tanpa simbahan teriknya mentari. Namun tatkala hari semakin gelap dan kami semakin jauh meninggalkan sg petani, hujan gerimis telah mula meyirami yg kemudiannya bertukar lebat ketika kami memasuki Gerik. Sebenarnya agak merbahaya perjalanan meredah hujan pada waktu waktu malam membelah hutan mendaki puncak titiwangsa. Kabus tebal menghalang pandangan dan suami asyik high beam saja sepanjang perjalanan. Saya tak dapat meratah keindahan tasik Banding ketika kenderaan menyeberangi jambatan Banding , sedang anak2 semuanya terlena keletihan. Saya tak putus-putus berdoa semoga Allah melindungi kami dan perjalanan kami selamat ke destinasinya. Sesekali saya ingatkan suami ” pelan sikit bang, rasa macam laju sangat ni”. mmmm kelajuan yang sederhana sebenarnya, tapi dlm cuaca sedemikian saya jadi bimbang, apatah lagi saya yang tak memandu pun tetap rasa lenguh kaki kerana turut menekan brek ketika suami membelok di selekoh2 … 🙂

ni perjalanan pulang ke sg petani ....
Jam 10.00 mlm kami singgah makan malam di Jeli. Hujan masih renyai membasahi bumi. Kami berehat sebentar menimati hidangan nasi goreng dan minuman panas sebelum meneruskan perjalanan kami. Kalau perjalanan waktu siang, saya sering singgah makan sup gear box kat Jeli….dah tengah malam ni mana nak ada sup gear box lagi.
Saya singgah bermalam di rumah kakak saya di Lemal, Pasir Mas. Kebetulan saya rindukan nasi berlauk mok joh kat depan sekolah Kadir Adabi P.Mas. Esoknya, saya ajak suami membeli sarapan pagi dan mengunjungi gerai mok joh yang menjual nasi berlauk ayam, nasi lauk ikan ayo dan nasi dagang. Sayang sungguh nasi kerabu dah kehabisan….sedangkan suami dan anak2 saya amat menggemarinya nasi kerabu kelantan.Yang paling nostalgik bagi saya yg menghabiskan zaman kanak2 dan remaja di bumi Kelantan adalah makanannya…..ia tersendiri dan cukup menggamit selera ini. Ketika menunggu di tepi deretan periuk lauk gulai dan nasi di gerai mok joh, bau aromanya sungguh membangkitkan perasaan saya…ia aroma lama yang masih sama, harum menguja dan menggoda rasa….Allahuakhbar.
Kemudian kami ke Pasar Besar P. Mas…hmmm saya shopping keropok keping, keropok lekor, sos pencicah, bedak sejuk , bedak kulit rambai, beras nasi dagang, serunding daging dan sedikit kuih muih kelantan. Saya sudah mengagak kemungkinan tidak berkesempatan singgah di pasar Siti Khadijah Kota Bharu, maka saya beli barangan dan buah tangan di Pasir Mas sahaja…. kemudiannya saya ke rumah mak saya di Pasir Pekan…

kedai opposite gerai mok joh nasi berlauk

bandar Pasir Mas

laksam....alahai kuahnya agak manis pula...frustnyer...
Tidak lengkap rasanya kalau balik kampung saya tak beli beras Kelantan . Beras kelantan lebih putih, enak dan ‘seroi’ yakni cantik berbiji-biji. Tak banyak kanji dan tak senang basi. Saya beli 10 kg beras cap burung serindit dan 5 kg beras cap naga ketika mengunjugi pasar Wakaf Bharu. Beras kelantan kebanyakannya dari siam….sebab tu cantik dan enak dimakan. Saya sempat menikmati etak salai yg masin dan lemak serta ‘colek malas’ yg agak manis kuahnya. Teringin makan mee celup Kampung Pek tapi tak kesampaian kerana kesuntukan masa.

santai selepas pekena nasi berlauk..
Banyak perubahan yg berlaku di kampung saya di Pasir Mas. Jalan semakin besar dan kenderaan semakin sibuk. Yang nyata ianya sudah tidak seindah dulu. Kemajuan dan perubahan merobek keindahan alam di tempat saya. Banyak kenangan lama sudah hilang dan sudah tiada di situ. Kawasan permainan saya seperti bendang dan kebun getah sudah tiada. Sawmill dan kayu-kayu balak yang dulunya tempat kami lepak-lepak sambil mengutip kulat juga telah luput dari pandangan mata. Sg Kelantan di seberang jalan mengalir keruh , mengeruhkan semua kenangan zaman kanak2 saya. Tiada lagi sungai yg cetek tempat kami mengutip etak ketika musimnya. Tiada lagi kebun sayur tempat saya ‘mencuri’ tembikai dan mentimun setelah penat mandi sungai….tiada lagi dan tak mungkin akan ada lagi.

mak yang sudah berusia tapi masih kental semangatnya..
Seperti biasa saya peluk dan cium mak ketika sampai di rumahnya. Mak makin kecil dalam pelukan anaknya yang berbadan sasa ini 😀
Kesian, semakin uzur di mamah usia . Ingatan pada masa lampau masih kuat dan selalu dimuntahkan ceritanya pada kami anak cucunya, namun bila bercerita akan pasti diulang berkali-kali tanpa disedarinya. Dah lama dia tak kemana-mana dan cuma dirumah saja. Kalau menalipon saya cuma bercakap dengan kakak saya kerana emak sudah tidak kuat pendengaranya. Selera mak cuma pada nasi putih berlaukkan ikan kering dan budu saja. Janganlah berani memujuk mak makan lauk ayam atau lauk pauk yang lainnya, pasti tak disukainya. Sayur sudah lama ditinggalkan kerana tak berani memakannya……’sejuk’ katanya. Semoga Allah memberi kekuatan pada mak, kesihatan dan ketekunan dalam ibadatnya di usia emasnya ini….saya sangat sayangkan mak sedalam emak sayangkan saya …..sekalipun pertalian darah tidak mengikat kami berdua, di hati saya dia mak saya selama-lamanya.

ronda-ronda di Pasir Mas dan Wakaf Bharu....tak sempat ronda Kota Bharu

bersanding kat bangku simen depan surau petronas Jeli, selepas solat maghrib.

depa pun nak posing juga....ikut saja ler..

sejenis jajang yg saya gemari diusia kanak2....namanya 'tahi musang'...hampir pupus tapi saya jumpa di Bukit Bunga.. 😀
Saya bertolak pulang pada petang sabtu. Singgah shopping lagi kat Bukit Bunga , Jeli…alamak !
beli bantal upin ipin utk dua anak perempuan saya, beli buah, kerepek dan ‘tahi musang’…..kah kah kah…lucunya saya terjumpa ‘snek atau jajang’ yg lama saya tak nikmatinya. Ia sejenis asam yg rasanya masam-masam manis. Sedap dan digemari ibu mengandung di tempat saya. Kami panggil ‘tahi musang’….entah la, apasal la teruk sangat namanya …. tapi dulu saya menggemarinya.
sebuah catatan perjalanan, ia catatan hati saya yg saya kongsikan dgn sesiapa saja yg singgah membaca blog saya, yang singgah untuk membaca dan singgah untuk mengenali saya …. salam satu Malaysia …oppss !