ambo kelik klate

ambo kelik klate….

Saya agak lama tak menjengah keluarga di kampung. Cuti sekolah dua minggu yang sudah tak dapat mencuri ruang utk pulang menziarahi keluarga di kampung terutama mak yg sudah meningkat usia dan semakin uzur pula. Sebetulnya semasa cuti sekolah yg lalu  suami saya berkursus, kami juga menghadiri program anjuran jabatan suami, ada gerak gempur di sekolah, dan anak2 yg ada program susunan pihak sekolah…. semuanya telah menjadi barisan alasan kenapa saya tidak berpeluang balik kampung pada cuti sekolah tempohari. Maka cuti weekend baru-baru ini kami ambil peluang untuk kelik ko klate, biarpun pulang utk sebentar cuma, ia adalah pengalaman balik kampung yg menyeronokkan juga.

Petang khamis kami bertolak sekitar jam 6.30 petang. Saya masih bekerja pada hari tersebut dan suami pula memohon cuti khamis dan jumaat . Sekembali dari sekolah saya dan anak2 bersiap  dan berkemas segala keperluan utk kelik klate sekadar dua hari cuma. Perjalanan kami petang itu  dalam cuaca yg redup dan nyaman tanpa simbahan teriknya mentari. Namun tatkala hari semakin gelap dan kami semakin jauh meninggalkan sg petani, hujan gerimis telah  mula meyirami yg kemudiannya bertukar lebat ketika kami memasuki  Gerik. Sebenarnya agak merbahaya perjalanan meredah hujan pada waktu  waktu malam membelah hutan mendaki puncak titiwangsa.  Kabus tebal menghalang pandangan dan suami asyik high beam saja sepanjang perjalanan. Saya tak dapat meratah keindahan tasik Banding ketika kenderaan menyeberangi jambatan Banding , sedang  anak2 semuanya terlena keletihan. Saya  tak putus-putus berdoa semoga Allah melindungi kami dan perjalanan kami selamat ke destinasinya. Sesekali saya ingatkan suami  ” pelan sikit bang, rasa macam laju sangat ni”. mmmm kelajuan yang sederhana sebenarnya, tapi dlm cuaca sedemikian saya jadi bimbang, apatah lagi saya yang tak memandu pun tetap rasa lenguh kaki kerana turut menekan brek ketika suami membelok di selekoh2 …🙂

ni perjalanan pulang ke sg petani ....

Jam 10.00  mlm kami singgah makan malam di Jeli. Hujan masih renyai membasahi bumi. Kami berehat sebentar menimati hidangan nasi goreng dan minuman panas  sebelum meneruskan perjalanan kami. Kalau perjalanan waktu siang, saya sering singgah makan sup gear box kat Jeli….dah tengah malam ni mana nak ada sup gear box lagi.

Saya singgah bermalam di rumah kakak saya di Lemal, Pasir Mas. Kebetulan saya rindukan nasi berlauk mok joh kat depan sekolah Kadir Adabi P.Mas. Esoknya, saya ajak suami membeli sarapan pagi dan mengunjungi gerai mok joh yang menjual nasi berlauk ayam, nasi lauk ikan ayo dan nasi dagang. Sayang sungguh nasi kerabu dah kehabisan….sedangkan suami dan anak2 saya amat menggemarinya nasi kerabu kelantan.Yang paling nostalgik bagi saya yg menghabiskan zaman kanak2 dan remaja di bumi Kelantan adalah makanannya…..ia tersendiri dan cukup menggamit selera ini. Ketika menunggu di tepi deretan periuk lauk  gulai dan nasi di gerai mok joh, bau aromanya sungguh membangkitkan perasaan saya…ia aroma lama yang masih sama, harum  menguja dan menggoda rasa….Allahuakhbar.

Kemudian kami ke Pasar Besar P. Mas…hmmm saya shopping keropok keping, keropok lekor,  sos pencicah, bedak sejuk , bedak kulit rambai, beras nasi dagang, serunding daging  dan sedikit kuih muih kelantan. Saya sudah mengagak kemungkinan tidak berkesempatan singgah di pasar Siti Khadijah  Kota Bharu, maka saya beli barangan dan buah tangan di Pasir Mas sahaja…. kemudiannya saya ke rumah mak saya di Pasir Pekan…

kedai opposite gerai mok joh nasi berlauk

bandar Pasir Mas

laksam....alahai kuahnya agak manis pula...frustnyer...

Tidak lengkap rasanya kalau balik kampung saya tak beli beras Kelantan . Beras kelantan lebih putih, enak dan ‘seroi’ yakni cantik berbiji-biji. Tak banyak kanji dan tak senang basi. Saya beli 10 kg beras cap burung serindit dan 5 kg beras cap naga ketika mengunjugi pasar Wakaf Bharu. Beras kelantan kebanyakannya dari siam….sebab tu cantik dan enak dimakan. Saya sempat menikmati etak salai yg masin dan lemak serta ‘colek malas’ yg agak manis kuahnya. Teringin makan mee celup Kampung Pek tapi tak kesampaian kerana kesuntukan masa.

santai selepas pekena nasi berlauk..

Banyak perubahan yg berlaku di kampung saya di Pasir Mas. Jalan semakin besar dan kenderaan semakin sibuk. Yang nyata ianya sudah tidak seindah dulu. Kemajuan dan perubahan merobek keindahan alam di tempat saya. Banyak kenangan lama sudah hilang dan sudah tiada di situ. Kawasan permainan saya seperti bendang dan kebun getah sudah tiada. Sawmill dan kayu-kayu balak yang dulunya tempat kami lepak-lepak sambil mengutip kulat juga telah luput dari pandangan mata. Sg Kelantan di seberang jalan mengalir keruh , mengeruhkan semua kenangan zaman kanak2 saya. Tiada lagi sungai yg cetek tempat kami mengutip etak ketika musimnya. Tiada lagi kebun sayur tempat saya ‘mencuri’ tembikai dan mentimun setelah penat mandi sungai….tiada lagi dan tak mungkin akan ada lagi.

mak yang sudah berusia tapi masih kental semangatnya..

Seperti biasa saya peluk dan cium mak ketika sampai di rumahnya. Mak makin kecil dalam pelukan anaknya yang berbadan sasa ini 😀

Kesian, semakin uzur di mamah usia . Ingatan pada masa lampau masih kuat dan selalu dimuntahkan ceritanya pada kami anak cucunya, namun bila bercerita akan pasti diulang berkali-kali tanpa disedarinya. Dah lama dia tak kemana-mana dan cuma dirumah saja. Kalau menalipon saya cuma bercakap dengan kakak saya kerana emak sudah tidak kuat pendengaranya. Selera mak cuma pada nasi putih berlaukkan ikan kering dan budu saja. Janganlah berani memujuk mak makan lauk ayam atau lauk pauk yang lainnya, pasti tak disukainya. Sayur sudah lama ditinggalkan kerana tak berani memakannya……’sejuk’ katanya. Semoga Allah memberi kekuatan pada mak, kesihatan dan ketekunan dalam ibadatnya di usia emasnya ini….saya sangat sayangkan  mak sedalam emak sayangkan saya …..sekalipun pertalian darah tidak mengikat kami berdua, di hati saya dia mak saya selama-lamanya.

ronda-ronda di Pasir Mas dan Wakaf Bharu....tak sempat ronda Kota Bharu

bersanding kat bangku simen depan surau petronas Jeli, selepas solat maghrib.

depa pun nak posing juga....ikut saja ler..

singgah shopping kat Bukit Bunga

Bukit Bunga Jeli, kecik sikit dari tempat shopping Rantau Panjang

sejenis jajang yg saya gemari diusia kanak2....namanya 'tahi musang'...hampir pupus tapi saya jumpa di Bukit Bunga..😀

Saya bertolak pulang pada petang sabtu. Singgah shopping lagi kat Bukit Bunga , Jeli…alamak !

beli bantal upin ipin utk dua anak perempuan saya, beli buah, kerepek dan ‘tahi musang’…..kah kah kah…lucunya saya terjumpa ‘snek atau jajang’  yg lama saya tak nikmatinya. Ia sejenis asam yg rasanya masam-masam manis. Sedap dan digemari ibu mengandung di tempat saya. Kami panggil  ‘tahi musang’….entah la, apasal la teruk sangat namanya …. tapi dulu saya menggemarinya.

sebuah catatan perjalanan, ia catatan hati saya yg saya kongsikan dgn sesiapa saja yg singgah membaca blog saya, yang singgah untuk membaca dan singgah untuk mengenali saya …. salam satu Malaysia …oppss !



8 Komen

  1. nur_espace said,

    2 Julai 10 pada 9:35 pm

    ish..ish..ish…
    apesal handbag kita mcm same jek…perasan x ?
    sy haghi tu pun beli ‘ tahi musang’ kat pasar borong wakaf che yeh
    mmg favourite n mengimbau zmn kanak2
    ada lg kat dlm icebox tu,simpan syg nak mkn
    hihi,actually terlupa ada 1 lg belum mkn
    bila bc posting akak baru teringat,tq…
    boleh la mkn smbil tgk bola mlm ni
    salam perkenalan…

  2. ummuhanah said,

    3 Julai 10 pada 1:42 am

    ish..ish…ish…
    nak kena tukaq handbag ni…. akak beli bag ni kat Paris masa buat show kat sana…..camana boleh sama ngan org Malaysia nih ….huh! terancam glamour akak….keh keh keh…
    citarasa kita sama kot nur……hahaha

    woh…beli tahi musang jugak hek….alaa sama lagiiii…..huhuhu
    tapi nur tak beli gelembong boya kan kan kan…..kaaaannnnn

    ni tengah tengok bola gak…..Brazil tersungkur….. halamak!
    selalu pakai baju hijau kuning, malam ni pakai biru putih…tu pasal la lingkup….macam BN jugak le….dah nak lingkup…keh keh keh…

  3. nur_espace said,

    3 Julai 10 pada 11:49 am

    gelembong boya tak beli,zauji tak suka manis
    dia suka asam2 mengalahkan pompuan
    tahi musang tu dia yg mkn lebih..kalau tgk dia mkn boleh wt iklan!
    hmmm…yummy
    mlm td ramai la yg kalah judi…
    zauji mmg sokong belanda,so trpaksa la sy sokong brazil sbb dia tak bagi
    sama ngn dia…yang tak bestnye kena wt sarapan selama seminggu…waaaa

  4. ummuhanah said,

    3 Julai 10 pada 2:02 pm

    keh keh keh….

    suami isteri tengok bola ekk…..cantekkkk
    ada zauji sapa ntah, tak ngaku tengok bola tapi dia tengok jugak rupanya…wakakaka…memang saja nak hangin wak labu,… angin pus pus…. saja nak eksen 30 sen ngan akak……hahahaha

    erkk….alamak….akak termengutuk zauji org pulak dah….astaghfirullah…

    nur satu team dgn akak rupanya…..best betol….akak kalo bekas kuasa imperialis tu tolak awai-awai lagi…portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, USA….. Belanda??? woh sori….musuh Raden Adjeng Kartini juga adalah musuhku….. hek hek hek…

    buat sarapan no problem…bancuh milo suruh cicah roti empat segi pun ok…atau roti sapu asam ‘tahi musang’….okey kott….

    heheheh…gurau je nor

  5. 3 Julai 10 pada 9:04 pm

    Salam…

    Wahh… bestnya balik kelantan, tengok orang balik kita pun nak balikkan. saya pun suka tahi musang tu, walaupun buruk rupanya tapi rasa sedap.

    World Cup, kalau suka ala samba Brazil is the team, total football belanda la, Italy dengan defensive attacking, German boring game gak tapi efficient, england dengan fast and long pass, spain & argentina dengan individual skill. Kalau yang tak reti, sokong je la mana-mana… hahahahaha…

    Ish.. ish.. ish…
    pempuan kalau cerita, takde gossip tak ngumpat macam tak best ye.

  6. ummuhanah said,

    5 Julai 10 pada 2:13 pm

    Akak memang dah lama tak balik Kelantan…terakhir ketika kakak telifon habaq mak demam dan jatuh kat bilik air…emmm Januari lepas rasanya.

    Bukan gossip…bukan juga mengumpat….sekadar komen pedas :D……ada yg terasa ke ??? nasib lah yerr.

    tak de la pandai sangai pasal bola…menonton perlawanan bola sekadar seronok2 je….sokong Brazil kerana history dan reputasi yg baik dalam bola piala dunia….nama2 lama seperti Ronaldo. Ronaldinho dan Roberto carlos mungkin sedikit menarik perhatian saya pd team samba tu ,… tapi kali ni kemunculan Kaka dan Fabiano nampaknya kurang menyengat …. serangan Brazil ke atas Holland tempohari serba tak menjadi….Brazil tersungkur penuh trajis….melayang mood hamba nak tengok bola lagi….:D

    Satu team bola ibarat sebuah jemaah. Kemantapannya bergantung kpd kombinasi kerja berpasukan yakni amal’ jama’ie dan kepakaran individu yakni kualiti ahli jemaah itu sendiri. Brazil tidak akan utuh dgn Kaka dan Fabiano atau Juan sahaja jika pemain2 lain tidak berkualiti, gagal mengekalkan reputasi dan tidak mempamerkan prestasi yg mencukupi utk mencabar lawan.

    pada saya la Badrul, permainan bolasepak seperti cerminan pada sebuah perjuangan. Amal jama’ie menjadi tonggak kepada kemantapan pasukan tersebut. Dlm perlawanan bola samada keeper, midfielder, defender atau striker semuanya mesti bijak berperanan demi menjayakan misi pasukan utk menang. Dalam jemaah, semua ahli mesti memberi sumbangan sesuai dgn posisi, tanggungjawab dan kemampuan yg ada.Tidak boleh bergantung pada kekuatan mana-mana individu semata-mata. Christiano Ronaldo atau Lionel Messi sekalipun merupakan the best player atau ayam tambatan, tapi tidak mampu memberi jaminan pd kejayaan pasukan masing-masing. TGNA sekalipun merupakan pribadi yg dihormati dan geruni teman dan lawan, namun pribadi TG bukanlah penyebab kejayaan kepada perjuangan harakah yg dipimpinnya.

    Skill dan stamina sahaja tak cukup…..sikap patuh pada nasihat dan arahan coach juga penting. Jangan bertindak ikut kepala sendiri sahaja sekalipun merasa arahan jurulatih tak menepati citarasa. Player di pdg yg mengabaikan saranan jurulatih mendatangkan kesusahan kepada rakan pemain yg lain…yg terpinga-pinga dgn ‘tindakan luar arahan’ yg dilakukannya. Begitu dlm jemaah thiqah dan wala’ itu sangat dituntut. Tidak boleh melayan pandangan pribadi sehingga mengenepikan arahan pimpinan. Ramai ahli gerakan yg ghuyup kerana tidak boleh patuh pd pemimpin..Ramai ahli gerakan yg bertelagah sesama sendiri kerana ingin menang atas ‘pandangan’ kepala sendiri.

    Strategi dan percaturan kena cermat…..awasi perangkap offside yg nak mengelirukan atau sekadar ‘menyedapkan ‘ kita sahaja. Kawalan dan hantaran bola mesti tepat. Ketika mengasak dan merempuh kubu lawan jangan main kasar sehingga dilayan kad kuning atau kad merah….ia akan memberi kelebihan pada pihak lawan dan merugikan kita juga. Begitu dalam perjuangan , awasi sikap musuh yg sengaja nak ‘menggula-gulakan’ kita padahal mereka sedang memasang perangkap utk mengenakan kita. …. jangan ‘main kotor’….jangan fitnah, cacian , kutukan dan percubaan mengaibkan pihak lawan yg akan memakan diri sendiri…nanti kita pulak yg diberi ‘kad merah’ oleh pengundi langsung dibuang atau ditolak dlm pilihanraya.

    Sikap over confidence sangat merbahaya…ia boleh membunuh sebenarnya. Jangan pandang mudah dengan musuh atau peluang keemasan di depan mata. Sekalipun mendapat hadiah tendangan penalti tetap kena cermat dan fokus….sikap over confidence mungkin akan berakhir dgn kecewa…penalti yg tersasar adalah merugikan dan amat mengecewakan. Dlm pilihanraya, sekalipun culaan ke atas lokasi menunjukkan undi berpihak pada kita, tapi jangan mudah berpuashati….sikap alpa atau ‘alahh kacang je’ akan menjadikan kita cuai dan melakukan kesilapan.

    Kena konsisten sepanjang permainan…tak boleh hebat dipermulaan tapi semakin hambar dipertengahan. Semangat kena jaga, jangan kerana lawan telah mendahului kita maka kita rasa frust sehingga mempengaruhi rentak permainan. Biar kalah bergaya jangan kalah kerana semangat juang yg hanya tinggal sisa….situasi ini akan membuka peluang musuh ‘membelasah’ dan kenduri gol ke atas kita. Sama lah juga dlm perjuangan , kena istiqamah….konsisten dan tidak putus asa. Ketika ketewasan mula membayangi, pasakkan keyakinan bahawa kejayaan sebenar adalah pada ‘usaha’ yg paling maksimun bukan natijahnya semata-mata.

    Akhir sekali…setuju dgn nur espace…biar tahi judi gigit jari, org yg tahi judi memang layak menanggung rugi….😀

  7. wan su said,

    14 Februari 11 pada 11:35 am

    kedai sup gear box kat jeli area mana yer?

  8. ummuhanah said,

    17 Februari 11 pada 3:56 pm

    wan su, ada beberapa kedai makan yg mengiklankan sup gear box di Jeli, bolehlah pilih yg mana-mana. Selain Jeli, jika saya balik ke Pasir Mas, kekadang singgah makan di Rantau panjang atau tanah Merah ..dan andai bernasib baik, ada gerai makan yg sediakan sup gear box….. rasanya di Kelantan tak susah mencari sup gear box, seperti mana tak susah juga mencari phat phit belut😀


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: