meh senamang …. segor skit

Eh nyesal pulak dok cerita pasal saya ngamok kat anak  murid di kelas. Ketara nampak kurang sabo saya ni …kekeh..keh keh.. kalo cerita pasal laut…pasal burung …langit….errr pasal bulan… kan lebih seronok….nampak cool jer….nyaman jer…

Pasaipa manusia marah ? pasaipa kurang sabar ?.pasaipa disebabkan  hal yg kecik pun kita boleh melenting ?… saya ingat ia ada kaitan dengan urat – urat badan yang tegang dan cekang , tidak kita beri perhatian. Kita mungkin sibuk bekerja dan kurang memberi tumpuan pada aktiviti senaman atau regangan.Tadi saya ronda kat blog pizmache dan melepak sekejap kat kelas senaman beliau….waaaah lega rasanya. Kletup kletap bunyi urat saya bila saya turut melakukan aksi senaman dari pizmache…

meh kita try kat sini pulak yer…

mula-mula angkat tangan…gedik-gedikkan kepala kemudian jatuhkan tangan dengan penuh keayuan.

lepas tu putar-putarkan tangan …waachaa…putar-putar…waachaa…putar-putar…waachaa…..tangan kita akan terasa ringan sedikit.

Kemudian buat aksi macam berenang kuak lentang. Bayangkan kita di sebuah kolam renang rumah orang kaya-kaya… meh kita berenang slow-slow….dua tiga kayuh….dua tiga kayuh…dua tiga kayuh…. aaaa kan hebat ni. Kita rasa sedap jer urat kat bahagian belikat bila dapat diregang-regangkan…

Kemudian angkat kedua tangan paras bahu, kita sengetkan kepala ke kanan dan ke kiri.. ewaah kanan kiri…eeyaah kanan kiri..putar kanan kiri…haa kanan kiri. Aksi ala-ala tarian rap ini sesuai untuk mengurangkan migrain dan rasa ketegangan pada urat leher.

Seterusnya pusing kepala kemudian rukuk…pusing lagi dan rukuk…buat dua tiga kali. bagi yang tak berkebolehan memusingkan kepala, anda bolehlah pusingkan badan anda sekali kemudian barulah tunduk. …errr kalo jatuh atau pitam, itu bukan saya punya urusan aa….tolong jangan saman.

Lepas tu tukarkan badan anda pada vibrate mode….sambil badan bergetar anda bolehlah tonjolkan atau tujahkan sedikit kepala anda ke kanan dan ke kiri….trrr-trrr….trrr-trrr….trrr-trrr.. hmmm….rasa lega tak ??

Kemudian beralih pula pada pergerakan yang lebih agresif. Gaya macam tengah mengamok atau histeria…nah ambik kau ambik kau…eyyah yah yah yah…eyah yah yah yah…yah yah yah yah…anda harus menjiwai aksi ini. Buat sepenuh perasaan dan nikmatilah keberkesanan.

Pastu pusingkan kepala ke depan dan ke belakang arah lawan jam….bayangkan anda sedang berputar bersama mickey mouse dalam pertunjukan dancing on ice….sorakan dan tepukan gamat kedengaran.

Anda kemudian melibas-libaskan tangan seperti itik serati yang cuba nak terbang…seronok sangat….. lalalalala…dududududu….

Tambahkan kegembiraan anda dengan aksi pop yeh yeh jefry Din ….tara kuchaa…tara kucha tara kucha cha cha…tara kuchaa..

last sekali buat gaya macam tarian  John Travolta dalam filem ‘saturday night fever’… eeyaaaahhh…say no to stress !..no stress….yeah!

Sebagai penutup…tampor muka sendiri tanda penghargaan untuk aksi senaman yang merapu ini….. selamat mencuba….

sukan sekolah kami….

100_3997Agak lama jugak saya tak update blog ini. Kebelakangan ini saya gagal melapangkan diri menjengah ke sini lantaran terlalu penat dan keletihan. Kesibukan minggu-minggu awal persekolahan begitu mempengaruhi hari-hari saya. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan keutamaan.

Dua minggu kebelakangan ini sekolah sibuk dengan sukan. Hampir setiap hari guru-guru dan para pelajar pulangnya hampir jam enam kerana menyelesaikan kebanyakan perlawanan sukan yang di adakan di  sebelah petang. Rasa keseronokan dan kepenatan saling bergandingan, sebab itu saya dapat melihat biarpun anak-anak murid saya agak kepenatan tapi mereka seronok dapat mencabar lawan dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Cuma kami guru-guru yang kena banyak melatih jiwa dengan rasa kesabaran. Maklumlah kalau kerap kali sangat pulang  kerja lewat petang, bisa saja mengundang rasa kepenatan dan ketegangan perasaan. Apatah lagi pulangnya ke rumah tidak pula menjanjikan kerehatan…jesteru masih banyak tugasan dan kerja yang perlu dibereskan. Maka dengan itulah ada dikalangan rakan yang meluahkan perasaan dalam gurauan mereka ” wah ! ini baru betul-betul sekolahku syurgaku , kita ni macam dah berumahtangga di sekolah , balik rumah untuk tidur je “…harap keberadaan di sekolah untuk waktu-waktu selepas tugasan formal juga dikira amalan soleh di sisi Allah…InsyaAllah.

Rumah Biru atau rumah sukan Salahuddin Al Ayubi adalah rumah sukan kami. Saya bersama Rumah Biru ini semenjak 4 tahun yang lalu. Sebelum ini saya pernah menjadi guru sukan rumah Usamah Bin Zaid (kuning), pernah juga menjadi guru sukan rumah Salman Al-Farisi (hijau) tetapi belum pula diizin kesempatan bersama rumah Abu Zar Al Ghifari (merah) . Inilah nama-nama besar yang menjadi ‘jenama’ kepada rumah sukan di sekolah kami. Wah ! Penggunaan tokoh-tokoh Islam yang cukup tersohor nama mereka dalam sejarah perjuangan Islam di harap dapat menaikan semangat anak-anak pelajar ketika di gelanggang permainan.

Hari kemuncak sukan adalah pada sabtu yang lalu (24 januari). Kami menumpang padang sekolah Men Sg Pasir yang lebih besar saiznya dan lebih sesuai untuk acara balapan. Saya memberi persetujuan untuk membantu bahagian hadiah dan cenderamata. Memandangkan antara tugas saya adalah berada di pentas VIP memegang dulang pingat dan piala kemenangan untuk acara penyampaian hadiah, maka saya agak kemas sedikit hari tersebut sehingga bila berselisih dengan teman ada saja yg menegur “ amboi lawonya hari ni….nak pi sukan ke nak pi kenduri ni ?”….keh kehkeh……suka hati hangpa lah nak kata apa.Tapi ternyata saya ‘tak lekat’ di ruangan hadiah tu kerana asyik berlari ke padang je memberi sorakan semangat setiap kali pertandingan dilangsungkan….biru!…biru!…biru!….cepat biru, cepat biru…..jerit saya…..iskk….mungkin bukan tempat saya di khemah hadiah tu….saya lebih patut berada ditengah padang untuk moral support pada wakil rumah kami…perrghh….paling saya tak dapat lupakan bila ketua pasukan Biru, Muaz Ghani menjerit nama Salahuddin Al Ayubi…..kami pewarismu’...dalam sajaknya ditengah padang pagi tersebut…..meremang bulu roma kami semua….semangat sungguh kami rasa…..

Seringkali sukan tahunan kami gabungkan antara sekolah menengah dan sekolah rendah. Bila sukan diadakan serentak dapatlah jimatkan kos sedikit. Lagipun lebih meriah dan lebih gamat bila disertai anak-anak kecil terutama darjah satu. Saya gelak tergolek menyaksikan acara sukaneka anak-anak kecil yang nampak lucu. Cikgu-cikgu pula yang kelihatan ‘semangat abis’ sedangkan murid-murid kecil itu rilek jer. Walau kalah pertandingan sikit pun tak nampak kecewa, boleh gelak mengekek lagi….seronoknya jadi budak-budak yang belum mengerti apa-apa, emosi mereka masih bersih dari tekanan dan mereka cuma ingin merasa seronok saja….

Kami tutup hari sukan dengan doa kesyukuran….Allah mengizinkan ia berlangsung seperti yang dirancang. Tahniah untuk rumah Abu Zar Al Ghifari yang muncul juara keseluruhan, jua buat rumah Usamah Zaid yang berada di tempat ketiga biarpun peringkat awalnya menempah kedudukan selesa…ehem! dah rezeki kami nak muncul naib juara…jangan mare yer!…buat rumah Salman Al Farisi…..tahun depan cuba lagi, bangkit dari ketewasan tahun ini. Mungkin tahun ini nasib belum menyebelahi.

Seronoknya nak bersukan lagi…..


jom panjat bukit …. syok ooo

Dari Bawah

Pandangan Dari Bawah Bukit Semarak

Mendengar cerita kawan-kawan yang gigih exercise dan menjaga kesihatan, saya jadi rasa cemburu. Ngapalah saya ni malas sangat bersenam… astagfirullah  teruk nau saya…. bukankah menjaga kesihatan tubuh badan adalah perkara yang dituntut oleh agama kita ?? saya lihat Kak Manisah dan Kak nora sudah nampak agak slim dek kerana rajin nya mereka exercise …saban hari mereka mendaki Bukit Semarak sekembali dari tempat kerja. Malah dalam satu majlis perjumpaan kakitangan dengan Tuan pengarah Eksekutif tempohari, beliau menasihatkan guru-guru supaya rajin bersenam dan mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan. Antara saranan beliau ialah supaya kami mendaki Bukit Semarak. Beliau secara berseloroh pernah bertanyakan saya mengapa tidak menyertai beberapa rakan guru lain yang rajin benor panjat Bukit Semarak. Saya sekadar memberi alasan yang saya sibuk dan tidak berkesempatan. Tapi saya tahu … saya ni malas sebenarnya…memang malas..eeeiii teruknya saya ….

Namun tekad saya, selepas ni akan saya kerah semua ahli keluarga saya supaya mendaki Bukit Semarak bersama saya …… termasuklah si Raihanah yang masih kecil tapak kakinya itu …he..hee

Ceritanya, sejak 3 minggu yang lalu sudah beberapa kali saya dan keluarga mendaki Bukit Semarak di Sg. Petani. Kali pertama pendakian, saya cuma mampu sampai di pertengahan  bukit saja … tu pun teruk juga rasanya …tercungap-cungap dan habis lencun tubuh saya bermandi peluh.. maka saya mengaku tewas untuk terus mendaki. Tapi itu masa awal-awal dulu, sekarang tidak lagi kerana hebatnya semalam saya sudah berjaya sampai ke puncak bukit tersebut ….Alhamdulillah….bestnyer….

Saya rasa tenaga ‘tua’ seperti saya ni, bila saja berjaya menawan puncak bukit memanglah terasa cukup seronok dan sedikit bangga…hamboii.. tambahan anak-anak pula tak habis-habis memotivasikan saya….ini kerana mereka faham, kalau saya tak kuat semangat untuk sampai ke puncak bukit, mereka juga turut terlepas peluang untuk melihat panorama indah dari puncak bukit itu …. kesian, sebelum ini mereka cuma mendengar cerita dari teman-teman. Jadi saya ‘usahakan’ juga untuk merealisasikan hasrat mereka melihat pemandangan Sungai Petani dari puncak Bukit Semarak.

Hmmm….hebat juga pengalaman senaman panjat bukit ni. Dalam seksanya ‘proses melawan graviti bumi, saya sebenarnya mengecapi nikmat kesegaran menyedut udara bukit yang bersih….MasyaAllah. Bau aroma tumbuhan yang menghijau, lebih-lebih lagi bau wangian tanah bukit bercampur bauan dari pokok petai yang banyak kedapatan di situ, menjadikan saya  cukup selesa menghirup udaranya. Alhamdulillah dalam keadaan saya yang bermandian peluh itu, tak saya nafikan tubuh memang terasa lebih segar dan sihat.

Ntah la, tak de la tinggi sangat bukit tersebut. Bagi yang biasa mendakinya dan telah melazimkan pendakian setiap hari, tidak akan menghadapi masalah untuk sampai di kawasan paling atas. Tapi saya ni asyik semput jer. Baru beberapa minit ‘panjat bukit’ tu saya dah termengah-mengah. Tengok orang lain steady jer….tambah orang-orang cina …yang dah tua bertongkat pun masih selamba mendaki seperti tiada terasa kesukaran apa-apa……alahai malu nau saya dibuatnya. Tambah dengan Raihanah yang baru 3 tahun tu….sudah lah langsubg dia tak nampak berpeluh, dia juga sikit pun tak mengeluh….. saya nampak dia macam ringan je dalam tertonggek-tonggek dia panjat bukit itu….waaah, hebatlah Hanah….he..he umi aje yang asyik berhenti untuk ‘menyedut’ oksigen …. pastu masa mendaki asyik pegang pinggang jer…adeehh terasa longgar pinggang den..

Saya harap sifat mudah mengalah bukanlah merupakan sifat saya . Walaupun agak tersiksa bersenam dengan panjat bukit ni, namun saya tak mahu cepat merasa putus asa. Saya ingin riadah untuk memperbaiki tahap kesihatan saya …manalah tau, kalau nak menjadi rezeki saya, saya capai kembali berat badan  yang solid  molid 48kg seperti  ketikanya saya masih anak dara …. hamboiii..ngada-ngada nya ….. memang mengada-ngada .. ha..hah..ha.,ha

……………….. aaarrrhh..

ngantuknya ….. kena panjat bukit nih….