untuk semua lelaki yg kucinta

untuk semua lelaki yg ku cinta..


suamiku,

atas kasih sayang dan cinta,

perlindungan, pertolongan, bimbingan dan saat-saat  yg bahagia,

kemaafan,  kemesraan,  kesetiaan dan gurau senda,

teman kesunyian dan memberiku zuriat penyeri rumah tangga,

terima kasih dan selamat hari bapa…..abang adalah rahmat untuk saya.


untuk ayahku,

yg sempat mewalikan pernikahanku sebelum pemergianmu,

bagi waktuku bersamamu yg hilang dari perjalanan kenanganku,

bagi kesempatan meneguk kasihmu yg tidak ditakdirkan untukku,

bagi semua perpisahan kita dlm tulisan suratan yg Esa,

saya redha untuk semua perjalanan dan ujian hidup saya,

ayah sangat saya cinta dalam rintihan doa kerinduan saya,

semoga Allah pertemukan kita lagi ….. di syurga…InsyaAllah


untuk ayah angkatku,

yg mewarnai zaman kecil saya yg ceria…

sekalipun takdir ayah memanjakan saya tidak lama,

saya ingati jasa serta waktu indah ketika ayah bersama saya,

yg memujuk tangisan saya dgn aiskerim, jajang dan gula-gula…

semoga Allah membalas utk kasih sayang dan budi ayah pada saya,

dengan rahmat dan kemuliaan syurgaNya..


untuk ayah mertuaku,

yg saya kenali menerusi gambar-gambar ayah,

serta kenangan suami saya bersama ayah ,

yg saya kenali menerusi cerita2  mak tentang ayah yg sering meniti dibibirnya,

dan melalui doa-doa saya,  menantu yg tidak pernah menatap ayah,

terima kasih utk pengorbanan mendidik suami saya,

serta pengorbanan untuk keluarga ayah,

saya bertuah menjadi sebahagian dari mereka.

Semoga rahmat Allah bersama ayah sentiasa


SELAMAT HARI BAPA …

hati saya basah merindui dan mengasihi…

wahai kesemua lelaki yg saya cinta…

3 Komen

  1. Nurul said,

    23 Jun 10 pada 5:44 pm

    saya sayang ayah saya…

  2. alsyarqawi said,

    27 Jun 10 pada 11:56 am

    salam mlmh, ape khabar? bagus madahnya. tapi nama saya tak de pun?(haha..gurau je)..nak bertanya khabarnye,lama tak ketemu. hari tu balik kedah, tak sempat nak ziarah. lagipun masa cuti sekolah.mesti ada rancangan untu anak-anak…kena cinta orang lelaki ni. tambah plak lelaki2 yang mlmh cinta itu berjaya menjadi pemimpin ats mlmh spt mana yang mlmh mahukan. ye la, bila sbut lelaki ini, conform dah “pemimpin” mesti ada dlm watak mereka.dah la kot…panjang pulak. ape pun tahniahla..perempuan pulak macam mana?…..permaisuri la…hheehee.

    sekian

  3. ummuhanah said,

    27 Jun 10 pada 12:13 pm

    salam nurul….sayang ayah ye…. jadilah puteri ayah yg solehah 😀

    syarqawi…amboi nak nama ye ???
    madah ni terlintas difikiran muallimah ketika sambutan hari bapa….jadi lelaki kecintaan yg dibariskan di sini ‘bapa’ yg sangat dicintai….adapun lelaki yg layak menerima cinta paling hakiki dari wanita muslimah di dunia ini adalah baginda saw.

    masih ada lelaki yg dicintai selain suami ,ayah, anak2 dan ahli keluarga. Yakni semua lelaki muslim yg berjuang menegakkan syariat Allah, lelaki yg mengalami penderitaan utk memperjuangkan agama Allah, lelaki2 yg bersama2 mlh di jalan dakwah…mereka ini bertaburan di mana-mana, indah mempersona, laksana taburan bintang2 di angkasa 😀 …


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: