Itu lebih selamat …

Cuti raya cina, suami tunaikan janji untuk kelik klate. Kali ini kami terus ke rumah kami yang terletak di tengah2 pekan  Tanah Merah. InsyaAllah, selepas ini rumah kosong 3 bilik, tanpa perabut itu akan jadi rumah singgahan kami setiap kali pulang ke Kelantan nanti.

Tiada banyak perkara menarik, ia pengalaman macam biasa setiap kali kelik klate …. cumanya, tak saya sangka sewaktu di Kelantan ada saudara saya yg bertanyakan pendapat saya tentang Anwar Ibrahim. “ rasa2nya Anwar Ibrahim tu betol ke? Bakpo la susah sangat dia nak bersumpah. Kalau dia bersumpah tu tentu orang tak boleh nak kata apa dah la”. saudara saya itu membuat perkiraan. “hmm.. belum tenta lagi laa” kata hati saya

Saya menjawab , “ saya tak ambil tahu sangat isu2 yg macam tu, banyak lagi isu yang lebih penting untuk diikuti, pada saya ia dah jadi isu politik murahan yg mendorong kita bermaksiat pada tuhan ”. Orang awam macam saya yg tak mendapat maklumat sahih ini kena amik sikap berhati-hati. Saya tidak mahu terjebak menyokong pada org yang mungkin bersalah, ataupun berpihak pada org yg licik memfitnah. Maka Allah sebaik2 tempat kita berserah dan sebaik2 tempat dikembalikan pengadilan utk isu yg rumit ini.

Saya tidak perlu bersusah payah berdebat, bertikam lidah memberi hujah menyebelahi mana-mana pihak. Ia tidak wajar dan rugi untuk saya. Cuma saya bersetuju dgn pendirian Pas supaya pengadilan kes sebegitu perlu mengikut hukum syarak, diadili di mahkamah syariah…digunakan pengadilan sebagaimana yg diperuntukkan oleh agama Allah ini.

Jijik sebenarnya kerana ia menjadi peluru  atau modal pertembungan politik dua gagasan parti. Kisah yang aib ini meleret dgn susulan kerja-kerja jahat yg merosakkan masyarakat. Gambar lucah, video lucah, tulisan maki hamun dan mencarut menjadi iklan promo utk menghangatkan isu. Saya benci isu sebegini menjadi hidangan penuh berselera di pentas politik…ia keji, jijik dan memualkan. Ia memberi didikan yg sangat buruk kepada generasi hari ini.

Saya tegaskan pada saudara saya itu, bahawa Allah tahu…pasti diantara Anwar dan saiful, salah seorang diantara mereka telah berdusta. Seorang dari mereka adalah pelaku maksiat besar kepada Allah dan sedang mencabar kekuasaan Allah yg maha luas ilmunya. Walau didunia ini tiada siapa yg mengetahui secara pasti, namun  tiada yg mampu terlindung dari pengetahuan Allah yg maha mengetahui. Pasti antara mereka ini ada yg tidak yakin dgn dashatnya balasan Allah pada pelaku kejahatan.

Masyarakat yg bersih jiwanya mengharapkan pertarungan politik disaluran demokrasi yg bersih. Sudah-sudah la menjaja cerita seks mana2 pribadi yg tak mampu dibawa bukti. Berhentilah ‘menumpu’ kepada usaha mencipta kisah2 lucah dan keji utk modal perbalahan politik di negara kita ini. Tumpukan pada mengulas dan meneliti  menifesto serta perubahan pentadbiran yg dikempen oleh kedua-dua parti. Jika pakatan rakyat menjanjikan penurunan harga minyak andai mereka berjaya memerintah , pihak barisan nasional boleh lah datangkan hujah kenapa ianya tidak munasabah. Jika pakatan rakyat akan hapuskan tol andai mereka menang pilihanraya, barisan nasional sepatutnya mengulas dan keras menolak jika didapati ia tidak rasional…begitulah kira2nya.Ia nampak sihat dan matang.

Jadi saya katakan pada saudara saya itu … dlm melihat diri Anwar ini, lihat yg zahir yg mampu dilihat yakni sebagai politician, bukannya yg tersirat dan terhijab iaitu pesalah liwat…. InsyaAllah, utk kita itu lebih selamat.

pulang ..

Ramai yang masih bercuti sempena tahun baru China. Tapi  ada juga  yg dah mula bertugas. Saya dah start mengajar pada hari Rabu.Maknanya cuti utk chinese new year sekadar dua hari je…..5 hari kesemuanya campur cuti hujung minggu. Cukup utk sehari dua pulang ke Kelantan dan sehari ke rumah mertua. Bersyukur ditakdirkan bertugas sebagai guru di sekolah, kerana terasa seperti Allah meletakkan kita di ladang pahala…Alhamdulillah.

Sangat menyayat hati bila tiba di sekolah dikejutkan berita musibah yg menimpa anak murid saya. Mohd Afiq Hazman Bin Harizan sekeluarga terlibat dlm kemalangan yg dashat ketika dlm perjalanan pulang dari Alor setar ke Sg Petani. Kereta mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi lebuhraya.

Ketika sampai di sekolah , saya diberitahu Afiq Hazman serta ayahnya koma dan berada di unit rawatan rapi  di hospital. Adiknya yg juga pelajar sekolah kami di tahun 3 meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala  ibu, kakak dan adik bongsunya dirawat di Hospital Alor Setar.  Maka kami mulakan persekolahan pagi itu  dgn solat hajat seluruh warga PPAI di masjid sekolah. Hiba hati kami semua atas malang yg menimpa mereka sekeluarga.

Dalam kenangan...arwah juga adalah kawan kpd anak saya, Syamil.

Berjujuran airmata guru2 dlm ratapan doa semoga Allah segera sembuhkan Afiq sekeluarga. ” Ya Allah, bantulah anak muridku, ringankan penderitaan yg ditanggungnya, sembuhkanlah kesakitannya, penuhi dada ahli keluarganya dengan kesabaran atas musibah yang menimpa. Ampunkanlah dosa mereka semua”. Menggigil rasa badan saya selepas beberapa minit kami selesai solat hajat, berita tiba menyatakan Afiq baru saja menghembuskan nafasnya yg terakhir. Allahuakhbar….Allahuakhbar…tiada ucapan yg paling layak kami yg lemah ini tuturkan dalam menerima ketentuan Allah ini selain dari ucapan ” dari Allah kita datang, kepada Allah kita semua akan pulang, bahkah kita juga semuanya sedang menunggu giliran….Ya Allah, Afiq telah pulang kepadaMu. Anugerahkan kenikmatan kepadanya saat dia kembali kepadaMu, dan memberi kesabaran kepada kami semua, khususnya ahli keluarga  Afiq yg lebih berat menanggung pedihnya ujianMu ini. Atas musibah yg dihadapi mereka, gantikanlah dgn ganjaran yg lebih baik dari dunia dan isinya.

Saya dan teman2 bergegas ke hospital untuk menziarahi jenazahnya. Di atas stretcher di bilik mayat, jasad Afiq terbujur kaku. Hanya Allah yg tahu perasaan kami semua dan hanya doa yg mampu kami panjatkan dipertemuan bisu itu sebelum jasadnya disemadikan . Dalam juraian airmata yg tak mampu kami tahankan, kami doakan kesejahteraan afiq di alam baqa.

Kemudiannya seorang bapa saudaranya yg datang  menghampiri saya. ” cikgu afiq ke? ” tanya beliau. “ya, saya”..saya membalas pertanyaanya. ” cikgu, saya bapa saudara Afiq sebelah ibunya. Kami dari Batu Pahat Johor. Saya mewakili arwah minta cikgu sampaikan pada semua guru2 dan kawan2 arwah agar mereka maafkan jika arwah ada berbuat kesalahan pada mereka, dan membuat tuntutan jika arwah ada berhutang.” katanya sambil mengeluarkan sapu tangan dari koceknya, menyeka airmata yg mula tumpah. ” InsyaAllah Encik, akan saya sampaikan”. janji saya pula.

Allah jadikan peristiwa kematian itu sebagai peringatan pada kita. Bagi mereka yg ada iman terhadap perkara ghaib seperti ganjaran dosa pahala, alam kubur dan hari kebangkitan, kematian sepatutnya menjadi sentuhan kepada jiwa kita utk kembali memperbaharui iman kita. Bagi yg masih diberi baki nafas utk meneruskan kehidupan, rebutlah peluang utk menjadi hamba Allah yg bertaqwa. Bertaubat dari kesalahan, bermohon supaya Allah sentiasa memberi pimpinan, dan bersungguh-sungguh menjaga kemulian diri sebagai seorang muslim yg beriman. Berbuat baik kepada ibubapa selama mereka masih ada utk dibalas jasa, memuliakan guru sebagai insan yg banyak membimbing dan membantu , memperkuatkan persahabatan dgn teman2 dgn saling berbuat kebaikan dan gunalah peluang utk memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah yg suci ini…itulah yg saya sebut kepada murid2 saya dikelas, sebagai peringatan .

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. Al Baqarah : 155-157)

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Ath Taghabun : 11)

Rindu

Rindu itu datang berulang-ulang,

dalam kemaruk rasa cintaku,

dan gamitan  darimu,

 

Di selitan mimpi tikanya kelopak mata kupejam,

dalam ratib dan munajatku,

tidak putus kurayu untuk  bertemu

ia semakin mengetuk shahdu rinduku bertalu-talu.

 

Desah keinginanku semakin membahang

Menjadikan aku dahaga menghitung ruang dan kesempatan,

Semakin saat untukmu kuhampiri, semakin dada gelisah dan ketakutan.

Bisakah rindu ini terlerai dalam Rahmat keredhaan tuhan,

Ya Allah…ya Allah…Rabbi Yassir Wala Tu’assir…Rabbi Yassir Wala Tu’assir…

~ ummuhanah ~

kuliah master

ehem kuliah master chef sebenarnya  ….. 😀

Saya tersangat jarang mengirim resepi di ruangan dapur kawe, selama ni sekadar berkongsi gambar tanpa disertakan resepi bersamanya. Sebab saya rasa ‘koleksi resepi dapur kawe terlalu simple…ramai wanita dan ibu2 sudah tahu dan lebih hebat olahan resepinya berbanding saya. Tapi entah tiba-tiba hari ni teringin nak bagi kuliah pula…

hari ni chef nak bagi kuliah tentang cara2 nak buat ayam percik. Memang ianya mudah bagi yg dah biasa, tapi bagi yg belum biasa buat ayam percik …harap kuliah dari chef honey auw auw ini dapat membantu mereka utk mencuba. Resepinya berbeza sedikit dari resepi turun temurun keluarga chef honey di kelantan…saja ler chef buat perubahan, lagipun bahan tambahan yg digunakan rasanya tidaklah akan banyak mengubah rasa keaslian ayam percik yg biasa terdapat di kelantan… bahkan ia lebih sedap sebenarnya.

jom !

Bahan kisar. Bawang besar, bwg putih, halia, serai, lengkuas, cili kering, serbuk kunyit dan sedikit belacan.

Bhn kisar dicampur santan dan dimasak sehingga pekat. Masukkan gula melaka , garam dan sekeping asam gelugor.

Ayam dibelah empat, dicuci bersih dan diperap bersama kisaran bwg besar, bwg putih, halia dan garam .

ayam tadi dikukus sebentar..emmm lebih kurang 5-10 minit.

kemudian masukkan ke dalam grill...bakar lebih kurang 5 minit atau sehingga masak kekuningan.

step seterusnya , ayam dicelup ke dlm kuah santan tadi.

kemudian dipanggang lagi...

ulangi proses mencelup ayam ke dalam santan dan memanggang sehingga santan habis digunakan

siap ...bolehlah dihidangkan...lebihan kuah santan yg jatuh atas dulang pembakar bolehlah dicurahkan ke atas ayam

kan senang jerrr…. bila saya minta Raihanah mencuba masakan saya, katanya ” mmmm rasa enaknya seperti melompat-lompat dalam mulut saya” keh keh keh

hari pertama (4)

hari pertama…

kami di Kedah memulakan persekolahan sessi 2012 ni pd hari selasa 3 januari. Alhamdulillah anak2 saya bangun awal pagi kerana teruja nak memulakan persekolahan  hari ini. Paling excited sekali ialah Cik Mek  Hanah yg masuk darjah satu.

Saya memimpinnya ke kelas, mencium pipinya dan berkali-kali memuji Hanah cantik dan kemas dlm pakaian seragam sekolah. Dia tambah seronok kembang tak sudah… babanya turut bersama Hanah pagi ni menemani anak bongsunya ke kelas. ” ummi tinggal dulu ya sayang, baba akan  temankan hanah sekejap,  nanti bila baba pergi kerja,  hanah dok baik2…masa rehat nanti ummi datang semula “ pesan saya pada Hanah. Saya tidaklah bimbang meninggalkan  Raihanah. Sekolah ni dah macam rumah dia,  sejak umur empat tahun saban pagi dia di sekolah ini menunggu van pak cik Don membawanya ke tadika. Dia menjadi pelanggan tetap kedai koperasi dan kantin sekolah, hampir setiap pagi mesti dia singgah walaupun saya dah sediakan bekal ke sekolah.

Sewaktu saya nak beredar  meninggalkan Raihanah saya di sapa oleh seorang waris pelajar. Rupanya dia ini ibu kepada murid saya di tingkatan 2 Abu Ubaidah tahun lepas.” muallimah masih mengajar matematik kat kelas depa?” tanya puan itu pd saya. ” tak , tahun ni saya ajar sejarah InsyaAllah” kata saya. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih pada guru2 dan pihak sekolah kerana mendidik anaknya. Kemudian dia meluah rasa sedih dan malu pada pihak sekolah atas masalah yg pernah di timbulkan oleh anaknya. Katanya, berbagai usaha dilakukan utk membentuk anaknya menjadi org yg berjaya, namun anaknya tetap menunjukkan kelakuan yang sebaliknya. Dalam bercerita itu saya lihat wajahnya sayu dan ada air mata yg bertakung dlm kelopak matanya. Sebagai ibu yg mempunyai anak remaja, saya memahami gelisah dan duka yg sarat di hatinya.

” ujian anak2 ni puan, memang kita kena banyak sabar. Apatah lagi anak yg memasuki usia remaja. Saya sendiri pun kadang menitis airmata juga berhadapan dgn karenah anak2….. Usaha mendidik ni bukan usaha yg mudah, ia penuh dengan ujian susah dan sering membuatkan rasa sabar kita pecah. Istighfarlah dan mohon ilham dari Allah, jesteru melaksanakan amanah sebagai seorang ibu sangatlah susah. Anak2 juga punya cabaran luaran dan dalaman yg tersendiri. Dalam diri mereka juga tetap ada pertarungan antara sifat baik dan sifat buruk yg cuba menguasai diri. Sebenarnya mereka juga inginkan kebaikan, tapi sering tewas dgn hasutan nafsu yg menarik mereka utk cenderung kepada perkara buruk yg menyeronokkan. Puan jangan putus asa, ada ketikanya usaha baik kita dlm mendidik anak2 tidak dapat kita lihat hasilnya sekarang. Namun jika kita sabar berusaha, Allah pasti memberi rezeki jugak utk kita di suatu masa. Cuma di peringkat remaja ini, perhatikan betul2 siapa yg menjadi rakan baik anak2 kita…Rasulullah saw sangat menitik beratkan memilih sahabat yg baik dan soleh kerana ia banyak mempengaruhi pemikiran dan cara hidup anak2  kita.

Kemudian saya nasihatkan dia supaya bersabar, jangan putus asa dlm berusaha,  serta banyakkan berdoa …. Allah takkan sesiakan doa seorang ibu utk kebaikan anaknya. Di sudut hati seorang ibu harus sentiasa ada kemaafan utk anak2 dan berdoalah semoga Allah juga memaafkan kesalahan anak2 kita. Di samping itu muhasabah lah, mungkin dlm memikul amanah mendidik anak2 ini, kita juga ada berbuat salah atau  cuai dengan Allah. Kesusahan dan kepayahan dalam memberi iman kepada anak2…besar nilainya di sisi Allah.

Saya melangkah ke hari pertama dgn hati yg ceria. Kebanyakan kami sudah pun mendapat tugasan dan bidang tanggungjawab masing-masing. Memang ada yg berubah dan ada yg mebuatkan rakan guru saya gelisah. Adat perubahan, bukan senang diterima orang, apatah lagi perubahan tersebut menggugat kebiasaan dan keselesaan. Untuk diri saya yg banyak kekurangan ini saya pohon  Allah takdirkan yg terbaik utk saya, sesuatu yg mampu saya pikul , bertepatan dgn potensi dan bakat yang Allah berikan…Allah lebih tahu diri saya.

” Ya Allah mudahkan bagiku apa saja yg Kau takdirkan untukku, ku pohon keberkatan rezeki utk kukongsi dgn keluargaku, lapangkan jalan bagiku, berilah ilham di saat aku buntu, bantu aku mendidik anak2 muridku, berikanlah cinta mereka kepada ku sebagaimana kuberikan cintaku kepada mereka, ikatkan ukhwahku bersama rakan guru, jadikan kami golongan yg saling membantu dan jauh dari rasa cemburu, teguhkan sekolah kami sebagai institusi melahirkan generasi Rabbani….

untuk tahun 2011 yg pergi, ia meninggalkan kenangan manis di hati. Kepada siapa lagi yg layak disyukuri jika tidak kepada Allah yg maha memberi. Tahniah kepada pelajar2 PMR 2011 yg cemerlang. Seramai 11 orang memperolehi 9A, 12 org 8A dan kebanyakan matapelajaran mencapai kelulusan 100%. Paling membanggakan matematik telah mencatatkan lebih 50 org mendapat A. Ini cukup disyukuri kerana pelajar kami sekita 73 orang sahaja.

Untuk ketiga  anakanda saya yg menduduki peperiksaan akhir tahun lalu, syukurkerana  Muaz memperolehi kesemua A dalam 16 matapelajaran yg diambil. Ia  lebih baik berbanding 9A tahun lalu. Muhammad Syamil pula 9A, juga lebih baik berbanding 2A tahun lalu, dan Insyirah juga 9A.. walaupun merosot sedikit berbanding 14A tahun lalu….ummi tetap bersyukur. Ingatlah….tidakkan sama peperiksaan di dunia berbanding peperiksaan di akhirat kelak. sedangkan di akhirat  itulah yg lebih utama. Saya menulis ini bukan utk rasa riak dan bangga, cuma jika suatu hari ditakdirkan Allah sudah menjemput saya dan tulisan ini masih ada utk dibaca, harap anak2 faham  betapa umminya mengharapkan dlm mengejar kecemerlangan di dunia, anak2 tidak lupa berusaha mencapai  kecemerlangan di akhirat, dan umminya lebih bahagia jika anak2 mengutamakan utk hidup mereka diakhirat.

Hari pertama….kami sudah mula menyusun program utk sukan tahun ini 😀 awalnyaaa… 

saya tulis ia sebagai catatan

Melangkah ke tahun 2012, saya latih diri utk tidak merasakan ia satu saat yg istimewa jesteru saya sudah membesarkan sambutan awal muharam sebagai sambutan tahun baru bagi saya. Apa pun bagi tahun yg sudah berubah, usia yg bertambah….saya berdoa saya makin dekat dgn Allah, semakin cinta pada agamaNya dan setiap waktu yg ada utk saya semua bernilai ibadah di sisiNya

Perjalanan waktu petang...lebih redup.

Cuti krismas yg lalu, saya mengambil kesempatan pulang ke kampung saya di Pasir Pekan.

Bersimpati dgn anak sulung yg keletihan kerana baru pulang dari perkhemahan kadet remaja di Ulu Bendul,  maka saya lewatkan waktu bertolak iaitu selepas zohor, dan sampai ke rumah saya di kelantan pada sebelah malam.” muaz jadi co pilot hari ni, biaq ummi kat belakang dgn adik2″. Saja saya nak bagi dia selesa dari berhimpit dgn adik2nya di seat belakang.

singgah solat dan beli jajang di tasik banding.

Rezeki saya mungkinnya, musim tengkujuh dah berlalu  maka selama berada di kelantan cuaca cerah sahaja dan saya mudah bergerak ke sini sana. Jika tidak kerana faktor ‘tersumbat’ di jalanraya, pasti bandar kota bharu saya ronda sehabis-habisnya. Itu pun terpaksa turun juga ke KB atas urusan di pejabat peguam. Teruk betol rasanya kalau masuk ke bandar Kota Bharu. “Asyik terperangkap dalam botol jam” kata saya pada suami, dalam bahasa bergurau tapi saya benar2 hilang mood berada di lautan kenderaan di bandar Kota Bharu. “tak cuti skolah pun jjujuk mace tu la, selagi tok siap jale hok kut atas tu” kata kakak saya. Makanya saya beralih membawa anak2  ‘jalan-jalan’ ke Tanah Merah. Kali ni saya cuma sempat  singgah di rumah mak di Pasir Pekan. InsyaAllah ada rezeki, raya cina kita balik rumah kak jie di Pasir Mas kata suami saya.

terperangkap dalam botol jem di Kota Bharu

Macam biasa, saya ambil peluang menikmati makanan tradisi kelantan seperti nasi berlauk, nasi dagang dan kuih muih kelantan.Tapi yg frustnya saya mencari restoren nasi air atau kedai makan yg jual singgang daging atau singgang ikan , namun anak2 pula berkenan kat restoren ayam penyet…. sebagai ibu yg demokratik, saya tutut suara majoriti.

restoren ayam penyet 😦

saya sebenarnya diet... kat umah lauk ayam jarang saya sentuh, tapi bila travel ni, kena 'raikan' anak2 dan suami 😀

Saya membeli keropok dan buah tangan utk jiran2 di Bukit Bunga sewaktu dlm perjalanan pulang. Kecewa dgn layanan seorang peniaga yg menjual akok pd saya. Saya beli 20 ringgit akok utk dibawa balik ke kedah. Tiada sedikit pun senyuman bagi menyambut pelanggan jauh seperti saya bahkan menunjukkan sikap tidak ‘gemar’ bila saya minta sehelai beg plastik lagi sebagai menampung plastik nipis yg membungkus 20 ringgit akok yang dibeli…. tak mesra betol tokey akok sedap ni. Sebagai penjual atau peniaga, muka kena manis  menerima pelanggan. Allah kirimkan saya seumpama rezeki kepada mereka, apalah sukarnya utk senyum sikit kat saya selaku penggemar akok sedapnya? dan rugi besarkah utk bagi extra beg plastik yg saya minta sekadar sehelai cuma ?. 😀

perjalanan jadi tak sunyi bila diserta anak2

Saya singgah disebuah surau utk solat. Rasa tak kena bila surau berkenaan tidak menyediakan tempat wudhuk yg baik bagi muslimah. Tempat wudhuk yg terbuka mengadap jalanraya dan berdekatan dgn kedai makan pula. Saya membayangkan bagaimana muslimah berwudhuk di sini yg terpaksa membuka tudungnya utk membasuh muka dan menyelak sedikit kainnya membasuh kaki…tentu terdedah kepada ramai pemerhati termasuk lelaki. Saya dan Insyirah berwudhuk atas bantuan suami dan anak lelaki yg membuat benteng melindungi kami. Saya tahu ini isu kecik je, ia bukan soal hukum pun, cuma soal teknikal…tapi ia gambaran sikap peka dan cakna masyarakat setempat dlm hal ibadat solat di surau. Dalam situasi dah banyak tempat lain di luar sana yg dah faham batas aurat muslimah, ramai yg telah menyediakan kemudahan tempat wuhuk tertutup utk kaum wanita …mengapa surau di kelantan ini ketinggalan pula?

makan mee celop di grik ... pedas,sedap kena dgn selera.

Drebar belanja ... makasih ya 😀

paling banyak songel dan berleter...Raihanah. Dia bersungut kerana perjalanan yg lama.

Satu ketika suami bertanya saya ” ummi kat mana dah ada tulis PUSAT MANDI KERETA?” Dia maksudkan satu tempat khidmat mencuci kereta yg pernah dilihatnya dulu. Saya menjawab “halus sungguh la bahasa kelantan ni, tempat car washnya ditulis ‘pusat mandi kereta’…dan tempat jual sport toto pula di panggil ‘bengkel membaiki motor”. Suami tahu bahasa saya bahasa perli. Saya rasa sakit betol mendapat tahu ramai remaja dan org melayu masih membeli nombor ekor di pasaran haram yg bertopengkan bengkel membaiki motosikal. Biarpun kerajaan mengharamkan penubuhan premis menjual nombor ekor tapi kegiatan itu masih berlaku dalam rupa yg lain pula. Ini adalah rupa kesakitan dalam masyarakat yg amat dashat,  ternyata kegiatan judi nombor ekor  tidak diubat dan dirawat secara tepat.

Saya cuba positifkan diri setiap kali pulang bercuti. Sudah tentu sehari atau dua hari tidak cukup utk meneliti realiti sebuah situasi. Apa pun, pemandangan yg sepintas ini tetap merupakan calar yg rasanya perlu diperbaiki apatah lagi ia wujud disebuah negeri yg dijolok sebagai ‘model negeri islam’. Saya penuh yakin indahnya di Kelantan ini jauh lebih banyak yg tak sempat saya lihat berbanding sedikit cacat yg telah saya catat. InsyaAllah, saya doakan barokah utk negeri Kelantan dibawah naungan Tuanku sultan yg berjiwa rakyat dan tidak sombong dgn darjat, menteri besarnya seorang ulama’  dan barisan pentadbirnya yg dambakan islam sebagai pegangan umat…..Itulah yg saya harap-harapkan.

Syukur melihat pembangunan di Kelantan cukup pesat. Memang bohong jika ada yg menuduh Kelantan tiada pembangunan. Suasana jalanraya yg selalu ‘tersumbat’ boleh menjadi bukti kemampuan memiliki kenderaan dikalangan rakyat, bangunannya tumbuh bertingkat-tingkat, jalan diperbesar dan diangkat, jumlah golongan peniaga juga meningkat, bahkan saya yg pulang sekali sekali ni pun kadang tersesat mencari tempat. Saya kira kerajaan benar2 berusaha membangunkan kelantan memberi kemudahan dan keselesaan utk masyarakatnya. Tapi ketara , pembangunan lebih terserlah dari sudut material. Sedang masyarakatnya masih jauh dari tahap yg boleh diberi pujian. Mungkin ilat pandangan mata saya, tapi selama melihat dan meninjau masyarakat di sana, tidaklah banyak bezanya dgn masyarakat ditempat lain di bawah pentadbiran barisan nasional….. sebagai negeri yg signifikan dgn pentadbiran islam, islamik itu itu tidak tertonjol di sana. Masih bertaburan anak2 gadis yg tidak menutup aurat dgn sempurna, wanita tua dan muda ‘jangok-jangok(melawa) kebanyakannya. Remaja yg nampak ‘kuning’ gaya dan budayanya, bahkan maksiat dan benda2 jahat masih hebat di sana.Islam itu mesti hidup dalam masyarakatnya dalam apa saja suasana, barulah Islam itu akan menghidupkan negerinya. Apakah saya terpaksa menanti kuliah tok guru di Dataran Ilmu saban jumaat baru saya boleh nampak suasana  islamnya? atau terpaksa menunggu solat hajat di stadium sultan muhammad utk melihat  ‘masyarakat islam’ nya tertera begitu hebatnya..

Entah, pada saya warna Islam perlu meresap ke dalam jiwa rakyat sebagai bukti penerimaan ikhlas terhadap islam sebagai pegangan hidup. Biar berkali mereka mampu memangkah dalam pilihanraya dan menzahirkan sentimen sokongan mereka pada politik islam, namun jika penghayatannya masih ditahap minima dan timbul tenggelam diasak budaya hidup yg cemar, alangkah ini sungguh mendukacitakan. Biar bagaimana pesatnya pertumbuhan kebendaan tapi jika rakyat tidak banyak yg rapat dengan agama, negeri itu tetap akan sarat dgn penderitaan dan kemusnahan….

Allahuakhbar…saya mendoakan kekuatan utk baginda sultan, para ulama di kelantan…pejuang-pejuang islam yg gigih melebarkan Islam di seluruh pelusuk negeri…Allah beri kekuatan kepada mereka  bagi menzahirkan kelantan sebagai model negeri Islam.Dalam kerinduan menanti hudud di Kelantan, saya mengharapkan rahmat Allah turun mengiringi cita2 yg ikhlas keranaNya menjadikan Kelantan qudwah yg baik kepada negeri lainnya…dalam apa saja perkara. Amiin.