Setelah lebih seminggu Ramadhan.

Jangan bangga berkulit putih, kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT. Jangan bangga dengan rumah yang bagus dan besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR, jangan bangga dgn baju bagus kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN. jangan bangga dgn kereta & motor besar krn kenderaan kita yg terakhir = KERANDA. ~ Inilah amanat terakhir Nur Diyana Fatihah kepada kawan2nya di FB, pada hari jumaat sebelum pergi utk selama2nya pada hari sabtu yang lalu. Murid saya dari tingkatan satu ini diserang asma ketika sedang menggosok pakaian sekolahnya dan beberapa jam selepas berbuka puasa. Menurut ibunya, Diyana sempat membaca al quran selepas solat maghrib dan dlm perjalanan ke klinik dlm kesakitan dan sesak dada dia semput bertakbir  “Allahuakhbar” sebelum memeluk ibunya dan kemudian pergi buat selama-lamanya.

Tenanglah di sana Nur Diyana, anak yg solehah adalah saham utk ibubapanya di hadapan Allah. Inilah rezeki utk ibu yg mendidikmu……rezeki utk keluargamu,  dlm pelukan syahdunya ramadhan,  mereka menerima musibah kehilanganmu buat selama-lamanya,  Kami guru2 dan sahabat2mu merasa sangat sedih dengan kepergianmu secara mengejut ini, namun  redha dan merasa bahagia kerana Allah menjemputmu di bulan yang sangat mulia dan kau akhiri hidupmu dgn kalimah yang mulia juga… semoga Allah merahmati rohmu di alam sana dan kematianmu itu menjadi peringatan pula pada kami yg masih di alam fana.

Madrasah Ramadhan….. setakat yg sempat kita tempuhi, ditahap manakah amalan yg telah kita usahakan, dan di tahap manakah ketaqwaan yg dapat digapai, yg mana taqwa ini menjadi maksud kepada amalan berpuasa yg dilakukan.Ramadhan semakin meniti waktu dan bertukar hari, harap kita masing2 ada catatan mutabaah amal sendiri sepanjang ramadhan dan ada peningkatan dalam amalan kebaikan yg dilakukan, walau ramadhan masih belum separuh perjalanannya, jangan siakan atau cuaikan baki ramadhan yg masih ada.

Saya sudah tiga hari cuti sakit, ekoran daripada masalah mata kanan saya yg semakin buruk. Pada hari Selasa lepas saya telah kembali merujuk kepada pakar mata iaitu Dr Razak ttg masalah mata kanan saya ini.  Kepada suami, Dr Razak bercerita tentang BRVO ( Branch Retinal Vein Occlusion) iaitu sejenis penyakit vaskuler retina yang ada kaitan dengan pembuluh darah pada mata. Memandangkan kondisi mata semakin buruk, dan vision saya semakin kabur, doktor mencadangkan 2 alternatif rawatan iaitu tembakan laser atau suntikan Avastin. Setelah berbincang, suami saya memilih suntikan ke dalam mata.

Saya dah fobia dgn klinik mata, berulang kali mata saya kena ‘godek’ dgn Doktor mata membuatkan saya rasa takut utk hadapi suntikan kedua dlm masa dua minggu yg akan datang. Utk hasil yg optimun saya perlu melalui 3 suntikan Avastin ke dalam mata kanan saya. Antara kesan yg dihadapi sehari dua selepas suntikan ialah mata akan merah, rasa ‘senak’ dan sesekali terasa pedih. Alhamdulillah hari ini sakitnya langsung hilang, mata kanan sudah boleh membaca tulisan yg besar2 seperti tulisan ‘saji’ pada botol minyak masak kat rumah saya ni….Alhamdulillah. Syukur dgn rahmat Allah ini.

Setelah cuti beberapa hari, baru hari ni dapat kembali membaca Al quran, dan insyaAllah mudah-mudah dapat mengikuti suami dan anak2 terawih berjemaah di masjid malam nanti.

Sedikt ujian Allah sudah cukup membuatkan saya gelisah, iman yg nipis ini resah dgn masalah dan gundah dgn musibah. Allah seperti mengingatkan saya bahawa sabar itu hanya mudah utk org yg benar2 mencapai darjat yg tinggi di sisi Allah, namun bagi mereka yg masih lemah hubungan dgn Allah….kekuatan utk merasa redha dan sabar itu akan jadi payah. Berbahagialah bagi org yg mampu merasa terhibur dgn musibah dan merasa gundah jika tidak diuji Allah.

” Ya, Allah….aku ini lemah, maka kuatkanlah aku. Aku ini banyak dosa, maka ampunkanlah aku, aku ini sering lalai maka ingatkanlah aku,  dan aku ini sombong maka tundukkan aku”

Bila ummi yg tidak sihat keluarga turut terkesan. Saya cuti masak pada hari selasa dan suami membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan sahaja. Anak2 nampak kurang berselera dan saya sendiri rasa ‘kekurangan’ bila tidak dapat menyediakan hidangan berbuka utk mereka. ” ummi buat ayam panggang lagi sedap‘ kata hanah yg banyak ‘songel’ mengalahkan org puasa 😀  Masakan saya sebenarnya sangat simple tapi mungkin saya amalkan petua banyak berselawat, membaca Al fatihah dan sentiasa bismillah ketika memasak menyebabkan makanan di bazar ramadhan tidak dapat menyaingi masakan saya di hati suami dan anak2. Bukan nak riya’, saya rasa amalan ini perlu diikuti oleh sesiapa saja kerana petua inipun saya pelajari dari seorg ustaz yg berceramah di radio ikim dulu. Dan banyakkan doa ” ya Allah sedapkanlah masakanku ini utk dinikmati oleh suami dan anak2ku” …insyaAllah doa isteri di dapur ini ‘mustajab’ apatah lagi diniatkan utk mengikat kasih sayang ahli keluarga.

Untuk tempoh  sehari ‘tidak memasak’ itu anak2 lelaki saya  bawa balik bubur lambuk dari masjid selepas depa solat asar. Alhamdulillah depa buat balik satu bungkus saja. Itu pun cuma makan dua tiga sudu saja yg selebihnya di simpan berhari-hari dalam peti sejuk, kemudian dibuang begitu saja. Saya cukup tidak setuju dgn budaya bubur lambuk ini….dari dulu lagi. Saya harap perkara ini boleh diubah. Ada masjid memperuntukkan ribuan ringgit utk projek bubur lambuk sepanjang ramadhan. Mula memasak dari selepas zohor lagi dan di agihkan pada waktu petang selepas asar. Ada yg ambil sampai dua tiga bungkus seorang. Dari apa yg saya ketahui, biasanya tak abis makan bubur itu apatah lagi bila perut kenyang dgn pelbagai makanan lain selepas berbuka…. kesudahannya dibuang begitu saja. Mereka ni tak adanya nak simpan utk esoknya kerana boleh dapat bubur lambuk baru tiap-tiap hari. Ada juga yg ambik bubur tapi tak bersentuh punbila menjamah makanan lain dan disambung pula juadah morel selepas terawih,  akhirnya bubur lambuk dibuang macam tu sahaja. Pembaziran ini ‘cukup huduh’ dilakukan pada bulan yang mulia ini . Adalah lebih baik peruntukan bubur lambuk itu digunakan utk membantu janda2, ibu tunggal atau fakir miskin dlm bentuk sumbangan wang ringgit agar mereka dpt beli makanan lain yg lebih mereka suka. Kalau buat bubur lambuk org kaya yg datang msajid pun boleh ambik sama…. kan elok jika yg dibantu dlm hal berbuka puasa ini adalah fakir miskin, ibu tunggal dan anak2 yatim. Saya pelik dgn trend kebanyakan masjid……

Alhamdulillah, tahun ni dah tak dengar cerita orang Islam yang tak puasa ditangkap dan disumbat dalam van jenazah seperti tahun sudah …. ‘mayat’ yg tak pusas ni kena masuk van jenazah dgn pinggan nasi depa sekali. Agak berkesan usaha kerajaan negeri ini, termasuk meminta restoren dan premis perniagaan makanan memulakan perniagaan pada waktu petang iaitu jam 3.30. Beberapa tahun dulu saya ‘sakit hati’ tengok orang melayu melepak dan makan2 kat restoren nasi kandar pada waktu siang hari… tak malu betol. Dalam sejarah kesultanan Kedah dulu, undang2 Kedah mengatakan bahawa ‘barangsiapa yg makan siang hari pada bulan Ramadhan akan ditangkap dan dipaksa makan rumput” …keh keh keh …tak nak puasa sangat, hangpa joinlah lembu dan kambing meragut rumput…. memang patut pun.

Selamat meneruskan ibadat di bulan Ramadhan. Kita sudah memasuki fasa kedua ramadhan iaitu fasa yg dikaitkan dgn pengampunan. Perbanyakkan istighfar dan solat taubat. Semoga Allah redha kpd kita semua dan ampunkan semua dosa2 kita.