
Pandangan Dari Bawah Bukit Semarak
Mendengar cerita kawan-kawan yang gigih exercise dan menjaga kesihatan, saya jadi rasa cemburu. Ngapalah saya ni malas sangat bersenam… astagfirullah teruk nau saya…. bukankah menjaga kesihatan tubuh badan adalah perkara yang dituntut oleh agama kita ?? saya lihat Kak Manisah dan Kak nora sudah nampak agak slim dek kerana rajin nya mereka exercise …saban hari mereka mendaki Bukit Semarak sekembali dari tempat kerja. Malah dalam satu majlis perjumpaan kakitangan dengan Tuan pengarah Eksekutif tempohari, beliau menasihatkan guru-guru supaya rajin bersenam dan mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan. Antara saranan beliau ialah supaya kami mendaki Bukit Semarak. Beliau secara berseloroh pernah bertanyakan saya mengapa tidak menyertai beberapa rakan guru lain yang rajin benor panjat Bukit Semarak. Saya sekadar memberi alasan yang saya sibuk dan tidak berkesempatan. Tapi saya tahu … saya ni malas sebenarnya…memang malas..eeeiii teruknya saya ….
Namun tekad saya, selepas ni akan saya kerah semua ahli keluarga saya supaya mendaki Bukit Semarak bersama saya …… termasuklah si Raihanah yang masih kecil tapak kakinya itu …he..hee
Ceritanya, sejak 3 minggu yang lalu sudah beberapa kali saya dan keluarga mendaki Bukit Semarak di Sg. Petani. Kali pertama pendakian, saya cuma mampu sampai di pertengahan bukit saja … tu pun teruk juga rasanya …tercungap-cungap dan habis lencun tubuh saya bermandi peluh.. maka saya mengaku tewas untuk terus mendaki. Tapi itu masa awal-awal dulu, sekarang tidak lagi kerana hebatnya semalam saya sudah berjaya sampai ke puncak bukit tersebut ….Alhamdulillah….bestnyer….
Saya rasa tenaga ‘tua’ seperti saya ni, bila saja berjaya menawan puncak bukit memanglah terasa cukup seronok dan sedikit bangga…hamboii.. tambahan anak-anak pula tak habis-habis memotivasikan saya….ini kerana mereka faham, kalau saya tak kuat semangat untuk sampai ke puncak bukit, mereka juga turut terlepas peluang untuk melihat panorama indah dari puncak bukit itu …. kesian, sebelum ini mereka cuma mendengar cerita dari teman-teman. Jadi saya ‘usahakan’ juga untuk merealisasikan hasrat mereka melihat pemandangan Sungai Petani dari puncak Bukit Semarak.
Hmmm….hebat juga pengalaman senaman panjat bukit ni. Dalam seksanya ‘proses melawan graviti bumi, saya sebenarnya mengecapi nikmat kesegaran menyedut udara bukit yang bersih….MasyaAllah. Bau aroma tumbuhan yang menghijau, lebih-lebih lagi bau wangian tanah bukit bercampur bauan dari pokok petai yang banyak kedapatan di situ, menjadikan saya cukup selesa menghirup udaranya. Alhamdulillah dalam keadaan saya yang bermandian peluh itu, tak saya nafikan tubuh memang terasa lebih segar dan sihat.
Ntah la, tak de la tinggi sangat bukit tersebut. Bagi yang biasa mendakinya dan telah melazimkan pendakian setiap hari, tidak akan menghadapi masalah untuk sampai di kawasan paling atas. Tapi saya ni asyik semput jer. Baru beberapa minit ‘panjat bukit’ tu saya dah termengah-mengah. Tengok orang lain steady jer….tambah orang-orang cina …yang dah tua bertongkat pun masih selamba mendaki seperti tiada terasa kesukaran apa-apa……alahai malu nau saya dibuatnya. Tambah dengan Raihanah yang baru 3 tahun tu….sudah lah langsubg dia tak nampak berpeluh, dia juga sikit pun tak mengeluh….. saya nampak dia macam ringan je dalam tertonggek-tonggek dia panjat bukit itu….waaah, hebatlah Hanah….he..he umi aje yang asyik berhenti untuk ‘menyedut’ oksigen …. pastu masa mendaki asyik pegang pinggang jer…adeehh terasa longgar pinggang den..
Saya harap sifat mudah mengalah bukanlah merupakan sifat saya . Walaupun agak tersiksa bersenam dengan panjat bukit ni, namun saya tak mahu cepat merasa putus asa. Saya ingin riadah untuk memperbaiki tahap kesihatan saya …manalah tau, kalau nak menjadi rezeki saya, saya capai kembali berat badan yang solid molid 48kg seperti ketikanya saya masih anak dara …. hamboiii..ngada-ngada nya ….. memang mengada-ngada .. ha..hah..ha.,ha
……………….. aaarrrhh..
ngantuknya ….. kena panjat bukit nih….